Chapter 37

Romance Completed 625623

Dalam masa seminggu kebelakangan ini perasaan cemas sentiasa menyelubungi diri Hana Aishah. Tidur malamnya lansung tidak lena.

“Now you look like a bride” jurumekap yang berwajah campuran arab itu memuji Hana Aishah sekaligus menyedarkan Hana Aishah daripada lamunannya.

Hana Aishah memandang ke arah Faz yang sedang memegang lipstick jenama MAC. Senyuman lebar ditayangkan gadis itu apabila melihat bibir pengantin yang pucat tadi sudah bertukar warna hasil air tangannya.

Pertama kali Hana Aishah bertemu dengan Faz dia terpaku melihat kecantikan gadis itu. Walaupun badannya berisi tetapi kecantikan wajahnya yang asli itu merupakan aset paling menonjol gadis itu.

“I hope your hubby suka la mekap I ni. He’s very particular kan. Remember how many make up look we have to show him hari tu” Hana Aishah tersenyum melihat muka Faz yang kelihatan gerun membayangkan pengalamannya 2 minggu lepas.

Hana Aishah belajar sesuatu sewaktu sesi percubaan mekap bersama Faz 2 minggu lepas. Gadis ini sejenis yang akan cakap sahaja apa yang dia rasa. Melihat gadis ini menyebabkan Hana Aishah rindukan dirinya yang dahulu.

Hana Aishah hanya berdiam diri mendengar celoteh Faz itu. Di mindanya terlalu banyak perkara yang bermain. Tetapi yang paling membuatkan dirinya tidak keruan adalah membayangkan sebentar lagi dia perlu berjalan di tengah orang ramai.

“You ni memang senyap je kan. Sorry lah, I ni banyak cakap. Boring lah kalau senyap je kan” Hana Aishah memberikan senyuman hambar apabila mendengar ayat Faz yang sedang membentuk keningnya menggunakan celak itu.

“Its ok. I pun talk-active normally tapi today entah, I nervous kot” Hana Aishah melihat Faz yang sedang mengambil barang daripada peti mekap yang besar itu .

“I doubt it. Ok, last touch before we put on your dress and shawl” Faz menuju ke arah Hana Aishah bersama bulu mata palsu.

“Ehh Faz , tak pe. I tak nak pakai fake lashes” Faz memandang Hana Aishah pelik.

“Nuh uh girl. This is a must ok” Faz sudah berdiri bercekak pinggang. Hana Aishah menahan tawa melihat gadis yang memakai kebaya nyonya berwarna hitam itu sedang menggoyangkan jarinya di hadapan mata Hana Aishah.

“I ...” belum sempat Hana Aishah habis berbicara pintu bilik mereka terbuka. Fakhrul yang segak memakai sut berwarna kelabu dipadankan dengan baju kemeja beige melangkah masuk. Mata Hana Aishah terpaku melihat Fakhrul yang sedang menuju ke arahnya.

Sut yang berwarna kelabu terang itu mempunyai tiga pasang. Badan sasa suaminya kelihatan jelas disebalik ves yang agak mengikut badan itu.

“I thought I told you nothing artificial” suara Fakhrul yang kedengaran tegang itu menyedarkan Hana Aishah daripada renungannya.

“Gosh girl. Have some back bone. Sebab tu ke you tak nak pakai lashes?” suara Faz yang menyindir Hana Aishah itu lansung tidak terkesan di hatinya.

“Bu...” sekali lagi kata - kata Hana Aishah dipotong oleh tidak lain tidak bukan , haruslah suaminya.

“I told you specifically what I want and your job is to follow it. You’re paid for that” Hana Aishah dapat melihat muka Faz yang sudah merah seperti udang itu. Kulit Faz yang putih susu itu menunjukkan amarahnya kerana kata - kata Fakhrul. Sebelum sempat satu lagi adegan pergaduhan berlaku Hana Aishah cepat - cepat memotong.

“Both of you quiet. Faz , I don’t need to follow what he says. This is my body so I have right upon it. I don’t want to wear fake eyelashes because its haram. Same as when I told you not to trim my brow” kedua - dua orang manusia itu hanya terdiam mendengar penjelasan Hana Aishah.

Hana Aishah yang sedang duduk di atas kerusi malas itu kemudian memandang ke arah Fakhrul. Tadi sewaktu mereka sampai di villa ini, Fakhrul membawa mereka ke Suite De Alama.

Suite yang berada di tingkat dua villa ini , mempunyai ruangan tamu dan dua buah bilik. Apabila Hana Aishah menjejakkan kaki ke suite tersebut , dia kagum melihat suasana mewah di dalam suite tersebut.

Unsur mewah itu jelas apabila melihat set sofa berwarna emas yang gah terletak di ruangan tamu suite ini. Sebuah TV 50 inci tergantung di dinding bilik manakala dinding lain dipenuhi dengan lukisan - lukisan yang kelihatan anggun . Dia amat pasti harga setiap satu lukisan itu lagi mahal daripada gajinya dikalikan sepuluh.

Perabot yang menghiasi suite itu berkayu jati menonjolkan ciri - ciri kesultanan yang sangat berlainan dengan reka bentuk villa tersebut yang secara keseluruhanya bertemakan Victorian Age.

Hana Aishah tidak pasti di mana majlis mereka akan berlansung tetapi mengikut perbualan Fakhrul dan Kapten Azam beberapa minggu lepas , ia dapat memuatkan 5 ribu tetamu dalam satu - satu masa.

Villa tersebut kelihatan seperti sebuah istana apabila dilihat daripada luar. Suasana vintaj villa ini sangat menarik perhatian Hana Aishah. Hatinya yang gelisah itu menjadi sedikit tenang. Mengingatkan dia pada zaman kesultanan melayu di malaysia sekaligus membawanya ke memori di sekolah menengah bersama rakan- rakannya. Aktiviti kegemaran mereka adalah meronda ke muzium - muzium di serata malaysia sewaktu cuti persekolahan. Rindunya dia pada masa itu. Tiada tanggungjawab berat, hanya memikirkan peperiksaan sahaja. Nafasnya dihela panjang sebelum fokusnya ditujukan pada suami terpaksanya.

“And you. Mr .... ehh I mean Fakhrul, can you please stay in your room. I’m not ready yet” setelah beberapa minit Hana Aishah jeda , dia menyuruh lelaki itu keluar. Dengan adanya lelaki itu di situ keadaan akan bertambah lambat dan yang paling penting Hana Aishah akan bertambah cemas.

“No. I want to see her put your make up on and dress” daripada keadaan separa berbaring Hana Aishah terus terduduk. Biar betul suami dia ni.

Sekarang ini pun dalam keadaan dia memakai jubah mandi satin yang bertulis Mrs dan berseluar legging separa buku lali , Hana Aishah rasa terdedah. Sudahlah tudung dia memang sudah ditanggalkan awal tadi.

“You jangan lah. You promise me earlier” Hana Aishah cuba mengingatkan Fakhrul tentang janji suami itu.

“Aishah” amaran itu cukup untuk membuatkan muncung Hana Aishah ditarik sedepa.

“Not fair. You promise me. Plus I’m sure Faz is not comfortable with having you here. See she stopped doing her job dah” Hana Aishah menunjukkan jarinya ke arah Faz yang sedang berdiri melihat kedua - dua pasangan pengantin itu.

“Mr Fakhrul. Please return to your room and let me settle your bride. You shall see her once she’s ready” Fakhrul hampir mahu membantah arahan Faz itu tetapi Hana Aishah berdiri sebelum memaut lengannya.

“Please” Hana Aishah cuba memanjakan suara dengan harapan lelaki itu akan pergi.

Fakhrul melihat kearah Hana Aishah hanya memakai jubah mandi satin berwarna putih. Tiba - tiba mukanya bertukar tegang sebelum wajahnya didekatkan kanan ke pipi Hana Aishah.

Tidak sempat Hana Aishah melarikan diri , Fakhrul terlebih dahulu memaut pinggang gadis itu dan sekaligus menarik Hana Aishah ke dalam pelukannya.

“Out” Hana Aishah tahu dengan satu patah perkataan itu , dalam masa beberapa saat Faz dan 3 orang pembantunya telah meninggalkan bilik itu untuk sementara.

Bunyi pintu yang tertutup itu membuatkan dadanya berdegup kencang apatah lagi apabila melihat muka Fakhrul yang sangat dekat dengan mukanya.

“You ... you ... jaa...nji taaa .. di” tergagap - gagap suara Hana Aishah. Matanya sudah melilau melihat ke sekeliling bilik yang serba kuning itu. Tiada satu pun manusia yang dapat dia lihat.

Tiba - tiba , sebelah tangan kanan lelaki itu naik ke bahagian bahu kanannya. Lengan kiri Fakhrul yang memeluk pinggangnya itu diketatkan sehingga menyebabkan tubuhnya sekarang dihimpit ke dada lelaki itu.

“Mmm ... Mr ... “ kecut perut Hana Aishah apabila berada dalam keadaan seperti itu. Fakhrul mendekatkan kepalanya ke sisi kanan kepala Hana Aishah. Hana Aishah dapat mendengar deruan nafas lelaki itu di cuping telinga kanannya.

“You didn’t wear the red one” Hana Aishah menelan air liurnya kerana dia faham apa yang lelaki itu sedang maksudkan.

Tangan lelaki itu menolak bahagian bahu kanan jubah mandi itu turun mendedahkan kulit coklat susu Hana Aishah. Tubuh Hana Aishah sudah mengigil ketakutan.

“So I get to stay here and see you dress cause you also didn’t comply to the rule” suara Fakhrul yang perlahan itu menampar gegendang telinganya.

“I .. I ... I don’t.. emm ... I can’t... I mean .. I “ tergagap - gagap Hana Aishah cuba mencipta alasan.

Apabila suaminya menghantarkan Hana Aishah ke dalam bilik ini petang tadi , lelaki itu memesan supaya dia memakai pakaian yang disediakan di dalam kotak berwarna hitam yang diikat dengan reben berwarna beige. Hendak terkeluar jantung Hana Aishah melihat set corset berwarna merah berkain les.

Nasib baik , dia ada membawa pakaian dalam lebih tadi , jadi dia tidak memakai pakaian dalam yang disediakan di dalam kotak itu. Sebelum Faz dan pembantunya sampai , Hana Aishah menyorokkan kotak itu dibawah katil kayu yang besar itu.

“Remember when you said I got to decide your outfit. So who’s breaking the rules now” suara lelaki itu bertukar nada apabila dia menarik tali baju dalam Hana Aishah yang berwarna hitam itu. Nada suara yang tidak pernah Hana Aishah dengar.

“That’s not fair. This is inner wear. I tak nak pakai that ... that .. umm ... thing” muka Hana Aishah terasa bahang yang teramat sangat.

“You should think about that before agreeing to that term then. Hmm what should we do now” Hana Aishah terasa seperti mahu pengsan apabila tali baju dalam sebelah kanannya dilurutkan dan bibir lelaki itu mendarat di kulitnya yang terdedah itu.

Kaki Hana Aishah terasa seperti berada di awangan saat itu. Kegeliannya berada pada tahap maksima. Deruan nafas lelaki itu yang sebelum ini tenang , kedengaran semakin tidak sekata.

Lama bibir lelaki itu mendarat di bahu kanan Hana Aishah. Mata Hana Aishah sudah terpejam rapat kerana perasaan yang aneh mula menular ke dalam hatinya.

“Mr Fakhrul. Its almost 8. The guests are piling up” tiga ketukan di pintu kayu jati diikuti dengan laungan Faz itu cukup untuk mengejutkan Hana Aishah daripada terus hanyut.

“Astaghfirullahalazim. Mr Fakhrul, stop it” bisik Hana Aishah kasar sambil cuba menolak dada sasa lelaki itu , tetapi lelaki itu mengambil masa indahnya sebelum mengangkat wajahnya dan memandang tepat ke dalam anak mata coklat isterinya yang nampak semakin pekat warnanya itu.

Senyuman manis dihadiahkan kepada Hana Aishah. Wajah Hana Aishah yang kelihatan terkejut itu , ditenung lama. Leher jinjang yang terdedah sehingga ke bahagian dada isterinya itu dipandang. Dia melepaskan pelukan dipinggang isterinya sebelum memusingkan tubuh Hana Aishah.

“Aaaa” terjerit Hana Aishah apabila badannya di pusing sehingga belakangnya menghadap ke arah bahagian hadapan lelaki itu. Tiba - tiba dirasakan rambutnya diikat tinggi. Baru Hana Aishah perasan , rambutnya yang disanggul tadi telah dilepaskan lelaki itu sewaktu adegan sebentar tadi.

“Hmm . Done” lelaki itu memeluk pinggangnya daripada belakang usai dia menyanggul kembali rambut isterinya.

“Mr Fakhrul “ suara Hana Aishah sudah merayu.

“See breaking more rules” dan akibatnya leher Hana Aishah pula menjadi mangsa mulut lelaki itu. Hana Aishah sudah terjengket - jengket kegelian.

“You , please stop. It’s getting late” sambil Hana Aishah merayu , sambil itu tangannya cuba merenggangkan pelukan lelaki itu. Selepas hampir seminit lehernya diteroka , Fakhrul berhenti.

“God. You’re so sexy” Hana Aishah menelan air liur mendengar suara lelaki itu yang bertukar perlahan itu. Dagu lelaki itu sudah mendarat di bahu kirinya.

“Mmmm. That’s your punishment for breaking two rules. Now , abang akan keluar if sayang promise dekat abang you’ll wear the red set?” dengan lajunya kepala Hana Aishah mengangguk apabila mendengar syarat lelaki itu.

“Say it” sekarang kawasan belakang telinga kirinya pula dicium.

“I janji. I janji. I pakai. Eeeee” Hana Aishah sudah menggeliat tidak tahan kegelian.

“You’re ticklish. I wonder where else ...” ayat itu dibiarkan tergantung dan saat lelaki itu melepaskan pelukannya, Hana Aishah mencicit berlari memasuki bilik air dan mengunci pintu.

“Oh my God . Oh my God. Ya Allah” tangan Hana Aishah diletakkan di dadanya. Dia melihat wajahnya yang kelihatan lain apabila dimekapkan. Bibirnya yang sempat dioles dengan gincu berwarna merah hati kelihatan menyerlah.

Rambutnya yang sudah kusut dan disanggul comot oleh suaminya , gaun mandinya yang separuh terlondeh menampakkan bahu kanannya.

Tetapi yang membuatkan matanya terbeliak melihat cap mohor yang ditinggalkan lelaki itu dibahunya. Kesan berwarna merah yang sangat besar dan jelas.

“Shit. Huaa” Hana Aishah mengambil tuala muka yang terletak di atas sinki marmar di hadapannya dan membasahkan di bawah pancuran air paip sebelum menggosokkan tuala basah itu di atas kesan yang ditinggalkan Fakhrul itu.

“Puan Hana. Kita dah lambat ni” ketukan pintu daripada luar itu mengejutkan Hana Aishah.

“Yes . Coming” kedudukan jubahnya dibetulkan sebelum dia mengikat tali jubah mandi itu ketat. Setelah dia memastikan keadaan dia nampak kemas barulah dia membuka pintu biliknya.

Muka Faz yang garang serta ketiga - tiga orang pembantunya yang kelihatan kelam kabut mengambil persalinannya itu dipandang dengan perasaan cemas. Dia bimbang sekiranya mereka dapat mengagak apa yang telah berlaku sebentar tadi.

“Gosh girl. Now we have 10 minute to put you in the dress and finish my make up” dengan sekali tarikan Hana Aishah diseret keluar bilik air oleh Faz.

Dalam masa 15 minit , Hana Aishah siap memakai gaun pengantinnya yang berwarna kelabu cair dengan batu - batu swaroski berwarna emas. Gaun berbentuk A Cut itu mempunyai leretan yang panjang dan dipadankan dengan ukiran diamond berbentuk tali pinggang di pinggangnya.

Tudung sifon berbatu swaroski itu dililit kemas sebelum sebuah makhota sederhana besar dipinkan ke pundak kepalanya. Kepala Hana Aishah terasa berat apabila mahkota itu selesai diletakkan di kepalanya sehingga dia curiga sekiranya mahkota itu dihiasi berlian asli.

“Oh God! We’re so late” salah seorang pembantu Faz menyarungkan kasut ballet di kaki kanan Hana Aishah manakala seorang lagi di sebelah kiri. Hana Aishah terpaksa memaut bahu Faz yang sedang membetulkan kedudukan mahkotanya.

Nasib baik dia berjaya meyakinkan Faz untuk membenarkan dia memakai kasut ballet yang mempunyai labuci berwarna silver. Dia tidak mahu memakai kasut tumit tinggi kerana dia pasti akan jatuh tergolek.

“Now turn and I give you 30 second to look into the mirrow” seorang lagi pembantu Faz menarik cermin panjang dan diletakkan di hadapan Hana Aishah.

Hana Aishah terpaku melihat dirinya di dalam cermin itu. Gaun pengantin yang diperbuat daripada les yang sangat lembut berwarna silver itu sangat memukau. Batu - batu kristal berwarna gold yang menghiasi gaun itu bersinar apabila terkena cahaya lampu.

Bahagian atas gaun itu mengikut bentuk badan Hana Aishah sehingga ke bahagian pinggangnya sebelum gaun itu mengembang sehingga ke lantai. Di pinggangnya batu - batu kristal yang bersaiz besar berbentuk segi empat disusun untuk membentuk ilusi seperti tali pinggang.

Selendangnya pula dililit kemas tetapi masih menutupi dadanya. Tangan Hana Aishah yang berhenna itu menyentuh les yang lembut itu. Perasaan sebak menyelubungi dirinya membayangkan adik beradiknya tiada di situ untuk mempersiapkan dirinya.

Fakhrul sudah menegaskan bahawa ahli keluarganya atau Hana Aishah akan berada di dewan dan semua urusan persiapan akan diuruskan oleh pasukan Sierra. Mereka hanya perlu hadir dan menyambut tetamu sahaja.

Saat dia mahukan adik beradik perempuannya untuk melalui saat yang sangat genting dalam kehidupan seorang wanita , sekali lagi lelaki itu berjaya merampasnya.

Hana Aishah yang sedang hanyut dalam perasaannya itu tersentak apabila bahagian belakang badannya itu ditarik rapat ke tubuh seseorang. Matanya masih memandang ke lantai melihat kearah gaun mewah yang anggun itu. Air matanya di tahan. Haruman lelaki itu yang dia sudah hafal. Lelaki yang dia benci tetapi telah sah menjadi suaminya.

“My gorgeous bride. But you’re missing something” perlahan suara lelaki itu membisik sebelum Hana Aishah merasa berat di bahagian lehernya. Dari ekor matanya dia dapat melihat seutas rantai diamond disarungkan di lehernya.

“Now it’s perfect “ tangan lelaki itu bermain di berlian berbentuk hati yang bersaiz sebesar buah limau itu. Berlian berwarna merah jambu itu bersinar apabila terkena cahaya lampu kuning di bilik itu.

“Ya Allah kenapa susah sangat aku nak terima semua ini. I’m not a robot. I want to be human” hati Hana Aishah merintih tetapi langkahnya tetap diteruskan menuju ke luar suite mereka. Tangan Fakhrul kejap memegang tangannya yang sudah kesejukan itu.

Saat mereka tiba di tangga paling atas itu dada Hana Aishah sudah seperti mahu terkeluar. Wajahnya masih memandang ke lantai yang dilitupi karpet berwarna emas itu.

Tangga yang terletak di tengah - tengah villa itu tersangat besar dan sekarang ini hanya mereka berdua berdiri di bahagian tengah tangga dan bersedia untuk turun. Hana Aishah dapat mendengar bunyi gambar diambil entah berapa banyak kali dan mendengar sayup - sayup suara - suara manusia bercakap.

“Sayang. Chin up” Fakhrul memusingkan badan Hana Aishah untuk menghadapnya sebelum menolak lembut dagu Hana Aishah ke atas. Mata Hana Aishah sudah merah menahan air matanya.

“Hey. What happen sayang?” suara Fakhrul lembut bertanya membuatkan hatinya bertambah sayu. Tangan Fakhrul menggenggam erat tangan Hana Aishah yang sudah berpeluh itu.

“I’m.. emm. Can .. we .. urghh. How do I say this? I’m nervous. Can we skip this part?” walaupun Hana Aishah tahu permintaannya itu hanyalah sia - sia , tetapi dia perlu meluahkan apa yang dirasainya. Dia betul - betul mahukan Hana Azuwa dan Hana Aqilah di situ.

“Its just for few hours, then its over. Just this one. Ok?” senyuman Fakhrul itu lansung tidak menenangkan Hana Aishah. Fakhrul menahan tawanya melihat isterinya yang seperti ayam berak kapur itu.

“Don’t focus on the event. Focus dekat abang je. Just hold my hand tight , ok?” Hana Aishah mengeluh panjang mendengar bicara suaminya. Kalau fikir pasal suaminya itu lagilah dia gementar.

“Lets go. Everyone is waiting” Hana Aishah terpaksa menganggukkan kepalanya sebelum mereka memalingkan badan mereka ke arah anak tangga.

Di anak tangga paling bawah , Hana Aishah dapat melihat kumpulan manusia dengan berbagai bentuk kamera di tangan. Dia menghembuskan nafas panjang sebelum memulakan langkah berhati - hati menuruni anak tangga. Dia bersyukur kerana tidak memakai kasut tumit tinggi walaupun sekarang ini dia kelihatan pendek dibandingkan dengan suaminya itu.

Mereka meneruskan langkah menuju ke bahagian kanan villa tersebut. Bila Hana Aishah meneliti kembali villa itu , tiba - tiba dia merasakan seperti tanggapannya salah. Villa itu kelihatan seperti sebuah istana apabila dia meniliti keluasan dan hiasan dalamannya.

Sesampai mereka di sebuah pintu kayu setinggi bumbung villa itu , Hana Aishah dapat mendengar suara - suara manusia yang semakin jelas. Kemudian suara - suara itu semakin perlahan apabila pengumuman yang tidak dapat Hana Aishah dengar dengan jelas dibuat.

“Hold on to me tight. I wont let you go” mendengar bisikan Fakhrul itu, Hana Aishah tidak sempat memberi reaksi apabila pintu kayu jati yang gah itu dibuka daripada dalam dan Hana Aishah terpukau melihat dewan majlisnya.

Di hadapan mereka anak saudara Hana Aishah dan Fakhrul sudah beratur dengan bakul yang berisi dauh kering berwarna coklat itu. Mary Irina dan Hana Walieya cantik memakai gaun berwarna putih dan tiara di kepala masing - masing manakala Wahiey pula segak memakai sut berwarna beige.

“Ya Allah. Please don’t let fall to my feet” satu sahaja doa Hana Aishah apabila melihat isi dewan tersebut dan mendengar alunan musik yang bermula.

**********************************

“Mamat ni memang kurang asam. Huaaa. Kepala otak dia tu dewan. Its a freaking mansion” Hana Aishah membebel di dalam hatinya. Akhirnya selepas satu jam lebih acara berlansung , Hana Aishah berjaya melarikan diri daripada Fakhrul.

Dia masih ingat perjalanan yang sangat panjang dia pernah lalui sepanjang hidupnya iaitu daripada pintu masuk dewan tersebut sehinggalah ke pelamin mereka. Sepanjang perjalanan itu , mata Hana Aishah lansung tidak memandang ke kiri atau kanan.

Dia terkejut melihat atucara majlis itu. Itulah sewaktu lelaki itu ajak untuk rehearsal sebelum majlis mereka , Hana Aishah menolak mentah - mentah. Rupanya kerabat raja Perak turut hadir kerana Tan Sri Tengku Fadhil berasal daripada kerabat di raja sana.

Punyalah panjang ucapan pengerusi majlis sampai Hana Aishah hampir tertidur. Pengapit mereka kedua - duanya tidak Hana Aishah kenali kerana sekali lagi Fakhrul berjaya mematikan impiannya.

“Wei Cha” mendengar suara Sakinah itu. Hana Aishah berlari anak dan terus memeluk Sakinah erat. Dia melalui jambatan kecil yang menghubungkan khemah - khemah di taman villa itu ke kawasan kolam ikan yang agak terpencil.

“Kina . Kina . Kina” hanya itu yang Hana Aishah luahkan. Di dalam lautan manusia itu Hana Aishah terus hilang punca.

Dewan yang sangat luas itu bertambah luas apabila sisi dewan turut dibuka dan khemah - khemah lutsinar menghiasi laman villa itu. Patutlah lelaki itu cakap , dewan ini boleh menempatkan hampir 5 ribu orang pada satu - satu masa.

“Wei. Kau dah kenapa ni Cha. Kau lari lagi ye?” Hana Aishah memandang ke arah Sakinah yang memakai Gaun berwarna hijau lumut itu. Hana Aishah memastikan semua kawan baiknya memakai baju sepasang. Dia mahukan Sakinah menjadi pengapitnya tetapi lelaki itu tolak mentah - mentah.

“I cannot Kina. Take me away” muka Hana Aishah seperti mahu menangis.

“Ya Allah. Meh duduk sini. Kau dah makan ke belum ni” Sakinah yang menarik kerusi di kawasan kolam ikan yang agak tersembunyi sebelum mendudukkan Hana Aishah di situ. Leretan kain Hana Aishah itu diangkat sebelum di letakkan di atas sebuah lagi kerusi di sebelah Hana Aishah.

“Aku tak ada selera. Tadi time makan adab pun aku makan sikit je” Hana Aishah teringat kembali saat usai acara merenjis , mereka di arak ke bahagian makan adab. Melihat lautan manusia di depannya terus putus selera makan Hana Aishah.

“Aku dah agak dah. Meh sini aku suap. Meja sikit punya panjang tadi , kalau aku memang habis aku licinkan makanan atas tu” Sakinah mengambil lauk nasi minyak dengan ayam masak merah yang berada di atas meja batu di hadapan mereka itu dan menyuapkan ke mulut Hana Aishah.

“Nervous wei aku. Dah lah family aku semua tak ada . Sebelah aku entah raja bersiung mana tah” Hana Aishah terkejut apabila meja makan adab itu dipenuhi dengan orang yang tidak dia kenali. Dia bayangkan ibu bapanya dan mertuanya akan duduk sekali makan dengan mereka.

“Mak bapak kau kat entrance tu ha. Kesian dah aku tengok. Punyalah banyak tetamu. Adik beradik kau pun dekat situ” Hana Aishah hanya menganggukkan kepalanya sambil makan dengan gelojohnya apabila Sakinah menyuapnya.

“Aku ingat habis dah zaman aku suap kau makan Hana Aishah. Haih lah kau ni, makan pun susah” Sakinah membebel sambil meneruskan operasi menyuap rakannya itu. Semenjak dari sekolah lagi Hana Aishah memang sangat susah makan , oleh itu selalunya Sakinah akan menyuapnya.

“Wei mana semua orang? Sedihnya aku tak dapat jumpa diorang” melihat muka Hana Aishah yang sedih itu , Sakinah menghantar mesej kepada rakan - rakan mereka supaya berkumpul di kolam ikan tersebut.

Dalam masa lima belas minit , kawasan kolam ikan itu sudah dipenuhi dengan rakan - rakan Hana Aishah daripada sekolah , universiti dan tempat kerjanya. Sakinah memesan supaya masing - masing membawa makan maka penuhlah meja batu di taman itu dengan pelbagai jenis makanan.

“Cha. Nah makan cendol ni . I make it just how you like it” Sakinah yang semenjak dari tadi duduk menyuapnya tanpa henti membawa cendol pula.

“Na, you didn’t eat ke tadi?” Aiman yang sedang menjamah kuih di atas meja yang dipenuhi dengan makanan itu bertanya.

“Tak wei. Aku nervous gila. I didn’t know the wedding got vip bagai. Huaaa . Rasa nak lari marathon dah tadi” Aiman memandang Hana Aishah pelik.

“You didn’t do pre wedding walk ke?” Aida yang duduk bersebelahan dengan tunangannya itu bertanya.

“My fault also. I reject his offer” Hana Aishah melipat letetan bajunya dan meletakkan di atas pahanya supaya rakan - rakannya yang lain dapat duduk di atas kerusi yang diletakkan leretan gaunnya itu.

“Hana . Hana. Sabor je lah aku dengan kau ni” Nina yang sedang berdiri sambil menghirup air di tangannya itu melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan Hana Aishah.

“Is that diamond Hana. So pretty la girl” Mei yang sedang memangku anaknya itu melihat rantai leher Hana Aishah itu. Hana Aishah hanya menjengketkan bahunya.

“Malas ambik tahu. Bukan I punya pun. Eee Ada , you’re so cute. Nak pegang tapi baju ni banyak sangat labuci nanti scratch Ada pulak” Hana Aishah melihat Adaline yang terbeliak memandang sekeliling itu.

“Mr Fakhrul tak cari you ke Hana?” Sathya segak memakai sut hitam itu bertanya.

“Penat aku wei nak stay dekat sana with fake smile. Abit more my facial muscle would spasm. The vip already went back , ok lah kot. I told him I want to go to toilet when he was talking to his friend and then aku terus disappears“ Hana Aishah tersengih membayangkan kenangan tadi. Fakhrul yang sibuk berborak dengan rakannya itu hanya menganggukkan kepala.

“Ok now I say enough questions and lets get this party started” Hana Aishah melaungkan ayat itu dan untuk pertama kali hari itu , hatinya merasa gembira berada bersama manusia - manusia penting dalam hidupnya.

Mereka mengambil gambar , berborak sakan dan ketawa tidak ingat dunia. Hilang sebentar stresnya tadi. Majlis yang penuh dengan protokol itu terlalu menyesakkan Hana Aishah.

“How are you Man?” Hana Aishah melihat Aiman yang sedang duduk dibangku di satu sudut berdekatan kolam ikan itu.

“Surviving” suara hambar lelaki itu merisaukan Hana Aishah. Mata lelaki itu memerhatikan rakan - rakan mereka yang sedang membuka pentas tarian di tengah tengah kawasan taman itu.

“Why are you not joining them? Jom la Man. Sehari ni je aku dapat merasa happy macam ni dengan kawan - kawan aku” Hana Aishah memerhatikan Aiman yang banyak berdiam diri sejak dari tadi.

“Nothing lah. I’m fine. Don’t worry your pretty little head ok” Aiman memandang ke arah gadis yang sudah menjadi isteri orang ini.

“You look different. Not like the Hana that I know” Hana Aishah yang kelihatan anggun dengan mekap dan busana mewah itu kelihatan sangat berlainan di mata Aiman.

“Allah! Sebab tu ke kau merajuk. Aku pun tak suka pakai baju ni. Rasa macam tengah angkut berkilo - kilo guni atas badan aku” Aiman tergelak mendengar kata - kata Hana Aishah itu.

“Kau memang pelik kan. You’re the only girl that I know who hate dressing up” Aiman memandang ke arah Hana Aishah yang sudah berdiri itu.

“That I am My Lord. Now shall you take me for a spin on the floor” Hana Aishah membengkokkan sedikit kakinya sebelum menghulurkan tangannya kearah Aiman.

“Wahh. Cinderella is asking the henchman for a dance” Jordan yang sedang menari itu mengusik sebelum menukar lagu Up Town Funk oleh Pheryll William kepada lagu On The Floor oleh Jennifer Lopez.

Aiman mengenyitkan matanya kepada Hana Aishah sebelum menarik lengan Hana Aishah ke arah rakan - rakan mereka yang sedang menari berbagai gaya itu. Setelah sekian lama Hana Aishah tidak merasa begitu gembira , malam itu Aiman dapat melihat tawa gadis itu.

Hana Aishah hilang di dalam gelak tawa rakan - rakannya. Gelagat mereka yang sangat mencuit hati itu membuatkan Hana Aishah hilang sebentar daripada realiti sebenar hidupnya.

Untuk malam itu dia mahu lupakan realiti sebenar kehidupannya. Tubuhnya digerakkan mengikut aluran musik itu. Rindunya dia dengan kebebasan itu. Melihat wajah gembira rakan - rakannya yang ada di pentas tarian hasil ilham sathya itu , ada pula yang duduk di sisi kolam ikan , anak - anak kecil sahabat - sahabatnya yang ikut menari dengan yang dewasa. Bahagia itu , gembira itu dia mahu bekukan di kotak ingatannya supaya dikala dia kesedihan dia akan melarikan dirinya ke memori itu.

Hana Aishah menarik Ada ke dalam dukungannya , sebelum memusingkan tubuhnya sehingga membuatkan tawa anak kecil itu bergema di segenap kolam itu. Mei dan suaminya mengambil kesempatan untuk menari berdua. Dalam keseronokan mereka menari itu , tiba - tiba muzik yang bermain tadi terhenti.

“What the hell Jordan! Don’t shut the music off just yet, I’m having the time of my life” laungan Hana Aishah kedengaran. Badannya masih bergerak ke kanan dan ke kiri di dalam gaun pengantinnya. Pipi gebu Adaline yang gebu itu diciumnya sampai anak kecil itu ketawa mengekek.

“Hana” Mei yang sedang menari dengan suaminya itu menarik lengan kanan Hana Aishah tetapi Hana Aishah masih lagi dengan dunianya sendiri. Matanya memandang ke langit yang dipenuhi dengan bintang.

“Come on Mei. Look at the stars Mei. You gotta feel the music girl” tanpa Hana Aishah sedari semua rakan - rakannya sudah berhenti menari dan berdiri tercegat memandang ke arah gerbang di atas jambatan kecil yang menuju ke kolam ikan itu.

“Hana Aishah” suara itu cukup untuk menghentikan segala pergerakan Hana Aishah. Mukanya bertukar pucat. Matanya memandang ke arah muka Sathya yang sedang memandang ke arah punca suara itu. Muka lelaki itu lagi cemas daripadanya.

Sathya memberi isyarat mata menyuruh Hana Aishah memusingkan badannya.

“Don’t be him please don’t be him” terkumat kamit mulut Hana Aishah berbisik sambil memusingkan badannya dengan perlahan - lahan.

Mimpi ngerinya sedang berdiri dengan muka yang sangat tegang. Kaki Hana Aishah kaku di situ. Rakan - rakannya tadi yang riuh sudah diam membisu. Air liurnya terasa kesat untuk ditelan.

“Mr Fakhrul. We were ... “ sebelum sempat Mei menamatkan bicara jelingan mata Fakhrul sudah cukup untuk menutup mulut gadis cina itu. Kaki Fakhrul bergerak menuju ke arah Hana Aishah sebelum menarik tangan isterinya. Mei cepat - cepat mendukung kembali anaknya.

“Sorry guys” Hana Aishah sempat membisikkan kepada rakan - rakannya yang terdiam melihat adegan yang sedang berlaku di hadapannya itu.

Hana Aishah terpaksa mempercepatkan langkahnya untuk mengikuti jejak lelaki itu. Hendak meminta lelaki itu memperlahankan langkah takut pula.

Sesampai di dalam dewan itu , Hana Aishah dapat melihat sanak saudara mereka sahaja yang tinggal. Lama sangat agaknya dia melepak dengan rakan - rakannya.

“Hana pegi mana? Puas kitorang cari” Puan Sri Maria yang kelihatan anggun dalam baju kurung moden berwarna emas itu bertanya lembut. Teacher Basirah yang mengenakan busana yang sama dengan mertuanya sudah menjeling ke arah anaknya.

“Adik ni , kalau tak buat perangai satu hari tak sah” Hana Aishah hanya menundukkan wajahnya menerima amarah ibunya.

“Sudahlah tu. Its getting late. Lets finish the photo session” Kapten Azam yang segak memakai baju Melayu berwarna emas itu menyelamatkan anak perempuannya daripada dimarahi ibunya.

Sepanjang sesi mengambil gambar itu , tangan Fakhrul memegang tangan Hana Aishah erat. Lelaki itu tidak berbicara walaupun sepatah. Keadaan itu menyebabkan Hana Aishah ketakutan.

Untuk memburukkan lagi keadaan , Aiman datang menyerahkan jambangan bunga yang dia tertinggal di kolam ikan tadi. Waktu itu, genggaman tangan lelaki itu menjadi lebih kejap sampai berdenyut - denyut tangan Hana Aishah.

Usai mereka mengambil gambar , Hana Aishah menuju ke arah lobi utama diiringi keluarga mereka. Kereta BMW Fakhrul sudah menanti mereka.

Kapten Azam memeluk Hana Aishah erat sebelum mencium dahi anaknya itu lama. Sebak hatinya membayangkan anak keduanya yang paling manja itu akan berpindah rumah.

“Abah sayang adik. You’re always my princess. Doa abah sentiasa ada dengan adik” air mata lelakinya gugur membayangkan dia tidak dapat melihat anaknya setiap hari.

“Come on old man. I’m still gonna be back home to irritate you” Hana Aishah mencium pipi tua itu sambil cuba menceriakan suasana.

“And you too old lady that like to nag me. You’re not getting rid of me” Hana Aishah memeluk ibunya erat. Air mata Teacher Basirah sudah lama gugur.

“Adik dah jadi isteri orang. Please carry yourself well. Mak tak pernah halau adik. Now if I die , I’ll die in peace knowing you’re taken care of” pipi anaknya itu dicium lama.

“Ok bos” Hana Aishah menabikkan tangannya ke dahi sampai ahli keluarga yang lain tertawa melihat.

Satu per satu ahli keluarga Hana Aishah memeluknya erat. Hana Aishah masih lagi mampu menahan air matanya sampailah giliran Alif Haziq.

“I’m gonna miss you Kak Dik” Alif Haziq memeluk Hana Aishah erat. Waktu itu , air mata Hana Aishah tumpah. Perasaan selamat yang dirasainya itu , dia mahu simpan sampai bila - bila.

Lama dia berada dalam pelukan Alif Haziq. Lelaki ini yang sentiasa ada untuk membantunya daripada mereka kecil sampailah besar. Lelaki yang sentiasa Hana Aishah akan lari kepada jika dia dalam masalah.

“I’m still here. I will always be here. You’re my first knight so I will always look for you. Kak Dik sayang baby” Hana Aishah mencium pipi kiri dan kanan Alif Haziq sebelum lelaki itu mencium dahinya lama.

Alif Haziq menarik tangan Hana Aishah menuju ke arah Fakhrul yang sedang berdiri di sebelah keretanya itu.

“Alif bagi kakak Alif dekat abang Fakhrul because I trust that you will take care of her” sebak suara lelaki itu berbicara. Air mata Hana Aishah sudah lebat mengalir.

“Kalau abang rasa abang tak boleh jaga kakak Alif dengan baik , pulang balik dekat Alif. She’s my best friend. My first girlfriend. I love her more than I could express in words” air mata Alif Haziq sudah mengalir.

“So take care of this gem like how you would take care of your life because that’s how valuable she is to me” Alif Haziq meletakkan tangan kiri Hana Aishah di dalam genggaman tangan Fakhrul.

“This hand has hold me for as long as I could remember. So ... ehmm“ tersekat sekat suara Alif Haziq menahan sebak.

“So hold this hand with care for as long as you can. Never hurt the owner of this hand instead love her with all you have because I’ve never met any woman who can love a person like how this woman can” Fakhrul menarik Alif Haziq kedalam pelukannya.

“I promise you” bisikan Fakhrul di telinga Alif Haziq mengangkat satu bebanan daripada bahunya. Alif Haziq melepaskan pelukan mereka dan memandang ke arah ahli keluarganya yang sudah menangis itu.

“Oh mom don’t cry. I’m Sorry ok. I mean no woman minus my mom” Alif Haziq memeluk ibunya yang sudah menangis teresak - esak itu.

“Ish budak ini” Teacher Basirah menepuk dada bidang anak bujangnya itu. Hana Aishah melihat ahli keluarganya yang ramai itu. Tangan Fakhrul erat memeluk pinggangnya.

“Abang Azam jangan risau. Hana is not our menantu. She is our daughter” mendengar ayat itu , hati Kapten Azam lega kerana anaknya mempunyai mertua yang penyayang.

“Betul tu Kak. She’s our daughter so we will take of of her like how we take care of Felisha” Puan Sri Maria memeluk erat Teacher Basirah.


***********************************

Suasana sunyi menyelubungi kereta BMW itu. Fakhrul sedang fokus memandu manakala Hana Aishah sedang melayan perasaan sedihnya. Apabila dia menaiki kereta lelaki itu , barulah segala realiti mula menyesakkan dirinya.

Sekarang dia isteri kepada seorang lelaki bernama Tengku Fakhrul. Lelaki yang dia benci. Lelaki yang tidak pernah dia bayangkan akan menjadi suaminya walaupun hanya tinggal mereka berdua sahaja di dunia ini.

Kereta itu terus membelah malam yang gelap itu. Tiba - tiba Fakhrul memberhentikan kereta di bahu jalan. Kawasan hutan yang gelap gelita itu menakutkan Hana Aishah.

“You ni kenapa berhenti dekat tengah hutan ni?” Hana Aishah sudah cuak melihat Fakhrul yang memegang erat stereng kereta itu dengan kejap sampai nampak urat - urat tangan lelaki itu.

Kot lelaki itu sudah lama dicampak kebelakang. Sekarang suaminya itu hanya memakai vest yang menampakkan susuk badan lelaki itu. Lelaki itu masih berdiam diri. Hana Aishah tidak dapat melihat dengan jelas reaksi muka lelaki itu dalam gelap malam.

“Fakhrul” Hana Aishah mencuit lengan kiri lelaki itu.

“Kena rasuk hantu ke apa mamat ni?” hati Hana Aishah mula membayangkan segala perkara yang menyeramkan.

“If about earlier. I’m..” sebelum sempat Hana Aishah menghabiskan bicara , lelaki itu memusingkan badannya seperti mahu menerkam Hana Aishah sampai Hana Aishah menjerit dan mengangkat tangannya untuk melindungi dirinya.

Tetapi sangkaannya salah apabila lelaki itu mengambil jambangan bunga tangannya yang diletakkan di kerusi belakang sebelum membuka tingkap sisi Hana Aishah. Hana Aishah sudah ketakutan, bimbang sekiranya lelaki itu hendak menghalaunya keluar kereta dan menyuruh dia berjalan kaki ke rumah mertuanya.

Sekali lagi sangkaannya salah apabila dengan sekali balingan , jambangan bunga itu sudah berada di dalam longkang di tepi kereta itu sebelum lelaki itu meneruskan perjalanan mereka.

“I told you again and again. Do not test me Puan Hana Aishah” suara tenang lelaki itu membuatkan Hana Aishah menelan air liurnya. Tekaknya sempit membayangkan nasibnya malam itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience