Chapter 72

Romance Completed 625623

Kaki Fakhrul melangkah perlahan ke dalam bilik tidur mereka. Dia memandang sekujur tubuh yang sedang berbaring mengiring menghala ke arah jendela. Tubuh yang baru dia mandikan dan sarung dengan baju tidur kelawar itu tenggelam di sebalik selimut tebal mereka.

Saat kakinya sampai di gigi katil itu , mata kosong Hana Aishah masih memandang ke arah jendela rumah yang dibiarkan terbuka itu. Langit yang terang menandakan matahari sudah tinggi di atas kepala. Hari yang baru untuk mereka tetapi bagi Hana Aishah hari itu tidak pernah berubah.

“Sayang. Look who’s here?” reaksi Hana Aishah sama seperti lima hari lepas. Kosong tanpa perasaan. Mereka semua bingung apa yang sedang bermain dalam minda Hana Aishah.

“Hana” suara yang selalu membuatkan hari Hana Aishah ceria. Suara yang selalu membuatkan Hana Aishah meninggalkan segala kerjanya untuk memeluk erat dengan pemilik suara itu.

Fakhrul mengundurkan dirinya sedikit saat wanita yang dibenarkan untuk melawat Hana Aishah itu menuju ke sebelah Hana Aishah sebelum melabuhkan punggungnya.

“Hana. Mei ni” suara Mei menahan sebak melihat wajah Hana Aishah yang pucat lesi itu. Pipi yang tembam sewaktu kali terakhir mereka berjumpa sebelum Hana Aishah pindah ke Kelantan dan Mei berpindah ke Johor itu kini hanya tinggal tulang.

“I’m so sorry Angel” Mei memeluk tubuh Hana Aishah yang berbaring kaku di atas pembaringan itu. Kejap pelukan Mei memeluk Hana Aishah. Mahu memberi kekuatan untuk sahabat baiknya itu.

“Aiman just told me yesterday. I came here as fast as I could” Mei meluahkan kekesalannya. Dia baru pulang daripada Hong Kong semalam selepas bercuti bersama keluarga mertuanya. Aiman menyembunyikan segalanya sehingga saat dia selamat pulang ke tanah air.

“Hana kan kuat. Hana cannot be like this. Adam wouldn’t want you to be like this. He wants his Umi to be happy even when he’s not around” saat nama Adam di sebut air mata Hana Aishah gugur satu persatu. Itu satu - satunya reaksi yang akan diberikan Hana Aishah. Mei mengesat air mata Hana Aishah yang gugur itu.

Petang itu , Mei menghabiskan masanya dengan Hana Aishah. Dia menyuap bubur nasi ke mulut wanita yang tidak ubah seperti robot itu. Tiada sepatah pun perkataan yang keluar. Pelukan Mei tidak berbalas tetapi segala yang Mei lakukan kepadanya diikutnya.

“Mei sayang Hana. Hana is my strong girl. Mei terpaksa balik Johor. I wish I could stay longer but you know how our job is like right. Mei ... Mei ...” air mata Mei mengalir laju. Sebaknya tidak tertahan saat mahu meninggalkan sahabatnya.

“Answer my call. And just call me if anything. I’ll come to you there and then” lama Mei memeluk tubuh sahabatnya.

“Call me if anything” Mei memandang Tengku Fakhrul dengan mata sembapnya.

Dia mahu berada bersama dengan Hana Aishah saat itu tetapi kekangan kerjanya dan keluarganya menghalangnya untuk berada di sisi sahabatnya. Air matanya tidak berhenti mengalir sepanjang perjalan pulang ke Johor. Jonathan suami Mei sudah penat mahu memujuk.

“She’s not fine. I’m scared she won’t be the same anymore” itulah kata - kata yang Mei asyik ulangi setiap kali suaminya cuba menyedapkan hatinya.

*********************************


Hari ini sudah masuk hari kesepuluh permergian Adam. Rutin Fakhrul seperti biasa. Wajahnya lansung tidak muncul di pejabat. Segala jadual pembedahannya di lakukan Dato’ Karim manakala urusan lain diuruskan Hariz dan teman sejawatnya.

Hari - harinya berlalu perlahan menguruskan Hana Aishah. Seawal jam 6 pagi , Hana Aishah dimandikannya sebelum dia menunaikan solat subuh. Kemudian disuap sarapan ke mulut isterinya.

Hana Aishah lansung tidak mahu keluar daripada bilik mereka. Minggu lepas apabila dia cuba membawa Hana Aishah untuk keluar ke taman bunga di laman rumah banglo itu , wanita itu menangis seperti kena histeria.

Usai dia solat subuh , Fakhrul akan memasak sarapan sebelum menyuap Hana Aishah. Hanya sempat beberapa suap sebelum segala isi perut dikeluarkan semula. Kemudian Hana Aishah akan kembali berbaring dengan mata yang celik memandang ke arah jendela di kamar mereka.

Satu patah perkataan pun tidak keluar daripada bibir yang pucat itu. Fakhrul sudah penat mahu memujuk. Dia tahu Hana Aishah lansung tidak tidur. Kalau pun Hana Aishah terlelap wanita itu akan bangun dan meracau - racau.

“Today someone is coming to visit. Mesti sayang happy” suara Fakhrul ceria memberitahu sambil memakaikan baju dalam isterinya.

Sebaknya di tahan saat melihat air susu yang mengalir daripada bentil susu isterinya. Sudah hampir seminggu dia memberikan Hana Aishah ubat untuk memberhentikan susu tetapi susu wanita itu seperti tidak mahu mengering. Setiap kali dia menukar baju isterinya , basah kuyup bahagian dada wanita itu.

“Today we’ll try another medication to stop the milk. You’ll get mastitis with all this clogged milk” mata Hana Aishah memandang ke dinding di hadapannya tanpa reaksi saat mendengar kata - kata suaminya.

“Done. Lets have our breakfast at the garden today sayang. You’ll feel suffocated being cooped up inside this room” Fakhrul hanya mampu menggelengkan kepalanya saat cadangannya dibalas dengan isterinya membaringkan dirinya di atas katil.

Dia harapkan tetamu mereka hari ini dapat membantu isterinya itu. Hampir setiap hari Sakinah akan datang melawat Hana Aishah selepas habis kerja. Alif Haziq akan muncul di pagi hari dan pulang lewat dini hari. Tetapi sepanjang keberadaan mereka , Hana Aishah tetap diam kaku tanpa reaksi.

Mereka tidak tahu apa yang bermain di minda Hana Aishah saat itu. Tiada reaksi sedih mahupun duka di wajah itu. Wajah itu beku tanpa reaksi. Fakhrul tidak pernah berhadapan dengan sisi isterinya yang sebegini.

“Once Hana is a better Papa will take you away. I’m sorry for all the pain you’re going to. Salah papa. I invite you into this hell hoping that you’ll turn everything better” kata - kata Tan Sri Fadhil semalam menaikkan amarah Fakhrul kembali. Lelaki itu sentiasa mahu masuk campur urusannya.

“Don’t come into my house and try to take away everything” suara Fakhrul sudah naik menengking bapanya yang sedang duduk di birai katil isterinya. Tan Sri Fadhil menggenggam tangan menantu yang sejuk itu. Sesekali mata kosong Hana Aishah berkelip melihat langit yang oren itu.

“I’m not trying. My decision is final. You and her is over” Tan Sri Fadhil tidak terkejut saat mendengar bunyi kaca pecah.

“Get out. Get the hell out of here before I hurt you” Tan Sri Fadhil lansung tidak gentar. Dia mengelus pipi menantunya. Kalau dahulu wanita itulah yang akan menenangkan anaknya yang sedang mengamuk. Kalau dahulu wanita itulah yang akan cuba mengubat luka hatinya apabila Fakhrul kurang ajar dengan mereka suami isteri.

“The only reason I’m not taking her away is because she’s still responding to you. If not , you will never meet your wife till you die. You don’t know me Tengku Fakhrul. Do not test me” ugutan Tan Sri Fadhil menggentarkan Fakhrul.

Semenjak semalam dia tidak boleh tidur bimbang akan ugutan Tan Sri Fadhil. Dia kenal Tan Sri Fadhil siapa. Lelaki itu mampu membuat apa sahaja. Pengaruh dan kuasa lelaki itu kalau nak dibandingkan dengan Fakhrul seperti seekor semut dibandingkan dengan gajah. Fakhrul mampu menyengat tetapi sekiranya Tan Sri Fadhil mengamuk , dia mampu menamatnya segalanya dalam sekelip mata.

“Sampath told me. Somebody use a fake ID to register as both of them at the hotel. I’m nearing to the truth already. Once the truth is out , I’ll make sure Hana Aishah is not here. You’re going to regret it for the rest of your life” itu kata - kata terakhir Tan Sri Fadhil semalam. Tajam renungan bapanya sehingga buat pertama kalinya Fakhrul kelu tidak mampu berbicara.

Setiap hari , Tan Sri Fadhil tanpa lelah datang melawat menantunya. Begitu juga Fakhih. Itu sahaja keluarga yang datang melawat Hana Aishah.

Hana Azuwa sudah tidak datang selepas hari ketiga pemergian Adam kerana bergaduh dengan ibunya. Teacher Basirah memarahi anak sulungnya kerana anak - anaknya dibiarkan di rumah Teacher Basirah untuk menjaga Hana Aishah. Teacher Basirah terpaksa di bawa ke jabatan kecemasan kerana tekanan darahnya naik terlalu tinggi akibat pertengkaran mereka.


**********************************


Hana Aishah melihat burung - burung yang terbang di jendela rumah banglo itu. Sesekali burung - burung itu bertenggek di wayar elektik di luar rumah mereka itu. Saat berlalu tidak dirasai Hana Aishah. Dia tidak tahu apakah perasaan yang dirasainya saat itu.

Kebas. Itu sahaja rasa yang menyelubungi dirinya. Mindanya kosong. Tubuhnya kebas. Segala sakit fizikal atau emosi tidak mampu dihargai saat itu. Seperti hari - hari sebelum ini. Dia tidak tahu mahu memberi reaksi apa saat orang - orang yang dia sayangi datang bercakap dengannya. Suara mereka seperti radio rosak.

Kata - kata simpati. Kata - kata kemaafan. Kata - kata pujukan. Semuanya kedengaran seperti satu karangan yang dibaca tanpa emosi.

Pelukan kejap mereka tidak mahu dia rasai kerana tubuhnya kebas. Seperti ada satu awan gelap yang sentiasa ada. Tidak pernah pergi memberi sinar seperti perubahan siang dan malam yang dia hanya mampu lihat melalui jendela kamar itu.

Dalam mindanya kosong. Tidak memikirkan masalah dirinya dan Fakhrul. Tidak memikirkan tentang masalah dirinya yang dibuang semua yang dia sayangi hanya kerana fitnah yang dipalit kepada dirinya. Dia tidak mampu berfikir saat itu.

Saat tirai matanya dilabuhkan pula , anak mata Adam. Pandangan terakhir anaknya. Merenung ke dalam anak matanya. Pandangan penuh keperitan. Menanggung kesakitan yang tidak mampu Hana Aishah bayangkan saat itu. Darah yang keluar melalui tiub makanan yang mereka masukkan ke tubuh anaknya bermain - main dimatanya.

Kerana itu dia tidak mahu melelapkan matanya. Kerana bayangan itu akan kembali berulang seperti kaset rosak. Wajah anaknya merenungnya meminta dia membantu mengurangkan sakit yang ditanggung tubuh kecil itu.

Dia mahu merangkul tubuh kecil itu. Dia mahu meraung mengeluarkan air matanya. Mungkin dengan cara itu mampu membasuh secebis deritanya. Tetapi air mata itu tidak mahu keluar. Sakit itu tidak mahu hadir. Yang adalah hanya perasaan kebas.

Lamunan Hana Aishah terhenti saat dia dapat merasakan katilnya mendap. Kali itu dia dapat menangkap gerangan yang hadir. Haruman badan itu. Haruman yang dia mahu memeluk tubuhnya akhirnya hadir.

Matanya buat pertama kalinya mata dikalihkan daripada jendela. Dia merenung wajah tua yang sudah menampakkan kedutan itu. Dia merenung tidak berkedip. Pandangan mereka bertaut. Wajah tua yang memandangnya dengan satu perasaan yang tidak dapat dia tafsir.

Tanpa teragak - agak, tangan yang kasar kerana kerja keras wanita itu membesarkannya ditarik ke dalam pelukannya. Matanya dipejam erat sambil memeluk lengan itu. Hatinya masih tiada rasa tetapi buat pertama kalinya , saat dia memejamkan matanya tiada bayangan Adam yang sedang kesakitan.

Tengah hari itu , dia dapat melelapkan matanya buat pertama kalinya sepanjang dua minggu ini. Tidurnya lena tengah hari itu memeluk tangan yang sentiasa memegangnya daripada dia lahir kedunia ini sehinggalah beberapa bulan lepas.

Fakhrul dan bapa mertuanya berdiri di muka pintu memandang perlakuan anak dan ibu itu. Air mata Kapten Azam mengalir akhirnya melihat keadaan anak perempuan yang dia paling tatang itu.

“Salah abah. Abah yang manjakan sangat Hana Aishah. She’s my only girl that I raised up to be responsible for others. I told her to have a big heart that can fit everyone. But I forgot to tell her to keep a place for her in her heart and to take care of herself” Fakhrul kelu tanpa bicara saat mendengar kata - kata sebak bapa mertuanya.


***********************************


Petang itu , Hana Aishah dimandikan ibunya. Air suam itu dituang ke kepalanya sambil tangan ibunya mengurut otot - ototnya yang bersimpul itu. Usai mandi , rambutnya di keringkan sebelum di sanggul tinggi. Stokin di pasang sebelum baju sejuk dipakaikan. Minyak panas disapu di bahagian kaki dan belakang badannya.

Bubur nasi yang dimasak ibunya itu dimakan Hana Aishah. Perlahan - lahan tangan tua itu menyuap anaknya. Mata Hana Aishah memandang ke arah tangannya yang memegang paha ibunya. Semenjak tadi , tangannya sentiasa memegang tubuh ibunya. Kalau tidak tangan tua , paha yang dibaluti jubah itu.

Hari itu , perutnya tidak memuntahkan isi seperti selalu. Hari itu banyak perkara berubah. Matanya tidak hanya memandang jendela. Pandangannya memandang pergerakan ibunya. Tidak pernah lepas.

“Hidup ini tak boleh pentingkan diri sendiri” itulah kata - kata pertama ibunya sepanjang hari itu.

“Baby already submit his resignation letter to the firm. He’s going to quit his bar” Hana Aishah yang menggenggam tangan ibunya semenjak tadi memandang ke arah jendela kembali. Langit sudah mulai gelap menandakan malam yang bakal menjelma. Mulutnya membisu mendengar bicara ibunya.

“Kak Wa haven’t been herself since what happen to you” Teacher Basirah mengeluh berat sebelum meneruskan bicara. Dia turut merenung ke arah jendela.

“Allah is giving you another chance. To fix your life. He still wants you” kata - kata Teacher Basirah melekat di dalam minda Hana Aishah. Satu per satu.

“Me and your abah is old. I don’t want to face anymore trouble. I married you girls off so I can die in peace with your abah. I don’t want to burden my mind with anymore trouble” Teacher Basirah menyambung bicara.

“Now everything is ruin. Baby is quitting to take care of you. Kak Wa is getting distracted with you. Your husband hasn’t been working because of you. I’m very sure your mother in laws are not happy either with your father in law coming everyday to see you” Hana Aishah masih diam membisu. Tadi Teacher Basirah sempat berbual dengan besannya yang datang melawat Hana Aishah. Tan Sri Fadhil meluahkan kerisauannya kepada Teacher Basirah. Lelaki itu memohon maaf atas perbuatan Fakhrul.

“Sakinah’s mom called me few days back. She has been coming back late and getting distracted thinking about you. I don’t like people talking about my family. They must’ve think you’ve gone crazy” Hana Aishah terus membisu.

“This life is not just about you. You’re affecting other people with your attitude” Teacher Basirah memandang wajah anak perempuannya yang masih kosong tanpa rasa itu.

“You’re married already. Take care of your family. Jangan buat perangai macam budak tak cukup umur. At least one problem is gone now. You can build a new life with your husband with a fresh start” suara Teacher Basirah bertukar nada.

“Whatever happen its for the best. Entah apalah jadi if he’s still around. So just build your life back with your husband” suara Teacher Basirah kedengaran lega.

“Aku tak larat nak kutip kau kalau suami kau buang kau. Aku dah tua nak jaga pulak kau sampai bila. Masing - masing dah besar , pandai - pandai jaga diri sendiri” suara itu tidak selembut awal tadi. Nampak kepenatan di sebalik suara itu.

“Bersyukur jelah. Your husband still wants you. Perempuan lain dah kena halau dah agaknya. You need to listen to him. All of this happen because of you” kata - kata ibunya itu masuk ke dalam hatinya tetapi tidak meninggalkan luka seperti sebelum ini.

“Kalau kau tak nak hidup dengan dia , kau pergi bina hidup sendiri. But don’t ruin other people’s life. Don’t be selfish” Hana Aishah melihat burung yang berterbangan mencari jalan pulang.

“I hope you’ll fix this. I won’t come again. I still can’t forgive whatever you did. I had a very high hope on you. I thought you’re going to make me and your abah happy and proud. Tapi kecewa jugak. Aku lagi kecewa dengan kau daripada Hana Aqilah” suara kecewa ibunya menyambung.

“For me , my husband and my maruah is important. Aku tak suka orang pijak - pijak maruah aku dengan abah kau yang kami bina selama ini. You made people look down on me and your abah. I need time to forgive you. But in the mean time, please don’t ruin others life” lama mereka jeda. Masing - masing melihat ke arah langit yang semakin menggelap itu.

Dari kejauhan kedengaran bunyi ayat suci al quran berkumandang. Tidak lama lagi pasti azan Maghrib akan berkumandang. Kata - kata ibunya bermain di dalam minda Hana Aishah. Berulang - ulang kali.

Tubuhnya dibaringkan saat azan Maghrib selesai dilaungkan. Teacher Basirah mengeluh melihat perangai Hana Aishah. Dia menarik gebar menutupi badan anaknya. Dia tidak mahu ke sana tetapi melihat keluarganya yang menjadi tunggang terbalik kerana Hana Aishah dia gagahkan dirinya ke situ.

Hana Aishah tidak tahu bila ibunya pergi pun. Matanya memandang ke arah jendela yang telah dilitupi langsir itu. Matanya berkelip perlahan. Setiap detik yang berlalu , dirasainya. Suaminya menarik langsir tutup. Kata - kata suaminya bercerita. Sakinah yang datang melawat.

Tetapi semua itu tidak bererti. Yang bermain mindanya hanyalah suara Teacher Basirah. Kata - kata yang ditanam ke dalam mindanya. Yang berlegar di hatinya yang kosong tanpa apa - apa perasaan. Matanya tidak tertutup malam itu. Terbuka luas seluas mindanya yang sedang bermain kata - kata ibunya.

Saat jam penggera suaminya berbunyi, Hana Aishah sudah mencapai kata putus. Mata merahnya merenung suaminya yang hanya memakai boxer dengan rambut yang kusut masai itu.

“Sayang ok. You didn’t sleep is it? Your eyes is red” suara serak Fakhrul menarik isterinya duduk. Fakhrul duduk di sebelah Hana Aishah. Wajahnya diraup beberapa kali menghilangkan mengantuk.

Tetapi saat isterinya memeluk lengan kirinya dan membaringkan kepala di bahu Fakhrul , hilang terus mengantuknya. Dia memandang isterinya tidak berkedip. Lidahnya kelu melihat isterinya merenungnya. Walaupun pandangan itu kosong tetapi itu kali pertama Hana Aishah merenungnya selepas kejadian sewaktu hari pengkebumian Adam.

“Aishah masak breakfast today. Abang nak makan apa?” suara Hana Aishah yang Fakhrul rindui itu bertanya lembut. Dada Fakhrul berdebar seperti baru lepas lari maraton.


******************************


“Cha. What the hell is wrong with you?” Hana Aishah yang sedang duduk di lama rumah banglo itu memandang Sakinah yang cantik memakai blaus berwarna putih itu. Hana Aishah merenung rakannya dengan pandangan sayu.

“This is where I belong” itulah jawapan Hana Aishah kepada adiknya, kepada bapa mertua dan abang iparnya.

“Bullshit. Who fed you this shits” suara Sakinah bergema ke segenap rumah banglo itu.

“Nak peluk” Sakinah memandang ke arah Hana Aishah. Dia merenung rakannya itu lama sebelum kakinya melangkah dan merangkul Hana Aishah yang sedang duduk itu. Kepala Hana Aishah dibaringkan diperutnya yang gebu itu. Sakinah mengeluh berat.

“I’m not gonna leave you here Cha. You’re not well. This is not you” Sakinah kenal siapa Hana Aishah. Dia kenal sahabat baiknya.

Terkejut Sakinah apabila Alif Haziq menelefonnya malam tadi. Suara adik lelaki Hana Aishah yang menangis itu menggusarkan Sakinah.

“Kak Dik suruh Alif balik US. She said if I love her I will go back and complete my bar. She .... she said not to worry about her. She told me not to come and visit anymore if I really care for her” Sakinah yang kerisauan itu memujuk Alif Haziq. Dia berjanji akan bertemu Hana Aishah dan menyelesaikan masalah ini.

“Its going to be alright. Everything is going back to normal” Hana Aishah membalas. Sakinah merenggangkan pelukannya. Dia meraup wajah Hana Aishah sebelum didongakkan memandangnya.

“What happen Hana Aishah? Talk to me. Why are you shutting everyone out?” Sakinah melihat Hana Aishah kerisauan.

“I’m not. I just need to build my life with my husband. Without anyone. Just me and him. He’s the only one I have now” Sakinah menggelengkan kepalanya.

“No. You have me. You have Alif. You have your Papa. You have Along. You have Zarik. You Aiman. You have so many people who will be there for you” Hana Aishah melarikan pandangannya.

“Kalau kau sayang aku , kau akan hormat keputusan aku Kina” Sakinah terduduk kecewa di sebelah Hana Aishah.

“Sebab aku sayanglah aku tahu ini bukan kawan aku. Sebab aku sayang aku tak boleh tinggalkan kau dalam neraka ini” suara Sakinah memujuk sebak. Dia menggenggam tangan kanan Hana Aishah.

“Go Kina. Aku kena belajar hidup sendiri. Aku kena. Aku kena” Sakinah menggelengkan kepalanya lemah. Kecewa betul dia dengan sikap Hana Aishah.

“Salah jalan yang kau pilih ni Hana Aishah” Sakinah kenal benar dengan kedegilan Hana Aishah.

Pagi itu , pagi terakhir dia datang ke rumah banglo itu. Sebagaimana Hana Aishah menghalang Tan Sri Fadhil , Fakhih dan Alif Haziq daripada melawatnya , seperti itulah Hana Aishah melarang Sakinah.

“Aku sayang kau Kina. Aku doa Zarik bahagiakan kau. Aku doa no one have to go through what I’m going through. I’m ruin for good already ” hati Hana Aishah berbisik sambil merenung kereta Sakinah yang berundur pergi. Sakinah lansung tidak memandangnya seperti selalu. Marah sungguh wanita itu dengan keputusan yang Hana Aishah ambil.

Fakhrul melihat isterinya yang sedang berdiri di perkarangan rumah mereka. Tubuh Hana Aishah yang memakai jubah berwarna hitam itu memandang ke arah jalan yang sudah kosong itu. Sudah lama kereta Sakinah menghilang tetapi mata isterinya tetap tercacap pada jalan yang kosong itu.

“Sayang. Come inside. It’s getting hot under the sun” Hana Aishah menganggukkan kepalanya perlahan sebelum meneruskan langkah menuju ke arah suaminya.

Satu per satu langkah diambilnya. Menuju ke pilihan hidup yang dipilihnya.

“Hana. Listen to me. This is not the end. I’ll help you build your life. Hana start fresh. Don’t punish yourself. Papa tahu Hana tak salah. Sampath is nearing the truth already. We know someone is trying to fitnah Hana. Give Papa some more time and then everything will be ok. I will clear your name” kata - kata Tan Sri Fadhil memujuknya malam semalam.

“Hana. He’s not worth it. You’re worth more than this. Hana ada Along” Fakhih mencuba buat kali terakhir.

“Alif sayang Kak Dik. Alif cannot see you ruin your life like this. Lets go far away from here. No one will hurt you. Alif jaga Kak Dik” esakan Alif Haziq saat memeluknya erat malam semalam. Lama dia memeluk tubuh itu.

Hana Aishah terhenti saat mendengar bunyi pagar elektrik yang mulai tutup itu. Wajahnya dipalingkan memandang pagar rumah yang mulai tertutup itu. Tertutupnya pagar itu , tertutuplah segala jalan hidup Hana Aishah. Tertutup pagar elektrik itu , dia akan terkunci di dalam penjara lelaki itu selamanya.

“My life is ruin already. I got nothing to lose anymore. You guys live. I’ll stay here until He thinks that my suffering is enough and He takes me back to Him” perlahan kata - kat itu Hana Aishah bisikkan.

Fakhrul memandang isterinya dengan perasaan bercampur baur. Sikap isterinya semenjak mereka bangun tidur pagi semalam melegakan hatinya tetapi dalam masa yang sama membingungkannya.

Walaupun dia lega kerana tiada lagi orang yang akan memujuk isterinya untuk meninggalkannya dia bingung memikirkan punca Hana Aishah berubah 360 darjah sebegitu.

********************************


“Mak happy kan? Kalau Mak happy , adik happy” Teacher Basirah yang tertidur di atas sejadah selepas menunaikan solat malamnya itu terus terjaga.

Dia beristighfar saat mengingat kembali bayangan wajah Hana Aishah yang dipenuhi lebam dan kesan luka itu. Wajah itu tersenyum memandangnya sambil mengendong cucu yang tidak pernah dia lihat sewaktu hayat anak kecil itu.

Tubuhnya merasa seram sejuk dini hari itu. Dia memegang dadanya menahan kesakitan saat jantungnya berdegup laju.

“Basirah. Awak ni kenapa?” Kapten Azam yang sedang mengaji itu Melihat isterinya kerisauan.

“Awak sakit dada ke?” bimbang pula dia mengingatkan kejadian beberapa minggu lepas di mana isterinya terpaksa dikejarkan ke hospital kerana tekanan darah yang menjulung naik disebabkan pertelagahan dengan Hana Azuwa.

“Nothing” Teacher Basirah menggelengkan kepalanya lemah. Tubuhnya dibangunkan perlahan- lahan.

“Kalau awak sakit dada kita pergi hospital terus” Kapten Azam menutup Quran yang dibacanya itu.

“I’m fine” suara Teacher Basirah membantah keras.

“Degillah awak ni. Kalau adik ada ni mesti dah seret awak pergi hospital” sebelum sempat Kapten Azam menahan , kata - kata itu meluncur di bibir tua itu.

Tetapi itulah hakikatnya. Sakit mereka berdua , Hana Aishah yang sentiasa pantau. Anak perempuannya itu sentiasa risau akan tahap kesihatan mereka dan mengawal ketat pemakanan mereka. Semenjak isterinya melarang Hana Aishah kembali ke rumah mereka, segalanya sudah terbiar.

“But she’s not here right. So no need to mention about it. When I say I’m fine meaning I’m fine” Teacher Basirah melangkah menuju ke bilik tidur mereka. Rasa marah dia membuak - buak saat itu.

“Adik nak mak and abah happy je. Senyum je. I don’t want both of you to be sad. I’ll do anything to make you both happy. You’re my life” kata - kata Hana Aishah satu masa dahulu saat Hana Azuwa bertegas mahu mengahwini Wazir walaupun mereka suami isterinya tidak berkenan dengan pilihan hati anaknya itu. Pelbagai perangai Hana Azuwa lakukan waktu itu menunjukkan protes kerana pilihan hidupnya tidak direstui.

“Ya Allah. Apa yang tengah jadi dengan hidup aku anak beranak ini” hatinya merintih saat azan subuh berkumandang.

Share this novel

awer
2021-08-08 03:00:14 

sumpah dh nk last besttt...

JihaAlcatraz
2021-03-01 23:32:25 

teruk betul emak aishah... terus menghukum tanpa usup periksa. sedangkan itu anak yg dibesarkan drp kecil. hati seorang ibu sanggup percaya org luar drp anak sendri

EmaIra
2020-10-20 11:17:16 

updte please


NovelPlus Premium

The best ads free experience