Suasana di cafeteria hospital masih tenang. Jam menunjukkan pukul 9.20 pagi. Selalunya waktu paling sibuk adalah jam 11 pagi dan ke atas. Awal pagi macam ini kebanyakan pesakit sedang beratur menunggu giliran di klinik pakar di tingkat 3.
Staf hospital paling sibuk di waktu pagi. Kalau di wad , rondaan pagi akan berlansung seawal jam 7 pagi di mana semua pakar dan pegawai perubatan akan membuat rondaan pagi. Tapi yang paling sibuk sudah pasti houseman sebab yang kena melaksanakan semua arahan pakar adalah houseman. .
Hana Aishah dan 6 lagi rakannya sedang menikmati minum pagi yang jarang dapat dinikmati. Kalau setakat berlapar sampai ke petang itu kacang sahaja bagi houseman. Hana Aishah sudah 4 kali masuk jabatan kecemasan kerana acute gastritis.
Mei yang sedang menghirup teh tarik memandang muka Hana Aishah. Jelas dari kerutan muka gadis itu yang dia sedang risau memikirkan nasibnya di bawah seliaan Fakhrul. Kebanyakan rakan baik Mei adalah sahabat sebangsanya. Dari tadika sehinggalah ke sekolah menengah dia bersekolah di sekolah aliran Cina.
Pertama kali dia berjumpa Hana Aishah sewaktu Program Transformasi Minda di sebuah hotel di ibu kota. Semua penjawat awam diwajibkan mengikuti program itu sebelum memulakan tugas. Mei dan Hana Aishah dimasukkan di dalam satu kumpulan sewaktu program itu.
Pada mulanya dia agak rimas kerana sikap Hana Aishah yang sangat peramah. Hana Aishah is the social butterfly and Mei is the opposite but they said opposite attracts. Hana yang banyak bantu Mei sewaktu mereka mula bertugas sebagai houseman. Mei yang baru berkahwin melalui fasa sukar kerana terpaksa berjauhan dengan suaminya yang mendapat penempatan di hospital di sabah.
“Hey Hana. I’m sure it won’t be so bad. Remember what you always told me. No matter how worried you are about the future , tomorrow will still come and you still have to go through it” Mei cuba mengingatkan Hana Aishah tentang nasihat - nasihat yang selalu dibebelkan Hana Aishah setiap kali Mei nak berhenti kerja kerana terlampau stress.
“I can feel it through my bones that this posting is going to be hell because of that mamat British” luah Hana Aishah.
“Chill la babe. You kan baik ,I’m sure Lord will help you” Christina gadis berbangsa Iban itu cuba menceriakan Hana Aishah. Dia banyak mendengar cerita tentang Fakhrul. Kalau boleh semua orang nak elak dari berkerja dengan Fakhrul. Jabatan Orthopaedic sebenarnya tidak mencabar sangat tapi penuh dengan drama.
“Ala kau Hana. Selalu cakap tak boleh tapi kaulah spesis yang tak pernah kena extend. Kau buat je kerja kau. Dia nak buat apa lantak dia” Zaqir yang sedang menjamah suapan terakhir nasi lemak dia pula menasihati Hana.
“Raj ? No advise as usual “ rajuk Hana Aishah
“Aiyo sorry la Hana. This kuey teow so delicious dei. Kita tengah borak pasal apa” Raj terus membuat muka bersalah.
Dan dengan sebaris ayat itu terus terburai gelak seisi meja. Raj selalu lambat naik kereta api dan menjadi bahan jenaka mereka.
*********************************
“Hey you late comer. Meet me at 4.10pm in my room” kuat suara Fakhrul bergema segenap klinik.
Suasana yang bising di klinik senyap sejenak. Pin drop silent. Muka Hana Aishah merah padam. Malunya Allah sahaja yang tahu. Dia nampak dengan jelas muka kasihan yang semua orang lemparkan kepadanya. Macam itu sahaja , seisi klinik sudah tahu tentang kesalahannya hari ini.
“Ya Allah , kalau bumi ini boleh terbelah , kau belahlah dua” Hana Aishah berbisik di dalam hati.
Dia dapat rasa sepasang tangan memeluk bahunya. Mei yang anggun memakai blaus ibu mengandung paras lutut berwarna coklat cair itu memandang Hana Aishah. Mei kasihan pada Hana Aishah tapi dia pun tak mampu membuat apa - apa.
***********************************
Tepat jam 3.45 pm Hana Aishah sudah berada di depan bilik 45 . Dia baru sahaja lepas orientasi dengan Sister di wad , klinik dan bilik bedah. Ketua Jabatan bercuti jadi lain kali sahajalah dia akan memperkenalkan dirinya.Rakannya yang lain tengah belajar dengan senior lain di wad, manakala dia pula terpaksa berjumpa dengan makhluk yang bernama Fakhrul ini.
“Mamat ni buat - buat tak nampak ke apa” rungut Hana Aishah. Dah 15 minit dia berdiri di depan bilik 45. Dia dah cuba pura - pura jalan dari kiri ke kanan di hadapan bilik itu.
“Mamat ni bukan tengok patient pun. BBB (buat buat busy) betul la. Baik aku duduk dekat ward belajar dengan budak- budak ni”
Tepat jam 4.10 Hana Aishah disuruh masuk ke bilik Fakhrul oleh nurse yang tengah sibuk menaip dekat kaunter di hadapan tadi.
“Assalamualaikum Dr Fakhrul. Saya Hana Aishah. Doctor ask me to come and meet you today at 4.10 pm” Hana Aishah cuba melunakkan suaranya. Dia harap senyumnya tak nampak palsu.
Fakhrul memandang jam tangan Patrimony Self - Winding berwarna silver gelap.
“Why were you wandering infront of my room since 25 minutes ago?” muka Fakhrul nampak selamba tetapi suaranya kedengaran sangat kasar.
“I... I ... I was ... ermm” tergagap - gagap Hana Aishah menjawab.
“Setan betul. Dia nampak la aku tunggu dia dekat luar tadi. Kejamnya. Sakit kaki aku berdiri” rungut Hana Aishah dalam hati.
“If you want to stammer get out of my room. I don’t need stammers. You think I have plenty of time to deal with you” tengking Fakhrul. Dia sudah mula hilang sabar. Tajam renungan dia memandang Hana Aishah.
Nampak sangat Hana Aishah houseman bermasalah. Datang lambat dan banyak alasan. Dia tenung mata bulat Hana Aishah. Jelas kedegilan dalam mata itu.
“Sorry Doctor but in the middle of the clinic earlier this day you were annou ... I mean you told me that I need to be here sharp at 4.10pm , so I didn’t want to be late and decided to come earlier just in case I got caught up with job at ward” Hana Aishah cuba mengawal tona suaranya supaya tidak kedengaran kurang ajar.
“So you are not just late but also lazy” tuduh Fakhrul. Matanya menyinga.
“No” tona suara Hana Aishah naik senoktah. Hana Aishah paling pantang apabila orang menuduhya.
“Did you just yell at me?” muka Fakhrul merah padam menahan marah. Keberanian Hana Aishah membuatkan Fakhrul semakin geram.
“Oh shit” Hana Aishah seperti ayam berak kapur. Baru dia hendak meminta maaf Fakhrul memotong.
“From tomorrow till the day you finish this posting , you have to be in ward at 5am and if I know that you are late.... “ Fakhrul membiarkan ayatnya tergantung beberapa minit .
“AUTOMATIC EXTENSION” tengkingan Fakhrul bergema di segenap bilik . Nasib baik pintu bilik bertutup.
Hana Aishah diam tidak berkutik.
“And this is only the beginning.”
Share this novel