BAB41

Romance Series 57282

"Habiskan cepat makanan tu Misya.Mommy dah lambat masuk kerja ni",kataku mengesa Misya.
Jam aku lihat beberapa kali.Sudah hampir jam 7.
"Mommy!.Can you give me time to finish my breakfast.You told me to finish it slowly right.Why now you want me to take it faster!?",marah Misya apabila dia digesa untuk menghabiskan makanannya dengan segera.
Aku terdiam seketika mendengar kata-kata dari Misya.Aku jadi malu.Sebelum ini,akulah yang selalu mengajarnya untuk makan perlahan-lahan dan sering menegurnya saat terlalu gelojoh untuk makan.Namun kali ini,Misya menegurku semula.Aku sedar akan kesilapanku.
"I'm sorry sayang.Just finish you breakfast slowly", ucapku perlahan.
Aku berlalu ke ruang tamu untuk menunggu Misya.Sementara menunggunya,aku memasukkan beberapa barang penting ke dalam beg yang akan aku bawa nanti.
Misya mengangkat pinggannya ke sinki setelah menghabiskan sarapan paginya.Setelah itu,dengan langkah perlahan mendekati aku yang sedang menunggunya di ruang tamu.
"Lets go",ajak Misya.
Aku lantas berdiri dan mencapai beg tanganku dan beg Misya.
"Lets go sayang",kataku.
Misya mendahului langkahku keluar dari rumah menuju ke kereta.
"Misya duduk depan.Pakai tali pinggang keselamatan",pesanku sambil mengunci pintu rumah.
Misya hanya menurut,namun tidak menjawab.Aku lantas menyimpan begku dan juga Misya di kerusi penumpang.
"Kita bertolak sekarang.Mommy dah lambat ni",kataku sebelum memulakan pemanduan.
Misya tidak menjawab kata-kata ku.Aku memandang Misya sekilas.
"Marah ke Misya dengan aku ni?",bisikku perlahan.
Mukanya yang masam jelas menunjukkan anak kecil itu sedang marah denganku.
Dengan perlahan-lahan aku memandu kereta ku untuk menghantar Misya ke sekolahnya.
"I'm sorry sayang.Mommy minta maaf kalau kata-kata mommy tadi tu menguris hati.Tapi satu hal yang Misya kena ingat,today is my first day to work sayang.Mommy kena cepat.Mommy minta maaf yer",pujukku.
Misya menarik nafas berat.
"Im not angry mommy.I just nervous to meet my new Friends",luah Misya.
Aku ketawa mendengar penjelasan dari Misya.Rupanya dia tidak marah denganku.Dia hanya gelisah untuk berjumpa dengan teman barunya nanti.
"Owh.I think Misya angry with mommy.Im sorry",ucapku lembut.
Misya mengukir senyuman di bibirnya.
"No.Im not angry.I love you so much.Why should i angry to you",luah Misya.
Hatiku sedikit lega mendengarnya.
"Misya,boleh janji dengan mommy satu perkara tak?",tanyaku.
"Yes,i promise.What?",tanya Misya.
"Bila Misya di sekolah baru Misya,Misya kena hormati cikgu,hormati kawan-kawan Misya.Dan yang paling penting,jangan gaduh dengan kawan-kawan nanti",kataku.
Aku sebenarnya risau andai Misya bersikap kasar dengan teman-temannya nanti.Aku sangat mengenali sikap Misya.Dia sangat cerewet bila sahaja ada sesuatu perkara yang tidak disenanginya.
