Sebaik sampai di rumah,Datin Aida lantas mencari-cari Dato' Mazlan.Kemarahanya terhadap Dato' Mazlan sememangnya sangat membara saat itu.Dia tidak menyangka Dato' Mazlan akan memperlakukan dirinya seperti itu.Baginya, Dato' Mazlan telah menjatuhkan air mukanya di hadapan Sofia dan pekerja kedai kasut itu.
"Mazlan awak kat mana?",teriak Datin Aida geram apabila tidak berjaya menemukan suaminya itu di dalam bilik.
Kakinya di hentak kuat tanda marah.Dia keluar semula dari bilik dan turun ke bawah untuk mencari.Datin Aida juga keluar ke taman untuk mencari apabila tidak melihat kelibat suaminya itu di dalam rumah.Di carinya di setiap pelusuk taman itu namun bayangan Dato' Mazlan juga tiada.
Datin Aida hairan.Selalunya Dato' Mazlan akan menghabiskan masanya di taman untuk melukis.Namun kali ini dia langsung tidak menemuinya.Dia lantas mendail nombor telefon suaminya itu untuk bertanya perihal keberadaanya saat itu namun sekali lagi dia hampa.Hanya peti simpanan suara yang menjawabnya.Datin Aida mendengus kasar.
"Kau nak main-main dengan aku ye Mazlan.Tahu la apa yang akan aku lakukan",marah Datin Aida.
Dia lantas masuk ke dalam rumah untuk mencari Mak Tam.Dia ingin bertanya ke mana Dato' Mazlan pergi.
"Mak Tam,Oii Mak Tam.Sini kau",panggil Datin Aida kuat.
Datin Aida melabuhkan punggunya di atas sofa sambil menunggu kehadiran pembantu rumahnya itu.
Mak Tam yang mendengar namanya dipanggil lantas berlari-lari anak ke ruang hadapan untuk bertemu Datin Aida.
"Ada apa Datin?",tanya Mak Tam.
Wajahnya sedikit ditundukkan.
Datin Aida memandang Mak Tam tajam.
"Kau tahu di mana Dato' pergi?",tanya Datin Aida kasar.
Mak Tam mengangguk kepala tanda mengetahui keberadaan Dato' Mazlan.
"Kalau tau,jawablah!",marah Datin Aida.
"Pagi tadi Dato' dah terbang ke luar negara.Katanya bercuti",jawab Mak Tam terketar-ketar.
Dia amat takut dengan majikannya itu.
"What?".!!!!!!!
Terkejut dengan berita itu.Datin Aida lantas berdiri memandang Mak Tam.
"Dia buat apa ke luar negara.Pergi pun tak beritahu.Dia ada cakap ke dia bercuti di mana",tengking Datin Aida.
Matanya merah menahan marah.
"Dato' tak beritahu dia bercuti di mana.Dia cuma cakap nak bercuti.Itu je"jelas Mak Tam.
Wajahnya masih ditundukkan memandang lantai.Dia tidak berani memandang Datin Aida,apatah lagi ketika Datin Aida sedang marah.Datin Aida seperti singa kelaparan memandang Mak Tam.
"Sial".!!!!!!!!!!
Datin Aida berteriak kuat.Suaranya bergema memenuhi ruangan rumahnya.
Mak Tam yang masih berdiri di hadapannya hanya berdiam diri sahaja.
Datin Aida yang seperti cacing kepanasan lantas membaling bantal-bantal yang ada di atas sofa ke lantai kerana geram.Bukan hanya itu,semua pasu-pasu berisi bunga yang tersusun kemas di atas meja semuanya dicampak ke lantai.Serpihan pasu yang pecah bertaburan di atas lantai.Datin Aida seperti kerasukan berteriak marah di dalam rumah itu.
Mak Tam yang ada di hadapannya berusaha menenangkan Datin Aida.Dia sudah berusaha memujuknya namun tidak berjaya.Kemarahan Datin Aida terhadap suaminya itu sudah memuncak.Segala benda-benda di dekatnya di humban ke atas lantai.
Datin Aida terduduk di atas lantai apabila merasakan dirinya sudah sangat penat.Suaranya sudah hampir tiada akibat berteriak kerana marah.Mak Tam cepat-cepat berlari ke dapur untuk mengambil air dan memberikannya kepada Datin Aida.
"Datin minumlah.Biar rasa tenang",kata Mak Tam.
Datin Aida tidak membantah.Dia meneguk air yang diberi oleh pembantu rumahnya untuk menghilangkan rasa sakit di tekaknya.
Datin Aida memandang seluruh pelusuk ruang utama rumahnya itu.Amat berselerak.
"Mak Tam,kemaskan semuanya",kata Datin Aida memberi perintah.
Datin Aida lantas berdiri dan menaiki tangga untuk ke kamarnya.Dia ingin berehat.
Mak Tam segera mengemaskan ruangan utama yang sangat berselerak.Serpihan-serpihan pasu yang pecah di kutip nya dan dimasukkan ke dalam plastik.Setelah selesai mengemas barulah dia ke dapur semula menyambung kerjanya yang tergendala.
******
Zafran sampai ke Sibu apabila hari hampir senja.Perjalanan yang panjang amat meletihkannya.Setelah cek In di sebuah hotel milik keluarganya,Zafran lantas berbaring di atas tilam untuk merehatkan badannya.Pinggangnya terasa kebas setelah seharian memandu.Mata dipejamkan seketika.Bayangan aku tiba-tiba muncul di mindanya.Zafran lantas membuka matanya.Dia lantas mencapai telefonnya jika ada pesanan dari aku untuknya.
Zafran menarik nafas berat.Tiada satu pesanan pun datang dari aku.Hatinya sedikit sakit.Dia meletakkan semula telefonnya di atas meja.
"Awak benar-benar tak pedulikan aku Zara.Tak boleh ke awak buka sedikit hati awak buat aku",bisik Zafran perlahan.
"Apalagi cara yang harus aku lakukan untuk membuka pintu hati awak untuk aku?",kata Zafran.
Hatinya hiba.Semalaman Zafran merajuk dengan aku.Tiada kata Yang terucap dari bibir Zafran saat berangkat pergi pagi tadi.Sebenarnya Zafran ingin aku memujuknya namun harapannya sia-sia sahaja.Sehingga kini Zafran masih menanti walau sepatah kata dari aku namun dia masih hampa.
"Apakah aku sahaja yang harus menghubunginya terlebih dahulu dan mengalah demi perhubungan ini?",fikir Zafran.
Dia sebenarnya sudah tidak mampu untuk terus berdiam diri.Selagi Zafran berdiam diri,selagi itulah keperihan di hati akan terus mencengkam di jiwanya.
Zafran mencapai telefonnya semula,cuba untuk menghubungi aku,namun telefonnya berdering menandakan panggilan masuk ke telefonnya itu.
Sebaik melihat ni yang tertera di screen telefonnya,sebuah senyuman terukir di bibirnya.Hatinya berbunga riang.Zafran lantas menjawab panggilan itu.
"Asalamualaikum awak",ucap Zafran perlahan.
"Walaikumsalam.Dah sampai ke?",tanyaku perlahan di corong telefon.
"Dah,baru je.Awak dah makan ke?",tanya Zafran.
Hatinya berdebar saat berbicara denganku.Zafran merasakan,inilah kali pertama berbual mesra denganku melalui telefon.
"Dah makan tadi".Hanya itu mampu aku ucapkan.
Sebenarnya aku tak tahu nak berbual apa dengan Zafran.Tujuan utama ku adalah ingin meminta maaf kepadanya.
Suasana sepi seketika.Tiada siapa antara kami yang memulai bicara kerana masing-masing sedang menahan getar di hati.
"Maafkan aku".
Setelah seketika berdiam diri,akhirnya aku menyambung semula perbicaraan.
Zafran sedikit terharu mendengar ucapan maaf dariku.
"Aku juga minta maaf sayang.Tak sepatutnya aku melayan awak seperti itu",jawab Zafran.
Aku memejamkan mataku setelah mendengar kata-kata dari zafran.Hatiku sedikit lega.
"Aku yang salah.Tak sepatutnya aku cakap macam tu kat awak.Aku bertindak tanpa berfikir sebelumnya.Aku menyesal",luahku.
Aku sebenarnya sangat merinduinya saat itu.
Aku tak menyangka,perasaan rindu sangat mencengkam jiwaku saat berjauhan dengannya.Tapi untuk meluahkan perasaanku,aku malu.
"Dah jangan fikirkan hal tu lagi.Yang penting sekarang,masalah antara kita dah selesai.Aku sayang awak,dan sayang itu tak akan perna pudar",luah Zafran.
Dia sememangnya tidak sanggup untuk berpisah denganku.Itulah penyebab sebenarnya Zafran merajuk denganku apabila mendengar ucapanku kelmarin.
"Awak okey ke kat sana.Bila awak balik ke sini?",tanyaku sedikit sayu.
Sendirian di rumah besar itu sememangnya membuat aku sepi.Sebelumya Zafran ada untuk menemani aku sebelum berangkat tidur,tapi saat ini,aku hanya bersendirian.Kesepian menyelubungi hatiku.Ikutkan hatiku,ingin sahaja aku menyuruh nya untuk kembali,namun aku pendamkan sahaja keinginan ku itu.Aku tahu,dia ke sana atas urusan kerja.
"Aku okay.Cuma sedikit penat.Siap urusan baliklah nanti.Nape,rindu eaa?",usik Zafran.
Wajahku berubah rona.Nasib baiklah Zafran tiada di sisi saat itu.Kalau ada,sudah pasti dia melihat wajahku yang kemerahan.
"Mana de,tak lah.Siapa juga rindu.Perasan sangatlah awak tu",dalih ku.
Zafran sudah ketawa terbahak-bahak mendengar kata-kata ku itu.
"Betul ni tak rindu.Tak pelah,aku cari bini no dua kat sinilah",gurau Zafran.
Dia cuba mengusik ku.
Aku agak tersentak dengan kata-katanya.Aku sedikit marah dengan kenyataan yang diberikan.Walaupun aku tahu itu hanya sekadar gurauannya untuk mengusik ku namun entah mengapa aku tak menyukainya.
"Kenapa diam.marah ke?.Aku gurau je lah",pujuk Zafran apabila tiada kata-kata terlahir dari mulutku.
"Err tak lah.Nak marah buat pe",dalihku lagi.
"Kalau siap nak kehilangan aku.Cubalah!".
Aku lantas menekup mulutku dengan jari-jari ku.Aku menepuk-nepuk dahi perlahan.Geram dengan keterlanjuran kata-kata ku.
Zafran mentertawakan aku apabila mendengar jawaban dariku itu.
"Sayang juga awak dengan aku.Jangan risaulah,aku datang sini atas urusan kerja je.Lain-lain takde",jawab Zafran.
Aku tidak menjawab kata-kata Zafran.Tetapi senyumanku tidak lekang dari bibirku.Hatiku agak lega mendengarnya.
"Yela,nanti sembang lagi la.Ada sedikit kerja harus aku selesaikan.Okay bye.Asalamualaikum",ucapku pantas.
"Aikkk!.cepatnya ucap salam.Oklah,buatlah dulu kerja tu.Ada masa aku call awak.Hati-hati kat sana.Walaikumsalam",jawab Zafran.
Setelah telefon di matikan,Zafran mencium-cium screen telefonnya itu.Hatinya sangat bahagia.Setelah berbual dengan insan yang sangat dirinduinya,hatinya sedikit terubat.
"Barulah ada tenaga sikit nak buat kerja.Ada power sikit nak teruskan hidup",ucap Zafran sambil tersenyum.
Kini hatinya amat bahagia.Walaupun belum sepenuhnya memiliki aku,namun dia tahu,hatiku untuknya.
*******
Dato' Mazlan menghela nafas lega sebaik sahaja tiba di lapangan terbang antarabangsa Incheon Korea.Penerbangannya ke Korea sememangnya sudah dirancang dari awal lagi.Sudah seminggu Dato' Mazlan menempah tiket ke Negara Korea.Dia sebenarnya tidak mempunyai sebarang urusan untuk ke Korea namun demi menjayakan rancangannya dia terpaksa melakukannya.Selain itu,dia ingin menenangkan fikirannya yang sangat tertekan akibat sikap isterinya yang sudah sangat keterlaluan baginya.
"Aida,Aida,kalau selepas ni sikap kau tak ubah juga,aku tak taulah nak buat apa lagi pada kau ni",kata Dato' Mazlan.
Handphone di tangannya dilihat.Semasa dirinya masih di lapangan terbang Kuala Lumpur,sudah beberapa kali Datin Aida menelefon dirinya namun sengaja tidak disambut oleh Dato' Mazlan.Dia sudah meneka apa yang isterinya ingin katakan ketika itu.Itulah penyebab utama dia tidak menyambut panggilan itu.Dia mahu agar Datin Aida insaf akan sifatnya yang angkuh dan sombong dengan kekayaan yang di milikinya itu.
Satu sengihan nakal terukir di bibir Dato' Mazlan.Hatinya gembira mampu mengenakan isterinya itu.Dato Mazlan melihat jam di tangannya.
"Sekarang dah jam 8 malam.Di Malaysia sekitar jam 7 malam.Tak taulah Aida sedang buat apa sekarang.Meroyan kot",bisik Dato' Mazlan perlahan.
Senyuman di bibirnya terukir.Dia lantas menarik bagasinya dan keluar dari lapangan terbang dan mencari sebuah teksi untuk dinaikinya menuju ke hotel yang sudah ditempahnya semasa menempah tiket kapal terbang seminggu yang lalu.
Share this novel