Chapter 77

Romance Completed 625664

Debaran di dada Hana Aishah menggila saat itu. Nafasnya yang kencang memecah kesunyian pagi itu. Matahari semakin naik meninggi. Terik matahari menyambutnya saat kakinya melangkah keluar daripada penjara itu.

Langkah pertama yang diambilnya terasa amat berat. Berat menanggung seribu kesedihan dan luka. Langkah yang bakal mengubah hidupnya. Baik atau buruk percaturan yang diambilnya Hana Aishah tidak tahu.

Kejadian tiga hari lepas memaksanya untuk membuat keputusan ini. Sejarah tidak boleh berulang. Kehilangan Adam merupakan detik paling hitam di dalam hidupnya. Melalui hari - harinya sambil diasak perasaan kebas sudah beberapa kali menjurusnya untuk menamatnya hidupnya.

Kekuatannya setiap kali dia mahu menamatkan segalanya hanyalah pada Dia. Setiap bait ayat yang dibaca daripada kitab suci itulah memberinya kekuatan untuk terus bernafas.

Tetapi saat dia melihat keputusan ujian di tangannya pagi itu, pagi dimana sekali lagi dia dihukum tanpa usul periksa. Pagi itu segalanya berubah. Saat di terbaring lesu di balik pintu bilik tidur menanggung perit libasan , Hana Aishah pasti keputusan yang perlu diambilnya.

“Come let me help you Puan” Hana Aishah memandang ke arah lelaki berbangsa India yang mahu menghulurkan bantuan itu. Lelaki separa abad itu tersenyum manis ke arahnya tetapi Hana Aishah hanya memandang kosong. Tangannya masih memegang bagasi ditangannya kirinya kejap.

“Puan. Are you ok?” lelaki itu menegur untuk kali kedua apabila melihat reaksi kosong Hana Aishah.

“Yes. Aaaa ... wait ... ermmm” hampir setengah tahun tidak berinteraksi dengan manusia Hana Aishah yang dahulunya petah berbicara itu kehilangan kata - kata.

Pemandu grab itu memandang ke arah Hana Aishah yang asyik memandang ke arah jalan kosong yang wanita itu lalui dengan tergopoh gapah tadi. Ravi pun pelik saat dia melihat lokasi yang dilihat melalui aplikasi grabnya.

Saat dia berhenti di hadapan sebuah rumah kosong yang separa siap itu , kepalanya yang tidak gatal itu digarunya. Lantas dia memanggil Hana Aishah dan wanita itu menjawab pantas.

“Tak... errr .. encik ... encik tunggu sana. Saya ... I ... I will go there ... give ... emm give me a few minutes” suara cemas wanita itu menggusarkannya tetapi kerana tanggungjawab telah diambilnya dia menanti.

Selepas hampir sepuluh minit menunggu dia sudah berputus asa tetapi saat dia mahu melangkah masuk ke dalam keretanya dia melihat seorang wanita berjubah hitam sedang berjalan ke arahnya.

Wanita itu berjalan seperti dalam kesakitan. Yang lebih menggusarkannya saat dia melihat kesan luka yang sudah kering di bibir atas wanita itu tetapi dia membuat keputusan untuk tidak masuk campur.

“Puan ada tinggal apa - apa?” Hana Aishah memandangnya semula saat dia bertanya mesra. Semesra yang dia mampu.

Hana Aishah menggelengkan kepalanya perlahan. Kakinya seperti berat mahu melangkah masuk ke dalam kereta Saga milik Ravi itu tetapi selepas beberapa nafas panjang yang diambil wanita itu , kaki itu mula melangkah masuk ke dalam perut kereta.

“I can’t lose you too” Ravi sempat mendengar bisikan wanita itu sewaktu Hana Aishah mahu melangkah masuk ke pintu yang dibukanya. Tangan kanan wanita itu memeluk abdomennya erat.

Tetapi sebelum sempat dia menutup pintu sebuah kereta berhenti betul - betul di sebelah keretanya. Pemilik kenderaan itu kelihatan tergesa - gesa keluar saat dia melihat pintu yang hampir dia tutup itu.

“Hana!” Suara itu menjerit kuat sebelum sempat Ravi bertanya. Wajah Hana Aishah kelihatan pucat memandang ke arah individu itu.

“Where are you going. Astaghfirullah” pemilik kereta tadi menarik lengan Hana Aishah sekaligus menyeret wanita itu keluar. Wajah Hana Aishah berkerut saat tangan itu menggenggam lengannya erat.

“Allah” Hana Aishah mengaduh kuat tidak dapat menahan kesakitannya. Ravi yang memandang adegan itu tercengang.

“What did he do?” suara yang tadi kuat bertanya , terus bertukar gusar. Ravi sejujurnya bingung. Tidak disangka pelanggan pertamanya penuh dengan drama.

Hana Aishah menundukkan wajahnya. Air matanya mulai gugur. Tubuhnya terketar - ketar ketakutan. Lengannya ditarik daripada genggaman tadi dan dia memeluk tubuhnya.

“Hana..” sebelum sempat individu tadi mendekatinya, Hana Aishah menggelengkan kepalanya laju sambil berundur setapak.

“Please. I can’t stay anymore. I ... I ... I need to ... to ... to go” kata - kata itu keluar daripada bibirnya dengan terketar - ketar. Individu tadi terdiam seribu bahasa.

Ravi dapat melihat raut wajah individu itu bertukar daripada cemas kepada gusar kepada kecewa dalam beberapa minit. Tetapi reaksi terakhir individu itu merisaukan Ravi. Bimbang dia saat melihat wajah penuh yakin individu itu seperti merangka sesuatu untuk wanita yang sekarang dia faham sedang melarikan diri daripada sesuatu yang bahaya.

“Jom” saat mendengar suara individu itu Ravi terus berdiri di antara individu itu dan Hana Aishah.

“Encik. I think you better go. We sudah lambat mahu pergi” Ravi bersuara tegas.

“Stay out of it” dalam sekelip mata Hana Aishah bertukar posisi. Tubuh wanita itu ditarik dengan pantas ke belakang tubuh individu tadi sebelum dia mengeluarkan dompetnya. Beberapa not berwarna ungu ditarik keluar.

“Encik saya tak mahu you punya duit. Itu customer saya. Saya hanya akan lepaskan dia selepas saya hantar dia ke destinasi yang dia mahu” Ravi menolak keras huluran individu itu.

“You don’t understand...” Ravi terus memotong kata - kata individu itu.

“Saya sudah faham. You tak payah banyak cerita. Puan you ikut saya” individu itu merengus kasar apabila Ravi sudah mula meninggi suara. Kulit coklat itu kelihatan merah kerana terik matahari dan juga kerana kesabarannya yang semakin menipis.

“Hana. You can’t go with him. He will find you. Come with me” individu itu memalingkan tubuhnya memandang ke arah Hana Aishah yang sudah teresak esak menangis itu.

“Puan. You tak payah takut. Saya panggil polis” Ravi sudah mengeluarkan telefon bimbitnya.

“You orang memang. Tunggu saya call polis baru semua tahu takut” saat Ravi mendail Hana Aishah akhirnya bersuara.

“Uncle no. Its ok” Hana Aishah memandang ke arah lelaki India yang baru dia temui itu tetapi sikap prihatin yang lelaki itu tunjukkan seperti lelaki itu sudah mengenalinya lama.

“You jangan takut Puan. Saya boleh Tolong you” Ravi cuba meyakinkan Hana Aishah tetapi Hana Aishah menggelengkan kepalanya laju. Wajah Hana Aishah dihalakan pula kepada individu tadi. Lama dia jeda.

“Help me. I need to go” Individu tadi menganggukkan kepalanya laju saat Hana Aishah merenung ke dalam anak mata hitam itu. Mata itu memberinya keyakinan.

“He will never find you. I will make sure of that” sekiranya tadi dia hanya separa yakin tetapi kali ini Hana Aishah pasti dengan keputusannya.

Dia perlu pergi. Dia tidak mampu hilang lagi satu nyawa kerana sikap obses suaminya. Dua nyawa melayang kerana sikap posesif suaminya. Cukup setakat itu. Segala perbuatan suaminya perlu dihentikan. Segala hukuman yang dia terima tanpa pembelaan itu perlu dinoktahkan.

Kakinya melangkah menuju ke kereta individu tadi. Bagasinya diambil oleh individu tadi sebelum dimasukkan ke tempat duduk belakang kereta itu. Hana Aishah memejamkan matanya rapat saat kereta itu meluncur laju.

“I’m sorry sayang. That’s why I told you don’t upset me. I love you but you’re making it harder for both of us” terngiang - ngiang kata - kata suaminya yang kembali keesokan harinya selepas tubuhnya dikerjakan. Sekali lagi salah adalah padanya. Sekali lagi lelaki itu mengatakan dia patut menerima hukuman yang dijatuhkan.

Dia penat. Penat menerima hukuman lelaki itu. Penat menghadap emosi bipolar suaminya. Selepas habis tubuhnya disakiti keesokan harinya dia akan dibelai. Sangka lelaki itu mungkin belaian itu cukup untuk menyembuhkan segala rekah dan lebam di tubuhnya.

“Hana ... kenapa sampai macam ni” suara kecewa individu tadi bertanya saat air mata Hana Aishah gugur semakin laju. Selaju kereta itu yang membelah lebuh raya itu. Membawa dirinya yang penuh derita.

“Hana nak mati. Hana tak larat dah. Hana cuba ... hana ... hana dah cuba. Hana tak mampu. Sakit ... sakit sangat” akhirnya kata - kata itu ditutur Hana Aishah. Pertama kali dia membuka deritanya. Dia tidak mampu menanggung segalanya sendiri.

“Ya Allah. Hana kita report polis” seperti yang individu itu sangka , Hana Aishah menggelengkan kepalanya laju.

“Just take me away. Far away. From this hell. I don’t want ... no one ... no one should ever get hurt because of me. This happens because of me. Jadi Hana pergi. Semua akan bahagia. Biarkan mereka . Biarkan Hana...” matanya yang dipejam rapat tadi dibuka. Matanya merenung ke dalam anak mata individu itu. Diam tanpa bicara. Masing – masing cuba membaca segala yang sedang bermain di minda sebelum pandangan Hana Aishah dilarikan. Melihat pohon menghijau yang mereka lepasi.

“Biarkan Hana. Biarkan Hana dengan anak Hana hidup” hatinya menjerit kuat. Secara automatik tangan kanannya mengusap perutnya yang masih kempis itu.


****************************
Selepas sebulan


“Hana. Hana” saat kaki Teacher Basirah melangkah ke bilik tidur tetamu di rumah agam itu , suara pelat itu menyambutnya.

Perlahan dia melangkah melihat ke arah sekujur tubuh yang berbaring. Matanya dialih pula pada wajah sang suami yang setia berada di sisi sang isterinya yang sudah tidak sempurna itu.

“Assalamualaikum” Kapten Azam memberi salam apabila melihat wajah sugul isterinya yang diam membisu. Berdiri tercegat di birai katil.

“Waalaikumussalam. Bang, kak” suara Tan Sri Fadhil yang kepenatan itu menyahut.

“Maria macam mana?” Tan Sri Fadhil menggelengkan kepalanya lemah. Matanya merenung ke arah isterinya yang memandangnya dengan linangan air mata yang tidak pernah henti.

“Ria. Dont cry. Macam mana Ria nak sembuh macam ni” Tan Sri Fadhil memujuk. Dia mengucup ubun - ubun isterinya lama.

“Hana. Hana” itu sahaja perkataan yang disebutnya semenjak sedar.

“Sabar Dil” Kapten Azam melabuhkan punggungnya di sebelah Tan Sri Fadhil. Sofa yang dapat menempatkan dua orang itu menjadi tempat kegemarannya semenjak sebulan ini.

“Sabar... Saya tengah sabar. But I don’t know until when” Tan Sri Fadhil meluahkan rasa.

Kapten Azam memicit bahu besannya lembut. Melihat pakaian Tan Sri Fadhil yang tidak terurus itu dia pasti lelaki itu akan patah bila - bila masa. Dia memandang ke arah Teacher Basirah. Isterinya masih berdiri di situ. Merenung ke arah katil itu.

“Basirah” Kapten Azam memanggil lembut. Sudah sebulan semenjak perangai isterinya berubah seperti itu. Pandangan yang sentiasa kosong itu dilemparkan kepadanya.

Kapten Azam memberi isyarat mata. Memanggil Teacher Basirah untuk mendekati mereka. Perlahan langkah wanita itu. Segalanya seperti satu filem yang bergerak perlahan. Begitulah kehidupannya dengan isterinya sekarang.

Beberapa minit juga diambil Teacher Basirah sebelum dia melabuhkan punggungnya di sebelah Puan Sri Maria. Pandangan mereka bertaut lama. Tiada bicara di antara kedua wanita itu. Hanyalah renungan.

“Let’s go outside for a moment” Kapten Azam mengajak. Mahu meninggalkan kedua wanita itu berdua.

Tan Sri Fadhil awalnya teragak - agak. Apabila Puan Sri Maria diserang strok tempoh hari , sesaat pun dia tidak meninggalkan isterinya. Mandi, pakai semua dia uruskan.

Tetapi selepas Kapten Azam merenung memberinya keyakinan buat pertama kalinya dia melangkah meninggalkan sisi isterinya. Saat mereka ditinggalkan, sunyi sepi menyelubungi bilik itu.

“Jahat saya” suara Teacher Basirah memecah kesunyian.

“Jahat saya sebagai seorang mak” Puan Sri Maria merenung besannya dengan linangan air mata yang semakin laju.

“Hana. Hana” Puan Sri Maria mengulangi kata - katanya. Teacher Basirah tersenyum pahit sebelum menggenggam tangan kanan besannya yang terkulai layu itu.

“Allah dah balas dekat saya” suara sebak Teacher Basirah menyambung.

“Maria tak salah. Akak yang salah” mata sebelah kanan Puan Sri Maria dipejam rapat.

Puan Sri Maria lumpuh separuh badan kerana diserang strok sebulan lepas. Saat dia terdampar di kaki anak lelaki keduanya , saat itu kesempurnaan badannya ditarik. Akibatnya wajah sebelah kirinya lumpuh dan anggota badan sebelah kanannya sudah tidak berfungsi.

“Anak saya yang paling taat. Yang sentiasa taat cakap kami. Yang sentiasa membahagiakan kami. Saya buang dia . Saya ... saya buang dia sebab ... sebab saya percaya orang luar daripada anak yang saya kandungkan” terketar - ketar bibir itu mengaku.

“Awak kena sihat cepat Maria. Anak - anak awak semua ada dengan awak” Teacher Basiran tersenyum pahit.

“Saya dah tak ada siapa - siapa. Awak ada anak - anak awak. Diorang semua ada. Keluarga saya dah tak sempurna” air mata Teacher Basirah mengalir. Dia mengusap rambut Puan Sri Maria lembut.

Pemergian Hana Aishah. Sebulan berlalu. Sebulan tanpa berita. Penyesalannya tidak terkata. Hampir setahun dia buang anaknya. Sampai melutut Hana Aishah dikakinya memohon kasih sayangnya.

“Keluarga kita dah sempurna. Macam mak nak. Kak Dik dah tak ada. Kak Dik dah tak akan busukkan nama keluarga Mak. Hana Aishah dah pergi. Dia dengar cakap mak. Dia tak nak susahkan kita. Macam mak suruh” kata - kata Alif Haziq beberapa minggu lepas bermain di mindanya.

“Wa happy mak. Happy sangat. Sebab adik pergi. Wa rindu adik tapi Wa tahu kalau adik ada dekat depan mata pun Wa tak mampu buat apa. Sebab sampai akhir nafas adik itu pun , mak abah tetap yang dia utamakan. Dan dia tahu kalau dia mintak tolong Wa , mak akan terluka. Jadi biar dia pergi Mak. Biar adik bahagia. Walaupun Wa tak nampak. Tapi Wa tahu derita yang adik tanggung seorang itu terlalu hebat. Sebab itu Hana Aishah pergi” kata - kata Hana Azuwa pula mengasak mindanya.

Matanya dipejam rapat. Suasana bilik itu sunyi. Sesekali bunyi dengkuran Puan Sri Maria yang tidur itu kedengaran. Wajah Puan Sri Maria yang sudah tidak sempurna itu diusap Teacher Basirah. Senang wanita itu tidur apabila ditepuk Teacher Basirah.

Melihat keadaan wanita itu Teacher Basirah sebak. Itu juga nasibnya nanti. Ditinggalkan bersendiri sekiranya dia jatuh sakit.

“Adik boleh jaga mak abah. Mak abah nyawa adik. Adik sayang mak abah more than my own self. Adik harap adik mampu jaga mak abah macam mana mak abah jaga adik” itulah kata - kata anak perempuannya itu setiap kali dia meluahkan rasa apabila anak - anaknya yang lain seperti tidak ambil peduli dengan kesihatan mereka suami isteri.

Hana Aishah yang sentiasa menguruskan mereka berdua. Penat macam mana pun anak perempuannya itu, satu temu janji pun tidak pernah Hana Aishah lepas.

“Mak. Solat jom” kata - kata anaknya setiap kali azan berkumandang. Matanya merenung ke luar jendela saat azam maghrib berkumandang. Kalau anaknya yang lain liat sungguh mahu berjemaah tetapi Hana Aishah setiap kali dia mampu dia akan berjemaah.

“Alaaah. Diorang tak rasa tak sempat solat sebab sibuk attend patient dying. Diorang tak faham lah nikmat dapat solat lama - lama ngadu dekat Allah” Hana Aishah akan membalas setiap kali dia membebel memarahi Hana Aqilah yang selalu mengelat kalau di ajak solat sekali.

“Mak rindu nak peluk adik. Adik baliklah” hati ibunya merintih sayu. Tidak sampai beberapa minit sakit dadanya kembali menyerang.

“Puan Basirah kena serangan jantung minor. Kita suggest puan buat angio. From there we’ll know the path of management” kata - kata Dr Diyan sebulan lepas kembali ke ingatan. Rahsia yang disimpannya sendiri. Menolak segala rawatan selagi dia tidak menjumpai anak perempuannya.

“Mak sempat ke jumpa adik? Adik sudi ke mandikan jenazah mak?” Suara hatinya berbisik maghrib itu.

*************************


“Budak - budak mana?” Tan Sri Fadhil tertawa sinis saat mendengar soalan Kapten Azam itu.

Matanya dihalakan ke arah kolam renang di hadapannya itu. Terbayang dia saat - saat bahagia yang sempat mereka rasai sebelum segalanya berantakan. Hana Aishah berlari sambil dikejar Fakhrul. Rajukan menantunya apabila keinginannya mahu mandi kolam di tolak mentah sang suami.

“Siapa yang nak datang bang? Fakhih yang sibuk uruskan syarikat? Felisha yang dah tak balik rumah dekat sebulan? Ke Fakhrul yang tolak mak dia sampai jatuh?” Kapten Azam menepuk bahu Tan Sri Fadhil memberi kekuatan apabila suara kecewa Tan Sri Fadhil meluah rasa.

“Kalau Hana ada mesti dia tak tinggal mama dia” Tan Sri Fadhil menyambung. Kapten Azam dapat merasakan hatinya dihiris saat nama anak keduanya disebut.

“Hana selalu cakap. Papa don’t work too hard. Hana risaukan papa. Hana nak papa sihat” suara itu bertukar ceria mengingati menantunya yang prihatin.

“Menantu yang sempurna akhlak. Menantu yang sayang saya dengan isteri saya sama macam dia sayang abang dengan akak. One of the best gift He gave me” nafas berat dihela Tan Sri Fadhil.

“Dil. Jangan cakap macam itu. Sama je semua Dil” Kapten Azam menegur.

“I’m not comparing. Just stating fact” Tan Sri Fadhil tersenyum pahit.

“Saya tak harap menantu saya untuk jaga kami suami isteri tapi.... anak - anak sendiri pun tak sudi nak jenguk mama diorang yang terlantar sakit itu. I try not to take it to my heart tapi saya ini manusia bang. Kesian Maria tu” Tan Sri Fadhil menggenggam tangannya kuat.

“I’m not a good father. Not as good as you” Kapten Azam tertunduk pilu saat mendengar pujian itu.

“Jahat Dil. Abang jahat” sebak suara Kapten Azam membalas.

“I left her. I promise her I will always hold her hand. I let her go. I let her down” air mata Kapten Azam bertakung.

“Saya mintak maaf bang” Tan Sri Fadhil memohon maaf buat kesekian kalinya.
Kapten Azam menggelengkan kepalanya laju.

“Saya tak salahkan sesiapa. Saya yang salah” air liurnya ditelan kesat saat kata - kata itu meniti bibirnya.

“Anak saya. Saya yang besarkan Hana Aishah. Saya patut kenal adik lebih dari orang lain. Tapi ...” suara sebaknya tidak mampu meneruskan bicara.

Tan Sri Fadhil memeluk Kapten Azam erat senja itu. Sama - sama mencari kekuatan dalam kehilangan itu.

Malam itu lama Kapten Azam dan isterinya menemani besan mereka. Kapten Azam memaksa juga lelaki itu untuk menjamah makanan. Walaupun sedikit tetapi dia lega. Walaupun Puan Sri Maria masih berkedaan begitu tetapi dia lega kerana nampak ada tindak balas daripada wanita itu apabila Teacher Basirah menyuapnya.

“Dil kena kuat. Hari itu Dr kan dah cakap. Emosi maria masih tak stabil. Jadi Dil kena main peranan penting. InsyaAllah saya akan melawat lagi” sempat Kapten Azam menitipkan pesan dan janji.


********************************

Kapten Azam membuka pintu bilik tidur anaknya. Kesejukan penghawa dingin di bilik Hana Aishah menampar kulitnya. Dia melihat sekujur tubuh yang sudah menjadi penghuni tetap katil anak keduanya itu.

Sekembalinya dia daripada rumah besannya , dia dapat melihat kereta BMW berwarna hitam yang diparking di bawah pohon mangga itu. Saat itu tahulah dia pengunjung yang akan datang setiap hari jumaat , sabtu dan ahad itu sudah tiba.

Lelaki itu akan diam tanpa bicara. Hadirnya sepi tetapi tetap menyalami tangan mereka berdua suami isteri. Menjamah makanan sekiranya dijemput tetapi selebih waktunya hanya dihabiskan di dalam bilik Hana Aishah.

“Saya tahu saya tak patut mintak tolong abang tapi ....” teragak - agak Tan Sri Fadhil memulakan bicara usai isyak tadi.

“Abang tolong tengokkan Fakhrul. Saya ... saya ... saya tak mampu jadi bapa yang sempurna untuk dia” Kapten Azam menghelakan nafas panjang saat mengingati permintaan Tan Sri Fadhil sebentar tadi.

“Ya Allah. Apa yang tengah terjadi dengan keluarga aku ini” hatinya bertanya pilu. Bayangan anak perempuannya Hana Aishah berlegar - legar dimindanya. Tawa Hana Aishah terngiang - ngiang di telinganya.

“Abah rindu adik. Adik dekat mana sayang” air mata lelakinya akhirnya gugur saat dia melihat patung kegemaran anaknya dipeluk Fakhrul erat.

*******************************
Setelah enam bulan

“Assalamualaikum Adam” senyuman nipis terukir di bibir Fakhrul saat dia mengusap baru nisan anaknya.

“Babah got my master today” wajah yang sudah dipenuhi jambang itu menyambung. Suasana hening petang itu mendatangkan ketenangan di dalam jiwanya yang kacau itu.

“Babah wear this tie today. If Umi is around she will be jumping in happiness seeing me wearing her gift kan” tawa halus kedengaran saat Fakhrul membayangkan reaksi isterinya itu.

“Adam suruh Umi balik” permintaannya setiap kali dia melawat anaknya. Bermakna dalam sebulan 4 kali dia akan menyuruh anaknya memanggil ibunya pulang.

“You left me. Umi left me. Babah .... babah ...” tersekat - sekat suaranya menyambung bicara.

“Babah lonely” air matanya bertakung kembali.

Berdiri di atas pentas itu menerima sijil masternya merupakan hari yang paling sunyi dia pernah rasai selama dia hidup. Sekiranya Hana Aishah ada pasti wanita itu akan membuat sambutan besar.

“She will make sure everything is perfect. From my cloth to my gift. Everyone will gather at our house. We’ll have big fest. Ada Babah , ada Umi , ada Adam ... Tok Pa , Tok Ma , Nenek , Tok Abah and I think your Pak Long will love you more than anything” senyumannya kembali.

Membayangkan pelukan erat isterinya yang dia sepatutnya terima saat dia turun daripada pentas usai mengambil sijilnya. Membayangkan bagaimana dia akan dihujani dengan penuh cinta oleh Hana Aishah.

Membayang gambar keluarga sempurna yang mereka akan ambil pada hari itu. Dia sudah mempunyai satu ruangan khas untuk meletak gambar keluarga mereka. Tempat yang dia sudah simpan semenjak Hana Aishah sah menjadi isterinya.

“Kenapa Babah ruin everything? Kenapa Babah hurt Umi? Kenapa Babah tak nak dengar bila Umi cakap Umi tak buat? Kenapa Babah hurt Adam?“ kata - kata itu pula menyusul.

Begitulah emosi Fakhrul. Berubah dalam sekelip mata. Daripada gembira ke sedih dalam sekelip mata. Emosinya yang sentiasa mampu dia kawal sudah tiada. Yang ada hanyalah perasaan yang datang sesuka hati tanpa memberi salam.

“Adam datang dalam mimpi Babah. Babah rindu” pintanya untuk kesekian kalinya.

Lama Fakhrul berteleku di sebelah pusara anaknya dengan kot yang dipakainya ke majlis graduasinya. Apabila azan Maghrib berkumandang barulah dia melangkah berat menuju ke arah kereta.

“Ingat kau nak tidur kat situ tadi” dia yang baru mahu melangkah masuk ke dalam keretanya tersentak saat ditegur. Matanya memandang ke arah Hariz sekilas. Entah bila Hariz muncul dia pun tidak tahu.

“Kau nak jadi apa ni Fakhrul?” Hariz bertanya kasar. Dia penat melihat Fakhrul memusnahkan hidupnya.

“Don’t you fucking dare” Hariz menarik tubuh Fakhrul yang mahu membolos ke dalam kereta BMW itu.

“We’re talking today. I can’t let you ruin your life like this” kata - kata Hariz itu dibalas dengan reaksi selamba Fakhrul.

“Apa nak jadi dengan kau ni bro. Papa dengan mama kau lansung kau tak jenguk. Hidup kau kerja , rumah banglo kau , kubur ni dengan rumah mertua kau. Kau nak jadi gila ke apa?” suara Hariz naik satu oktaf senja itu.

“Mama kau sakit Fakhrul. Kau nak tunggu sampai dia jadi mayat ke baru kau nak menyesal” Hariz menggasak lagi. Tetapi hanya bersandar sambil merenung ke arah pusara anaknya.

“You ruin that part of your life already. Tak kan yang lain pun kau nak hancurkan” Hariz menyelak rambutnya kebelakang meluahkan ketidak puasan hatinya. Lama mereka jeda. Selepas beberapa minit Fakhrul memandang ke arah Hariz yang kelihatan serabut itu.

“Finish already” Fakhrul bertanya dengan nada selamba. Hariz menggelengkan kepalanya lemah. Dia benar - benar berputus asa. Dia melihat ke arah Fakhrul yang sedang masuk ke dalam perut kereta itu.

“Hana Aishah dah tak ada Fakhrul. She’s not coming back. She has moved on. So, must you” kata - kata penamat Hariz itu menyentak Fakhrul. Pintu kereta itu dibiarkan terbuka. Hariz tahu dia telah menyentuh tempat yang tidak sepatutnya tetapi dia benar - benar buntu melihat kehidupan Fakhrul yang seperti robot itu

“She is the love of my life. I will never give up on us. She’s my wife until the day that die” tenang kata - kata itu meluncur di bibir Fakhrul maghrib itu.

********************************

“Muhammad Adam” perlahan Hana Aishah membisikkan nama itu ke telinga yang masih merah itu.

“Do you like the name?” tanya Hana Aishah lagi. Mata itu masih terpejam rapat. Tangan kanan Hana Aishah naik ke hidung mancung yang terletak cantik di wajah sempurna itu.

“You’re so gorgeous, masyaAllah” Hana Aishah memuji. Tubuhnya digerakkan sedikit untuk menyelesakan dirinya yang separa berbaring itu. Belakangnya masih berdenyut kuat.

“Shhh ... Shh.. I’m sorry. Did Umi disturb your sleep?” cepat - cepat Hana Aishah menepuk tubuh kecil yang sedang berbalut dengan bedung muslin itu saat anak kecilnya mula merengek.

“Yes Umi. Can you shut up already” Hana Aishah terus menjeling ke arah pemilik suara garau itu.

Lelaki mat saleh berambut perang dan bermata biru. Wajah klasik lelaki mat saleh. Tetapi sayang kerana saat itu wajah kacak itu dikerutkan merenungnya yang sedang mengendong bayi itu.

“You’re so mean Scott” Hana Aishah mengerutkan dahinya pula. Tubuh yang tidak berbaju itu hanya berselimut separas perut sahaja. Lelaki itu yang sedang berbaring di sofa itu memalingkan tubuhnya ke arah katil hospital yang di diami Hana Aishah itu.

“The one who is mean is that tiny creature who refuse to sleep the whole night” secara automatik bibir Hana Aishah dijelirkan.

“Uncle Scott is so cruel” Hana Aishah mengadu kepada bayi yang masih tidur polos itu.

“Papa” suara Scott membalas sambil tubuhnya ditiarapkan pulu di sofa di bilik hospital itu. Sofa yang menjadi tempat kediamannya semenjak semalam.

“Huh” Hana Aishah bertanya pelik.

“I’m his papa. I dont stay up all night for nobody ok. I stay up all night for my son only” air mata Hana Aishah gugur saat mendengar kata - kata selamba lelaki yang menyelamatkannya saat dia tiba di negara itu.

“Scott” terus lelaki itu mendudukkan dirinya saat mendengar suara sebak Hana Aishah.

“What the hell girl? Why are you crying?” Scott terus bergerak menuju ke arah Hana Aishah. Secara automatik kepala Hana Aishah ditarik ke dalam pelukannya.

“Thank you. Thank ... thank you for .... for saying that. It means alot to me and .... and to him” Hana Aishah menjawab sebak.

“You silly girl. Of course, he’s my son. I was there since the beginning till now and forever “ lagilah kuat raungan Hana Aishah yang sedang bertarung dengan emosi sendiri.

“You don’t have to. You guys has been nothing but the best support that I could ever ask for” Hana Aishah menyambung dalam esakannya. Puas Scott memujuk tetapi tangisan Hana Aishah masih tidak berhenti sehinggalah saat pintu bilik hospital itu dibuka.

“What did you do now?” Suara tidak berpuas hati seorang lagi lelaki penting di dalam hidup Hana Aishah kedengaran.

Hana Aishah mengangkat wajahnya melihat ke arah dua orang lelaki yang baru sahaja tiba dengan beg pakaian dan plastik makanan. Bibir Hana Aishah dicebikkan ke arah mereka.

Emir meletakkan beg pakaian yang dipegangnya sebelum dengan arifnya mengendong bayi di tangan Hana Aishah yang berbaju hospital itu. Lelaki melayu yang sudah hampir 15 tahun bermastautin di negara orang itu mendodoi anak Hana Aishah yang sudah mulai merengek itu.

“Did Papa Scott disturb you and mama. Tell Papa Em now. I’ll kick his aaa... I mean his butt” Hana Aishah tertawa sendiri melihat telatah Emir itu. Air matanya dikesat.

“Hana. Don’t cry. You just gave birth” seorang lagi lelaki duduk di birai katil. Kulit lelaki itu yang berwarna perang, dengan wajah yang persis Itali itu memandangnya kerisauan. Kaki Hana Aishah yang dibaluti stokin itu urut lembut.

“No. I can’t... I don’t even know what to say. Thank you. Thank you so much” Hana Aishah mengesat air matanya laju. Senyuman pahit dilemparkannya kepada tiga lelaki yang menyelamatkannya.

“You guys didn’t just save me. You save Adam” Hana Aishah merenung ke arah Mikhail yang sedang duduk di kakinya itu. Kemudian dia mengalihkan pandangannya ke arah Emir yang sedang mendodoi anak tidur. Akhirnya matanya jatuh pada Scott yang masih memeluk bahunya erat.

“So, its Adam” Hana Aishah tertawa saat kata - kata itu ditutur Scott.Kepalanya diangguk laju.

“Muhammad Adam bin Tengku Fakhrul” saat nama itu meniti dibibir Hana Aishah, bibir mugil itu membentuk segaris senyuman. Kedua kelopak mata itu terbuka sebelum sepasang anak mata hitam yang cukup Hana Aishah kenali merenung ke arahnya.

Saat itu segalanya terhenti. Wajah yang seiras bapanya. Senyuman yang sebijik seperti bapanya. Tetapi yang paling penting anak mata hitam yang merenungnya dengan penuh perasaan seperti mana Tengku Fakhrul selalu merenung Hana Aishah penuh cinta.

Share this novel

Zailena Marshid
2021-06-29 05:33:49 

Sedih..sedih..sedih....bengkak mata 1 malam nangis...sedih sangat3...so touching...tak sabar nak baca citer baru tu...tq3 author...5

azulaikha
2020-12-06 19:00:42 

OMG sangat sedih

azulaikha
2020-12-06 19:00:37 

OMG sangat sedih


NovelPlus Premium

The best ads free experience