"Baik mommy",jawab misya sambil tersenyum memandangku.
Aku membalas senyumannya.
"Good girl",pujiku sambil mengusap perlahan rambut hitam miliknya itu.
Setelah selamat tiba di perkarangan pusat jagaan kanak-kanak itu.Aku lantas menghentikan kereta ku perlahan.
"Jom misya.mommy hantar",ajakku.
Aku lantas mencapai beg Misya dan turun dari kereta.Misya juga sama.Sebaik menutup pintu kereta,aku lantas memaut tangan Misya dan berjalan perlahan mendekati seorang perempuan yang aku rasakan itulah penjaga pusat jagaan kanak-kanak itu.
"Asalamualaikum.Saya Zara.Semalam saya ada call.Nak daftarkan anak saya kat pusat jagaan kanak-kanak ni",kataku memperkenalkan diri sambil menghulur tanganku.
"Owh,yeh.Puan Zara ke?",jawab perempuan tersebut sambil menyambut huluran tanganku.
"Ye saya",jawabku lembut.
"Saya Aisyah.Panggil cikgu Aisyah je.Saya yang bertugas ajar anak-anak kat pusat jagaan ini.Ada jugalah beberapa pembantu yang lain yang akan membantu saya mengawal dan membuat aktiviti di pusat jagaan kanak-kanak ni",terang Cikgu Aisyah.
"Owh cikgu Aisyah.Selamat berkenalan.Ni anak saya.Nur Misya Zahra binti Zafran Zayyan",kataku memperkenalkan Misya kepada Cikgu itu.
"Haii teacher.Im Nur Misya Zahra binti Zafran Zayyan.Call me Misya.Im 3 years old and nice too meet you",ucap misya memperkenalkan dirinya dengan penuh semangat.
Cikgu Aisyah terlopong mendengar kepetahan Misya berkata-kata.Dia tidak menyangka anak comel di hadapannya itu begitu fasih berbahasa Inglish.
"Wah!!.Saya tak sangka,Misya begitu fasih berbahasa English",puji Cikgu Aisyah.
Aku tersenyum.
"Misya dari kecil saya dah hantar ke pusat jagaan kanak-kanak di London dulu.Sebab kat london susah sangat cari pusat jagaan yang menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa penghantarnya",terangku.
"Patutlah",jawab Cikgu Aisyah ringkas.
"Tapi,saya harap sangat cikgu boleh ajar dia berbual dalam bahasa melayu.Misya boleh faham bila kita cakap dalam bahasa melayu namun dia akan membalasnya dalam bahasa English",terangku lagi.
"Jangan risau puan Zara.Kami akan cuba ajar dia berbual dalam bahasa melayu",kata Cikgu Aisyah.
"Terima kasih cikgu.Kalau tiada apa-apa lagi.Saya kena bertolak dulu.Saya dah lewat sangat ke tempat kerja",kataku meminta diri.
"Yelah, apa-apa nanti,saya akan whatsapp ke no puan",kata Cikgu Aisyah lembut.
Aku hanya mengangguk tanda faham.
"Sayang,mommy dah nak berangkat pergi kerja,nanti petang mommy ambil Misya ye.Ingat pesan mommy,jangan nakal-nakal",pesanku sebelum bertolak.
Misya hanya mengangguk perlahan.Aku lantas berlalu meninggalkan Misya dan Cikgu Aisyah.Di dalam hatiku,aku berdoa agar semuanya akan berjalan lancar sesuai keinginan ku.Dari balik cermin pandang belakang,aku lihat Misya melambai-lambai tangannya sebelum masuk ke dalam.Setelah itu,aku mula fokus pada pemanduanku untuk ke tempat kerja.

********

"Zaf jom sarapan dulu",ajak Datin Aida sebaik melihat Zafran yang baru sahaja turun sambil menjinjing beg kerjanya.
Zafran hanya berdiam diri tidak menjawab kata-kata ibunya,Malahan dia juga langsung tidak mengendahkannya.Zafran terus keluar menuju ke keretanya dan lantas menghidupkan enjin kereta.Sementara memanaskan enjin kereta,Zafran mencek tayar keretanya dan beberapa komponen yang penting untuk keselamatan sebelum berangkat ke tempat kerja.Datin Aida yang masih terpaku kerana tidak di endahkan oleh anaknya itu lantas keluar mengikuti Zafran.Hatinya sedikit terasa dengan sikap dingin Zafran terhadap dirinya.
"Kenapa Zaf layan mami macam ni?",tanya Datin Aida cuba memberanikan dirinya untuk bertanya kepada anaknya itu.Jujurnya,Datin Aida sudah tidak mampu membendung perasaan hatinya.Sikap dingin Zafran benar-benar menyesakkan dadanya.
"Zaf dengar tak mami tanya ni?",kata Datin Aida mengulangi pertanyaannya apabila melihat Zafran langsung tidak mempedulikan pertanyaannya.
Zafran memandang wajah Datin Aida.
"Rasanya Zaf tak perlu nak terangkan semuanya mami.Mami sendiri tahu jawabannya"terang Zafran.
Datin Aida menarik nafas dalam-dalam.
"Tak boleh ke Zaf maafkan mami.Lagi satu,takkan hal macam tu pun Zaf nak jauhkan diri dari mami.Takkan kerana Zara tinggalkan Zaf,Zaf membenci mami!",luah Datin Aida geram.
Zaf menjeling Datin Aida tajam.
"Mami nak tau sangat kan.Tapi Zaf rasa mami dah tau segalanya pun.Untuk apa Zaf beritahu mami sedangkan semua perkara itu hasil dari perbuatan mami dan Sofia.Sekarang mami dah puas hati!",luah Zafran geram.
"Mami tau tak yang mami dah hancurkan hidup Zaf.Kerana mami dan Sofia,Zara tinggalkan Zaf.Kerana mami lah,hati Zaf hancur,hidup Zaf hancur!",marah Zafran.
Zafran meraup mukanya berulang kali.Sebenarnya dia ingin melupakan segalanya,oleh itu Zafran inginkan masa untuk melupakan segalanya.Namun,apabila Datin Aida berkali-kali mendesaknya,kesabarannya sudah sampai ke kemuncaknya.Biarlah hari ini dia meluahkan segalanya andai itu yang diinginkan oleh Ibunya.Airmata Datin Aida mengalir di pipinya.
"Maafkan mami Zaf.Mami akui itu silap yang mami dah buat.Please Zaf maafkan mami.Mami akan cuba selesaikan semuanya",rayu Datin Aida sambil mencuba memaut lengan zafran.
Namun dengan pantas di tepis oleh Zafran.
"Semuanya dah terlambat mami.Zara dah tak percayakan Zaf lagi.Zara tak akan terima Zaf lagi sampai bila-bila pun.Dan yang paling menyakitkan,Zara dah tinggalkan zaf,dah lupakan Zaf",ucap Zafran sebak.
Dengan langkah longlai,Zafran menaiki keretanya untuk pergi.
"Zaf,tolong maafkan mami.Dengar penjelasan mami dulu",rayu Datin Aida sambil menepuk-nepuk pintu kereta Zafran yang sudah mula beredar keluar dari perkarangan rumah.
Zafran tidak mengendahkannya,malah dia hanya meneruskan pemanduannya tanpa mempedulikan Datin Aida yang merayu-rayu memanggil namanya.Datin Aida terus mengejar kereta Zafran namun saat kakinya terasa lemah,Datin Aida terjatuh dah terduduk di atas tanah.Dato Mazlan yang baru sahaja keluar dari dalam rumah sebaik mendengar suara Datin Aida yang sedang memanggil-manggil Zafran bergegas berlari mendekati Datin Aida apabila melihat keadaan isterinya itu.
"Kenapa ni?",tanya Dato' Mazlan risau melihat keadaan isterinya itu.
Suara esak tangis Datin Aida jelas kedengaran.
"Zaf abg.Zaf tak nak maafkan aida",luah Datin Aida.
Air matanya mengalir deras di pipinya.
"Sabarlah,beri Zaf masa untuk menenangkan fikirannya.Abg dah pesan hari tu.Jangan terus mendesak Zafran.Tengok apa dah jadi sekarang.Bukannya hubungan Aida dengan Zaf semakin membaik,malahan bertambah rumit adalah",kata Dato' Mazlan sambil membantu Datin Aida berdiri.
"Abg tak akan faham.Aida ni ibu Zaf.Sakit sangat hati ini bila anak sendiri bersikap dingin dengan ibu sendiri",jelas Datin Aida dalam esakan tangisannya.
Dato' Mazlan menepuk perlahan belakang Datin Aida.Dia tumpang simpati dengan keadaan isterinya itu.
"Dah la tu.Kita doakan satu saat nanti,Zaf akan lupakan semuanya dan keluarga kita akan kembali bahagia seperti biasa",pujuk Dato' Mazlan lagi.
Dia berusaha untuk menenangkan isterinya itu.Datin Aida hanya diam.Namun airmatanya terus mengalir membasahi pipinya.Dia juga berharap satu saat nanti kebahagian keluarganya akan kembali.Dengan perlahan Dato' Mazlan memapah isterinya masuk ke dalam rumah.

******

"Zam tunggu dulu",rayu Sofia sambil menarik lengan Zamri agar lelaki di hadapannya itu tidak meninggalkannya.
Langkah kaki Zamri terhenti.
"Tolonglah dengar penjelasan aku dulu.Please Zam,untuk kali ini je",pujuk Sofia.
Zamri hanya tersengih memandang Sofia.Gadis yang dulunya sangat dia cintai.Namun kini perasaan itu hanya tinggal kenangan.Perasaan yang sememangnya tidak ingin untuk Zamri ingatkan lagi.
"Ada apa lagi Sofia.Aku dah pesan pada kau hari tu.Jangan sesekali mendekati aku lagi.Jangan ganggu aku lagi.Kau tak faham bahasa ke Sofia?",tanya Zamri penuh dengan kebencian.
"Maafkan aku Zam.Tapi,tolong maafkan aku Zam.Aku sedar,aku banyak lukai perasaan kau.Tapi sekarang aku dah sedar",pujuk Sofia.
Lengan Zamran digenggam erat.
Dengan perlahan Zamri meleraikan gengaman tangan Sofia di lengannya.
"Jauhkan tangan jijik awak tu dari menyentuh aku",ucap Zamri sedikit kasar.
Sofia sedikit terasa hati mendengar kata-kata Zamri itu namun dia tidak mempedulikannya.Walau apa sahaja kata-kata makian,hinaan mahupun kata-kata kesat yang akan keluar dari mulut lelaki itu,Sofia akan terima.Asalkan sahaja dia mahu menerima dirinya semula.
"Kata la apa sahaja yang ingin kau kata terhadap aku Zam,aku akan terimannya,Asalkan kau boleh terima aku semula dalam hidup kau",pujuk Sofia.
Zamri ketawa terbahak-bahak mendengar rayuan Sofia.
"Hey perempuan!.Dengar sini,sampai mati pun,aku tak akan pungut kau balik.Kau ingat senang ke aku lupa perbuatan kau terhadap aku.Sedar lah diri kau sikit",kata Zamri agak kasar.
"Zam,please maafkan aku.Aku tau kesilapan aku.Aku janji aku akan perbaiki semuanya",rayu Sofia lagi.
Kali ini dia nekad untuk merendahkan maruahnya agar lelaki itu mahu menerimanya semula.
"Jangan perna bermimpi Sofia!".
Tegas suara Zamri mengingatkan Sofia.
Sofia sedikit geram.Otaknya ligat mencari cara terbaik untuk memiliki lelaki itu semula.
"Baik!.Kalau kau tak nak terima aku.Aku akan laporkan pada polis atas apa yang dah kau lakukan pada aku dulu",ugut Sofia.
Dia sudah tiada jalan lain untuk memujuk lelaki itu.Cara terakhirnya dengan mengugut lelaki itu agar dia takut.
"Di persilakan cik Sofia.Buatlah laporan polis.Malah kalau kau nak bawa hal ini ke mahkamah,aku ikut je.Tapi,kau rasa,kau boleh menang ke?.Lagi pun,aku ada banyak bahan bukti nak tunjukkan yang kau bersalah dalam hal ni",kata Zamri.
Sofia terdiam tak terkata apa-apa lagi
"Dengar sini Sofia,mati hidup semula pun aku tak akan perna maafkan atau terima kau semula dalam hidup aku setelah apa yang dah kau lakukan terhadap aku.Ingat itu!",kata Zamri memberi amaran tanpa memberi Sofia peluang untuk membalas semua kata-katanya itu.
Sofia masih diam membisu mendengar tiap bait kata-kata pedas yang keluar dari mulut zamri.Sememangnya dia sudah tidak punya kekuatan untuk membalasnya semula.
"Kalau dah tiada apa-apa lagi,aku dah nak pergi.Banyak lagi kerja yang lebih berfaedah yang harus aku lakukan daripada melayan kau dekat sini.Apa pun,aku tunggu surat laporan kau,atau surat saman dari kau Yee",ucap Zamri sebelum melangkah meninggalkan Sofia yang terkaku tidak terkata apa-apa.
"Zam,please?",pujuk Sofia lagi tidak mengalah.
Langkah kaki Zamri terhenti semula.Dia tersenyum.Senyuman penuh makna.Dia melangkah setapak ke belakang semula dan merenung Sofia.
"Ke kau nak masuk lokap lagi,macam Zafran buat terhadap kau",sindir Zamri bersama ketawanya sebelum melangkah semula meninggalkan Sofia.Sofia mengetip giginya geram.Langkah lelaki itu hanya diikuti dengan pandangan mata Sofia sahaja.Kali ini,harapannya benar-benar musnah.Harapannya untuk bersama Zamri sudah terkubur selamanya.Airmata Sofia mengalir perlahan membasahi pipinya.Penyesalan yang tidak mungkin mampu Sofia perbaiki semula.Kerana ketamakkannya,semuanya ranap begitu sahaja.

*******

"Sorry lambat sikit datang.Sorry juga buat awak tunggu lama.Ada hal kecemasan tadi.How you first day?",tanya Chak sebaik melabuhkan punggunya di kerusi berhadapan denganku di sudut cafe hospital besar Kuala Lumpur.Makanan yang ada di tangannya di letakkan di atas meja.
Aku menarik nafas dalam-dalam sambil memandang Chak.Senyuman aku ukir.
"Boleh tahan.Tak lah penat sangat.Bukan macam Dr.Chak ni.Doktor pakar bedah.Saya ni hanya doktor pakar kanak-kanak",ucapku merendah diri.
"Amboiii,perli ke apa ni?",tanya Chak sambil tertawa mendengar kata-kata ku.
"Mana ada perli.Tu kenyataan lah.Tapi,memang best la dah banyak kawan.Lagi pun doktor yang lain ramah juga",pujiku.
"Bestnya awak.Kalau lah aku jadi doktor pakar kanak-kanak juga.Taklah merindu sangat ni",ucap Chak dengan wajah sedihnya.
Aku ketawa melihat reaksi wajah chak.
"Ishhh!.Mengada betulah awak ni",kataku.
"Betulah.Kalau kita kerja satu tempat kan best.Boleh la aku jaga awak dari doktor lelaki yang cuba nak mengorat awak",usik Chak.
"Pe lah ke sana fikiran awak ni.Dah!.Makan makanan awak tu.Kejap lagi nak masuk kerja dah.Tak sempat makan awak nanti",tegur ku
Chak tersengih menayangkan barisan gigi putihnya itu.
"Yela",ucap Chak sambil mula memakan makanannya.
Aku hanya tersenyum memerhatikannya.Aku tak menafikan,aku selesa dengan kehadiran Chak.Selama bersama dengannya,aku tidak perna bersedih kerana Chak akan selalu menghiburkan ku.Aku juga tidak menafikan perasaan sayangku juga tersimpan untuknya.
Menyedari dirinya diperhatikan.Chak merenung wajahku lembut.
"Taulah rindu sangat.Tapi janganlah pandang aku macam tu.Sampai aku tak mampu telan makanan ni",usik Chak.
Satu cubitan singgah di lengan Chak.
"Mana ada pandang awak.Perasan betul lah!",balasku cuba menutup rasa malu di hatiku.
Chak hanya ketawa memandang aku.Dia menyambung makan semula.
"Tapi aku suka bila awak pandang aku.Sebab aku rindu sangat",usik Chak lagi.
"Awak ni.Boleh tak habiskan makanan tu dulu.Baru sambung sembang lagi.Tak baik tau cakap,mulut penuh makanan",tegur ku sambil tersenyum.Chak tersenyum sambil tangannya ligat menyenduk makanan ke dalam mulutnya.
"Okay sayang",Jawab Chak.
Aku tidak membalasnya lagi.
Aku hanya menghabiskan sisa minumanku sementara menunggu Chak menghabiskan makanannya.

*******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience