Chapter 2

Romance Completed 625623

Hana Aishah cuba mengerah tenaga kakinya untuk berlari selaju mungkin. Hatinya masih berdoa tanpa henti. Biarlah hari ini nasibnya baik dan bosnya datang lambat.
Kalau ada Usain Bolt , memang sah dikalahkan Hana Aishah. Dia terus berlari menaiki tangga ke Ward Orthopaedic di tingkat 11.

Lif staf rosak manakala lif pelawat lembap kalah siput. Tercungap - cungap dia mencuri nafas sambil berlari menaiki tangga. Hana Aishah sudah tidak kisah kalau dia jatuh sekalipun kena serangan asthma. Saat itu hanya satu sahaja misinya , dia kena sampai secepat mungkin.
Sesampai di pintu ward 11 dia terus berlari ke kaunter jururawat. Beberapa rakan sejawatnya sedang berdiri mengelilingi kerusi eksekutif berwarna biru gelap.
“I’m so sorry Doctor. I’m really sorry. I know I’m late” rayu Hana Aishah. Mata dia sudah bergenang.
Semua mata berpaling memandangnya. Ada 6 orang houseman lain. Dia kenal mereka semua. Ain , Aiman dan Mei merupakan intake yang sama dengan dia.
Zaqir pula senior satu posting daripadanya. Dia banyak terhutang budi dengan Zaqir kerana banyak mengajarnya sewaktu posting pertamanya dia Jabatan Perubatan.
Manakala Raj dan Christina junior kepada Hana Aishah sewaktu mereka berkerja bersama di Jabatan Perbidanan.
“What time you are suppose to be here? You don’t even have the courtesy to introduce yourself and you just barge in like that?” marah Mr Daniel.
Mr Daniel merupakan pakar senior di jabatan orthopaedic. Apabila dia berdiri , tingginya hanya paras bahu Hana Aishah. Tapi kependekannya digantikan dengan muka kacaknya yang berdarah Cindian. Matanya yang bundar dengan bulu mata lentiknya ditambah pula dengan hidung mancungnya.
Dia ditugaskan untuk menjaga houseman yang bertugas di jabatan ortopaedic semenjak 3 tahun lepas lagi. Mr Daniel antara pakar yang sangat sporting tapi dia paling pantang apabila ada anak buahnya yang datang lambat atau selalu ponteng.

“I’m really sorry Dr. My name is Hana Aishah, this will be my 4th posting. I’m really sorry for my lateness Dr” muka Hana Aishah yang berkulit hitam manis itu terasa sangat panas di dalam ward yang sedang sejuk membeku itu. Matanya sudah berair.

“Explain yourself Hana. I’m giving you 1 minute only, if not I will extend you straight away” muka Mr Daniel yang berkulit kuning langsat itu sekarang merah seperti udang pangang.

“I’m ... I’m...” tergugup gugup Hana Aishah cuba mencipta alasan. Dia tidak mahu menipu tetapi dia tidak mahu kena extend. Selama 1 tahun dalam housemanship, dia tak pernah di extend di mana - mana posting.

“Don’t lie Hana. I hate late comer but I despise liar” Mr Daniel yang dapat mengagak Hana Aishah cuba mereka alasan memberi amaran.

Aiman sudah memberi isyarat mata kepada Hana Aishah. Aiman dan Hana Aishah berkawan baik semenjak dari orientasi hospital lagi. Aiman dan Hana Aisahh macam Upin dan Ipin. Kalau bergaduh kecoh satu wad tapi mereka berdua sahaja yang boleh faham isi hati satu sama lain.

Mata bulat Hana Aishah sudah merah, air mata mula mengalir keluar dari kelenjar di hujung matanya. Hana Aishah cuba menahan sedaya mungkin supaya air matanya tidak tumpah. Dia tidak boleh menangis.

Dia pandang mata Aiman , mata Aiman tidak sebulat mata coklat Hana Aishah. Mata Aiman yang berwarna hazel itu sentiasa menjadi kekuatan Hana Aishah waktu Hana Aishah dalam masalah. Lelaki itu banyak memberi kata - kata semangat waktu dia stres.

“I’m really sorry doctor. I was up late playing with my nieces and nephew who came to visit. I slept late and ended up oversleeping. I know its not an excuse to come late but that is the truth” dia cuba menahan suaranya dari kelihatan sebak. Salah Hana Aishah juga.
Kakak sulungnya Hana Azuwa memang akan menghabiskan hujung minggunya di rumah mak abah mereka atau mertuanya. Minggu ini giliran rumah keluarga mereka maka memang sakanlah anak saudaranya 3 orang itu bermain dengannya.

Mr Daniel masih lagi berdiam diri. Tajam matanya mengimbas Hana Aishah dari atas ke bawah. Gadis tinggi lampai di depannya yang jelas nampak kacukan , matanya yang bulat berwarna coklat cair dengan bulu matanya yang lebat dan lentik. Hidung yang paling mancung setakat ini dia pernah jumpa .

Nampak sangat Hana Aishah sedang berdiri ketakutan. Dari postur badannya yang membongkok dengan bibir nipis yang digigitnya jelas menunjukkan kerisauan gadis ini. Renyuk blaus Hana Aishah yang berwarna pastel pink digonyoh dengan tangannya.

“Ok. So I think its only fair to ask your friends whether you should be extended or not because they came on time whilst you dont? So....?” Mr Daniel memandang satu persatu mula anak buah barunya.

“Aiman? Should we extend her?”

“No Mr Daniel. She is a good houseman but she made a mistake today and I can assure you that she wouldn’t repeat the same mistake again” laju Aiman menjawab

“Ok , others have any objection?”

Belum sempat mereka menjawab , ada satu suara betul - betul dekat dengan telinga kanan Hana Aishah menjawab.

“I have an objection” suara garau dengan aksen British yang pekat itu membalas.

“I think we should punish her now so that others will not take this posting lightly. She should be an example to others to not be tardy . Housemans nowadays they have it easy and takes things for granted “ panas telinga Hana Aishah menadah telinga menerima perlian itu. Dia tak mahu memalingkan muka untuk melihat gerangan suara itu. Sebab tahap marah dia , dia nak baling selipar dekat muka tuan empunya suara.

“Fakhrul. Early bird as usual” Mr Daniel memandang ke arah registra kegemarannya. Tengku Fakhrul sedang membuat attachment di Hospital Shah Alam untuk kepakaran dalam bidang ortopaedic. Dia seorang yang mementingkan kesempurnaan dan hal itu jelas dalam setiap kerja dan pembedahannya.

“I have a presentation today so need to finish my rounds early” Tengku Fakhrul menjawab sambil menuju ke arah Mr Daniel dan menarik kerusi untuk duduk di sebelah Mr Daniel.

“So you came in late and expect no punishment. This is your first day and this is how you’re showing your reputation. Bravo” mata tajam Tengku Fakhrul menenung ke arah Hana Aishah.

“Bapak handsome mamat ni tapi mulut puaka” Hana Aishah sempat mencuci mata sambil mengumpat di dalam hatinya. Pemilik suara british tadi adalah seorang doktor yang handsome . Drop dead gorgeous (DDG)

Badannya yang sasa dilengkapi dengan set muka macam model. Bibir yang separa tebal dan merah , anak matanya yang berwarna hitam dan tajam merenung ke mata Hana Aishah, hidungnya yang mancung dengan kulitnya yang berwarna coklat cair itu cukup menggoda tapi lepas mendengar ayat seterusnya memang terus Hana Aishah sumpah satu keturunan Tengku Fakhrul.

“I think we should extend her” hujung mulut Tengku Fakhrul terangkat sedikit menunjukkan senyumannya yang sinis.

Mr Daniel masih berdiam diri. Dia pernah melihat Hana Aishah berkerja sewaktu Hana Aishah memberi rujukan ke jabatannya beberapa bulan lepas. Dia tahu Hana Aishah seorang houseman yang bagus. Jadi tidak adil untuk terus menghukum Hana Aishah tanpa memberinya peluang.

“I will give you one more chance Hana. But you will be put under Mr Fakhrul team and follow his order. Understood” keputusan Mr Daniel muktamad . Dia tahu Tengku Fakhrul tegas dan Hana Aishah akan lebih peka selepas ini.

Hana Aishah rasa waktu itu seperti dia keluar mulut buaya , masuk mulut naga. Kepalanya yang dibaluti shawl hanya mampu dianggukkan.

“Matilah aku” hatinya berbisik sendiri sambil matanya merenung ke arah Aiman. Aiman seperti selalu tersenyum manis memberinya kekuatan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience