Chapter 29

Romance Completed 625623

“Adik. Don’t talk to stranger. Don’t help people and just mind your own business” masih terngiang - ngiang lagi pesanan ibunya sewaktu menghantarnya ke lapangan terbang sebentar tadi.

“Welcome to Emirates Airline Flight A386 “ Hana Aishah seperti biasa tidak mengendahkan pengumuman keselamatan yang diberikan oleh pramugari yang cantik - cantik belaka itu. Dia sudah lali menaiki kapal terbang sewaktu dia menuntut di India selama 5 tahun.

Telefonnya di letakkan dalam nada kapal terbang dan earphone berwarna hitam itu dimasukkan kedalam cuping telinganya. Playlistnya dimainkan sekaligus menutup segala bunyi - bunyi di dalam kapal terbang itu.

Pandangannya dibuangkan ke arah landasan yang basah itu. Kapal terbang Airbus itu sedang menyusur berhati - hati di atas landasan untuk menuju ke arah landasan perlepasan.

Hana Aishah membayar seratus lima puluh ringgit untuk mendapat kerusi di tepi tingkap. Dia tidak sabar untuk bertemu dengan Alif Haziq di Dubai nanti.

“Alif tunggu KakDik dekat Dubai. Make sure you on your phone when you reach there and subscribe to the free wifi. Don’t wander around” Hana Aishah masih ingat bebelan Alif Haziq sewaktu adiknya itu memanggilnya semalam.

Keputusan untuk menunaikan umrah ini dilakukan secara spontan. Hana Aishah masih ingat lagi perbualannya dengan Alif Haziq malam kejadian di mana Hana Aqilah menemui cincin pemberian Fakhrul itu.

***********************************

Hana Aishah sedang duduk berteleku di atas sejadah. Telekung berwarna hitam itu tidak dicabutnya. Mulutnya tidak henti beristighfar. Perasaannya tidak tenang. Hatinya risau memikirkan masa depannya bersama dengan Fakhrul.

“Ya Allah. Kau beri aku petunjuk. Tunjukkan aku jalan yang benar. Mak , Abah , Achik semua terlalu gembira. Tapi aku macam mana?” mata Hana Aishah sudah bengkak. Dia rasa air matanya akan ketandusan tidak lama lagi.

Lagu Zayn Malik Trampouline berkumandang. Hana Aishah mengangkat punggungnya menuju ke meja solek di sebelah kanan tempat beradunya. Segaris senyuman mengukir wajahnya melihat nama si pemanggil.

“Assalamualaikum my baby brother” suara Hana Aishah kedengaran serak.

“Waalaikumussalam kakak sayang. Kak Dik kenapa suara macam baru lepas nangis ni?” suara Alif Haziq kedengaran cemas. Hana Aishah hanya tersenyum hambar.

“I’m fine. I’m having sore throat. That’s why” Hana Aishah sudah mahir menipu sejak kebelakangan ini.

“If really sakit tekak , then video call me” Alif Haziq dapat bezakan apabila kakaknya dalam kesedihan ataupun kesakitan dan dia yakin kali ini kakaknya itu sedang menyembunyikan sesuatu.

“Don’t want lah. Akak pakai seksi ni. Malas nak cover up” Hana Aishah mencipta alasan.

“You’re hiding something “ Alif Haziq tahu sangat perangai kakaknya seorang ini. Dalam ketiga - tiga orang kakaknya , Alif Haziq paling rapat dengan Hana Aishah. Mereka faham sesama sendiri melebihi adik beradik mereka yang lain.

Hana Aishah terus membisu. Hana Aishah dapat menangkap bunyi kenderaan di hujung taliannya.

“Alif dekat luar ke tu?” Hana Aishah cuba mengubah topik mereka.

“Hmm” suara Alif Haziq kedengaran jauh hati. Hana Aishah mengeluh berat.

“Sorry Alif. It’s just work. I’m really ok. I miss you” Hana Aishah berharap Alif Haziq faham tentang keinginannya untuk tidak berbicara tentang masalah hidupnya sekarang ini.

“I know there’s something wrong. Tapi kalau akak tak nak cerita tak apa. But if it gets too hard , promise to tell me” Alif Haziq tidak mahu kakaknya memendam rasa seperti selalu. Hana Aishah antara anak yang paling tidak mementingkan diri antara mereka berempat. Alif Haziq kasihan kerana puncanya kerana mereka degil jadi Hana Aishah merasakan dia perlu mengikut semua kehendak kedua ibu bapa mereka.

“I know baby. I will tell you if it gets too overwhelming. You’re on the way to class is it?” Hana Aishah sudah berbaring di atas CikTed untuk menyelesakan dirinya.

“Yup. You want to run away some where?” Hana Aishah yang sedang menggaru kepalanya itu terhenti sebentar. Idea spontan yang keluar daripada mulut adik lelakinya itu membuatkannya berfikir sejenak.

“Where?” Hana Aishah sudah menanggalkan telekungnya. Matanya tertacap pada tikar sejadahnya yang berwarna kuning itu.

“Anywhere. You name it. It’ll be winter break for 2 weeks in a month time” kedengaran suara Alif Haziq memberitahu pemandu bas hala tujunya dan membayar duit tiket basnya. Hana Aishah masih membisu.

“Mekah” mata Hana Aishah masih tertacap kearah gambar kaabah di sejadahnya. Sepanjang hayatnya dia pernah 2 kali membuat umrah dan sungguh dia rindu untuk berada di tanah suci itu.

“Set” Alif Haziq tersenyum membayangkan tanah anbiya itu. Kali pertama dia menjejakkan kakinya sewaktu mereka berumur belasan tahun.

“But its too drastic . Can we get the visa? My leaves ” Hana Aishah sudah merasai sakit kepala yang bakal dihadapinya untuk menguruskan Umrah saat akhirnya ini.

“I’ll settle all the umrah things. You just focus on getting leaves ok?” Alif Haziq mahu menunaikan permintaan kakanya ini kerana dia dapat merasakan betapa pentingnya impian kakaknya ini.

“If they didn’t allow?” Hana Aishah risau akan kerjanya. Pasti dia susah untuk mendapat cuti ini.

“Allah dah panggil akak. Remember how you will always tell me that this rezeki comes from Allah so he’s the only one who can take it back” Hana Aishah dapat merasakan sakit kepalanya hilang. Terkadang kita lupa untuk menasihati diri sendiri kerana asyik memikirkan masalah orang lain .

“You need this” perlahan suara Alif Haziq tetapi jelas isinya sampai ke hati Hana Aishah.

“Thank you Alif. I love you and miss you so much” mata Hana Aishah sudah mula berair.

“Then get your butt here faster” Alif Haziq merasakan satu kepuasan mendengar tawa Hana Aishah.

***************************************

Satu perasaan tenang mula menyelinap ke dalam dirinya. Kapal terbang besar itu berlepas meninggalkan segala kekusutan Hana Aishah di Malaysia. Dia berjanji kepada dirinya , sepanjang 15 hari ini hati dan fikirannya akan dikosongkan.

“Mam. Excuse me mam” Hana Aishah terpisat - pisat bangun sambil mengenyeh matanya yang mengantuk itu. Dia melihat kearah satu susuk tubuh wanita yang ayu.

“Sorry mam but we’re reaching Dubai Airport. Would you like to have your breakfast. You were asleep during dinner and have the do not disturb me sticker on” Hana Aishah sudah menguap besar. Senyuman manis wanita berbangsa Afrika itu dibalasnya.

“Its ok. Thank you for waking me up for breakfast. I’m actually feeling hungry now that I’m awake” Hana Aishah dapat merasai perutnya yang sedang bergendang meminta untuk diisi.

Dia melihat dua lagi kerusi di sudut kirinya yang kosong itu. Dapatlah Hana Aishah tidur melunjur di ketiga - tiga kerusi itu. Itulah kelebihan menaiki kapal terbang di waktu off peak season.

“Its ok mam. Enjoy your breakfast. We have extras if you want more” Hana Aishah bersyukur kerana mendapat layanan mesra daripada pramugari ini. Dalam pengalamannya menaiki kapal terbang banyak pramugari atau pramugara yang baik tetapi ada juga yang tidak mesra.

Selesai menjamu sarapannya yang enak itu Hana Aishah bangun untuk membersihkan dirinya. Dia memakai sepasang sweatpant dan baju sejuk untuk memastikan keselesaannya sewaktu di dalam kapal terbang tetapi sekarang dia menukar bajunya dan menyarungkan sepasang jubah hitam.

Hana Aishah kembali melihat telefonnya sementara menunggu kapal terbang itu mendarat.

~ Have a safe flight. Keep us in you prayer at Jabal Rahmah~ Fiancée

Secara automatik mulut Hana Aishah menyerot menandakan betapa dia tidak menyukai pesanan whatsapp yang di hantar lelaki itu seawal subuh semalam.

Dalam masa 4 minggu lagi Hana Aishah akan menjadi milik lelaki ini tetapi semakin hari perasaan yang menyelubungi dirinya hanyalah benci.

Lagilah dia benci apabila lelaki itu menukar namanya daripada Firaun ke Fiancée tanpa kebenarannya. Telefon Hana Aishah adalah milik lelaki itu. Lelaki itu akan sesuka hati meneliti telefonnya sebelum menukar ikut cita rasanya dan memadam sesuka hatinya.

“Ya Allah. The main reason I come here is for you guidance so guide me to the right path” Hana Aishah berdoa sambil menanti saat kapal terbang besar itu mendarat di Dubai. Keterujaannya untuk menapakkan kakinya di tanah anbiya itu dan bertemu dengan adiknya semakin membuak - buak.

“Thank you for inviting this sinful servant to your Holy land” air mata Hana Aishah menitik membayangkan impiannya untuk menunaikan umrah tercapai. Kali terakhir dia kesini adalah 4 tahun lepas sewaktu dia belajar di India. Dia pergi bersama - sama rakan universitinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience