Hari ini merupakan hari pertama aku mula berkerja sebagai setiausaha peribadi Zafran.Sebaik sampai di syarikat Zafran,aku lihat banyak pekerja yang berbisik-bisik antara satu sama lain.Aku tak tahu apa yang mereka katakan.
"Morning boss,siapa gadis cantik di sebelah bos tu?",tanya Ani.
Senyumannya dari tadi aku lihat tidak lekang dari bibirnya.Aku membalas senyuman Ani.
"Aku nak kenalkan,ini Zara,setiausaha peribadi aku.Zara yang akan menguruskan setiap keperluan aku dan akan mengikuti aku untuk menghadiri mesyuarat",terang Zafran tegas.
Ani tergamam seketika.Wajahnya agak pucat apabila mendengar maklumat tersebut.
"Apakah benar aku sudah dipecat",fikirnya.Kejadian semalam menerjah kotak fikirannya.Semuanya begitu kebetulan.Satu penyesalan mengebu di hatinya.Dia harus tahu mengapa bosnya itu melantik setiausaha baru.
"Tapi bos,bukankah aku setiausaha syarikat ni?",tanya Ani.
Wajahnya agak sedih.
Zafran tersenyum memandangnya.Dia boleh membaca apa yang sedang difikirkan oleh setiausahanya itu.Aku juga turut sama hairan kerana Zafran melantik aku menjadi setiausaha syarikat itu padahal,sudah ada yang memegang jawatan itu.
Ani memandangku sayu.
"Awak masih tetap setiausaha aku Ani.Cuma kerja kau akan sedikit ringan berbanding sebelum ni",jawab zafran.
Wajah Ani bertukar agak ceria setelah mendengar penjelasan dari bosnya itu.
Aku turut tersenyum memandang Ani.
"Aku ingatkan,bos dah pecat aku",terang Ani perlahan.
Zafran ketawa memandang pekerjanya itu.
"Bukan senang nak pecat pekerja sebaik awak Ani",jawab Zafran.
Ani terharu mendengar kata-kata Zafran
Selama ini dia tidak pernah mendengar bos nya itu memuji dirinya.Barulah kali ini dia berpeluang mendengarnya.
"Selepas ini,zara akan ganti tempat kau.Zara yang akan bertanggungjawab membancu kopi untukku,dia juga bertanggungjawab menjadi setiausahaku saat menghadiri mesyuarat di luar,manakala kau pula akan menguruskan hal-hal temujanji dengan client,menjadi PA saat mesyuarat dalam syarikat",jelas Zafran.
Ani mengangguk kepala tanda faham.Dia menarik nafas lega setelah mendengar semuanya.Sekurangnya,sedikit kerja yang selama ini di kendalikan olehnya sebelum ini akan di lakukan oleh orang lain.Dia juga tidak perlu berkerja lebih masa untuk menyelesaikan tugasannya itu.
"Ani,tolong tunjuk ajar Zara dalam syarikat ini.Tunjukkan Zara tempat duduknya.Perkenalkan Zara kepada semua staf syarikat ini",perintah Zafran.
"Zara,masuk dalam pejabat setelah semuanya selesai",kata Zafran memberi arahan.
"Baik boss",jawabku dan Ani serentak.
Setelah Zafran berlalu,Ani menunjukkan aku meja yang aku duduki nanti.Meja aku terletak di hadapan pintu pejabat Joe.Joe adalah pembantu khas Zafran.Dia umpama sub bos dalam syarikat itu.
"Ini pejabat Joe,pembantu khas tuan Zafran,kalau bos tiada,dialah yang akan menggantikan tempat bos.Lagi satu,setiap pagi,pastikan kopi di bancuh untuk tuan Zafran dan Joe.Lepas tu,setiap pagi juga,pastikan Zara memaklumi bos tentang temujanji yang bos hendak hadiri, dengan siapa bos akan temui hari itu.Hal-hal lain biar kak Ani je yang uruskan",kata Ani lembut.
Aku mengangguk kepala faham.
"Jom Zara,aku kenalkan kau dengan staf-staf kat sini"ajak Ani.
"Ye kak ani.Jom", jawabku.
Aku mengikuti Ani dari belakang untuk berkenalan dengan kesemua pekerja syarikat itu.
*********
"Awak nak ke mana tu?",tanya Dato' Mazlan apabila melihat Datin Aida sedang bersiap-siap untuk keluar.
Datin Aida hanya mencebik mulut memandang suaminya itu.Masih ada sisa kemarahan di hatinya terhadap suaminya itu.
"Aku nak ke mana saja pun suka hati aku lah",marah Datin Aida.
Pandangan wajahnya dibuang ke arah yang lain.Dia begitu malas memandang suaminya itu.
"Owh macam tu ke.Tak pe,awak boleh keluar je",jawab Dato' Mazlan selambah.
Dia sudah malas untuk melayan setiap karenah isterinya itu.Dia hanya menunggu masa untuk memberikan isterinya satu pengajaran.Namun masih difikirkan lagi caranya.
Datin Aida tidak mengendahkan suaminya itu lantas berlalu meninggalkan suaminya sendirian di dalam kamar besar itu.
Dato' Mazlan juga tidak berdiam diri.Dia juga ingin bersiar-siar untuk menghilangkan rasa bosannya itu.Setelah bersara dari kerjanya, Dato' Mazlan sudah tidak berkerja lagi.Dia hanya mengisi masa terluang dengan melukis,bermain golf dengan teman-temannya ataupun keluar keluar bersiar-siar dengan teman lamanya itu.
"Hari ini aku nak jumpa Dato' Razak.Teman lama aku.Aku kena bersiap",kata Dato' Mazlan di dalam hati.
Dia segera bersiap untuk keluar.Hatinya sudah tidak sabar lagi bertemu sahabat lamanya itu.Rasanya sudah tiga tahun tidak bertemu.Last pertemuan mereka apabila Dato' Razak terbang ke Jerman untuk urusan perniagaan keluarganya itu.
******
Ani dikejutkan dengan kehadiran Datin Aida dan Sofia ke syarikat tengahari itu.Bagaikan nak gugur jantungnya saat melihat Sofia dan Datin Aida datang bersama.Pandangan mata Datin Aida yang tajam dan pandangan mata Sofia yang memandangnya sinis mengecutkan perutnya itu.Peluh dingin mengalir di dahi.
"Ini ke perempuan berlagak tu?",tanya Datin Aida sinis.
Gayanya penuh dengan keangkuhan.
"Ye mami,dialah perempuan tak sedar diri tu",jawab Sofia manja.Wajahnya pura-pura sedih biar lakonannya betul-betul menjadi.
Datin Aida memandang Ani tajam.
"Awak kemas barang-barang awak.Aku pecat kau hari ini juga.Awak jangan anggap awak dah kerja dengan syarikat milik keluarga aku,awak boleh berlagak dengan semua orang"kata Datin Aida.
Ani menundukkan pandangannya ke lantai.Semua pekerja yang lain tidak berani melihat drama yang sedang berlangsung di mata mereka itu apatah lagi masuk campur.Alamat gulung tikar jadinya.
"Maafkan aku Datin.Apa yang aku buat tu semua mengikut peraturan yang ditetapkan oleh syarikat ini",jawab Ani sopan.
Datin Aida memukul meja di hadapan Ani dengan kuat.Bunyi bergema di dalam syarikat.
"Dengar baik-baik.Tiada siapa yang boleh membentak,meninggikan suara atau menjawab setiap perkataan dari aku.Begitu juga Sofia.Sesiapa yang di dapati tidak menghormati Sofia,bermakna dia juga tidak menghormati aku",jelas Datin Aida kasar.
Ani melihat Sofia dengan pandangan mata yang tajam.Sofia juga membalas pandang Ani dengan satu pandangan sinis.Satu pandangan yang menunjukkan kegembiraan dan kepuasan kerana berjaya membalas perbuatan Ani.
"Maafkan aku Datin",ucap Ani meminta maaf.
"Maaf?.Kau nak kemaafan,kau minta maaf dengan Sofia,bukan dengan aku",jawab Datin Aida kasar.
Sofia berdiri penuh kesombongan dan keangkuhan.
"Aku boleh maafkan kau asal sahaja kau berlutut di hadapan aku.Cium kaki aku",kata Sofia sambil menunjukkan high heelnya itu.
Ani telan air liur mendengar syarat dari Sofia.Hatinya berbela bahagi.Ikutkan kehendak Sofia,Ani langsung tak bersalah dalam hal ini
Tak mengikut kehendak Sofia maka pekerjaan nya akan hilang dalam sekelip mata sahaja.
Ani bingung untuk memilihnya.
"Cepatlah bodoh!melutut"bentak Sofia apabila melihat reaksi Ani yang masih kebingungan.
Air mata mula bertakung di tubir matanya itu.Namun masih ditahankan oleh Ani agar tidak mengalir.
Datin Aida yang geram melihat Ani lantas menolak tubuh Ani kasar hinggakan Ani jatuh terjelepuk di atas lantai.
"Mami!apa awak buat ni",bentak Zafran apabila melihat Datin Aida menolak tubuh setiausahanya itu sehingga jatuh ke lantai.Aku dan zafran yang baru sahaja sampai dari menghadiri mesyuarat terkejut dengan situasi yang terjadi di dalam pejabat itu.
Aku lantas membantu Ani yang terduduk di atas lantai akibat tolakan kuat dari Datin Aida sebentar tadi untuk bangun berdiri.
Wajah Sofia pucat memandang Zafran.Datin Aida hanya berdiri angkuh di sebelahnya dengan tiada sebarang perasaan bersalah.
"Apa mami buat ni?.Mami tak malu ke dengan sikap mami ni.Datang pejabat semata-mata untuk buat kekecohan.Apa faedah yang mami dapat.Mami nak jatuhkan maruah keluarga ke?",marah Zafran.
Dia sungguh tidak menyangka sebegitu buruk sikap ibunya itu.
Sofia mengalihkan pandangannya ke arah aku.Sebuah pandangan tajam penuh kecemburuan.Aku membalas pandangnya.Aku sudah tidak takut untuk menentang matanya lagi.Bagi ku,Sofia bukan saingan ku untuk mendapatkan perhatian dari Zafran.Bukan meninggi diri,tapi aku tahu Zafran memang tak menginginkan dirinya itu.
Datin Aida baru menyedari kehadiran aku apabila pandangan matanya bertaut dengan pandangan mataku.Wajahnya berubah rona.
"Apa perempuan ni buat kat sini?",tanya Datin Aida kasar.Jari telunjuknya menunding ke arah aku.
"Stop it mami.Mami tak jawab pertanyaan aku tadi.Kenapa bersikap kasar dengan Ani!"bentak Zafran.Kali ini suaranya agak kuat dari sebelumnya.Dia sudah malas dengan tingkah ibunya itu.
"Perempuan ini tak hormat Sofia langsung.Begini ke caranya pekerja di sini melayan tetamu?" sindir Datin Aida memandang Ani.
"Okay,Ani beri aku sebab kenapa tak hormat Sofia",perintah Zafran.
Dia ingin mengetahui siapa salah dalam hal ini.
Wajah Sofia menjadi lebih pucat.Hatinya resah kerana sekejap lagi kebenaran akan terbongkar.Sofia harus mencari jalan keluar agar Zafran tidak mengetahuinya.
"Ehhh tak pe lah mami.Abaikan je.Salah Sofia juga.Tak perlulah besar- besarkan hal ini.Lagipun kesian kat Ani.Mami tau kan,kalau Zaf pecat dia,di mana dia akan cari duit untuk sara hidupnya",kata Sofia lembut dan penuh kepura-puraan.
Dia menarik tangan Datin Aida lembut dan cuba membawanya keluar.
Namun Zafran bertindak dahulu.Dia menarik lengan Sofia dengan kasar.
"Jangan cuba berlagak pintar Sofia.I more know you better.So don't think you can escape for all this matters.Just stand there".
Zafran memberi perintah.Dia adalah bos besar dalam syarikat itu, kesimpulannya dia berhak berbuat apa sahaja selagi tidak melanggar etika kerja.
Sofia tergamam dengan ketegasan Zafran.Hatinya agak takut.
"Okay Ani,terangkan kepada kami semua",kata Zafran memberi ruang untuk setiausahanya itu membela diri.
"Maafkan aku tuan,kemarin Sofia datang di sini,bertanya keberadaan tuan.Dan seperti yang kita semua tahu,pekerja di sini tidak dibenarkan sama sekali memberi maklumat kepada para tetamu tentang keberadaan mahupun penyebab ketiadaan bos besar di sini.Tapi Sofia terus melenting dan mengugut aku dengan cara ingin memecat aku",terang Ani panjang lebar.
Sofia menunduk ke lantai.Tidak berani bersuara.
Datin Aida hanya memandang zafran dengan perasaan geram.Dia merasakan anaknya itu tak seperti Zafran yang dahulu.Dia sudah sangat berbeza.
"Okay aku nak beritahu sedikit tentang peraturan syarikat ini.Dan mami sendiri tahu semuanya.Dari daddy yang menerajui syarikat ini,sehingga kini,peraturan syarikat ini tak pernah berubah.Tapi apa yang Zaf kesali,mami bertindak mengikut perasaan",marah Zafran.
Zafran menarik nafas panjang sebelum memulakan bicaranya semula.
"Dan mami juga tahu undang-undang syarikat,hal peribadi tidak boleh di bawa masuk ke dalam syarikat seperti yang terjadi sekarang.Dan sekarang aku nak mami dan Sofia minta maaf dengan Ani atas segala tindakan yang sudah kamu lakukan ke atas Ani",perintah Zafran.
Sofia tidak mampu berkata apa.Aku dan Ani hanya mendengar segala kata-kata Zafran tanpa berani berbicara pun.
"Are you out from you mind Zaf.Im your mother right.How dare you want mami do that.Mami tak boleh dan mami tak akan perna tunduk meminta maaf dengan orang bawahan",marah Datin Aida menolak perintah Zafran.
"Ini syarikat mami.Bukan di luar mahupun dalam rumah.Syarikat punya undang-undang,harus punya sikap sopan,hormat akan orang lain tak kira orang kaya ke,miskin ke sama je",nasihat Zafran.
Datin Aida menunjukkan wajahnya tidak berpuas hati.Dia memang tidak ingin melakukan seperti yang disuruh zafran.
"Okay it's up too you,tapi mulai saat ini,mami dan Sofia dilarang sama sekali untuk menjejakkan kaki ke syarikat ini.Jika mami dan Sofia ingkar,maka pengawal keselamatan tidak teragak-agak untuk menghalau Korang",kata Zafran memberi amaran.
Datin Aida mendengus kasar.Dia tidak menyangka Zafran langsung tak menghormati dirinya.
"Jom Sofia.Aku tak menyangka anak aku dah pandai kurang ajar dekat ibunya sendiri.Aku tau,perempuan kampung tu dah bomoh-bomohkan anak aku.Kau tunggu saja balasan dari aku",kata Datin Aida.
Aku terkesima mendengar kata-kata dari datin Aida.Aku tahu, kata-kata Datin Aida semuanya ditujukan kepada aku.Aku memandang Zafran.Dia mengeleng-gelengkan kepalanya tidak senang dengan sikap ibunya itu.
"I'm sorry for My mami mistake Ani.Aku bangga dengan kau.Walaupun banyak karenah tetamu-tetamu yang kau hadapi setiap hari,namun kau tetap melayani mereka sesuai dengan undang-undang syarikat",puji Zafran.
Aku dan Ani tersenyum mendengar pujian dari Zafran.
"Tak pe tuan.Aku dah maafkan semua.Asalkan kebenaran terbongkar.Itu dah cukup buat aku",jawab Ani lembut.
"Kak Ani okay ke?.Ada luka tak?", tanya ku perlahan apabila melihat Ani sepertinya menahan rasa sakit.
"Aku okay Zara.Thanks.Tapi kaki ni rasa macam terseliuh sikit",jawabnya.
"Okay Zara,tolong Ani sapu ubat kat kaki dia.Kalau teruk sangat,suruh pemandu syarikat hantar dia ke klinik untuk rawatan",kata Zafran.
"Tak pe tuan.Sikit je ni.Sapu ubat sembuhlah",tolak Ani.
"Betul ni tak apa-apa?,"tanya Zafran cuba memastikan.
"Ye tuan.Aku okay",jawab Ani perlahan.
"Baiklah kalau macam tu, apa-apa pun,beritahu aku",kata zafran.
Aku membantu Ani menyapu ubat di pergelangan kaki Ani.Zafran pula lantas menyambung kerjanya semula.
Share this novel