Chapter 62

Romance Completed 625623

Bunyi burung murai yang selalu mengejutkan tidur Hana Aishah mengganggu lenanya seperti selalu. Tetapi pagi itu , bunyi itu membuatkan kepalanya berdenyut kuat. Hana Aishah cuba menggapai bantal untuk menutup telinganya.

“Aaaaah” Hana Aishah menyeringai kesakitan saat tubuhnya digerakkan. Denyutan yang tadi dirasai dikepalanya sekarang seperti merebak ke seluruh tubuhnya. Bisanya terasa sehingga ke tulangnya.

Hana Aishah cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya terasa berat terutamanya kelopak sebelah kirinya. Dirasakan seperti ada batu yang bertenggek di kelopak mata kirinya. Tekaknya terasa perit seperti dicucuk jarum.

“Emmmm. Allah” Hana Aishah cuba menarik tubuhnya bangun tetapi saat dia mendudukkan dirinya , bahagian ari - arinya terasa ngilu sehingga dia terjerit. Pedihnya tuhan sahaja yang tahu saat itu. Hana Aishah menekan bahagian abdomennya menggunakan tangan kirinya sambil tangan kanannya menarik selimut disisinya.

“Ya Allah. Mana baju aku ni?” kepala Hana Aishah bingung saat dia dapat merasakan tubuhnya tiada seurat benang.

Dia memaksa matanya untuk dibuka. Selepas beberapa saat pandangannya yang kabur itu mulai jelas. Hana Aishah melihat cat bilik yang berwarna krim itu. Denyutan di kepalanya bertambah kuat apabila dia melihat dirinya yang berada di dalam bilik yang asing itu.

“Aku dekat mana ni?” Hana Aishah melihat tubuhnya yang terdedah itu. Tangannya menggapai selimut di sisinya sebelum dia menarik menutupi tubuhnya.

Dia cuba mengingati balik kejadian yang berlaku sebelum dia tertidur. Matanya memandang ke sekeliling bilik tidur yang asing itu. Lampu yang masih menyala di samping cahaya matahari pagi itu yang menerobosi langsir berwarna perak itu menyilaukan matanya.

Gaun tidur berwarna biru yang digayakannya semalam untuk suaminya terdampar di atas lantai . Dia memandang pakaian yang sudah terkoyak itu bingung. Sel otaknya tidak dapat menghubungkan keadaan dirinya dan bilik itu. Tetapi saat matanya memandang ke arah pintu bilik tidur yang terbuka luas itu segala kenangan semalam kembali mengasak.

Jeritannya saat tubuhnya dikasari dalam cara yang Hana Aishah tidak pernah bayangkan kembali. Kejadian yang selama ini Hana Aishah takuti telah terjadi semalam. Seperti yang dijangkakan Fakhrul menodai janjinya.

Hana Aishah menarik dirinya untuk duduk. Dia cuba melawan segala kesakitan yang dirasainya saat itu tetapi dia kalah. Kepalanya dibaringkan semula ke atas tilam itu. Air matanya kembali mengalir lebat menanggung sakit di segenap tubuhnya dan kepedihan di hatinya.

“Ya Allah. It hurt so much” esakan Hana Aishah kedengaran di segenap bilik itu. Matanya kaburnya memandang ke arah kipas yang tidak berputar itu. Hidupnya yang disangkanya semakin bertambah baik hanya sementara.

Hana Aishah tidak dapat mengingati dengan jelas apa yang terjadi semalam. Ingatannya tentang kejadian semalam hanya samar - samar. Yang dia pasti gambar yang ditunjukkan suaminya itu hanyalah fitnah.

Hana Aishah sendiri tidak pasti kenapa dia harus terkejut melihat reaksi suaminya. Sejak dari awal lagi suaminya sentiasa mencari alasan untuk menuduhnya curang. Tetapi dia tidak menyangka sampai tahap itu suaminya sanggup bertindak kerana cemburu buta.

“Sampai hati babah” Hana Aishah mengusap abdomennya. Dia masih mampu menanggung kesakitan di tubuhnya tetapi luka di hatinya itu tidak tertanggung rasanya saat itu.

Air matanya mengalir laju. Matanya kembali memberat saat itu. Hana Aishah mahu melarikan diri daripada realiti yang menyakitkan. Dia tidak tahu di mana Fakhrul berada tetapi saat itu dia tidak mahu berada berdekatan dengan lelaki itu.

“What are you still doing here Hana Aishah?” soalan terakhir yang bermain di mindanya sebelum matanya terpejam kembali.

************************************


Azan yang sayup - sayup kedengaran itu mengejutkan Hana Aishah kali ini. Sekiranya tadi tubuhnya rasa seperti dilanggar lori , sekarang kesakitan itu berpuluh kali ganda. Kepalanya berdenyut kuat, setiap genap tubuhnya menjerit kesakitan.

Hana Aishah tidak tahu jam berapa saat itu tetapi yang pasti dia perlu bangkit. Entah berapa waktu solat telah dia lepasi. Dia mahu menjerit saat tubuhnya digerakkan tetapi suaranya sudah tiada. Peti suaranya telah mati dalam jeritannya semalam.

Saat kakinya menyentuh lantai bilik tidur itu , air mata Hana Aishah gugurnya. Kakinya penuh dengan kesan lebam yang sudah membiru. Selimut yang sudah terselak itu ditarik menutupi tanda peninggalan Fakhrul semalam.

“Ya Allah tolong. Aku tak kuat” hatinya menjerit memohon kepada Yang Satu.

Dia memaut kuat rangka katil. Kakinya seperti agar - agar saat itu. Apabila dia sudah merasa sedikit kuat , kaki Hana Aishah melangkah. Bisa di bahagian ari - arinya bertambah dalam setiap langkahnya.

Sesampai Hana Aishah ke dalam bilik air yang berada di dalam bilik tidur itu dia terus menuju ke bawah pancuran air. Dia tidak mahu melihat dirinya di dalam cermin yang berada di singki bilik air itu. Dia tidak mahu melihat hasil tangan dan kaki suaminya semalam.

Hana Aishah melurut duduk di bawah pancuran air sejuk itu. Tubuhnya di peluk rapat. Dia dambakan rasa kebas yang perlahan - lahan menakluki tubuhnya saat air pancuran yang sejuk seperti ais itu menyentuh segenap tubuhnya.

Tangannya mencapai berus mandian badan yang tergantung di penyidai itu. Tangannya laju menyental kulitnya. Semakin lama semakin kuat sentalannya. Dia jijik dengan tubuhnya saat itu. Dia masih dapat rasai sentuhan kasar suaminya malam tadi.

“Go away! Go!” jeritan Hana Aishah kedengaran di segenap ruangan mandi itu.

Dia mahu rasa yang dirasai dikulitnya itu hilang. Dia bencikan tubuhnya saat itu. Dia masih dapat merasai sentuhan kasar suaminya sewaktu menodainya tanpa rela malam tadi.

“Abang sakit. Please let me go. Tolong Aishah abang. Sakit sangat” suaranya yang meronta - ronta saat lelaki itu tidurinya tanpa rela terngiang - ngiang kembali. Wajah bengis lelaki itu yang sedang bergerak kasar menyakiti tubuhnya bermain - main di mindanya.

“Stop! Stop!” Hana Aishah menjerit seperti orang hilang akal saat suara - suara itu semakin mengasak mindanya.

Jeritan Hana Aishah yang hanya mampu sampai ke segenap penjara banglo itu. Jeritan yang tiada siapa yang mampu dengar. Hana Aishah sudah hilang dalam deritanya saat itu.

Tubuhnya dibaringkan di lantai bilik mandi itu setelah dia kepenatan menjerit dan menyental tubuhnya. Selimutnya yang sudah basah kuyup itu ditarik balik menyelimuti dirinya. Tubuhnya mengigil kesejukan. Esakan semakin perlahan. Matanya asyik melihat air yang mengalir di lantai itu. Air yang tadi bercampur dengan sisa darahnya bertukar jernih.

Lama Hana Aishah berbaring. Waktu seperti terhenti saat itu. Mindanya asyik memainkan kejadian semalam. Jeritannya , tengkingan suaminya , gambar yang menjadi punca amarah suaminya.

Selama ini dia akui memang dia takut dengan sikap cemburu suaminya tetapi jujurnya dia tidak menyangka sampai tahap ini suaminya sanggup lakukan. Mindanya berputar kembali ke kejadian selepas mereka pulang daripada temu janji dengan Laura itu. Kenapalah dia bodoh sangat mempercayai kata - kata manis lelaki yang berjanji akan mencintainya?

**********************************

“Sayang. Hey. Wake up sweetheart” suara garau suaminya mengganggu lena Hana Aishah. Mukanya dikerutkan dan bibirnya dimuncungkan tanda tidak berpuas hati. Tidak sampai beberapa saat bibirnya yang kering itu mulai basah.

“Mmm. Abang no” Hana Aishah menolak dada suaminya. Bibir yang sedang arif bergerak di bibir nipisnya itu membentuk segaris senyuman.

“Mmm. Pout lagi. I told you not to pout right” Hana Aishah membuka mata saat mendengar ayat suaminya itu. Geram matanya yang masih kabur memandang ke arah suaminya yang sedang tersenyum lebar itu.

“Eee bencilah. Why do you like to disturb my sleep. I’m still mad at abang tau” Hana Aishah mencebikkan bibirnya. Sebelum sempat Fakhrul hendak berbuat apa - apa dada suaminya ditolak.

“No” mata Hana Aishah dibulatkan. Fakhrul terus - terusan menertawakan dia. Air mata Hana Aishah kembali bertakung. Marahnya sebentar tadi sewaktu temu janji dengan Laura belum habis lagi suaminya sudah mengusiknya lagi.

“Umi dont cry. Babah sorry” Fakhrul terus menghentikan tawanya saat melihat air mata Hana Aishah yang mahu gugur untuk kesekian kalinya hari itu.

“Abang tunggulah. Nanti baby born , he will be my gang” Hana Aishah menjelirkan lidahnya.

“He?” kening Fakhrul dinaikkan.

“Yup. My gut is saying that its gonna be a he” Hana Aishah mengusap abdomennya. Tangan Fakhrul secara automatik turut turun mengusap.

“Ye ke baby. Baba rasa macam princess je” Hana Aishah tertawa gembira saat melihat suaminya yang sedang berbisik di perutnya.

“If princess , then geng babah ok?” Tangan kanan Hana Aishah mengusap lembut rambut suaminya yang sedang membuat pakatan dengan anak mereka itu. Terus cair hatinya yang panas tadi saat melihat interaksi Fakhrul dan anak mereka itu.

“You’re gonna be a great babah” Fakhrul sedang mengucup abdomen isterinya saat dia mendengar kata - kata ikhlas isterinya itu. Dia mengangkat wajahnya merenung wanita yang sedang mengandungkan zuriatnya.

“I’m gonna be a better father than my own” Hana Aishah dapat melihat keazaman suaminya saat itu.

Perasaannya bercampur baur. Bahagia kerana dia tahu dia tidak akan bersendirian melalui fasa seterusnya rumah tangga mereka. Tetapi sedih kerana masalah mertuanya dan suaminya seperti tiada penghujung.

“Abang janji kan. You’ll try to fix your relationship with papa” Fakhrul tidak membalas. Bibirnya turun semula ke abdomen isterinya.

“Abang. Where are we? Kenapa tak balik rumah terus” saat mendengar pertanyaan isterinya Fakhrul menghadiahkan sebuah kucupan terakhir di tempat di mana anak mereka sedang membesar itu sebelum memandang isterinya penuh makna.

“Sebab sayang merajuk , abang nak bagi hadiah. If no gift for sulking umi how babah is suppose to get his long awaited gift tonight” muka Hana Aishah sudah bertukar rona. Malu apabila diusik suaminya sebegitu di siang hari.

“Abang. Malulah sikit. Matahari terpacak dekat langit tu” Hana Aishah menepuk paha suaminya kuat.

“Kalau malu abang yang rugi. I wouldn’t be able to see my blushing umi” wajah Hana Aishah semakin memerah saat itu.

“Ish. Ni nak marah balik ni. Abang ni malulah sikit dengan baby” Hana Aishah membulatkan matanya kononnya mahu menegur suaminya tetapi akhirnya tawanya pecah melihat wajah cemberut lelaki itu.

“Alololo. Babah dah merajuk lah. Cepatlah tunjuk dekat Aishah my gift” Hana Aishah memeluk lengan suaminya mesra.

Fakhrul melihat isterinya yang sedang merenungnya penuh manja itu. Saat itu hatinya berdegup laju. Membuak - buak perasaan cintanya saat melihat wajah isterinya yang semakin berisi itu.

“Kenapa abang pandang Aishah macam tu?” Hana Aishah memandang ke arah suaminya yang sedang merenungnya dengan satu pandangan yang sukar dia tafsir.

“Do you know how much I love Hana Aishah?” Hana Aishah terdiam saat mendengar pertanyaan suaminya yang bernada serius itu. Hana Aishah merenung suaminya tanpa balasan.

“You’re the only person that I’ve love more than my life. I’ve never love anyone except for you” Hana Aishah menelan air liurnya saat mendengar pengakuan suaminya itu. Suasana menjadi hening di dalam kereta itu. Masing - masing berpandangan sesama sendiri.

“So do not ever betray me because the love that I have for you is more than what I could ever give to my ownself. Abang akan cintakan sayang sampai hujung nyawa abang” air mata Hana Aishah bergenang saat mendengar janji suaminya itu. Tangan Fakhrul mengelus lembut pipi isterinya.

“Sayang janji. Promise me no matter what happen you will never leave me. You will be by my side no matter what. Only death will do us apart and even then I want you in Jannah with me” Air matanya gugur satu per satu saat mendengar permintaan suaminya itu. Perlahan - lahan kepalanya dianggukkan.

“I need your word Hana Aishah. Promise me” Hana Aishah memejamkan matanya rapat mengumpul segala kekuatan yang ada. Selepas beberapa saat matanya dicelikkan dan disaat itu dia dapat melihat anak mata suaminya yang sedang mencari sesuatu itu. Lelaki itu seperti kehilangan arah sementara menanti janji isterinya.

“Aishah janji. Till Jannah” saat kata - kata itu meluncur keluar daripada bibirnya , ketidak pastian di sebalik anak mata hitam itu hilang. Yang tinggal hanyalah renungan penuh cinta dan keyakinan suaminya.

“I’m a very possessive man Hana Aishah. You’re mine, every inch and part of you. Physically and emotionally” Hana Aishah tersenyum kelat. Inilah satu - satu sikap suaminya yang tidak Hana Aishah gemari.

“Abang. I’m not a possession. Aishah isteri Abang. I have feelings , I have my needs” Hana Aishah melihat wajah suaminya yang tenang tanpa sebarang reaksi itu.

“Our needs. There’s no I and you anymore. There’s only us and ours” Hana Aishah hanya berdiam diri saat mendengar ayat suaminya. Malas dia hendak bertekak.

Fakhrul melihat wajah isterinya yang nampak suram itu tetapi dalam hal Hana Aishah , tiada kompromi. Dia mahu Hana Aishah sentiasa ada dengannya dan hanya satu sahaja caranya , Hana Aishah perlu mengikut segala kehendaknya.

Hana Aishah melihat suaminya keluar daripada perut kereta sebelum menuju ke arahnya. Pintunya keretanya dibuka sebelum badan Hana Aishah dibantu suaminya untuk berdiri.

“Where are we going?” Hana Aishah melihat bangunan tiga tingkat di hadapan mereka itu. Dia ingat mereka akan terus pulang selepas selesai temu janji dengan Laura sebentar tadi. Hana Aishah menghalang cahaya matahari yang menyilaukan pandangannya saat itu. Dia cuba membaca tulisan yang terletak besar di tingkat atas bangunan itu.

“Auto Bavaria” dahi Hana Aishah berkerut seribu melihat papan tanda itu.

“Abang nak service kereta ke?” Fakhrul hanya tersenyum lebar sebelum memeluk pinggang isterinya.

“Nope. Lets go” Hana Aishah hanya menuruti Fakhrul. Peluh sudah mula memercik di tubuhnya. Panas terik matahari itu memeningkan kepalanya.

“Good afternoon Mr Fakhrul” Hana Aishah melihat ke arah lelaki berbangsa cina yang menyambut mereka di pintu masuk bangunan itu. Lebar betul senyuman lelaki itu saat melihat suaminya.

“Is everything ready?” Fakhrul tidak membalas salaman jurujual itu. Wajah suaminya bertukar serius. Hana Aishah membalas senyuman lelaki tadi saat melihat perangai suaminya yang tidak reti menghormati orang itu.

“Yes , yes sir. Just follow me this way” jurujual itu kelihatan kelam kabut membawa mereka masuk. Kasihan pula Hana Aishah lihat.

“Abang ni. Muka tu jangan strict sangat. Pity that guy , kelam kabut dah dia” Hana Aishah memeluk lengan suaminya sambil berjalan mengikuti jurujual tadi.

“I don’t like it when you care about other man” Hana Aishah menjulingkan matanya ke atas. Semakin hari sikap paranoia dan cemburu suaminya semakin tidak masuk akal.

“Don’t roll your eyes at me” suara Fakhrul keras menegur Hana Aishah. Terus dia menegakkan tubuhnya saat mendengar ayat kasar suaminya. Hendak lari daripada pelukan lelaki itu memang tidaklah memandangkan betapa kejapnya pelukan suaminya di pinggangnya.

“Alright. Here we go” jurujual berbangsa cina itu membuka pintu. Hana Aishah hanya diam membisu mengikuti suaminya. Marahnya belum habis lagi.

Fakhrul melabuhkan punggungnya di sebuah sofa dan menarik isterinya duduk sekali. Muka Hana Aishah yang masam mencuka itu Di pandangannya lemah.

“Darrin will be here in awhile in the mean time please enjoy the beverage at the coffee machine “ Fakhrul tidak mengendahkan percakapan lelaki itu sebaliknya matanya memandang ke arah Hana Aishah yang sedang bermasam muka dengannya itu.

“I’m not sorry but I dont like you being upset with me so...” keluhan panjang dilepaskan Fakhrul.

“Sorry” Hana Aishah tidak melayan permohonan maaf Fakhrul itu.

Matanya melihat bilik kaca yang luas itu. Sebuah set sofa berwarna hitam menghiasi bilik itu. Perabot di dalam pejabat itu yang berwarna hitam dengan tema warna putih dan kelabu itu mengingatkan dia tentang rumah banglo mereka.

“Sayang. Look at me. Don’t ignore me. I said I’m sorry ok” Hana Aishah menjeling suaminya apabila Fakhrul menarik mukanya supaya memandang ke arahnya.

“Dosa tau jeling suami” Hana Aishah memandang suaminya tanpa perasaan. Wajah Fakhrul kelihatan sedih melihat isterinya yang tidak mengendahkannya itu.

“Buruk sangka pun berdosa. Bilalah abang nak percayakan Aishah? Bilalah otak dengan hati abang tu akan percaya you’re the only love of my life. Abang cinta pertama Aishah. And I pray that you’re my last” Hana Aishah berkata geram. Keluhan berat dilepaskannya.

“Aishah penat nak convince kan abang. Aishah tak boleh lari from dealing with the opposite gender. I’m a doctor and even if I’m not pun abang tak ada hak nak control Aishah macam banduan dalam penjara” kata - kata Hana Aishah kedengaran kasar di telinga Fakhrul. Dia terasa hati saat Hana Aishah menolak haknya.

“You’re my wife Hana Aishah. I have all the right in the world on you” Hana Aishah hanya tertawa sinis. Memang tiada penghujung perbalahan dengan Fakhrul.

“Apa - apa jelah abang. Aishah dah tak kisah. Whatever I say doesnt matter pun. You’ll do whatever you want , however you please” Hana Aishah menjarakkan dirinya daripada Fakhrul.

Sofa yang boleh memuatkan dua orang itu tidak memberi banyak ruang untuk Hana Aishah berjauhan dengan suaminya. Tangannya mencapai majalah di atas meja kaca berwarna hitam itu. Majalah kereta itu diselaknya tanpa perasaan.

Fakhrul memandang perilaku isterinya. Hana Aishah memberi reaksi kebosanan sambil menyelak majalah di tangannya. Wanita itu lansung tidak mempedulikan Fakhrul. Hal itu menyebabkan kegeraman Fakhrul bertambah.

“Don’t ignore me” suara Fakhrul bertukar keras tetapi Hana Aishah tetap tidak mengendahkan lelaki itu.

“Hana Aishah” muka Hana Aishah masih tiada reaksi. Bilik yang sejuk itu menyejukkan tubuhnya yang tadi kepanasan di bawah cahaya matahari. Saat itu tekaknya terasa kering. Dia melihat ke arah mesin air Coway yang berada di satu sudut bertentangan dengan sofa mereka itu.

“Where do you think you’re going?” suara Fakhrul naik satu tona saat melihat Hana Aishah yang bangun berdiri. Dia memaut pergelangan Hana Aishah kuat sehingga Hana Aishah mengaduh kesakitan.

“Ouhh. Apa abang ni? Aishah nak ambik air. I’m thirsty” muka Hana Aishah sudah berkerut menahan kesakitan.

Fakhrul ikut berdiri. Pegangannya dilepaskan. Dia menolak tubuh Hana Aishah duduk kembali. Tubuhnya pula sudah berdiri menuju ke arah rak dimana mesin Coway itu terletak. Hana Aishah memalingkan tubuhnya ke kiri melihat ke arah susunan kereta di luar cermin kaca itu.

Sakitnya hatinya saat itu kerana diperlakukan sebegitu oleh Fakhrul. Lengan kirinya yang berdenyut itu diurutnya perlahan. Air matanya ditahan supaya tidak jatuh. Sikap suaminya yang boleh bertukar kasar sehingga menyakiti tubuhnya itu amat membimbangkan Hana Aishah. Ini bukan kali pertama lelaki itu berkasar secara fizikal dengannya.

“I made hot chocolate for you. You can’t drink the coffee” suara lembut Fakhrul menampar gegendang telinganya. Hana Aishah dapat merasakan hangat tubuh Fakhrul yang melabuhkan punggung di sebelahnya itu.

“Ke sayang nak sejuk. I’ll ask for some ice cubes yah?” mulut Hana Aishah masih terkunci rapat mendengar pertanyaan Fakhrul. Dia merengus kasar saat Fakhrul memaut bahu kirinya lembut.

“Don’t touch me” suara kasar Hana Aishah membuatkan Fakhrul terdiam.

Isterinya lansung tidak mahu memandang wajahnya. Dia melihat tangan kanan Hana Aishah yang mengurut pergelangan kirinya. Pasti tangan isterinya sakit kerana digenggam kasar olehnya sebentar tadi. Sebelum sempat dia hendak meneruskan misi memujuknya pintu bilik kaca itu dibuka.

“Sorry Mr Fakhrul for keep you waiting. I had a meeting earlier” Fakhrul memandang lelaki berbangsa India yang berbadan tegap itu tanpa perasaan.

“Its fine. Can we get this over with” Darrian yang merupakan konsultan kereta di wisma itu melihat kearah pelanggan tetapnya. Wajah Fakhrul yang sentiasa serius itu dipandangnya penuh mesra.

“Yes yes sir. We’ll see the car straight away then. Is this your partner sir?” sempat Darrian bertanya sambil melihat kearah Hana Aishah yang sedang asyik melihat kereta di bilik pameran bertentangan dengan bilik konsultasi itu.

“Wife. Lets go sayang” Fakhrul menjawab dengan nada yang tegas sebelum Dia memaut lengan kiri isterinya dan ditarik Hana Aishah berdiri. Badan Hana Aishah keras seperti batu saat Fakhrul merangkul pinggangnya.

Darrian sudah biasa dengan sikap pelanggannya seorang ini. Sudah 10 tahun Fakhrul berurusan dengannya. Sudah banyak kereta lelaki itu beli daripadanya tetapi itu semua tetap tidak berjaya merapatkan hubungan Darrian dan anak Tan Sri Fadhil itu.

Muka lelaki itu yang sentiasa serius dan tidak pernah senyum pernah membuatkan dirinya pelik tetapi sekarang dia sudah tidak peduli. Janji komisennya masuk.

“Wow. Wonderful gift for your bride sir. Congratulations on the wedding by the way” Darrian membawa mereka menuju ke bahagian kanan bangunan itu.

“The car just arrive today as per your specifications sir” Fakhrul melihat ke arah kereta BMW X6 yang berwarna coklat keemasan itu. Dia merenung kearah Hana Aishah yang memandang ke arah kereta itu tanpa perasaan itu. Pelukan di pinggang Hana Aishah dieratkan. Dagu Fakhrul ditongkatkan di bahu isterinya itu.

“This is my gift for you for being a good wife and a wonderful mother to our baby. I love you sayang” debaran di dada Hana Aishah menggila di saat mendengar ayat suaminya. Suara lunak lelaki itu menampar telinganya.

“Abang .... emmm ... what is this abang?” Hana Aishah memalingkan tubuhnya memandang ke arah Fakhrul. Dia dapat melihat wajah Darrian yang berbadan tegap itu memandangnya dengan senyuman mesra.

“I don’t want you to drive but I know sometimes it’s unavoidable considering how stubborn you are. So this is your car from now on “ mulut Hana Aishah ternganga luas saat itu. Dia kehilangan kata - kata. Marahnya masih bersisa lagi tetapi lelaki ini sudah buat perangai baru.

“Can you please excuse us for a minute?” Hana Aishah memandang ke arah Darrian. Darrian menganggukkan kepalanya dan melangkah pergi memberi ruangan privasi untuk pasangan itu.

“Why do you like to make a decision without discussing with me? Aishah stress lah macam ni. Abang pandai - pandai buat keputusan and you expect me to be ok with it” Fakhrul memandang ke arah isterinya bingung. Hana Aishah sudah bercekak pinggang memandangnya.

“I don’t understand. Why are you mad? You fought so much when I told you that you wont be driving. You hated it when I get you a driver. Now you’re mad because I’m buying you a car?” Fakhrul memandang isterinya pelik.

“Eeee. Ya Allah bagilah aku kesabaran dapat suami macam ni” Hana Aishah memandang ke atas memohon kekuatan daripada illahi. Dia memandang semula ke arah suaminya.

“Aishah nak beli kereta yang Aishah suka. Aishah nak bersalin dengan doctor yang I’m comfortable with. Aishah nak decided whether I want to deliver normally or ceaser. Aishah nak decide when it comes to me and my body” Hana Aishah memandang ke arah suaminya memohon pemahaman.

“You don’t like this car?” Hana Aishah menepuk dahinya laju.

“Suka ke tak belakang cerita sekarang. Masalahnya abang tau kan Aishah tak mampu nak bayar. You should’ve discussed with me first” Hana Aishah menggelengkan kepalanya lemah.

“I’m paying for it and I like the car for you. Its safer and spacious enough for when the baby come” Hana Aishah mengetap bibirnya geram.

“Aishah tak nak abang bayar. I work abang. I can pay my own car but this is totally out of my league. Tu belum lagi the staff at hospital saw me driving this. Its gonna be another big issue” Hana Aishah mengharapkan pemahaman daripada suaminya.

“Why you have to fight me every single time? Why does what other people think matter to you? The only person you should be concern about about is me. Your husband. I want my wife to be safe even if she’s so stubborn and want to drive on her own despite me disapproving it” Fakhrul mengeluh kasar. Sikap isterinya yang lagi mementingkan apa yang dikatakan orang luar daripada suaminya sendiri itu membuatkan dia terasa hati.

“Abang, banyak je kereta lain yang lagi murah and Aishah mampu beli dekat luar sana. Yang sesuai dengan gaji Aishah. Yang big enough for our baby” muka Fakhrul sudah bertukar tegang.

“You know what, there’s no pleasing you. You just want to fight everything that I do for you because you can’t accept me as your husband still. Just forget it. I’ll cancel everything” Fakhrul melepaskan pelukan tangannya di pinggang Hana Aishah. Dia mahu melangkah pergi mencari Darrian untuk membatalkan semua ini.

“Oh God. Just help me” Hana Aishah memeluk lengan suaminya daripada pergi.

“Tak payah nak mengada - ngada. Pergi pulak menyusahkan orang lain. Eee geram betul” Hana Aishah mengetap giginya geram dengan perangai suaminya. Fakhrul hanya diam membatu.

“Yang abang keras macam batu ni kenapa? Go get that Darrian guy. Nanti Aishah panggil dia terbalik pulak bangunan ni” Hana Aishah sempat memerli suaminya. Wajahnya dipalingkan ke arah kereta yang dibeli suaminya itu. Denyutan di kepalanya kembali saat melihat kereta itu.

“Darrian!” tergesa - gesa Darrian datang saat mendengar namanya dilaung kuat.

“Yes Sir” wajah lelaki india itu dimaniskan walaupun perutnya kecut melihat muka Fakhrul yang seperti singa itu.

“Cancel the car” mata Darrian terbeliak saat mendengar ayat yang keluar daripada mulut Fakhrul itu. Sebelum sempat dia membalas, Hana Aishah sudah bersuara.

“Please show me the inside of the car ” Hana Aishah memaniskan muka memandang ke arah Darrian. Kalau nak melayan kerenah suaminya memang tidak akan habis.

“Don’t listen to him. He’s just naturally complicated and cranky” suara Hana Aishah menegur Darrian yang sedang menggaru kepalanya yang tidak gatal itu menggerakkan kakinya ke arah kereta BMW itu.

“Sure mam” Darrian memandang ke arah wanita yang berwajah kacukan itu. Wanita itu tersenyum memandangnya tetapi Darrian dapat melihat keterpaksaan di sebalik senyuman itu.

“I’m blur abit when it come to this high tech car so you have to explain thoroughly” Hana Aishah sempat memesan kepada Darrian yang sedang membuka pintu kereta itu.

“Its ok mam. No problem. If you don’t mind me asking can I know what car did you drove previously so I can try to modify my explanation to make it easier for you” Hana Aishah melabuhkan punggungnya di atas kerusi kereta BMW itu. Berbeza sungguh dengan kereta Myvi nya sebelum ini. Macam duduk atas sofa dekat rumah mertuanya.

“Ohh . I drive Myvi je. So its like jumping from the lowest to the highest” Hana Aishah melihat segala jenis butang di dalam kereta itu keliru. Banyak betul butang yang dia lihat. Darrian tersenyum mesra melihat wanita itu yang kelihatan blur itu. Fakhrul berdiri seperti batu melihat gelagat isterinya.

“Its ok mam. It’ll get better the more you drive it. So to start the engine you just have to push that button on the steering wheel” Hana Aishah menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

“Emm. This one ke?” Hana Aishah menunjuk ke arah butang berwarna hitam yang besar di sebelah kanan stereng itu.

“That’s for the roof. This one mam” Darrian menjulurkan tangan untuk menunjukkan butang enjin. Hana Aishah pula membelakangkan tubuhnya untuk memberi ruang kepada lelaki itu.

“Move” sebelum sempat Darrian hendak menghadam suara itu tubuhnya di tarik kebelakang. Wajah Fakhrul sudah merah padam memandang ke arahnya.

“Move now!” Hana Aishah menjeling ke arah Fakhrul yang sedang meninggikan suaranya itu. Mereka bersabung mata selama beberapa minit. Masing - masing tidak mahu kalah.

“Hana Aishah!” Hana Aishah masih tidak mahu bergerak mendengar amaran Fakhrul itu. Darrian sudah serba salah melihat pergaduhan suami isteri itu.

“Tengku Fakhrul!” Hana Aishah mengejek suaminya. Muka Fakhrul sudah merah padam melihat perangai isterinya itu.

“Auwwwww” Hana Aishah menyeringai kesakitan saat Fakhrul menarik lengan kanannya untuk menarik Hana Aishah keluar. Darrian yang berdiri tidak jauh dari situ terkejut melihat kekasaran Fakhrul itu.

“Get someone to send the car and document to my house tomorrow morning” Darrian terpinga - pinga memandang ke arah pelanggan tetapnya itu. Fakhrul menyeret keluar Hana Aishah menuju ke kereta suaminya yang diletakkan di lobi bangunan itu.

“Ya Allah. Please give me strength” air mata Hana Aishah ditahan. Mukanya ditebalkan apabila orang sekeliling melihat Fakhrul menyeret dirinya keluar sebelum tubuhnya dimasukkan ke dalam kereta dengan kasar. Lengannya berdenyut kuat.

Fakhrul memandu keluar daripada bangunan itu. Walaupun penghawa dingin sudah dibuka paling kuat tetapi bahang di tubuhnya tidak hilang. Matanya terbayang - bayang isterinya kemesraan Hana Aishah dan Darrian tadi.

Sabarnya hilang saat tubuh Darrian tadi merapati isterinya. Tangannya menumbuk kuat stereng kereta BMW itu. Beberapa saat kemudian esakan Hana Aishah kedengaran.

“Ya Allah. Kenapa sampai macam ini perangai suami aku? Kenapa sampai tahap ini marah dia? Kenapa baru sekarang aku nampak sisi ini?” hati Hana Aishah diasak soalan yang bertubi - tubi itu.

Hana Aishah memeluk tubuhnya menjauhi lelaki itu. Tahap kelajuan kereta itu menakutkannya tetapi yang lagi menakutkan apabila melihat wajah Fakhrul. Kali terakhir dia melihat wajah itu adalah sewaktu malam kejadian dia ditikam itu. Dia benci sisi suaminya pada malam tersebut.

“I told you. I told you so many times. You just have to push my button. You just have to do it!” tengkingan Fakhrul mengejutkan Hana Aishah. Bibirnya terketar - ketar melihat kemarahan suaminya.

Hana Aishah hanya diam membisu. Mulutnya kelu tanpa bicara. Sudah lama Fakhrul tidak mengamuk sebegini. Sisi Fakhrul yang dia tidak sukai dan sangkanya sudah hilang semenjak kebelakangan ini. Tetapi melihat kekasaran Fakhrul hari ini tuhan sahaja yang tahu ketakutannya.

**********************************

“Assalamualaikum “ suara serak Hana Aishah kedengaran di corong telefon.

“Waalaikumussalam Hana. What happen to your voice?” suara Dr Hamdan kedengaran risau.

“Dr Hamdan. Hana mintak maaf Hana tak datang kerja today. I’m sorry I didn’t inform you earlier. I had a fall this morning and I couldn’t wake up. I wanted to call you but I was in pain and took analgesic. I slept off immediately after that. Ni baru Hana bangun” Hana Aishah cuba menyembunyikan getaran suaranya. Dia tidak mahu Dr Hamdan menangkap penipuannya.

“Ya Allah. Are you okay Hana? You went to clinic already? Any serious injuries?” air mata Hana Aishah gugur satu per satu saat mendengar suara prihatin pakarnya itu.

“Hana ... ermmm. Sorry Dr , suara Hana serak. I have urti and almost fainted because of it. That’s why Hana jatuh. Haven’t gone to the clinic yet. InsyaAllah nanti dah kuat sikit Hana pergi” hatinya seperti di carik kerana terpaksa menipu kepada ketuanya itu.

“I want you to get check first okay Hana. Take a few days off. Just let Azura know that you already inform me” Hana Aishah mengesat air matanya laju.

“Thank you Dr Hamdan. I’m sorry again for the trouble I’m causing everyone” Hana Aishah tidak dapat menyembunyikan kesayuannya saat itu.

“No worries my dear. You just have a good rest ok. I was wondering why were you MIA this morning. That’s so not you” Hana Aishah menggenggam baju sejuknya menahan rasa saat mendengar ayat Dr Hamdan itu.

“Thank you Dr Hamdan. I’ll try to get back to work as soon as I can. Nanti Hana inform Azura and submit my MC” tekaknya Hana Aishah sudah menjerit kesakitan kerana percakapannya tetapi dia gagahkan jugak.

“Don’t worry about that. We have enough workforce. Just focus on getting better. Ok Hana. Take care” suara ceria Dr Hamdan itu melegakan sedikit luka dihatinya.

“Ok Dr. I’m not gonna take anymore of your time. Assalamualaikum Dr” Hana Aishah mematikan panggilannya.

Tubuhnya Hana Aishah dibaringkan semula. Iphone berwarna merah itu digenggam erat. Matanya memandang ke siling plaster bilik tidur itu. Air matanya seperti tidak mahu mengering. Mengalir tanpa henti cuba mengubati luka dihatinya.

Usai mandi tadi , Hana Aishah teragak - agak menuju ke ruang tamu. Jubah mandi yang disarungnya diikat seketat mungkin. Dadanya berdebar laju mengharapkan lelaki itu tiada di rumah.

Perlahan - lahan kakinya melangkah sambil mukanya berkerut menahan kesakitan di tubuhnya. Hana Aishah tidak pasti jam berapa waktu itu tetapi cahaya matahari daripada luar memberinya petanda hari masih siang. Mungkin lelaki itu sudah pergi kerja.

Jantungnya seperti mahu tercabut saat melihat lampu di ruang tamu dan ruang makan yang masih terbuka. Makanan di atas meja masih seperti semalam. Terbuka dan tidak berusik. Dia menelan air liurnya ketakutan saat kakinya melangkah menuju ke ruang tamu.

Beberapa meja kecil sudah terbalik. Bantal - bantal yang sepatutnya berada di atas sofa sudah bergelimpangan. Nafasnya terhenti melihat kesan darah di lantai dan di atas karpet. Tangannya secara automatik menyentuh luka di dahinya yang sudah mengering itu.

Kakinya melangkah menuju ke jendela. Saat matanya melihat kereta BMW suaminya tiada di tempat parking berbumbung , satu nafas kelegaan dihelanya. Air matanya kembali mengalir laju saat melihat kereta BMW hadiah pemberian suaminya tidak sampai seminggu lepas.

**********************************


“Aishah mintak maaf abang. It was my fault. I shouldn’t have fought you about the car. I was just worried what people might say and I didn’t even think about how you would feel. Thank you hadiahkan Aishah this car. I’m just not use to people providing for me. I used to providing things for myself” Hana Aishah memandang suaminya yang sedang berbaring membelakanginya. Dia mengusap bahu lelaki itu lembut. Semenjak mereka pulang daripada Auto Bavaria itu suaminya tidak mengendahkannya.

“Don’t ignore me. I can’t live with you being mad at me. I need you in every breath that I take. It hurt me so much when you ignore me” esakan Hana Aishah membuatkan Fakhrul memusingkan badannya ke arah isterinya. Tangannya menyentuh dagu isterinya sebelum sebuah kucupan dihadiahkan di ubun - ubun isterinya.

“You’re my wife love. I want to give you the best of everything. I’m sorry for lashing out also but you need to get used to me providing for you. Ok?” Hana Aishah menganggukkan kepalanya laju.

“I don’t want to get mad at you but you’re doing things that I don’t like. You know I don’t like you being nice to the opposite gender but you did it anyway” mendengar ayat suaminya , Hana Aishah mahu membantah tetapi melihat jelingan lelaki itu terus mulutnya dikuncikan.

“I dont care whether he started it or you started it. I just dont like it ok sayang?” Hana Aishah menganggukkan kepalanya lemah saat mendengar ketegasan lelaki itu.

“Don’t sulk , I hate seeing your tears beautiful. Always smile for me” Hana Aishah menghadiahkan senyuman lebar untuk suaminya yang merenungnya penuh cinta itu.

“That’s my girl. Now about my gift tonight “ Fakhrul sudah tersenyum penuh makna sambil menarik dagu isterinya merapati wajahnya. Saat bibir mereka bersatu , segala amarah antara mereka hilang.

***************************


Tidak sampai seminggu perangai suaminya berubah 360 darjah. Hanya kerana fitnah orang luar. Tidak perlu soal selidik , hanya perlu melihat beberapa keping gambar cukup untuk menunjukkan perangai sebenar lelaki itu.

Selepas Hana Aishah mendapatkan kelengkapannya di bilik tidur utama mereka Hana Aishah terus menguncikan dirinya di dalam salah satu bilik tidur di tingkat atas.

Usai dia menunaikan solat zohor dan menggantikan solat subuhnya Hana Aishah melihat telefonnya. Berpuluh - puluh panggilan masuk dan mesej yang ditinggalkan Azura dan Dr Hamdan. Azura merupakan ketua houseman di jabatan bius.

Kasihan mereka terpaksa menggantikan Hana Aishah tetapi dia tidak dapat pergi ke tempat kerja dengan keadaan dirinya yang sebegitu. Hana Aishah mengharapkan kesan - kesan kejadian semalam akan hilang dengan cepat.

Entah berapa puluh kali Hana Aishah cuba melancarkan bicaranya sebelum menghubungi Dr Hamdan. Dia tidak mampu untuk memberitahu kejadian sebenar kerana terlalu banyak pihak akan terlibat.

Kaki Hana Aishah melangkah perlahan menuruni katil itu. Perlahan - lahan dia menuju ke almari mekap di bilik itu. Wajahnya ditundukkan ke bawah. Dia takut untuk melihat keadaan dirinya. Karpet berbulu biri - biri berwarna putih susu itu contra dengan warna kulitnya.

“You need to do this Hana Aishah. See yourself” hati Hana Aishah menjerit kuat. Dia mengambil nafas panjang. Perlahan - lahan di helakan.

“Astaghfirullah... Allah “ air matanya mengalir lebat saat dia melihat wajahnya.

Tubuhnya yang dilindungi dengan baju sejuk dan sweatpants itu mengigil saat melihat wajahnya. Tangan kanannya mengigil - gigil mencapai mata kanannya. Saat tangannya menyentuh kawasan sekeliling matanya yang sudah menghitam itu , imbasan - imbasan semalam kembali. Tumbukan suaminya ke wajahnya.

Benjolan di dahi kanannya dengan satu koyakan kecil yang sudah mengering dipandangnya dengan linangan air mata. Dia masih dapat rasakan panas darah yang mengalir turun semalam sejurus dahinya itu terhentak pada bucu rak yang terleka di ruangan yang menghubungkan ruang makan rumah dan ruang tamu rumah banglo itu.

Tangannya turun pula ke bibir kanannya yang sudah membengkak dengan kesan koyakan di bibirnya. Terketar - ketar bibirnya saat melihat luka yang sudah mengering hasil tamparan suaminya sewaktu dia bergelut dengan lelaki itu untuk menghalang suaminya daripada menarik gaun tidurnya.

Pipi kanan dan kirinya yang sudah berbirat merah membuat hatinya seperti dicarik seribu. Itulah hasil tamparan yang tidak terkira daripada lelaki yang mengaku mencintainya. Bagaimana dia mahu pergi kerja dengan wajah sebegini? Inikah hasil daripada alasan jatuh” yang diberitahunya kepada Dr Hamdan?

Hana Aishah terduduk pasrah di atas kerusi meja mekap itu. Tangannya memeluk erat abdomennya. Dia tidak mahu menjadi kuat saat itu tetapi ada satu nyawa yang sedang membesar yang memerlukannya. Hana Aishah buntu.

“Tolong umi sayang. Tell umi what I have to do?” Hana Aishah membisik pilu kepada anak yang tidak lagi diterima suaminya.


***********************************


“Assalamualaikum adik” suara ceria Teacher Basirah menjengah telinganya. Hati Hana Aishah yang sedang berserabut itu terus tenang saat mendengar suara ibunya.

“Mak. Adik rindu” lancar mulutnya mengaku. Suaranya kedengaran sebak.

“Adik ni pun. Dah kawin mana boleh asyik nak rindu mak je” Teacher Basirah membebel tanpa mengetahui hal sebenar.

“Kan bagus kalau adik tak kawin. I could stay with both of you. Tak rindu” Tecaher Basirah terdiam mendengar ayat anak perempuannya itu.

Hana Aishah nekad , dia mahu pergi. Dia tidak boleh menjadi lemah seperti ini. Dia teringat ayat doctor yang dia temui beberapa jam lepas.

****************************

“What actually happen miss? I know you’re lying” Hana Aishah menelan air liur memandang ke arah doctor perempuan muda yang sedang menjelingnya tajam itu.

“My husband was abit rough yesterday..... and ... and I’m just worried because I have bleeding after it” tergagap - gagap Hana Aishah menyusun bicara.

Tadi sewaktu dia hendak mengambil wuduk untuk menunaikan solat maghrib , Hana Aishah terkejut melihat tompokan darah pada seluar dalamnya. Air matanya mengalir ketakutan saat itu.

Dia bingung mahu memanggil siapa saat itu. Dia takut mahu ke hospital dengan tubuhnya yang penuh dengan lebam dan benjolan ini. Selepas berhempas pulas mengenakan alat solek untuk menutup segala cacat cela yang dia mampu Hana Aishah menuju ke hospital di pendalam Perak.

Hana Aishah sempat singgah di sebuah kedai tudung untuk membeli purdah dan mengenakan purdah sebelum meneruskan perjalanan. Dia tidak mahu pergi ke klinik di dalam kawasan Selangor kerana dia bimbang mereka akan melaporkan keadaannya. Oleh itu dia meneruskan perjalanan sehingga melepasi sempadan dan menuju ke klinik yang kelihatan terpencil.

“Don’t lie to me. I know you are hiding something behind your burka. Are you malaysian?” Hana Aishah menggelengkan kepalanya laju. Tadi dia menipu sambil mengatakan yang di tidak membawa kad pengenalannya.

“Please doctor. Just let it go. I just want to know about my baby. I’m pregnant and I have bleeding since maghrib” doktor wanita itu menggelengkan kepalanya geram.

“Fine. I don’t care if you also dont want to get help. Lie on the bed” Hana Aishah menundukkan wajahnya apabila dimarahi sebegitu.

“You have a cut in your vagina that’s why you are bleeding. But its a small cut , it will heal in few days time. Otherwise the ultrasound looks ok. The heart beat is still there” air mata Hana Aishah mengalir kelegaan saat mendengar ayat doktor wanita itu.

“Thank you so much doctor. May Allah bless you for your kindness and ..... I’m.... I’m sorry” Hana Aishah sempat memesan sebelum dia bergerak keluar daripada bilik konsultasi itu.

“You know because of woman like you refusing to get help , domestic violence is on the rise. I don’t know who you are but I really hope you will get help and hopefully by that time it won’t be too late” kata - kata doktor wanita itu meninggalkan kesan mendalam kepada Hana Aishah.

*******************************


“Adik merepek apa ni? Bergaduh dengan Fakhrul lagilah ni? Adik memang degil kan? Why do you like to pick up fight?” Hana Aishah tersentak saat mendengar kemarahan ibunya.

“Why you always assume adik yang salah? Why can’t it be him?” suara Hana Aishah sebak bertanya.

“Because I know you. Degil. Jangan nak mengada - ngada. Duduk diam - diam dekat situ. Dengar cakap suami , jangan degil. Nanti jadi macam anak Mami Zainab kamu tu. Kena cerai dengan laki. Nauzubillah mintak jauhlah anak - anak mak kena cerai berai ni” semakin lama Hana Aishah mendengar bicara ibunya semakin hilang kekuatan yang dia kumpul.

“Mak. Have you ever thought that maybe it wasn’t Zarifah fault. Maybe she wasn’t happy then and happier now” Hana Aishah cuba membela sepupunya itu.

“Adik merepek apa ni? Memang salah si Zarifah lah. Tak reti jaga suami. Sekarang tengok , muda - muda dah jadi janda. Tu nasib baik tak ada anak. Kalau ada kesian mami dengan mamu kamu kena bela” air mata Hana Aishah gugur untuk kesekian kalinya saat mendengar ayat ibunya.

“Mak . He hit her mak , he cheated on her . Mak lupa ke how bad her condition was when Mamu brought her home” Hana Aishah masih ingat lagi keadaan kakak sepupunya saat diambil ibu bapanya selepas dijatuhkan talak.

Badannya kurus seperti tiada zat , lebam dan parut jangan dicakap. Zarifah diceraikan selepas lima tahun dengan alasan wanita itu tidak mampu memberi lelaki itu zuriat. Hakikatnya lelaki itu sudah menemui cinta baru.

“Sebab tu kena pandai jaga suami. Ambik hati suami. Kalau tak memang jadi macam itulah. Dahlah mak tak nak cakap pasal benda ni. Janji anak - anak mak tak bercerai berai. Mak abah ni dah tua nak lalui benda - benda macam ni. Mak risau dekat achik je tu” Hana Aishah terdiam saat mendengar ayat ibunya . Sampai begitu sekali pandangan ibunya.

Selepas hampir setengah jam Hana Aishah mendengar luahan hati ibunya , dia akhirnya mematikan panggilan. Kepalanya buntu. Jikalau tadi dia pasti denga keputusannya Untuk meninggalkan suaminya sekarang dia sudah tidak pasti.

Wajah mak , abah , papa , mama , Along dan kesemua ahli keluarganya bersilih ganti bermain di pandangannya. Tetapi yang paling dia risaukan saat itu, anak di dalam kandungannya.

“Umi nak buat apa ni sayang? You need a father but I can’t take it anymore. I want you to have a perfect family like how umi grow up with but is it worth it myself to it?” Hana Aishah merintih malam itu.

Dia berdoa agar suaminya tidak pulang. Dia tidak mampu bersemuka dengan lelaki itu untuk masa terdekat ini. Kepada siapa dia mahu mengadu? Air matanya mengalir laju. Pandangannya jatuh pada tikar sejadah yang terbentang di atas lantai mozek itu.

Malam itu Hana Aishah berteleku di atas sejadah. Air matanya bercucuran jatuh memohon petunjuk. Ujian kali ini benar - benar menguji setiap inci dirinya. Kekuatan yang dia bina sedikit demi sedikit setelah dirobohkan lelaki bernama Tengku Fakhrul itu kali ini benar - benar lebur. Dia tidak pasti sama ada dia mampu keluar daripada belengu masalah ini seperti selalu atau tidak.

“Kenapa sekarang Ya Allah? Kenapa setelah kau tiupkan roh ini ke dalam rahim aku? Kenapa baru sekarang aku nampak perangai sebenar suami aku? Aku tak mampu lari sekarang? Cinta aku terlalu dalam , aku tak mampu hidup tanpa dia. Anak aku perlukan bapak, aku perlukan suami aku. Kau lindungi anak aku daripada kesakitan yang aku rasai kerana sakit dia hanya Engkau yang tahu” rintihan Hana Aishah kedengaran di waktu malam gelap.

Hanya dia dan Penciptanya yang tahu kesakitan yang ditanggunginya. Dia tidak kuat untuk membuka aib rumah tangganya. Dia tidak kuat untuk meruntuhkan harapan semua orang. Hana Aishah memeluk erat kitab suci itu di malam yang turut menangis bersamanya. Dia mengharapkan tidur yang lena tanpa diulit mimpi ngeri tentang malam sebelumnya.

“Umi kena kuat. My life is growing inside of me” Hana Aishah berbisik sebelum perlahan - lahan sebelum jendela matanya tertutup.

*********************************

Authors Note

Hi guys. I’m so sorry for being absent. After my exam I had to go in for surgery and still recovering.
I miss writing so much but I have to heal to be able to write properly.
I’m on leave so I hope to be able to write more offen.
And urghhh I’m crying while writing this chapter =(

Share this novel

JihaAlcatraz
2021-02-28 11:08:23 

yup... so sad. tq author for still updating. it touch my heart :(


NovelPlus Premium

The best ads free experience