Chapter 17

Romance Completed 625623

“Uncle nak pegi makan dekat mana ni?” risau pula Hana Aishah melihat mereka menghala ke arah ibu kota.

“At my favourite restaurant” Tan Sri Fadhil yang sedang melihat telefonnya itu memandang ke arah Hana Aishah yang memakai baju kurung pahang berwarna hijau pada hari itu.

“Jauh ke uncle. Hana takut bos cari nanti?” Hana Aishah sudah menggelabah.

“Hana don’t worry , your big bos already give me green light” Tan Sri Fadhil meyakinkan Hana Aishah.

“Hopefully they wont search for me. Anyway when did you came back from Brunei uncle?” Hana Aishah melihat muka Tan Sri Fadhil yang putih bersih itu. Ada jambang putih yang sudah mula memunculkan diri di dagunya.

“Yesterday evening” sesampai sahaja dia di rumah , isterinya memaklumkan tentang Hana Aishah yang menghantarkan durian ke rumah mereka.

“Kesiannya uncle. Mesti penat kan?” muka Tan Sri Fadhil yang berkedut itu dipandangnya. Pasti lelaki itu sentiasa risau , ialah lelaki itu mempunyai empayar besar.

“I’m used to it already. Anak - anak uncle semua have their own life. I can’t force them to help me kan” Hana Aishah dengar dengan jelas kepenatan lelaki itu daripada suaranya.

“Hana tak pernah pergi Brunei. Best ke uncle?” Hana Aishah mengubah topik apabila melihat wajah lelaki itu bertukar suram. Hana Aishah pelik kenapa muka kedua pasangan suami isteri ini akan berubah apabila berbicara tentang anak - anak mereka.

“Best. If you want to go there let uncle know . I have a villa there , Hana can stay over” Hana Aishah terkejut melihat sikap pemurah Tan Sri Fadhil ini.

“Is it costly to travel there and are there many things to explore uncle?” Hana Aishah yang sedang duduk di tempat duduk belakang kereta Mercedes AMG coupe itu bertanya.

“Well it depends” rancak perbualan Tan Sri Fadhil dengan Hana Aishah tentang Brunei sehingga mereka tidak perasan yang mereka sudah sampai ke salah sebuah hotel terkemuka di ibu kota itu.

“Tan Sri, kita dah sampai” lelaki yang bernama Azmi itu memaklumkan kepada Tan Sri. Dia yang sudah 20 tahun berkerja sebagai pembantu Tan Sri Fadhil terkejut apabila lelaki itu memintanya untuk pergi ke Hospital Shah Alam tengah hari ini.

“Nak jumpa Fakhrul memang tak lah. Macam orang luar kalau diorang bersama tapi nasib baik muka sama” omelan hati Azmi itu terjawab apabila sesampai di lobi hospital dia lihat Tan Sri Fadhil menelefon seseorang bernama Hana.

“Time flies so fast nowadays” Tan Sri Fadhil yang keluar melalui pintu kereta Mercedes berwarna hitam yang dibuka oleh Azmi itu mengomel. Hana Aishah pula laju keluar melalui pintu lagi satu.

“Lah Cik tak sempat saya bukak pintu” terkejut Azmi melihat kepantasan gadis itu. Dia tidak pernah melihat gadis itu tetapi Tan Sri Fadhil nampak mesra dengan gadis yang nampak seperti pelakon hindustan. Macam arab pun ye juga.

“Ishh pak cik ni. Buka pintu bos dah la. Hana teman uncle makan je” Azmi hanya menggeleng kepala mendengar omelan Hana Aishah yang berbaju kurung dan berkasut sneakers itu.

“Nanti Mi join sekali after you park the car. Come Hana” Hana Aishah berjalan seiringan dengan Tan Sri Fadhil.

Hana Aishah merasa kekok berada di hotel mewah itu. Kebanyakan orang yang berada di lobi hotel itu memakai pakaian pejabat yang moden. Dia pula hanya memakai baju kurung dan kasut Sketchers nya.

“Good afternoon Tan Sri” penyambut tetamu yang memakai blaus berwarna hitam berbunga merah kecil - kecil dan dipadankan dengan skirt merah separas paha itu memberikan senyuman lebar kepada Tan Sri Fadhil tetapi mukanya berubah menjadi kelat apabila melihat Hana Aishah di sisi Tan Sri Fadhil.

“Afternoon Celinda. My usual table is ready?” melihat keramahan mereka berdua Hana Aishah dapat mengagak Tan Sri Fadhil mesti selalu ke sini.

“Ready Tan Sri. Come follow me please. How is your day Tan Sri?” Hana Aishah hanya membuntuti mereka berdua yang sedang berborak. Penyambut tetamu itu lansung tidak mengendahkan Hana Aishah.

“Come Hana. Have a seat here” Tan Sri Fadhil menarik kerusi untuk Hana Aishah duduk.

“Alah uncle no need to do that for me. Hana can seat on my own” Hana Aishah tidak suka apabila keadaan terlalu formal. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi sofa yang lembut itu. Meja kayu yang berwarna hitam itu berada betul - betul disebelah tingkap.

“Uncle gentleman lah” Celinda hanya menjeling melihat Tan Sri Fadhil melayan Hana Aishah yang berpakaian terlebih kain itu. Bajunya yang menampakkan lurah dada itu dipadankan dengan skirt pendeknya dan kasut tumit setinggi 5 inci itu adalah moden padanya.

“The usual Tan Sri?” Hana Aishah yang sedang memandang ke arah sekeliling restoran mewah itu menghalakan pandangannya ke penyambut tetamu tadi.

“Aku korek biji mata perempuan ni baru tau. Dari tadi duduk jeling aku” Hana Aishah memarahi wanita yang berwajah Cina itu di dalam hatinya.

“Yes and please give this lovely lady the menu also” Hana Aishah melihat muka wanita yang memakai mekap tebal itu bertukar masam. Matanya yang sepet itu walaupun dihiasi dengan eyeliner yang tebal itu menjeling Hana Aishah.

“Sure Tan Sri” Hana Aishah melihat lenggok wanita itu pergi menghala ke arah kaunter. Meja bersegi empat di ruangan restoran itu hanya ada beberapa buah sahaja.

“Uncle sikitnya meja dalam restaurant ni” omelan Hana Aishah itu dibalas dengan tawa Tan Sri Fadhil.

“Because it’s reserved” Hana Aishah menganggukkan kepalanya tanda faham.

Dia menghalakan pandangannya ke sisi kanan meja yang bercermin itu. Cantik pemandangan ibu kota yang penuh dengan bangunan pencakar langit. Mereka yang menaiki lif ke tingkat 11 dimana retoran itu berada , membolehkan mereka mendapat pemandangan bandar Kuala Lumpur yang cantik ini.

“I would like to have this dish with this drink” Hana Aishah memilih makanan kegemarannya selepas seorang pelayan lelaki berbangsa asing yang datang memberi menu kepadanya. Tetapi dia pelik melihat menu yang tiada tanda harga itu.

“How long you’ll be working with Fakhrul” pertanyaan Tan Sri Fadhil itu menyebabkan Hana Aishah yang sedang memandang ke arah KLCC yang nampak jelas daripada meja mereka itu berpaling.

“You mean how long I’ll be in orthopaedic is it? Hmm dalam 2 weeks more uncle. InsyaAllah” Hana Aishah tersenyum membayangkan beberapa hari lagi dia akan mula bercuti dan keluar daripada neraka dunia ini.

“Hana suka orthopaedic ke?” Tan Sri Fadhil suka memandang wajah Hana Aishah itu kerana apa sahaja yang gadis itu rasa boleh dibaca daripada reaksi mukanya.

Sudah hampir 30 tahun Tan Sri Fadhil berada di dalam dunia perniagaan, dia jumpa terlalu ramai manusia yang hipokrit. Apabila dia pertama kali bertemu gadis ini , dia terkejut melihat betapa jujurnya mulut itu berbicara.

“Tak suka” tersembur gelak Tan Sri Fadhil melihat reaksi Hana Aishah yang jelas tidak suka jabatan yang dia sedang berkerja.

“Uncle ni same as Along. Suka gelakkan Hana” Hana Aishah sudah menarik muncungnya.

“Its just that nowadays its so hard to meet such a blunt person” Hana Aishah tidak pasti sama ada kata - kata itu adalah pujian ataupun sebaliknya.

Tengah hari itu , Tan Sri Fadhil tidak kering gusi dia dibuatnya.


***************************************


“Thank you uncle for the lunch. Sedap sangat sangat” Hana Aishah rasa itulah steak yang paling sedap di pernah makan. Jus tembikainya yang segar itu memang berpatutan dengan harganya. Terkulat - kulat Hana Aishah melihat harga makanan yang dia order.

“Astaghfirullah. Ini level bila order baru sembelih ke apa?” Hana Aishah yang baru balik dari bilik air itu sempat melihat senarai harga makanan yang dipampangkan di bahagian sudut kanan restoran yang dia tidak perasan sewaktu masuk tadi.

“Uncle should thank you for accompanying me. Thank you Hana for making my lunch a memorable one. Next time we’ll have dinner with aunty ok” Tan Sri Fadhil berkeras mahu menghantar Hana Aishah sehingga ke lobi hospital.

“Boleh tapi next time Hana belanja. Tapi Uncle restaurant tu mahal Ya Rabbi. Nanti Hana dah jadi specialist boleh lah belanja kat tempat macam itu. Sekarang kita pergi tempat fancy but won’t cause Hana to fast for a month post treat ” Tan Sri Fadhil ketawa buat kesekelian kalinya melihat wajah gadis itu yang jujur mengakui isi hatinya.

“You’re a rare gem Hana” Hana Aishah pun pening dengan keluarga Fakhrul. Dia yang kalut dan cakap lepas itu yang dikatakan ‘gem’. Ke dia nak cakap germ as in kuman.

“Papa” Hana Aishah yang memusingkan kepala mencari pemilik suara itu.

“Angah” suara Tan Sri Fadhil bertukar serius . Hilang sudah muka carefree Tan Sri Fadhil. Dia memandang ke arah Fakhruk yang segak berkemeja biru dan berseluar slack hitam itu.

“What are you doing here?” Hana Aishah sempat menganalisis sikap Fakhrul yang tidak menyalami papanya pun. Muka kedua - duanya sama tegang. Fakhrul yang tadi sedang menuju ke arah lif terkejut melihat Hana Aishah dan Tan Sri Fadhil di lobi hospital.

“Ish Mr Fakhrul ni kot ye pun salam lah uncle tu” belum sempat Hana Aishah hendak mengawal mulutnya, kata - kata itu sudah terkeluar. Mata Fakhrul tajam memandangnya.

“You know what I need to make a move” cepat - cepat Hana Aishah mahu melarikan dirinya.

“Uncle thank you for today. I can’t thank you enough “ Hana Aishah menundukkan badannya sedikit. Nak salam tidak boleh jadi itu sahajalah yang mampu dia lakukan.

“Today ? What happen today?” mata Fakhrul tajam menikam mata Hana Aishah. Muka Fakhrul sedang menahan marah. Matanya tajam memandang Hana Aishah yang sedang berdiri ketakutan di sebelah papanya. Waktu itu Hana Aishah itu seperti satu makanan yang sedap dan Fakhrul pula sudah kebuluran 10 tahun.

“Mana ... maaa.. na ada apa” tergagap - gagap Hana Aishah jawab. Sudah lama dia tidak nampak amarah Fakhrul.

“Papa brought her for lunch because she went through all those trouble driving on her own to send me those durian that day” Tan Sri Fadhil yang melihat Hana Aishah yang terkulat - kulat memandang Fakhrul itu membalas.

“Mampus aku” bebel Hana Aishah di dalam hatinya. Hana Aishah tidak sempat untuk memberitahu Tan Sri Fadhil tentang penipuannya kepada Fakhrul.

“Aishah” panggilan itu cukup untuk menggerakkan kaki Hana Aishah untuk berlari daripada tempat itu.

“Ok uncle, bye. Assalamualaikum” Tan Sri Fadhil tercengang melihat Hana Aishah yang berjalan laju menuju ke arah lif sambil melambaikan tangan kepadanya.

“Why you didn’t tell me?” suara Fakhrul yang kasar itu menampar telinga Tan Sri Fadhil. Tetapi Tan Sri Fadhil yang sudah terbiasa dengan kekasaran anak keduanya itu hanya memberikan senyuman sinis.

“If you care so much then tie her down” Tan Sri Fadhil berlalu ke kereta Mercedes yang menunggunya di lobi itu. Fakhrul hanya memandang papanya yang sedang memasuki kereta itu.

***************************************


“Ya Allah kau mudahkanlah oncall terakhir aku ini” Hana Aishah yang sedang menuju ke arah hospital daripada tempat parking itu berdoa di dalam hatinya.

Hari ini adalah hari terakhir Hana Aishah berkerja sebelum dia mengambil cuti selama seminggu. Selalunya hari - hari terakhir seseorang berkerja di sesuatu jabatan adalah hari yang paling ditakuti.

Kerana waktu hari itu , mereka akan selalunya sibuk tidak terkata atau dilabelkan ‘Jonah’. Hana Aishah ditugaskan untuk menjaga wad pada malam itu. Dia berdoa panjang di waktu Asar tadi supaya Allah memudahkan urusannya hari itu.

“Yes inilah puteri raja yang dinantikan” Aiman membuat pengumuman besar apabila Hana Aishah tiba di wad petang itu.

“Ish mulut kau ni kan aku sula baru tau” marah Hana Aishah apabila semua orang di dalam wad memandangnya. Dia yang selalunya akan memakai baju sejuk dan seluar slack kalau oncall itu nampak kasual hari itu.

“Akak jaga sikit dia malam ni. Last oncall kak” Rafi yang merupakan houseman di jabatan yang sama memberi amaran kepada staf yang berada di kaunter.

“Nasib baik aku kerja petang” pecah tawa yang lain mendengar komen SN Ita itu.

“Dah lah Dr Amsyar. Dia tu dah lah jonah. Memang bagus la” Azira rakan housemannya yang seorang lagi menyambung. Hana Aishah sesungguhnya sudah redha untuk menghadapi malam itu.

Hana Aishah sedang duduk di kaunter melihat keputusan - keputusan darah pesakit yang baru dihantar petang tadi. Rakan - rakannya yang berkerja pagi sudah pulang jam lima tadi selepas menyerahkan tanggungjawab untuk menjaga pesakit - pesakit di dalam wad itu kepadanya.

Jam menunjukkan pukul 7.10 malam. Hana Aishah menunggu untuk solat maghrib sebelum rondaan malam bermula. Tadi bosnya sudah memaklumkan untuk memulakan rondaan malam selepas Maghrib.

“Alaa , pak cik kenapa hb nak drop pulak ni” bebelan Hana Aishah itu dibalas dengan rengusan SN Shahrul yang sedang menggunakan PC berdekatan dengannya.

“Pak cik tu tak nak makan hematinics yang kita bagi Dr Hana. Asyik buang bawah katil dia. Radicare duduk complain. Back to normal perangai” geram Shahrul rasa hendak melayan pesakit yang tiada inisiatif untuk menyembuhkan diri sendiri.

“Malam - malam buta ni memang kena maki je dengan orang lab kalau mintak darah” Hana Aishah merengus kasar sambil berjalan ke arah katil pesakit bernama Muaz itu.

“Assalamualaikum Pak Cik Muaz. Pak cik ok malam ni. Ada pening - pening , rasa pitam ke?” Hana Aishah melihat Pak Cik Muaz yang sedang berbaring itu. Pucat wajahnya yang kusut masai itu.

“Dr Hana. Pak cik nak balik” itulah permintaan pesakit itu setiap kali Hana Aishah berjumpa dengan pesakit ini.

Sudah hampir 2 bulan pesakit ini terdampar di hospital. Awalnya pesakit ini dimasukkan ke hospital hanya kerana dia terjatuh dalam bilik air dan patah kepala tulang pinggulnya , tetapi kerana pesakit ini mendapat banyak sangat komplikasi selepas pembedahan dia masih tidak boleh keluar.

“Ye pak cik. Tapi pak cik tak nak makan ubat kita bagi. Darah pak cik rendah , macam mana luka nak sembuh. Pak cik janji dekat saya hari tu nak cepat sembuh. Saya dah tunaikan janji pak cik dah pun” Hana Aishah masih ingat lagi sewaktu dia masuk kerja selepas insiden malam itu , dia ditugaskan untuk menguruskan pesakit ini.

Semua rakan setugasnya tidak mahu mengambil tanggungjawab menjaga pesakit ini kerana kedegilan pesakit ini. Tetapi Hana Aishah yang sabar melayan kerenah pesakit ini berjaya membuat lelaki ini berjalan semula. Tetapi dengan syarat.
**************************************

“Assalamualaikum Pak Cik Muaz. Pak cik janji dekat saya pak cik nak jalan kan. Dah 3 minggu operation pak cik , pak cik kena start jalan . Kalau tak macam mana nak keluar” Hana Aishah yang membuka tirai katil 24 itu membebel. Muaz hanya memandang Hana Aishah tanpa perasaan.

“Dr Hana janji nak tunaikan permintaan saya baru saya nak jalan” Muaz mengingatkan doctor muda yang sentiasa sabar melayan kerenahnya.

“Kalau saya tunaikan , pak cik janji akan berjalan kan?” Hana Aishah yang memakai slack berwarna hitam dipadankan dengan blaus bercorak stripes berwarna ungu itu mencekak pinggangnya.

“Janji” sepatah lelaki itu menjawab sebelum memalingkan pandangannya ke luar tingkap.

Di usia 67 tahun , Hana Aishah menggeleng kepalanya melihat keadaan lelaki yang tidak terurus itu. Mukanya yang dipenuhi dengan jambang yang sudah beruban dengan badan yang kurus kering itu hanya memakai baju hospital yang berbau wangi hanya kerana dibasuh oleh pihak hospital.

“Assalamualaikum” Muaz memalingkan mukanya mencari punca suara yang sentiasa menghantuinya.

“Senah” Muaz menghalakan pandangannya ke arah seorang wanita yang sudah berisi itu. Wanita yang dahulunya kurus seperti lidi sewaktu dia tinggalkan 15 tahun dahulu.

“Awak nak apa nak jumpa saya?” walaupun pertanyaan itu kedengaran kasar tetapi telinga Muaz hanya mendengar suara lembut yang sentiasa menasihatinya suatu masa dahulu.

“Abang tak sangka dapat jumpa Senah balik” sebak suara lelaki itu. Hana Aishah menutup langsir yang dibukanya tadi untuk memberi privasi kepada pasangan itu.

“Tak cukup lagi ke awak dah seksa saya? Awak gantung saya tak bertali” Muaz melihat kearah wanita yang berbaju kurung berwarna hijau itu. Warna kegemaran isterinya.

“Abang minta maaf. Abang tahu abang salah. Abang tinggalkan Senah dan anak - anak tanpa berita” Hana Aishah yang sedang mencuri dengar disebalik langsir itu merasa kasihan mendengar suara penuh penyesalan lelaki itu.

“Sudah - sudah lah ganggu hidup saya. Saya dah bahagia sekarang hidup dengan anak - anak dan cucu - cucu saya” Senah mengesat air matanya yang tumpah.

Sewaktu suaminya meninggalkan dia satu masa dahulu dia sudah penat menangis. Muaz yang merupakan penjudi dan gemar menghisap dadah itu melarikan diri meninggalkan dia dan anak - anaknya yang masih bersekolah waktu itu dengan hutang sekeliling pinggang.

Anaknya yang paling sulung baru berumur 14 tahun manakala yang kecil sekali baru berusia 8 tahun. Menggunakan tulang empat keratnya , dimasukkan anak - anaknya ke universiti. Sekarang semuanya sudah berkerja dan berkahwin.

“Cucu? Allah , abang mintak maaf Senah. Abang menyesal” Hana Aishah menahan air matanya apabila mendengar esakan lelaki itu. Patutlah lelaki itu sangat kasar. Rupanya dia menyimpan bebanan yang sebegini berat.

“Saya tak pernah kisah awak berjudi ke hisap dadah. Saya setia dengan awak. Sampai hati awak tinggalkan saya dan anak - anak macam itu sahaja. Awak ingat maaf awak semudah itu ke” Senah terlalu sayangkan suaminya itu. Dia masih ingat. ramai menyuruhnya meninggalkan suaminya tetapi dia tetapi berdoa agar suatu hari nanti suaminya akan berubah.

Muaz yang sedang mengesot ke arah isterinya itu hampir tersungkur , nasib baik Senah sempat menyambutnya.

“Abang, Ya Allah” Hana Aishah cepat - cepat menyelak langsir tadi apabila mendengar suara cemas wanita itu. Dia masih ingat sewaktu dia memujuk wanita itu untuk datang. Selepas beberapa kali dia menelefon barulah wanita itu bersetuju.

“Pak cik Ya Allah. Saya suruh jalan, bukan terjun katil” kelam kabut Hana Aishah membantu mengangkat Muaz ke katilnya.

“Tak . Saya kena sujud kaki isteri saya doktor. Banyak dosa saya dengan dia” Muaz meronta - ronta ingin memegang kaki isterinya.

“Pak cik . Jangan buat macam ni. Tak baik. Mak cik mesti dah maafkan pak cik. Kita ni manusia selalu buat silap tapi Allah tu Maha Pengampun. Mintak ampun dekat dia. Doa dekat dia” Hana Aishah memujuk Muaz.

Selepas hari itu , Hana Aishah ada melihat Senah datang beberapa kali melawat suaminya.

***********************************

“Isteri pak cik dah seminggu tak datang. Pak cik nak balik. Nak pegi cari dia” Hana Aishah hanya menggelengkan kepalanya.

“Saya boleh bagi pak cik balik tapi pak cik tak nak makan ubat macam mana badan nak kuat nak pergi cari mak cik” Hana Aishah tahu Muaz itu gelandangan daripada sejarah yang dibaca dalam fail pesakit. Dia risau Muaz akan terbiar sekiranya dibiarkan balik.

“Dr Hana call kan isteri saya boleh?” hakikatnya Hana Aishah sudah berpuluh kali cuba memanggil nombor telefon wanita itu tetapi tiada dalam perkhidmatan.

“Saya dah cuba call pak cik tapi tak dapat. Esok saya cuba lagi tapi malam ni kena kena masuk darah ye pak cik . Saya nak pak cik sihat” muka cengkung yang pucat itu ditenung Hana Aishah. Mereka sebenarnya sedang cuba usahakan untuk mencari tempat di rumah kebajikan supaya Muaz lebih terjaga selepas ini.

“Terima kasih Dr Hana. Dr baik . Pak cik doa Allah bahagiakan Dr sampai akhirat nanti” air mata Hana Aishah hampir tumpah mendengar doa daripada mulut tua itu.

“Ameen. Pak cik jangan risau ye . InsyaAllah pak cik doa banyak - banyak. Solat jangan tinggal ye pak cik” lega hati Hana Aishah melihat lelaki itu sudah mula solat sejak isterinya melawatnya.

“Pak cik tak tinggal solat. Pak cik tengah cuba ganti balik semua solat pak cik. Sempat tak Dr Hana?” air mata tua itu mengalir. Hana Aishah ikut sebak.

“Pak cik solat je. Allah Maha Pengampun. Maha Penyayang. Allah Maha Mendengar” laju kaki Hana Aishah meninggalkan lelaki itu.

Air matanya tumpah sewaktu dia sampai ke surau. Tidak putus doanya supaya Allah mengampuni dosa Muaz dan melembutkan hati keluarga Muaz untuk menerimanya kembali.

Malam itu , dengan izin Allah keadaan wad tenang sahaja. Muaz berjaya ditambah darahnya dan sewaktu perjumpaan pagi itu Hana Aishah sekali lagi mengutarakan mengenai penempatan Muaz kepada bosnya.

“We’ll figure something out. He need a proper care. Hana , any input from that home you’re calling?” Mr Daniel menanyanya.

“Full bos.” kecewa Hana Aishah apabila rumah kebajikan yang dia carikan untuk Muaz itu telah ditempah oleh orang lain.

“Its ok Hana , you did your best already . You enjoy your EOP and let the rest of the team figure it out. I want him to be discharged by this weekend” anak buahnya menganggukkan kepala mendengar arahan Mr Daniel itu.

********************************

Hana Aishah yang sedang berjalan menuju ke keretanya itu merasakan seperti ada orang mengikutinya. Semalam sewaktu dia datang untuk oncall , dia terpaksa parking di kawasan terpencil di belakang bangunan yang sedang dibina di satu bahagian hospital kerana parking sudah penuh.

Hana Aishah mempercepatkan langkahnya. Ketakutan menyelubungi dirinya. Tragedi malam itu masih menghantuinya.

“Hei!” Hana Aishah sudah berlari ke arah keretanya apabila dia mendengar orang menjerit memanggilnya. Jam menunjukkan pukul 10.30 pagi sewaktu Hana Aishah bergerak keluar dari wadnya tadi. Suasana di kawasan yang di letakkan kereta itu sunyi.

“Woi!” kelam kabut Hana Aishah mengeluarkan kunci daripada begnya apabila dia mendengar jerkahan itu.

Tubuhnya ditarik kasar . Dia memandang ke arah muka lelaki berbadan gempal dan tinggi di hadapannya. Muka bengis lelaki itu menakutkan Hana Aishah.

“Kau yang call mak aku suruh dia datang hospital jumpa jantan tak guna tu kan!” tengkingan kuat itu membingitkan telinga Hana Aishah.

“A .. apaaa encik ni?” Hana Aishah rasa seperti mahu pengsan di saat itu. Kepalanya berdenyut - denyut.

“Kurang ajar kan kau. Kau paksa mak aku datang jumpa lelaki tak guna tu” lelaki itu menolak bahu Hana Aishah kasar.

“Ahh” Hana Aishah mengerang kesakitan apabila bahunya berlaga dengan keretanya.

“Kau dengar sini ye perempuan . Kau ... ” belum sempat dia menghabiskan ayatnya itu tubuhnya di tolak ke tepi oleh seseorang. Lelaki itu jatuh tersungkur di atas jalan berbatu itu.

Hana Aishah dapat merasakan dirinya ditolak ke belakang badan seseorang. Muka Hana Aishah memandang baju kemeja berwarna kuning cair yang dipakai lelaki itu.

“Kau siapa?” Lelaki yang menyerang Hana Aishah itu kembali bangun dan cuba menyerang lelaki yang sedang melindungi Hana Aishah dibelakangnya.

“You better get the hell out of here before I beat the shit out of you and call the police!” tubuh Hana Aishah terketar - ketar mendengar tengkingan lelaki yang sedang melindunginya itu.

“Kau tunggu perempuan. Kalau aku tahu kau call mak aku , siap kau aku kerja” lelaki yang menyerang Hana Aishah itu memberi amaran sebelum mulutnya ditumbuk oleh penyelamat Hana Aishah itu.

“Arghh . Kurang ajar” lelaki tadi jatuh terduduk dan mengerang kesakitan memegang mulutnya yang berdarah. Dia mengesot ke belakang sebelum melarikan dirinya.

“Aishah” mata Hana Aishah yang sudah bengkak kerana tangisannya itu memandang ke arah lelaki yang menyelamatkannya itu. Tubuh lelaki yang membelakanginya itu dipalingkan menghadap muka Hana Aishah.

“Mr Fakhrul” Hana Aishah meraung sebelum memeluk tubuh Fakhrul erat.

“You’re ok , you’re safe now” Fakhrul membalas pelukan Hana Aishah dan asyik mengulangi perkataan yang sama. Dia tengah meyakinkan dirinya bahawa Hana Aishah telah terselamat. Bahawa gadis itu selamat.

“I’m scared” tiba - tiba tubuh Hana Aishah memberat sebelum longlai di dalam pelukan Fakhrul.

“Aishah ! Aishah! Wake up ! Hey! Wake up” Fakhrul menepuk muka gadis yang sudah pengsan di dalam pelukannya itu. Muka pucat itu dibasahi dengan air mata gadis itu.

Fakhrul mencempung badan gadis itu sebelum memasukkan dia ke dalam kereta Myvi Hana Aishah.

Share this novel

anumsaidi
2020-01-26 07:02:25 

sweet

anumsaidi
2020-01-26 07:02:19 

mesti fakhrul dah mula jatuh cinta dgn hana lepas ni..

anumsaidi
2020-01-26 07:01:30 

hmm..dah mula nampaknya bibit2 cinta hana dan fakhrul


NovelPlus Premium

The best ads free experience