Chapter 8

Romance Completed 625664

Hana Aishah sedang menyiapkan review petangnya. Lambat bosnya membuat rondaan bagi pesakit yang baru masuk untuk pembedahan hari esok. Sudahlah sekali empat orang masuk. Laju tangannya menaip.

Aiman yang sedang duduk disebelahnya nampak sedih. Sebenarnya sudah seminggu dilihat sahabatnya itu sedih. Sampaikan Hana Aishah sanggup menghabiskan hari cutinya untuk membawa Aiman ke Genting Highland. Aiman ini tak kisahlah sedih mana pun dia, kalau dibawa ke taman tema memang terbang semua masalah lelaki itu.

“Man. Jangan lah monyok macam tu. Dah bawa pergi Genting pun sedih” Hana Aishah yang sedang laju menaip itu cuba memujuk Aiman.

“I miss her” luah Aiman.

“Then why did you broke up with her?” marah Hana Aishah. Dia berjaya mengorek punca Aiman kesedihan. Aiman dan Haniz sudah lama bercinta, sejak zaman sekolah lagi. Haniz melanjutkan pelajaran dalam bidang Business Comm manakala Aiman masuk sekolah perubatan. Tapi semua itu tak menjadi penghalang untuk mereka.

Hana Aishah tak pernah berjumpa dengan Haniz tapi Aiman selalu menunjukkan gambar mereka. Hanis gadis genis berkulit sawa matang yang berjaya memikat hati Aiman. Tapi sejak kebelakangan ini Aiman selalu menghabiskan masa dengannya kerana dia merasakan Haniz tak memahaminya. Haniz dikatakan Aiman sangat kuat mengongkongnya , alasan gadis itu kerana Aiman jarang menghabiskan masa dengannya.

“You wouldn’t understand “ itulah jawapan Aiman setiap kali Hana Aishah tanya mengapa dia memutuskan hubungannya dengan Haniz.

“You wouldn’t know that until you tell me” Aiman masih mendiamkan diri. Hana Aishah tahu apabila tiba masanya , Aiman akan memberitahunya.

“I’ll head back first ok. Sorry I cant help you much” Aiman rasa bersalah kerana tak dapat membantu Hana Aishah hari ini. Hari ini dia tak ada mood untuk berkerja pun tapi tetap digagahkan diri untuk ketempat kerja.

“Its ok brother. Have a good rest. I’ll finish up this and then head back” Hana Aishah tahu Aiman tengah menghadapi kemurungan tetapi dia tak dapat membantu sekiranya Aiman masih tak mahu berterus terang dengannya.

Aiman memberikan senyum hambar sebelum melangkah keluar dari wad. Satu demi satu rakannya pulang. Jam sudah menunjukkan pukul 7.30 malam. Tinggal Hana Aishah dan Julia dan mereka akhirnya berjaya menyelesaikan semua kerja. Dia mengangkat punggung menuju ke surau untuk menunaikan solat maghrib.

“Julia I pergi solat maghrib kejap. I think everything should be settle. You can head back if you want” Hana Aishah memberi tahu Julia sambil menuju ke arah pintu keluar wad.

“Ok , thanks Hana for helping me . Owe you lots” Julia terhutang budi dengan Hana Aishah. Hari ini Hana Aishah sepatutnya boleh balik awal tetapi kerana Julia masih baru maka segala kerjanya banyak belum selesai , diwaktu itulah Hana Aishah datang membantunya.

Hana Aishah selesai menunaikan solat maghrib. Setiap kali habis solat, Hana Aishah hanya memohon Allah memudahkan urusannya di jabatan ini. Semoga dia tak perlu di extend dan dia dapat habis pada masa yang ditetapkan. Matsurat tak pernah lekang dari mulutnya sejak memasuki jabatan ini. Dia mohon supaya Allah melindunginya dari penindasan manusia terutamanya Fakhrul.

Sejak dia berbalas kata dengan Fakhrul di dalam bilik pembedahan, Fakhrul sudah jarang berjumpanya. Hana Aishah banyak ditugaskan untuk station lain selain wad. Zaidi kata hadiah sebab Hana Aishah behaves hari itu.

Hari ini dia ditugaskan untuk menjaga unit rawatan harian dan kerana tugasnya habis awal dia naik sebentar untuk membantu rakannya yang baru masuk team Mr Fakhrul. Waktu rondaan petang bersama MO mereka Dr Fatimah , bosnya menyuruh Hana Aishah membantu Julia menyelesaikan kes yang baru masuk.
Sewaktu Hana Aishah sampai di wad di terdengar suara tengkingan yang sangat familiar di telinganya.

“Mamat ni menyusahkan betullah. Memang tak ada rumah ke apa?” Hana Aishah merungut di dalam hati. Cepat - cepat dia menyelinap untuk mengambil begnya di dalam bilik pegawai perubatan dan mahu berlari keluar.

“Who the hell did this?” pekikan Fakhrul bergema ke satu wad. SN Karoline pucat lesi melihat amukan bosnya.

“Saya tak tahu bos. Kejap saya panggil HO malam ni” terketar - ketar suara Karoline yang berbangsa Serani itu.

Pap! Bunyi pintu bilik pegawai perubatan. Hana Aishah terkaku. Aci tak kalau nak buat - buat mati macam possum sekarang. Paap! Sekali lagi bunyi itu kedengaran. Hana Aishah nampak fail pesakit melayang ke kakinya.

“You. You’re incharge of patients right. I saw your entry. What is this rubbish?” mata Fakhrul merah seperti singa. Marahnya sudah sampai tahap maksima.

“I was helping out Julia to see the new patient only Mr Fakhrul” Hana Aishah cuba memperjelaskan dirinya. Julia pun sudah balik dia rasa. Kalau tak mesti Julia dah kena habis - habisan.

“I dont give a damn. Your entry meaning your patient. Where’s the details of the patient’s implant? Where is the notes from previous hospital? Where the hell is the MRI hardcopy?” tengkingan Fakhrul membingitkan telinga Hana Aishah. Muka Fakhrul seperti singa kelaparan.

“Kejap Mr Fakhrul. Saya call Julia” laju Hana Aishah mencapai iphone di dalam poketnya. Belum sempat dia menghidupkan telefonnya, tangannya ditampar kasar sehingga iphone nya tercampak ke bawah meja.

“Ouch. Mr Fakhrul you have no right to do that to me” mata Hana Aishah merah menahan marah. Sabar Hana Aishah ada batasnya.

“You idiot. Kau ni kalau tak menyusahkan aku ,tak menyakitkan hati aku sehari tak sah. Dah la kurang ajar” tengking Fakhrul. Dia merasa tercabar apabila Hana Aishah sudah pandai menjawab balik.

“Kau pandai sangat menjawab kan, kau jangan balik selagi kau tak siap semua benda ni. Kau faham tak?”Fakhrul menunjal kepala Hana Aishah.

Hana Aishah menggenggam penumbuknya. Dia memohon segala kekuatan di dalam dirinya untuk tidak melawan. Laju tangannya mengambil balik semua dokumen pesakit yang bersepah. Langsung tak dihiraukan Fakhrul yang masih lagi berdiri.

“Ini bukan kerja saya Mr Fakhrul tapi saya akan buat juga dan siapkan sebab saya bukan useless like how you always tell me” pedas kata Hana Aishah menjawab.

Sesaat kemudian Hana Aishah sudah terduduk di atas lantai. Pipinya terasa perit. Kepalanya berpinar.

“That should teach you a lesson” sinis kata Fakhrul selepas dihadiahkan satu tamparan ke pipi Hana Aishah.

Hana Aishah hanya terduduk menangis di atas lantai.

“Allah , ujian apa yang kau tengah bagi kepada aku” rintih Hana Aishah di dalam hati. Dia dengar bunyi pintu di buka.

“Doctor , what happen” terkejut SN Karoline melihat Hana Aishah terduduk di lantai memegang pipinya.

Laju Hana Aishah mencapai begnya dan berlari keluar wad. Dia sudah tak kisah apa yang akan terjadi. Dia kena keluar dari hospital. Laju keretanya meluncur di lebuhraya. Tiada arah tujuan. Air matanya tak berhenti.

“Ya Allah. Kenapa kau uji aku macam ni. Besarnya dosa aku sampai diuji dengan ujian seberat ini” hatinya tidak putus mengadu pada Allah. Dia berhenti di sebuah taman di Shah Alam. Suasana gelap hanya disuluhi lampu jalan. Kakinya melangkah dalam gelap tanpa tujuan.

Bunyi air tasik yang bergolak lembut menenangkan hatinya. Lama Hana Aishah duduk di bangku Tasik itu. Dulu Hana Aishah banyak menghabiskan masanya di tasik itu pada zaman remajanya.

Hatinya nekad. Dia kena membuat aduan kepada pihak atasan. Apa nak jadipun jadilah. Kalau perlu dia sanggup ditukarkan ke hospital lain. Dia tak mahu dilayan lagi hina dari binatang.

Dia melihat jam tangan apple hadiah hari jadi dari abahnya pada tahun lepas. Sudah jam 10.30 malam. Lama sungguh dia duduk di tasik itu , tak perasan masa yang berlalu. Pada mulanya ada beberapa orang melakukan senaman jogging pada waktu malam. Tapi sekarang suasana di Tasik itu sudah sunyi.

Perlahan Hana Aishah menuju ke tempat letak keretanya. Semakin dia dekat dengan keretanya hatinya makin tidak keruan. Hana Aishah mempercepatkan langkah. Ayat kursi dan zikir dibacanya.

“Tulah sedih sangat sampai tak perasan dah malam buta” Hana Aishah memarahi dirinya. Cepat - cepat dia mengeluarkan kunci keretanya dan berlari anak ke kereta Myvi pinknya. Hanya tinggal keretanya sahaja di tempat parking yang sunyi itu.

Sewaktu dia menarik pintu keretanya, dia dapat rasakan kehadiran lembaga di belakangnya. Dah makhluk itu menarik dirinya kedalam pelukannya dan menekup mulut Hana Aishah. Bau rokok dan peluh bercampur meloyakan tekak Hana Aishah. Desah nafas lelaki itu dekat dengan telinga kirinya.

“Ini untuk adik aku. Perampas” bisikan kasar lelaki itu dekat pada telinga kirinya. Sesaat kemudian Hana terduduk memegang pinggang kirinya. Dia dapat rasakan cecair likat mengalir di celah tangannya .

“Allah” hanya itu Hana Aishah mampu katakan pada waktu itu.

*************************************


Fakhrul menuju ke kompleks pegawai oncall di tingkat paling atas sekali. Dia menghempaskan punggungnya. Kasar dia membuka kemejanya berwarna maroon nya.

“Kurang ajar punya perempuan” kemarahan Fakhrul masih belum redha. Panas hatinya melihat muka Hana Aishah. Dia masih ingat lagi macam mana Hana Aishah melawan cakapnya sewaktu dalam dewan bedah hari itu. Memang patut Hana Aishah kena tamparannya.

Fakhrul sedang tidur apabila dia dikejutkan dengan deringan telefonnya. Malam ini dia oncall bermakna tidurnya akan terganggu.

“What?” kasar suara Fakhrul menjawab panggilan anak buahnya.

“Bos we have polytrauma with open intraarticular involvement. We need to go in tonight as patient is bleeding out” Kumar cuba memberi kesimpulan seringkas mungkin. Jabatan Ortopaedic selalu jarang pakar dipanggil masuk untuk pembedahan. Selalunya MO boleh uruskan tetapi kes yang satu ini memang memerlukan pakarnya.

“I’m coming down now” Fakhrul meletakkan telefonnya dan menuju ke tandas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat isyak sebelum menuju ke jabatan kecemasan.

Sesampai di jabatan kecemasan , Fakhrul menuju ke zon merah. Penuh ketiga - tiga bilik di zon merah. Kemalangan teruk fikirnya. Kumar sudah menanti pakarnya dengan sabar.

“Evening bos, sorry have to call you in” Kumar dan houseman malam itu Ahmad menerangkan sejarah pesakit sambil Fakhrul memeriksa luka pesakit.

“Post alleged MVA bos. He was run over by a car and sustained injury to the bilateral upper limb and lower limb. Open fracture over left femur and left humerus. Deep knee lacerations with intraarticular involvement and also under surgical for ICB” terang Ahmad.

“I need to know mechanism of injury , speed of car , any loss of consciousness where did it happen. Kumar I dont have time to chit chat” Fakhrul mula naik angin.

“Sorry bos. Actually we dont have any detail history because patient was brought in by one of our houseman. We assume that he was runned over by the HO “ Kumar pun tak tahu macam mana hendak menerangkan kepada pakarnya.

“What?” Fakhrul memandang muka Kumar mengharapkan penjelasan.

“Why didnt you get the history from the driver , the HO is it?” takkan benda semudah itu pun Fakhrul kena ajar. Kesabaran Fakhrul mula menipis .

“The HO is in the resus Mr Fakhrul” Kumar mengerutkan mukanya.

“Why are you guys confusing me? Tell me a clear history” tengking Fakhrul.

“Sorry bos but we really don’t know the history. The HO is in resus 2 with a stab wound over her left flank. So far now we are assuming that this patient attack the HO and stab her and when she tried to runaway , he was run over by her car and subsequently she brought him to hospital” bukan sahaja Fakhrul , malah satu jabatan kecemasan pening dengan situasi ini.

Fakhrul terus menuju ke bilik sebelah di zon kritikal untuk melihat seorang lagi mangsa untuk mendapatkan penjelasan tentang kemalangan ini dan wajahnya bertukar pucat apabila melihat Hana Aishah di atas katil dengan tiub penafasan di dalam mulutnya dan segala wayar berselirat di atas badannya yang hanya dilitupi dengan kain hospital.

Hilang sudah baju kurung berwarna ungu bercorak stripes yang dipakai Hana Aishah sebentar tadi sewaktu dia menampar muka Hana Aishah.

“Its our HO ,Hana. I think she was attacked by him. We dont know any history for now on what , where and how. She drove him here to ED and upon arrival her GCS drop. I think the blood loss was bad and they have to intubate her. Surgical are pushing her to OT once the result from CT scan comes out” Kumar menerangkan kepada Fakhrul.

Kumar pun terkejut melihat Hana Aishah berada di zon kritikal. Waktu dia melihat Hana Aishah , gadis itu tengah tidak stabil dan mereka memutuskan untuk tidurkan Hana Aishah.

Fakhrul meluru lari keluar jabatan kecemasan. Rasa bersalah menghantui dirinya. Dadanya rasa sangat sesak pada waktu itu.

Share this novel

fea
2021-12-06 13:56:54 

besttt kadang kadang siann ngan Hana


NovelPlus Premium

The best ads free experience