Chapter 59

Romance Completed 625623

“Sayang. Enough with the swimming. Come on up. Its lunch time” Hana Aishah yang sedang asyik terapung di dalam kolam mandi di dalam salah satu bilik di villa itu berenang menuju ke arah suaminya yang sudah berdiri memegang tuala berwarna merah itu.

“Its been almost a year since I went for swimming. I missed it. Abang lah ni, tak bagi Aishah swimming” Hana Aishah mengambil tuala yang dihulurkan suaminya sebelum mengeringkan tubuhnya. Mata Fakhrul tidak berkelip memandang butiran - butiran air yang menuruni tubuh isterinya yang hanya memakai sepasang bikini berwarna putih.

“I don’t want people looking at my wife’s body” Hana Aishah hanya mampu menggelengkan kepalanya mendengar logik suaminya. Dia memandang ke arah Fakhrul yang berseluar pendek separas paha tanpa baju itu.

“Abang ni pun. Aishah tahu la I cannot wear bikini. And I don’t even own one till you bought it for me. Aishah pakai burkini lah” Hana Aishah melilitkan tuala yang diberikan suaminya itu di kepalanya. Kakinya melangkah menuju ke kerusi berdekatan dengan kolam untuk mengambil jubah mandi yang disidai sebelum terjun ke dalam kolam sebentar tadi.

“Don’t wear the bathrobe and for your information I can see your body shape when you wear that burkini” Fakhrul menarik tangan isterinya untuk mengikutinya ke laman bunga yang berada di sudut bertentangan dengan kolam mandi itu.

Hana Aishah masih geram dengan kejadian sewaktu mereka mula - mula berkahwin dahulu. Dia yang sudah teruja memakai burkininya , terpaksa membatalkan niatnya apabila Fakhrul naik angin melihat dia memakai baju mandi muslimah itu.

Sedih betul dia. Semenjak itu setiap kali dia mahu keluar berenang di kolam mandi di sebuah hotel di Shah Alam yang dia selalu pergi bersama rakan universitinya, suaminya tidak mengizinkan.

“Abang. Sejuk lah” bikini dua set berwarna putih yang dipakainya itu membuatkan dia mengigil kesejukan. Hana Aishah sudah memeluk tubuhnya menahan sejuk apabila udara segar daripada luar villa masuk melalui jendela - jendela yang terbuka itu.

“I like seeing you wearing like this” Hana Aishah menjulingkan matanya saat mendengar ayat suaminya.

“Abang ni kan. Peliklah. Why do you like to dictate what i wear? I’m not a doll tau , nak main dress up” Hana Aishah mencebikkan bibirnya saat punggungnya dilabuhkan di kerusi kayu itu. Nasib baik kayu , kalau besi mahu punggung dia kena kejutan elektrik sebab sejuk.

“I don’t like people seeing whats mine” Hana Aishah hanya mengeluh kecil. Pening dia cuba memahami suaminya.

“I love it when you cook. Abang je lah masak lepas ni” Hana Aishah tersenyum lebar melihat spaghetti cabonara yang di masak suaminya.

“But I like you attending to my needs” Hana Aishah tidak tahu mahu merasai apa saat mendengar ayat suaminya.

“Its so hard to understand you. Aishah sayang abang sorang je. Tak cukup ke untuk buat abang percaya dekat Aishah? I follow whatever you want because I love you” Hana Aishah menyuap spaghetti yang masih berasap itu ke dalam mulutnya.

“Why is it so hard for you to do what I say? Abang tak ada pun suruh sayang buat benda yang haram. Whatever I ask you to do is for our own good” Fakhrul merenung isterinya yang cantik tanpa secalit solekan pun.

“I know but put yourself in my shoe abang. Kalau Aishah suruh abang ikut semua yang Aishah nak , will you like it? “ Fakhrul menguis spaghettinya saat itu.

Suasana sunyi seketika , yang kedengaran hanyalah bunyi garfu Hana Aishah yang berlaga dengan pinggan kaca itu. Laparnya saat itu membuatkan dia tidak mengendahkan suaminya yang sudah bertukar mood kerana persoalannya.

“Hmmm. Merajuk lagi. Yang patut merajuk Aishah bukan Abang tau tak. Makanlah” Hana Aishah merenung suaminya.

“I like this bathing suits by the way. Abang beli banyak ke?” Hana Aishah cuba memancing suaminya yang masih bermuka masam itu. Masih tiada jawapan.

Dia meletakkan garfunya di atas pinggan kaca yang berwarna merah itu sebelum punggungnya di angkat. Hana Aishah melangkah menuju ke sisi suaminya. Tualanya ditanggalkan daripada kepalanya sebelum di campak ke lantai kayu itu.

Kaki kirinya diangkat sebelum dia merangkul pinggang Fakhrul. Wajah suaminya yang masih lagi memandang ke arah dinding itu dipicitnya lembut. Dia menarik wajah suaminya supaya memandang ke mukanya. Hana Aishah tersenyum mesra manakala muka Fakhrul masam mencuka.

“Nak kiss ke?” Hana Aishah mengusik suaminya tetapi wajah suaminya masih kekal sama.

Fakhrul hanya diam tidak berkutik saat bibir isterinya mula mengucup lehernya. Dia dapat merasakan tubuh Hana Aishah yang lembap itu menggesel tubuhnya. Tangannya menggenggam erat sisi kerusi yang didudukinya itu kerana tidak mahu kalah dengan godaan isterinya.

“Emmm...” Fakhrul menggerakkan sedikit tubuhnya cuba menyembunyikan hasil suara - suara menggoda isterinya daripada pengetahuan wanita itu.

Kucupan yang bertukar kepada gigitan itu membuatkan tembok amarahnya runtuh. Hana Aishah sudah tersenyum kegembiraan saat dia dapat merasakan pinggangnya sudah disinggahi tapak tangan suaminya.

“Sayang” Hana Aishah sudah bergerak - gerak di atas ribaan suaminya saat mendengar suara sensual suaminya itu.

“Yessss” Hana Aishah mengangkat wajahnya yang dibenamkan di leher suaminya. Matanya yang kuyu itu gembira melihat hasil mulutnya menghiasi leher suaminya.

Fakhrul merenung isterinya penuh cinta. Rambut isterinya yang lembap itu melekat di dahi kecil itu. Tangannya bergerak naik ke tengkuk Hana Aishah perlahan. Asyik Hana Aishah rasai tetapi saat Simpulan baju dalam bikini itu dileraikan kepalanya digeleng perlahan.

“Abang. Not here” Hana Aishah menahan dengan tangan kanannya supaya baju dalam itu tidak melurut.

“No one is here. The reason why I choose to come here because everything is inside the house. No one is here except us under this roof” muka Hana Aishah sudah merona merah saat tangan Fakhrul menarik tangannya yang menghalang fabrik yang menutup dadanya itu.

“Why do you like touching it?” Hana Aishah bertanya lembut saat tangan suaminya turun mengusap parut pembedahannya. Mata suaminya yang sedang melihat tubuhnya yang terdedah itu diangkat sebelum dia merenung isterinya dengan satu pandangan yang Hana Aishah tidak dapat tafsirkan.

“Now I’m in mood for swimming” Hana Aishah memeluk erat tubuh Fakhrul saat dia merasakan lelaki itu bangun daripada kerusi kayu itu. Persoalan Hana Aishah dibiarkan tergantung.

Tubuh Hana Aishah mengigil saat mereka masuk ke dalam kolam mandi tadi. Renungan suaminya itu dibalasnya. Tangan Fakhrul sudah memulakan penerokaannya ke tubuh Hana Aishah.

“Abang....” Hana Aishah mahu melarang saat dia dapat merasakan ke mana hala tuju aksi mereka akan berakhir melihat reaksi muka suaminya tetapi Fakhrul mendiamkannya dengan mengucup bibir nipisnya.

**********************************


“Why are you mad with papa?” mereka sedang berbaring di beranda rumah itu dengan bersaksikan bintang di langit.

Usai solat isyak tadi , suaminya menarik Hana Aishah ke beranda rumah yang menghadap ke gunung yang nun jauh di pandangan. Tubuh Hana Aishah ditarik untuk menindih suaminya yang sedang berbaring di atas hammock itu.

“Abang janji nak jujur dengan Aishah” Hana Aishah menarik wajah suaminya yang sedang asyik melihat langit yang cerah malam itu. Dia tahu suaminya cuba mengelak daripada menjawab soalannya.

“It doesnt matter” suara tegas Fakhrul kedengaran. Hana Aishah mencebikkan bibirnya mendengar tolakan suaminya itu.

“It matters ok. It matters to me. Abang bagi tau Aishah malam ni. Abang dah janji” Hana Aishah membentak.

“Kenapa sayang nak tahu sangat? Its between me and him. You got nothing to do with it” Fakhrul merenung wajah isterinya.

Hana Aishah sudah mendudukkan dirinya di atas perut Fakhrul saat itu sekaligus menghalang pandangan suaminya. Fakhrul menikmati pemandangan barunya itu.

Hana Aishah yang memakai baju tidur bercorak cheetah itu sedang merenungnya tajam. Isterinya memakai baju tidur satin berlengan pendek yang dipasangkan dengan seluar tidur yang pendek separas paha sahaja.

“Next time remind me not to buy you cheetah team clothing. Garangnya sayang abang ni” Fakhrul tersenyum mengusik tetapi muka Hana Aishah tetap masam mencuka.

“Abang jangan nak ubah topic. Cakap cepat” jari telunjuk Hana Aishah sudah di halakan ke muka suaminya.

“Aaahhh” Hana Aishah sudah menjerit apabila tubuhnya ditarik dan dia dipeluk suaminya erat.

“Hmmm. Sexy nya sayang” Hana Aishah sudah menggeliat kegelian apabila lehernya diterokai suaminya.

“Abang no. Aishah tak nak. Penatlah. 2 rounds already today” Hana Aishah menolak apabila dia dapat merasa tangan suaminya yang sudah diseluk masuk ke dalam baju tidurnya.

“Abaaaang” meleret dah suara Hana Aishah menolak ajakan suaminya. Penat dia tengah hari tadi belum habis lagi.

“I get to have you 24/7 for 4 days only sayang. Let me enjoy my wife” Hana Aishah sudah kegeraman apabila dipaksa sebegitu. Dia tahu suaminya sengaja tidak mahu menjawab persoalannya.

“No!” Hana Aishah menolak tubuh Fakhrul kuat sehingga suaminya yang sedang separa duduk itu terlentang kembali. Mukanya Fakhrul kelihatan tegang apabila keinginannya di tolak sebegitu.

“Aishah nak tidur. Abang duduklah dekat luar ni sorang - sorang. You love being on you own kan” kaki jinjang Hana Aishah sudah melangkah meninggalkan hammock itu.

“From birth till I was 4 years old I stayed with Abi and Ibu” langkah Hana Aishah terhenti saat mendengar suara Fakhrul yang seperti robot itu.

“Few days before my 4th birthday, they came and pick me up. No one explain to me why it happens as such. I was just expected to just live with it” Hana Aishah menelan air liurnya saat mendengar cerita yang disampaikan suaminya. Cerita yang dia nantikan selama ini.

“I cried for a little while but when no one came and console me I knew then , I’m in it on my own” Hana Aishah tidak dapat membayangkan Fakhrul yang berusia tidak sampai lima tahun itu terpaksa melalui perpisahan sebegitu. Pertemuan dan perpisahan yang dia tidak fahami dan tiada siapa menerangkan kepadanya.

“I still put some hope that things will get better. But as years pass by , I’m still just a guest in that house. I manage everything on my own since I went there. After all I was only welcome after 4 years” apabila mendengar ayat suaminya itu, Hana Aishah yang sedang berdiri membelakangi suaminya itu terus berpatah balik dan memeluk suaminya erat.

“I’m sorry Abang. I didn’t know... shouldn’t have asked “ Hana Aishah sudah menangis teresak - esak saat itu. Fakhrul memeluk isterinya erat.

Sewaktu dia menceritakan kenangan pahit itu , hatinya sudah tiada rasa. Luka yang bertukar menjadi Parut itu telah menjadi kebas. Tetapi melihat air mata wanita ini tumpah hanya kerana kesakitan dia , suatu perasaan asing mula menjalar di dalam hatinya yang telah lama mati itu.

“Don’t cry sayang. I hate seeing your tears” Fakhrul mengangkat wajah isterinya yang sudah basah dengan air mata untuk menatap wajahnya. Nafasnya seperti terhenti sesaat saat melihat kesakitan yang dipaparkan wanita itu hanya kerana dia.

“Aishah janji. Aishah takkan tinggalkan Abang. Abang kena trust Aishah. I love you and I’ll be with you till .... till forever” dalam esakan Hana Aishah dia nekad berjanji. Sekarang dia faham kenapa Fakhrul berperangai sebegini.

“Sayang don’t cry. It doesn’t matter anymore. It doesn’t hurt me anymore. Sekarang yang penting , Abang nak built a family with you. And I won’t be the kind of father he is” Hana Aishah mengucup bibir suaminya saat itu.

“You’re a great Baba. Aishah and our future babies will be so grateful to have you as our guardian angel” Hana Aishah merenung mata suaminya.

“Abang nak 6 tau” Hana Aishah mengesat air matanya sambil tersenyum lebar. Kepalanya dianggukkan laju.

“Tapi counting from our first one tinggal lima lah kan Abang” Hana Aishah tersenyum mengusik. Terus masam muka suaminya itu.

“Sayang” Hana Aishah sudah tertawa gembira mendengar rajuk suaminya.

“Abang janji dekat Aishah. You’ll learn to trust again. You’ll learn to forgive those who hurt you. I want us to start building our family from a clean start. It doesn’t matter how we start up but now at least we know how to start clean” Hana Aishah mengusap anak rambut nakal suaminya yang berjurai itu. Fakhrul asyik merenung isterinya di bawah cahaya malam itu.

“I’m glad I choose you. You’re the best decision I’ve ever made” hati Hana Aishah terasa seperti sedang terbang gembira malam itu.

Fakhrul tersenyum bahagia melihat renungan isterinya yang bertukar menggoda itu. Mata Hana Aishah bertukar kuyu saat dia mengambil tangan kanan Fakhrul dan diletakkan di dadanya seolah memberi kebenaran kepada suaminya untuk meneruskan niat yang Hana Aishah bantutkan tadi.

“I thought you were tired” Fakhrul membuka butang baju tidur isterinya satu persatu. Nafas Hana Aishah sudah bertukar rentak saat baju tidurnya dilurutkan daripada bahunya.

“Never tired when it comes to you” Hana Aishah merenung suaminya menggoda. Mata Fakhrul melihat dada isterinya yang terdedah itu. Seperti tengah hari tadi , hanya bahagian bawah pusat isterinya sahaja yang tertutup.

