Chapter 42

Romance Completed 625664

“Sayang , I’m going in. You want anything?” Hana Aishah menggelengkan kepalanya.

Fakhrul hanya mengeluh berat melihat ke arah Hana Aishah yang lansung tidak memandangnya. Wajah Hana Aishah itu terlalu mahal untuk dilihatnya semenjak dua minggu ini.

Wajah yang Fakhrul rindui itu dihalakan arah tingkap kereta. Pelanggan - pelanggan stesyen minyak yang masuk dan keluar surau di sebelah tempat Fakhrul meletakkan keretanya itu lebih menarik daripada wajah suaminya sendiri.

Tidak sampai 10 minit lelaki itu kembali memandu memasuki lebuhraya Utara Selatan menuju ke arah Utara. Sudah hampir dua minggu keadaan mereka sebegitu.

Pergi dan balik kerja Hana Aishah sekarang mengikut suaminya. Kereta Myvi Hana Aishah masih berada di rumah ibu bapanya. Lelaki itu menggunakan kedua ibu bapa Hana Aishah untuk memastikan wanita itu mengikut cakapnya.

Hatinya benar - benar terluka malam itu. Walaupun dia dapat mengagak tahap kekejaman Fakhrul , tetapi dia tidak pernah menyangka lelaki itu sanggup mengasari tubuhnya sebegitu.

Memori malam itu cukup untuk menoreh kembali luka yang baru mula sembuh. Mendengar kata - kata Hana Aishah malam itu , Fakhrul bergegas bangkit daripada tindihan tubuhnya sebelum meninggalkan Hana Aishah di dalam rumah banglo itu bersendirian.

Hana Aishah tidak tahu pukul berapa lelaki itu pulang tetapi sejurus Hana Aishah mendengar deruan kenderaan lelaki itu dibawa pergi dia terus berlari menaiki tangga dan menguncikan dirinya di dalam salah sebuah bilik tidur di dalam banglo itu. Air matanya gugur tanpa henti, hatinya ingin lari sejauhnya daripada lelaki itu.

Hari - hari yang dia lalui selepas itu terasa seperti satu penyeksaan. Hatinya tenang apabila dia berada jauh daripada Fakhrul, oleh itu Hana Aishah menyibukkan dirinya di tempat kerja.

Sepanjang dua minggu ini hanya sekali sahaja mereka berbicara. Itupun berakhir dengan kekecewaan Hana Aishah sekali lagi. Fakhrul 1 - Hana Aishah 0.

**********************************

“You’re sleeping back inside our room after this” Hana Aishah menggelengkan kepalanya lemah mendengar kata - kata lelaki itu.

Hana Aishah hanya diam membisu. Langit gelap dipandangnya sepi. Waktu mereka meninggalkan hospital tadi , jam sudah menunjukkan pukul 8 malam. Penat dia seharian berlari ke sana dan ke sini di hospital tadi.

“I nak drive on my own to work” tenang Hana Aishah memaklumkan suaminya. Kalau lelaki itu boleh mengarahnya , dia pun boleh membuat keputusan sendiri.

“No. I’m driving you back and forth” suara selamba lelaki itu menaikkan amarah Hana Aishah. Matanya masih fokus ke arah jalan raya di hadapan mereka.

“I’m not asking. I’m stating” suara Hana Aishah sudah kedengaran tegang.

“I never ask , I always state what I want. So I’m stating that you’re sleeping back with me from tonight onwards and I’m gonna drive you around from now on” kepala Hana Aishah sudah berdenyut- denyut mendengar arahan lelaki itu.

“I don’t give a flying fig what you want. This is my life , so I do as I please. You can go fuck yourself” Fakhrul menahan dirinya daripada terlepas kata apabila mendengar mulut celupar isterinya.

Kalau Hana Aishah sangka dia telah menang , dia amat salah. Sesampai dia di rumah telefon Hana Aishah berdering. Malam itu Hana Aishah terpaksa menahan leteran Teacher Basirah kerana berdegil mahu memandu sendiri.

“I benci you. You dengar tak I cakap ni!” Hana Aishah memukul dada lelaki itu di saat ibunya mematikan panggilan telefon mereka.

Hana Aishah tidak tahu bila masa lelaki itu mengadu domba kepada ibunya tetapi yang pasti , bernanah telinganya mendengar ibunya memarahi dirinya kerana mementingkan diri sendiri.

Mana mungkin dia menyakiti hati tua itu walaupun mulutnya laju sahaja mahu menceritakan segalanya apabila ibunya menasihatinya untuk bersyukur kerana mendapat suami yang prihatin.

Hana Aishah memukul dada lelaki itu sampai dia keletihan dan terduduk di lantai. Air matanya mengkhianati dirinya apabila ia mengalir deras. Dia sudah berjanji dia tidak akan menangis lagi kerana seorang lelaki bernama Fakhrul.

“Habis dah?” Fakhrul hanya memerhatikan amukan isterinya. Wanita itu hanya menunduk memandang ke arah lantai. Badannya yang masih berpakaian pejabat itu dibongkokkan sebelum memegang lengan kanan Hana Aishah lembut.

“Jom naik bilik. Sayang penat ni” Hana Aishah merentap lengannya daripada pegangan suaminya sebelum berlari menaiki tangga. Air matanya dikesat kasar menggunakan telapak tangannya.

“Our room. Don’t test me again Hana Aishah” Hana Aishah yang sudah sampai di pintu bilik tamu yang didiaminya selama tiga malam itu terus mematikan langkahnya apabila mendengar amaran Fakhrul daripada tingkat bawah rumah banglo itu.

“I hate you. Sampai mati pun I benci you!” Hana Aishah menjerit sebelum dia melangkah kasar menuju ke dalam bilik mereka dan menghempas pintu bilik itu dengan kasarnya sehingga bergema segenap rumah banglo itu.

************************************

Semenjak malam itu , Hana Aishah memastikan lelaki itu lansung tidak menyentuhnya. Dia menimbunkan bantal setinggi yang dia boleh sebagai penghadang mereka. Tidurnya tidak pernah tenang oleh itu prestasi kerjanya ikut merosot.

Parut yang ditinggalkan malam itu bukan sahaja pada emosinya tetapi juga fisikal. Leher dan dadanya penuh dengan kesan gigitan lelaki itu dan setiap kali dia melihat kesan itu di cermin , memori ngeri malam itu kembali.

Hari itu di tertukar baju di hadapan Lessi dan dia terpaksa tersenyum pahit mendengar usikan gadis itu yang pasti beranggapan hidup rumah tangganya yang penuh dengan saat - saat indah.

Lagu Trampoline yang berkumandang di segenap kereta itu mengejutkan Hana Aishah daripada lamunannya. Melihat nama pemanggil itu Hana Aishah mengeluh berat.

“Kak Dik” Hana Aishah terpaksa menjauhkan telefon daripada telinganya apabila mendengar suara teruja Hana Aqilah.

“Ya Allah Achik. Kak dik tak pekak lagilah. Salam pun tak bagi” Hana Aishah merengus kasar.

“Ya Allah , cranky nya. Kak Dik ni period ke moody semacam” suara Hana Aqilah mengomel.

“Achik nak apa?” Hana Aishah cuba mengawal nadanya. Perbuatan Hana Aqilah terbayang - bayang di hadapan matanya.

“Amboi , sekarang Achik dah tak boleh call ke Puan Hana Aishah. Its been 2 week since I’ve talked to you and I know you call Kak Wa and Alif ok” Hana Aishah dapat mendengar rajuk Hana Aqilah di hujung talian.

“Its not that. Kak Dik busy sikit” Hana Aishah membuat helah tetapi hakikatnya dia takut dia akan berkata sesuatu yang akan mengubah segala - galanya dalam kehidupan mereka sekeluarga.

“Its ok lah Kak Dik. Achik ni siapalah kan? Menyusahkan orang je. Busy pun Kak Dik sempat je call Kak Wa dengan Baby on the other side of the world” Hana Aishah tahu Hana Aqilah terasa hati dengannya tetapi fikirannya kusut memikirkan ibu bapa mereka.

“Sorry ok. After this Kak Dik kacau je Achik sampai Achik dah tak rindu Kak Dik” Hana Aishah tersenyum simpul mendengar cemuhan adiknya itu.

“But with conditions though” Fakhrul curi - curi menoleh ke sebelah kirinya untuk melihat tawa isterinya. Selepas 2 minggu akhirnya tawa yang dirindui itu dapat dia tatapi.

“Ye lah Achik. Nak Kak Dik belanja apa pulak kali ni?” Hana Aishah tahu sangat perangai Hana Aqilah. Barang gadis itu sampai dah tak muat almari tapi nak jugak membeli. Almari itu satu hal , duit tak ada tapi gaya membeli belah Hana Aishah kalah mak mertua dia yang Puan Sri itu.

“Tak yah belanja Kak Dik. I want to borrow those sexy nighties and lingerie that you got for your bachelorette boleh?” terdiam Hana Aishah mendengar permintaan adiknya yang masih belum berkahwin itu.

“Alaa boleh lah Kak Dik. Achik cari dalam almari Kak Dik tadi tak de , tu yang Achik call nak tanya” muka Hana Aishah sudah merah padam mendengar permintaan adiknya yang lansung tidak tahu malu itu.

“Kenapa selongkar almari Kak Dik sesuka hati Achik je? Did I gave you permission “ Fakhrul terdiam mendengar amarah Hana Aishah itu.

“Alaa relax lah Kak Dik. I always borrow your stuff what” Hana Aqilah masih bersuara ceria tanpa mengetahui kakaknya yang sudah marah itu.

“What do you want to do with those? Achik jangan nak mengada - ngada. You’re not even married. Dah gatal sangat sampai tak boleh tunggu nikah dulu ke?” pertama kali Fakhrul melihat Hana Aishah naik angin dengan seseorang selain daripadanya.

“Seriously Kak Dik. You’ve changed so much. Tahu lah dah kawin dengan orang kaya tapi tak payahlah berlagak sangat. Tak kebulur lah Achik” Hana Aqilah turut tinggi suara saat itu. Dia betul - betul terasa hati dengan sikap kakaknya saat itu.

“Achik jangan kurang ajar dengan Kak Dik. You’re getting too much lately. You think I don’t know what you did?!” tengkingan Hana Aishah bergema di dalam kereta.

“What did I do? Cakaplah! Kak Dik yang too much. Everyone is kissing your ass because you married a rich guy, nobody cares about me. Dari kecik pun macam tu. Sikit - sikit Adik , sikit - sikit Adik. Achik benci Kak Dik!” terdiam Hana Aishah melihat skrin telefonnya. Suara Hana Aqilah yang sedang menangis sebelum mematikan talian itu membuatkannya terkesima.

Lama Hana Aishah melihat skrin Iphone nya yang sudah bertukar gelap itu. Sesekali Fakhrul mencurikan pandangannya ke arah isterinya. Daripada sisi Fakhrul dapat melihat air mata yang sudah mula bertakung di tubir mata isterinya.

Tangan kirinya diangkat sebelum dia mengambil Iphone berwarna merah yang dipegang erat Hana Aishah itu. Diletakkan Iphone itu di ruangan di sisi pemanduannya sebelum dia mengambil tangan yang sudah dibasahi air mata itu dan menggenggam erat.

Hana Aishah terus membisu sepanjang perjalanan itu. Salah dia Hana Aqilah jadi begitu. Salah dia Hana Aqilah sudah tidak dapat bezakan yang halal dan yang haram. Air matanya turun seperti air terjun tanpa sebarang bunyi.

*********************************

“Hana. No need to wear tudung lah sayang. Semua kan mahram Hana” Hana Aishah tersenyum pendek mendengar ayat Datin Fatimah itu.

“Hana awkward dengan Abi lagi lah tu” Dato’ Karim yang sedang duduk bersebelahan dengan Datin Fatimah di meja kayu itu tersenyum mesra.

Lebih kurang jam 2 tengah hari mereka sampai di rumah banglo satu tingkat di Rawang. Perumahan elite yang terpencil di Rawang itu bersekuriti tinggi. Banyak betul soalan pengawal keselamatan sebelum mereka memasuki kawasan perumahan yang hanya mempunyai beberapa buah rumah sahaja.

“Errr. Tak ada orang lain ke dekat rumah ni ibu. Your other kids?” Hana Aishah sedang duduk bersila di atas kerusi kayu di taman bunga di laman tepi banglo setingkat itu bertanya pelik.

Cuaca petang yang redup di tambah pula kawasan perumahan ini yang masih mempunyai banyak tumbuhan hijau disekelilingnya memberi rasa tenang dan aman seperti di desa.

“Tak ada. Fakhrul is our only child” terdiam Hana Aishah mendengar ayat Dato’ Karim itu. Ada riak sedih disebalik suara itu tetapi Hana Aishah tidak mahu bertanya lanjut.

“Patutlah possessive nak mati” selamba Hana Aishah mengutuk lelaki itu sambil mengunyah goreng pisang yang digoreng Datin Fatimah. Pecah tawa kedua orang tua itu mendengar ayat selamba Hana Aishah.

“Both of you is so different in term of personality , I could never imagine you both as a couple” Hana Aishah hanya mencebik mendengar komen Dato’ Karim.

“Tulah pasalnya abi, Hana pun tak faham dengan anak abi yang sorang ni. Punyalah dia tak suka Hana time dekat ortho dulu , tup tup masuk meminang. Sikit lagi Hana nak hampuk pakai kuali mak” terbatuk - batuk Datin Fatimah mendengar celoteh menantunya yang seorang itu.

“Ya Allah ibu” Hana Aishah mengurut belakang badan Datin Fatimah yang hanya berbaju kaftan itu.

“Hana lah. Ada pulak nak pukul orang masuk meminang guna kuali” paha Hana Aishah ditampar lembut.

“Tak lah ibu. Ibu imagine mamat yang suka buli Hana , yang Hana benci tahap dewa tu .. tiba - tiba Hana kena kawin dengan dia. Ibu tak rasa ke anak ibu tu kena concussions sampai he lost his mind ” mulut Hana Aishah yang penuh dengan makanan itu membebel lagi.

“Buli?” Dato’ Karim yang mendengar ayat Hana Aishah itu bertukar serius.

“Buli lah abi. Punyalah seksa Hana kerja dengan anak tunggal abi tu” Hana Aishah sedang sibuk mengunyah itu tidak perasan perubahan di wajah Dato’ Karim.

“Abi tak tahu pun. You didn’t tell me either?” Dato’ Karim tidak dapat menangkap lagi kes yang terjadi antara Hana Aishah dan Fakhrul.

“Macam mana nak bagi tau Abi, Abi dengan Fakhrul tu kan macam belangkas. Oh my god ibu tahu tak diorang gossip apa dekat hospital pasal Abi dengan Fakhrul” Hana Aishah sudah menahan tawanya membayangkan kebenaran yang telah dia ketahui itu.

“Gossip apa?” Datin Fatimah meletakkan cawan tekonya sebelum memandang menantunya yang duduk bertentangan dengan mereka suami isteri.

“Abi kan rapat gila dengan Fakhrul so everyone was like wondering apalah relationship Abi dan Fakhrul. Abi , memang no one know about both of you ke? I mean even the specialist in the department?” Hana Aishah memandang ke arah Dato Karim yang hanya berbaju T - shirt pagoda dan berkain pelikat.

“Only Daniel know because he’s doing Fakhrul’s yearly assessments” mulut Hana Aishah sudah ternganga mendengar pengakuan Dato’ Karim.

“Wahh kiranya Hana sorang je la tahu” mata Hana Aishah sudah bersinar - sinar memandang kedua - dua orang tua dihadapannya itu. Dato’ Karim menganggukkan kepalanya melihat keterujaan menantunya itu.

“Alaa tapi mana boleh Hana pecah rahsia” Dato’ Karim sudah tergelak melihat reaksi muka Hana Aishah yang bertukar masam itu. Sedih sungguh gayanya sebab tak dapat pecah rahsia.

“What secret?” mendengar suara lelaki itu yang semakin mendekat putus terus mood Hana Aishah.

“Ni haa. Menantu Abi ni sedih tak dapat pecah rahsia you’re my son” Dato’ Karim menjuihkan bibirnya ke arah Hana Aishah sebelum tertawa.

“So you’re breaking secrets now?” terus mengeras badan Hana Aishah apabila Fakhrul melabuhkan punggung di sisinya dan memeluk bahunya.

“Tadi bukan main lagi Hana , ni Fakhrul dah datang senyap terus” Datin Fatimah mengusik Hana Aishah yang bertukar serius disebelah suaminya.

“Apparently they were so many gossips about us” Hana Aishah memandang ke arah Dato’ Karim mengharapkan simpati. Menyesal dia lancang mulut membuka rahsia.

“Abang nak tahu jugak. So tell me what were the content of the gossip. Did anything hit closer to the truth?” Fakhrul memandang ke arah Hana Aishah yang lansung tidak mahu memandang ke arahnya.

“Abi nak tahu jugak?” Hana Aishah sudah seperti cacing kepanasan. Mulut dia ini memang tak ada lesen betullah.

“Cannot tell. Rahsia lah Abi. Plus I won’t betray my fellow colleagues” pandai Hana Aishah mereka cipta alasan saat itu.

“Ni kira betray family tau. Family is more important “ Fakhrul menarik muka isterinya memandangnya. Kerana menghormati kedua ibu bapa susuan Fakhrul dia terpaksa merelakan perlakuan lelaki itu.

“Emm ... emm.. tak boleh. I ... emm ... dah promise. So no” Hana Aishah memandang ke arah muka Fakhrul yang sudah tersenyum mengusik itu. Senyuman yang hatinya mahu benci tetapi rindui.

“Dosa tau kalau tipu suami” Hana Aishah faham maksud tersirat perlian Fakhrul itu.

“Dosa jugak kalau you break your promises” mata Hana Aishah tajam melihat ke arah suaminya. Datin Fatimah dan Dato’ Karim terdiam melihat ketegangan yang sedang berlaku di hadapan mereka itu.

“Abi lupa tadi nak tanya Fakhrul. How was your paper last Thursday?” Dato’ Karim terus mengubah topik melihat pasangan muda itu yang sedang bertegang urat.

“It was ok” Fakhrul masih merenung mata isterinya. Jelas kekecewaan dalam mata itu.

“Kata cannot tipu tapi I didn’t know anything about your exam pun. Or does all the rules apply to everyone except the all mighty Tengku Fakhrul?” mendengar suara menantunya itu , Dato’ Karim memarahi dirinya kerana membuatkan masalah bertambah rumit.

“You didn’t bother asking so why should I bother telling” Hana Aishah tersenyum menyindir mendengar jawapan suaminya.

“Hana nak makan apa malam ni? Ibu masak favourite Hana pulak. Lunch tadi dah masak this boy’s favourite” Datin Fatimah menjadi kasihan melihat wajah Hana Aishah.

Wajah Hana Aishah yang sudah menunduk itu jelas kecewa. Sepanjang dia membesarkan Fakhrul , daripada bayi lagi anak lelaki susuannya itu akan ikut kepalanya sendiri.

“Hana ikut je ibu. Hana naik dulu. Penat oncall semalam tak habis lagi. Nanti ibu nak start masak Hana turun tolong ibu” sebelum sempat Datin Fatimah hendak menghalang , tubuh menantunya yang berseluar jeans dan berbaju T-shirt berlengan panjang itu sudah melangkah pergi.

“That’s not very nice Fakhrul. Ibu tak suka Fakhrul buat Hana macam tu” jelingan Datin Fatimah tidak diendahkan Fakhrul.

“There’s no point on telling those who are not interested” Fakhrul menghirup air teh yang sudah mula menyejuk itu.

“Abi kenal Hana just touch and go only and I can see that she is very much interested in other people. Hana cakap Fakhrul buli dia , care to explain to me” selama ini Dato’ Karim cuba berlembut seboleh mungkin dengan Fakhrul tetapi kali ini melibatkan anak orang lain.

“What did she tells you?” suara lelaki itu masih lagi selamba. Goreng pisang yang hanya tinggal beberapa ketul itu dijamahnya.

“Knowing her , she wouldn’t tell so spill” Dato’ Karim ada mendengar tentang perangai Fakhrul tetapi dia tidak menyangka akan sampai ke tahap membuli.

“She’s the victim so you’re suppose to ask her. Jangan tanya Fakhrul” Datin Fatimah sudah mengusap lengan Dato’ Karim yang nampak tegang mendengar jawapan selamba Fakhrul.

“Jangan sampai Fakhrul hilang Hana just because of your stubbornness. Not everything in this world is bad Fakhrul. You don’t have to always protect yourself because right now Abi can see that this selfishness is killing your marriage” selepas berkata sebegitu , Dato’ Karim juga melangkah pergi menuju ke tamannya. Naik jugak darah tingginya melayan kerenah si Fakhrul itu.

“Anything else you want me to change Ibu?” Datin Fatimah tersenyum lembut memandang anak lelakinya itu. Punggungnya diangkat sebelum dilabuhkan di tempat Hana Aishah duduk tadi.

“Anak ibu dah sempurna dah. I will never walk away. So does everyone in your life” Fakhrul hanya tersenyum sinis mendengar ayat Datin Fatimah yang rambut sudah dipenuhi uban itu.

“Ibu tak tahu how does both of you feel about each other but ...” lama Datin Fatimah jeda.

Pandangannya dibuangkan ke arah Dato’ Karim yang sedang bermain dengan burung peliharaannya. Semenjak dari mereka berkahwin sampailah sekarang , tabiat suaminya yang suka membeli burung exotik itu lansung tidak dapat dibuang.

“She looks exhausted. Its been only 2 weeks Fakhrul” Fakhrul terdiam mendengar penelitian ibunya.

“But what wonder me is , she stays. Ibu kenal anak ibu. I might’ve not given birth to you tapi ibu susukan Fakhrul sampai lah sayang ibu ni umur 3 tahun” Datin Fatimah mengusap rambut ikal mayang anak susuannya itu.

“You close yourself too much. In marriage there should be no secret. Macam mana Fakhrul nak expect Hana to tell you everything when you don’t open up to her. This is not a competition. It doesn’t matter who opens up first” Datin Fatimah tidak dapat membaca reaksi anak lelakinya itu. Siapa pun tak akan pernah dapat membaca.

“Nobody can ever tell you what to do. That’s just you from you were still an infant. Ibu cuma harap Fakhrul tak akan sia siakan Hana just because of your past. Hana tu masa depan Fakhrul. And I can see a beautiful future where both of you are there” senyuman Datin Fatimah itu memberikan satu makna baru dalam hidup Fakhrul.

“Seriously ibu , since infant” Datin Fatimah tertawa besar mendengar ayat anak susuannya itu.

“You bet yourself since infant. Tanya abi. Tak kisahlah macam mana pun ibu cuba ubah your sleeping pattern , your feeding pattern .. baju pun ok. Tanyalah abi. Ada certain baju je sayang ibu ni akan pakai” Fakhrul membaringkan kepalanya di bahu Datin Fatimah.

Kemesraan Fakhrul dengan ibu bapa susuannya lansung tidak dapat dibandingkan dengan kedua ibu bapanya. Dia selesa bercakap tentang perasaannya bila berada bersama ibu dan abinya.

*********************************

“Achik” Hana Aishah tahu Hana Aqilah sedang mendengar segala bicaranya. Cuma adiknya itu hanya membisu sejak panggilan Hana Aishah diangkat.

“Kak dik mintak maaf. I shouldn’t said what I said to you” Hana Aishah yang sedang duduk di atas sofa di bilik tidur Fakhrul itu memujuk lembut.

“It was very bad of me to say something so cruel to you” suara Hana Aishah sebak meminta maaf. Dia tidak dapat mengawal emosinya tadi dan perkara itulah yang ditakuti Hana Aishah.

“Kak ... emmm .. Dik .. sorry “ esakan perlahan Hana Aishah kedengaran.

“Janganlah nangis kak dik. Achik yang salah” sudahnya mereka berdua meraung dekat dalam telefon.

“I love you tau. Nanti kita keluar shopping ok. Kak dik stress lah. I need to shop till I drop” selepas redha tangisan kedua - duanya , barulah mereka dapat berborak seperti biasa.

“Alaa tapi Achik nak balik Johor dah. Class start next monday” Hana Aishah terpaksa menahan rasa mendengar ayat Hana Aqilah. Walaupun hatinya gentar tapi dikuatkan dirinya untuk bersuara biasa.

“Achik balik dengan siapa? How many sem left?” Hana Aishah menggenggam tangannya mengumpul kekuatan.

“I’m going back with Lat. Another semester left. Its getting tougher” Hana Aishah menarik nafas dalam mendengar ayat adiknya itu.

Sewaktu Hana Aishah habis di jabatan Orthopaedik itu , adiknya sudah memulakan pengajian master di universiti swasta di Johor. Tiap minggu adiknya akan pulang tetapi semenjak kebelakang ini , Hana Aqilah jarang pulang.

“Achik duduk dengan siapa dekat sana?” kaki tangan Hana Aishah sudah beku saat menanti jawapan adiknya.

“Achik stay dengan kawan. Menyewa” pendek jawapan Hana Aqilah. Hana Aishah menarik nafas lega.

“Selalu ke jumpa Lateef dekat uni tu?” Hana Aishah mula mengorek.

“I’m with him .. we’ll most of the time. He’s a lecturer there kan. So we eat , went out semua sekali. Letih lah Kak Dik. Mak tak nak buat wedding Achik this year” Hana Aishah menahan dirinya daripada meninggikan suaranya.

“Achik sabar sikit ye? You know how nenek is right. Achik jaga batas tau dengan Lateef” Hana Aishah menasihati adiknya lembut.

“I don’t understand kenapa nenek nak masuk campur. Stress lah. Kalau kitorang kawin kan senang. Its been a year we’re engage. I want to built my life with him. Macam Kak Dik. Bestnya ada suami. Abang Fakhrul tu sayang gila kat Kak Dik. Like literally he’s hands is always on you” jelas suara cemburu Hana Aqilah.

“Diorang kan orang tua Achik. Nanti akak try cakap dengan mak ok. Sementara tu Achik ingat mak abah. Jangan buat benda bukan-bukan. Kesian mak abah. They taught us to pray , recite Quran... kecewa nanti diorang kalau Achik buat benda ... emmm ... emm .. pelik - pelik” Hana Aishah menahan sebak membayangkan wajah kedua ibu bapanya yang akan kecewa jika mereka tahu perbuatan Hana Aqilah.

“Pelik? Apa kak dik cakap ni?” Hana Aishah dapat mendengar getaran di sebalik suara adiknya.

“Tak ada apalah. Akak ingatkan diri akak jugak. Kawin ni tak senang Achik. Allah bagi Achik peluang nak baiki diri Achik sebelum kawin. Tengok macam akak , kawin bidan terjun” Hana Aishah tertawa hambar.

“Kak dik ok tak ni? You sounded off” kerisauan di suara Hana Aqilah itu jelas melalui corong telefon.

“Akak ok lah. Rindu korang je” Hana Aishah berdalih kerana bagaimana dia mahu menceritakan masalah dalam selimutnya.

“I miss you too” manja suara serak Hana Aqilah.

“Achik . Achik didik diri jadi hamba Allah yang taat dekat perintah Dia. Tinggalkan larangan Dia. Marriage have to start with a good intention, good akhlak. Nanti Achik kena jadi isteri solehah , ibu mithali. All of that start now. Ingat apa yang kita buat kadang Allah tak balas sekarang. Allah balas nanti dalam bentuk perkahwinan yang porak peranda , anak - anak yang rosak akhlak. Nauzubillah” Hana Aishah mengesat air matanya yang turun laju.

“Hmm” suara Hana Aqilah kedengaran perlahan. Talian itu senyap seketika. Masing - masing cuba menghadam apa yang baru diperkatakan.

“Ingat. Kak Dik sayang Achik. We all love you so much Achik. Never doubt that ok” air matanya dikesat kasar menggunakan lengan bajunya.

“I love you too. Achik your favourite sister kan” Hana Aishah tertawa mendengar kerenah adik perempuannya yang seorang itu.

“Ish asyik nangis je. Emo sangat conversation kita” Hana Aishah menukar topik kerana tidak mahu Hana Aqilah curiga dengan dirinya.

Hampir 30 minit mereka berborak. Daripada langit cerah sampai dah gelap. Hana Aishah menyandarkan dirinya di sofa malas yang menghadap ke jendela yang luas itu. Satu keluhan berat di lepaskan. Penat dah dia hendak menangis.

“Ya Allah. Give her hidayah. She didn’t mean it. Don’t punish her. Don’t let mak abah know. Protect both of them from any sort of pain” perlahan suara Hana Aishah berbisik di senja itu.

Apabila Hana Aishah mendengar azan Maghrib berkumandang daripada Iphonenya , punggungnya diangkat untuk membersihkan diri. Saat matanya bertaut dengan sepasang mata lelaki itu , dia rasa seperti darahnya diserap keluar daripada tubuhnya.

Pandangan suaminya. Reaksi suaminya. Satu pun dia tidak dapat baca. Hana Aishah menelan air liur memandang renungan Fakhrul yang duduk di birai katil itu. Kakinya teragak - agak untuk bergerak.

Berapa lama Fakhrul berada di dalam bilik itu? Berapa banyak yang dia dengar? Semua persoalan itu berlegar - legar di minda Hana Aishah. Muka Fakhrul yang bersahaja tanpa reaksi itu susah untuk dibacanya.

Perlahan - lahan dia melangkah menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya. Tuala berwarna kuning yang berada di penyidai itu di ambil. Setiap langkahnya diperhatikan lelaki itu tanpa bicara.

Sebelum sempat di melangkah memasuki bilik air , lengan ditarik lembut Fakhrul. Hana Aishah tidak mahu memandang wajah suaminya. Dadanya berdegup kencang mengharapkan lelaki itu tidak mendengar perbualannya tadi.

“Get ready , we’ll be praying maghrib together with ibu and abi” Hana Aishah mengangguk laju sebelum lengannya di tarik keluar daripada pegangan suaminya. Kakinya meneruskan langkah menuju ke dalam bilik air yang besar itu.
********************************

“Ibu. Nanti ajar Hana masak that asam pedas. Its to die for” Hana Aishah yang sedang membantu Datin Fatimah mencuci pinggan mangkuk itu sempat meminta tips.

“Hana datanglah selalu rumah ibu, I’ll teach you lots of thing” Datin Fatimah kesunyian di dalam rumah itu selalu keseorangan apabila suaminya oergi berkerja.

“I’ll try to come ok. The working hours is crazy la Bu. I can get like off on weekend if my request is justified. Kan Hana nak datang last week but my requets got rejected, sedih Hana” sudah nak habis mereka mencuci pinggan kerana dilakukan berdua.

“Alaa. Hana tak payah tunggu Fakhrul. Just come stop by. I’m always in the house pun” Datin Fatimah memandang menantunya yang lincah mencuci sabun di atas pinggan mangkuknya.

“Ok Bu but you know him kan. Macam iklan Digi bersamamu tu, asyik nak melekat je dengan Hana” Datin Fatimah tertawa kecil mendengar bebelan menantunya.

“Percayalah ibu cakap although it’s overwhelming , you’re the only person he’s so concern with. I’ve never seen him loves anyone like how he loves you” Hana Aishah tersenyum hambar.

“Cinta ke obsession?” kata - kata itu hanya bergema di dalam dirinya. Melihat menantunya yang sudah terdiam itu , Datin Fatimah terasa bersalah pulak. Dia memandang sekilas memantunya yang hanya memakai baju tidur kelawar tanpa hijab itu.

“You’re prettier without tudung. Cantik rambut Hana. Patutlah he’s in love “ Datin Fatimah yang sudah habis membasuh pinggan itu mengelus lembut Hana Aishah yang sedang duduk di meja kayu bulat di dapur basah rumah itu.

“Malaslah cakap pasal dia. Ibu doesnt have helper ke in this house?” Hana Aishah bertanya pelik. Sesampai mereka tengah hari tadi , Hana Aishah agak terkejut melihat rumah seluas itu tiada seorang pembantu pun.

“Tak. Abi tak suka ada stranger in the house. If a woman then nanti susah pulak Abi kena jaga aurat , if its a man then Ibu pulak kena pakai tudung all the time” Hana Aishah melihat wajah melayu asli Datin Fatimah yang kesunyian itu.

“But your house is so big Bu. How did you clean it on your own?” Hana Aishah yang melabuhkan punggung kembali sambil menghulurkan air sirap bandung yang dibuatkan Datin Fatimah tadi.

“Bit by bit. Plus Abi always help Ibu. In marriage there should always be compromise. Abi doesn’t like having stranger in the house so he helps me with the chores” Datin Fatimah tersenyum mesra melihat anggukan Hana Aishah yang sedang menyisip air sirap bandung itu.

“Best kan Ibu kalau ada understandings in marriage. I envy that in other people’s relationships” wajah Hana Aishah berubah muram. Air bandung yang sudah tinggal separuh itu dikacaunya perlahan.

“Everything needs work sayang. Me and Abi didnt have it easy either. There were so many times Ibu nak gives up. Especially... hmm” Hana Aishah dapat melihat air mata wanita itu bergenang. Di genggam tangan yang sudah berkedut itu.

“Sorry Bu. I didn’t mean to touch a sensitive topic” Hana Aishah tersenyum pahit.

“Its ok sayang. Ibu just nak Hana tahu , everything need work. There were so many times I wanted to give up. Ibu tak mampu bagi zuriat dekat Abi pun and he’s more than capable to remarry” Datin Fatimah terbayang bertapa peritnya hatinya terpaksa mendengar kata - kata orang sekeliling terutama keluarga suaminya.

“But he persisted. Until today. Fakhrul came at the most vulnerable time. He shone light into both of our life. Ibu tahu ibu ni ibu susuan je. I can’t even compare to your mama but .. Alhamdulillah ibu dapat tumpang kasih sayang your hubby. Abi pulak ada satu legasi yang akan dia tinggalkan” Hana Aishah dapat melihat cinta yang bersinar di sebalik anak mata yang semakin menua itu.

“You love him so much” Hana Aishah memandang Datin Fatimah penuh makna.

“It was actually an arranged marriage. I hated his gut especially looking at his cocky attitude when we were young” Datin Fatimah tertawa kecil membayangkan suaminya yang berlagak macho waktu pertama kali mereka berjumpa.

“Seriously Abi , cocky? Macam tak caya je” Hana Aishah sudah tergelak kecil membayangkan lelaki yang sangat kebapaan itu.

“Very much. Tapi the same man that I despise so much, the same man that I fought so hard to not marry .. is the man that kept his promise. He told me this on our wedding day” panjang nafas yang dihela wanita yang berbaju tidur kelawar sepasang dengan Hana Aishah itu. Impiannya untuk memakai baju sepasang dengan anak perempuannya tercapai jua.

“You’re my only bidadari in this world and I will pray everyday that you’re my only bidadari in akhirat” Hana Aishah tersenyum lebar mendengar suara garau itu melafazkan mesra. Dia dapat melihat Dato’ Karim yang berbaju melayu dan berkain pelikat itu menuju ke arah isterinya yang sudah tersenyum simpul itu.

“Curi - curi dengar lagi” tawa Dato Karim yang sedang memeluk mesra leher isterinya daripada belakang kedengaran. Hana Aishah tersenyum lebar melihat kemesraan pasangan ini.

“Rindulah , awak asyik dengan menantu je. Kesian Abi” Datin Fatimah menuangkan air bandung itu di dalam cawan sebelum menghidangkan kepada suaminya.

“Mengadanya lah abang ni” jauh di sudut hati Hana Aishah dia cemburu melihat kemesraan pasangan di hadapannya ini.

Dia mahukan suami yang memahami dia dalam perhubungan mereka tetapi dia terpaksa menerima hakikat yang sudah termaktub di Luh Mahfuz semenjak sebelum dia lahir lagi. Kenapa susah sangat dia mahu mengecap bahagia dalam percintaan?

Lama mereka berborak di dapur , Fakhrul lansung tidak menjengah. Hati Hana Aishah rindu walaupun dia bencikan perasaan itu. Bila lelaki itu ada , hatinya sakit mengenangkan sikap lelaki itu. Lansung tiada kata maaf kerana kesilapan lelaki itu. Tetapi bila lelaki itu tiada , matanya mencari - cari.

********************************

Apabila kaki Hana Aishah melangkah masuk ke dalam bilik yang sudah mulai sejuk itu , matanya tertacap pada tubuh yang berada di sudut membaca di dalam bilik tidur yang masih terang benderang itu. Lelaki itu tidak mengendahkannya lansung.

Hana Aishah melabuhkan punggungnya di atas katil besar yang mengambil ruangan yang paling banyak di dalam bilik itu. Matanya melilar ke segenap bilik. Bilik ini lain daripada ruangan peribadi Fakhrul yang lain.

Gambar - gambar lelaki itu tersusun di almari kayu jati berwarna coklat di dalam bilik itu. Gambar Fakhrul bersama rakan - rakannya. Kakinya secara automatik bergerak ke almari itu.

Hana Aishah melihat gambar muda suaminya yang sama sahaja di dalam gambar. Menakutkan juga melihat lelaki itu seperti tiada perubahan dari segi pemakaian ataupun reaksi mukanya.

Salah satu daripada gambar yang tersusun kemas itu menarik perhatiannya. Gambar Fakhrul dan Hariz dengan berlatar belakangkan air terjun yang sangat cantik. Dia dapat melihat raut wajah lelaki itu yang kelihatan relaks tidak seperti gambar - gambar lain yang berada di dalam bingkai di atas kabinet itu.

“It was fall of 2008. Our final was postponed due to a bomb threat at uni. He drag me to this trip. Just the two of us” Hana Aishah tersenyum lebar mendengar bicara lelaki itu yang kedengaran di sebalik tubuhnya.

“He must’ve been so annoyingly pushy to drag you from your normal activities” Hana Aishah dapat membayangkan bagaimana Hariz memaksa lelaki itu sehingga kan suaminya itu berputus asa.

“It was just the two of us on the road. I’m glad he did” suara lelaki itu semakin mendekat. Debaran di dada Hana Aishah makin menggila.

“You want to know why?” tiada anggukan ataupun gelengan. Tangan Hana Aishah yang mengusap gambar itu menggeletar halus apabila tangan lelaki itu sudah memeluk pinggangnya.

“Because if not I wouldn’t have seen the Niagra Fall in fall. It was dawn. Its on its ultimate glory. Its a rare sight that no one really able to see because it requires hardwork and determination. Its wet during that time and you need to be there for quite sometimes to catch that moment of beauty” nafas lelaki itu menampar lembut telinga kiri Hana Aishah. Hana Aishah dapat merasai haba daripada badan suaminya memanaskan tubuhnya.

“I’m not sorry that I get wet. I’m not sorry that I had to sacrifice my sleep. I’m not sorry that we actually came back with multiple bruises from falling so many times due to the slippery floor. I’m not sorry that Hariz was few hours away from having full blown hypothermia” suara suaminya lembut berbicara.

“Because at the end of this particular day , I get to see a sight that’s only I was able to see” nafas Hana Aishah sudah tersekat - sekat apabila dagu lelaki itu mendarat betul - betul di atas bahu kirinya.

“The same way I don’t regret every things that I have to go through. I don’t regret every person that I have to hurt. I don’t regret every norms that I break. I don’t regret hurting you” hati Hana Aishah seperti dicucuk sembilu saat itu.

“Because at the end of the day , you’re mine only” gugur jua air mata Hana Aishah malam itu. Lama mereka berkeadaan begitu, bisu tanpa bicara.

“I’ve never cared for anyone. I’ve never bother what they eat , what they wear , what they feels. But then you came along” tangan Hana Aishah sudah dijatuhkan ke sisi badannya.

“That first day when we met I saw the fire in your eyes. You caught me by surprise. Every single thing that you do bothers me. The way you talk , the way you dress , the way you interact with others, the way you smell” hidung lelaki itu sudah bermain - main di leher Hana Aishah.

“I can control everything in my life except you. So I had to make sure everything that fills my minds have to follow my flow. So I didn’t bother about how you felt. I thought I’ll get the satisfaction when things go my way as usual” jari - jari lelaki itu mula mengusap perut Hana Aishah.

“Things has been going ok until that day when I saw you lying on the bed in resus 3 with so many wires hook up to you” mata Fakhrul terpejam rapat mengimbau kembali malam itu.

“Your smart mouth didn’t talk back to me anymore instead there’s an ETT tube shoved in your mouth. That eyes that’s been throwing dagger at me wasn’t shining anymore. That hands that’s been wandering around when you’re talking was lying limply with so many IV lines and cuff connected to it. That legs that’s been walking away from me for so many times is only covered with the sheet” Hana Aishah dapat merasakan getar di dalam nada suara lelaki itu.

“I need you to be safe from that point. And you’re only safe when you’re with me. So I had to get you. I don’t care about what anyone feels anymore including you” suara yang gentar tadi kembali tenang.

“Until along the way I realize that I actually loves you” air mata Hana Aishah mengalir deras.

“You don’t trust me” suara serak Hana Aishah kedengaran. Badan Hana Aishah dipusingkan sebelum wajah isterinya yang basah dengan air mata itu diangkat memandangnya.

“You don’t like me. You like everyone except for me. I don’t like the high possibility of you walking away to a better guy than me. To a man that is not me” Hana Aishah menggelengkan kepalanya lemah.

“You don’t know me Fakhrul. You don’t even try to understand me. You’re making a conclusion and making our life miserable” Hana Aishah memalingkan muka ke sisi tidak mahu memandang wajah lelaki yang memporak - perandakan kehidupannya.

“Then tell me” Hana Aishah menggelengkan kepalanya dan Fakhrul merengus kasar.

“You are the one who don’t trust me” suara Fakhrul mulai tegang.

“How do you expect me to tell you everything when you barely tells me anything? How do you expect me to trust you when you didn’t even bother to listening to my explanation?” mata Hana Aishah merenung tajam suaminya.

“And sayang buat semua benda yang abang tak suka” Fakhrul juga tidak mahu kalah.

“I manusia biasa Fakhrul. I have a life before you. Aiman is my bestfriend. Aek is my bestfriend. You might not have social life but I do. I cannot just simply abandoned everything and focusing on you only” suara Hana Aishah benar - benar kepenatan saat itu. Wajahnya ditundukkan ke bawah. Hana Aishah melihat air matanya gugur di atas lantai marmar itu.

“You mean I shouldn’t said anything seeing you dancing infront of others at our wedding day ? I shouldn’t feel anything when you bertepuk tampar with other man eventhough berlapik?” seperti yang Hana Aishah sangka lelaki itu akan sentiasa mencari kesalahannya.

“I penat. I nak tidur” pelukan di pinggang Hana Aishah masih tidak dilepaskan.

“I love you Hana Aishah. I have the right to feel jealous when you’re entertaining other men or other men are entertaining you. Abang tak boleh buang rasa itu. And I’m not sorry for that” Hana Aishah menelan air liurnya kesat mendengar ayat lelaki itu.

“But I’m sorry for my inability to control my anger until I hurt you . I’m sorry for not respecting you. I’m sorry for being overbearing. I’m sorry that you have to marry a man that you hate so much. I’m sorry that I can’t let you go” getaran di suara lelaki itu menarik tangkai hati Hana Aishah. Perlahan - lahan Fakhrul merengangkan pelukannya sebelum dia berundur menjauhi Hana Aishah.

“I benci you . I benci you sangat - sangat . For hurting me. For disrespecting me. For dictating myself” Hana Aishah memukul - mukul dada Fakhrul yang berbalut T-shirt biru gelap itu.

“Why do you have to keep on coming back and make me feels things that I don’t want to feel for a selfish jerk like you. You jahat” Hana Aishah sudah menangis teresak - esak. Tangannya mengesat kasar muka yang dibanjiri air mata. Fakhrul memandang amukan isterinya dengan wajah yang penat.

“I penat. Why all the bad thing kena jadi dekat Aishah?” Fakhrul menarik Hana Aishah kedalam pelukannya. Esakan Hana Aishah semakin hebat.

“I’m sorry. I’m sorry sayang” Fakhrul membisikkan ayat itu kepada isterinya yang sedang meraung itu. Hatinya menjadi tidak keruan melihat Hana Aishah yang sedang berperang dengan perasaan sendiri.

“Pandang muka abang” Fakhrul mengangkat muka Hana Aishah yang sudah sembap itu. Lama dia merenung isterinya yang masih menangis itu.

“Abang janji , we’ll talk more after this. I’ll gain your trust back. Tapi sayang kena janji jugak. Don’t hide anything from me. Abang ada dekat sini, we’ll go thru everything together. Ok?” Hana Aishah menganggukkan kepalanya sebelum memeluk erat suaminya.

“Aishah takut” teresak - esak Hana Aishah mengadu. Fakhrul mengeratkan pelukannya. Dia dapat merasakan badan Hana Aishah yang sudah susut dalam masa dua minggu ini.

“You’re my strong girl. I’m here ok sayang” Fakhrul mengangkat wajah isterinya supaya bertentangan dengannya.

Satu per satu kelopak mata Hana Aishah dikucupnya. Dia mengangkat badan Hana Aishah sebelum membaringkan isterinya di atas katil kayu jati itu.

Malam itu setelah dua minggu Hana Aishah memastikan lelaki itu tidak menyentuhnya , Hana Aishah merelakan sentuhan suaminya. Tiada lagi sentuhan kasar suaminya , yang ada hanyalah kata - kata indah. Tubuhnya dilayani penuh kasih sayang dan esakan Hana Aishah perlahan- lahan terhenti di dalam kegelapan malam.

*******************************


“Ameen” Hana Aishah mengaminkan doa Fakhrul subuh itu. Dia bersyukur kerana walaupun mereka bertegang urat selama dua minggu itu, suaminya tetap memaksa mereka berjemaah.

Hana Aishah menyalami tangan suaminya sebelum dahinya dikucup lama. Seperti sebelum - sebelum ini , suaminya akan membacakan doa sebelum menghembuskan di ubun - ubunnya.

Penat semalam mula menyerang tubuhnya. Hana Aishah menaburkan telekungnya di atas sejadah sebelum membaringkan dirinya di atas cadar yang telah ditukar Fakhrul sewaktu dia mandi tadi.

“Penatnya dia” Fakhrul membaringkan dirinya di sebelah Hana Aishah yang sudah berbaring meniarap di atas tilam empuk itu.

Dia melipat telekung Hana Aishah sebelum menanggalkan pakaian sembahyangnya. Melihat Hana Aishah yang memakai legging dan baju T-shirt Fakhrul yang kelihatan besar di badan isterinya itu menaikkan segala rasa bahagia dalam dirinya subuh itu.

“Emmm” mendengar balasan isterinya yang masih meniarap itu membuatkannya tertawa halus.

Perlahan - lahan dia menelentangkan Hana Aishah sebelum menarik Hana Aishah ke dalam pelukannya. Kepala Hana Aishah dibaringkan di atas dada kiri Fakhrul manakala tangan dan kakinya memeluk suaminya erat.

“Ngantuk” Hana Aishah merengek manja sebelum badannya digosokkan ke badan Fakhrul yang hanya berbalut boxer sahaja. Fakhrul menelan air liur memandang muka isterinya yang kuyu dengan mata yang terpejam rapat.

“Sayang. Don’t rub yourself on me if you want to sleep” Fakhrul menahan rasa melihat bahu Hana Aishah yang terdedah. Keadaan Hana Aishah yang menempelkan dadanya yang hanya dibaluti kain fabrik kapas tanpa baju dalam itu lansung tidak membantu kehendaknya.

“Hmmmm” suara - suara yang keluar daripada mulut Hana Aishah juga tidak membantu lansung dirinya.

“Asyik 3rd base je, when will we get to home run ni” Hana Aishah mencelikkan matanya memandang ke arah Fakhrul yang tersenyum mengusik memandangnya.

“When. You. Don’t. Piss. Me. Off” selepas setiap perkataan itu , satu kucupan di hadiahkan Hana Aishah di dada bidang suaminya itu.

“God you’re so sexy when you’re sleepy. That’s when I get to see the real you” Fakhrul menarik Hana Aishah ke atas supaya wajah mereka separas sebelum bibir Hana Aishah dikucup lama. Bibir yang memang sudah sedia bengkak kerana projek Fakhrul malam tadi menjadi sangat sensitif pagi itu.

“Yooouuu .. ” Fakhrul memandang ke arah Hana Aishah yang sudah memandang dengan wajah penuh pengharapan.

“You want something” Fakhrul tersenyum simpul sebelum hidungnya dipicit lembut Fakhrul. Muka Hana Aishah dikerutkan apabila lelaki itu memicit hidungnya.

“Janganlah picit hidung Aishah” suara manja Hana Aishah merengek itu membuatkan debaran di dada lelaki itu kembali.

“Sayang nak apa ni?” tangannya sudah merayap keseluruh tubuh Hana Aishah.

“Nak mintak satu je” suara manja Hana Aishah meminta sebelum tangannya mengusap ngusap dada suaminya yang berbulu halus itu.

“Hmmmm” tangan Fakhrul yang tidak boleh duduk diam itu dipegang Hana Aishah sebelum dibawanya kemulut. Dia mencium tangan lelaki itu sambil memandang penuh makna.

“Aishah nak mintak izin” Fakhrul menanti bicara seterusnya daripada bibir nipis isterinya yang sudah merah menyala itu.

“I want to go to Johor” Hana Aishah memandang ke arah Fakhrul penuh pengertian. Mata Fakhrul menenung ke dalam anak mata coklat pekat isterinya.

“Ok” terbeliak biji mata Hana Aishah mendengar jawapan suaminya. Dia bayangkan mereka akan bertengkar kembali hari ini tetapi sangkaannya meleset.

“You biar betul?” Hana Aishah terus mendudukkan dirinya di atas katil.

Fakhrul menyandarkan dirinya di kepala katil yang berkusyen lembut itu. Dia menarik Hana Aishah untuk duduk di atasnya dan memelukkan kaki jinjang isterinya di sekeliling pinggang Fakhrul.

“Mmmhmmm” Fakhrul menganggukkan kepalanya sebelum tangannya mula masuk disebalik baju T-shirt yang dipakai Hana Aishah.

Mulut Hana Aishah yang terlopong memandangnya itu lansung tidak diendahkan , tangannya terus berkerja. Sepasang tangan yang suam itu naik sehingga ke pangkal payudara Hana Aishah dan bermain di sana sambil mulut Fakhrul sudah memulakan penerokaan di leher yang penuh dengan cop mohor Fakhrul.

“You’re being serious right? Don’t play with my feelings” senyuman lebar Hana Aishah sudah sampai ke telinga. Lama juga lelaki itu ambil masa untuk menjawab tetapi mendengar jawapan suaminya itu , terus putus segala kebahagiaan Hana Aishah.

“Yup. We’re going to Johor” anak mata hitam Fakhrul kelihatan semakin pekat. Hana Aishah tahu lelaki itu mahukannya kerana itu anak mata suaminya itu makin memekat warnanya.

“Tak. I nak pegi sorang. I need to ... emmm .... emm” Hana Aishah tidak tahu bagaimana mahu mencipta alasan.

“I know what’s going on and I’m not letting you go alone. Remember what I said yesterday. We’ll go thru everything together” muka Fakhrul tenang memandang muka Hana Aishah yang kelihatan pucat.

“Maa..macam mana ... emm... you ...you tahu ?” Hana Aishah ketakutan di saat itu.

“I was there throughout your whole conversation yesterday. Abang connect the dot” Fakhrul mengikat kembali rambut isterinya yang panjang mengurai itu menjadi sanggul. Hana Aishah sudah tertunduk diam dengan kedua - dua kaki jinjang itu masih memeluk pinggang suaminya.

“Sayang. Whats wrong?” Fakhrul melihat tangan Hana Aishah yang digenggam erat di perutnya.

“You.. you ... you jangan bagi tahu anyone. Please” air mata Hana Aishah gugur lagi pagi itu. Fakhrul mengesat air mata Hana Aishah sebelum mengucup bibir yang sedang bergetar itu lembut.

“I love you ok” Fakhrul merenung ke dalam mata Hana Aishah yang sarat dengan kekecewaan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience