Chapter 21

Romance Completed 625623

“Drive carefully Hana” laungan Lessi itu dibalas dengan senyuman lebar daripada Hana Aishah.

Hana Aishah melambaikan tangan kearah rakan sejawatnya itu. Lessi yang baru 3 bulan berkerja sebagai seorang houseman merupakan seorang doktor yang cekap. Itu membuatkan Hana Aishah sentiasa senang berkerja dengan gadis berketurunan Cina itu.

Hari ini genap 1 bulan Hana Aishah berada di jabatan kanak - kanak. Tahap kepenatan dia sampaikan dia tertidur sewaktu memandu pulang hari itu. Mujurlah sewaktu itu keretanya sedang berhenti menunggu lampu isyarat bertukar hijau. Hana Aishah dikejutkan dengan bunyi hon bertalu - talu. Cepat - cepat dia memecut keretanya pulang.

Hari ini dia berjanji untuk melawat Mei yang baru 2 minggu melahirkan anaknya itu. Kesibukan jabatan ini menyebabkan dia terpaksa menunda kedatangannya ke rumah Mei di Ampang itu. Memandangkan hari esok Hana Aishah akan berkerja malam maka bolehlah dia meluangkan masa untuk melawat Mei.

Perlahan Hana Aishah memandu meredah hujan lebat di senja itu. Jam menunjukkan pukul 7.40 malam. Kesibukan di jabatan kanak - kanak ini menyebabkan mereka selalu balik hampir pukul 8 malam. Tetapi bos mereka kebanyakannya baik belaka oleh itu mereka tidak boleh komplain sangat.

“Nasib baik aku sayang kau Mei. Sanggup aku redah hujan lebat ini” Hana Aishah membebel sambil meredah hujan dan berlari anak daripada tempat dia meletakkan Myvinya ke arah kondominium Mei.

Sewaktu dia sampai ke kondominium mewah di Ampang itu , jam sudah menunjukkan pukul 8.30 malam. Penat dia bergaduh dengan pengawal tadi supaya dia dapat meletakkan kereta di tempat letak kereta yang berbumbung tetapi pengawal berbangsa Bangladesh itu menyuruhnya meletakkan keretanya di luar sahaja.

Sesampai Hana Aishah di hadapan unit rumah Mei , dia sudah basah kuyup. Salahnya juga kerana selalu menghilangkan payung yang diletakkan Kapten Azam di dalam keretanya. Dia melihat ke arah baju blaus berwarna biru berbunga - bunga kuning dan seluar slack berwarna putih yang sudah melekat di badannya.

“Redha je lah. Dah sampai pun” Hana Aishah membebel di dalam hati sambil tangannya laju menekan loceng yang berbentuk kucing itu.

“Hana. Oh my god! What happen to you?” Mei yang memakai kain batik dan berbaju T-shirt putih bersaiz besar itu tengah menahan tawanya melihat Hana Aishah yang sudah basah kuyup itu.

“You’re so mean! I came here all the way to meet my cute angel and you’re laughing at me” Hana Aishah sudah menarik muncungnya melihat Mei yang sedang membuka kunci pagar rumahnya.

“Alaaa. I’m sorry ok” Mei memeluk erat rakannya itu. Rindunya dia pada gadis seorang ini. Hana Aishah yang sentiasa pemurah dengan senyuman dan sentiasa membantu rakan - rakannya. Susah mahu jumpa manusia seperti Hana Aishah di dunia yang penuh dengan manusia yang mementingkan diri.

“Jangan peluk I lah Mei. I’m soaking wet” Hana Aishah merasa tidak selesa dengan bajunya yang melekat di badannya. Hana Aishah rasa sangat terdedah kerana dia pasti bentuk badannya kelihatan jelas.

“Don’t care. I miss you. Come inside” Mei menarik tangan Hana Aishah untuk masuk ke dalam rumahnya.

Suasana yang bising di ruang tamu rumah Mei bertukar senyap apabila Hana Aishah muncul. Semua mata memandangnya.

“Hana is here!” Mei cuba meleraikan suasana yang bertukar tegang itu.

Hana Aishah memandang ke arah kumpulan rakan - rakannya yang memasuki housemanship sekali dengan dia dan Mei. Hatinya merasa sedih kerana dia pasti mereka merancang ziarah ini bersama - sama dan tidak mengajaknya.

Aiman , Sathya , Kamal , Jordan dan Nadia yang duduk di sebuah sofa berbentuk L yang menghiasi ruangan tamu itu memandang dengan muka yang terkejut. Ain , Gauri , Sau Yu dan Sharifah pula sedang dengan duduk mengelilingi tilam bayi yang berada di atas kapet bercorak harimau bintang itu.

“Wei kenapa senyaaapp” terhenti ayat Tazreen itu apabila melihat Hana Aishah yang sedang basah kuyup itu berdiri di pintu masuk utama rumah Mei.

“Mei nak pinjam baju boleh?” Hana Aishah memalingkan mukanya daripada rakan - rakan sejawatnya yang kelihatan serba salah melihat Hana Aishah.

“Can lah. No problem. Come with me” Mei menarik tangan Hana Aishah yang kelihatan sedih itu.

“Hana I don’t have lots of long sleeve blouse , is this ok?” Mei menyelongkar almari di biliknya untuk mencari baju yang sesuai untuk Hana Aishah. Apabila dia memalingkan mukanya memandang Hana Aishah, mata gadis itu sudah bergenang.

“Hey Hana. Are you ok?” Mei melabuhkan punggungnya di atas katil kelaminnya. Mei yang memakai topi musim sejuk di atas kepalanya itu duduk bertentangan dengan Hana Aishah yang sedang duduk di atas kerusi almari mekapnya.

“I’m fine. Don’t worry about me mommy. Let me change my cloth and then I’ll gomol your baby” walaupun Hana Aishah mencuba , senyumnya yang selalu ikhlas itu kelihatan sangat pahit.

“You sure tak ni. I know you Hana” Mei tahu mengenai kes Hana Aishah dan Fakhrul.

Boleh dikatakan satu hospital sudah viral dengan gambar - gambar tersebut. Mei yang mengenali Hana Aishah itu , pasti ada penjelasan yang sebenar di sebalik gambar - gambar tersebut.

Waktu itu Mei yang sedang bercuti untuk menanti hari bersalinnya tidak dapat menghubungi Hana Aishah. Dia terlalu sibuk kerana persiapan untuk menyambut kelahiran anaknya itu dibuat pada saat terakhir.

Mei merasa bersalah kerana dia tahu sekiranya dia berada di dalam kesusahan pasti Hana Aishah akan berada di sisinya tidak kira betapa sibuk gadis itu.

“I’m fine my sweet Mei. Gosh I miss you girl” Hana Aishah memeluk Mei. Sungguh dia rindu gadis bermata sepet dan berhidung comel ini.

“Fine. I’ll let you change your cloth first and then you’re meeting Adaline” Mei mengangkat punggungnya dan meninggalkan Hana Aishah keseorangan di dalam bilik tidur utama itu. Hana Aishah melihat Mei yang berjalan berhati - hati menuju ke ruang tamu rumahnya. Pasti luka bersalinnya masih belum sembuh.

“Ya Allah, tolong kuatkan aku” Hana Aishah berdoa di dalam hatinya. Dia cepat - cepat menukar baju dan seluarnya. Mei meminjamkan dia sepasang blaus berwarna krim dan skirt berwarna krim berjalur merah

Perlahan kaki Hana Aishah menuju ke arah ruang tamu. Gelak tawa rakan - rakan sejawatnya masih jelas kedengaran.

Hana Aishah masih ingat sewaktu dia mendaftarkan diri ke hospital setahun lepas , Hana Aishah dan sebelas lagi orang houseman lain turut mendaftar dengannya.

Mereka menjadi akrab sewaktu program orientasi hospital selama 5 hari itu berjalan. Mereka juga berjanji setiap kali mereka tamat satu jabatan mereka akan keluar makan beramai - ramai . Dan setakat ini janji mereka masih ditepati.

Hana Aishah , Mei , Aiman dan Ain memasuki jabatan yang sama. Manakala 8 lagi orang rakannya memasuki jabatan berasingan.

“Hai Aunty Hana. I’m Adaline” Mei yang sedang memangku anaknya itu membuat suara bayi sambil menghulurkan anaknya kepada Hana Aishah.

“She’s so beautiful Mei. Just like your mommy” Hana Aishah melabuhkan punggung di sebelah Adaline. Rakan - rakannya yang sedang duduk di atas karpet dan sofa di rumah Mei itu memandang Hana Aishah dengan berbagai reaksi muka. Tetapi sekalipun Hana Aishah tidak memalingkan muka ke arah mereka.

“You’re so perfect. Just stay perfect like this please” Hana Aishah yang sedang memangku Adaline itu memandang bayi yang suci itu. Kulitnya yang putih seperti susu itu dan matanya yang sepet seperi ibunya. Tetapi yang Hana Aishah paling geram adalah hidung bayi itu yang sebijik ibunya. Kembang dan kecil berwarna kemerah merahan.

“Be generous and kind hearted like your Aunty Hana ok?” Mei memandang ke arah Hana Aishah yang memangku anaknya yang kecil itu.

“No la sayang. Be like you mommy. Aunty Hana is bad” ayat yang Hana Aishah luahkan itu membuatkan semua orang di dalam rumah itu tersentap.

“Hana” Mei memeluk bahu Hana Aishah. Hana Aishah berusaha sedaya upaya untuk menahan air matanya daripada tumpah. Dia sudah penat menangis.

“Its ok Mei. I don’t care pun. You know in Islam they teach us about sins. Major sin and minor sin so people are so quick to judge. But they forgot that judging others without knowing the whole truth and spreading rumors about ones sins , is a sin” mata Hana Aishah tajam memandang ke arah Aiman yang sedang duduk di kerusi kaca berbentuk bulat yang menghiasi sudut telefon rumah Mei itu. Aiman menundukkan pandangannya. Rasa bersalah menghantui dirinya.

“I don’t care about what people say or judge me. Because the ultimate judge is God. I’m sure , spreading fitnah which is rumor is sinful. So let God decide who’s the sinner. Me or them who is judging” Hana Aishah memandang ke arah rakan - rakannya yang kelihatan bersalah.

“I know you Hana. I don’t need your explanation” Mei memeluk gadis itu. Hana Aishah berjaya menahan air matanya. Dia tidak perlu menangis untuk meminta simpati.

Selepas itu, Hana Aishah lansung tidak berborak dengan rakan - rakannya yang lain. Dia bermain dengan Adaline dan berborak dengan suami Mei yang merupakan seorang houseman juga.

“Hana , makan jom” sewaktu Ain mengajaknya untuk makan , Hana Aishah menolak dengan alasan mahu bermain dengan Adaline. Ain merasa bersalah tetapi dia tidak tahu bagaimana untuk memohon maaf kepada Hana Aishah.

“I feel so bad” Sathya yang sedang menjamah mee sup itu memandang ke arah rakan - rakannya yang memenuhi meja makan yang berunsurkan rotan itu. Meja yang memuatkan 8 orang itu penuh dengan makanan yang suami Mei beli petang tadi sempena lawatan rakan setugas Mei.

“Tu lah you guys. Pandai je nak punish Hana” Mei yang sedang duduk di atas kerusi plastik itu memarahi rakan - rakannya.

Mei menghalakan pandangannya ke arah Hana Aishah yang sedang berbual dengan suaminya. Rancak perbualan mereka sehinggakan tidak perasan Mei yang sedang memerhatikan mereka. Itulah kelebihan Hana Aishah, sentiasa peramah dengan semua orang yang dia ketemu.

“Man, kau kan best friend Hana. Kau pujuklah dia” Kamal menyiku tangan Aiman yang sedang ralit menggodek makanan tetapi satu sudu pun tidak masuk ke dalam mulutnya.

“Dia paling marah dengan kau la tu Aiman. Kau tengok mata bulat si Hana tu pandang kau, macam nak telan dah aku tengok” Nadia yang berambut warna maroon separa bahu itu membuatkan Aiman diasak rasa bersalah.

“Aku tak ada seleralah nak makan” Aiman menolak mangkuk yang berisi mee sup itu.

“Makan. I cubit you baru tau. Penat my husband beli dekat kedai bawah” melihat jelingan Mei itu laju Aiman menelan makanannya. Rakan - rakannya yang lain semua menertawakannya.

**************************************


“Alaa. Hujan lagi” Hana Aishah mengeluh di lobi kondominium tersebut. Dia memeluk badannya. Baju yang dipinjamnya itu menyebabkan angin sejuk malam itu terus menyingah ke kulit Hana Aishah. Sampai ke tulang dirasai kesejukan malam itu.

“Tak baik mengeluh time hujan. Hujan kan rahmat” Hana Aishah mengeluh kasar mendengar suara itu. Sudah sebulan suara itu tidak didengarinya.

“I got payung. Jom aku hantar” Aiman yang masih memakai baju pejabatnya itu memperlawa Hana Aishah. Tadi sewaktu mereka habis menjamah makanan, barulah Hana Aishah datang ke meja makan. Hana Aishah makan ditemani Eric , suami Mei.

Hana Aishah tidak membalas pelawaan Aiman itu. Dia terus menghalakan kakinya ke arah bahagian kanan lobi itu untuk menjauhkan diri daripada Aiman.

“Hana janganlah degil. Hujan lebat ni. Dah nak pukul 11 malam ni. Aku hantar kau sampai kereta” Aiman yang menyuruh rakan - rakannya pulang dahulu itu ingin bersendirian dengan Hana Aishah.

“Astaghfirullah hal azim!” Aiman tergelak mendengar Hana Aishah yang beristighfar dengan nada geram itu. Tetapi satu jelingan daripada Hana Aishah cukup untuk membuatkan dia menghentikan tawanya.

“Hana I’m sorry. Aku mintak maaf. Aku tak patut buat kau macam itu. I should know better. You’re my best friend “ Aiman sudah berdiri di hadapan Hana Aishah. Mukanya yang penuh dengan rasa bersalah itu memandang tepat ke arah gadis dihadapannya ini.

“Maaf. Senangkan” Hana Aishah menggelengkan kepalanya tanda kecewa. Sebegitu mudah kata - kata maaf diucapkan.

“Kau nak aku melutut ke Hana. Aku sanggup but I don’t ever want to lose my best girlfriend in the whole wide world” Aiman tahu perbuatannya kali ini sudah melampau sangat. Dia sepatutnya lebih tahu peribadi Hana Aishah, lebih daripada orang lain.

“Dah la Aiman. You made your decision when you decided not to reply my text a month ago. I’ve moved on” dengan kata - kata itu Hana Aishah terus berlari anak meredah hujan yang sudah renyai itu.

Aiman hanya memandang gadis itu yang ditelan gelap malam. Dia tidak mahu kehilangan Hana Aishah. Gadis ini terlalu istimewa di dalam hidupnya.

Hana Aishah memandu pulang dalam keadaan air matanya yang turun tanpa henti. Dia terpaksa memberhentikan keretanya di hentian rehat kerana matanya semakin kabur disebabkan tangisannya.

“Ya Allah. Aku maafkan orang yang membuat fitnah kepada aku tapi kau bagi aku kekuatan untuk menerima mereka kembali” di waktu hujan di mana antara waktu - waktu mustajab untuk berdoa , Hana Aishah memohon dengan penuh syahdu.

**************************************


“Hana , can you help me take this baby’s ABG?” Laila yang merupakan MO di jabatan kanak - kanak itu meminta bantuan housemannya. Hari ini unit rawatan rapi bayi seperti dilanda todak.

“Ok bos” Hana Aishah memandang muka Laila yang sudah kepenatan itu.

Hari ini merupakan hari sabtu, oleh itu staf yang berkerja juga adalah terhad. Laila yang perlu menjaga NICU seorang diri terasa seperti badannya akan terbelah dua pada bila - bila masa. Sepatutnya dia akan dibantu oleh rakannya Meor, tetapi lelaki itu juga sibuk di stesyennya di unit rawatan harian untuk bayi yang mempunyai kuning.

“Thanks Hana, owe you lots” laju kaki Laila menuju ke bahagian bayi - bayi yang kritikal. Hari ini sahaja sudah 5 bayi dia terpaksa masukkan tiub penafasan kerana tidak dapat bernafas sendiri selepas dilahirkan.

“Jom chubby baby. Lets take your blood. May Allah ease it and I can take the blood in one go” Hana Aishah meletakkan bayi yang berbadan gempal itu di atas katil bayi di bilik prosedur.

“Alhamdulillah. Thank you Allah sebab dapat cucuk sekali sahaja” gembira Hana Aishah apabila dia tidak perlu mencucuk bayi itu banyak kali untuk mendapatkan darahnya.

Dia selalu berdoa supaya Allah mudahkan dirinya untuk membuat sebarang prosedur ke atas pesakit. Kalau boleh dia tidak mahu menyakiti pesakit berulang kali tetapi ada sesetengah pesakit memang susah untuk menjumpai uratnya.

“Ya Allah letihnya aku Hana hari ni” Hana dan dua lagi rakannya yang sedang menjamu selera di dalam pantri staf bersama - sama dengan Laila , mendengar luahan bosnya itu.

“Dr Laila jonah lah. Saya kesian dekat Dr but inevitable ” komen Ikmal membuatkan Laila menjuihkan bibirnya.

“Ye lah tapi tak pernah sejonah ni wei” Hana Aishah hanya menertawakan bosnya itu. Laila memang sangat terkenal dengan kesibukannya apabila wanita kurus dan rendah itu berkerja.

“Kesian Dr. Tapi kan Dr tak pernah lagi saya tengok any MO yang intubate sampai 6 baby. We’re talking about half a day tau. Belum full day lagi” Hana Aishah melihat muka Laila yang seperti tiada perasaan itu.

“Alah kau pun jonah Hana. Ni sebab kau gabung dengan aku lah ni. Makan lunch pun pukul 5 petang” Hana Aishah tergelak besar mendengar komen bosnya itu.

Selesai mereka menjamah makanan , Hana Aishah dan rakannya yang berkerja pagi memberi passover pesakit mereka kepada rakan mereka yang bekerja malam. Laila membenarkan Hana Aishah dan rakan - rakannya pulang awal hari ini kerana mereka telah banyak membantunya hari ini.

“Helo mak” sewaktu Hana Aishah selesai memberi passover nya ibunya memanggil.

“Adik dah habis kerja ke?” suara Teacher Basirah yang kedengaran lain daripada biasa itu membuatkan Hana Aishah curiga.

“Dah . Kenapa mak?” Dia sedang memasukkan barang - barangnya ke dalam beg H&M nya yang berwarna coklat itu.

“Adik balik terus kan?” soalan Teacher Basirah itu membuatkan Hana Aishah lebih bingung. Memang kebiasaannya ibunya akan menelefonnya sewaktu dia sampai di hospital dan waktu dia tamat berkerja tetapi hari ini soalan yang ditanya Teacher Basirah itu pelik.

“I think I’m going for a dinner with my friends first before heading back. Esok adik oncall so boleh tidur lambat” Hana Aishah memang sudah berjanji untuk keluar makan malam bersama Ikmal dan Lessi yang berkerja dengannya hari ini.

“No need. Balik terus” tercengang Hana Aishah mendengar arahan ibunya. Selalunya ibunya tidak pernah menghalang Hana Aishah untuk ke mana - mana dengan syarat Hana Aishah memaklumkan terlebih dahulu dan ibu bapanya kenal rakan yang keluar dengannya itu.

“Alaaa mak. I promised them already. I won’t be late. Promise “ Hana Aishah yang sedang berjalan ke arah lif bersama rakan - rakannya itu merayu.

“Not today. Balik terus. Ada hal penting. I’m hanging up. Assalamualaikum “ talian terus dimatikan oleh Teacher Basirah. Ikmal dan Jessi memandang muka Hana Aishah yang kelihatan terpinga - pinga melihat telefonnya.

“What happen Hana ?” Jessi yang baru lepas menogok air mineral itu bertanya. Jessi yang memakai seluar slack mengikut kaki dan blaus lengan pendek separa punggung itu membetulkan ikatan rambutnya.

“My mom being all weird tak bagi I keluar. Alaa , tapi I nak dinner with you guys” Ikmal sudah tergelak melihat Hana Aishah mencebikkan mukanya.

“Kenapa pulak?” Ikmal tidak menyangka ibu bapa Hana Aishah jenis yang tegas sebegitu.

“She said got something important so she wants me to go back straight” Hana Aishah mula merasa tidak sedap hati.

“Alaa its ok Hana. I’m sure it’s nothing and we’ll have dinner later ok” Lessi memujuk Hana Aishah yang sudah kerisauan itu.

“Entah Hana. Bagilah aku chance date dengan Lessi berdua. Kau ni asyik third wheeling je” Hana Aishah tergelak melihat reaksi Lessi yang membuat aksi termuntah mendengar ayat Ikmal itu.

“Kau jangan Mal. Aku report kat bini kau baru kau tau” Hana Aishah memberi amaran kepada Ikmal yang setinggi Hana Aishah sahaja.

Lelaki yang berkulit sawo matang itu selalu membuat komen kontroversi sebegitu sehingga Hana Aishah juga salah faham tentang lelaki ini. Bergurau atau memang suka menggatal.

Isterinya yang merupakan suri rumah itu sedang mengandung anak mereka yang ketiga. Hana Aishah pernah terserempak dengan isteri Ikmal di sebuah pusat membeli belah sewaktu Hana Aishah berada di minggu - minggu awal di jabatan ini. Daripada situlah semua orang tahu yang Ikmal ini sudah beristeri dan beranak dua. Dia juga kurang pasti kenapa Ikmal perlu menyembunyikan statusnya itu.

“Cancel plan for dinner ok. I nak dinner dengan Hana lah bukan you” Lessi memberikan satu jelingan yang dibalas dengan kenyitan mata daripada Ikmal.

“Ish kau ni Ikmal. Bini tengah sarat sibuk nak menggatal dekat hospital. Dah jom” sempat Hana Aishah memarahi Ikmal sebelum mereka menuju ke tempat letak kereta.

“Ya Allah , janganlah sampai mak abah tahu isu dekat hospital” Hana Aishah sempat berdoa di dalam hatinya sebelum menghidupkan enjin keretanya.

Sejak kejadian di pejabat pengarah hampir sebulan lepas, Hana Aishah tidak pernah berjumpa atau terserempak dengan Fakhrul.

Beberapa minggu awal dia kembali berkerja , isu itu masih hangat diperkatakan. Dia terpaksa menebalkan mukanya melalui hari - harinya. Bunyi - bunyi perlian yang ditujukan kepadanya terpaksa dia pekakkan.

Hana Aishah juga pelik kenapa bahagian pentadbiran lansung tidak memberitahunya tindakan selanjutnya yang akan mereka ambil. Kalau kes sebegini pasti Hana Aishah akan dikenakan hukuman berat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience