Chapter 64

Romance Completed 625664

Tangan Hana Aishah sejuk membeku. Bukan kerana penghawa dingin yang dibuka pada tahap maksima tetapi kerana gementarnya. Hana Aishah mengusap abdomennya yang dilaputi baju kurung peplum berwarna coklat itu.

Saat dia dapat merasakan pergerakan anaknya , senyuman terus terukir di bibirnya. Sekelip mata gugupnya hilang. Sudah hampir 2 minggu dia mula merasai pergerakan anaknya yang semakin lasak itu.

Membayangkan nyawa yang sedang membesar di dalam rahimnya , Hana Aishah menguatkan dirinya. Senyuman terukir di bibirnya. Air mata yang bertakung tadi kembali kering.

Matanya memandang ke bahagian hadapan dewan yang berwarna merah hati itu. Dia dapat melihat kelompok - kelompok manusia. Kebanyakannya sedang berborak tetapi ada beberapa orang sepertinya yang duduk bersendirian.

Satu nafas panjang ditarik sebelum perlahan - lahan dihelanya. Kalau 2 bulan lepas dia ditanya tentang keberadaannya di negeri yang terkenal sebagai serambi Mekah itu , pasti jawapannya mustahil. Tetapi takdir Allah siapa yang mampu menghalang.

Hana Aishah mendengar taklimat pengenalan daripada bahagian pentadbiran Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan itu. Matanya memberat dengan keadaan dewan yang sejuk seperti di kutub utara itu , ditambah pula dirinya yang tidak cukup rehat kerana baru sampai ke negeri itu semalam.

“Ok. Take a 15 minutes break and then we’ll proceed with the next talk” kaki Hana Aishah laju melangkah saat mendengar pengumuman daripada bahagian pentadbiran itu.

Tidak sampai 10 minit Hana Aishah sudah tersenyum kegembiraan sambil mengunyah coklat bar di tangannya itu. Menjemurkan diri di bawah panas matahari pagi yang baru mula memunculkan diri itu memberikan satu kepuasan untuknya.

Semenjak dua bulan lepas dia belajar untuk hidup dalam setiap nafas yang dihela kerana saat bahagia itu sangat rapuh. Boleh pergi bila - bila masa sahaja. Matanya berkelip - kelip melihat burung yang berkicauan di atas pokok di sebelah pondok rehat yang didiaminya.

Rindu. Rindu pada saat gembira kicauan itu mengejutkan tidurnya yang lena sambil dirangkul lelaki yang mencintainya. Tetapi itu semua hanya kenangan yang hanya mampu dia pandang tanpa mampu digapai. Sebelum sempat mindanya pergi ke ruangan gelap di dalam hatinya , telefonnya berdering.

Teragak - agak Hana Aishah ingin menekan butang hijau itu. Nama Papa yang tertera menggamit seribu memori. Dia tidak tahu mahu memberi reaksi apa saat itu. Kenangan 3 minggu lepas mengasak mindanya.

*********************************


“Mak” Hana Aishah memandang ibunya tidak berkelip. Tangan kanannya memegang pipinya mengurangkan bisa yang dirasainya. Lama kelamaan dia semakin arif tentang cara mengurangkan kesakitan dan kesan pukulan di tubuhnya.

“Anak kurang ajar. Kau tak layak panggil aku mak. Sampai hati kau Hana Aishah” air mata Hana Aishah gugur saat mendengar tengkingan ibunya. Wajah kecewa wanita yang dia mahu sentiasa lihat kebahagiaan itu menanggung seribu derita saat itu.

“Aunty. Sabar. Lets sit and talk. Tak baik macam ni” tiba - tiba satu suara cuba membantunya. Harapan Hana Aishah kecewa saat melihat gerangan empunya suara itu bukan suaminya.

“Nak sabar macam mana. Anak derhaka ni dah pijak maruah mak dengan abah dia selumat - lumatnya. Sampai hati kau malukan aku dengan bapak kau Hana Aishah. Penat abah kau didik kau dengan agama , ini yang kau balas” sekali lagi tangan Teacher Basirah cuba menampar Hana Aishah tetapi Fakhih terlebih dahulu menarik Hana Aishah kebelakang tubuhnya.

“Aunty. Tak baik macam ni” Fakhih memujuk Teacher Basirah yang sudah mula mahu menyerang itu. Hana Aishah sudah mengigil di belakang tubuh Fakhih.

“Yang tak baik perempuan tak kenang budi itu. Berzina. Astaghfirullahal azim. Tak pernah siapa - siapa keturunan aku buat macam itu. Fakhih tepi. Sebab aku manjakan sangat sampai kau dah tak tahu dosa pahala kan Hana Aishah” esakan Hana Aishah kedengaran saat mendengar tuduhan sebegitu daripada mulut wanita yang dia sangka mengenalinya.

“Kita tak tahu betul ke tak Aunty. Those pictures were sent to all of us. Fakhih yakin ada orang cuba aniaya Hana” Fakhih berkata yakin.

“Then kita tanya suami Hana Aishah. Fakhrul bagi tahu abah sekarang, gambar tu betul ke tak?” Fakhrul yang sejak tadi hanya berdiri melihat isterinya diserang itu hanya diam membisu mendengar pertanyaan Kapten Azam.

“Angah” Fakhih menegur Fakhrul. Dia tidak berpuas hati melihat Fakhrul yang berdiri seperti tembok tanpa melindungi isterinya itu.

“Ask her yourself. She was the one in the picture and the video” semudah itu tanpa sedikit pun belas kasihan Fakhrul membuat kesimpulan.

“Angah pasti ke? Have you check the originality of the video? Maybe super impose” Fakhih masih terus mengasak.

“I’m not that stupid. I check the pictures and videos already “ esakan Hana Aishah semakin kuat saat mendengar lelaki yang sepatutnya melindungi Hana Aishah itu dengan selambanya menjatuhkan kehakimannya.

Kapten Azam melangkah pergi meninggalkan pintu masuk rumah itu. Kakinya melangkah menuju ke sofa di ruang tamu rumah itu. Mukanya yang penuh kecewa itu ditundukkan ke lantai. Kopiah yang dipakainya itu ditanggalkan.

Hana Aishah terasa seperti hatinya dipecah seribu saat melihat wajah bapanya saat itu. Kakinya melangkah perlahan menuju ke arah bapanya. Dia duduk bersimpuh di atas lantai yang beralaskan permaidani itu. Lantai yang sama tempat pertama kali tubuhnya menjadi punching bag suaminya.

Terketar - ketar tangannya meraup tangan bapanya yang digenggam erat itu. Tangan yang sudah 27 tahun memegangnya. Dia pasti tangan itu tidak akan pernah melepaskannya pergi. Dia yakin lelaki yang sama mengajarnya untuk tidak tinggal solat dan al quran itu lebih mengenali anaknya. Dia tahu lelaki yang mengenali isi hatinya itu tidak akan mempercayai gambar - gambar tersebut.

“Abah percaya adik kan? Abah kenal anak abah kan?” sebak suara Hana Aishah bertanya. Kepalanya dilabuhkan diriba bapanya. Riba yang selalu menerimanya tanpa soalan. Riba yang membuatkan tidurnya lena.

“Abah tak percaya gambar - gambar tu kan? Abah ... abah tahu kan anak abah tak akan buat benda - benda kotor macam tu?” esakan Hana Aishah semakin hebat. Kapten Azam masih diam seribu bahasa.

Fakhih yang melihat itu menjadi sayu. Waktu itu ikut tahap geramnya , mahu sahaja diketuk kepala Fakhrul. Lelaki itu sepeti tunggul yang tiada fungsi di situ. Ehh kejap , ada tapi sebagai petrol yang memarakkan api kemarahan kesemua yang hadir petang itu.

Wajah ibunya ditenung Fakhih tenang. Wajah yang selalunya ceria melihat Hana Aishah kelam tanpa perasaan. Fakhih tidak pernah melihat reaksi sebegitu daripada ibunya dan jujurnya dia bimbang.

“Kau tak payah nak pujuk suami aku. Kau tengok dulu hidup kau yang bergelumang dengan maksiat” kepala Hana Aishah ditunjal ibunya. Hana Aishah tetap berdegil. Dia merenung mata bapanya yang kelihatan kosong tanpa perasaan itu.

“Abah pandang adik please. I need you. You told me to count on you no matter what” Hana Aishah meraup kedua - dua belah pipi bapanya. Hana Aishah terasa seperti ditusuk sembilu saat melihat pandangan bapanya yang kosong tanpa secebis kasih sayang pun untuknya.

“Betullah apa Riaz cakap. Aku bagi muka , ini yang kau balas” Hana Aishah memandang bapanya terkejut.

“Bodoh betul aku” kata - kata kecewa diikuti gelengan kepala lemah Kapten Azam. Dadanya diusap perlahan. Denyutan nadinya semakin kuat.

“Abah lagi percaya gambar yang tidak tahu asal usul itu daripada anak yang abah besarkan dengan penuh disiplin?” Hana Aishah terduduk di atas lantai. Kepalanya ditundukkan ke bawah. Matanya jatuh pada perutnya yang makin membesar itu.

“Adik boleh agak mak’s reaction but sejuta kali ditanya pun Adik tak akan pernah sangka Abah pun sama” air matanya mengalir laju. Sakitnya tidak terperi.

“Pernah ke adik bercinta? Pernah ke adik merayau dengan lelaki sampai tak balik malam? Pernah ke adik buat perangai macam...” kata - kata itu tergantung dibibirnya. Tidak sanggup dia membuka aib adik beradiknya.

“Ok fine” Hana Aishah bangkit. Kakinya laju menuju ke bilik yang menjadi tempat dia beristirehat sekaligus tempat dia melarikan diri daripada suaminya. Matanya mencari , senyuman pahit terukir di bibir saat dia menemui benda yang di carinya.

Hana Aishah turun. Dia merenung ke arah ibu mertuanya yang hanya diam membisu semenjak tadi. Matanya bersabung merenung mata suaminya yang tidak lansung membantunya.

“Adik tak nak buat. Adik tak nak bawak main al quran tapi adik kena buat. Usaha terakhir adik. Untuk anak yang adik kandungkan sekarang” nafasnya dihela panjang. Diletakkan Al Quran yang menjadi peneman siang malamnya di atas meja di ruang tamu itu.

“Saya bersumpah atas Al Quran , saya tak pernah berzina atau buat maksiat dengan mana - mana lelaki pun. Allah memang menjadi saksi dari hari pertama saya di fitnah tapi mungkin tak cukup dengan kata - kata saya. Sekarang biar Al Quran menjadi saksi” terketar - ketar bibirnya menahan rasa saat tangannya diletakan di atas kitab suci itu. Sampai tahap ini maruahnya dilumat.

“Jadi awak nak saya percaya anak yang awak kandungankan itu cucu Tan Sri Fadhil ke? Awak nak saya percaya , anak haram itu anak Tengku Fakhrul?” Puan Sri Maria yang sejak dari tadi diam tanpa bicara merobek sisa yang tinggal di tubuh Hana Aishah dengan kata - katanya. Hilang terus panggilan Hana. Hilang terus sayang mertuanya.

“Ya Allah. What are you saying mama? Ingat Allah ma. Tak baik mama tuduh anak yang belum lahir itu” Fakhih menegur ibunya.

“Mama nak cakap apa lagi Fakhih. I thought she was the right one for him. I thought she is who she is. Rupa - rupanya behind those holy look , lagi busuk dari najis” Hana Aishah memeluk Al Quran itu erat di saat kata - kata kasar mertunya menampar telinganya.

“Mama istighfar. Tak baik tuduh Mama. Uncle and aunty pun. Both of you know Hana better than any of us. Fakhih pasti ini semua fitnah. We have to be with Hana supporting her not making things worse for her. She’s pregnant for godsake” suara Fakhih sudah naik satu oktaf.

“Aku tak tahu kau siapa. Aku tak kenal kau. Aku tak lahirkan anak macam kau daripada rahim aku. Kau bukan keturunan aku aku” Teacher Basirah menghamburkan kata - kata tanpa sejenak pun berfikir.

“Saya mintak maaf dekat Basirah dan Fadhil. Kalau ini betul anak yang saya didik , dia tak akan buat sebegini. Saya sendiri dah tak kenal siapa perempuan ini lagi” Hana Aishah dapat melihat air mata bapanya bergenang memohon maaf.

“Aunty , uncle ... “ sebelum sempat Fakhih hendak membela suara Fakhrul mencelah.

“Yang Along nak bela sangat dia kenapa?” saat mendengar ayat suaminya itu Hana Aishah tahu sudah tiada gunanya dia lagi di situ. Keputusan yang dia bakal buat ini adalah yang terbaik untuk dirinya dan anaknya.

**********************************


“Assalamualaikum papa” teragak - agak Hana Aishah bersuara. Mahukah lagi lelaki itu menerima panggilan sebegitu daripada Hana Aishah.

“Waalaikumussalam Hana. Hana sihat?” air mata Hana Aishah bertakung mendengar suara lembut bapa mertuanya bertanya. Nafas yang ditahan tanpa disedarinya itu dihelakan.

“Sihat papa. How are you papa? Papa dah balik from your business trip?” ramah Hana Aishah bertanya.

Sewaktu dia dihakimi tempoh hari bapa mertuanya berada di Amerika atas urusan kerja selama hampir sebulan. Entah apa lagi cacian yang dia harus terima.

“I’m not good Hana. I’m not good after hearing your Along’s story. Kenapa Hana tak bagi tahu papa?” Hana Aishah diam tidak berkutik saat mendengar amarah bapa mertuanya.

“Papa ... Hana ... emmm ... Papa percayakan Hana kan?” itulah persoalan yang sering kali ditanyanya semenjak dua ini. Kenapa susah sangat untuk mereka percaya? Jahat sangatkah dia sampai mereka lebih percaya gambar - gambar daripada entah siapa daripada anak mereka sendiri.

“Nonsense. Papa kenal anak papa. I know my daughter Hana will not do such things” senyuman kelegaan terukir di bibirnya.

“Thank you papa. You don’t know how much that means” suara sebak Hana Aishah kedengaran.

“Hana balik sayang. We’ll sit and discuss this” pahit senyuman yang terukir di bibirnya.

“Biarkan Hana dekat sini papa. I need this. Hana tak mampu . Kesian anak Hana papa” Hana Aishah menyeka air matanya saat itu. Dia sudah tidak kisah orang sekeliling yang melihat tangisannya. Penat sudah dia hendak menyembunyi.

“Thats why I’m not comfortable having you there so far away. Its not just you Hana. Hana mengandung. Papa risaukan cucu papa” jelas kerisauan di sebalik suara tua itu.

“Thank you papa. Sebab sudi terima anak Hana” sebak suara Hana Aishah mengucap syukur.

“What nonsense is this Hana? Of course itu cucu papa. Who’s feeding you all of this craps?” Tan Sri Fadhil kedengaran marah.

“Biarlah papa. Hana mintak space. InsyaAllah ini yang both of us need. Hana and Fakhrul kena fikirkan masa depan kami. Masa depan Hana tengah membesar dalam rahim Hana. I need to focus on him” saat kata - kata itu meluncur di bibirnya , Hana Aishah dapat merasakan sakit perpisahan yang dirasai semalam.

“Hana need to be here. Duduk bincang. Bukan berpisah macam ini. I don’t want my grandkid to be raised alone macam anak tak ada bapak, tak ada keluarga” suara Tan Sri Fadhil masih tegang berbicara.

“Hana tak kuat papa. Hana takut Hana kalah .... kalau Hana stay. I need to be strong for my baby. He need me” air mata Hana Aishah kembali gugur. Jelas getaran di sebalik kata - katanya.

“Hmmmm. Alhamdulillah, papa bakal dapat cucu lelaki lah ni” Hana Aishah tersenyum lebar saat suara bahagia bapa mertuanya kedengaran di corong telefon itu.

“Not sure yet but hari tu macam baby boy Dr Laura said” Hana Aishah tersenyum riang. Berbicara tentang anaknya melenyapkan sebentar segala masalah yang membelenggu hidupnya.

“As long as the baby is healthy. Hana dah tahu dapat hospital mana?” Tan Sri Fadhil tahu kedegilan menantunya seorang itu.

“Tak sure lagi papa. InsyaAllah nanti dah tahu , I’ll let you know ok” Hana Aishah menjawap. Lega Tan Sri Fadhil saat mendengar suara menantunya yang ceria itu.

“Make sure don’t overwork yourself. I’ll contact my friends there. I’ll get you somewhere in the city and not heavy work” Tan Sri Fadhil sudah menghantar pesanan kepada sahabatnya di Kelantan yang merupakan seorang YB sejurus Fakhih memberi perkhabaran kepadanya semalam.

“Pa. Hana ok je. Papa tak payah lah buat macam itu” Hana Aishah menolak keras.

“I’m sorry Hana. I feel guilty for bringing you into this mess. Papa janji papa akan clear kan nama Hana” Hana Aishah terdiam sejenak mendengar janji bapa mertuanya. Kenapa bukan suaminya menyucikan nama? Kenapa bukan bapanya? Kenapa perlu lelaki lain yang bukan darah dagingnya?

“Hana tak salahkan siapa - siapa pa. Ini jalan hidup Hana. Hana redha. InsyaAllah truth will prevail. Hana kena sabar. Allah tengah ajar Hana jadi manusia penyabar” itulah kata - kata yang memujuk hatinya semenjak dua minggu lepas.

“Papa bertuah dapat menantu macam Hana. Hana bertahan ye sayang. InsyaAllah papa doakan jodoh Hana dan Fakhrul berkekalan” tawar senyuman terukir dibibir nipis Hana Aishah saat mendengar ayat bapanya.

“Hana yang bersyukur dapat bapa mertua macam Papa. I’m the luckiest daughter in law. Thank you Papa. Hana kena letak dulu telefon. Nanti Hana call papa balik ya “ Hana Aishah melihat jam tangannya. Dia ada 3 minit sahaja sebelum masa rehatnya tamat.

“Hana take care. Take care of my grandson also. Assalamualaikum “ usai menjawab salam Hana Aishah meletakkan ganggang. Kakinya menghala semula masuk ke dewan tadi.

Waktu itu , dia terasa seperti satu bebanan diangkat daripada tubuhnya. Sekurang - kurangnya ada satu manusia yang mempercayainya. Ada seseorang yang manu menerima zuriatnya.

“Sayang kuat untuk Umi. Umi tak kuat sorang - sorang. I need you” hati Hana Aishah membisik kepada anaknya. Tangannya yang seperti semenjak pertama kali ujian kehamilannya positif sentiasa diletakkan di abdomennya yang semakin membesar itu. Seolah - olah melindungi nyawa itu daripada kesakitan dunia.

*************************************

“You’re alone today. Where’s Qu?” pertanyaan pertama Laura saat Hana Aishah melabuhkan punggung. Hana Aishah tersenyum pendek.

“Emergency OT” mulut Hana Aishah lancar berbohong semenjak dua ini.

“Hmm. Alright then” Laura meneruskan pemeriksaannya tanpa curiga. Kalau pemeriksaan sebelum ini mulut Laura petah berborak dengan Fakhrul , kali ini dia tidak banyak berkata.

“So the detail scan look normal. Your mgtt also came back normal. Good good” Laura menulis tentang perkembangan hari itu di dalam buku ibu mengandungnya. Lega hati Hana Aishah mendengar.

“Next appointment will be another month. Any specific date you want?” Laura bertanya.

“Actually I think I will continue in KK because I’m moving to Kelantan next week” Laura memandang Hana Aishah terkejut saat mendengar perkabaran baru itu.

“Qu is moving to Kelantan. That’s weird. He didn’t inform me also” Hana Aishah tersenyum pendek. Tidak mahu berburuk sangka.

“I’m moving to Kelantan. My husband will be staying here” Hana Aishah menekankan perkataan suami itu.

“That’s more weirder. He let me out of his sight” Laura memandang Hana Aishah curiga.

“Nothing is weird. Both of us are working. He need to stay here for his master. I need to move after HO” Hana Aishah menjawab sesopan mungkin.

“Nah. The Qu that I know wont let anything that he wants out of his sight. Especially you, his wife” Laura masih lagi mengasak Hana Aishah dengan persoalan.

“I think that’s not a concern here. Sorry if I’m being rude but my concern right now with Dr is about my baby” Hana Aishah semakin menipis kesabarannya. Sibuk pula perempuan seorang ini dengan masalah rumah tangganya.

“Sorry if I’m being too nosy. We’ll we used to go out alot back in the days. Just want the best for him” Hana Aishah hanya diam tanpa reaksi.

“If you want I can get you an appointment with Datin Atikah. She’s a well known obstetrician at KMC” Laura menawarkan tetapi Hana Aishah menolak sopan.

“Its ok Dr Laura. Me and my husband will discuss about this once I’m settle there” Hana Aishah tersenyum pendek.

Punggungnya sudah panas untuk berlama - lama di situ. Dia tidak mahu bersangka buruk tetapi daripada percakapan Laura dia pasti wanita ini ada menaruh perasaan pada suaminya.

Usai urusan di hospital bersalin itu Hana Aishah melangkah perlahan menuju ke arah kereta BMW hadiah daripada suaminya. Terngiang - ngiang kata - kata lelaki itu pagi tadi.

“That’s not my child. Aku tak nak jadi pak sanggup. Aku bukan bodoh kau tau” Hana Aishah hanya menundukkan wajahnya saat kata - kata itu dihamburkan. Dia tahu harapannya tipis tetapi dengan beralaskan secebis harapan itu dia bertanya sekiranya suaminya mahu menemaninya untuk temu janjinya dengan Laura hari itu.

“Its ok then abang. Aishah mintak diri dulu ye” Hana Aishah menyalami tangan lelaki itu. Biarlah salamannya tidak bersahut pun. Tinggal lagi seminggu sahaja sebelum dia akan pergi. Hatinya berbelah bahagi tetapi mungkin inilah jawapan istikharahnya.

“That car is for the woman I love. Not for a slut like you. Don’t even think about bringing that car when you move” kata - kata yang menusuk ke hatinya itu membuatkan Hana Aishah nekad.

Pemanduannya diteruskan. Dia mohon supaya urusannya diselesaikan dengan mudah hari itu. Cukuplah penghinaan yang diterimanya. Cukuplah dia berpegang pada janji manis yang ditabur lelaki itu.

********************************


“Allahu Akbar” Hana Aishah menarik nafas lega. Semakin kandungannya meningkat usia , semakin cepat tubuhnya penat.

Dia melihat ke sekeliling rumah kuarters staf yang didiaminya itu. Rumah setingkat yang usang itu jauh sedikit daripada rumah staf yang lain. Rumah untuk pegawai perubatan itu agak tersembunyi di atas bukit.

Menggunakan kudrat yang ada , sepanjang hari itu Hana Aishah mengemas rumah itu semampu boleh. Ala kadar sahaja. Asalkan dia boleh tidur dan masak makanan mengisi perutnya cukuplah untuk sekarang.

Asalnya Hana Aishah ditempatkan di Jabatan Patologi Hospital Besar Kota Bahru. Hana Aishah pasti bapa mertuanya menjadi salah satu sebab kenapa dia dapat duduk di sana.

Tetapi setelah dua hari dia bertugas di sana , mereka terpaksa menghantarnya ke sebuah klinik kesihatan di pendalaman Kelantan kerana doktor yang ditugaskan sebelum ini di situ menghantar notis berhenti 24 jam. Kerana jabatan Patologi mempunyai staf yang mencukupi , mereka menghantar Hana Aishah ke sana. Nasib baik dia belum mula menyewa rumah di Kota Bahru itu lagi.

Perjalanan satu jam menuju ke perkampungan nelayan di Cherang Ruku itu berliku - liku. Berhati - hati Hana Aishah menyusuri menaiki kereta Axia yang baru dibelinya. Dia bersyukur kerana dia mampu membeli kereta Axia terpakai itu menggunakan duit insuran kereta Myvi nya yang kemalangan tempoh hari.

Dengan menggunakan kereta itulah dia memandu ke negeri Kelantan tempoh hari. Perjalanan yang mengambil masa 15 jam itu benar - benar menguji kekuatannya. Setiap dua jam , Hana Aishah akan berhenti. Pinggangnya seperti mahu tercabut saat di sampai di hotel di kota baru itu.

Hana Aishah ditugaskan di sebuah klinik kesihatan di perkampungan nelayan itu. Kerana kepadatan penduduknya yang tidak ramai , hanya seorang doktor dan beberapa pembantu pegawai perubatan ditugaskan di situ. Esok baru tugasannya bermula. Dia berdoa moga semuanya baik - baik belaka.

Usai solat isyak , Hana Aishah duduk berteleku di atas sejadah. Alunan ayat Al Quran berkumandang di segenap rumah yang kosong itu. Pengubat luka di hatinya semenjak beberapa bulan ini.

“Umi harap umi sempat hafal surah ni sebelum sayang lahir. Sayang kena kuat like how nabi Isa is. Maryam was tormented with so many fitnah when she was pregnant. Umi tak sekuat Maryam tapi Umi doa sayang akan menjadi sekuat Nabi Isa” Hana Aishah mengusap abdomennya. Senyuman terukir di bibirnya apabila anaknya menendang kuat.

“Apalah Baba makan itu agaknya? Did he miss us?” air matanya bertakung sambil berbual dengan anaknya.

Matanya secara automatik memandang ke arah telefonnya yang sedang dicas itu. Sudah hampir seminggu Hana Aishah berada di negeri ini , tiada satu panggilan daripada suaminya.

~Assalamualaikum Abang. Aishah dah sampai di Kelantan. Alhamdulillah. Aishah and baby is settling ok up here~

~I hope everything is ok back at KD. Aishah mintak halal makan minum Aishah sepanjang duduk dengan abang. Aishah harap Abang izinkan Aishah pergi. Aishah mintak maaf kacau Abang tidur pagi tadi. Tak ada niat pun , cuma Aishah nak salam tangan Abang ~


Kedua - dua pesanan whatsapp yang dihantar pada hari kedua dia di Kelantan sampai hari ini tiada balasan. Hana Aishah berharap perpisahan ini dapat memberi ruang untuk mereka berfikir secara rasional. Mungkin dengan perpisahan ini masing - masing dapat menilai balik segala aspek hubungan mereka. Dia teringat saat dia berangkat ke Kelantan itu.

*********************************


Hana Aishah teragak - agak mahu melangkah ke bilik tidur utama. Selepas kejadian dua bulan lepas , urusannya di dalam bilik itu hanyalah untuk mengambil pakaian kotor suaminya dan menggantungkan pakaian suaminya yang telah digosok rapi.

Jam sudah menunjukkan pukul 8 pagi. Hana Aishah mahu bergerak awal ke Kelantan. Dia harus memandu secara berhati - hati dan banyak berhenti memandangkan dirinya yang sedang mengandung itu. Kerana itu segala barang yang mahu dibawa sudah dimasukkan ke dalam kereta Axia yang berwarna kuning itu.

Sewaktu dia mengambil kereta Axia itu tiga hari lepas dia meminta bantuan penjual kereta itu untuk memeriksa keretanya memandang perjalanannya yang jauh. Nasib baiklah lelaki Cina itu mahu membantunya. Selama ini Alif Haziq dan Kapten Azam yang selalu menguruskan keretanya, tetapi sekarang dia perlu belajar berdikari.

Dengan lafaz bismillah , kakinya melangkah masuk ke kamar itu. Perasaan rindu mengasak dirinya saat haruman lelaki itu masuk ke rongga hidungnya. Pedih menghadapi perpisahan yang tidak diimpikan.

Pandangannya jatuh pada susuk tubuh suaminya yang berbaring meniarap di atas katil kelamin mereka. Tubuh yang berselimut separas perut mendedahkan Dada suaminya kepada penghawa dingin di bilik itu. Perlahan - lahan kaki Hana Aishah melangkah mendekati suaminya. Punggungnya dilabuhkan.

Tanpa dia sempat menahan tangannya turun mengusap rambut suaminya. Rindunya tidak tertanggung. Bodohkan dia masih mengharapkan cinta lelaki itu. Cintanya terlalu dalam untuk dia berpatah balik. Bibirnya tidak putus berdoa memohon supaya rumah tangganya kembali pulih.

“Abang” Hana Aishah memanggil lembut. Tubuh itu keras tanpa reaksi.

“Abang. Assalamualaikum “ sekali lagi Hana Aishah mencuba. Beberapa minit berlalu lelaki itu masih diam tanpa reaksi. Penat sangat agaknya.

“Abang” suara Hana Aishah dikuatkan sedikit sambil tangannya menarik lengan suaminya. Rengusan Fakhrul kedengaran. Hana Aishah memicit bahu suaminya perlahan.

“Abang. Aishah nak gerak dah ni. Come send me to the door” Hana Aishah memanggil lagi lembut. Kali ini tubuh lelaki itu tidak lagi diam berbaring tetapi tubuh Hana Aishah yang sedang duduk di birai katil itu ditolak kasar. Lelaki yang sedang berbaring itu terus duduk sambil matanya merah merenung Hana Aishah yang sudah jatuh terduduk di atas permaidani di bilik tidur itu.

“Are you dumb? I’m sleeping right. Kau nak berambus pergi jelah. Yang nak menyusahkan aku suruh bangun semua kenapa!” Fakhrul menengking kuat.

“Aishah mintak maaf” air mata Hana Aishah gugur. Pinggangnya diurut perlahan. Sakit kesan impak ditolak jatuh sebentar tadi. Terkejut dia mendengar tengkingan lelaki itu.

“Get the hell out of my room. Aku dah cakapkan kau jangan masuk bilik aku. Kau bodoh ke pekak!” tangan Hana Aishah ditarik kasar. Terkial - kial dia cuba bangun apabila diseret keluar suaminya.

Hana Aishah ditolak keluar sebelum pintu bilik tidur utama itu dihempas di hadapan mukanya. Air matanya merembes laju. Sikap suaminya tetap sama. Memang inikah pengakhiran mereka?

**************************************


~ Assalamualaikum abang. Aishah sekarang dekat Cherang Ruku. A fisherman village at pendalaman Kelantan. They just transferred me here 2 days back. Esok Aishah start kerja. Abang doakan Aishah. I’m quite nervous being the only doctor in town~


Pagi tadi sebelum dia berangkat ke perkampungan ini sekali lagi Hana Aishah mengantar pesanan Whatsapp. Sama seperti hari itu , tiada balasan. Suaminya menyembunyikan status onlinenya maka Hana Aishah tidak pasti sama ada lelaki itu membaca ataupun tidak pesanannya.


~ Abang sihat? Aishah rindu abang. Baby pun. He moves alot masyaAllah. So active. Abang jaga diri elok - elok dekat sana~

Sudah 15 minit dia melihat ke pesanan yang ditulisnya. Hatinya berkira mahu menekan butang hantar ataupun tidak. Dia hampir pasti tiada balasan untuk pesanan kali ini pun tetapi sekurang - kurangnya dia mencuba kan. Entah kenapa hatinya masih berharap ada sinar kebahagiaan untuk mereka.

Selepas berkira - kira , Hana Aishah menekan butang hantar. Matanya dipejam rapat. Saat berlalu , harapan semakin menggunung. Mengharapkan balasan. Cinta terhadap seorang lelaki bernama Tengku Fakhrul terlalu dalam. Punyalah dia membenci dan menolak cinta yang dihulurkan suaminya sebelum ini , tetapi saat cinta mula berputik di dalam hatinya Hana Aishah kalah.

Malam itu , dia tidur. Tidur sambil memeluk baju suaminya. Seperti malam - malam sebelum ini , video - video yang diambilnya sebelum - sebelum ini diulang - ulang. Suara lelaki itu menjemput lena yang sukar hadir di tempat baharu itu. Malam itu dia tidur bertemankan tawa suaminya yang dirakam sewaktu mereka berenang di Kuala Selangor tempoh hari.

“Umi rindu Baba” Hana Aishah sempat berbisik kepada anaknya sebelum matanya perlahan - lahan melabuhkan tirai untuk hari itu. Mengharapkan hari yang baru untuk dirinya dan anaknya.

***********************************


“Tolong ! tolong !” Fakhrul dapat merasakan panas di tubuhnya seperti dibakar kulitnya. Dia menggelisah. Cuba melarikan diri tetapi kakinya dikunci sesuatu.

“Help! Help!” dia menjerit sekuat hati. Kalau tadi keadaan gelap gelita , sekarang dia dapat melihat api yang sedang membara disekelilingnya. Matanya dibuka luas. Dia melihat bilik tidurnya yang terbakar.

Kepalanya berfikir ligat. Mencari jalan keluar. Api yang sedang mengelilingi katil itu memerangkapnya. Dia tidak tahu mahu lari ke mana. Kalau dia berlari merentasi lantai yang sedang membara itu sekalipun dia pasti tubuhnya akan terbakar.

“Shit. Where’s my phone?” Fakhrul cuba melihat mencari iphone yang selalu diletakkan di meja di birai katilnya. Tetapi meja itu pun sudah ikut terbakar.

“Abang! Abang tolong!” saat itu jeritan Hana Aishah kedengaran. Panik Fakhrul pada tahap maksima.

“Aishah! Aishah! Where are you? Sayang dekat mana?” Fakhrul cuba mencari disebalik api yang sedang membara itu. Asap hitam yang berkepul - kepul itu menyesakkan dadanya.

“Im here. Aishah dekat sini. Abang tolong baby” suara Hana Aishah semakin jelas.

“Sayang jangan datang sini. Everything is burning. Go get help!” Fakhrul cemas kerana dia tidak dapat melihat keberadaan isterinya tetapi dia pasti Hana Aishah sedang menuju ke arahnya daripada suara isterinya yang semakin jelas itu.

“No. I promise I won’t leave you. Walau abang heret Aishah keluar daripada hidup abang sekalipun , Aishah tetap tak akan tinggalkan Abang” Fakhrul terkedu mendengar bicara isterinya.

“Aishah janji. Aishah tak akan tinggalkan abang” saat itu mendengar suara sayu isterinya , air mata Fakhrul gugur.

Dia melihat isterinya yang memakai jubah putih disebalik api yang sedang marak itu. Tetapi yang membuatkan air mata lelakinya gugur saat melihat seorang bayi yang iras wajah Fakhrul dikendong isterinya. Mereka sedang menuju ke arah api yang sedang menyala tinggi.

“Sayang dont come here. Hana Aishah stop!” Fakhrul menjerit kuat. Kakinya mahu dilangkah tetapi terasa seperti ada rantai yang menjerat.

“Sayang. Don’t come here. Sayang jangan datang dekat Abang. Lepaslah!” Fakhrul semakin ligat menarik kakinya yang tidak mahu bergerak itu.

Matanya terbeliak melihat isterinya yang sudah sampai betul - betul di titian api yang sedang membara itu. Hana Aishah memaling memandangnya sekilas. Satu senyuman yang sentiasa membuatkan hatinya berentak irama bahagia itu dihadiahkan kepadanya.

“Aishah sayang abang. Aishah datang. Aishah and Adam need you” dada Fakhrul dipanggut rasa takut saat mendengar kata - kata sayu isterinya.

“Aishah!” Fakhrul menjerit sekuat hatinya. Pergelangan kakinya sudah berdarah kerana dia merentap kasar untuk melepaskan rantai yang membelenggu kakinya.

“Sayang tunggu!” Fakhrul sudah menangis teresak esak saat melihat tubuh isterinya dan anak yang sedang dijilat api itu.

“Adam. Jangan tinggalkan Baba. Adam!” Fakhrul meronta - ronta. Raungan anaknya dikedengaran.

“Adam!” esakan Fakhrul kedengaran. Dia terduduk memandang isteri dan anaknya yang dibawa pergi dihadapan matanya.

“Angah!” bayangan dihadapannya mulai hilang. Suara garau menggantikan tangisan anaknya. Fakhrul memejamkan matanya rapat. Cahaya silau menyuluh matanya.

“Angah wake up!” waktu itu matanya dibuka kembali. Tamparan bertalu - talu dipipinya mengejutkan dirinya.

Dia terus mendudukkan dirinya saat melihat wajah ahli keluarganya yang sedang berdiri mengelilingi katilnya. Fakhih yang duduk di birai katil itu kelihatan bimbang memandangnya.

“What happen?” suara serak Fakhrul bertanya. Dia pelik melihat ahli keluarganya yang semuanya memakai pijama. Muka mereka kerisauan.

“You were screaming in your sleep” Fakhih memandangnya risau.

“Huh?” Fakhrul memandang mereka pelik. Cuba menghadam apa yang berlaku. Tiba - tiba dia menjadi panik saat mindanya mengingati isteri dan anaknya yang sedang dijilat api.

“Aishah , Adam” Fakhrul terus berdiri daripada pembaringannya. Muka cemasnya dipandang Tan Sri Fadhil yang memakai T-shirt dan seluar tidur berkain kapas itu.

“Aishah is not here Angah” mendengar ayat papanya , Fakhrul bertambah gusar.

“Where is she? There’s fire. Aishah and Adam was burning. I need to save them Pa” Tan Sri Fadhil terdiam sejenak mendengar jawapan anaknya itu.

“Angah merepek apa ni? Aishah dekat Kelantan” Fakhrul memandang Fakhih tidak berkedip.

“Siapa Adam?” Puan Sri Maria yang sedari tadi berdiam diri , bertanya. Terkejut mereka apabila mendengar jeritan daripada bilik Fakhrul tadi. Masing - masing sedang tidur tetapi terjaga dek kerana jeritan Fakhrul.

“No one!” Fakhrul merengus kasar sebelum kakinya melangkah keluar meninggalkan mahligai keluarganya. Keluarganya terpinga - pinga melihat Fakhrul yang selamba sahaja berlalu pergi.

Kereta BMW itu meluncur laju menuju ke suatu destinasi yang tidak pasti. Debaran di dada Fakhrul masih menggila. Imbasan mimpinya datang silih berganti. Kata - kata isterinya. Raungan anaknya.

“Adam” nama itu meniti dibibirnya.

***********************************


“I’m worried. He doesnt look good. He’s never like that. Maybe what we did is wrong” suara Felisha kedengaran gusar.

“No. I don’t want to confess” Felisha meneruskan bicaranya di iPhonenya. Jarinya yang diwarnakan merah itu digigitnya gusar. Tubuhnya menggeletar kesejukan di dalam pijama satin separas betis itu.

“You have to see him earlier. He looks so scared. He’s never scared of anything” Felisha masih cuba menyakinkan pemanggil di hujung talian itu. Kolam renang di hadapannya itu ditenung. Sejurus abangnya pergi , Felisha terus melarikan diri ke kolam renang di mahligai itu. Tangannya pantas mendail nombor manusia yang bersekongkol dengannya.

“Ok. Hmmm” Felisha menganggukkan kepalanya sambil mengiakan beberapa kali sebelum talian itu dimatikan.

Ketakutan yang dia rasa saat melihat abangnya tidak dapat digambarkan. Fakhrul dengan peluh memercik di dahi. Bibir lelaki itu pucat seperti dikejar hantu. Jeritan abangnya memanggil Hana Aishah dan Adam. Dia sendiri tidak tahu siapa Adam itu.

“Who did you speak to earlier?” suara Tan Sri Fadhil menggetarkan setiap sel tubuh Felisha saat itu. Takut-takut dia memandang wajah papanya yang merenungnya tajam.

“Friend” pendek jawapan Felisha.

“Talking to your friend about your brother?” suara Tan Sri Fadhil sudah naik satu oktaf. Felisha menganggukkan kepalanya perlahan. Wajahnya dilarikan.

“If I know you were involved in framing your sister in law , trust me Tengku Felisha you will not like what I will do to you” giliran Felisha bertukar pucat saat mendengar amaran Tan Sri Fadhil.

Tan Sri Fadhil tidak mahu menuduh tetapi melihat wajah Felisha yang seperti menyembunyikan sesuatu itu membuatkan curiganya bertambah.

“Understand?” Felisha menganggukkan kepalanya laju sebelum kakinya melarikan diri memasuki kamarnya.

Tan Sri Fadhil mengurut lehernya perlahan. Dia bimbang melihat keadaan Fakhrul dan Hana Aishah. Petang tadi tiba - tiba Fakhrul memunculkan dirinya di mahligai itu setelah berbulan - bulan tidak berkunjung.

Makan malam mereka sunyi tanpa bicara. Hatinya dipanggut sayu melihat Fakhrul yang kembali ke perangai asalnya. Muka anak lelakinya itu kosong tanpa rasa. Hilang sudah seri yang di lihat semenjak kehadiran menantunya.

“Entah apalah khabar Hana dengan cucu papa” hatinya berbisik risau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience