“Aishah” sayup-sayup Hana Aishah mendengar suara yang kedengaran biasa dedengarinya. Matanya cuba dibuka. Kelopak matanya terasa sangat berat. Tekaknya dirasakan sangat perit.
Selang beberapa minit Hana Aishah memaksa matanya , akhirnya dia berjaya membuka matanya tetapi cahaya terang yang menyilaukan menyebabkan dia menutup kembali kedua - dua belah matanya.
“Adik” sekali lagi suara itu memanggil. Dia tidak suka mendengar suara itu risau. Oleh itu, dikuatkan juga dirinya untuk membuka matanya. Tetapi kali ini dengan lebih perlahan. Perlahan - lahan dia cuba menyesuaikan kornea matanya dengan cahaya terang itu.
“Hana Aishah” lembut suara Teacher Basirah memanggil. Air matanya tak berhenti sejak dia mendapat panggilan daripada hospital yang memaklumkan anaknya terlibat dalam kemalangan.
“Assalamualaikum. Saya bercakap dengan waris Hana Aishah binti Azam ke?” panggilan yang Kapten Azam terima pada jam 1 pagi itu mengejutkannya dari tidur. Malam itu mereka tidur awal kerana Teacher Basirah merasa tidak sedap badan sepanjang hari.
“Ya saya, ini siapa ya?” suara Kapten Azam kedengaran serak kerana baru bangun tidur.
“Saya Doctor Teh dari jabatan kecemasan Hospital Shah Alam. Anak encik Hana Aishah sekarang berada di Zon Kritikal jabatan kecemasan. Boleh encik datang kesini dengan segera” tenang Dr Teh yang sudah 5 tahun berkerja di jabatan kecemasan menerangkan situasi. Dia kena bijak berbicara supaya waris pesakit tidak panik dan dapat datang dengan selamatnya ke hospital.
“Astaghfirullahalazim. What happen to my daughter Dr?” dada Kapten Azam berdegup kencang. Dia terus meluru ke ruang tamu. Dia tak mahu isterinya terjaga.
“Mintak maaf encik saya tak dapat explain lebih lanjut di telefon . Saya hanya boleh maklumkan anak encik terlibat dalam kemalangan. Saya harap encik dapat datang segera” ikut etika perubatan , maklumat pesakit tak boleh diberi tahu melalui telefon dan Teh juga tak mahu merisaukan ahli keluarga pesakit.
Kapten Azam terpaksa mengejutkan isterinya dan seperti yang di sangka isterinya hampir pengsan mendengar berita tentang anak mereka. Mujur Hana Aqilah ada dan dapat membawa kedua ibu bapanya dengan selamat ke hospital.
Raungan Teacher Basirah kedengaran di Zon Kritikal apabila melihat keadaan anaknya.
“Allah adik. Macam mana boleh jadi macam ni” tangan tuanya memegang tangan Hana Aishah. Mengharapkan anaknya itu menyambut hulurannya dengan erat seperti selalu.
“Assalamualaikum pak cik. Saya pakar bedah , Doktor Suria. Boleh kita bercakap dekat bilik menunggu for awhile” Kapten Azam hanya membuntuti Ms Suria , pakar bedah oncall malam itu. Hana Aqilah memegang bahu ibunya.
“Kak Dik kuat. Kak Dik bangun, kesian dekat mak abah” suara Hana Aqilah sebak memanggil kakaknya. Baru sahaja semalam dia tidur bersama kakaknya. Sudah lama dia tak dapat meluangkan masa dengan kakaknya. Dia yang memakai baju tidur kelawar berwarna ungu hanya sempat menyarungkan kardigan dan tudung Indon ibunya.
“Apa yang jadi dengan anak saya doctor, siapa yang langgar dia?” Kapten Azam tak dapat menahan air matanya. Dia yang memakai kain pelikat dan T shirt dalam keadaan tidak terurus pada saat itu. Nyawa anaknya yang masih muda berada di hujung tanduk.
“Kami pun tak pasti pak cik. Hana was driving the other injured guy. We think that guy attack her. She have a stab wound over her left abdomen at the back and she’s bleeding out. Kami dah buat scan tadi and Hana is bleeding out from her spleen . Kami tak pasti tentang kecederaan lain. Saya kena buat operation malam ni juga pak cik” Ms Suria cuba menerangkan sejelas mungkin.
Ms Suria kenal Hana Aishah. Hana Aishah selalu proaktif dalam kerjanya. Kalau masuk dewan bedah dia akan pastikan dia baca dahulu tentang pembedahan hari itu. Jarang dia dapat mengingati nama houseman nya sebab kadar pertukaran mereka sangat cepat. Tapi kalau houseman yang bagus , dia akan ingat.
“Operation major ke doctor?” anaknya terlalu muda untuk melalui semua ini. Rasa marah dan takut bercampur baur. Dia tak dapat berfikir sekarang.
“Major operation pak cik. Tapi pak cik kena doa banyak-banyak. Saya kenal Hana , she’s a strong girl” Ms Suria cuba memberi kata - kata semangat kepada Kapten Azam.
“Whatever is best for her. Saya kena buat apa sekarang?” Kapten Azam menguatkan dirinya. Keluarga dia perlukannya sekarang.
“Pak cik tak nak explain dekat mama Hana dan ahli keluarga lain?” Ms Suria inginkan kepastian. Ini pembedahan besar , dia rasa ahli keluarga lain perlu tahu.
“Its ok Dr. Saya nak anak saya di operate secepat mungkin. Later I’ll explain to her mom and siblings. Mereka tengah tak stabil sekarang” Kapten Azam tahu tak ada guna dia menerangkan kepada Teacher Basirah. Isterinya bukan dalam keadaan di mana dia boleh membuat keputusan rasional.
“Ok kalau macam tu kita proceed” Ms Suria menerangkan tentang pembedahan yang akan Hana Aishah jalani dan risiko- risikonya.
Malam itu Hana Aishah melalui pembedahan yang mengambil masa 3 jam. Adik beradik Hana Aishah dan ibu bapanya menunggu di ruang menunggu penuh kesabaran. Yaasin dan alunan ayat Al-Quran tidak henti dibacakan oleh keluarganya.
“Mak . She’s our strong girl. Mak kena kuat ok” Hana Azuwa memujuk ibunya. Dia terkejut apabila mendapat panggilan dari Hana Aqilah. Terus dia dan suaminya bergegas ke hospital. Anak - anaknya ditinggalkan dengan pembantu rumahnya.
“Alhamdulillah mak cik pak cik. Operation is done. Hana cedera di bahagian spleen and left kidney. We removed her spleen and manage to stop the bleeding. Left kidney we sutured the laceration tapi we have to monitor her takut ada urine keluar. We wont remove her ventilatory support for now because she bled alot almost 2L and we have to transfuse few packs of blood. Keadaan Hana stabil for now tapi kami akan monitor di ICU” Ms Suria menerangkan sejelas mungkin kepada keluarga Hana Aishah. Tak henti ucapan Alhamdulillah dan terima kasih diterima Ms Suria.
*************************************
Hari ini, hari kedua selepas pembedahan dan memandangkan keadaan Hana Aishah yang stabil , mereka memutuskan untuk menanggal bantuan pernafasan Hana Aishah. Alhamdulillah Hana Aishah berjaya memberi respon yang memberangsangkan.
Teacher Basirah sentiasa berada di sisi anaknya. Dari ICU ke wad tak pernah dia tinggalkan anaknya. Dia tak mahu merasai apa yang dia rasa malam itu.
Hana Aishah menunjukkan perkembangan yang baik. Cuma dia masih perlukan bed rest lagi kerana bimbang lukanya terbuka semula.
“Mak . Go back and rest. Adik tak nak mak sakit. Achik will take care of me” Hana Aishah telah dipindahkan ke wad pembedahan dan ibunya berdegil tak mahu pulang ke rumah.
“Its ok. I almost lost you once. I’m not leaving until we are discharge” tegas Teacher Basirah berkata.
“Mom please. I promise you I’ll be good. Achik is here. I’m worried about you plus you starts to smell already. Kan bah?” Hana Aishah mengenyitkan matanya kepada Kapten Azam.
“Yes indeed. I think the hospital shower doesnt suit you?” Kapten Azam sangat gembira melihat perkembangan Hana Aishah. Anaknya sudah pulih. Sudah boleh bergurau seperti dulu.
“Abahnya!!” laju tangan Teacher Basirah mencubit pinggang suaminya. Selepas pujukan demi pujukan dari anak beranaknya , akhirnya Teacher Basirah bersetuju untuk pulang ke rumah tetapi dengan janji dia akan sampai seawal pagi esok.
****************************************
Hana Aishah mendengar bunyi ketukan di luar biliknya. Dia meminta untuk dipindahkan ke bilik seorang. Pada mulanya bos di jabatan pembedahannya tak bersetuju kerana mereka risau akan keadaannya yang masih belum stabil. Tapi selepas 3 hari akhirnya dia berjaya di pindahkan. Bukan apa dia tak selesa kerana perlu memakai tudung setiap masa dan pelawatnya yang terdiri daripada sanak saudara dan rakan - rakannya sangat ramai.
“Kejap” laung Hana Aishah. Sejak berita tentang kejadian yang menimpa dirinya tersebar tak putus - putus lawatan dari rakan sekerjanya. Letih juga tapi dia tak nak merungut , kerana itu membuktikan ramai yang menyayanginya.
Laju dia mencapai tudung di hujung katil. Sudahlah dia tak boleh membongkokkan badan. Hana Aqilah pula tiada kerana dia keluar sebentar , katanya mahu mengambil makanan yang di pesan di Food Panda. Sekarang dah hampir pukul 8 malam Hana Aqilah masih belum pulang.
“Ok come in” sambil itu Hana Aishah membetulkan tudung sarungnya. Tudung instant itu bukan cita rasanya tapi untuk masa sekarang itu saja yang paling senang dan cepat.
“Assalamualaikum” seraya itu pemilik suara garau itu memunculkan diri dari sebalik langsir. Dia pasti itu bukan suara Aiman. Dia tak mahu mempercayai deria pendengarannya di saat itu. Dia tak mahu mempercayai realiti yang lelaki itu datang melawatnya tetapi apabila melihat jasad yang berdiri di depannya terus dia terdiam. Suasana janggal menyelubungi bilik itu.
“Mr Fakhrul. Err please have a sit” Hana Aishah menjemput selepas beberapa ketika mereka hanya saling berpandangan. Dia cuba mengalih segala khazanah alam milik Hana Aqilah yang mendiami kerusi di dalam biliknya itu. Tapi keadaannya yang tidak dapat menegakkan badannya itu menyukarkan misinya.
“Ish memalukan betul la achik ni. Macam tongkang pecah dah bilik aku ni” rungut Hana Aishah dalam hati.
“Its ok Aishah, I’ll stand” nak terkeluar bola mata Hana Aishah mendengar Fakhrul memanggil namanya. Itu pula nama yang hanya keluarganya sahaja guna sewaktu dia di rumah.
“Ehh its ok Mr Fakhrul. I’ll just tidy the chair abit. Sorry its a bit messy , I mean the room” muka Hana Aishah sudah mengerut menahan sakit apabila dia membengkokkan badannya.
“So stubborn” kegeraman Fakhrul diikuti dengan tindakan refleks tangannya yang menolak tubuh Hana Aishah kembali baring dan mengemas kerusi tersebut dan melabuhkan punggungnya di kerusi itu. Tergamam Hana Aishah sebentar.
“Happy” muka tegang Fakhrul jelas kelihatan. Hana Aishah yang memakai baju hospital itu hanya mampu memberi senyum tawar.
“Over caring pehal mamat ni” Hana Aishah merungut di dalam hati sambil tangannya memberi tekanan sikit ke tempat jahitnya. Sakitnya seperti dihiris setiap kali dia bergerak.
“Why don’t you ever listen. Now you’re in pain because of your stubbornness” bebelan Fakhrul disambut dengan muncung sedepa Hana Aishah.
“No need to do that duck face. Its not even cute” Fakhrul memerhatikan muka Hana Aishah yang semakin cengkung.
“Still NBM (nil by mouth) is it?” Fakhrul menjangkakan Hana Aishah perlu puasa lama kerana pembedahannya baru 4 hari lepas.
“Dah soft diet Mr Fakhrul its just that my appetite is not much because I’m still having sore throat post extubation” Hana Aishah tak tahu kenapa tapi laju sahaja mulutnya mengadu kepada Fakhrul.
“Take something cold first like ice cream and then porridge. You have to eat if you want your wound to heal. Plus you bled alot that day ” Fakhrul meneruskan bebelannya. Hana Aishah kehilangan kata - kata. Dia tak tahu ini mimpi atau realiti , mereka berdua boleh bercakap secara civil sesama sendiri.
“Ok Mr Fakhrul” dan suasana kembali sunyi.
“What happen that day?” Selepas lebih 5 minit suasana sunyi, Fakhrul bersuara. Matanya tajam memandang Hana Aishah. Renungan yang Hana Aishah kenal sangat. Fakhrul tak akan berputus asa selagi dia tak dapat kebenaran. Hana Aishah menelan air liurnya tapi dia lupa tekaknya yang masih pedih itu . Akhirnya mukanya mengerut kesakitan.
“Drink this” laju tangan Fakhrul menawarkan air mineral yang berada di sebelah Hana Aishah. Hana Aishah sengaja mengambil masa yang lama untuk meminum air dari botol mineral Blue itu. Hakikatnya dia cuba melengah - lengahkan masa.
“I’m not moving until you tell me the truth” muka Fakhrul yang serius itu membuatkan Hana Aishah meluat.
“Mr Fakhrul tak payah caring sangat please. I know you hate me and after what happen that evening before I was stabbed, guess what I HATE YOU TOO” geram Hana Aishah. Sibuk sangat Fakhrul ini mengambil berat tentang dirinya. Sebelum ini tak pernah kisah pun.
“I don’t hate you. I just don’t like you” Fakhrul membalas dengan nada mendatar. Muka Hana Aishah masam seperti mangga hijau yang belum masak.
“Well if you don’t like me don’t bother coming and visiting me” Hana Aishah menahan geram. Fakhrul cuba menyembunyikan senyumannya.
“Why does it matter what I feel about you?” Fakhrul terus - terusan mengusik Hana Aishah.
“It doesnt matter pun” belum sempat Hana Aishah dapat menahan dirinya, dijelirkan lidah kepada Fakhrul. Dan untuk pertama kalinya Hana Aishah dapat menyaksikan Fakhrul gelak. Tawa besar yang tak pernah sesiapa pun dapat lihat.
Matanya tertacap pada wajah Fakhrul. Untuk pertama kalinya Hana Aishah dapat melihat sisi lain bosnya yang garang macam Firaun itu. Mukanya yang sentiasa serius itu kelihatan sangat kacak apabila dia senyum. Lesung pipit di sebelah kirinya terserlah. Definisi DDG (Drop Dead Gorgeous).
Fakhrul yang menyedari dirinya yang tengah gelak besar itu terus kembali ke wajah seriusnya. Mata Hana Aishah yang tak berkelip memandangnya itu ditatap.
“Anyway” belum sempat Fakhrul menghabiskan bicara pintu bilik dibuka.
“Surprise “ seorang lelaki rendah sikit dari Fakhrul menerjah masuk dan memeluk Hana Aishah.
Berubah terus muka Fakhrul. Terkejut dia melihat kemesraan Hana Aishah dengan lelaki yang memakai jeans slim fit dan sweatshirt berwarna hitam berlogo Harvard itu. Logo universitinya.
Lelaki itu bebadan sasa dan otot - ototnya yang timbul jelas kelihatan kerana baju sendat yang dipakainya.
“Baby” nyaring suara Hana Aishah memanggil lelaki itu baby. Tiba - tiba panas punggung Fakhrul untuk duduk di atas kerusi itu. Laju dia bangun dan menghalakan kakinya keluar dari bilik yang dirasakan bahang secara tiba - tiba .
Share this novel