Chapter 52

Romance Completed 625664

“She calls you Ku?” Fakhrul mengalihkan pandangannya ke arah Hana Aishah yang sedang duduk di kerusi penumpang itu.

“You mean Laura?” Hana Aishah menganggukkan kepalanya. Fakhrul tersenyum mesra sebelum pandangannya dihalakan semula ke arah jalan raya.

“My university mate calls me Ku because when my first name is Tengku” Hana Aishah yang mendengar penjelasan suaminya itu terus meneliti setiap inci wajah lelaki itu.

“Kenapa pandang abang macam tu?” Hana Aishah menggelengkan kepalanya sebelum mengalihkan pandangannya ke bangunan pencakar langit yang mereka lepasi satu per satu. Lelaki itu tahu sahaja apa yang Hana Aishah lakukan tanpa perlu memerhatikannya.

“You’ve lost weight” Hana Aishah memberi komen selepas beberapa ketika jeda.

“You tak jaga makan dah” Hana Aishah menyambung. Dia tahu lelaki itu sibuk menguruskan Hana Aishah sampai diri sendiri tidak terjaga.

“Abang nak sayang sihat. Nanti sayang dah sihat , you’ll take care of me” Hana Aishah terdiam membisu mendengar ayat suaminya.

Mereka baru sahaja pulang daripada temu janji dengan Laura. Tadi sewaktu Laura scan rahimnya, semuanya sudah kembali pulih. Lama juga darah nifas Hana Aishah turun. Hampir 1 minggu lebih.

“I love you” Hana Aishah dapat merasakan genggaman di tangan kanannya saat kata - kata itu meluncur daripada bibirnya. Alhamdulillah, retak di bahunya sudah pulih. Sekarang dia melakukan physioterapi di rumah.

“I love you too” setiap kali kata - kata itu diungkapkan suaminya Hana Aishah merasakan seperti ada rama - rama di dalam perutnya. Bahagiakah itu?

“Aishah nak start kerja next week. Boleh kan?” Hana Aishah meminta izin suaminya. Masuk minggu ini genap sebulan Hana Aishah diberi MC. Mulanya dengan retak di bahu kanannya dan sekarang kerana kegugurannya.

“You have 2 more weeks of MC. I want your shoulder to properly heal first. We’ll do physio at home after that abang izinkan sayang kerja” mendengar ayat suaminya Hana Aishah menahan reaksinya saat itu.

Dia sudah kebosanan di rumah dan sebenarnya dia risau akan kerjanya. Rakan - rakannya sudah separuh jalan dalam di jabatan terakhir mereka , Hana Aishah masih terkedek - kedek menghabiskan jabatan kelimanya.

“Ok”’pendek jawapan Hana Aishah. Dia tidak mahu suaminya risau akan keadaannya.

“Macam merajuk je bunyi” Hana Aishah tersenyum hambar mendengar ayat suaminya.

“I just feel left out. Everyone is almost finishing and I’m still in paeds” Fakhrul mencuri memandang ke arah isterinya yang sudah mencebik itu. Hana Aishah anggun memakai seluar palazzo berwarna krim dipadankan dengan blaus polka dot berwarna pink itu.

“Rezeki setiap orang lain - lain. Sayang ada lagi 2 weeks only in paeds. And then final posting” Fakhrul memujuk Hana Aishah lembut.

Sejak kehilangan anak mereka isterinya menjadi sangat sensitif. Baru dua hari lepas isterinya menangis teruk apabila dia terjatuhkan pinggan makanannya di lantai rumah mereka.

Fakhrul terpaksa memujuk Hana Aishah sehingga isterinya tertidur di dalam pelukannya barulah dia dapat mengemas kaca - kaca yang bergelimpangan di lantai dapur. Tidur malam isterinya tidak lena seperti sebelum ini. Setiap kali Fakhrul oncall dia akan menghantar isterinya ke rumah ibu bapa Hana Aishah untuk memastikan Hana Aishah tidak keseorangan.

“I’m just sad. That day when they came , mostly everyone is almost finishing. If ... if things didn’t go wrong I will be with them dah” Fakhrul dapat mengagak air mata isterinya yang bakal tumpah daripada nada sedih yang jelas kedengaran.

“That’s why I was against it when they wanted to come and visit. I know you’ll be upset” Hana Aishah mencebikkan bibirnya apabila suaminya memarahinya.

“You just doesn’t want Aiman to come” Fakhrul hanya diam membisu mendengar kata - kata isterinya. Mengiakan tidak , menolak pun tidak.

“You have to learn to accept him. He is my bestfriend” Hana Aishah masih ingat lagi layanan Fakhrul terhadap Aiman sewaktu sahabatnya itu datang melawatnya di rumah ibu bapa Hana Aishah.

“I don’t like him near you. Nothing to discuss or argue” Hana Aishah mengesat air matanya yang mengalir apabila mendengar kata putus suaminya.

Sudah lama Fakhrul tidak berkasar dengannya dan dalam keadaan hormon Hana Aishah yang masih tidak stabil , hatinya terusik dengan sikap suaminya. Malu sungguh Hana Aishah melihat perangai suaminya hari itu.

***********************************


“Macam - macamlah kau ni Na. Accident pun lansung tak bagi tau aku” Hana Aishah yang sedang duduk di kerusi malas di ruang tamu rumahnya itu memandang ke arah Aiman yang duduk di sofa bertentangan dengannya.

“Entahlah Man. Malang betul nasib aku. Dah jatuh ditimpa tangga , lepas tu bumbung lepas tu langit sekali himpap” tersembur air yang diminum Mei mendengar peribahasa Hana Aishah.

Terkejut Hana Aishah tadi apabila menerima panggilan daripada Aiman yang bertanya tentang keberadaannya. Tidak sampai 30 minit kedua - dua manusia yang dirinduinya itu muncul di laman rumah ibu bapa Hana Aishah.

“What the hell Mei? My white shirt” Aiman sudah menggosok baju kemeja putihnya yang sudah dicemari air teh itu. Mei sudah mengekek ketawa.

“Oh my god Hana. You and your made up idioms. Sorry Aiman. I’ll go and ask aunty for kain. Hana lah ni” Mei sempat menjeling Hana Aishah yang sedang menertawakan situasi mereka sebelum meletakkan cawan yang dipegangnya . Mei bergerak ke dapur untuk mencari kain lap.

“Na. Janganlah gelakkan aku. Nasib baik kau sakit kalau tak aku ketuk dah kepala kau” Hana Aishah menekan perutnya yang sudah sakit kerana ketawa kuat. Lawak betul muka Aiman yang cemberut saat itu.

“Man. Sorry wei. Ahhh. Sakit perut aku gelak” Aiman yang melihat Hana Aishah yang sudah mengerut kesakitan itu terus kesisinya. Panik pula dia melihat Hana Aishah yang sedang memeluk abdomennya saat itu.

“Hana. Kau ok tak ni? Shit. Sorry wei. Sakit sangat ke” Hana Aishah menarik nafas dalam sebelum melepaskan nafasnya melalui mulut. Proses itu diulanginya beberapa kali.

“Aku o...” belum sempat Hana Aishah menghabiskan bicara dia dapat mendengar suaminya memberi salam.

“Assalamualaikum “ Fakhrul yang melangkah masuk ke rumah itu terkejut melihat Aiman yang sedang duduk bersila di lantai berhadapan dengan Hana Aishah itu.

“Waalaikumussalam. You” Hana Aishah cuba memberi senyuman semesra mungkin dalam keadaan pinggangnya yang berdenyut itu. Muka suaminya yang tegang Hana Aishah pandang pelik.

“What is happening here?” suara Fakhrul sudah naik satu noktah. Beg bimbitnya diletakkan di atas sofa di tepi pintu masuk itu sebelum Fakhrul menuju ke arah isterinya yang dalam posisi membongkok di atas kerusi malas itu.

“Assalamualaikum Mr Fakhrul” Aiman berundur sedikit ke belakang apabila dia melihat Fakhrul mencapai isterinya sebelum badan Hana Aishah dirangkul dan diberdirikan.

“Are you in pain? What happen?” Aiman hanya tersenyum hambar apabila salamnya tidak dibalas suami Hana Aishah itu.

“Tak. Diorang lah buat lawak. Pastu Aishah tergelak then the cramps comes again” Hana Aishah memeluk Fakhrul mesra. Kepalanya dilentokkan di dada suaminya yang dibaluti kemeja berwarna putih itu.

“Sayang ni. Abang dah cakap kan don’t pressure yourself” Hana Aishah mencebikkan bibirnya apabila dimarahi Fakhrul. Sensitif betul emosinya semenjak kegugurannya.

“Kena tegur sikit cebik. Its for your own good sayang” Fakhrul mengemaskan tudung sarung isterinya. Anak - anak rambut yang terkeluar dimasukkan.

“Sorry” Hana Aishah mendongakkan wajahnya memandang Fakhrul dengan mata bundarnya yang sedih. Fakhrul mengeluh panjang sebelum dahi Hana Aishah dikucupnya.

Aiman merasa kekok melihat adegan mesra suami isteri itu. Lama pula si Mei pergi cari kain lap.

“Aiman dengan Mei datang. Visiting me” Hana Aishah memberitahu suaminya mesra. Mungkin Fakhrul tidak perasan kelibat Aiman kerana merisaukan Hana Aishah yang kelihatan seperti dalam kesakitan itu.

“How long have you been here?” Fakhrul yang mendudukkan isterinya di sofa sebelum melabuhkan punggung di sebelah Hana Aishah itu bertanya kepada Aiman.

“Ohh ... errr ... aaa ... about 1 hour plus kot . Tak tengok jam pulak Mr Fakhrul” Aiman menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

“You don’t have work is it?” Hana Aishah terkejut mendengar soalan suaminya yang kedengaran kasar walaupun tonanya biasa sahaja.

“Emm ... off. Off hari ni” tergagap - gagap Aiman menjawab. Kekok betul dia bercakap dengan lelaki seorang ini.

“A’ah. Aiman off today. So dia ambik Mei dekat hospital and came here” Hana Aishah menjelaskan kepada suaminya.

“Man. Come , I wipe your shirt. Sorry lah Man , Hana ni lah. Dia yang patut wipe your ... errr “ Mei yang sedang membebel daripada dapur itu terkejut melihat Mr Fakhrul yang sedang merenung tajam kearah Aiman itu.

“Ehh .. Mr Fakhrul. You’re here?” Mei yang cantik berbaju kurung moden itu tersenyum kekok memandang bosnya itu.

“Should I be else where?” Hana Aishah merasa bersalah melihat Mei yang terkulat - kulat memandang ke arah Fakhrul itu. Entah apa angin Fakhrul hari ini, marah semacam.

“Ehh. Tak la Mr Fakhrul. Your wife is here mah, so you should be here lorh” Mei menggenggam kain lap Di tangannya. Hana Aishah melihat ke arah Aiman dan Mei yang sedang duduk di sofa. Nampak sangat rakan - rakannya itu tidak selesa dengan kehadiran suaminya.

“Emm . Abang pergilah mandi dulu. Nanti kita makan sekali” Hana Aishah cuba meredakan keadaan yang bertukar janggal itu.

“They are staying for dinner?” nada tidak suka jelas dalam ayat Fakhrul itu. Muka Hana Aishah sudah merah padam menahan malu.

“Ehh. Tak .. tak Mr Fakhrul. Kejap lagi kitorang balik” Aiman panas punggung pulak melihat reaksi suami Hana Aishah.

“No. You guys stay. Dinner sekali. Tadi abah ajak kan” Hana Aishah memberi kata putus.

“Its ok Hana. Plus Ada ... Ada” Mei cuba mencipta alasan.

“Mei tak sayang Hana. Its ok. Korang baliklah. Tak nak teman Hana kan” air mata Hana Aishah sudah bertakung. Fakhrul mengeluh panjang melihat perangai isterinya itu .

“Na. Wei janganlah nangis” Aiman kelihatan serba salah. Mereka tersangkut diantara Hana Aishah yang kecewa dan Fakhrul yang bengis.

“Stay” mendengar ayat daripada mulut Fakhrul , terus Hana Aishah memeluk suaminya erat.

“Thank you” Fakhrul menahan reaksi mukanya saat itu.

“Jom mandi first then we will come down for dinner” muka Hana Aishah sudah merah seperti tomato saat kata - kata itu meniti bibir suaminya. Ya Allah tidak perlulah suaminya nak membuat pengumuman yang Fakhrul memandikannya.

“Err. You mandi dulu. Aishah mandi kejap lagi. Nak borak dengan diorang dulu” Hana Aishah memandang ke arah Mei yang sudah tersenyum mengusik itu.

“Sayang. Nenek said cannot take bath after 6 pm. You’re in your confinement kan” tanpa mendengar jawapan balas Hana Aishah tubuhnya sudah dicempung Fakhrul.

“Korang. Tunggu tau. I’ll come down in awhile” Hana Aishah sempat memesan kepada Aiman dan Mei yang sudah terlopong mulut melihat adegan yang berlaku dihadapannya.

“You. Malulah. Janganlah cakap macam tu depan diorang” Hana Aishah memarahi suaminya yang sedang menanggalkan baju mereka untuk bersiap sedia mandi.

Itu rutin suaminya semenjak dia patah bahu hari itu. Bezanya sekarang usai mandi , semua nasihat nenek Hana Aishah dituruti. Daripada mandi air suam , menyapu minyak panas , bertungku , memakai stoking dan baju sejuk semua dituruti lelaki itu.

Sewaktu hari pertama Hana Aishah kembali daripada hospital hampir bergaduh suaminya apabila nenek Hana Aishah menegah lelaki itu untuk tidur sebilik dan memandikan isterinya.

Akhirnya selepas bertegang urat , Fakhrul membenarkan nenek Hana Aishah menguruskan isterinya untuk hari pertama sambil diperhatikan Fakhrul. Hari kedua dan berikutnya , segalanya Fakhrul lakukan mengikut aturan orang tua itu.

“My wife. Not some other people’s wife” Hana Aishah menggelengkan kepalanya mendengar ayat suaminya itu.

Hana Aishah tahu suaminya sengaja melambatkan proses mandian Hana Aishah petang itu. Hampir pukul 6.30 petang barulah mereka turun. Itupun , suaminya melekat dengan tubuhnya sepanjang masa. Hana Aishah hendak berborak pun tidak selesa.

“Take care Hana. I don’t want you getting into trouble anymore. Kitorang semua dah berkumpul dekat ED. Sedih wei tak de kau” mood Hana Aishah bertukar sedih saat mendengar ayat Aiman itu. Saat itu mereka sedang berada di laman hadapan rumah , bersiap sedia untuk pulang .

“Alaa . Aiman ni. Spoil mood baby girl I je. Hana dont be sad la. Plus you kan nak masuk Anest. Your papa Dan is waiting for you” Mei memeluk erat Hana Aishah. Air mata Hana Aishah gugur saat itu.

“You’re my strong girl. You’ll go through this like a boss” Aiman memandang ke arah Hana Aishah yang sudah mengalirkan air matanya mendengar kata - kata Mei itu.

“Call aku Hana if anything. Jangan sorok semua benda. I will always be here for you” Hana Aishah tersenyum hambar memandang ke arah Aiman. Mata lelaki itu sudah merah memandangnya. Simpatinya tumpah membayangkan sahabat baiknya yang ditimpa ujian bertimpa - bertimpa.

“Alololo. Janganlah nangis Man. Nanti aku nangis sekali” Hana Aishah tersenyum mengusik Aiman.

“Ye lah. My girl nangis , aku nangis lah. Aku dah lah rindu kau. At least kalau kau kerja dapat lah jugak jumpa kau kat ED tu haaa” Hana Aishah mengeluh berat mendengar ayat lelaki itu.

“InsyaAllah. I’ll get better so I can meet you guys again. Sayang korang . Sangat - sangat” Hana Aishah menggenggam erat tangan Mei dan mata merenung ke arah Aiman yang sudah susut badannya.

“You better be” Aiman yang sedang menyarungkan kasutnya saat itu memberi amaran. Hana Aishah tertawa riang.

“Drive elok - elok Man. Kau bawak mak orang tu” Hana Aishah sempat mengusik Aiman yang sudah menghidupkan enjin keretanya.

“Everyone misses you. Diorang kirim salam” Hana Aishah dapat merasakan tubir matanya panas saat itu. Dia melambaikan tangan ke arah kereta Honda Jazz sahabatnya yang berlalu pergi.

Hana Aishah dapat merasakan rangkulan suaminya di pinggangnya. Di bersandar mesra sambil memandang kereta yang berlalu pergi.

“Rindu sangat everyone. Kesian diorang. They wanted to come but I’m not ready” Fakhrul hanya berdiam diri mendengar kata - kata isterinya.

Hatinya masih sebal mendengar perbualan isterinya dan Aiman tadi. Tadi sewaktu Aiman mengimamkan solat maghrib mereka , Kapten Azam bergurau mesra mengatakan kalau dia ada anak perempuan lagi seorang pasti diambil Aiman menjadi menantunya.

“Lets go inside” Hana Aishah dapat mendengar nada suaminya yang kedengaran lain itu. Badannya dipalingkan berhadapan dengan lelaki itu.

“Kenapa ni? Stress je dari balik kerja tadi. Bad day at work is it?” Fakhrul merenung mata isterinya yang polos itu.

“Makan pun sikit je. Nanti Aishah risau kalau you sakit” Hana Aishah mengelus pipi suaminya lembut. Fakhrul yang berbaju melayu dan berkain pelikat itu kelihatan kacak malam itu tetapi raut wajah suaminya yang tidak berseri menggusarkannya.

“Risau kan abang ke risau dekat orang lain?” Hana Aishah terkedu mendengar perlian suaminya.

“Tak faham” Hana Aishah pening melihat perangai suaminya hari itu.

“You’re so happy today” Hana Aishah mengiakan kata - kata suaminya.

“You’ve never been this happy when its just me and you” Hana Aishah mengerutkan dahinya mendengar bicara suaminya.

“I don’t like when you are happy because of other people. You should be happy because of me. You should be happy when I’m with you. I’m your husband” tegas suara Fakhrul berbicara. Hana Aishah seperti dapat mengagak maksud suaminya itu.

“Aishah happy dengan you” Hana Aishah tersenyum mesra cuba meyakinkan suaminya.

“Your mouth is saying it but none of your actions are showing it. Don’t lie to me. I hate liars” terkesima Hana Aishah mendengar tuduhan lelaki itu.

“Dah jom masuk. Next time if someone wants to come and visit make sure you get my permission. I don’t like unwanted visitors” Hana Aishah hanya mendiamkan dirinya. Kepalanya ditundukkan.

“Faham” Fakhrul menolak dagu Hana Aishah naik. Matanya tajam merenung ke dalam mata Hana Aishah yang sudah bergenang itu. Perlahan - lahan kepalanya dianggukkan.

*********************************


“I like the meat. They cook it just the way I like it done. How’s yours sayang?” Fakhrul merenung ke arah isterinya yang sedang menguis lamb chop di dalam pinggannya. Cahaya lilin di atas meja mereka menaikkan suasana romantis saat itu.

“Ok” Fakhrul meletakkan garfu dan pisaunya apabila melihat jawapan acuh tidak acuh si isteri. Kain napkin berwarna putih itu di ambil sebelum dia mengelap mulutnya.

Semenjak bahunya sembuh, itulah rutin hujung minggu mereka. Kali pertama lelaki itu membawanya keluar makan malam romantis terkejut Hana Aishah dibuatnya.

Beria suaminya menyuruhnya memakai gaun malam berwarna beige yang nampak terlalu mewah dimatanya untuk keluar bersiar - siar. Sesampai mereka di restoran yang terpencil di Rawang itu barulah Hana Aishah faham.

Malam itu , senyuman tidak lekang lansung daripada bibirnya. Malam itu , dia rasa seperti seorang bidadari. Layanan suaminya membuatkan dia tertanya - tanya itukah dia rasa cinta yang selalu rakan - rakan Hana Aishah sebut.

Semenjak itu , bila ada sahaja masa terluang di tidak kiralah hari berkerja ataupun hujung minggu pasti mereka akan keluar. Kadang - kadang ke panggung wayang , kadang - kadang hanya bersiar - siar di taman.

Tetapi aktiviti wajib mereka sekurang - kurangnya sekali seminggu suaminya akan membawanya ke makan malam romantis di restoran - restoran mewah yang Hana Aishah tidak tahu pun kewujudannya. Alasan suaminya kalau pergi tempat popular nanti tiada privasi. Hana Aishah ikutkan sahaja , asalkan ada suaminya di sisi.

“Kalau nak buat perangai macam ni then no need to agree on today’s date. Abang pun tak ada selera tengok muka monyok macam tu” Hana Aishah tersentak mendengar ayat suaminya. Kain napkin putih itu dicampak kasar oleh suaminya ke atas meja. Fakhrul memberi isyarat memanggil pelayan mereka datang.

“Bil” kasar suara Fakhrul. Matanya lansung tidak memandang ke arah Hana Aishah.

“Sure sir” lelaki berbangsa melayu berbadan kurus rendah itu menundukkan tubuhnya mahu berlalu pergi tetapi di tahan Hana Aishah.

“Excuse me. sorry. We’re not done yet. I’ll call you again when we’re done” Hana Aishah memaniskan mukanya memandang ke arah pelayan itu.

“Bil” jelingan maut Fakhrul lebih menakutkannya jejaka itu maka kakinya melangkah pergi untuk mengambil bil.

“You. I’m sorry. I’m not feeling well. Please , you habiskan your meal” air mata Hana Aishah sudah bergenang.

“Don’t lie to my face. You’re fine. You’re just peachy about that boy.” Hana Aishah menundukkan wajahnya mendengar suara tinggi suaminya.

Dia pasti pelayan itu mendengar pertengkaran mereka suami isteri. Dari pandangan sisinya Hana Aishah nampak pelayan yang sedang menuju ke arah mereka itu berhenti jauh. Mungkin mahu memberi ruang privasi kepada pasangan yang sedang bertegang urat itu.

“Aishah betul - betul tak ada selera. You makanlah. I tunggu you ok” Hana Aishah memujuk lembut. Renungan tajam suaminya dibalas lembut.

“I’ve lost my appetite” mata Fakhrul tajam merenung Hana Aishah. Muka isterinya sudah berkerut menahan tangisan.

“Its ok then. You makan kalau I makan kan. Then I’ll eat” Hana Aishah memotong steak di atas pinggannya sebelum menelan. Tekaknya terasa perit tetapi demi meredakan keadaan dia telan jua.

Hana Aishah meneruskan pemakanannya. Sesekali pandangannya di halakan ke arah air terjun yang berada beberapa kaki daripada balkoni di mana meja mereka ditempatkan.

Restoran yang terletak di kaki air terjun di Kuala Selangor itu sangat mempersonakan. Kecantikan semula jadi persekitaran restoran itu sudah cukup untuk memberi suasana romantis untuk pasangan yang bertandang.

Fakhrul menjeling tajam ke arah isterinya. Nampak sangat Hana Aishah tidak ikhlas untuk memakan makanan yang sedang ditelannya. Mata Hana Aishah meliar memandang sekeliling. Fakhrul nampak tubir mata isterinya yang sudah bertakung dengan air mata.

“To this extend you want to fight for him right? And you’re telling me to be ok even after seeing how you react just because I tell you not to contact him?” Hana Aishah meletakkan garfu Yang dipegangnya. Keluhan berat dilepaskan melihat wajah suaminya yang tegang saat itu.

“Its not that” Hana Aishah mencapai tangan kanan Fakhrul yang Di genggam menjadi penumbuk di atas meja.

“Then what is it Hana Aishah? Tell me. I also want to understand why are you so adamant about him. Because of him not even a single smile from you” Hana Aishah merenung wajah suaminya yang nampak tenang tetapi nada kecewa suaminya jelas dipendengarannya.

“He’s my friend Fakhrul. He’s my bestfriend. We went through housemanship together. He knows me better than anyone ,even my family. And I know everything about him. He’s struggling right now. I can’t just ignore him” Fakhrul tertawa sinis mendengar ayat Hana Aishah. Air mata Hana Aishah gugur saat itu.

“You won’t understand. I went through hell and he was there every step of the way. I cant ditch him now” Fakhrul menarik tangannya daripada genggaman Hana Aishah. Semakin dia mendengar penjelasan Hana Aishah, semakin sakit hatinya.

“You know what. Just do whatever you want. I don’t give a damn anymore” Fakhrul mengangkat punggungnya pergi meninggalkan Hana Aishah bersendirian.

Kalaulah dia dapat memberitahu keadaan yang dilalui Aiman saat itu. Kalaulah suaminya dapat memahami keadaan Aiman yang memerlukannya saat itu. Kenapa dia perlu memilih?

Selepas menanti lebih daripada 15 minit dan Hana Aishah pasti suaminya tidak akan kembali ke meja mereka Hana Aishah mengesat air mata. Nafasnya ditarik dalam cuba meredakan segala kekusutan di dalam hatinya. Gaun sifon berwarna mustard itu dibetulkan sewaktu dia berdiri sebelum dia melangkah meninggalkan restoran itu.

Sepanjang perjalanan mereka pulang , masing - masing berdiam diri. Hana Aishah tenggelam dalam kekusutan fikirannya manakala Fakhrul dengan makan hatinya. Hana Aishah mengesat matanya yang terus mengalir.

Bahagia yang menjengahnya dalam masa sebulan ini adalah bahagia yang dia dambakan. Suami yang memahami, suami yang menghormati perasaannya. Sampai dia terlupa untuk berpijak ke dunia nyata.

Hana Aishah yang berada di dalam awangan cinta selama ini terasa seperti di tarik menyembam ke bumi yang nyata. Fakhrul tetap lelaki yang sama.


***********************************

“Fakhrul. Marah Aishah ke?” Hana Aishah mengusap dada suaminya yang sedang membutangkan baju kemejanya. Fakhrul hanya diam membisu.

“Aishah mintak maaf” Hana Aishah memeluk erat tubuh suaminya. Seperti dua hari lepas tangan sasa itu tidak melingkari tubuhnya. Air mata Hana Aishah bertakung. Tangan Fakhrul kaku dia tepi tubuhnya.

“I miss your hug. Peluklah Aishah. Please” Hana Aishah sudah tidak kisah sekiranya dia nampak terdesak pun. Dia belaian suaminya.

“Mandi dengan Aishah pun dah tak nak. Malam pun kalau Aishah tak cuddle you wont even touch me” esakan Hana Aishah semakin hebat. Tubuh suaminya masih kaku tanpa balasan.

“Sorry please. Ampunkan Aishah. Don’t ignore me like this. It hurt so much” Hana Aishah mendongakkan wajahnya merenung muka Fakhrul yang dipalingkan ke sisi itu.

“Look at me. You said you love me” Hana Aishah menarik dagu suaminya supaya dia dapat menatap renungan yang didambakan itu.

Fakhrul menahan rasa melihat wajah isterinya yang sembap itu. Hana Aishah yang memakai skirt hitam separas paha yang dipadankan dengan blaus les berwarna tanpa lengan itu kelihatan seksi pagi itu.

Semenjak semalam Fakhrul perasan perubahan pakaian isterinya. Apabila Hana Aishah melihat layanan beku daripada Fakhrul terus dia memulakan misi menggoda suaminya.

Tetapi Fakhrul menguatkan hatinya setiap kali melihat pakaian tidak cukup kain isterinya. Hana Aishah perlu diajar untuk menghormatinya oleh itu ini sahaja cara yang dia tahu.

“I love you” Hana Aishah sudah sampai tahap terdesak sangat. 2 hari tidak mendengar suara dan merasaia belaian suaminya dia sudah tidak keruan.

Kakinya dijengketkan sebelum bibirnya yang dioles lipstick merah itu dirapatkan ke bibir suaminya. Sepasang tangan Hana Aishah yang berada di dada suaminya sudah merangkul leher Fakhrul.

Dengan menggunakan segala pengalaman dengan suaminya , bibir Hana Aishah menari. Awalnya bibir suaminya kaku. Hana Aishah masih terus mengurut lembut leher dan bahu suaminya yang tegang pada awalnya.

Fakhrul dapat merasakan segala tembok kemarahan yang dia bina runtuh sedikit demi sedikit. Bahu yang tegang terasa melonggar apabila diurut isterinya. Tangannya perlahan - lahan naik ke pinggang isterinya.

“Mmmmmm..” mendengar bunyi yang keluar daripada mulut isterinya yang sedang bergerak rancak di mulutnya, Fakhrul mengangkat tubuh Hana Aishah sebelum dibaringkan di atas katil mereka.

“No...” suara Hana Aishah kedengaran apabila Fakhrul menarik bibirnya menjauhi bibir nipis isterinya yang sudah bengkak itu. Renungan yang dirinduinya itu menusuk ke dalam anak matanya.

“I’m your husband. I have the right on you. When I don’t permit something I want you to listen” Hana Aishah merenung Fakhrul yang bersuara serius itu.

“Faham?” Hana Aishah menelan air liurnya. Dia dapat merasakan keKesatan air liur itu melalui kerongkongnya saat dia mendengar arahan suaminya.

Melihat Hana Aishah yang diam membisu tanpa bicara itu, muka Fakhrul yang serius tadi bertukar tegang. Tubuhnya didudukkan di birai katil. Pandangannya dilemparkan ke jendela yanh dibuka Hana Aishah subuh tadi.

“So that’s your answer. You won’t and will never listen to me right” hati Hana Aishah seperti ditusuk sembilu saat dia mendengar betapa kecewanya suaminya.

“I don’t even.... “ Fakhrul tertawa hambar sebelum kepalanya digeleng lemah.

Hana Aishah menarik tubuhnya duduk. Skirtnya yang terangkat itu ditarik turun. Air matanya yang gugur dikesat menggunakan belakang lengannya. Kemudian dia memeluk erat lengan kanan suaminya. Kepalanya dilentokkan di bahu suaminya. Dalam nafas yang dia tarik saat itu.

“Aishah ikut cakap you. You’re my husband and I’ve fallen for you....” dia jeda sebentar cuba mengumpul segala kekuatan yang dia mampu saat itu.

“I ... Aishah... I’ve... I’ve fallen for you so hard. Aishah tak boleh hidup tanpa Fakhrul. So .... “ Hana Aishah mengesat air mata dan hingusnya yang mengalir itu.

“So ... so I’ll listen to you. I will not contact him other than because of work thing” Hana Aishah dapat merasakan keperitan yang tidak dapat dia gambarkan saat itu. Hatinya seperti di tikam beribu kali.

Fakhrul hanya berdiam diri mendengar janji isterinya. Hatinya bersorak kemenangan tetapi sakit hatinya kerana isterinya menangis teresak - esak kerana lelaki lain masih berbaki. Oleh itu , tubuhnya dibangunkan sebelum dia pergi meninggalkan Hana Aishah di dalam sendunya.

Kunjungan Sakinah semalam memaksa dia untuk memilih di antara suaminya ataupun sahabat baiknya.

*********************************


“Something is up. Spill!” Hana Aishah yang sedang makan cekodok pisang buatan Sakinah itu tersentak mendengar ayat sahabat baiknya itu.

“Mana ada. Aku ok” Hana Aishah memandang ke arah Sakinah yang sudah menggelengkan kepalanya tidak mempercayai penipuan Hana Aishah itu.

Hari terakhir Hana Aishah di hospital sebelum dia pulang , Sakinah datang bertandang seorang diri. Tiada kata - kata yang diluahkan. Hanya pelukan erat. Air mata Hana Aishah merembes keluar tanpa henti saat itu.

Hampir setiap hari Sakinah datang menjenguknya. Menemani Hana Aishah dan memberinya kata - kata semangat. Persengketaan mereka sewaktu malam sebelum pernikahan Hana Aqilah terus hilang.

“Kau jangan tipu aku Cha. Aku kenal kau. Kau tak payah cerita aku boleh tau kau ada masalah” Hana Aishah membaringkan kepalanya di riba Sakinah. Mereka sedang duduk bersantai di ruang di tingkat dua banglo itu.

Sakinah mengeluh panjang sebelum mengusap rambul ikal mayang sahabatnya itu. Dia bersyukur melihat Hana Aishah yang semakin berisi itu. Sekurang - kurangnya suaminya memaksa Hana Aishah makan.

“Kenapa ni?” Hana Aishah diam membisu.

Sudahlah malam tadi tidurnya berpeluk bantal peluk, pagi tadi pula suaminya pergi kerja tanpa sempat dia menyalami tangan suaminya. Ubun - ubunnya pun sudah tidak dicium sewaktu suaminya mengimamkan solat subuh mereka.

“Gaduh?” Hana Aishah menganggukkan kepalanya perlahan mendengar pertanyaan Sakinah.

“He won’t let me befriend with Aiman anymore” Sakinah terdiam mendengar ayat Hana Aishah itu.

“Did you explain to him your relationship with Aiman?” Hana Aishah menganggukkan kepalanya.

“Maybe he got a point. Kau isteri dia Cha, of course he will feel something if you’re closing with another man” Hana Aishah mendudukkan dirinya. Kakinya dibengkokkan sebelum dia memeluk kakinya erat. Blaus separa betis yang dipakainya itu ditarik menutupi sehingga ke tapak kakinya.

“He’s my bestfriend Kina” Sakinah memandang ke arah Hana Aishah yang sedang menongkat dagunya di lutut. Satu keluhan berat dilepaskan Sakinah.

“Aku faham tapi Fakhrul suami kau. Taat kau kena dekat dia sebab itu syurga kau” Sakinah menyisir anak - anak rambut nakal yang berjuntai di muka Hana Aishah itu.

“Tapi kenapa rasa macam neraka?” Hana Aishah tidak tahu bagaimana tetapi kata - kata itu terlepas daripada mulutnya sebelum sempat dia menahan.

“Because both of you are making it like that. Kena bertolak ansur Cha. Kadang - kadang dalam perhubungan ni satu pihak akan lebih banyak berkorban. Tapi kalau bahagia yang kau nak then kena willing to sacrifice” air mata Hana Aishah mengalir hangat.

“Do you love Fakhrul?” Hana Aishah memejamkan matanya erat saat mendengar soalan Sakinah itu. Perlahan - lahan kepalanya dianggukkan. Air matanya mengalir semakin lebat.

“I love him so much that it hurt” Sakinah terkejut melihat anak mata Hana Aishah saat itu. Sakinah tidak pernah melihat mata itu bersinar sebegitu hebat sepanjang dia mengenali Hana Aishah. Dia dapat melihat betapa cintanya Hana Aishah terhadap Fakhrul.

“You have to choose Cha. I’m sorry but sometimes in life we can have both” Sakinah mengelap air mata Hana Aishah yang sedang mengalir laju. Ditarik Hana Aishah ke dalam pelukannya.

“I can’t let Aiman go. Nanti dia hanyut Kina. Aku tak nak dia hanyut. We’re suppose to enter Jannah together macam aku dengan kau” Sakinah terdiam mendengar esakan Hana Aishah.

“Cha, whatever he is going through kau hanya mampu doa for now. Kau nak selamatkan rumah tangga kau kan?” Sakinah memaut wajah Hana Aishah. Dalam esakan Hana Aishah dia menganggukkan kepalanya.

“Then save your marriage. Aiman kau doakan dari jauh. Fakhrul can stop you from contacting him tapi doa tu milik kau. Remember prayers are our best weapon” Hana Aishah menyembamkan mukanya di dada Sakinah.

“Susahnya Kina. Kenapa bahagia terlalu sukar untuk aku kecapi? Kenapa berat sangat ujian untuk aku? Kenapa bertimpa - timpa ujian untuk rumah tangga aku?” bergenang air mata Sakinah mendengar pertanyaan Hana Aishah itu.

“Sebab Allah sayang kau sangat - sangat. Nanti kau percayalah, bahagia kau akan manis sangat” Hana Aishah mengaminkan doa Sakinah. Bergema hatinya merintih saat itu.

Malam itu dikala suaminya sedang lena diulit mimpi Hana Aishah bangun memohon petunjuk pada yang satu.

“Ya Allah. I need him. Aiman need me. Why can’t I have both? He need me to go through your test. Kau ambik aku sebagai support system dia tapi kau gantikan aku dengan seseorang yang mampu ada di sisi dia sampai bila bila” air matanya mengalir lebat.

Hana Aishah memandang ke arah suaminya yang sedang tidur mengiring ke arahnya. Masuk ini sudah malam kedua suaminya tidur membelakanginya. Wajah polos lelaki pertama yang dia cintai itu di tatap. Dengan lafaz bismillah Hana Aishah membuka Iphonenya sebelum memulakan taipannya.

~I’m sorry Aiman. I love him too much. I can’t contact you anymore. We can’t talk or text anymore. Dia tak izinkan aku. Aku sayang kau. Sangat sangat. And this hurt so much. I can’t be physically there for you tapi bibir aku tak akan henti berdoa. Kau kuat. Kau boleh lawan benda ni. Kau janji kita kawan till Jannah jadi kau tak boleh buat benda ni. Tolong man. Untuk arwah ibu , untuk bapak, untuk abang - abang kau. Untuk aku ~ Aiman


Esakan Hana Aishah semakin hebat membaca mesej yang sudah diolah untuk keseratus kalinya. Tangannya teragak untuk menghantar pesanan itu. Matanya acap kali meneliti wajah suaminya yang tertidur lena itu.

“Ya Allah. Betul ke apa yang aku buat ni?” hatinya sakit saat itu. Segala pengorbanan Aiman berlayar di matanya saat itu.

“Hana kau tak kan tinggal aku kan. Ibu left me. She left me. You won’t right. Even after you know how fucked up I am” terngiang - ngiang kata - kata Aiman malam itu sewaktu dia sembunyi - sembunyi keluar dengan Aiman beberapa hari sebelum pernikahannya. Malam di mana di tahu kisah gelap Aiman.

Kerongkongnya terasa menyempit. Tangan kanan Hana Aishah secara automatik menggosok dadanya yang terasa sesak itu.

“You won’t leave me right?” di saat itu Allah hadirkan saat di mana dia berjanji dia tidak akan tinggalkan Fakhrul , suaminya yang sah.

Matanya tertacap pada wajah tenang suaminya yang sedang tidur itu. Matanya terpejam rapat manakala bibirnya terbuka sedikit. Saat itu dadanya yang sempit terasa lapang. Tanpa dia sedar tangannya secara automatik menekan butang hantar.


****************************


“This is what I want to see” Fakhrul yang sedang sibuk melihat gambar isterinya di Iphone miliknya itu mengerutkan mukanya tidak berpuas hari kerana dia diganggu.

“What?” Fakhrul melihat ke arah Hariz yang sudah melabuhkan punggungnya di sofa di dalam bilik pakar itu. Rakannya itu sedang tersenyum lebar.

“I’m glad you’re ok now. Fuhh it was such a wreck this couple of days because of you” Fakhrul menutup Iphonenya sebelum melemparkan pandangan pelik ke arah Hariz yang memakai baju kemeja belang berwarna kelabu itu.

“You’re disturbing my time” Hariz lansung tidak terasa dengan kata - kata Fakhrul itu. Sopan itu tiada dalam kamus hidup lelaki bernama Tengku Fakhrul.

“Seems like someone have patch things up with Mrs” Hariz mengeyitkan matanya manakala Fakhrul hanya diam tanpa perasaan.

Tadi sewaktu dia meninggalkan Hana Aishah yang sedang menangis hatinya lega. Terasa seperti satu bebanan hilang. Akhirnya isterinya mahu menurut katanya.

Walaupun dia merasa kasihan melihat Hana Aishah menangis tetapi isterinya perlu belajar menghormatinya. Pesanan mesej daripada isterinya dibaca berulang kali tadi.

~Aishah mintak maaf. Don’t be mad. I will listen to you after this. I love you. Come back for lunch~ Sayang


Dia tidak membalas pesanan whatsapp isterinya itu tetapi mulutnya terukir senyuman semenjak dia masuk kerja pagi tadi. Fakhrul 1 - Hana Aishah 0.

Share this novel

awer
2021-08-07 20:36:26 

ayat best..bahasa bagus..cume jln citer agak slow..next time author blh tmbak babak berat sket..bru menarik

awer
2021-08-07 20:35:21 

jln citer slow giler...knape pusing2 sama je...


NovelPlus Premium

The best ads free experience