“I’ll never get tired of looking at you” Hana Aishah sudah memejamkan mata menikmati sentuhan suaminya saat itu.

Tangan Fakhrul menjalar ke segenap tubuh Hana Aishah. Malam itu bersaksikan langit yang cerah diterangi cahaya bulan , Hana Aishah merasai kenikmatan sentuhan suaminya.

Malam itu air matanya mengalir saat mereka melalui arus cinta mereka kerana Hana Aishah sudah ketemu jawapan yang dicarinya. Kenapa suaminya susah untuk menerima bahagia yang datang? Kenapa setiap kali dia merasa bahagia , lelaki itu akan semudah itu menghancurkan segala harapan yang dia cuba bina?

“We’ll get through your past. We’ll get through those pain. Because I’ve seen a glimpse of that beautiful soul underneath that painful childhood. Aishah cinta Fakhrul” Hana Aishah membisikkan janji - janji itu sambil merenung wajah suaminya yang sedang nyenyak tidur itu.

Wajah tenang suaminya yang tadi ligat beraksi direnung Hana Aishah. Selimut yang meliputi tubuh mereka yang kepenatan itu ditarik Hana Aishah rapat. Hana Aishah dapat merasakan pelukan suaminya di pinggang Hana Aishah semakin mengetat.

Kepenatan hari ini mula menyelubungi dirinya. Pagi tadi apabila mereka usai sarapan di ruang tamu , kemudian di dalam kolam mandi tengah hari tadi , di atas hammock sebentar tadi dan akhir sekali di katil kelamin ini.

Satu perkara yang dia belajar tentang suaminya sepanjang perkahwinan mereka ini, lelaki yang dia bayangkan sangat mementingkan kesempurnaan ini sebenarnya suka melakukan perkara yang spontan apabila bersama dengannya.

Hana Aishah tersenyum sendiri mengenangkan kenangan manis sepanjang mereka berkahwin. Dengan senyuman yang mekar di bibirnya perlahan - lahan Hana Aishah terlelap mendengar deruan nafas suaminya yang kembali tenang selepas mereka melayari perlayaran cinta mereka sebentar tadi.

**********************************


“Hana!” Hana Aishah yang baru hendak melangkah masuk ke dewan bedah 4 itu terus menghentikan langkahnya kaget.

“Ya Allah budak ini. Tengah shooting X Ray tu” Dr Hamdan memarahi Hana Aishah yang sedang berdiri di muka pintu yang terbuka itu.

Hana Aishah terpinga - pinga melihat muka mereka yang memakai skrub dan mask itu merenung ke arahnya. Masing - masing memakai sut lead untuk melindungi diri mereka daripada pancaran X Ray kecuali dia yang baru sahaja mahu melangkah masuk.

“Dr. Eee terkejut Hana. Shooting X Ray je pun” Hana Aishah cepat - cepat menutup pintu bilik bedah itu kembali. Tidak sampai beberapa saat Dr Hamdan menjulurkan mukanya keluar mencari Hana Aishah yang sudah bersandar di tepi pintu masuk dewan bedah itu.

“Yes Hana. Hana nak apa?” Dr Hamdan yang tadi bersuara serius itu bertukar nada lembut apabila melihat muka cemberut anak buahnya itu.

“Sampai hati Dr marah Hana” Hana Aishah membuat muka sedihnya.

“I didn’t scold you. I was just worried because the x ray is shooting. Hana nak apa ni. I thought your elective finish already” Hana Aishah terus bertukar ceria saat mendengar ayat Dr Hamdan mentornya itu.

“Hari tu Dr janji nak ajar Hana about the paeds sedations and intubation. Nanti Dr lupa” Dr Hamdan menggelengkan kepalanya sebelum menertawakan Hana Aishah.

“Hana , Hana. Dapat free time tapi nak jugak sibukkan masa tu. Come on in. Wear that lead suit first” Hana Aishah menganggukkan kepalanya laju sebelum pergi mengambil sut lead yang tergantung dan menyarungkan di badannya.

Hana Aishah melangkah masuk ke dewan bedah 4 itu semula. Dia dapat melihat pakar bedah dan anak buahnya sedang melakukan pembedahan tetapi matanya dihalakan ke arah mentornya yang sedang mengambil ubat - ubat yang mahu digunakan untuk mengajar Hana Aishah.

“Dr Hana buat apa dekat sini. OT 8 dah habis kan” SN Zarida menegur Hana Aishah yang sudah memunculkan dirinya itu.

“Nak berguru dengan bos besar. Alaa bukan Hana boleh punch out awal pun. Baik Hana suruh Dr Hamdan ajarkan Hana” Hana Aishah sempat membebel sambil melihat ke arah mentornya itu.

“Ada aja jawapan budak ni” Hana Aishah tersengih memandang Dr Hamdan.

Hana Aishah tekun mendengar Dr Hamdan mengajarnya saat itu. Sambil telinganya mendengar , tangannya pantas menulis. Dia lansung tidak menyedari keadaan sekeliling saat itu.

“Hi Hana” Ali yang baru kembali daripada bilik air itu , terus melangkah menuju ke arah Hana Aishah dan Dr Hamdan saat itu.

“Hi Dr Ali. Wah bestnya combo OT ni. Jealousnya Hana tak dapat join OT ni” Hana Aishah tersenyum lebar memandang ke arah MO nya itu.

“Ish Hana ni. No need to be formal la with me. I pun baru je habis HO. Same age “ Ali memandang ke arah gadis yang berjaya menarik minatnya itu.

Hana Aishah dan Ali sama - sama mendaftar sewaktu hari pertama mereka berkerja. Hana Aishah selesa kerana lelaki itu sentiasa mesra melayannya. Tidaklah marah - marah seperti bosnya yang lain.

“Hana tak biasalah Dr. Sorry Hana curi Dr Hamdan kejap. Nak belajar paeds sedation” Hana Aishah menerangkan tujuan kedatangannya. Ali bersandar di dinding bertentangan dengan Hana Aishah. Matanya asyik memandang Hana Aishah yang sedang melihat vial - vial ubat yang dipegang Dr Hamdan itu.

“I pun nak belajar sekalilah kalau macam tu” Hana Aishah hanya tersenyum mesra mendengar ayat lelaki itu.

“Memang kena belajar pun. Tadi awal - awal dah fail bab adult sedation” Ali menggarukan kepalanya yang tidak gatal itu mendengar komen Dr Hamdan.

“Sorry Bos” Ali memang tidak minat bidang bius tetapi malangnya dia ditempatkan di jabatan ini kerana tidak cukup MO.

“I don’t need your sorry. Adult sedation is basic. Houseman level. Even Hana knows alot more than you” Hana Aishah terus mengalihkan pandangannya. Serba salah dia apabila melihat MO nya dimarahi. Dia memandang ke arah meja pembedahan itu.

“Haaa that’s why tonight Hana kena pergi dinner with me. Nanti Hana can teach me on sedation” terkejut Hana Aishah mendengar ayat Ali itu.

Dia memandang ke arah Ali yang sedang merenungnya penuh makna itu. Suasana di dalam dewan bedah yang tadi bising dengan gurauan jururawat itu bertukar sunyi.

“Jangan nak mengayat sangat. Kejap lagi driller tu bukan masuk femur patient , masuk mulut kau Ali” Hana Aishah terus memandang ke arah papan putih yang sudah tertulis maklumat tentang pembedahan hari itu saat mendengar ayat Dr Hamdan. Melihat nama suaminya yang tertera sebagai pakar bedah hari itu Hana Aishah terus bertukar pucat.

“Tak salah mencuba Dr Hamdan. Sambil study sekali boleh menyelam” Ali memandang ke arah Hana Aishah dengan senyuman manisnya.

Hana Aishah pula menelan air liurnya apabila meneliti susuk tubuh di sebalik scrub hijau itu. Hatinya berdegup laju. Memang nama dekat papan putih itu betul tetapi dia masih mengharapkan yang susuk tubuh lelaki yang sedang membelakanginya itu bukan suaminya.

“Tak payah nak mengorat sangat bini orang” Dr Hamdan menegur Ali.

“Bini orang? You’re married Hana?” Hana Aishah yang sedang asyik meneliti pakar bedah itu daripada belakang mengalihkan pandangannya ke arah Ali.

“Hana dah kawin. Everyone knows” pendek Hana Aishah menjawab tetapi dia harap Ali faham. Hana Aishah sudah cuak. Habislah dia kena hadap amarah suaminya balik ni.

“I tak tahu pun” Hana Aishah menelan air liurnya saat dia mendengar suara kecewa lelaki yang berbadan sado dan hanya paras tingginya itu.

“Sekarang dah tahu so you can stop flirting and start focusing on your job” Dr Hamdan dapat melihat mata Hana Aishah yang kelihatan gusar merenung suaminya yang fokus membedah itu . Ali yang melihat mata Dr Hamdan yang menjelingnya itu terus dia menuju ke PC dan diam tanpa bicara. Kecewa dia.

“Ok Hana , now I want you to repeat back the steps that I told you” Hana Aishah menerangkan semula segala yang diterangkan Dr Hamdan tadi tetapi sesekali matanya memandang ke arah suaminya yang membelakanginya.

“You get the hang of it already. Good. Nanti Hana balik , read on ventilator settings for paeds. Next time we’ll go into details on that” Dr Hamdan berpuas hati dengan penerangan Hana Aishah itu.

“Hana baca dekat same website la kan Dr. The one yang I read for the sedation part” Dr Hamdan mengangguk kepalanya.

“Ok Dr Hamdan. Thank you tau Dr” Hana Aishah menyusun kembali ubat - ubatan yang digunakan tadi.

“So when are you taking your paper?” Hana Aishah menggaru kepalanya yang tidak gatal itu mendengar soalan bosnya.

“Entahlah Dr. Hana tak sure lagi nak specialised in which field. I have two options in my mind” Hana Aishah menyandarkan dirinya di dinding bilik bedah itu. Matanya tidak putus memandang tubuh suaminya yang sedang bergerak lincah memasang sendi baru untuk pesakitnya.

“Do Anest. I’ll train you” Hana Aishah tersenyum lebar memandang ke arah Dr Hamdan.

“But then Hana tak pandailah Dr. Genius macam Dr boleh la buat Anest” Hana Aishah menjawab jujur.

“You dont need to be clever to be Anest. Just need to study hard. Which you do. You are one of my favourite houseman. You want to know why? Because you prepare yourself before asking. You dont just expect answers to come rolling. You’re going to become a safe doctor no matter what field you’re going to” Hana Aishah tersenyum kekok kerana dipuji sebegitu.

“Thank you Dr. Dr doakan Hana. InsyaAllah , kalau Hana dah decide nak specialised nanti Hana bagi tau Dr” gembira hati Hana Aishah apabila mendapat doa sebegitu daripada bosnya.

“Lesson done for today. Go and rest. Encik suami tu nak siap dah” sempat Dr Hamdan mengusik Hana Aishah.

“Ishh mana ada tunggu dia. Hana nak jumpa Dr la. Didn’t even know he’s here ok” kelam kabut Hana Aishah mempertahankan dirinya.

“Ye ke Dr Hana ni. Sure ke tak perasan suami tercinta” Hana Aishah sudah tidak senang duduk saat itu.

“Ee tak nak lah kawan Kak Azi ni” Hana Aishah terus meluru keluar daripada bilik bedah itu.

Dia dapat mendengar tawa mereka daripada dewan bedah saat pintu dewan itu tertutup. Rasa nak menyorok di bawah meja sekarang. Dia tidak tahu suaminya ada pembedahan hari itu. Kalau dia tahu pasti dia tidak akan masuk dewan bedah itu.

“Ya Allah. Buat malulah kau ni Hana Aishah” dia menepuk dahinya. Kakinya dihalakan menuju ke bilik persalinan wanita.

********************************


“Hana” Hana Aishah yang sedang khusyuk melihat telefonnya itu mengangkat wajahnya melihat pemilik suara yang memanggilnya.

“Dr Ali” Hana Aishah merasa kekok mengingatkan kejadian tadi.

“I’m sorry about earlier. I didn’t know” Hana Aishah mematikan telefonnya saat mendengar ayat daripada mulut lelaki itu.

“Hana yang kena mintak maaf. Maybe cara Hana salah. Hana memang mesra alam dengan semua orang” Hana Aishah tersenyum pahit melihat wajah sugul lelaki itu. Wajah yang selalu tersenyum gembira melihatnya itu sudah bertukar suram.

“I yang salah. Perasan sendiri. By the way husband you doctor jugak ke?” Ali sebenarnya bingung memikirkan siapa gerangan suami Hana Aishah ini. Daripada cara mereka yang berada di dalam dewan bedah , seperti semua orang mengenali suami wanita yang dia idami itu.

“Emm. Dr still tak kenal husband Hana ke?” Hana Aishah sudah menggaru kepalanya yang tidak gatal saat melihat gelengan lelaki itu.

“Hus...” belum sempat Hana Aishah hendak menghabiskan bicara pintu bilik persalinan itu terbuka dan suaminya keluar bersama pasukan bedahnya hari itu. Jelingan suaminya cukup untuk membuatkan Hana Aishah menelan air liurnya kesat.

“Lets go” Ali terpinga - pinga melihat pakar bedah yang di berkerja hari itu menarik tangan Hana Aishah pergi.

“Kau ni pun. Nak tackle bini orang carilah bini kucing. Ni kau pegi tackle bini singa” Zaki yang merupakan MO ortho itu menepuk bahu Ali yang sudah tercengang melihat adegan di hadapannya itu.

“Wei. Apa ni? Aku tak faham? Apa yang korang asyik hinting dari dalam OT tadi?” Zaki yang merupakan teman serumah Ali itu sudah tergelak besar melihat muka blur teman serumahnya itu.

“Slow betullah kau ni. Awek yang kau dok usha tu , bini Mr Fakhrul. Orthopaedic Surgeon or more specifically doctor paling malignant dalam hospital ni” Zaki menolak mulut Ali yang ternganga itu tutup.

“Aa... whaat... aku..” Zaki sudah mengekek ketawa melihat reaksi kawannya.

“Tak payah nak tergagap sangat. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata binasa badan” Zaki menarik rakannya yang sudah kejung itu.

************************************


“Abang marah Aishah ke?” Hana Aishah memeluk tubuh suaminya daripada belakang. Fakhrul sedang merenung ke dalam kolam ikan di rumah Tan Sri Fadhil.

“Senyap je dari dalam kereta tadi. Dinner pun makan sikit je” Hana Aishah mengusap dada suaminya. Fakhrul masih lagi berdiam diri.

Sekembalinya mereka daripada percutian di villa itu , hubungan mereka kembali pulih. Bahagianya membuatkan senyuman tidak lekang daripada bibir Hana Aishah. Tidak pernah sesaat Fakhrul mengasarinya.

“Lawa sangat ke ikan - ikan tu nak compare dengan Aishah” Hana Aishah masih mencuba memancing suaminya.

Kejap tangan Fakhrul memegang lengan Hana Aishah sewaktu menuju ke tempat letak kereta apabila suaminya melihat adegan Hana Aishah berbual dengan Ali tadi. Sepanjang perjalanan ke rumah Tan Sri Fadhil mulutnya diam membisu. Minggu ini giliran mereka bermalam di rumah mertua Hana Aishah.

“Abang. Aishah sorry. Janganlah senyap macam ni. I miss your voice” suara Hana Aishah sudah bertukar sayu.

“Aishah tak ada niat nak sakitkan hati abang. Aishah tak tahu pun Dr Ali tu have something towards me” Hana Aishah dapat mendengar tawa sinis suaminya saat kata - kata itu meluncur dibibirnya.

“Kenapa abang tak percaya Aishah? Aishah sayang abang. Berapa juta kali Aishah nak cakap. Why don’t I deserve your trust?” air mata Hana Aishah sudah mengalir laju. Dahinya disandarkan di belakang badan suaminya.

“Trust need to be earn. You’re not earning it well” Fakhrul melonggarkan pelukan tangan Hana Aishah yang memeluk dadanya erat itu. Kakinya melangkah pergi menjauhi Hana Aishah yang berdiri dengan linangan air mata itu.

“Kenapa salah Aishah? Aishah tak faham. I didn’t ask him to like me. I talk to him just like how I talk to others” Hana Aishah mengesat air matanya kegeraman.

“Now you tell me... Aishah nak kena buat apa baru abang percaya dekat Aishah. Aishah penatlah macam ni. You don’t trust me when I did nothing wrong. Aishah pernah ke curang dengan abang? Tipu abang?” Hana Aishah membentak.

“Quit” Fakhrul yang sudah melabuhkan punggung di gazebo di taman rumah agam itu merenung isterinya tajam. Hana Aishah menggelengkan kepalanya lemah.

“Basically you will only trust me if I don’t interact with men. To that level you don’t trust me kan” Hana Aishah merenung tajam suaminya saat itu.

“You’re ruining us because of your past. I know its painful but its in the past. I’m your present. Aishah dah tak tahu macam mana lagi nak convince abang. To ... to make you believe me” Fakhrul merenung Hana Aishah yang sedang berdiri sambil menundukkan wajahnya.

“Abang decide. Abang nak Aishah ke tak nak. If you want me then trust me. If you dont maybe I’m not the one you’re looking for. To... to be with ... with you for the rest of your life. Aishah tak nak seksa abang” Hana Aishah melangkah pergi meninggalkan Fakhrul bersendirian.

“Ya Allah. Kenapa susah sangat kami nak menggapai bahagia”Hana Aishah mengesat air matanya laju.

***********************************


“Hana ok sayang?” Puan Sri Maria mengusap lembut kepala menantunya yang dilitupi telekung berwarna putih itu. Hana Aishah sedang membaca Al Quran di sebuah buaian yang terletak di sebelah kolam mandi rumah agam itu.

“Mama” Hana Aishah yang sedang mengelamun itu tersentak saat menyedari kehadiran ibu mertuanya itu. Puan Sri Maria yang berbaju kaftan itu melabuhkan punggung di sebelah menantunya.

“Jauh mengelamun , mama datang pun tak sedar” Hana Aishah hanya tersenyum hambar mendengar usikan Puan Sri Maria.

“Sorry Ma. Just thinking. Awalnya mama bangun pagi ni. Did I wake you up?” Hana Aishah yang tidak dapat tidur sepanjang malam itu kerana ketiadaan Fakhrul di sisinya akhirnya bangkit dan menunaikan solat malam.

Entah mana suaminya menghilang lansung tidak muncul di bilik mereka sepanjang malam tadi. Yang pasti Hana Aishah tidak dapat melelapkan matanya lansung kerana ketiadaan suaminya itu.

“Tak lah. Mama suka Hana datang sini. Adalah bunyi orang mengaji” Hana Aishah merenung wajah suram Puan Sri Maria.

“Alaa Hana tak ada pun Mama kan ada. Lagi afdal tuan rumah yang mengaji” Hana Aishah cuba berhati - hati dalam kata - katanya. Tidak mahu menyingung tapi dalam masa yang sama tidak mahu membiarkan mertuanya itu terus meninggalkan Al Quran.

“Mama dah tak lancar Hana. Lama sangat dah” Hana Aishah dapat mendengar suara sebak wanita itu.

“Hana pun sama mama. Still learning. Tergagap - gagap jugak kalau surah yang jarang baca. Sebab tu kena baca hari - hari. Even when I’m tired Hana try baca at least a page a day” Hana Aishah mengenggam erat tangan mertuanya.

“Hana ajar mama” Hana Aishah terdiam mendengar permintaan ibu mertuanya itu.

“Hana pun tak lancar mana. Tajwid pun tunggang terbalik. How about this, Hana carikan ustazah yang boleh ajar then we’ll go for the class. Ok tak mama?” Hana Aishah memberikan cadangan.

“Mama seganlah Hana. Dengan Hana tak apa. Tapi dengan orang luar. Mama dah tua - tua baru nak belajar” Hana Aishah mencium pipi ibu mertuanya mesra.

“Hana pernah dengar this one talk by this Shaykh from Africa. He said ‘dont be ashamed in doing something that Allah loves. Be ashamed of doing something that he forbide you from doing it’” sejuk hati Puan Sri Maria melihat wajah bersih menantunya itu.

“Please stay with him. Hana jangan tinggalkan Angah. Mama tak nak hilang anak lelaki mama lagi. And I don’t want to lose my daughter either” air mata Puan Sri Maria bergenang. Lidah Hana Aishah kelu tanpa bicara.

“You can’t lie to me. Mama kenal both of you. I know something is up and 99 percent sure its Angah’s doing but .. just hold on to him. Mama yang salah. There’s so many things I wish I can undo” Hana Aishah mengelap air mata wanita itu.

“Mama don’t cry. Hana tak suka tengok Mama nangis. Don’t worry about us ok. InsyaAllah mama doakan. We just need your doa” Hana Aishah memeluk ibu mertuanya erat.

“Nanti Hana dah ada anak don’t be a useless mother like me. Mama yang salah. I couldn’t even get myself under control after I gave birth to him. I thought I did the right thing keeping him away from my insanity but I was wrong. Now mama tengah merasa hasil kesilapan mama sendiri” entah kenapa pagi itu laju sahaja mulutnya meluahkan rasa kepada menantunya yang seorang ini.

“Mama. You’re not useless. You manage to gave birth and raised up 3 successful children. Semua jadi manusia berguna mama. Its takes a great effort to do that” Hana Aishah merenung ke dalam anak mata tua itu. Sayu sungguh dia rasa saat anak mata itu memandangnya penuh pengharapan.

“Mama jangan susah hati macam ni. Hana risau. InsyaAllah I will stick by his side no matter what. Hana janji dekat mama. Ok?” Hana Aishah membaringkan kepalanya di riba ibu mertuanya. Kuat genggaman yang di rasai saat itu.

“Hana Aishah. Sehebat nama itu menantu aku. Terima kasih Ya Allah” subuh itu , di saat matahari mula naik di ufuk timur hati ibunya berbisik.


*********************************


Fakhrul melangkah masuk ke biliknya di rumah agam milik Tan Sri Fadhil. Matanya melihat susuk tubuh isterinya yang terbaring di atas katil kelamin mereka. Matanya tidak henti merenung tubuh yang sedang membelakanginya itu. Gembira dia melihat susuk tubuh yang kurus kering itu semakin berisi.

Hana Aishah yang seperti tahu kehadiran suaminya menukar posisinya sehingga bertentangan dengan suaminya. Matanya yang masih samar - samar kerana baru bangun tidur digenyehnya supaya lebih terang.

“Abang” suara serak baru bangun tidur Hana Aishah memanggil suaminya manja. Tangan kanannya didepakan ke arah suaminya. Kaki Fakhrul seperti magnet terus ditarik merapati isterinya.

“Why did you leave me? You promise” sebak Hana Aishah mengadu rajuknya sambil memeluk tubuh Fakhrul yang dilitupi T Shirt dan seluar jeans itu rapat.

“I’m sorry” kata - kata itu meluncur daripada bibir lelaki itu yang kelihatan seperti bergetar. Hana Aishah merenung anak mata suaminya yang kelihatan gusar itu. Anak mata lelaki itu seperti tidak tentu arah.

“I’m sorry too. You haven’t sleep” Hana Aishah menarik tubuh suaminya rapat sebelum menyembamkan mukanya di dada lelaki itu. Haruman badan yang dia rindui setiap kali suaminya berjauhan.

“Couldn’t sleep. Was driving around the whole night. You won’t leave me right” Hana Aishah dapat merasakan getaran di sebalik bicara suaminya.

“I’m still here. Will always be here” Hana Aishah mengangkat wajahnya dan merenung ke dalam anak mata suaminya saat kata - kata itu meluncur di bibirnya.

“You wont just ditch me. You’ll be here no matter what” Hana Aishah dapat merasakan tubir matanya hangat saat melihat suaminya yang sedang bergelut dengan emosinya sendiri.

“I’m your present. I’m not others. I’ll be here. No matter how ugly things get. Abang suami Aishah dunia akhirat” Fakhrul merasakan sesak di dadanya yang menggila semenjak semalam semakin menghilang.

“I love you” tawa Hana Aishah pecah saat melihat mulut suaminya menguap luas saat kata - kata itu meniti bibir suaminya itu. Hana Aishah mengucup lembut bibir itu sebelum menarik suaminya ke dalam pelukannya.

Fakhrul membaringkan kepalanya di dada isterinya. Matanya mula memberat saat tangan halus isterinya mengurut lembut kepalanya yang sedang berdenyut kerana kekurangan tidur.

“Sabar je lah dapat suami mood swing kalah perempuan mengandung” Hana Aishah membebel di dalam hatinya saat mendengar dengkuran halus lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience