Chapter 66

Romance Completed 625623

Selamat Hari Merdeka yang Ke 63 .

————————————-


“Abang. Aishah ada buat salah apa - apa ke? Abang macam marah dengan Aishah je” perlahan- lahan Hana Aishah memulakan bicara.

Tadi usai suaminya mandi dan bersolat lelaki itu menjamah sedikit sahaja makanan yang dia disediakan. Bertungkus lumus dia menyediakan tom yam untuk lelaki itu tetapi tidak sampai separuh pinggan pun dijamah.

Selepas itu , suaminya terus duduk bertapa di hadapan TV 24 inci yang dibelinya. Dia takut mahu menegur tetapi dia menjadi semakin tidak keruan apabila sudah sampai beberapa jam suaminya tidak mahu menegurnya. Dia memegang tangan suaminya. Air matanya ditahan supaya tidak mengalir kerana dia tahu betapa lelaki itu benci melihat air matanya.

“Aishah mintak maaf kalau Aishah sakitkan hati abang” Hana Aishah mengucup tangan itu. Fakhrul hanya diam membeku meneruskan tontonannya.

Lama Hana Aishah menanti suaminya menonton perlawanan bola sepak. Matanya ditahan. Dia tidak mahu mereka bergaduh lagi. Baru sahaja dia meletakkan harapan hubungan mereka akan kembali pulih.

Fakhrul yang sedang menghalakan pandangannya ke arah TV itu mengalihkan pandangannya merenung ke arah isterinya yang sudah terlelap itu. Semenjak tadi hanya fizikalnya sedang fokus pada televisyen itu tetapi hakikatnya mindanya kusut memikirkan wanita yang sengaja tidak endahkan.

Apabila dia sudah pasti pernafasan Hana Aishah sudah bertukar perlahan dan panjang barulah dia berani memalingkan mukanya. Kepala Hana Aishah sudah terlentok di tepi sofa itu. Tanpa dia dapat menahan , senyuman terukir di bibirnya melihat bibir dan mata yang tidak akan tertutup penuh kalau isterinya itu tidur.

Perlawanan bola sepak itu lansung tidak menarik perhatiannya semenjak tadi. Rindunya untuk menatap wajah itu Tuhan sahaja yang tahu. Tetapi kenapa setiap kali rasa rindu dan cinta itu mengasak jiwa , setiap kali itu gambar - gambar itu bermain seperti radio rosak di mindanya.

Fakhrul memejamkan matanya rapat. Cuba membuang segala bayangan ngeri itu pergi. Kenapa sukar sangat untuk dia mempercayai wanita itu? Kalaupun betul perkara itu sudah lepas kan. Sekarang perempuan ini hak mutlaknya. Wajarkah dia memaafkan perbuatan isterinya ini?

“Why did you hurt me like this? I love you so much that I cant even throw you out off my life” bisik Fakhrul sendiri di kala dengkuran halus isterinya kedengaran.

Matanya terpaku melihat pergerakan di abdomen isterinya yang sudah membesar. Fakhrul dapat melihat kerutan di wajah Hana Aishah saat abdomen isterinya itu berombak - ombak.

Perasaan bahagia yang sudah lama tidak berkunjung mula menapak kembali. Tangannya teragak - agak untuk memegang abdomen isterinya yang pernah menjadi tempat kegemarannya beberapa bulan lepas.

“Don’t move too much. Umi is sleeping” saat kata - kata itu meluncur di bibirnya , Fakhrul dapat merasakan tubir matanya hangat.

Kenapa cinta itu mesti menyakitkan? Kenapa wanita yang paling dia cintai harus menyakitkan hatinya sebegini? Apa beza Hana Aishah dan perempuan itu? Kedua - duanya mengkhianati cintanya.

Fakhrul bangkit daripada pembangunannya. Televisyen dimatikan. Badannya dibongkokkan sedikit sebelum tangan kanannya menyeluk ke bawah leher isterinya dan tangan kirinya diletakkan di bawah paha isterinya. Dengan mudah badan yang sedang tidur kepenatan itu dikendongnya.

Dia membaringkan Hana Aishah dengan berhati - hati di atas katil. Hana Aishah yang sudah tidur mati tanpa sedar menghadiahkan segaris senyuman dalam tidurnya kepada Fakhrul. Lama Fakhrul merenung sepasang bibir nipis yang dia rindui itu. Bibir yang sama disakitinya berkali - kali kerana marah. Kepalanya kusut kembali.

Fakhrul melangkah kembali ke ruang tamu untuk menutup semua lampu sebelum kakinya kembali ke bilik. Hana Aishah sudah bertukar ke posisi mengiring , tetapi yang membuatkan dia tergamam saat melihat sepasang bajunya yang sudah disarungkan pada bantal mengandung yang dipeluk isterinya erat. Rindu sangatkah wanita itu dengannya?

Nafas berat dihelakan sebelum kakinya melangkah menuju ke katil kayu yang antik itu. Perlahan - lahan bantal itu ditarik. Dia dapat melihat kerutan di wajah Hana Aishah. Nafasnya berdegup kencang saat melihat bibir isterinya yang dimuncungkan tanda tidak berpuas hati.

“Don’t pout. Abang geram tengok” kata - katanya setiap kali isterinya memuncungkan mulutnya tanda tidak berpuas hati bermain dimindanya.

Untuk malam itu Fakhrul menolak segala amarahnya. Hana Aishah tidur beralaskan dada suaminya. Kaki dan tangannya tanpa sedar memeluk erat suaminya. Untuk pertama kalinya semenjak 3 bulan lepas tidur mereka lena di dalam dakapan insan yang masing - masing rindui.

“I love you so much Hana Aishah but you hurt me too bad this time” ubun - ubun isterinya dikucup lama. Segala kesakitan Fakhrul hilang saat tempat kegemarannya itu dikucup. Rindu yang sarat membawa malam itu pergi.

*********************************


“Abang nak stay berapa lama?” Hana Aishah yang sedang menjamah sarapan bersama suaminya pagi itu bertanya.

“Why ? Ada jantan lain nak datang teman ke?” terhenti terus suapan Hana Aishah saat mendengar perlian selamba suaminya.

Pagi tadi saat dia bangun tidur , tubuhnya terasa segar buat pertama kalinya. Sudah lama dia tidak tidur senyenyak itu. Puncanya adalah tubuh lelaki itu yang sedang memeluknya erat.

Saat matanya merenung wajah suaminya yang sedang tidur itu , bebanan rindu yang ditanggungnya hilang. Lama Hana Aishah merenung wajah yang kelihatan tenang itu. Tiada amarah yang ditunjukkan. Dia tidak mahu saat itu pergi.

Subuh itu , dia solat berimamkan suaminya. Selepas tiga bulan solatnya tanpa imam yang satu ini, akhirnya Tuhan memakbulkan doanya.

Saat dahinya dikucup air mata yang ditahan Hana Aishah gugur. Jika sebelum ini saat - saat seperti itu tidak diambil peduli olehnya , selepas kejadian hari itu dia tahu betapa mahalnya untuk mengapai satu saat indah bersama lelaki itu tanpa diherdik dan dicaci.

“Bukan. I’m sorry. Aishah tak ... emm I didn’t mean it like that. Abang kan tak bawak baju so we need to shop for your clothes ” tergagap - gagap Hana Aishah menerangkan.

Muka beku suaminya tidak dapat dia baca. Hana Aishah gusar sekiranya dia merosakkan momen indah pagi tadi. Fakhrul hanya diam membisu meneruskan pemakanannya tanpa mengendahkan Hana Aishah yang sudah berhenti makan itu.

“Aishah mintak maaf. Abang jangan marah ye” semenjak kebelakangan ini itulah karakter Hana Aishah. Kerjanya hanya merayu. Merayu untuk disayangi , merayu untuk difahami , merayu untuk didengari dan merayu untuk tidak disakiti lagi.

Dia masih memandang suaminya mengharapkan balasan. Lelaki itu hanya meneruskan permakanannya seperti biasa. Usai makan , Fakhrul mengangkat punggungnya. Dia mengangkat pinggan makannya untuk menuju ke dapur.

“Its ok Abang. I’ll clean up. You go and rest” laju Hana Aishah menghalang. Dia cuba mengambil pinggan makanan suaminya tetapi renungan lelaki itu mematikan niatnya.

“Finish your breakfast. We’ll go out in 30 minutes time” punggungnya yang diangkat dilabuhkan semula saat mendengar arahan lelaki itu.

“He cares. He still cares” hati Hana Aishah berbunga riang. Nasi goreng yang dimasaknya pagi itu kembali dijamah. Perutnya mudah menerima makanan sekiranya hatinya tenang.

“We’re going out today Adam” Fakhrul yang mendengar ayat isterinya itu terhenti daripada membasuh pinggan. Terkejut dia mendengar ayat yang melintasi bibir isterinya itu.

“Adam” hatinya berbisik. Mimpi dua malam lepas kembali.

*********************************

“Kita pergi AEON KB tau abang. They got more brands there. Tapi Aishah tak sure la your usual one got or not there” selepas setengah jam masing - masing membisu barulah Hana Aishah memulakan bicara.

Sampai bila mereka mahu begini dia pun tidak tahu. Dia penat tetapi untuk meninggalkan lelaki itu dia tidak mampu. Oleh itu satu sahaja jalan, dia berusaha setakat mampu dan berdoa. Kalau betul jodoh mereka panjang , dia redha kalau tidak dia perlu mencari jalan untuk kuat demi anak - anaknya.

“Sounds like you are having a good time here” selepas beberapa minit suara Fakhrul kedengaran.

“Alhamdulillah abang. I’m adjusting better than I thought” senyuman terukir di bibir Hana Aishah. Dia memandang ke arah wajah suaminya. Kalau sebelum ini dia sudah boleh membaca emosi suaminya daripada raut muka lelaki itu , sekarang raut itu sudah kembali ke asalnya. Beku tanpa reaksi.

“Have you submit your transfer application?” Hana Aishah terdiam sejenak.

“Emm not yet” perlahan suara Hana Aishah kedengaran. Mereka tidak pernah berbincang tentang pertukaran Hana Aishah. Dia masih ingat lagi reaksi lelaki itu apabila Hana Aishah memberitahu yang dia akan berpindah ke Kelantan.

**********************************


“I have no reason to stay here anymore” Hana Aishah mengesat air matanya yang masih mengalir.

Matanya masih merenung ke arah Kapten Azam mengharapkan segala ini hanya mimpi. Mengharapkan renungan penuh cinta daripada Kapten Azam. Tetapi detik berlalu , sepasang mata tua itu lansung tidak mahu memandang ke arahnya.

“Adik pergi. Everyone will be happy when I’m gone” Hana Aishah menahan sebak saat kata - kata itu meluncur di bibirnya. Air matanya di tahan. Telapak tangan kanannya diletakkan di tempat dikediaman anaknya cuba mengumpul kekuatan.

“Hana cakap apa ni?” suara Fakhih kedengaran risau.

“Sini bukan tempat Hana Along. I’m not welcomed here. I’m trying so hard to stay tapi Hana tak mampu dah. Kesian baby Hana” kata - kata itu meluncur laju daripada bibir Hana Aishah yang bergetar itu.

“Angah what the hell is wrong with you? Macam itu je Angah nak percaya gambar - gambar itu. Waktu nak kawin hari itu bukan main lagi beria sampai dah tak fikir perasaan orang lain. Awak fikir diri awak je Angah” suara Fakhih sudah meninggi memarahi adiknya seorang itu. Kali ini lelaki itu sudah melampaui batas.

“For once Angah , kesianlah dekat anak yang tengah membesar itu. Kalaupun dah tak kesian dekat isteri awak yang sentiasa ikut terlunjuk awak to satisfy you” Fakhih menepuk bahu Fakhrul yang sedang duduk di jendela rumah itu perlahan.

Diam tanpa bicara. Hana Aishah tertawa menyindir. Memang dia sudah agak itulah reaksi Fakhrul. Apa yang mahu diterkejutkan. Hanya kerana kepingan gambar itu terus hilang segala cinta yang pernah lelaki itu taburkan kepadanya.

“Hana tak nak anyone fight because of me. Allah have answered my prayers Along” Hana Aishah memandang ke arah Fakhih. Mata lelaki itu memandangnya simpati.

Kaki Hana Aishah melangkah menuju ke suaminya. Tubuh suaminya yang membelakanginya itu dipandang sayu. Hana Aishah menarik nafas panjang cuba mengumpul sisa kekuatan yang ada. Dia memegang meja kayu di sisi jendela itu sebelum dia duduk bersimpuh di kaki lelaki itu. Wajahnya ditundukkan.

“Aishah mintak maaf sebab dah lukakan hati abang. Aishah janji Aishah tak akan lukakan hati abang and I did. Aishah mintak maaf Aishah kena break my promise to you. Aishah janji Aishah tak akan tinggalkan abang sekalipun abang seret Aishah daripada hidup Abang. Tapi ...” air mata yang ditahan gugur jua.

“Aishah tak kuat. You’re right , I’m not strong. You said it multiple times when I was your houseman and you have finally proved yourself right once again” tangannya memegang kaki kanan suaminya.

“Aishah kena pergi. You are hurting. So am I. Me being here is going to hurt you more. Jadi Aishah pergi. Abang cari bahagia abang. Aishah tak mampu beri bahagia itu untuk Abang. I’m sorry I failed you” sejurus ayat itu meniti di bibir Hana Aishah , Fakhrul menarik kasar kakinya sehingga Hana Aishah hampir tersungkur. Tidak sampai beberapa minit , bunyi pintu hadapan di hempas kuat diikuti bunyi deruan enjin kereta BMW itu.

“No Fakhrul. You don’t love her as much as she loves you” hati Fakhih berbisik di senja itu. Fakhih yang melihat adegan itu dapat merasakan tubir matanya yang hangat.


**********************************


Hana Aishah sudah duduk di sofa yang disediakan di kedai Polo itu. Masuk ini sudah empat kedai mereka pergi. Jujurnya pinggannya sudah mulai sakit. Kakinya sudah mulai membengkak. Perutnya jangan dicakap tahap kelaparannya. Semakin usia kandungannya meningkat , tubuhnya semakin cepat penat dan perutnya perlu diisi selalu.

Hana Aishah duduk bersama - sama beberapa beg di tangannya. Dia merenung ke arah suaminya yang sedang melihat bahagian seluar slack. Muka serius suaminya itu direnung.

Selepas kejadian di rumah mereka itu , lelaki itu tidak pulang selama hampir seminggu. Tiada perkhabaran lansung. Hana Aishah bimbang sampai tahap dia mahu membuat laporan polis tetapi apabila dia melihat suaminya di dewan bedah beberapa hari selepas itu , terus hatinya kembali tenang.

Tiga minggu yang dia habiskan di rumah di Damansara itu adalah tiga minggu yang paling menyeksakan. Kalau sebelum itu lelaki itu adalah juga bercakap dengannya walaupun kebanyakannya hanyalah herdikan , sekarang hanyalah kebisuan.

Rutin memasak dan mengemas rumah diteruskan Hana Aishah. Sakit menanggung kebisuan lelaki itu rupanya lebih daripada sakit menanggung herdikan sang suami. Tubuhnya sudah tidak lagi disakiti tanpa rela tetapi tiga minggu tanpa sentuhan suaminya membuatkan Hana Aishah separuh gila.

Jujurnya dia sendiri sudah tidak faham dengan dirinya sendiri. Apa lagi yang dia mahu pertahankan? Apa lagi yang tinggal untuknya? Kenapa dia masih mengharapkan sinar bagi rumah tangga mereka? Ke mana pergi Hana Aishah yang sentiasa berkata dia mampu berdiri di atas kakinya sendiri?

“Lets go” satu lagi beg kertas dicampakkan kepadanya.

Hana Aishah yang sedang mengelamun itu terus tersedar. Mukanya ditebalkan saat melihat wajah pelanggan yang turut membeli belah saat melihat kekasaran Fakhrul.

Kakinya dipercepatkan mengikuti Fakhrul dengan beberapa beg kertas di kiri dan kanannya. Dahinya sudah memercik peluh apabila mereka sampai di butik Guess pula. Perutnya sudah mula pedih. Dia bimbang sekiranya muntahnya kembali.

“Abang” Hana Aishah teragak - agak mendekati Fakhrul yang sedang melihat boxer di butik itu. Fakhrul tidak mengendahkannya tetapi dia benar - benar kelaparan.

“Abang lama lagi tak?” Fakhrul masih lagi berdiam diri.

“Aishah nak pergi beli anything to alas perut boleh?” Hana Aishah memandang wajah Fakhrul yang masih tidak mahu melayannya.

“Get this in size M” Fakhrul memberitahu kepada pelayan tadi. Dia menuju pula ke bahagian baju.

“Just for awhile. Bolehkan abang? Aishah belikan untuk abang sekali” Hana Aishah memegang lengan suaminya. Tetapi apabila Fakhrul menjelingnya terus dia menutup mulutnya dan duduk kembali di kerusi yang dijumpainya tadi.

Hampir sejam selepas itu barulah suaminya habis membeli belah. Hana Aishah sudah merasa seram sejuk. Dia benar - benar perlu makan sesuatu saat itu. Dia harap mereka akan menuju ke salah satu kedai makan di situ.

“Abang. The food area is at G” Hana Aishah memaklumkan suaminya terlebih dahulu tetapi saat dia melihat kakinya menuju ke pintu utama itu terus langkahnya diperlahankan. Dia memegang lengan suaminya menggunakan tangan kirinya.

“Aishah kena makan something abang” Hana Aishah memberitahu lelaki yang sedang merenungnya tanpa reaksi itu.

“I want you to cook for me. I dont want to eat outside “ Hana Aishah serba salah tetapi memikirkan anaknya yang sudah kurang bergerak itu semenjak dua jam lepas dia terpaksa berkeras.

“Boleh abang. Balik nanti Aishah masak but now Aishah nak grab some muffin and drinks quickly. Baby dah tak gerak for past 2 hours. Aishah risau” Hana Aishah meminta pemahaman daripada suaminya.

“I’ll wait at the car. 10 minutes” tanpa menunggu jawapan Hana Aishah lelaki itu terus melangkah pergi.

Hana Aishah terdiam sejenak tetapi cepat - cepat melangkah menuju ke cafe terdekat dengan beg yang penuh di tangan kanannya itu.

“Dik. I need something instant. Some muffins or sandwiches and a drink. Take away” nasibnya baik tidak banyak pelanggan di waktu itu. Tidak sampai lima minit , sandwich dan air coklat itu sudah berada di tangannya.

Kakinya melangkah laju menuju ke kereta suaminya. Hana Aishah sempat menghirup air coklat di tangannya. Sampai sahaja di kereta BMW itu , dia sudah tercungap - cungap. Kereta yang diparking di bawah cahaya terik matahari itu membuatkan kepala Hana Aishah bertambah pusing.

Hana Aishah meletakkan makanannya di dalam tempat penumpang sebelum dia menuju ke bonet kereta itu. Dia hanya mencampak beg itu kerana mahu menjamah sandwich yang seperti sedang memanggilnya.

Saat punggungnya dilabuhkan di sofa kulit itu , tubuhnya terasa tenang kerana kedinginan penghawa dingin yang dipasang suaminya. Tangannya terus menggeledah beg kertas yang mengandungi sandwich itu.

“Who told you , you can eat inside my car? “ suara dingin Fakhrul yang semenjak tadi hanya melihat telefonnya itu menyentak Hana Aishah yang baru hendak menggigit roti sandwich itu.

“Aishah tak sempat makan tadi sebab abang kata 10 minutes je” Hana Aishah memandang suaminya memohon pemahaman.

“Get out! You get 5 minutes. Finish it up or get yourself your own ride. I’m not your driver” Fakhrul menjerkah Hana Aishah.

Hana Aishah melangkah keluar. Tembok yang berada di hadapan kereta itu menjadi tempat dia melabuhkan punggungnya. Dalam terik matahari itu , dia cuba menghabiskan makanan yang dibelinya. Hendak cari tempat teduh takut dia membazir masanya. Dia tidak mengendahkan pandangan pengunjung pusat beli belah yang memandangnya. Perutnya perlu diisi.

Sesekali matanya memandang ke arah jam takut dia melebihi masa. Apabila tinggal satu minit sahaja lagi, Hana Aishah dengan berat hatinya membuang air ais coklat yang masih separuh berbaki. Kakinya melangkah masuk semula ke dalam perut kereta itu.

“Dah siap abang. Thank you tunggu” Hana Aishah memandang suaminya memberi segaris senyuman. Lelaki itu seperti selalu hanya diam seribu bahasa sebelum memulakan perjalanan.

“Adam. Assalamualaikum” sekali lagi Fakhrul tersentak apabila nama itu diulangi isterinya. Dia dapat melihat daripada pandangan sisinya. Hana Aishah sedang tersenyum lebar sambil mengusap abdomennya yang nampak jelas di sebalik blaus mengandung bercorak stripe itu.

“Come on nyawa. Move for umi please. Umi miss you Sayang” Hana Aishah memujuk anaknya yang masih tidak mahu bergerak aktif itu.

“Sayang Umi kan? Umi is worried angel. I’m sorry you were hungry. Umi forgot to bring my energy bar” Hana Aishah selalunya ada menyimpan coklat ataupun biskut di dalam beg tangannya. Tetapi mungkin dia tidak perasan dia sudah kehabisan.

“Come on cinta hati Umi” Hana Aishah tertawa riang saat anaknya menendang kuat.

“Alhamdulillah. That my good boy. Anak soleh” Hana Aishah mengusap - ngusap tempat anaknya membesar itu.

Mulutnya berzikir sambil melayan aksi anaknya yang semakin aktif itu. Semenjak masuk trimester kedua , Hana Aishah sering kali mendapat tekanan darah dan gula rendah yang membuatkan dirinya hampir pengsan kerana itu dia sentiasa ada air dan makanan di dalam begnya.

“Adam?” soalan Fakhrul itu menghentikan zikir yang beralun di mulut Hana Aishah itu.

“A’ah. Sedap kan abang? Aishah ingat nak letak nama Adam for our baby boy. Ok kan?” Hana Aishah memandang mesra ke arah suaminya yang sedang tekut memandu itu. Fakhrul kelihatan seperti sedang berfikir. Setiap kali lelaki itu berfikir , mata kanannya akan bergerak - gerak. Satu tabiat suaminya yang dia dapat tangkap setelah hampir setahun mereka berkahwin.

“Boy?” Fakhrul bertanya lagi sepatah.

“Yup abang. See my gut is right kan. At 23 weeks my friend scan kan. Dia kata baby boy. I send those videos and pictures dekat abang kan” Hana Aishah berbicara ceria.

Walaupun tiada balasan untuk setiap pesanan yang dihantarnya tetapi tidak pernah sehari pun dia tidak menghantar. Segala pergerakannya dia meminta izin lelaki itu walaupun tidak pernah ada balasan. Dia ingat lagi pesanan Tok Imam Mustaqim tempoh hari.

“Aishah kelik mano pun kena ghoyak kat Abe. Thabarani meriwayatkan di dalam al-Awsat ‘Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali’ . Jadi mu kena kecek dekat Abe nak kelik mano pun walaupun duduk pisah jauh” semenjak itu Hana Aishah tidak pernah tidak memaklumkan lelaki itu tentang pergerakannya.

“Hmmm” Hana Aishah memerhatikan wajah suaminya lagi. Lelaki itu kelihatan gusar tetapi dia juga tidak pasti.

“Ok kan abang. I want to put Adam. Sama dengan Aishah. Tapi I haven’t find any suitable name start with an F. Nak sama dengan abang. Abang ada suggestion ?“ Hana Aishah mahu meneruskan perbualan mereka. Fakhrul masih berdiam diri.

“Ke Tengku Adam je dah panjang?” Hana Aishah berbicara sendiri. Dahinya berkerut berfikir.

“Tapi Aishah nak la maintain the F itu. So for boys it’ll be A and F as initial. Nanti baby girl kita pula i want Hana with a F to go with” Hana Aishah sudah membayangkan bakal anak - anak mereka nanti. Perasaan teruja untuk membina sebuah keluarga sempurna untuk suaminya itu membuak - buak apabila mengetahui tentang kehidupan zaman kecil suaminya yang dipenuhi dengan duka itu.

“Adam Fariz . Tapi macam common sangat kan. Adam Faiz lagi common. Alaa peninglah. Nanti abang lah fikir ok” Hana Aishah memeluk lengan kiri suaminya. Kepalanya dibaringkan di situ. Matanya melihat lampu isyarat merah itu. Nafas kelegaan dihelanya.

“I don’t give a damn what name you want to put for that bastard because that’s not mine. And don’t even imagine that bastard is going to carry my family legacy on his name” terlepas terus pegangan Hana Aishah saat kata - kata itu meluncur tenang di bibir suaminya. Dia memandang Fakhrul tidak bekedip. Air mata yang ditahan daripada semalam gugur jua.

“Astaghfirullahal azim. Astaghfirullah. Nauzubillah “ kata - kata itu berulang kali dilafaznya. Dalam sekelip mata , hatinya yang baru dijahit sedikit demi sedikit itu dirobek kembali.

Esakan Hana Aishah menampar gegendang telinga Fakhrul. Pandangannya dialihkan ke arah Hana Aishah yang sudah memalingkan tubuhnya melihat ke luar jendela. Hutan rimba yang menghijau direnung wanita itu.

“Why does it hurt? She’s suppose to be the only one crying but why my heart is crying with her too? Kau yang sakit. Aku tak! Arghhh” hati Fakhrul menjerit kuat saat pedih dihatinya bertimpa - timpa apabila esakan kecil isterinya masih kedengaran.

“Shut up!” Fakhrul menjerit sekuat hati sambil menumbuk stereng keretanya. Hana Aishah tersentak tetapi untuk memandang wajah lelaki itu dia belum mampu.

“Ya Allah. Aku tak kuat” hati Hana Aishah merintih pilu. Dia menutup mulutnya melindungi esakannya daripada menaikkan amarah lelaki itu lagi.

***********************************


“Uwek. Uwek” Fakhrul sedang menonton TV saat bunyi itu datang daripada arah bilik. Kakinya laju berdiri mahu melangkah pergi tetapi sebelum sempat dia melangkah , sakit hatinya pada sang isterinya kembali diingatkan oleh syaitan pemusnah rumah tangga.

Sesampai mereka di rumah tadi , Hana Aishah terus bergegas turun. Dia mengambil beg - beg hasil belian suaminya. Dia melangkah masuk meninggalkan Fakhrul tanpa bicara. Fakhrul berteleku lama di dalam keretanya. Menghilangkan perasaan bersalah yang menjengah hatinya.

Daripada tadi dia hanya duduk di hadapan TV manakala Hana Aishah memulakan tugasannya. Baju Fakhrul direndam sementara dia hendak menyediakan barang - barang masakan.

Tangannya lincah memotong bahan - bahan masakan. Mulutnya tidak habis - habis berzikir memohon kekuatan untuk tidak menangisi kejadian tadi. Cuba menghalau syaitan yang cuba menghasutnya untuk berbalah dengan lelaki itu.

Usai dia meletakkan lauk kari daging di atas dapur untuk menggelegak, kakinya terus bergerak kembali ke pakaian suaminya yang berendam itu. Pakaian itu dimasukkan ke dalam mesin basuh sebelum dibiarkan. Beberapa kali dia berulang alik daripada dapur ke kawasan belakang rumahnya untuk menyelesaikan tugasannya.

Selepas hampir dua jam , lauk tengah hari suaminya siap terhidang manakala baju - baju lelaki itu sudah siap dijemurnya. Diwaktu dia menghidangkan makanan itu barulah dia sempat melayan rasa pedih di ulu hatinya. Rasa loya yang sejak tadi berkunjung tidak diendahkan kerana sibuk menguruskan kelengkapan lelaki itu kembali mengasak.

“Abang. Aishah dah siap masak. Abang makan dulu ye. Aishah nak solat zohor. Dah nak habis waktu” Hana Aishah menjemput lelaki itu lembut. Apabila tiada balasan , kakinya melangkah pergi kerana kepala sudah mulai pusing dengan peluh - peluh jantan yang hinggap di dahinya.

Lama Fakhrul berdiri , berkira mahu pergi membantu isterinya. Hana Aishah paling sensitif sekiranya wanita itu muntah. Tambah pulak apabila sudah berbadan dua. Selalunya dia akan memujuk isterinya sehingga tertidur dan membersihkan segalanya. Tapi , layakkah wanita itu menerima layanan seperti dahulu ?

Seperti yang Fakhrul jangka , esakan halus Hana kedengaran. Dia menggenggam tangannya kuat.

“Don’t go. She didn’t deserve your love. Remember what she did. She didn’t love you” syaitan mula membisikkan kata - kata fitah. Satu lagi rumah tangga anak Adam akan diporak perandakan.

Fakhrul memejamkan matanya kuat. Gambar Hana Aishah di atas katil dengan Aiman bermain di mindanya. Wajah mereka menertawakannya berulang - ulang seperti radio rosak. Akhirnya dia kalah dengan hasutan iblis dan melangkah menuju ke keretanya. Meninggal isteri dan anak yang memerlukannya.

“I hate you. I hate you” kata - kata itu berulang kali diulang Fakhrul sambil dia memandu laju. Dengan harapan mampu memadamkan cinta yang sudah bersemi di dalam hatinya.

***********************************

Hana Aishah sudah menggelisah di atas sofa di ruang tamu itu. Usai dia membersihkan dirinya selepas meluahkan segala isi perutnya , dia menunaikan solat zohor.

Saat dia melangkah menuju ke ruang makan. Makanan yang tidak bertutup itu tidak berusik. Nasi yang dia senduk itu sudah sejuk.

Matanya melilau mencari lelaki itu tetapi tidak dijumpainya. Saat dia melihat kereta BMW suaminya yang sudah tiada di tempat letak kereta itu , hatinya terus luluh.

Jam sudah menunjukkan pukul 8 malam. Hatinya gusar. Dia takut lelaki itu pergi meninggalkannya lagi. Lelaki itu marah tentang kejadian siang tadi ke? Air matanya yang mengalir dikesat laju. Tangannya menekan butang dail sekali lagi. Tiada jawapan.

Saat berganti waktu , suaminya masih belum muncul. Sudahlah kawasan ini lelaki itu tidak mahir lagi jalannya. Tiba - tiba lampu kereta menyuluh melalui jendela. Hana Aishah terus bangun dan melangkah laju menuju ke pintu rumah itu. Segala kerisauannya hilang saat melihat tubuhnya suaminya.

Muka kusut Fakhrul dipandang Hana Aishah. Mata lelaki itu merah. Fakhrul lansung tidak memandangnya. Lelaki itu meluru masuk melepasi Hana Aishah yang berdiri di muka pintu dengan muka sembap.

Dia takut mahu menegur suaminya , oleh itu dia hanya membuntuti lelaki itu. Hana Aishah memandang sahaja saat pakaiannya lelaki itu ditanggal. Tuala disarungkan menggantikan pakaiannya. Kaki lelaki itu melangkah menuju ke bilik air tanpa mengendahkan Hana Aishah.

Hana Aishah duduk di birai katil. Telekung yang dipakainya ditanggal. Pakaian suaminya diletakkan di atas katil. Tadi sementara menunggu suaminya , dia sempat menggosok semua baju lelaki itu. Tabiat suaminya , pakaiannya hendaklah semua bergosok.

Hana Aishah menggenggam erat tangannya. Dia bimbang lelaki itu akan pergi lagi sekiranya dia tersalah langkah. Tetapi dengan berdiam diri hatinya runsing. Semenjak hari semalam dia dapat melihat wajah lelaki itu yang muram. Hana Aishah tahu pasti sesuatu berlaku yang membuatkan suaminya kemari.

“Abang tak makan lagi. Aishah panaskan lauk. Abang makanlah , nanti perut masuk angin” Hana Aishah memujuk lembut suaminya yang sedang menyarungkan seluar pijama dan T-shirt lengan pendek berjenama Guess itu.

Fakhrul menganggukkan sedikit kepalanya sebelum mengambil sejadah.

“Abang solat dulu. I’ll get everything ready” Hana Aishah bersuara ceria sebelum melangkah menuju ke dapur.

Hatinya sedikit tenang saat melihat suaminya makan lauk yang dimasaknya dengan berselera. Setelah sebulan lebih akhirnya dia dapat melihat suaminya makan dengan berselera. Tetapi mata lelaki itu , seperti menanggung sesuatu.

“More” Hana Aishah menyendukkan nasi ke dalam pinggan suaminya saat mendengar sepatah kata itu.

*******************************


“Abang” Hana Aishah memulakan bicaranya. Dia mengurut kaki suaminya. Waktu dulu setiap kali suaminya minta untuk diurut ada sahaja alasannya mengelak. Tetapi sekarang tanpa dipinta pun dia sanggup melakukannya.

“Aishah risau tengok abang. Is there something bothering you?” Hana Aishah meneruskan urutannya sambil memandang ke arah Fakhrul yang sedang duduk bersandar di kepala katil itu. Lengan kanannya diletakkan di atas dahinya. Mata lelaki itu terpejam rapat.

“Kalau Aishah yang makes you upset , Aishah mintak maaf” Hana Aishah menyambung dengan berhati - hati.

“If there is something else , abang sharelah dengan Aishah” Fakhrul berkeadaan seperti itu. Hana Aishah melihat wajah yang beku itu.

“Did you do it?” pergerakan tangan Hana Aishah terhenti saat kata - kata itu meluncur di bibir lelaki itu. Tubir matanya terasa hangat. Itulah soalan yang dia mahukan. Tiada siapa bertanya, semua hanya menuduh.

“Open you eyes” Fakhrul membuka kelopak matanya suara Hana Aishah yang sebak itu meminta. Fakhrul melihat wajah yang dia cintai itu sedang merenungnya tanpa sedikit pun kurang rasa cintanya.

“Aishah cinta Fakhrul. Aishah tak pernah cintakan mana - mana lelaki selain abang. I will never want to hurt you. At least not like this” suara Hana Aishah memberitahu penuh keyakinan.

“I hate seeing you in pain. I want you to be happy all the time. This lips that I’ve learn to love because of the smiles thats only been dedicated to me. This eyes that only know how show coldness, make my heart tremble when you look only me with so much love in it. Hana Aishah nak Tengku Fakhrul dia balik. Tolong abang” terketar - ketar bibir Hana Aishah berbicara. Fakhrul merenung isterinya, kelu tanpa bicara.

“Aishah nak bagi abang a family because of the childhood that you missed. Aishah nak abang experience that with our babies. Ini anak kita abang” Hana Aishah menarik kedua - dua telapak tangan suaminya sebelum diletakkan di atas rahimnya.

“This is how he is when he listen to the recording of your voice. Abang sayang Adam more than Aishah. You still do” Fakhrul menelan air liurnya saat anak mereka bergerak aktif.

“We miss you Abang. Aishah rindu suami Aishah. Adam rindu Baba dia” air mata yang ditahannya gugur jua.

Fakhrul merenung mata isterinya lama. Mencari kebenaran di balik bait - bait kata itu. Cuba mengorek penipuan yang mungkin disembunyikan. Tetapi yang di ketemu hanyalah cinta. Cinta yang dia dambakan semenjak mereka berkahwin tetapi hanya dapat dilihatnya sekarang. Kenapa sekarang apabila segalanya telah musnah?

Tangan Fakhrul diangkat , jari meniti bibir Hana Aishah yang bergetar menahan tangisan. Kemudian tidak sampai beberapa saat jari kasar itu digantikan dengan bibirnya. Esakan Hana Aishah semakin kuat.

“Aishah rindu Abang” Hana Aishah menarik bibirnya. Dia merenung ke dalam anak mata hitam yang kelihatan gusar itu.

“Hilanglah. Aku benci bila dia insecure. I want my self sufficient lover back” hati Hana Aishah menjerit pilu.

Saat tubuhnya dibaringkan , Hana Aishah membiarkan sahaja. Malam itu untuk pertama kalinya dalam beberapa bulan ini yang menidurinya adalah suaminya. Bukan lelaki bertopengkan syaitan yang menodainya tanpa rela.

“I love you so much” kalau dahulu kata - kata cinta itu hanyalah daripada Fakhrul , saat ini situasi telah berubah. Hanya Hana Aishah yang meluahkan rasa dalam melayari malam cinta mereka.

“Sayang” saat kata - kata itu meluncur di bibir suaminya, Hana Aishah memandang Fakhrul yang sedang menindihnya itu pegun. Air mata yang bertakung di kelopak mata suaminya menanggung seribu derita.

“I’m so sorry you’re in so much pain” Hana Aishah memeluk tengkuk suaminya merapati sebelum bibir mereka bersatu. Tubuh Fakhrul bergerak ligat di atas tubuhnya tetapi malam itu bukan kerana nafsu dan amarah. Kerana rindu yang sarat , kerana cinta dan kepercayaan.

Fakhrul merenung tubuh Hana Aishah yang memeluknya erat. Tubuh yang sedang berselimut sehingga paras dada itu mendedahkan bahu isterinya. Tangan Fakhrul secara automatik turun mengusap kesan - kesan yang ditinggalkannya.

“She said she didn’t do it” hatinya berkata - kata. Tetapi dalam masa yang sama kata - kata pegawai risikan rahsianya kembali bermain di mindanya.

*********************************


“I’ve checked the pictures and videos. So far as you come to me very last minute , its as real as it can get” Simon merupakan warganegara Britain.

Lelaki itu mempunyai sejarah lampau dengan Fakhrul sewaktu Fakhrul menuntut di USA. Dia terhutang budi dengan anak Tan Sri Tengku Fadhil ini oleh kerana itu lelaki itu akan meninggalkan segala tugasannya sekiranya diseru Fakhrul.

Simon melihat wajah bosnya yang kelihatan serabut itu. Seingatnya Fakrul yang dia kenali tidak pernah menunjukkan emosinya. Tadi apabila dia diseru , terus dia meninggalkan tugasannya. Simon berkerja sebagai pengawal peribadi bagi seorang menteri yang merupakan kenalan Fakhrul juga.

“Who’s this girl anyway. I’ll tap that ass also if it was me” Simon bergurau tanpa perasan perubahan yang berlaku pada wajah Fakhrul.

“Any chance its even 1% fake?” Fakhrul masih menaruh harapan.

“I need to dig more but this pictures and videos are real. Why does it bother you. Someone related” Simon bertanya lagi.

“Some bitch who need to be put at her place” mata Fakhrul yang tadi kusut bertukar beku. Simon melihat bosnya sambil menggaru kepalanya yang botak itu.

“Dig about this. I want proof of everything. Understand “ Simon menganggukkan kepalanya apabila mendengar suara lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience