Chapter 36

Romance Completed 625623

Hana Aishah merengus tanda tidak berpuas hati apabila dia tidak berjaya menarik selimut yang meliputi dirinya turun untuk membaluti kakinya yang sedang kesejukan itu.

Penghawa dingin yang masih terbuka itu membuatkan tubuhnya menggigil kesejukan tetapi terdapat sumber haba yang menyenangkan dibelakang badannya yang sedang tidur mengiring itu. Dia mengesotkan badannya rapat ke dinding di belakang badannya itu untuk mendapatkan haba yang maksima.

Apabila suhu badannya mulai naik , matanya yang masih terpejam itu mulai mengantuk kembali. Hana Aishah dapat merasakan sepasang tangan sedang pinggangnya.

“Cik Ted ke dekat belakang aku ni? Kenapa panas semacam si Cik Ted ni” Hana Aishah memicit micit tangan tangan Cik Ted yang keras semacam itu.

“Bila masa pulak tangan si Cik Ted ni muscular? Bukan tangan kau gebu ke Cik Ted?” Hana Aishah mengomel di dalam hatinya tetapi perasaan mengantuk yang mula menyelubungi dirinya itu membuatkan dirinya terlena kembali.

Sewaktu di hampir hampir tertidur itu, Hana Aishah dapat merasakan tangan yang memeluk pinggangnya itu bergerak menarik tubuhnya rapat ke dinding di belakangnya itu.

Matanya yang terpejam itu terus terbuka luas. Dadanya berdengup kencang apabila dia dapat merasakan dinding di belakangnya itu bukanlah dinding seperti yang dia sangka.

“Ya Allah, siapa pulak tidur dengan aku ni” omel hati Hana Aishah yang sedang ketakutan sambil matanya meliar melihat sekeliling biliknya yang malap itu.

Minda Hana Aishah cuba mengingati apa yang terjadi semalam. Tiba - tiba bayangan majlis semalam bermain di mindanya.

Apabila jam tangannya menunjukkan pukul 5.42 minit petang dia sah menjadi isteri kepada lelaki bernama Tengku Fakhrul. Dikala hatinya yang tidak keruan itu mahu melarikan diri daripada realiti sebenar , ahli keluarganya menangis kegembiraan.

Air mata Kapten Azam apabila memeluk diri dan menasihatinya supaya taat kepada suaminya melumpuhkan segala niatnya untuk melarikan diri. Pelukan erat lelaki yang telah memimpin tangannya selama 27 tahun dia hidup cukup untuk menghentikan segala niatnya.

“MasyaAllah. Cantik menantu Mama. Thank you for accepting my son” bisikan syahdu Puan Sri Maria masih terngiang di telinganya. Pelukan erat wanita itu masih dapat dia rasai.

Kepenatan yang dirasai apabila terpaksa mengikhlaskan senyumannya setiap kali mereka bergambar dengan tetamu , lagi pula waktu itu tangan suaminya yang sentiasa berada di pinggangnya membuatkan rasa menyampah menyelubungi setiap nadinya.

Lamunannya terhenti apabila , dia dapat merasakan nafas lelaki itu yang kedengaran terlalu dekat dengan telinganya. Bulu romanya meremang membayangkan dirinya yang sedang dipeluk lelaki itu.

Perlahan - lahan tangannya diangkat supaya tidak mengejutkan sang suaminya. Dia cuba meraba - raba badannya untuk merasai sama ada pakaiannya masih meliputi tubuhnya ataupun tidak.

“Ya Allah, janganlah mamat ni buat benda pelik-pelik. Macam mana aku boleh naik atas katil ni?” Hana Aishah berdoa di dalam hatinya. Dia amat pasti yang dia tidur di atas lantai di ruangan sempit antara rak buku dan meja mekapnya.

Selepas mengumpul kekuatan , perlahan - lahan Hana Aishah cuba melonggarkan pelukan lelaki itu untuk meloloskan dirinya. Nafasnya terhenti tiap kali lelaki itu bergerak.

Selepas beberapa kali dia cuba meloloskan diri tetapi tidak berjaya dia pasrah. Air mata yang keluar malam tadi , seperti sedang mencari jalan untuk keluar kembali.

Dia takut sekiranya lelaki itu menyentuhnya tanpa izin. Membayangkan bagaimana dalam masa tidak sampai 24 jam mereka sah bernikah , lelaki itu sudah berbuat sesuka hatinya walaupun Hana Aishah tidak bersetuju cukup untuk memberikan bayangan kehidupannya selepas ini bersama lelaki bernama Tengku Fakhrul.

Selepas bertungkus lumus Hana Aishah berjaya melonggarkan kedua - dua belah tangan lelaki itu yang memeluk pinggannya. Sekarang dia hanya perlu menggulingkan diri keluar daripada pelukan lelaki itu.

“Aahh” jeritan Hana Aishah itu diikuti dengan tawa Fakhrul. Hana Aishah sudah jatuh terjelepuk di atas lantai dan mukanya tersembam di atas lantai.

Dia dapat merasakan dirinya yang diangkat dan diletakkan di atas katil tetapi tidak mampu berbuat apa - apa kerana kesan impak di terjatuh tadi.

Lampu bilik yang terbuka membuatkan wajah Fakhrul yang sedang tersenyum menahan tawa itu jelas kelihatan. Muka Hana Aishah dimasamkan.

“What were you trying to do Hana Aishah?” Hana Aishah dapat mendengar perlian Fakhrul itu. Dia berusaha untuk mendudukkan dirinya di atas katil tetapi bahagian belakang badannya terasa amat sakit akibat impak dia terhentak di atas lantai tadi.

“Aaahhh sakit” air matanya sudah bertakung di kelopak mata kerana malu dan geram dengan dirinya yang selalu bernasib malang itu.

“Lie down, I need to check you for any injuries” Fakhrul cuba menyentuh Hana Aishah tetapi isterinya itu menepis tangannya.

“Can you stop being stubborn? Why do you want to fight me at every single opportunity you get and ended getting hurt?” suara Fakhrul sudah meninggi kerana kesabarannya mula menipis melayani kerenah isterinya itu.

Malam tadi , dia perhatikan sahaja segala tingkah laku Hana Aishah daripada sikap wanita itu yang sentiasa melarikan diri daripadanya sehinggalah pabila Hana Aishah tidur di atas lantai. Setelah dia pasti Hana Aishah telah terlelap , dia mengangkat isterinya itu dan dibaringkan di atas katil.

“I hate you. I don’t like you. Faham tak? “ suara sebak Hana Aishah itu sedikit sebanyak melegakan amarah Fakhrul tadi.

“I don’t care Aishah. I’m your husband now , so deal with it” satu jelingan tajam daripada Fakhrul cukup untuk mengentikan tindakan Hana Aishah yang mahu memukul tangannya yang sedang memeriksa dirinya.

“Turn to your lateral position” apabila Hana Aishah hanya berbaring keras tidak mahu bergerak , Fakhrul menukar posisi Hana Aishah dengan kasar sehingga isterinya itu menjerit kesakitan.

“Nothing bad, just some muscle pain. If it gets too bad let me know , we’ll do some x ray. Come on , let’s sit up and try to walk” Fakhrul membantu Hana Aishah untuk duduk di birai katil pengantin mereka sebelum membantu Hana Aishah yang masih berbaju kurung itu berdiri.

Hana Aishah masih membatu. Kesakitannya hanya tuhan yang tahu saat itu. Hentakan yang dirasainya itu amat kuat ditambah pula katilnya yang dahulu sudah ditukarkan dengan dengan katil baru yang jauh lebih tinggi.

“Sakit sangat ke” suara lelaki itu lembut bertanya apabila melihat air mata Hana Aishah yang sudah mengalir itu. Hana Aishah yang sedang memaut lengannya itu hanya diam membisu. Matanya difokuskan ke lantai bilik tidurnya yang dilitupi karpet berbulu warna krim yang lembut itu.

“Why are you doing all of this Aishah? Don’t fight this please. I want to make this work” jari Fakhrul mengangkat dagu Hana Aishah supaya wajah isterinya itu memandang ke arahnya. Rambut Hana Aishah yang serabut itu dielusnya lembut. Air mata gadis itu yang masih mengalir dilapnya.

“We’re married already so there’s no point fighting it. Sayang nak apa? Tell me what do I have to do to make you smile. Hmmm” mendengar suara lelaki itu lembut bertanya , esakan Hana Aishah bertambah hebat.

Tanpa Hana Aishah sedari , lelaki itu memeluknya erat. Di dini hari itu , Hana Aishah menangis semahu di dalam pelukan Fakhrul. Segala kemarahan , kekecewaan dan kebenciannya dihamburkan. Dia pasrah sekiranya itu takdir dirinya. Sekiranya itu takdir mereka.

**********************************


“Mak” Teacher Basirah yang sedang memotong tembikai itu memalingkan mukanya memandang ke arah Fakhrul yang sedang berdiri di laluan masuk ke dapur rumahnya itu.

“Fakhrul buat apa dekat dapur ni?” Teacher Basirah segan pula dengan keadaan dapurnya yang penuh dengan periuk belanga itu.

“Mak nampak Aishah tak? Lepas breakfast tadi , she’s gone missing” segan pula Fakhrul mahu bertanya tetapi sudah puas di mencari di sekitar rumah mertuanya.

Selepas adegan pagi tadi , Hana Aishah terlelap kembali di dalam pelukan Fakhrul. Sewaktu Fakhrul mengejutkan isterinya untuk solat subuh , Hana Aishah hanya diam membisu.

Usai menunaikan solat subuh ,tidak sempat Fakhrul hendak memanggil Hana Aishah untuk membincangkan hal mereka. Seperti lipas kudung isterinya itu sudah hilang daripada pandangannya.

Dia sempat menarik Hana Aishah untuk bersarapan dengannya. Seperti biasa, Hana Aishah akan lebih banyak berdiam diri apabila Fakhrul berada di sampingnya. Sewaktu dia turun tadi , riuh dia mendengar suara isterinya itu berborak dengan sanak saudara tetapi sesampai sahaja Fakhrul di situ , Hana Aishah terus menjadi pendiam.

“Ish mana pulak budak sorang ni.”

“Rindu bini dah ke Fakhrul. Baru sekejap tak jumpa” usikan Mami Bazirah, ibu saudara Hana Aishah itu membuatkan Fakhrul termalu sendiri.

“Biarlah dia Baz. Yang dia cari bini dia. Awak tu waktu awal kawin pun sama je , macam belangkas dengan laki awak” ibu Teacher Basirah yang sedang mengacau lauk di atas dapur itu menegur anak perempuannya yang suka sangat mengusik orang.

Terus dimuncungkan mulut. Fakhrul pula sudah tersenyum melihat gelagat mereka. Patutlah isterinya itu , sikit - sikit dimuncungkan mulutnya kalau merajuk, memang keturunan agaknya.

“Fakhrul dah cari dalam bilik mak” Teacher Basirah yang memakai jubah berwarna kuning itu bertanya. Fakhrul menggelengkan kepalanya.

“Fakhrul pergi tengok dalam bilik mak tu. I’m sure she’s there” melihat gelengan menantunya itu, dia pasti anak gadisnya itu berada di dalam bilik mereka.

“Is it ok?” Fakhrul merasa tidak selesa untuk masuk ke bilik mertuanya. Di rumah mereka , mereka tidak akan masuk ke bilik satu sama lain apatah lagi bilik ibu bapa mereka.

“Ish tak apa lah Fakhrul. Budak - budak ni memang macam tu. Bilik sendiri bukan main cantik mak design tapi last sekali semua bertenggek dalam bilik mak” Teacher Basirah menggelengkan kepalanya memikirkan perangai anak - anaknya.

Hana Azuwa yang sudah berkahwin itu pun tiada kurangkannya. Kalau suami pergi ke luar negeri kerana urusan kerja , penuh biliknya dengan anak cucunya.

“Ok mak. Thank you” Fakhrul menggerakkan kakinya menuju ke bilik mertuanya.

Semalam baru Fakhrul tahu betapa besarnya keluar Hana Aishah. Adik beradik Teacher Basirah seramai 6 orang manakala adik beradik ayahnya pula seramai 8 orang. Maka rumah mertuanya sekarang ini penuh dengan sanak saudaranya.

“Kalau kenduri memang macam ni Fakhrul. Kami semua akan berkumpul dalam satu rumah. Selalunya keluarga abah ulang alik je sebab duduk area KL tapi keluar mak memang akan berkampung dekat sini. Most of them are from Johor and Melaka” Fakhrul masih ingat penerangan Kapten Azam semalam sewaktu memperkenalkan setiap ahli keluarga mereka kepada Fakhrul.

Fakhrul mengetuk pintu bilik mertuanya sebelum melangkah masuk. Bilik tidur yang luas itu kelihatan sangat cantik dan ini pasti hasil tangan ibu mertuanya. Bilik tidur berwarna biru laut itu kelihatan cantik dengan rekaan klasik.

Sekujur tubuh isterinya yang sedang berbaring mengiring itu dipandangnya lega. Risau juga dia sekiranya Hana Aishah melarikan diri.

Tubuh isterinya yang memakai sepasang seluar palazzo berwarna hitam dan blaus berwarna maroon itu tidak berselimut.

Tudung Hana Aishah yang telah ditanggal itu tercampak di hujung kaki isterinya. Fakhrul melihat rambut ikal mayang Hana Aishah yang panjang separas atas punggung itu. Rambut isterinya yang berwarna hitam dilepaskan tanpa sebarang ikatan.

Fakhrul melabuhkan punggungnya di birai katil bersebelahan isterinya itu. Muka Hana Aishah yang dilindungi rambut yang berjurai ke depan itu disisip ke tepi telinga. Muka Hana Aishah berkerut menunjukkan ketidak puasan hatinya kerana tidurnya terganggu.

Fakhrul tersenyum sendiri sebelum matanya meneroka segenap wajah wanita yang bergelar isterinya itu. Kening yang lebat itu , bulu mata yang lebat dan lentik secara semula jadi , hidungnya yang sangat mancung itu dan bibir nipis yang kelihatan pucat. Bibir yang menjadi tempat persinggahannya semalam.

Tangannya mengelus lembut pipi yang kelihatan cengkung itu. Matanya kembali ke arah lingkaran hitam di sekeliling mata Hana Aishah. Dia mengeluh perlahan kerana dia pasti dia adalah punca isterinya itu kelihatan tertekan seperti itu.

“I’m not sorry because in the end I get you” perlahan bisikan itu diluahkan Fakhrul.

Matanya memandang ke arah jam tangan di pergelangan kirinya. Jam menunjukkan pukul 12 tengah hari. Malam ini mereka majlis resepsi mereka akan berlansung jam 8.30 malam.

Dia kasihan melihat Hana Aishah yang kelihatan letih itu tetapi sekurang - kurangnya selepas majlis resepsi yang menggabungkan majlis kedua - dua buah keluarga ini, tiada lagi majlis lain.

“Aishah” perlahan dia mengejutkan isterinya itu. Dia mahu Hana Aishah berehat tetapi dia mahu Hana Aishah berehat di dalam bilik mereka.

“Emmm” Hana Aishah tanpa dia sedari memeluk lengan kanan Fakrul dan dirapatkan ke dadanya. Fakhrul tersenyum melihat Hana Aishah menggesel pipinya ke telapak tangan kanan Fakhrul itu.

“Sayang” entah mengapa panggilan itu secara automatik terkeluar daripada bibirnya semalam.

Dia merasa selesa memanggil isterinya dengan panggilan sayang sepertimana dia selesa memanggil Hana Aishah dengan panggilan Aishah walaupun kebanyakan orang menggunakan nama pertama isterinya.

Kali ini digerakkan sedikit bahu Hana Aishah dan gadis itu menukar posisi tubuhnya dan berbaring terlentang di atas katil kayu jati bersaiz king itu. Mata Fakhrul tercacap pada blaus isterinya yang terselak menampakkan bahagian abdomen Hana Aishah.

Matanya meneliti bulu halus yang meliputi perut Hana Aishah dan pusat yang kecil itu. Lama mata tercacap di bahagian badan isterinya yang terdedah sebelum tangan kirinya bergerak ke arah bahagian terdedah itu dan menarik blaus berkain kapas itu turun.

“Sayang. Wake up. Jom tidur dekat atas” suara Fakhrul kedengaran tegang. Dia sedang mengawal dirinya apabila mendengar rengekan manja Hana Aishah itu.

“Ngantuk. 5 more minutes” suara serak basah Hana Aishah meminta manja. Fakhrul menarik nafas panjang sebelum memandang ke arah mata isterinya yang masih terpejam itu.

“Sayang. Don’t temp me. I’m trying to take things slow with you” suara Fakhrul memberi amaran itu kedengaran kelakar di minda Hana Aishah yang sedang mamai itu. Hana Aishah memuncungkan mulutnya sebelum mengiring bertentangan dengan Fakhrul.

“Astaghfirullahalazim. Seriously Aishah. You’re asking for it” Fakhrul sedang beristighfar menahan dirinya daripada menyentuh isterinya.

Mata Fakhrul jatuh ke bahagian punggung Hana Aishah. Blausnya sudah terangkat , manakala seluar palazzo yang berkain lycra yang melekap itu membuatkan bentuk pinggang sehingga kakinya kelihatan jelas.

Terlapak tangan kirinya sudah jatuh di kulit isterinya yang terdedah di belakang menampakkan pinggang Hana Aishah yang ramping itu.

“Fakhrul. Jumpa tak adik?” Fakhrul yang mendengar laungan ibu mertuanya itu terus berdiri dan sekaligus merentap lengan kanannya daripada pelukan Hana Aishah.

Hana Aishah pula terjaga kerana rentapan itu dan terkebil - kebil memandang Teacher Basirah yang sedang berdiri bercekak pinggang di kaki katil.

“Ya Allah adik. Dah jadi isteri orang pun tidur sampai matahari yang atas kepala. Ish budak ini” Teacher Basirah membebel sambil menampar punggung anak perempuannya itu.

Matanya memandang ke arah Fakhrul yang sedang berdiri tercegat di birai katil. Muka menantunya itu kelihatan tegang barangkali kerana melihat isterinya yang masih tidur tidak ingat dunia itu.

“Mak! Sakit lah . Apa ni main pukul2 punggung orang” Hana Aishah menggosok punggungnya sambil kembali berbaring dan memeluk bantal peluk yang direntap daripada pelukannya tadi.

“Adik. Bangun. Tengok ni , Fakhrul cari adik daripada tadi ni” mendengar ayat Teacher Basirah itu Hana Aishah hanya tersenyum gembira sambil melelapkan matanya.

“Don’t tell him I’m here. Biar je dia cari mak, nanti dah penat dia berhentilah tu. I’m so sleepy, let me sleep” Hana Aishah meminta manja. Teacher Basirah menggelengkan kepalanya melihat kerenah anaknya seorang ini.

“Ni ha, bagi tahulah sendiri adik oi” pecah ketawa Teacher Basirah melihat anaknya yang kelam kabut bangun daripada pembaringannya itu. Matanya bulat anak itu memandang ke arah Fakhrul

“I’m sorry Fakhrul. Adik ni kalau dah tidur memang tak ingat dunia” Teacher Basirah segan pula kerana sikap anaknya yang tidak bertanggungjawab itu. Fakhrul yang memakai seluar Track dan T Shirt itu hanya tersenyum memandang ibu mertuanya.

“Its ok mak. She’s tired. Fakhrul actually nak ajak Aishah tidur dekat atas teman Fakhrul. Penat semalam tak habis lagi” mendengar ayat Fakhrul itu , lega hati Teacher Basirah.

“Hah! Dengar tu adik. Dah pergi naik bilik adik, tidur dekat atas. Awak tu untung tau dapat suami macam ni. Kalau dapat suami yang nak isteri bangun pagi , masak kemas rumah baru tau” Hana Aishah yang sedang mengikat rambutnya itu hanya memuncungkan mulutnya tanda protes.

“Come sayang” Fakhrul menghulurkan tudung sarung Hana Aishah yang terdampar di hujung katil itu. Hana Aishah merentap tudung itu daripada pegangan suaminya.

“Hana Aishah binti Azam! Kenapa kasar sangat dengan suami ni” suara Teacher Basirah meninggi melihat kekasaran anak perempuannya itu.

“Mak ni asyik marah adik je kenapa? I’m going off you , so there’s no need to make me feel like I don’t belong here” Hana Aishah meluru keluar selepas melepaskan geramnya.

“Lailahaillallah. Adik ni” Teacher Basirah terkejut mendengar amarah anak itu. Muka berubah sedih mendengar ayat Hana Aishah itu.

“Mak jangan ambik hati. Dia marah dekat Fakhrul sebab tu dia merajuk” Fakhrul memujuk ibu mertuanya. Dia tahu punca amarah Hana Aishah adalah dirinya tetapi isterinya melampiaskan kepada ibunya.

“Fakhrul sabar sikit dengan Aishah ye. Among all my children , she’s the most stubborn one but if you get over that , anak paling penyayang , paling selfless , paling pemurah . Ikut je cakap mak abah , tak pernah bantah. With her , you have to be firm but at the same time lembut” Teacher Basirah menasihati Fakhrul lembut.

“InsyaAllah mak. Mak doakan Aishah and Fakhrul” Fakhrul melihat wajah tua yang mirip Alif Haziq itu. Wajah Hana Aishah seorang sahaja yang mirip bapanya manakala yang lain semua banyak mengikut ibunya.

“Always. Jaga anak mak. Kalau dia buat salah tegur cara baik. Kalau... kalau nauzubillah Fakhrul dah tak boleh terima dia , pulang dekat mak abah cara baik” sebak suara Teacher Basirah meminta. Air matanya gugur.

“InsyaAllah , I will take care of Hana Aishah until the end of my life. Mak doakan Hana Aishah jadi isteri Fakhrul dunia akhirat” lega hati ibunya mendengar permintaan Fakhrul. Hatinya yakin lelaki ini yang terbaik untuk anaknya , Hana Aishah.

************************************

Suasana sunyi di dalam kereta BMW berwarna hitam itu. Kereta yang telah dihiasi reben dan bunga itu meluncur menuju ke arah Vila De Florence yang berada di taman persendirian milik sahabat Tan Sri Fadhil.

Fakhrul memandu keretanya sendiri walaupun keluarga mertuanya berkali - kali menyuruh Alif Haziq memandu mereka pergi menuju ke majlis resepsi tersebut.

Dia mahu bersendirian dengan isterinya. Hana Aishah telah membuat mogok dan tidak mahu berbicara dengannya semenjak kejadian di bilik mertuanya tadi. Fakhrul tidak mahu mengeruhkan keadaan , oleh itu dia hanya membiarkan Hana Aishah tanpa gangguan.

“Sayang marah lagi” sesekali mata Fakhrul memandang ke arah Hana Aishah yang masih membisu.

Sengaja Fakhrul menuju keluar dari rumah mertuanya seawal jam 6 petang. Mereka akan bersiap sedia di Villa tersebut supaya dapat menunaikan solat Maghrib sebelum mula didandankan oleh juru mekap.

“I’m sorry if I upset you” Hana Aishah terus terusan mendiamkan dirinya. Fakhrul mengeluh perlahan.

“Sayang. We need to talk. You cannot keep on doing like this. We need to work this out” bicara Fakhrul lembut.

“Ok. Sayang cakap , what don’t you like me doing?” Fakhrul menarik nafas dalam cuba menenangkan dirinya dan bersabar dengan Hana Aishah lansung tidak mahu melayannya.

“Don’t call me sayang” mendengar bicara Hana Aishah itu Fakhrul tersenyum gembira.

“Ok but you cannot call me Mr Fakhrul” Fakhrul membuka bicara.

“Fine then nak panggil apa?” walaupun tona Hana Aishah itu kasar tetapi Fakhrul tetap bersyukur kerana sekurang - kurangnya isterinya itu mahu berbicara.

“Up to you. Abang , baby , sweeheart , honey ... hmm what else is there” suara Fakhrul yang serius itu membuatkan Hana Aishah menjulingkan matanya menyampah.

“Eee. Tak nak lah geli” Hana Aishah membuat gaya seperti mahu termuntah dan tawa Fakhrul pecah.

“Ok then, abang kena panggil sayang , sayang lah. Sebab sayang tak nak call me with the name I request you to call me by. I thought you want everything to be fair kan” suara Fakhrul tenang. Dia cuba mengawal reaksi dan tona suaranya supaya tidak kedengaran mengusik. Merajuk pula nanti isterinya.

“Ee. Menyampahlah. I panggil nama you lah. Fakhrul” Fakhrul hanya mengangkat bahunya , tidak mengiakan mahupun menidakkan.

“I will keep calling you sayang then. Ok moving on to next one” Fakhrul tersenyum sendiri manakala Hana Aishah pula sudah tersenyum gembira membayangkan syarat dia yang seterusnya.

“I don’t want to sleep with you” Fakhrul hanya mendiamkan diri mendengar syarat isterinya itu. Dia terpaksa menyabarkan dirinya dan mengingati nasihat Teacher Basirah siang hari tadi.

“Ok how about this. Sayang tidur satu katil dengan abang but I won’t do anything that you don’t like” Fakhrul terasa mahu ketawa membayangkan dirinya yang terpaksa membuat perjanjian dengan isterinya sendiri.

“No kiss , no hug , no cuddles, no inappropriate touch and sex is off the table” Fakhrul sudah beristighfar di dalam hatinya mendengar syarat - syarat isterinya itu.

“Ok but in public hand holding is allowed. Boleh tak abang nak peluk pinggang sayang. In public je. I promise” Hana Aishah sebenarnya terkejut melihat perubahan lelaki itu. Tengku Fakhrul yang dia kenal tidak pernah meminta tetapi hanya tahu mengarah.

“Kenapa you suka sangat pegang pinggang I?” Hana Aishah benar - benar mahu tahu kerana daripada sebelum mereka berkahwin sehingga sekarang lelaki itu sangat suka memeluk pinggangnya.

“Because I feel like you’re safer if I hold you by the hip” Hana Aishah terdiam mendengar ayat lelaki itu. Reaksi muka lelaki itu masih selamba walaupun ayat itu sedikit sebanyak meninggalkan kesan di hatinya.

“Ok but just in public” Fakhrul tersenyum gembira dan memegang tangan kanannya Hana Aishah dan menghadiahkan sebuah ciuman di permukaan tangannya.

“Thank you sayang” tergamam Hana Aishah tetapi cepat-cepat dia menarik tangannya.

“Excuse me this is not public ye” Hana Aishah mengeraskan suaranya walaupun jantung sudah sepeti mahu terkeluar.

“Sorry sayang. I was just being thankful “ mulut Hana Aishah sudah terlopong melihat perubahan lelaki itu. Matanya memandang ke arah suaminya yang sudah tersenyum gembira itu.

“Ok on to the next one. When I’m taking a bath , can you please stay out of the room. Susahlah nak tukar baju dalam bilik air” Hana Aishah mengingatkan adegan dia bajunya yang terjatuh ke atas lantai bilik air yang basah itu. Terpaksa dia memakai baju basah itu keluar.

“Alaa. Sayang tukar je lah baju in the room. I can’t touch but at least I want to look” suara manja Fakhrul meminta itu membuatkan pegangan Hana Aishah hampir goyah.

“Eeee gatalnya you ni. Nope” Hana Aishah cuba mengeraskan suaranya supaya tidak kedengaran goyah.

“Gatal dengan isteri abang pun. Fine then but wardrobe sayang , abang yang decide” Hana Aishah terdiam sekejap membayangkan permintaan lelaki itu. Kalau difikirkan selama ini memang lelaki itu yang menentukan pakaiannya dan tidak kira bagaimana dia mahu menolak , dia selesa dengan cita rasa lelaki itu.

“Fine tapi you lah kena shopping all my outfits” Hana Aishah tersenyum penuh kejayaan. Jimat duit dia membeli - belah.

“Ok. Tapi sayang janji abang decide all of your outfits ” mendengar suara Fakhrul yang semacam itu Hana Aishah merasa seram pulak tetapi dia tidak sanggup menukar bajunya di hadapan lelaki itu.

“Oook. You jangan buat pelik - pelik Fakhrul” walaupun terasa pelik , tetapi Hana Aishah cuba memanggil lelaki itu tanpa perkataan ‘Mr’.

“Anything else sayang” Fakhrul sudah tersenyum penuh makna.

“Hmmm. So far macam tak ada lagi but if ada nanti Aishah tambah” Fakhrul tersenyum gembira melihat Hana Aishah yang sudah mula mahu berbicara itu.

“Ok but I got 1 request” suara Fakhrul kedengaran tenang.

“Hmm. Apa tu?” Hana Aishah bertanya penuh curiga.

Hana Aishah memandang ke arah rumah agam berbentuk Victoria yang tersergam indah di hadapannya. Keunikan asli rumah lama itu membuatkan Hana Aishah tersenyum gembira. Dia sangat sukakan bangunan - bangunan lama yang penuh dengan sejarah itu.

Kereta mereka di letakkan di pintu utama rumah tersebut. Seorang penjaga valet sudah bersedia menanti di hadapan rumah dua tingkat itu.

“Promise me that you’ll try to put everything behind and try to accept this marriage” Hana Aishah memalingkan mukanya ke arah suaminya yang sedang menenung ke dalam matanya itu.

“I know whatever happen in the past is hard to be deleted but just please try to help me. I want this marriage to work. I love you whether you believe it or not. So help me to make you fall in love with me” anak mata hitam Fakhrul memandang tepat ke arah anak mata Hana Aishah.

Pengakuan Fakhrul itu membuatkan dirinya tidak keruan. Jantungnya berdegup kencang. Tidak pernah mana - mana lelaki pun meluahkan kata cinta kepadanya.

Suara Fakhrul yang yakin itu membuatkan dirinya tidak keruan. Betulkah apa yang didengarinya itu? Hana Aishah menundukkan pandangannya. Matanya tertacap pada selaur jeans berwarna hitam yang dipakai Fakhrul.

“Sayang janji , at least you’ll try?” permintaan Fakhrul itu terlalu tiba - tiba dan terlalu berat.

Hatinya yang sebelum ini amat yakin bahawa lelaki itu hanya mahu menyakitinya itu , menjadi ragu - ragu dengan kesemua pegangannya sebelum ini.

Tangan kiri lelaki itu mengenggam erat tangan kanannya yang sedang dikepal tanpa disedarinya.

“Tu ada orang sebab tu abang pegang” Fakhrul memberitahunya supaya isterinya yang kelihatan gelisah itu. Dia tidak Hana Aishah memarahinya kerana tindakannya memegang tangan isterinya yang dikepal menjadi penumbuk itu.

“Hana Aishah” panggilan Fakhrul itu membuatkan dirinya kembali ke dunia nyata.

“I will try but this is all very hard to be process right now. I ... I ... I need .. urmmm ... time “ tergagap - gagap Hana Aishah memberitahu. Fakhrul tersenyum gembira.

“Thats all I’m asking. Thank you sayang. Now lets get this party started” kelegaan yang didengari Hana Aishah itu membuatkan dirinya yakin dengan keputusan yang diberinya.

Mukanya diangkat dan dia memandang ke arah Fakhrul sebelum menghadiahkan segaris senyuman ikhlas yang tidak pernah dia berikan kepada lelaki bernama Tengku Fakhrul itu. Senyuman yang membuatkan lelaki yang bergelar suaminya itu terpaku.

Share this novel

d'lie
2021-12-11 04:46:44 

Saya akan pergi dari awak. jadi tak perlu buat saya rasa saya tak layak di sini


NovelPlus Premium

The best ads free experience