Chapter 75

Romance Completed 625623

Bunyi kaca pecah mengejutkan segenap rumah dua tingkat milik Kapten Azam itu. Bunyi derapan kaki kedengaran beberapa saat selepas itu. Wazir yang tiba di dapur itu terkejut melihat keadaan dapur yang sudah dibanjiri dengan cecair kuning yang dia pasti adalah lauk makan tengah hari mereka.

“Mak” Wazir memanggil ibu mertuanya yang berdiri kaget.

“Astaghfirullahal azim. Basirah apa dah jadi ni?” suara Kapten Azam pula bertanya terkejut. Teacher Basirah masih berdiri kaku di dapur itu. Isterinya itu diam membisu tanpa bicara.

“Basirah” Kapten Azam saat itu sudah tidak mengendahkan sekiranya kakinya terpijak kaca sekalipun , reaksi isterinya yang kaku berdiri itu menggusarkan hati.

“Mak. Apa bunyi bising tadi. Ya Allah..” Hana Azuwa yang sedang mengendong Warieth itu sudah terlopong melihat dapur ibunya. Saat itu Kapten Azam sudah memeluk erat Teacher Basirah.

“Mak. Mak kenapa ni? Abah kaki tu luka nanti. Biar Wa bersihkan dulu kaca tu” Hana Azuwa sudah bertanya gusar saat melihat ibunya yang sudah mengalirkan air matanya. Hana Azuwa memandang ke arah suaminya apabila dia tidak mendapat apa – apa reaksi daripada kedua ibu bapanya.

“Basirah. Awak kenapa senyap macam ni?” esakan halus membalas pertanyaan suaminya kedengaran.

“Mak. Ya Allah. Ya Allah bersepahnya dapur ni” bebelan Hana Aqilah yang sedang mengendong anak perempuannya pula kedengaran beberapa saat kemudian.

Hana Azuwa terus menjeling adiknya yang bermulut celupar itu. Hana Aqilah memang mulut tak makan saman. Adiknya itu akan selamba sahaja mengkritik tidak memikirkan tentang perasaan orang lain. Itulah Hana Aqiah. Beza dia dengan Hana Aishah macam langit dengan bumi kerana itulah tangannya lagi banyak naik ke tubuh Hana Aqilah dan Alif Haziq kalau nak dibanding dengan Hana Aishah.

“Lat pegang Beeqa. Achik pegi ambik mop sekarang. Kak Wa nak Tarik kaca- kaca tu guna penyapu” Hana Azuwa mengarah tetapi dibalas dengan rengusan kasar Hana Aqilah.

“Eee apasal pulak achik kena buat. Maka yang sepahkan. And Beeqa needs susu” cepat sahaja Hana Aqilah mahu berdalih.

“Beeqa tu bukan breastfeeding pun. Suruh Lat settle kan. Achik ni dah lama tak makan penyapu agaknya” suara Hana Azuwa sudah naik satu oktaf ssat itu.

“Yang you berdiri tercengat dekat sana kenapa? Go get the garbage bag and broom” mendengar amukan isterinya, kaki Wazir turut bergerak. Hana Azuwa mengeluh kerisauan melihat ibunya yang masih menangis di dalam pelukan Kapten Azam.

“Bah. Wa clear up the site first. Nanti Abah bawak mak pergi bilik and clean her up ok” Hana Azuwa memberitahu sebelum tangannya lincah membersihkan sudut di tepi rak di dapur ibunya itu. Apabila dia pasti tiada kaca di situ dia menyuruh bapanya menyusuri kawasan itu.

“Kak wa ni kan. Achik dah besar tau. You don’t get to do…” sebelum sempat dia habis membebel pemegang penyapu plastik yang digunakan Hana Azuwa sudah singgah di punggung Hana Aqilah. Terjerit adiknya mengadu kesakitan.

“B…” Hana Aqilah mengadu tetapi hanya dibalas dengan tawa Lateef.

“You tidur kat luar malam ni” suara kasar Hana Aqilah sekali lagi menjadikan punggungnya mangsa batang penyapu Hana Azuwa.

“Buat kerja tu. Mulut macam murai, tangan tak berjalan pun” Hana Aqilah meneruskan tugasannya dalam keterpaksaan dengan punggungnya yang sudah berdenyut itu.

“Mak kenapa ni mak?” Hana Azuwa berbisik sendiri sambil merenung sebentar ruangan menuju ke arah bilik tidur ibu bapanya.

Semenjak seminggu ini, Teacher Basirah banyak termenung. Mulut yang sememangnya lebih banyak membisu semenjak ketiadaan Hana Aishah menjadi semakin pendiam. Wajah yang sentiasa tegas itu bertukar sugul. Apabila ditanya, tiada jawapan yang dia terima. Hana Azuwa penat mahu meneka lagi.
*****************************

“Alhamdulillah. Kaki awak tak luka” Kapten Azam yang sedang membersihkan kaki isterinya daripada kuah kari itu berkata lega. Tiada kesan luka yang dia dapat lihat.

“Basirah. Awak kenapa ni? Dah seminggu lebih saya tengok. You are not yourself” Kapten Azam yang sedang duduk bersimpuh di lantai itu bertanya. Wajah isterinya yang sugul itu ditenungnya menanti jawapan tetapi tiada.

“If you keep quiet like this how do you expect me to help you? Awak bagi tahu saya. We`ll go through this like how we used to. The two of us” Kapten Azam memujuk. Tangan kirinya memicit lutut isterinya yang masih diam membeku.

“Awak rindu adik ke Basirah?” akhirnya terkeluar jua perkataan itu.

Kali ini wajah yang tadi tunduk merenung lantai terus dipalingkan merenung ke sisi. Kapten Azam tersenyum pahit. Lebih 30 dekat dia hidup bersama isterinya, luar dan dalam wanita itu dia sudah terlalu arif.

“Berbaloi ke kita seksa perasaan kita macam ni Basirah? Berbaloi ke kita buang anak kita sendiri?” suara Kapten Azam sebak bertanya.

“Kalau pun adik buat salah, we are her parents. Tak akan taka da sekelumit pun rasa kasihan dekat anak kita sendiri” Kapten Azam memujuk tetapi wajah isterinya yang tadi sugul berubah terus.

“Saya yang besarkan adik. Saya yang didik dia. Anak saya tak akan buat dosa macam tu” suara Kapten Azam nekad meyakinkan isterinya tengah hari itu.

“Tak kira macam mana awak nak larikan diri daripada perasaan sendiri, saya tahu awak tahu adik tengah sakit. Adik need us. You out of all people will feel her pain more than me. Saya kenal awak. And…” satu dapat panjang di tarik sebelum Kapten Azam meneruskan bicaranya.

“You know that she needs you. Sebab itu almost every night awak meracau panggil adik” sudah satu minggu Kapten Azam terjaga malam kerana isterinya meracau. Awalnya dia tidak dapat menangkap igauan isterinya tetapi semakin dia teliti dia semakin fahami.

“Saya pun rasa benda yang sama. My heart is not at ease this past one week. I feel like adik is calling us” air mata Kapten Azam bertakung saat dia meluahkan bicaranya.

Sudah seminggu hatinya tidak tenang. Dia dapat merasakan sesuatu yang tidak baik bakal berlaku. Kerana itu, dia yakin isterinya merasai benda yang sama.

“Awak panggil anak – anak kita balik tidur sini hujung minggu ni. Setiap hari awal call Alif. Even when the conversation is less than 10 minutes, the relief I saw on your face.. Saya suami awak Basirah 32 tahun kita hidup bersama. Saya kenal awak” Kapten Azam menyambung. Dia mernung wajah Teacher Basirah yang sudah basah dengan air mata itu.

“You wanted to call her. You wanted to listen to her voice. You wanted to hold her” suara Kapten Azam tersekat – sekat memberitahu.

“Jom Basirah. Kita bawak adik balik” Kapten Azam menggenggam tangan isterinya yang digumpalkan di atas riba isterinya yang berkain batik itu.

“Even if the whole world is against her, we are her parents. Tanggungjawab kita adalah untuk pegang anak kita bukan campak dia keluar bila dia buat salah” Kapten Azam memujuk lagi.

“Saya rindu adik” penuh kerinduan Kapten Azam memberitahu.

“She is our good girl. Anak yang sentiasa dengar kata. No matter how much she is against something, she will do it for our happiness. That is how I know, Hana Aishah will never do such things they are accusing her of” Kapten Azam tersenyum pahit mengenangkan anak perempuannya yang seorang itu.

Hana Aishah yang akan berkorban apa sahaja untuk kebahagiaan mereka berdua. Hana Aishah yang tidak kiralah bagaimana sakit pun anaknya itu rasai, akan tetap tersenyum gembira untuk tidak merisaukan mereka.

“Jom Basirah” Kapten Azam berdiri di hadapan isterinya. Penuh keyakinan kata – kata itu diungkapnya.

“Kita bawak anak kita balik” tangan kanannya dihulurkan kea rah isterinya memanggil. Teacher Basirah diam membisu. Saat berlalu, hati Kapten Azam menjadi semakin kecewa melihat reaksi isterinya.

“Adik need us. I feel her calling us. Its killing me” separuh merayu Kapten Azam meminta.

“Sikit pun awak tak kesian ke dekat anak kita Basirah? Hina sangat ke anak kita kalaupun betul tuduhan yang diorang lemparkan dekat Hana Aishah?” kecewa sungguh Kapten Azam waktu itu.

“Please Basirah. Lets bring her back. Its killing our whole family” saat Teacher Basirah menggelengkan kepalanya, hati Kapten Azam benar – benar terluka. Tahap kecewanya dengan Teacher Basirah tidak dapat dia ungkapkan.

“Alif left. Its only a matter of time for Wa and Achik to leave us. Our family is a wreck tapi maruah lagi penting kan” Kapten Azam memerli isterinya.

“Saya tak sangka isteri yang saya sanjung selama ini, masih di seperti di takuk dulu. Yang penting untuk awak hanya maruah awak. Biar mati anak jangan mati adat kan” terketar – ketar suara Kapten Azam menahan kecewanya.

“Allah bagi ujian dekat kita. Nak tunjuk kehebatan Dia sebab kita tak hebat Basirah. Maruah yang awak sanjung – sanjung tu tak akan tolong kapankan kita waktu kita meninggal nanti” Kapten Azam merenung kea rah isterinya yang masih lagi berdegil itu.

“Yang kita bawak masuk kubur nanti, doa anak cucu kita. Amalan kita. Maruah itu hanya mainan dunia. Sama macam pangkat kita” Kapten Azam membebel.

“Awak duduk lah sini, simpan maruah awak tu. Hold on to that people who praises you all this while. Saya nak anak saya sebab itu tanggungjawab saya” Kapten Azam mencampak kain kotor di tangannya. Secepat mungkin T- shirt disarung di tubuhnya sebelum, dia melangkah menuju ke pintu bilik tidurnya.

“Mulut orang tak akan pernah berhenti bercakap. Jangan hidup untuk puaskan hati manusia luar. Satu hari nanti awak percayalah, awak akan jadi insan yang paling terluka bila adik pergi tinggalkan kita untuk selamanya” kata penutup itu dia beri sebelum Kapten Azam melangkah keluar.

“Wa bawak abah jumpa adik. Abah tahu adik is hurting. She needs me” kata – kata itu meluncur di bibir Kapten Azam saat dia bertembung dengan Hana Azuwa yang sudah mengalirkan air matanya di ruangan keluarga rumah mereka. Dia pasti Hana Azuwa mendengar perbualannya dengan Teacher Basirah sebentar tadi.

“Tapi mak…” Kapten Azam menggelengkan kepalanya memotong ayat Hana Azuwa.

“Let her please everyone. Abah tak kisah dah. Abah nak jumpa adik je sekarang” Hana Azuwa menganggukkan kepalanya. Dia merenung suaminya yang sedang mengemas dapur itu. Wazir tersenyum kelegaan, sebelum menganggukkan kepalanya memberi Hana Azuwa keizinan.
********************

“Pa” suara Fakhih memecahkan kesunyian dia dalam bilik pejabat yang luas itu. Bilik yang bertemakan warna hitam, putih dan kelabu itu menaikkan aura sofistikated dan maskulin.

Tan Sri Fadhil yang berdiri merenung bangunan – bangunan pencakar langit di kota metropolitan Kuala Lumpur. Pemandangan daripada tingkat 81 bangunan pejabatnya menjadi saksi jatuh bangunnya.

Sewaktu dia mula membina syarikatnya, dia hanya mampu menyewa satu tingkat sahaja di bangunan itu. Tetapi berkat usahanya, sekarang sebanyak 15 tingkat di bangunan pencakar langit itu telah dibelinya. Ramai juga rakan – rakan perniagaannya bertanya mengapa dia tidak mahu membina bangunan sendiri mahupun membeli satu bangunan syarikat sendiri.

“This place has served me for the past 40 years. This office has seen my ups and down. This is the only place that I can never let go” jawapan klisenya setiap kali mereka bertanya.

Dia sudah pun membina satu bangunan 44 tingkat bagi syarikatnya tetapi, cawangan utamanya masih di sini. Pejabatnya masih di sini. Hatinya tidak mampu meninggalkan bangunan lama ini.

“I love this view” Fakhih memecahkan lamunan Tan Sri Fadhil yang sedang mengimbau kembali segala sejarah hidupnya di bangunan itu.

“This city has seen me in my weakest point. How I have to crawl back up to built this empire from the scratch after everything went to crumbs” Fakhih tersenyum mendengar bicara bapanya.

“Sebab tu ke moody je for this past couple of week” Tan Sri Fadhil menarik nafas cuba melegakan sesak di dada mendengar pertanyaan anak sulungnya.

“I`m very good at what I`m doing. That’s my greatest strength. I`m always confidence in my move hence the end result is always going to be the best” Fakhih mendengar luahan bapanya.

“But for this past year, I`ve been doubting this decision that I made” suara bapanya bertukar daripada suara penuh keyakinan kepada penuh kegusaran.

“Is that why you`ve been spacing out during our meetings?” Fakhih bertanya kerisauan. Dia tidak pernah melihat Tan Sri Fadhil hilang fokus apabila berkaitan dengan perniagaan mereka. Tetapi semenjak dua ini, mudah sangat bapanya hilang dalam mindanya sendiri sewaktu mesyuarat mereka. Bukan itu sahaja, Tan Sri Fadhil juga amat mudah hilang sabar semenjak seminggu ini.

“I did wrong” untuk kata – kata itu keluar daripada mulut satu insan bernama Tan Sri Fadhil adalah suatu yang Fakhih tidak pernah dengari.

“Pa. I`m sure whatever it is, we can go through it together” Fakhih menggengam tangan bapanya kuat.

“I think its too late already” Fakhih dapat melihat kedutan di wajah bapanya menjadi semakin jelas saat itu. Sepasang mata yang memikul seribu beban.

“Papa bagi tahu Along. I`m here right” Fakhih cuba menguatkan dirinya tetapi hakikatnya melihat seorang insan sehebat Tan Sri Fadhil untuk sampai ke tahap itu, dia menjadi takut.

“When people tell me how great of a businessman I am, it always feels good you know but honestly I don’t know how to feel anymore after seeing the end result of the sacrifices I had to make to get this” Tan Sri Fadhil merenung biliknya yang luas itu.

“I may be a damn good businessman but I failed all the 3 of you” Fakhih terdiam melihat wajah kecewa bapanya.

“I ruined Angah. I ruined Felisha” mata bapanya merah saat kata – kata penuh kekecewaan itu meniti di bibir tua itu.

“Pa what are you saying?” Fakhih menahan getaran melihat wajah bapanya saat itu. Wajah yang menanggung seribu kekecewaan.

“Felisha did it. She is the main culprit behind Hana`s affairs rumors” Fakhih mengucap panjang mendengar bicara bapanya.

“Angah and Felisha has successfully ruined another woman`s life and the reason is me” Fakhih dapat melihat air mata bapanya bertakung.

“Pa. When did you know about this? Pa.. Along… Ya Allah” Fakhih kehilangan kata – katanya saat itu. Memang benar bapanya pernah memberitahunya yang dia mengesyaki Felisha merupakan punca segalanya tetapi hatinya tidak mahu mempercayai kata – kata bapanya saat itu.

“Sampath told me a month ago. I try to take Hana away but Ya Allah, when I saw her face, Papa tahu I ruined her life for good already. I brought her into our family and let them broke her” Tan Sri Fadhil merenung ke arah Fakhih.

“Please tell me I didn’t ruin you too” Fakhih terus memeluk bapanya saat kata – kata diluahkan bapanya. Erat pelukannya di tubuh Tan Sri Fadhil saat itu.

“You are the best papa for all of us. Along mintak maaf sebab we disappoint you” Fakhih menahan air matanya daripada mengalir pagi itu.

“I didn’t step up. I let you handle everything alone. I didn’t help you with Angah and Felish. I`m sorry for being a coward and letting you handle everything alone. I`m so sorry Pa” air mata Fakhih mengalir pagi itu.

“I`m sorry Pa. I`m so very sorry” Fakhih benar – benar menyesali sikapnya selama ini.

“I`m so caught up with my own life, Along tinggalkan papa sorang – sorang. I let you handle everything alone” Tan Sri tersenyum pahit mendengar kata – kata anak sulungnya.

“Papa yang salah. I was so busy to have an empire sampai papa lupa tiga amanah penting Allah bagi dekat papa” Fakhih merenggangkan pelukannya. Dia merenung wajah papanya saat itu.

“Papa tak salah. You gave us the best of everything. Tak ada kurang walaupun satu. Don’t blame yourself for our stupidity” Fakhih memberitahu tegas.

“Along didik keluarga Along dengan agama. Jangan jadi macam papa. This world is just temporary. Papa sibuk nak buktikan dekat keluarga papa that I can stand on my own foot sampai papa lupa semua benda. Amanah paling penting Allah bagi untuk papa tapi …” Tan Sri Fadhil menggelengkan kepalanya tidak mampu meneruskan kata – katanya.

“Papa harap papa belum terlambat nak bagi tau Along” Fakhih tersenyum pahit melihat wajah bapanya saat itu. Hatinya seperti dirobek seribu melihat wajah penuh kekalahan seorang insan sehebat Tan Sri Fadhil.

“Along jaga solat. Didik cucu papa dan menantu papa dengan agama. Jangan jadi macam papa” air mata Tan Sri Fadhil gugur jua pagi itu.

“Pa. Along mintak maaf. I failed you” Fakhih menyesal kerana sikapnya yang tidak matang selama ini sampai dia membutakan mata melihat derita bapanya. Segala bebanan yang ditanggung bapanya sendiri kerana dia tidak mahu mengambil alih tugasan bapanya.

“I will take care of everything after this. Along janji Pa” Tan Sri Fadhil tersenyum kelegaan saat itu.

Sekurang – kurangnya, seorang anaknya menjadi walaupun dia gagal mendidik dua lagi anaknya. Cukuplah satu nyawa terkorban. Cukuplah satu pengalaman pahit yang tiada siapa mahu lalui, dia lalui sekali. Mengebumikan cucu sendiri kerana dia gagal mendidik anak lelakinya menjadi seorang suami dan bapa yang bertanggungjawab.
******************************************

“Monyok je muka itu. Nak I suap ke” Zarik mengusik buah hatinya itu.

Sakinah tidak membalas. Wajahnya hanya merenung ke arah nasi ayam yang terhidang di hadapannya. Hatinya sejujurnya tidak sedap semenjak seminggu ini. Hari ini segalanya tidak keruan untuknya. Daripada pagi sewaktu keretanya rosak di atas highway sewaktu pergi kerja sampailah ke saat ini.

“Nasib baik kereta you rosak. Dapat spend extra day dengan buah hati I ni” Zarik masih cuba mahu mengembirakan suasana mereka.

“You. Kenapa ni?” Zarik bertanya kerisauan apabila gurauannya dibalas dengan kebisuan Sakinah.

“I ambik cuti 4 days semata – mata nak spend time dengan you. Tapi muka you monyok macam kena paksa makan tempoyak je” Sakinah merenung ke arah Zarik.

Sudah hampir tiga bulan Zarik ditugaskan ke Sarawak. Masa mereka untuk bersama hanyalah sebulan sekali apabila Zarik memohon cutinya. Hendak mengharapakan Sakinah ke Sarawak memang tidak lah.

“Sorry you. I`m just … I tak tau macam mana nak describe. I just rasa susah hati je” Zarik tersenyum kelegaan apabila Sakinah sudah mula mahu bercakap.

“Susah hati sebab apa?” Zarik memancing lagi.

“Tak tahu. Its just susah hati ok. Macam tak tenang je. Like something bad is going to happen” Zarik menghirup air bandung cincaunya sambil mendengar bicara Sakinah yang kerisauan itu. Nasi ayamnya hanya tinggal sedikit sahaja lagi manakala, nasi buah hatinya masih tidak berusik walhal ini adalah tempat makanan kegemaran Sakinah.

“You PMS ke apa” tidak sampai sesaat kata – kata itu melepasi bibirnya, tangannya sudah berbirat ditampar Sakinah.

“Suka hati je nak salahkan uterus I” Zarik tertawa dalam kekerutan wajahnya menahan sakit mendengar amarah buah hatinya.

“What. Bukan perempuan selalu macam tu ke. I think Cha was the one who told us that kan? Everything you just gotta blame the uterus” mendengar sahaja nama rakan mereka, terus suasana bertukar suram kembali.

“I miss her” Sakinah menyambung setelah beberapa minit mereka membisu. Wajah Sakinah dilarikan memandang ke arah nasi. Rindunya pada Hana Aishah membuatkan air matanya bertakung dan dia tidak mahu Zarik melihatnya sebegitu.

“You” Zarik memanggil perlahan. Dia sudah dapat mengagak inilah punca sebenarnya.

“I miss her so much. I rasa macam dia tak ok. I can feel it” Zarik tersenyum kepahitan.

“If I could hold your hand I would do it. Sebab I kenal you and Chacha. I know how hard it is for both of you not to talk to each other for this long” Zarik dapat melihat air mata Sakinah yang sudah menitik itu.

“Tapi you kena hormat permintaan Cha” Sakinah menggelengkan kepalanya lemah.

“She don’t know what she is doing. I kenal Hana Aishah. Orang yang I nampak hari tu, bukan Hana Aishah yang sama” Sakinah meluahkan kekecewaannya.

“You. Pandang muka I” Sakinah menggelengkan kepalanya laju.

“Please” Zarik meminta lagi. Selepas beberapa minit Sakinah mengalihkan pandangannya. Zarik menahan rasa melihat wajah Sakinah yang sudah dibanjiri air mata itu.

“Respect her decision but don’t abandon her. Cha kan selalu cakap. Senjata paling hebat untuk kita adalah doa. So doa. Jangan berhenti berdoa. Ok” Zarik mengawal nadanya supaya tidak kedengaran gementar kerana sejujurnya, dia risaukan Hana Aishah.

Dia sudah beberapa kali melihat perlakuan kasar Fakhrul terhadap Hana Aishah tetapi apakan daya dia. Hana Aishah hak Fakhrul. Dia bukan siapa – siapa. Yang dia mampu buat hanyalah berdoa daripada jauh kerana seakrab mana pun hubungan mereka, dia tiada hak untuk membawa Hana Aishah pergi daripada kancah itu.

“Dah. Now baby I kena makan. Kesian ayam tu. Sedih je terbaring atas pinggan tu” Sakinah tertawa mendengar gurauan Zarik. Untuk seketika, hatinya tenang sebentar. Sampai bila dia akan merasa sebegitu dia pun tidak tahu.

“Cha. Kau kuat. Aku kenal kau. Bangun balik Cha. Fight for everything you`ve dream of” Sakinah membisikkan kata – kata itu di dalam hatinya sambil memerhatikan Zarik yang sedang ceria berceloteh untuk menggembirakan hatinya.
*********************************

“Hana Aishah!” jeritan Fakhrul yang bergema di segenap rumah mengejutkan Hana Aishah yang sedang mencuci pinggan mangkuk kotor di dapur.

Hari ini suaminya pulang awal. Jam 11 pagi Fakhrul sudah muncul. Rutin lelaki untuk pulang makan tengah hari bermula semenjak dari Hana Aishah dalam pantang. Dia akan bangun seawal jam lima pagi menyediakan sarapan Fakhrul dan menguruskan baju lelaki itu.

Setelah Fakhrul pergi kerja, tugasannya bermula. Daripada mencuci baju, mengemas rumah, memasak lauk tengah hari dan menyiram pokok bunga di lama. Selalunya sementara menunggu Fakhrul pulang untuk makan tengah hari, dia akan iron pakaian suaminya yang tidak sempat digosok hari sebelumnya tetapi seperti hari ini, Fakhrul pulang awal masanya akan dihabiskan melayan lelaki itu.

“Ye bang” Hana Aishah tergopoh gapah menaiki tangga. Hatinya berdebar mendengar tona suara Fakhrul. Tadi waktu Fakhrul pulang, mood suaminya nampak elok sahaja. Apa pula yang lelaki itu marahkan sekarang.

“Aahhh” Hana Aishah mengerang kesakitan saat dia dapat merasai kesakitan di bibirnya apabila satu objek berat menghentak bibirnya.

“What the hell is that?” Hana Aishah terketar – ketar melihat wajah bengis Fakhrul saat itu. Air matanya sudah mengalir ketakutan.

“Aishah mintak maaf. Kenapa abang marah? Aishah buat salah lagi ke?” bibirnya bertanya ketakutan. Dia merenung ke arah Fakhrul yang tidak berbaju dan hanya berseluar slak berwarna hitam itu.

“Itu apa Hana Aishah? Please tell me you didn’t take it?” Hana Aishah merenung ke arah kotak yang dibaling ke bibirnya itu yang ditunjuk Fakhrul itu. Hana Aishah dapat merasai rasa metalik di dalam mulutnya yang menandakan bibirnya telah pecah mengenai kotak yang dibaling ke bibirnya sebentar tadi.

Tubuh Hana Aishah mengigil ketakutan saat tangannya mencapai kotak itu. Air matanya mengalir deras saat dia membaca nama di kotak itu.

“How long have you been taking it?” Hana Aishah menggelengkan kepalanya mendengar pertanyaan Fakhrul.

“Kau jangan tipu aku Hana Aishah” amaran Fakhrul membuatkan kaki Hana Aishah berundur setapak. Dia takut membayangkan hukuman yang dia akan terima.

“Kau memang bodoh kan. Aku dah cakap aku tak izinkan kau ambik, tapi kau memang saja nak aku sakitkan kau” Hana Aishah menggelengkan kepalanya ketakutan saat dia melihat Fakhrul mengambil tali pinggang yang disangkut di rangka katil kelamin mereka.

“Abang jangan. Aishah sakit. Aishah tak buat” air matanya mengalir deras. Kakinya mahu melangkah melarikan diri tetapi Fakhrul lebih laju menggengam rambutnya.

“Mulut kau pernah tak cakap benda betul” kata – kata terakhir yang Fakhrul bisikkan sebelum libasan bermula.

Jeritan Hana Aishah kedengaran di segenap banglo itu. Raungannya merayu supaya tubuhnya tidak disakiti setiap kali tali pinggang itu mengenai tubuhnya. Setiap kali tali pinggang itu mengenai tubuhnya, tempat yang kebas untuk sesaat itu kembali menyirat.

Dia sudah terbaring mengiring sambil memeluk tubuhnya. Bahagian belakangnya yang terdedah, tiada satu pun dilepaskan. Setiap inci dipastikan merasai kesakitan yang datang silih berganti.

“Allah. Allah” daripada suaranya kuat menjerit memanggil penciptanya untuk membantu sehingga suara itu semakin lemah.

Air mata yang tadi mengalir laju semakin mengering. Perigi air matanya sudah tandus saat itu. Tekaknya terasa perit kerana menjerit kesakitan. Tetapi itu semua masih tidak cukup untuk Fakhrul menghentikan hukumannya. Libasan itu masih berterusan sampai ke saat, mata Hana Aishah sudah berpinar. Segalanya tampak kabur saat itu.

“Aku dah cakap kan. Jangan ambik” suara Fakhrul tanpa penat menuduhkan nya. Kenapa memintak dia menjelaskan kalau hakikatnya, lelaki itu tidak mahu mempercayai kata – katanya.

“All the time that I was heart broken because you still haven’t gotten pregnant. It must’ve make you jump in happiness right. Seeing me yet again disappointed” Fakhrul menuduh lagi.

Saat dia menjumpai kotak pil perancang yang tersorok di almari baju isterinya, hatinya terluka. Selama ini punca Hana Aishah tidak mengandung adalah kerana itu. Kalau tadi dia tidak tergerak untuk melihat almari isterinya, pasti sampai bila – bila dia tidak tahu rencana Hana Aishah.

“Kau tipu aku” saat kata – kata itu meniti bibir Fakhrul, Hana Aishah dapat rasakan satu hentakan kuat di belakang tubuhnya. Sakit yang tidak mampu dia ungkap saat itu. Yang membuatkan pemandangannya menjadi jelas untuk seketika dan dia dapat melihat syurganya.

“Adam” bibirnya mengukir senyuman saat nama itu meniti bibirnya yang sudah bengkak berdarah.

Adam sedang berbaring di dalam inkubatornya tetapi tiada satu pun wayar di tubuh anaknya. Adam sedang berbaring dan tubuhnya dibaluti kain putih yang bersinar saat itu. Tetapi yang benar – benar membahagiakannya, anak mata coklat itu bersinar gembira sambil bibir itu mengukir satu senyuman yang paling indah untuknya.

“Take us with you” Fakhrul mendengar bisikan Hana Aishah yang sudah terbaring mengiring membelakanginya. Gaun labuh yang berwarna putih yang bercorak flora itu sudah terkoyak di belakang dengan kesan merah. Tubuh yang tadi bernafas kencang bertukar perlahan.
**********************************

“Ya Allah, Kau lindungi Hana Aishah. Kau jaga kakak aku sepertimana Kau menjaga Maryam sewaktu satu kampung menfitnahnya. Kau selamatkan Hana Aishah daripada apa jenis kesakitan. Kau tiupkan kembali semangat dia sebagaimana Kau titipkan kekuatan untuk Hajar sewaktu dia keseorangan dengan anaknya di tengah padang pasir. Kau keluarkan dia daripada derita dan kesakitan yang sedang ditanggungnya sepertimana Kau selamatkan Bilal bin Rabbah” air mata Alif Haziq mengalir pagi itu.

Sepertimana semenjak seminggu lepas sekali lagi tidurnya dihantui mimpi yang menggusarkan hatinya. Setiap malam dia didatangi mimpi dimana Hana Aishah sedang meraung melihat Adam yang pergi meninggalkan mereka di dalam satu kereta sorong bayi. Setiap kali itu dia akan memeluk tubuh kakaknya. Dia akan bangun berpeluh – peluh sebelum mencapai telefonnya sambil mendail nombor Hana Aishah tetapi seperti semenjak hampir enam bulan lepas, yang dia terima hanyalah, pesanan peti suara.

“Aku takut Ya Allah. I couldn’t lose her” terketar – ketar bibirnya meminta saat itu kerana mimpi malam ini.

Malam ini lain. Lain daripada biasa. Kerana malam ini buat pertama kalinya, tiada lagi raungan Hana Aishah. Malam tadi, mimpinya dipenuhi dengan senyuman kakaknya. Selebar senyuman yang dia rindui.

Wajah Hana Aishah penuh bahagia mengendong Adam. Bibirnya merah itu tersenyum dari telinga ke telinga. Mata yang sebelum ini penuh dengan kesakitan hanya dipenuhi kebahagiaan saat merenung ke arah Alif Haziq.

Malam ini Alif Haziq bangun. Tetapi dengan satu ketakutan yang tidak dapat dia gambarkan. Melihat Hana Aishah berada di hadapannya bukan disampingnya, Alif Haziq seperti dapat merasakan Allah sedang memberitahunya sesuatu. Sesuatu yang dia tidak akan dapat terima.

“Doa akak tak pernah putus untuk baby. Well I mean at least till death do me apart” gurauan kakaknya sewaktu menghantarnya ke US pertama kali dia mahu melangkah ke negara ini untuk mengejar cita – cita. Seminggu dia tidak mahu bercakap dengan kakaknya kerana bergurau sebegitu.

“Don’t take her away. Not in this way. When … when she is alone and in so much pain” air mata Alif Haziq mengalir deras.

Usai menunaikan solat malamnya, Alif Haziq duduk mengaji. Sudah lama dia meninggalkan kitab itu. Kalau dahulu setiap kali kakaknya memanggilnya daripada Malaysia, pasti bibir kakak keduanya membebel menyuruhnya mengaji.

“Macam mana nak dapat excellent result. Mengaji pun malas” rindunya dia dengan bebelan Hana Aishah. Hana Aishah paling banyak memainkan peranan membantu meluruskan otaknya yang senget itu. Lamunannya terhenti apabila, telefonnya berdering.

“Baby” suara Hana Azuwa menegurnya.

“Assalamualaikum Kak Wa” Alif Haziq melihat wajah Hana Azuwa yang kelihatan sugul itu.

“Waalaikumussalam. What time is it there? It looks dark” Hana Azuwa membalas. Suaranya cuba diceriakan tetapi hakikatnya dia tidak mampu menyembunyikan rasanya.

“3 am” pendek Alif Haziq membalas.

“Awalnya bangun baby” Hana Azuwa menegur. Hatinya terasa tidak tenteram hari ini. Tadi dia menelefon Hana Aqilah. Ni giliran Alif Haziq pula.

“Cannot sleep” Alif Haziq membalas pendek.

“Baca doa tidur and ayat Kursi tak tu sebelum tidur” Hana Azuwa sudah membebel.

“Baca. Baby rindu Kak Dik” Hana Azuwa mengeluh berat mendengar bicara adiknya. Setiap kali itulah kata- kata yang akan dia dengari.

“Kak Wa pun” Hana Azuwa tersenyum pahit. Alif Haziq merenung wajah kakaknya yang bertelekung itu.

“Kak Wa bawak abah semalam. He wanted to see Kak Dik but we waited for an hour in front of her house. No one answer. Kereta Fakhrul tak ada. Maybe they went for a holiday kan” Hana Azuwa meluahkan rasanya.

“Tiba – tiba dah sayang anak pulak” Alif Haziq memerli.

“Abah tu mana boleh marah Adik. That’s his favourite child” Alif Haziq tertawa sinis mendengar ayat kakaknya membela Kapten Azam.

“Kalau sayang tak adalah biar Kak Dik kebumikan Adam macam yatim piatu” Alif Haziq membalas pedas.

“Alif” Hana Azuwa menegur.

“Alif benci semua orang for doing this to Kak Dik. For separating Kak Dik from me” Hana Azuwa buat pertama kalinya terdiam saat mendengar luahan Alif Haziq.

“Kak Wa mungkin tak kenal adik sendiri tapi Alif kenal Kak Dik Alif. She will never do such thing that you accuse her of and…” tersekat – sekat suara Alif Haziq menahan sebak.

“If anything, happen to Kak Dik I will never forgive all of you” terus talian di matikan Alif Haziq. Esakannya kembali. Dia benar – benar takut saat itu. Bimbang sekiranya sesuatu yang buruk akan terjadi pada kakaknya.

“Kak Dik jangan tinggal baby” Alif Haziq meminta dalam sendunya.

Share this novel

ctsarah
2021-03-27 19:18:54 

jahat si Fakhrul nih.....

Pembaca Setia
2020-11-21 21:42:04 

beruban rambut tunggu di update...

azulaikha
2020-11-15 23:46:06 

update cepat ok


NovelPlus Premium

The best ads free experience