Chapter 60

Romance Completed 625623

“Abang. Can we just stay at our house this weekend? I’m feeling a bit tired lately” mereka sedang berjalan beriringan menuju ke arah tempat letak kereta pakar ketika itu.

“You do get tired easily lately. Ni baru jalan sikit sayang dah tercungap- cungap” Fakhrul meraih tangan kanan isterinya manakala tangan kanannya sibuk menaip di telefonnya.

“Work has been a bit busy lately. Aishah banyak duduk ICU sekarang. I prefer OT to be honest with you” Hana Aishah menarik nafas panjang melegakan kepenatan badannya.

“Sayang dah fikir nak masuk department mana after this” sewaktu mendengar pertanyaan suaminya Hana Aishah terus terdiam kerana saat itu Aiman muncul disebalik pintu kaca yang terbuka itu.

Fakhrul tidak perasan kehadiran Aiman kerana dia sedang melihat iPhone nya. Hana Aishah hanya memandang Aiman sepi. Mulutnya terkunci melihat lelaki yang kelihatan serabut. Aiman memandangnya sekilas sebelum meneruskan perjalanannya.

Hati Hana Aishah kerisauan melihat Aiman tetapi apakan dayanya. Dia tidak sanggup merosakkan kebahagian yang baru mula dia rasai semenjak sebulan lebih ini. Janjinya kepada Fakhrul membuatkan Hana Aishah terikat.

“Sayang. Abang tanya ni? Menung apa tu?” sentakan tangan Fakhrul itu mengejutkan Hana Aishah daripada lamunannya.

“Nothing. Sorry abang tanya apa tadi?” Fakhrul memandang Hana Aishah curiga tetapi dia tidak bertanya lanjut.

“Nothing. Abang lapar. Sayang masak tom yam malam ni” Hana Aishah hanya menganggukkan kepalanya laju mendengar permintaan suaminya.

Setiap hari ada sahaja permintaan suaminya. Walaupun dia penat tetapi Hana Aishah puas melihat suaminya tersenyum kekenyangan setiap kali menikmati juadah yang dia sediakan.

“Aishah rindu abang today. Extra” Hana Aishah memeluk lengan suaminya saat tubuh mereka selamat berada di dalam perut kereta BMW itu. Fakhrul merenung ke arah Hana Aishah yang kelihatan pucat itu.

“You look pale” bibir Hana Aishah dipicit lembut oleh Fakhrul sehingga bertukar merah.

“Ouch. Abang” Hana Aishah mengerutkan dahinya tidak berpuas hati kerana bibirnya dipicit.

“Now there’s some colour on it. But I know something that’ll give my favourite thin lips more colour and volume” Fakhrul mengenyitkan matanya sambil tertawa menggoda.

“Mengadalah abang ni. Cubit karang” Hana Aishah menepuk mesra lengan kiri Fakhrul yang dipeluknya itu.

“Tak nak cubit. Nak sayang gigit” muka Hana Aishah sudah membahang menahan malu saat itu. Suaminya kalau datang mood nak mengusik tidak kena tempat.

“Abang , start driving. Kata lapar tadi” Hana Aishah memalingkan mukanya ke sisi kiri.

“I like it when you blush. Look at me” Hana Aishah menggelengkan kepalanya. Kalau di dalam bilik tidur mereka Hana Aishah tidak kisah , tetapi kalau di tempat terbuka seperti ini Hana Aishah tidak reti bagaimana mahu membalas kemesraan suaminya.

“Sayang please” Hana Aishah mengeluh kecil sebelum memalingkan mukanya memandang ke arah suaminya yang sudah tersenyum simpul itu.

“I miss you. You’ve been busy this week. Tidur pun awal. Today teman abang” Hana Aishah menelan air liurnya. Kasihan lelaki itu.

“I’m sorry Abang. Aishah penat sangat seminggu dua ni. I hope after this it gets better. I’m getting the hang of ICU already” jadual Hana Aishah menjadi sibuk semenjak dua minggu lepas kerana ditukarkan ke ICU. Badannya penat semacam. Kalau dia letakkan kepalanya tidak sampai lima minit dia akan dibuai mimpi.

“Forgiven if sayang ganti balik my few nights of loneliness” Hana Aishah tersenyum lebar sambil menganggukkan kepalanya laju.

“Malam ni Aishah teman Abang. Esok Aishah oncall so I can sleep in late” Hana Aishah mengusap pipi suaminya lembut.

Fakhrul dapat merasakan bahagia yang sedang mekar di dalam hatinya. Hana Aishah sudah mula mengikut cakapnya. Tidak banyak membantah seperti awal dahulu. Rutin harian mereka semakin stabil apabila mereka memperbaiki komunikasi mereka.

Fakhrul sudah biasa bersendirian. Hatinya telah lama tertutup semenjak dia kecil. Luka dahulu cukup untuk mengajar dia erti kesakitan. Tetapi apabila Hana Aishah muncul di dalam hidupnya, dia terasa seperti kawasan yang terlarang di dalam hatinya kini telah dijajah wanita ini.

“I like touching that scar because that incident was the turning point for me. I saw you in a different light” Hana Aishah sedang asyik melihat pemandangan bandar yang mereka lepasi apabila suara suaminya kedengaran.

“Pardon me?” Hana Aishah merenung wajah suaminya yang sedang memandu itu pelik.

“Remember you ask me that day when we were at the pool side” Hana Aishah mengerutkan dahinya cuba mengingati persoalan yang pernah ditanyanya.

“Sayang tanya kenapa abang suka pegang your scar. Here” tangan kiri Fakhrul mendarat di pinggang sebelah kiri Hana Aishah.

“Ohh. Hmm. Betullah. Abang suka pegang scar tu” Hana Aishah memandang suaminya dengan muka penuh tanda tanya.

“Because it reminds me of how scared I was seeing you on that bed with so many tubes sticking into your body” mulut Hana Aishah terkunci tanpa reaksi saat mendengar pengakuan suaminya.

Dari minggu pertama mereka berkahwin , suaminya itu amat suka mengusap parut pembedahannya itu. Setiap kali tangan kasar itu menyentuh parut itu raut wajah Fakhrul akan bertukar tegang.

“Why? You hated me so much back then. Without reason. Nak cakap Aishah ni lembap or bodoh I don’t think I was that bad” Hana Aishah memasamkan mukanya mengingati pengalaman pahit berkerja di bawah seliaan suaminya.

“Entah” geram Hana Aishah mendengar balasan suaminya itu.

“Ee boleh pulak entah. You made my life a living hell ok. Aishah tak pernah rasa nak quit that bad you know. Abang jahat tau” Hana Aishah mencubit lengan suaminya kegeraman.

“Honestly I don’t have reason. I just don’t like you. And then after the accident I can’t get you off my mind” mendengar jawapan suaminya tiba - tiba Hana Aishah merasa takut.

“Abang kesian dekat Aishah ke?” kerana itukah lelaki itu beria sangat mahu mengahwininya.

“That , I sure do not. I’m sure of my feeling when I ask for your hand in marriage. I don’t marry someone because I pity them” lega hati Hana Aishah mendengar pengakuan suaminya.

“Nasib baik. Kalau abang tak sayang Aishah, siap abang” pecah tawa Fakhrul mendengar amaran isterinya.

“I thought sayang dah fed up dengar my love confession towards you. Siap cakap dekat Hariz lagi” giliran Hana Aishah pula tergelak besar melihat muka masam suaminya.

“Time tu tak cinta. Sekarang dah cinta mati. So I will never get tired of hearing your love confession. Abang cakap sejuta kali pun that feeling of being blown away will never fade. So don’t ever get tired of saying it ok” Fakhrul menggenggam erat tangan isterinya saat itu.

***********************************

“Sayang” Hana Aishah mengerutkan mukanya saat dia dapat merasakan tubuhnya yang sedang lena dibuai mimpi itu digerakkan.

“Sayang. Wake up” kali ini lehernya pula dicumbui berkali - kali. Hana Aishah sudah menggeliat kegelian. Tubuhnya yang sedang berbaring mengiring itu ditelentangkan.

“Emmmm” mata Hana Aishah digesek menggunakan tangannya. Berat betul matanya saat itu. Dalam kesamaran itu Hana Aishah dapat melihat wajah suaminya yang memandangnya kerisauan.

“Abang” suara serak basah Hana Aishah kedengaran. Fakhrul melihat isterinya yang masih bertelekung itu.

Tadi usai mereka solat maghrib , Fakhrul terus ke pejabat mininya yang terletak di tingkat kedua rumah banglo itu untuk menyelesaikan tugasan pengajian masternya. Apabila perutnya mula berentak irama barulah dia sedar jam yang sudah menunjukkan pukul 9 malam itu.

Kakinya melangkah menuju ke dapur mencari isterinya tetapi melihat dapur yang gelap gelita itu dia menjadi pelik. Kakinya terus dihalakan menuju ke bilik tidur mereka. Fakhrul menggelengkan kepalanya melihat isterinya yang sudah tertidur dengan telekung putih yang masih dipakainya.

“Sayang. Kenapa ni? You look so tired. Abang risau lah” Fakhrul mengelus lembut pipi isterinya yang sudah berbirat mengikut corak sulam telekung isterinya. Fakhrul membuka telekung yang dipakai isterinya itu.

“Mmm abang. What time is it?” Hana Aishah menggeliat di atas katil sebelum mendudukkan dirinya. Tubuh suaminya yang sedang duduk di birai katil itu dipeluk erat. Kepalanya dibaringkan manja di dada suaminya yang tidak berbaju itu.

“Its 9 already sayang. Kenapa penat sangat ni” Hana Aishah yang mendengar ayat suaminya itu terus membuka matanya luas. Terkebil - kebil dia melihat wajah suaminya yang kerisauan itu.

“Abang. Aishah tak masak lagi. Astaghfirullahalazim. Kesiannya abang. You must’ve been hungry” Hana Aishah menolak tubuh suaminya sebelum berdiri. Saat itu dia dapat rasakan buminya berpusing.

“Ya Allah. Sayang. What’s wrong with you? Are you okay?” nasib baik Fakhrul sempat menyambut Hana Aishah yang sudah terhuyung hayang itu. Fakhrul membaringkan isterinya kembali di atas katil.

“Oh God. My head is spinning. Abang..” air mata Hana Aishah sudah bertakung di tubir matanya. Badannya diiringkan ke kanan. Dia dapat merasakan urutan di kepalanya.

“Sayang. Kenapa ni? You’re not well” Fakhrul melihat tubuh isterinya yang sudah meringkuk seperti bayi di atas katil kelamin mereka.

“Nak muntah. I’m so nauseous” Hana Aishah memeluk perutnya yang sedang memulas itu. Dia dapat rasakan bila - bila masa sahaja isi perutnya akan dimuntahkan.

“You’re sweating. Did you skip your meal?” Fakhrul bangun daripada katil dan menuju ke almari mekap yang berada di hujung katil itu. Tangannya laju mencapai minyak cap kapak sebelum dia menuju ke arah isterinya kembali.

“I skip lunch but I had big breakfast dengan abang pagi tadi” Hana Aishah memejamkan matanya rapat cuba menahan gelodak di perutnya itu.

“Sayang ni kan. You know you have bad tummy tapi nak skip jugak lunch” Fakhrul membebel sambil menyelak gaun tidur isterinya itu. Minyak cap kapak ditangannya dibuka sebelum dititiskan di atas telapak tangan kirinya.

“Abang. Busuklah” Hana Aishah menolak tangan suaminya sehingga terpelanting minyak cap kapak itu. Tidak sempat Fakhrul hendak memberi reaksi, Hana Aishah sepantas kilat duduk di atas tilam.

“Uweekk” segala isi perut Hana Aishah dimuntahkan kedada suaminya yang tidak berbaju itu.

Fakhrul hanya beriaksi tenang. Perlahan - lahan dia mengusap tengkuk isterinya. Hana Aishah masih memuntahkan isi perutnya. Apabila sudah tiada isi yang mampu dia luahkan , kepalanya disandarkan di bahu suaminya itu. Air matanya mengalir deras menahan keperitan di kerongkongnya.

“Dont cry sayang. Its ok. Its out already” Fakhrul memujuk sambil tangan kanannya memicit tengkuk Hana Aishah.

“My head hurt so much” esakan Hana Aishah kedengaran. Fakhrul memujuk isterinya lembut.

Apabila Hana Aishah sudah sedikit tenang Fakhrul mengambil selimut yang sudah terkena muntah isterinya dan mengelap badannya yang basah dengan muntah isterinya itu. Dia mengendong Hana Aishah ke dalam bilik air.

“Why are you crying sayang?” Fakhrul menanggalkan gaun tidur isterinya sebelum meleraikan ikatan rambut Hana Aishah itu.

“I’m sorry I vomited on you. I couldn’t hold it in” Fakhrul memandang isterinya yang kelihatan sedih itu. Air mata wanita itu yang mengalir lebat dikesat menggunakan telapak tangannya. Dia mengucup dahi Hana Aishah lembut.

“I don’t care about the vomit. Abang tak nak sayang sakit. Now dah lega sikit kan lepas muntah” Hana Aishah menganggukkan kepalanya perlahan.

“Lets take a bath first and then I’ll make porridge for you ok” Hana Aishah hanya membiarkan segala perlakuan suaminya.

Dengan penuh hati - hati tubuhnya dibersihkan daripada sisa muntahnya. Air mata Hana Aishah mengalir perlahan. Sedikit demi sedikit Tuhan sedang tunjukkan kepada Hana Aishah. Lelaki ini yang dia benci sepenuh hati suatu masa dahulu adalah lelaki sama yang sedang menjaganya penuh rapi dan kelembutan dikala dia sakit.

Lelaki yang suatu ketika dahulu pernah membuatkan dia meninggalkan makanannya tanpa dijamah dan berjalan dibawah terik matahari kerana dihina perempuan murahan adalah lelaki sama yang sedang memasakkan juadah untuk dirinya yang sakit.

Betullah firman Allah di dalam kitab sucinya.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

“Abang. Thank you” Hana Aishah sedang duduk di sofa di ruangan keluarga mereka. Dia merenung ke arah suaminya yang sedang mencedok bubur nasi daripada dalam mangkuk kaca berwarna biru itu.

“For?” Hana Aishah menolak sudu yang berisi bubur yang disuakan kemulutnya itu. Fakhrul merenung Hana Aishah apabila suapannya ditolak.

“For taking care of me. For not being disgusted with me when I’m sick. For loving me. For being patience with me despite me constantly pushing you away. For fighting for us when I’m trying to sabotage our relationship from day one. For .... for everything” air mata Hana Aishah mengalir lebat.

Usai mereka mandi tadi , Hana Aishah sendiri tidak mampu menahan loyanya apabila muntahnya yang masih tidak bercuci di atas katil mereka itu menusuk ke rongga hidungnya. Tetapi Fakhrul tetap beriaksi tenang.

Setelah menyiapkan Hana Aishah dan dirinya , Fakhrul mengendong Hana Aishah turun ke ruangan keluarga rumah banglo itu. Hana Aishah dibaringkan di sofa lembut itu sebelum Fakhrul menyelimutkan tubuh Hana Aishah yang sedang mengigil kesejukan itu.

Kaki Fakhrul melangkah laju menuju ke dapur untuk menyediakan bubur untuk Hana Aishah apabila Fakhrul pasti isterinya itu sudah selesa di sofa itu.

Sementara menunggu bubur itu selesai, kakinya melangkah menuju ke bilik mereka untuk membersihkan muntah isterinya. Cadar ditukar baru manakala jendela dibuka untuk menyegarkan kembali udara di dalam bilik kelamin mereka.

“Sayang.... Don’t cry. Sayang isteri abang. I told you right. We’re in it till forever. Nothing will take you away from me except for death” Hana Aishah memeluk tubuh suaminya erat.

“Aishah sorry. I love you so much. Abang jangan tinggalkan Aishah. Even if the whole world is against us. Aishah nak abang sampai syurga” malam itu rasa sebak Hana Aishah menjadi - jadi.

Fakhrul meletakkan mangkuk yang masih berisi bubur itu di atas meja kayu bertentangan dengan sofa itu. Dia memeluk tubuh Hana Aishah rapat. Lama dia mengucup rambut isterinya yang masih lembap itu.

“Kenapa sensitif sangat ni? Abang tak marah sayang pun. Now be my good girl and finish the porridge ok. I want you to get better” Hana Aishah menganggukkan kepalanya lemah. Walaupun perutnya sudah tepu tetapi mendengar permintaan suaminya , dia cuba menghadamkan jugak bubur nasi itu.

Fakrul merenung isterinya pelik. Hatinya kuat mengatakan isterinya berbadan dua tetapi dia tidak mahu mengecewakan wanita itu. Bulan lepas , apabila hadi isterinya tidak kunjung tiba Hana Aishah dengan terujanya membuat ujian kehamilan.

Wajah kecewa isterinya masih terbayang - bayang di ingatannya apabila melihat keputusan negatif. Tetapi kali ini , melihat pada perubahan pada tubuh dan perangai isterinya Fakhrul dapat merasakan ada nyawa baru yang sedang tumbuh di rahim isterinya.

Tangan Fakhrul mengelus lembut bahagian abdomen isterinya. Hana Aishah yang sedang tidur lena sambil memeluknya erat itu ditenungnya penuh cinta. Wajah polos yang kelihatan pucat itu dikucupnya penuh bahagia.

“Ya Allah. Kalau ada nyawa baru di sini, kau lindungi nyawa itu daripada segala amarah aku. Cukup sekali” perlahan doa itu Fakhrul bisikkan ke abdomen isterinya. Dia mengusap lembut perut yang masih kempis itu. Dia takut sekiranya anak mereka akan menjadi korban dirinya yang tidak mampu mengawal emosi sendiri untuk kesekian kalinya.

*********************************

“Cha. Kenapa monyok je ni?” Sakinah merenung wajah sahabatnya yang sedang menguis laksa di dalam mangkuk plastik di hadapannya.

“Mana ada monyok. Happy tau dapat jumpa my baby girl” Hana Aishah cuba untuk tersenyum lebar tetapi masih kelihatan tidak ikhlas di mata Sakinah. Dia lebih kenal Hana Aishah daripada gadis itu sendiri. Hana Aishah boleh menipu orang lain tetapi bukan Sakinah.

“Don’t lie to me Cha. I know you. Whats up?” Hana Aishah mengeluh berat.

Dia bersyukur sangat kerana Fakhrul membenarkannya bertemu dengan Sakinah hari jumaat itu. Itupun sementara lelaki itu pergi menunaikan solat jumaat. Cukuplah 2 jam untuknya.

“Its ok Kina. Just pray for me ok. I don’t know what I’m feeling to be honest. Dalam hidup ni tak semua yang kita nak kita dapat kan” Hana Aishah tersenyum pahit.

“Is it him?” Hana Aishah melarikan pandangannya daripada mata Sakinah yang sedang merenungnya.

“Did he hurt you?” laju Hana Aishah menggelengkan kepalanya.

“He loves me. Too much” Sakinah melihat wajah suram Hana Aishah saat kata - kata itu melintasi mulut sahabat baiknya itu.

“Then whats the problem? Ya Allah Cha kau tau tak how many people wants that kind of love. Dia cinta mati pun kau stress ke?” Sakinah merenung sahabatnya yang memakai jubah satin berwarna emerald yang dipadankan dengan tudung bokitta itu.

“That’s why I said, you will never understand. No one will. Aku kena belajar. Belajar terima hakikat yang kalau kami nak bahagia, aku kena dengar cakap dia. And now I can’t even run away” secara automatik kedua - dua belah tangan Hana Aishah memeluk abdomennya.

“Cha. Why are you talking like this? Kenapa ni?” air mata Hana Aishah sudah muka bertakung.

“I’m scared. I’m losing myself” lancar sahaja Hana Aishah menutur bicara.

“I don’t understand “ Sakinah merenung ke arah Hana Aishah yang sudah memeluk perutnya itu.

“Entahlah Kina. Makin lama , I’m losing more and more things that are precious to me. I love him so damn much but everything have to follow him. Every single thing he will decide” Hana Aishah melihat ke arah Sakinah yang kelihatan bingung itu.

“Contoh?” Sakinah tidak mahu cepat menghakimi Hana Aishah mahupun Fakhrul.

“Susah Kina. He’s my husband. Aib dia aku kena jaga. Tapi cukuplah kau tahu yang nak jumpa kau 2 jam ni pun aku kena merayu dekat dia. Aku rindu kau. Aku rindu kawan - kawan aku. Aku rindu nak keluar jalan - jalan. Aku rindu kebebasan aku” Hana Aishah meluahkan segala yang dirasainya.

“Cha. Kenapa sampai macam tu?” Sakinah tidak mempercayai apa yang didengarinya saat itu.

“Aku tak tahu Kina. Aku cuba. Every damn day I try to tell myself its ok. Its gonna be fine. Its not a jail. You love him. This is the sacrifice that you need to make. For him and especially now for our b...” Hana Aishah cepat - cepat mengigit bibirnya menghentikan bicara. Nasib baik rahsia yang dia bawa selama seminggu ini tidak terlepas daripada mulutnya.

“You mean for that little jelly bean growing inside of you” Sakinah merenung Hana Aishah dengan senyuman simpulnya.

“How did you...? Emm mana ada” Hana Aishah cepat - cepat melarikan wajahnya. Mulutnya mahu mengkhianatinya dengan mengukir senyuman.

“You came in walking also I knew already you’re pregnant. Its like when you were pregnant with the first one” saat kata - kata itu diutarkan Sakinah , kerongkong Hana Aishah terasa sempit. Kehilangan anaknya itu terasa seperti masih baru.

“Cha. I’m sorry. I didn’t mean to upset you” Hana Aishah mengesat air matanya yang mengalir itu. Senyuman pahit terukir dibibirnya.

“Don’t be Kina. You didn’t upset me pun. Its still fresh that why it still affect me” Hana Aishah menggenggam tangan kanan Sakinah kuat.

“Cha. I know its hard and I can’t even imagine being in your shoe. But only you have the answer. Sometimes in life we have to think about what will make us and others happy. And bukan everytime we can get both. Aku tahu kau kuat sebab tu Allah uji kau. Kalau aku dah lari agaknya dapat laki macam tu” Sakinah cuba membuat lawak sambik menasihati rakannya itu.

“Kalau aku tak nak kuat? Kalau jadi kuat meaning aku kena hadap all this tests then I dont want to be strong” Sakinah mengeluh panjang melihat muka Hana Aishah yang seperti hilang dalam perasaannya sendiri.

“Cha. Jangan macam ni. Aku risau. Nanti aku try datang melawat kau kerap. Ok?” Sakinah memberi janjinya.

“Cannot. I can’t invite anyone without his permission. He doesnt like having outsiders inside his house” Hana Aishah hanya tersenyum hambar melihat muka Sakinah yang seperti tidak percaya itu.

“Yeah Kina. Sebab tu aku rasa macam dalam penjara. Aku sayang dia. Separuh mati. I don’t think I can live without him but he’s suffocating me. Aku cuba. Percayalah. Aku cuba untuk ikut rentak dia tapi makin lama aku rasa aku makin lemas. We argue that day because he wanted me to quit” Sakinah yang menyedut air milo ais nya itu terus tersedak mendengar kata - kata sahabatnya itu.

“Kepala otak dia. Kau jangan Cha. I know how much you wanted this job. You cried so hard when you couldn’t get into any medical program at IPTA. You’re a wonderful doctor. Don’t you dare quit” muka Sakinah sudah bertukar garang saat itu. Panas pulak hati dia mendengar ayat Hana Aishah itu.

“Aku dah malas nak argue dengan dia Kina. I think sooner or later aku akan quit. Same like how I’ve been sacrificing everything to make him happy. Aku penat dah. He wants me to stay at home when we start having kids” Hana Aishah memicit kepalanya yang mula berdenyut itu.

“Kids? I thought you only want like what one kid max” Sakinah memandang Hana Aishah dengan pandangan tidak percaya. Dia masih ingat sewaktu mereka berborak tentang perkahwinan.

Hana Aishah hanya mahukan seorang anak sahaja. Alasannya kerana dia mahu fokus membesarkan seorang anak itu sahaja dan dia tahu kerjayanya akan membuatkan dia kesuntukan masa memberikan perhatian kepada anaknya kelak.

“We’ll apparently I have to give birth to 6 kids for him” saat kata - kata itu melepasi bibir Hana Aishah , mulut Sakinah sudah melopong besar tidak percaya.

“Hello there. Kawan aku still ada dekat dalam tu ke? Where’s my spiritful girl ChaCha?” Hana Aishah tertawa hambar saat melihat reaksi Sakinah itu.

“That girl is gone Kina. Apparently this is how marriage is suppose to be. A marriage that I never want but now that I’m in it I cant seem to find my way out anymore. Kenapa cinta ini menyakitkan Kina?” suara sebak Hana Aishah kedengaran. Sakinah terdiam membisu.

“Dah. I don’t want to talk about him. Now its all about me and you. 2 jam pun 2 jam lah. We’ll make the best out of it. Lets finish this food then we’ll go shopping. I know my ChaCha is still there. You just need this lion to bring that tiger out from you” gembira Sakinah saat melihat tawa Hana Aishah itu.

Kadang - kadang dia sendiri sering bertanya kepada Tuhan. Mengapa besar sangat ujian untuk seorang manusia berhati mulia seperti Hana Aishah. Dia tidak mampu mengira betapa baik dan pemurahnya hati Hana Aishah kalau hendak dibandingkan dengan dirinya.

“Keep that smile my smiling angel. You might not want to be strong tapi sejak lahir lagi aku rasa Allah dah bagi kekuatan untuk kau. Kekuatan yang hanya milik kau dan yang kau pun tak tahu” Hana Aishah menganggukkan kepalanya perlahan mendengar kata - kata Sakinah itu.

*********************************

Hana Aishah sedang mengelap rambutnya yang basah itu menggunakan tualanya. Kakinya melangkah daripada bilik persalinan mereka ke arah katil kelaminnya. Langkahnya terhenti saat melihat suaminya yang sedang menyelongkar beg membeli belahnya tadi.

Hana Aishah menahan rasa di hati melihat perlakuan suaminya. Ini bukan kali pertama lelaki itu berbuat sebegitu. Dia tidak mampu untuk berkata apa - apa saat melihat beg tangannya diselongkar lelaki itu. Telefonnya memang sudah menjadi hak milik lelaki itu semenjak sebelum mereka berkahwin lagi.

“Why did you buy this jeans? I hope you dont plan on wearing it outside” Hana Aishah terdiam membisu saat seluar jean Levis bootcut nya di lemparkan di atas katil mereka. Kaki masih kaku di atas permaidani lembut itu.

“Abang. Can you please dont go through my stuff? I need my own personal space” pergerakan tangan Fakhrul terhenti saat mendengar permintaan isterinya.

“Why sudden change of attitude? Dah jumpa kawan terus lupa your status?” Hana Aishah memejamkan matanya rapat.

Dia mengawal segala amarahnya saat itu. Dia perlu berbincang secara rasional dengan suaminya. Bukan pergaduhan yang dipintanya. Susah sangatkah untuk lelaki itu memahaminya?

“Tak. Aishah tak pernah lupa walaupun sesaat Aishah ni isteri abang. Aishah tahu tempat Aishah dekat mana but I need my own personal space. Just like how you have yours , I want mine” Hana Aishah melangkah perlahan menuju ke arah Fakhrul.

Dia berdiri betul - betul di hadapan suaminya yang sedanh duduk di birai katil itu. Beg kertas yang mengandungi hasil beli belahnya dengan Sakinah siang tadi masih berada di pegangan suaminya.

Genggaman suaminya yang kuat di tali beg kertas itu diusapnya. Fakhrul yang memakai seluar pijama panjang tanpa baju itu ditenung Hana Aishah. Wajah suaminya memandang ke arah lantai bilik tidur mereka.

“I’m sorry if I upset you. Aishah sayang abang. Dunia akhirat” Hana Aishah mengusap pipi suaminya lembut. Wajah itu diapitnya sebelum didongakkan memandang ke arahnya. Mata Fakhrul tajam menusuk ke dalam matanya.

“I’m giving in. Banyak sangat. Aishah tengah cuba ikut rentak abang. Cuma few thing je Aishah nak abang faham. Tak banyak , sikit je. Aishah perlukan personal space Aishah” Fakhrul merenung ke arah isterinya yang sedang berdiri. Gaun tidur kapas bertali halus separas paha itu kelihatan menggoda di matanya.

“Don’t go through my phones. I have private conversation with my friends that I don’t want you to see” Hana Aishah dapat melihat otak suaminya yang sedang ligat berfungsi itu. Pasti suaminya sedang membayangkan segala senario terburuk di dalam mindanya.

“No. Not like what you think. Conversations with my girlfriends. Aishah dah tak mesej any guys after I promised you” Hana Aishah melabuhkan punggungnya di atas riba suaminya. Kakinya merangku pinggang lelaki itu.

“See that’s compromise kan?” Hana Aishah tersenyum manja memandang suaminya. Fakhrul masih diam membisu.

“I want my me time. Tak banyak pun. Once a month. Aishah nak keluar with my friends or my sisters. Bolehkan?” Hana Aishah mengucup pipi suaminya mesra. Bibir Fakhrul masih lagi terkatup rapat.

“I’ve sacrificed alot of things for us. Aishah mintak dua ni je abang. Abang boleh kan bagi Aishah” Hana Aishah memeluk erat suaminya saat itu. Tangan Fakhrul masih kaku di sisinya.

“Plus I have a gift for you” Hana Aishah sudah tersenyum simpul saat itu.

“Jom” Hana Aishah sudah berdiri sambil menghulurkan tangannya ke arah suaminya. Lama Fakhrul merenung ke arah isterinya.

“If I said no to your requests then what will happen?” tangan yang Hana Aishah hulurkan itu terus jatuh ke sisinya. Wajah kecewanya cuba disorokkan. Senyuman pahit dihadiahkan buat suaminya. Fakhrul masih memandangnya tanpa reaksi.

“Then I’ll just deal with it. Sakit tapi I can’t be away from you. So Aishah telan. Macam selalu. Rasa pahit itu lama - lama jadi biasa kan?” air mata yang bertakung di tubir matanya ditahan supaya tidak gugur.

“Kau salah Kina. There’s no point of talking to him. Fakhrul tetap Fakhrul. Aku tetap boneka yang dia boleh perlakukan apa sahaja” hati Hana Aishah berbisik.

“Jom. Aishah nak tunjuk hadiah untuk abang” mukanya diceriakan. Fakhrul merenung muka isterinya yang kecewa itu. Hana Aishah daripada dahulu lagi tidak reti menipu tentang perasaannya. Mulut wanita itu boleh menipu , tetapi reaksi muka Hana Aishah tidak akan pernah menipu.

“You’re not mad at me?” Fakhrul bertanya jujur.

“Tak. Aishah dah tak reti nak marah dekat abang. Sekali abang pegi tinggalkan Aishah for 1 month is enough for me to know that I don’t want to go through that pain again. Cepatlah. Jom” Hana Aishah menarik suaminya berdiri. Sakit di hatinya ditelan seperti selalu.

Fakhrul membiarkan isterinya menariknya menuju ke bilik air mereka. Matanya hanya fokus ke raut wajah isterinya saat itu. Dia dapat lihat dengan jelas raut wajah yang memikul beribu kekecewaan itu. Perasaan bersalah menyelubungi dirinya.

“I was scared although I can feel my body changing. My breast is more engorged. The nausea that’s been lingering around for almost a month now. My alahan towards certain smells. Haven’t had any craving yet. But I was scared. To disappoint you yet again” Hana Aishah merenung ke atas sinki bilik mandi mereka itu.

Sinki yang bertemakan batu marmar berwarna tanah itu mempunyai dia cermin besar. Hana Aishah dapat melihat raut wajah suaminya yang merenungnya melalui pantulan cermin itu. Suaminya yang berdiri Di belakangnya itu memandang Hana Aishah pelik.

“Aishah takut tapi Aishah tahu eventually I have to face it. I want to go through the pain alone first sebab Aishah tak sanggup tengok abang kecewa. So I went and bought it” Fakhrul menelan air liurnya saat mendengar pengakuan isterinya.

Dia mentah - mentah menolak permintaan isterinya tetapi wanita itu masih memikirkan tentangnya. Perasaan bersalah berbuku di dalam hatinya saat itu. Fakhrul dapat merasakan tangan isterinya menarik kedua - dua belah tangannya supaya merangkul pinggangnya.

“Happy Father’s Day Baba” air mata Hana Aishah mengalir saat kata - kata itu meluncur keluar daripada bibirnya.

“Umi buat ni untuk sayang. He might not be the husband that I want but I know he’s going to be the best Baba to you. We love you cinta” di saat bahagia itu hati Hana Aishah merintih sendiri.

Mata Fakhrul tidak berganjak daripada ujian kehamilan yang terdampar di atas sinki marmar itu. Ujian kehamilan digital itu menunjukkan angka 7 minggu. Matanya tidak berkedip memandang ke arah ujian kehamilan itu.

“Sayang” hanya kata - kata itu meluncur dibibirnya saat itu. Hana Aishah memalingkan tubuhnya bertentangan dengan tubuh suaminya.

“I’m pregnant. We’re having a baby” kata - kata paling bermakna dia pernah dengar di dalam hidupnya. Matanya merenung ke dalam anak mata isterinya yang tadi suram. Saat itu kebahagiaan terpancar jelas di mata Hana Aishah.

Tangannya memeluk erat Hana Aishah sambil bibir mengucup ke segenap wajah wanita yang sedang mengandung anaknya itu. Tawa Hana Aishah kedengaran apabila dicium sebegitu.

“Abang. Ya Allah. Excitednya dia” Hana Aishah sudah tertawa gembira.

“Thank you so much sayang. I can’t even begin to express my happiness” mulut Fakhrul tergagap - gagap mahu menyusun bicara. Hana Aishah memaut wajah suaminya itu.

“Say Alhamdulillah for the rezeki that he’s blessing us with” Hana Aishah tersenyum lebar memandang ke arah suaminya.

“Alhamdulillah for gifting me this wife as my companion. Alhamdulillah for making her love me. Alhamdulillah for making her stay with me. Alhamdulillah for blessing us with the love of our life” Fakhrul mengucup bibir isterinya lembut.

“Aishah cinta Fakhrul” Hana Aishah meluahkan rasanya.

“Fakhrul cinta Aishah and baby” Hana Aishah tertawa bahagia saat ayat itu meluncur di bibir suaminya.

Sakit untuk melalui hari - hari bersama lelaki yang hanya fikir tentang kemahuan dirinya sendiri tetapi yang lebih sakit adalah apabila wajah yang sedang tertawa gembira ini kesedihan.

“Cinta kuat untuk Umi. Umi kena kuat untuk stay dengan Baba. For cinta” hati Hana Aishah berbisik sambil merenung ke arah Fakhrul yang sudah melutut di hadapannya. Mulutnya tidak habis - habis mengucup abdomennya yang masih kempis itu.

“Baba loves you already. Stay strong for Baba and Umi” air mata Hana Aishah mengalir saat kata - kata itu dibisikkan suaminya kepada janin yang sedang membesar di rahimnya.

Share this novel

fea
2021-12-18 23:40:57 

geram ngan Fakhrul


NovelPlus Premium

The best ads free experience