Chapter 68

Romance Completed 625671

Hana Aishah baru selesai solat dhuha saat suaminya melangkah masuk. Dia tersenyum lebar memandang suaminya yang terus membaringkan tubuh di atas katil. Perlahan - lahan tubuhnya diangkat daripada pendudukan sebelum Hana Aishah menanggalkan telekungnya.

Nafasnya tercungap - cungap setibanya di birai katil. Semenjak semalam badan Hana Aishah merasa letih lebih daripada biasa. Jalan sedikit sudah tercungap. Nafasnya dihela panjang saat dia melabuhkan punggungnya di tilam empuk itu.

“Abang dah makan ke?” Hana Aishah bertanya kepada suaminya yang sedang asyik menaip sesuatu di Iphonenya. Fakhrul tidak mengendahnya seperti biasa. Hana Aishah kelihatan gusar di saat itu. Dia mahu meluahkan rasanya tetapi dalam masa yang sama tidak mahu diherdik.

“Abang. Aishah mintak maaf first kalau whatever I’m asking is too much. Emmm” Hana Aishah teragak - agak berbicara. Fakhrul masih fokus pada skrin telefonnya tanpa reaksi.

“Boleh tak ... emmm kita ... emmm ... balik rumah abah today?” Hana Aishah merenung suaminya ketakutan. Getaran di sebalik suara Hana Aishah amat jelas di saat itu.

Fakhrul masih lagi berdiam diri. Hana Aishah dapat merasakan debaran di dadanya yang semakin menggila dalam setiap detik yang berlalu. Fakhrul tidak memberi apa - apa reaksi di saat itu. Tangan lelaki itu masih lincah di skrin telefon suaminya seperti tadi.

“Abang” Hana Aishah memanggil lagi. Kali ini lengan kanan Fakhrul yang sedang menaip di genggamnya lembut.

“Are you blind? Cant you see that I’m typing” suara Fakhrul kasar memarahi Hana Aishah sambil sepasang anak mata hitam itu merenung Hana Aishah tajam. Hana Aishah menelan air liurnya ketakutan.

“Aishah mintak maaf . Tapi...” sebelum sempat Hana Aishah menghabiskan ayatnya , Fakhrul menyergah kasar.

“Do you have other words other than I’m sorry? You’re so pathetic” air mata Hana Aishah bergenang apabila dimarahi sebegitu.

“Aishah cuma ... cuma nak ajak abang balik rumah abah. I miss my family. Dah second raya. I’ve never celebrated raya without them” Hana Aishah menerangkan penuh sayu.

“Kau nak balik pergi je lah. Yang kau sibuk nak suruh aku balik tengok mak abah kau kenapa?” Hana Aishah menundukkan wajahnya.

“One more thing , mak abah tu nak ke tengok muka pendosa macam kau ni? Kau layak ke panggil diorang mak abah kau?” Fakhrul menekan kedua - dua belah pipi Hana Aishah menggunakan jarinya. Air mata yang ditahan Hana Aishah mengalir jua.

“Kalau Aishah pendosa abang lepaskan Aishah. Aishah tak layak untuk abang” Hana Aishah meminta akhirnya. Air matanya mengalir seperti air terjun. Dia sudah tidak mampu lagi. Daripada hari pertama dia datang ke rumah agam itu , Hana Aishah tidak ubah seperti orang asing yang terhegeh - hegeh meminta kasih sayang mereka.

***********************************


“Kak Zah! Kak Zah” Hana Aishah dan Tan Sri Fadhil yang mendengar laungan daripada ruang tamu itu terus bangkit dan menuju ke dalam rumah agam itu.

“Ya Allah Puan Sri” suara Mak Zah pula kedengaran dan membuatkan kaki mereka semakin laju menuju ke dalam isi rumah.

“Oh my god. Ria” Tan Sri Fadhil melangkah laju menuju ke arah isterinya yang sudah terduduk kesakitan itu.

“What happen?” Tan Sri Fadhil menarik isterinya bangun. Hana Aishah turut sama membantu. Mereka sama - sama menuju ke kerusi yang terletak di pintu masuk rumah agam itu.

“I went and ran into that bag. Ouch. My toe” Hana Aishah terus duduk bersimpuh di hadapan mertuanya. Kaki kiri ibu mertuanya itu diperiksanya.

“Sorry Mama. Aishah yang letak beg dekat situ. Kejap , Aishah check kan” Hana Aishah memandang ibu mertuanya dengan perasaan risau dan serba salah yang berkecamuk.

“Tak payah lah” Hana Aishah terkejut apabila disergah sebegitu. Tangannya ditepis wanita yang pernah menyayanginya seperti ibu sendiri. Wanita yang sentiasa membuatkan dia merasa seperti anak kandung mereka.

“Astaghfirullahal azim . Ria kenapa kasar sangat ni?” Tan Sri Fadhil yang baru tiba daripada dapur dengan pek ais itu menegur isteirnya.

“Bawak bala betullah. Tak cukup dia , bawak pulak benda dalam perut dia itu” air mata Hana Aishah terus gugur saat kata - kata itu meluncur lancar di bibir ibu mertuanya.

“Ria. Stop it!” suara Tan Sri Fadhil sudah naik satu oktaf.

“You jangan nak bela sangat perempuan murah ini ye. I ini isteri you. Tak sedar di untung. Memang macam ini agaknya perangai orang kena pungut dari tepi jalan” Hana Aishah memandang ibu mertuanya dengan pandangan yang terkejut. Lidah Hana Aishah kelu tanpa bicara.

“Mama..” hanya sepatah itu yang keluar.

“Kau jangan panggil aku mama. Who told you to come to my house. You’re not welcome here. You and that ... that .. disgusting thing” Puan Sri Maria yang tadi memalingkan wajahnya tidak mahu melihat Hana Aishah sekarang tengah menjeling Hana Aishah tajam sebelum jari telunjuknya diarahkan ke arah perut Hana Aishah yang semakin memboyot itu.

Hana Aishah meletakkan tangan kirinya di atas rahimnya mahu melindungi anak yang belum lahir itu daripada cacian neneknya sendiri. Hina sangat anak yang dia kandungkan daripada pandangan Puan Sri Maria.

“Ria. I said stop it. I’ve never seen you act like this” Tan Sri Fadhil menjeling isterinya.

“Sebab sebelum ni tak pernah lagi orang sakitkan hati Ria sampai macam ni. Dasar tak kenang budi. Penipu. Tak pernah aku jumpa perempuan murah macam kau ini” Hana Aishah tidak mampu mendengar kata - kata hinaan yang keluar daripada mulut Puan Sri Maria. Terkapai - kapai dia cuba menegakkan tubuhnya.

“Ya Allah Hana. Jatuh nanti” Tan Sri Fadhil yang melihat menantunya hampir tersungkur itu terus pergi membantu.

“Its ok Pa. Sorry .. Hana ... Hana .. Sorry “ berkali - kali kata - kata maaf itu diungkapinya. Tan Sri Fadhil melihat wajah kecewa menantunya yang sudah dibasahi dengan air mata itu.

“Hana . Why are you apologising? Hana tak salah apa pun sayang” Hana Aishah tersenyum hambar. Dia memandang ke arah Puan Sri Maria yang merenungnya penuh jijik.

“Ma... sorry . Maksud Hana Puan Sri. Hana mintak maaf. Hana betul - betul tak sengaja. Saya panggilkan Fakhrul to attend you. Saya mintak maaf sangat - sangat sebab kami bawa bala ke dalam rumah ini” bergetar bibir Hana Aishah menahan sebak saat kata - kata itu meluncur di bibirnya.

“Hana ..” Tan Sri Fadhil memandang menantunya penuh simpati.

“Its ok. Papa tengokkan Ma .. I mean Puan Sri. Hana ... Hana pergi panggil abang kejap. Sorry Hana tak sengaja . Hana ... “ dia merenung ibu mertuanya penuh sayu. Pedih hatinya saat melihat wajah yang suatu masa dulu memandang penuh kasih sayang itu kini memandangnya penuh benci.

Kaki Hana Aishah melangkah laju menuju ke pintu utama rumah itu. Dua bagasi besar yang diletaknya di pintu masuk rumah agam itu ditariknya menuju ke bilik Fakhrul di tingkat dua. Tercungap - cungap dia menarik nafas yang sememangnya sudah sesak kerana sakit di dadanya yang penuh dengan derita itu. Kedua - dua belah tangannya menarik bagasi itu naik.

“Aku dah cakap kan. Kau tak nak dengar. Perempuan bodoh. Kau ingat kau boleh stay lama ke dengan family aku” sesampai Hana Aishah di tangga paling atas , suara yang penuh dengan benci dan dendam itu menyindirnya.

“Kau berambus dengan anak kau. Kalau tak kau tengok apa aku buat dekat anak kau nanti” Hana Aishah memandang ke arah Felisha. Gadis yang sedang bersandar di dinding yang bersebelahan dengan pintu bilik Fakhrul itu sedang memandangnya sinis.

“Ehh kau dengar tak. Slut. Now you know what I’m capable of doing right” Felisha bergerak mendekati Hana Aishah yang berada di anak tangga paling atas.

“Kalau aku nak , I can just push you down. Anak kau dengan kau sekali mampus” Felisha melangkah dekat mendekatinya. Satu per satu langkah diambilnya sehingga jarak mereka hanyalah seinci. Dia merenung wajah Hana Aishah yang tenang memandangnya.

“Why are you not scared? Want to act all holy now?” Felisha memandang Hana Aishah penuh benci.

“Saya tak takut siapa - siapa pun. Saya takut Allah” tawa Felisha kedengaran. Tangannya tiba - tiba diletakkan di bahu Hana Aishah. Hana Aishah tersenyum hambar memandang Felisha.

“Tengoklah , Allah datang selamatkan kau ke tak sekarang. I can just push you” Felisha menggertak lagi.

“Awak tak takut ke? Kalau bukan dekat dunia dekat akhirat? You deprive me of my husband by slandering me. You deprive my baby of a father. Of a family. Allah akan tanya? Tengku Felisha why do you spread fitnah? Aren’t you scared of my punishment? Allah will ask you” Hana Aishah melawan mata Felisha.

“Aku muda lagilah. Lambat lagi nak mati. Kau itu yang patut takut sekarang. Anytime we can end you” Hana Aishah tertawa sinis. Wajah Felisha bertukar merah.

“Saya tak takut mati. Kita semua akan mati. Yang saya takut , saya mati sebelum sempat bertaubat” Hana Aishah menolak tangan Felisha lembut. Dia menarik kembali menarik bagasinya.

“Fucking stupid slut. You and that bastard of yours are asking for it” suara Felisha yang penuh dengan benci itu semakin mendekati Hana Aishah. Tangannya dihayun ke arah perut Hana Aishah yang semakin memboyot itu tetapi sebelum sempat genggaman Felisha mengenai abdomen Hana Aishah , Hana Aishah terlebih dahulu memegang erat tangan adik iparnya itu.

“Do not touch my son. I will end you” saat itu Felisha dapat melihat sisi lain wanita itu. Sisi Hana Aishah yang baru muncul. Wajah tenang Hana Aishah lebih menakutkannya daripada wajah marah wanita itu.

Hana Aishah menjeling tajam Felisha sambil tangan kiri menggenggam erat lengan kanan Felisha sampai adik Fakhrul itu menjerit kesakitan.

“I... “ sebelum sempat Hana Aishah menghabiskan bicaranya , pintu kamar Fakhrul terbuka.

“What is happening here?” Fakhrul yang bertuala tanpa baju itu bertanya. Dia melihat adiknya dan Hana Aishah silih berganti.

“Abang. Look at what she did? Sakit tau tangan Felish” Felisha menarik tangannya kasar sebelum berlari memeluk lengan kanan abangnya yang lembap dengan air mandian itu. Hana Aishah memandang Felisha tenang. Tiada riak takut mahupun gusar di wajahnya.

“What did you do?” Fakhrul merenung adiknya. Felisha yang baru mahu bersorak itu terkulat - kulat memandang abangnya. Lain yang dia harap lain yang terjadi.

“She .. ahhh ... she ... haaa tadi baby nak tolong bawakkan beg dia je and then she scold me. I was trying to help. She’s pregnant and want to carry the bag alone somemore” Hana Aishah tertawa mendengar alasan Felisha. Wajah Felisha bertukar dalam sekelip mata. Daripada simpati kepada marah.

“Aishah” Fakhrul menegur isterinya. Hana Aishah buat pertama kalinya membalas renungannya.

Renungan yang membuatkan Fakhrul gentar. Renungan yang sudah lama hilang daripada mata isterinya. Sepasang mata yang penuh dengan keazaman itu. Pandangan yang Hana Aishah pernah berikan kepadanya sewaktu tangannya untuk pertama kali naik ke wajah wanita itu. Malam yang merubah segalanya bagi Fakhrul.

“Mama hurt her feet. Go and have a look” suara tenang Hana Aishah memberitahu sebelum melangkah melintasi Fakhrul sekaligus membawa bagasi - bagasinya menuju ke kamar mereka.

“Abang. Seriously you’re letting her off just like that. Sakit tau tangan baby” Felisha mengadu manja. Fakhrul yang masih terkesan dengan renungan isterinya itu terus melangkah masuk membuntuti isterinya tanpa memberi apa - apa reaksi kepada Felisha.

“Abang! Abang ! “ Felisha sudah menghentakkan kakinya di lantai mozek itu kegeraman.

“He still follows her like a fool. Shit” Felisha membentak geram.

Mereka perlu membuat sesuatu yang lebih drastik sekarang. Tangannya laju mendail nombor Puteri. Kakinya melangkah laju menuju ke kamarnya. Segala jenis rencana sedang dia bina di dalam mindanya. Hana Aishah perlu disingkirkan daripada keturunan mereka. Saat syaitan bermaharaja lela sudah tiada simpati lagi.

************************************


Dua hari dia berada di rumah agam itu , dua hari dia menanggung derita sendiri. Malam sebelum raya di saat ahli keluarga Fakhrul berkumpul bertakbir bersama jemaah dan anak - anak yatim yang dijemput khas , Hana Aishah berada di dapur bersama Mak Zah.

“I don’t care. If I see her face anywhere near to me , I will lock myself inside the room” Hana Aishah tahu Puan Sri Maria sedang bertekak dengan Tan Sri Fadhil tentangnya. Kerana itu Hana Aishah menyibukkan diri di dapur membantu Mak Zah dan beberapa pembantu rumah menyediakan lauk untuk tetamu.

Di saat mereka sekeluarga bertakbir di hadapan , Hana Aishah duduk bersendirian di lama belakang rumah bertakbir sendiri. Dia terpaksa melarikan dirinya apabila Tan Sri Fadhil and Fakhih kerap kali mencarinya di dapur.

Setiap kali dia memberi alasan , setiap kali itu dia dibawa ke ruangan yang dipenuhi jemaah wanita itu. Apabila mereka hilang dari pandangan Hana Aishah melarikan dirinya semula ke dapur.

Malam raya paling sunyi dia pernah lalui. Walaupun rumah agam itu dipenuhi dengan manusia tetapi saat itu , Hana Aishah hanya ada anak di dalam kandungannya. Fakhrul lansung tidak mencarinya.

Tadi selepas pertembungannya dengan Felisha , lelaki itu kembali ke perangai yang dibuatnya malam sebelum itu. Fakhrul hanya berdiam diri dan merenung setiap pergerakannya. Hana Aishah sudah penat mahu bertanya. Kata - kata Puan Sri Maria sudah cukup untuk membunuh segala harapan yang dia cuba bina untuk dirinya dan Fakhrul.

Pagi semalam , di saat mereka bermaafan di pagi raya , Hana Aishah mengurungkan dirinya di dalam kamar. Dia tidak diperlukan di situ. Sehingga hari ini hanya dua manusia yang sentiasa bertanya tentang dirinya. Tan Sri Fadhil dan Fakhih sangat prihatin akan dirinya yang berbadan dua itu sehinggakan mereka bertekak dengan isteri masing - masing.

“Kau sukalah kan? Ramai lelaki ambik berat pasal kau. You’re such a cheap woman” itulah hadiah yang dia terima malam raya pertama daripada suaminya. Raya pertama mereka sebagai suami isteri dan Hana Aishah tidak pernah sangka sampai begini keperitan yang perlu dia lalui.

“Amoi . Kita sudah sampai ni?” Hana Aishah tersedar daripada lamunannya saat pemandu kereta Alza itu menegurnya.

“Allah. Sorry Uncle” Hana Aishah memandang pak cik berbangsa cina itu. Nasib baiklah ada juga pemandu grab pada raya kedua ini.

“Tak apa amoi. I kesian dekat you jugak. Mengandung lagi lepas itu you jalan sampai pondok guard tadi” Hana Aishah tersenyum hambar.

Selepas kata - kata perpisahan Hana Aishah ungkapkan , Fakhrul terus berlalu pergi. Hana Aishah yang tidak betah untuk duduk di rumah agam itu terus menempah Grab untuk ke rumah ibu bapanya.

Tetapi dia tidak tahu pula di kawasan perumahan elite itu kenderaan yang tidak berdaftar tidak boleh masuk. Maka berjalanlah Hana Aishah dibawah terik matahari sepanjang tiga kilometer untuk ke pondok pengawal.

“Sorry again Uncle. Thank you” Hana Aishah menghulurkan sekeping not biru untuk membayar tambang ke situ.

“You jaga diri elok - elok amoi. Nanti balik suruh guard itu kasi bukak pagar” Hana Aishah menganggukkan kepalanya mendengar bebelan orang asing yang lebih risaukan dirinya dan kandungannya daripada suami sendiri.

Nafasnya dihela panjang. Hana Aishah merenung rumah di hadapannya itu. Rindunya Tuhan sahaja yang tahu. Air matanya yang menjadi peneman setianya mula menunjukkan tanda untuk gugur.

“Assalamualaikum “ Hana Aishah memberi salam. Dia dapat melihat kasut - kasut yang penuh di laman rumah ibu bapanya itu. Debaran di dadanya semakin memuncak saat mendengar bunyi derapan yang berlari menuju ke arahnya.

“Aunty Dik. Aunty Dik” Wahiey meloncat - loncat sebelum memeluknya kuat.

“Aiey. Aunty rindu. Rindu sangat” Hana Aishah memeluk erat anak saudara lelakinya itu.

“Kak Dik” saat Hana Aishah mencium bertalu - talu pipi anak saudaranya , Lateef memunculkan dirinya.

“Lat. Selamat Hari Raya” Hana Aishah membalas senyuman ikhlas adik iparnya itu.

“Jom masuk Kak Dik” Hana Aishah menganggukkan kepalanya laju. Kasutnya ditanggal sebelum dia berjalan berpimpin tangan dengan Wahiey.

“Yaya look. Aunty Dik is here” Wahiey menjerit kuat memberi pengumuman kepada segenap rumah.

“Kak Dik sihat? Berapa bulan dah?” Lateef yang berjalan beriringan dengan Hana Aishah itu bertanya. Terkejut dia melihat Hana Aishah yang sudah sarat itu. Kali terakhir mereka berjumpa Hana Aishah perut wanita itu masih lagi kempis.

“Alhamdulillah sihat. InsyaAllah nak masuk 8 month dah in a few days. Congrats Lat. Dapat baby girl ye?” Hana Aishah tersenyum lebar melihat wajah bahagia suami adiknya itu.

“A’ah alhamdulillah. Kak Dik tak tengok lagi kan?” Hana Aishah menggelengkan kepalanya. Saat itu mereka memasuki ruangan keluarga.

“Jom. Tu abah tengah pegang” saat mata Hana Aishah mendarat pada bapanya air matanya berjujuran laju. Kapten Azam memandang anak perempuannya dengan pandangan penuh rindu.

“Kak Dik” Alif Haziq yang baru turun daripada tingkat atas itu terus memeluk Hana Aishah daripada belakang.

“Baby rindu Kak Dik” suara sebak Alif Haziq mengadu. Mata Hana Aishah dipejam rapat. Kata - kata itu menusuk ke kalbunya.

“I miss you too baby” Hana Aishah memeluk erat lengan adiknya.

“Tulah jual mahal. Alif nak jumpa akak malam raya tak nak” Hana Aishah tertawa. Tubuhnya dipalingkan. Dia merenung wajah masam adiknya itu. Pipi Alif Haziq dicubitnya lembut.

“Sorry sayang. You know why right?” Alif Haziq hanya menganggukkan kepalanya.

“Adik” Hana Azuwa pula menarik Hana Aishah ke dalam pelukannya.

Hana Aishah memeluk erat kakaknya itu. Luka di hati yang digores kakaknya beberapa bulan lepas terus hilang saat Hana Azuwa mencium dahinya.

“I miss you” Hana Aishah mengadu manja.

“I miss you too Adik. The kids miss you so much. Kak Wa... Kak Wa ..” tergagap - gagap Hana Azuwa menyusun bicara.

“No . Adik tak marah. Adik nak Kak Wa je” Hana Aishah membaringkan kepalanya di dada Hana Azuwa. Rindu yang lama dipendam terasa hilang begitu sahaja.

“Mana semua hilang ni? Siapa nak tolong mak ni?” saat suara yang paling Hana Aishah rindui itu kedengaran terus kepalanya diangkat. Matanya mencari punca suara itu. Saat matanya bertemu dengan sepasang mata tua itu, Hana Aishah terus berjalan laju menuju ke arah ibunya.

“Mak. Adik rindu” Hana Aishah mencampakkan beg tangannya sebelum memeluk erat ibunya. Teacher Basirah berdiri kaku. Terkejut melihat kehadiran anaknya itu.

“I miss you so much. Adik rindu. Adik nak mak” Hana Aishah sudah tersedu - sendan menangis sambil memeluk erat ibunya.

“Mak janganlah marah adik lagi. Adik nak mak” Hana Aishah merenung ibunya penuh kerinduan. Teacher Basirah merenung anaknya dan kelu tanpa bicara.

Masing - masing yang melibat adegan itu sudah berair mata. Kerana satu fitnah seorang ibu dan anak terpisah. Kerana satu fitnah , sebuah keluarga menjadi porak peranda. Benarlah kata pepatah , lidah itu lebih tajam daripada mata pedang.

Teacher Basirah merenggangkan pelukannya. Kakinya melangkah kembali ke dapur. Hana Aishah sudah berdiri pasrah di posisi tadi. Sampai begitu sekali bencinya ibunya terhadapnya.

“Kak Dik. Sabar ya. Baby ada dengan Kak Dik” Alif Haziq merangkul kakaknya ke dalam pelukannya. Mata Hana Aishah tidak berkedip memandang ibunya yang memulakan proses memasaknya kembali. Seperti dia tidak wujud di situ. Seperti kehadirannya tidak bererti di situ.

“Adik jangan nangis macam ni. Tak baik nangis , Nanti baby sedih sekali” Hana Azuwa mengelus kepala adiknya lembut.

Kapten Azam yang melihat adegan itu melihat kearah anak perempuan keduanya itu dengan perasaan bercampur baur. Hatinya kuat mengatakan Hana Aishah tidak melakukannya tetapi dia bingung. Dia kasihan melihat Hana Aishah dalam keadaan sarat begitu menanggung bebanan seperti itu.

“Ya Allah kalau betul anak aku tak salah kau tunjukkan kami bukti. Kau bersihkan dia daripada fitnah ini” hatinya berdoa kuat sambil merenung cucu perempuannya yang terbaru itu.


*************************************


“Abang Fakhrul mana kak? Tak datang ke?” Hana Aishah tersenyum pendek memandang ke arah Hana Aqilah yang sedang menyusukan anaknya itu. Kepalanya digeleng perlahan.

“Dah besar dah adik Kak Dik ni. Dah jadi mak orang” Hana Aishah tersenyum gembira memuji adik perempuannya itu.

“Hmm kenapa Abang Fakhrul tak datang? Selalu kan dia melekat macam patung digi bersamamu tu. Dah macam magnet Achik tengok. So peliklah dia tak ada” Hana Aqilah masih terus mengasak kakaknya.

“Dia oncall today. Tak pelik pun. We’re doctors kan” Hana Aishah memberi alasan. Semenjak dua ini , mulutnya sudah mahir menipu.

“Ye ke. Ke sebab dia dah tahu skandal akak dengan Aiman tu. Mesti dia marah kan?” Hana Aqilah yang sedang mengusap belakang bayinya yang dibaringkan ke bahunya itu memandang Hana Aishah sinis.

“Hana Aqilah. Kenapa cakap macam tu” Lateef yang sedang melipat baju anak mereka yang baru dibasuh itu terus memarahi isterinya. Hana Aishah hanya menundukkan wajahnya ke lantai.

“I mean betul kan Kak Dik. You did cheat on him so I mean who in their right mind would forgive a cheating wife kan” Hana Aqilah membaringkan anak yang sedang tidur itu di tilam kecilnya di atas katil kelamin ibu bapanya.

Hana Aishah memandang bayi yang sedang tidur nyenyak itu. Haruman bayi itu mendatangkan ketenangan ke dalam dirinya. Itulah bilik kakaknya sewaktu berpantang. Itulah jua bilik Hana Aqilah. Mereka semua akan berpantang di dalam bilik ibu bapanya.

Tapi dia , masih mahukah ibunya menjaganya di kala dia berpantang? Sedangkan sekarang pun wajahnya tidak mahu Teacher Basirah pandang , inikan pula mahu memandikan dia.

“Hana Aqilah. Enough” Hana Aishah tersenyum memandang Lateef.

Entah kenapa dia sendiri tidak faham , senang sahaja wanita - wanita penting di dalam hidupnya mempercayai fitnah yang dilontarkan ke atasnya tetapi yang mempertahankannya adalah ahli keluarga lelakinya.

Dia nampak sahaja cara Irina memandangnya apabila Fakhih kerap menghulurkan tangan membantunya. Dia dengar pertengkaran mereka di dalam raya kerana dirinya. Fakhih yang membawa makanan untuk dikala dia sedang menyuci pinggan mangkuk kotor di dapur dan memaksanya makan.

“You yang nak naik angin dengan I kenapa? Ee menyampah lah I. Dah memang terang - terang Kak Dik buat jahat. Lagi jahat dari I yang memang well known jahat dalam family lepastu boleh pulak nak back up dia. Mak tu kan marah sangat dengan Kak Dik. Nak dengar nama Kak Dik pun dia benci. Terus naik tekanan darah” Hana Aqilah terus - terusan cuba menyakiti Hana Aishah. Inilah masa dia membalas segala kesakitan dia kerana Hana Aishah.

“Achik” terus pucat lesi muka Hana Aqilah apabila mendengar tengkingan Kapten Azam yang muncul di pintu bilik tidur itu. Hana Aishah tersenyum hambar memandang bapanya yang berbaju melayu dan berkain pelikat itu. Baru balik dari masjid agaknya.

“Its ok Achik. Nothing new pun Kak Dik dengar” Hana Aishah masih memandang ke arah bapanya. Tangannya mengusap lembut anaknya yang sudah mula menendang kuat itu.

“Good boy. Risau umi sayang tak gerak sangat dari tadi” Hana Aishah tersenyum riang. Kapten Azam memandang ke arah Hana Aishah. Matanya tertacap pada abdomen anaknya yang nampak menonjol itu.

“Tak apa Adam. Umi ada untuk Adam. Cukup kan?” Hana Aishah bersuara sayu.

“Umi tak nak Adam tanggung sakit yang Umi rasa sekarang. Umi tak kisah . Umi tak marah dah. Dah penat Umi lawan. Dah penat Umi bertahan supaya kebenaran terbongkar. Tapi ... “ terketar - ketar suara Hana Aishah. Hati Kapten Azam bagai ditusuk sembilu saat itu.

“Umi tak boleh kalau Adam sakit. Umi sakit tak apa. Sorry I can’t give you a perfect family. Cuma Umi dengan Adam. Cukupkan sayang. Kita pergi jauh dari sini” Lateef terdiam saat melihat air mata Hana Aishah menitik di atas abdomen Hana Aishah yang sedang berombak.

Dia melihat pula ke arah Hana Aqilah yang memandang wanita yang menyelamatkan mereka daripada lembah maksiat itu dengan pandangan penuh kejayaan. Berjaya kerana telah menyakitkan hati kakaknya sendiri yang sampai saat ini masih menutup aib mereka suami isteri.

Hana Aishah menarik nafas dalam. Dihelakan perlahan - lahan membuang sebanyak mungkin luka yang telah dicarik dihatinya. Hana Aishah merenung sepasang mata Kapten Azam yang sudah merah itu. Dia tersenyum hambar.

“Abah halalkan makan minum adik sepanjang adik hidup. Abah cakap dekat mak adik .. adik mintak halal susu yang adik minum. I can’t even begin to express the amount of sorry for hurting both of you. I didn’t ask for this. My baby didnt ask for this” air matanya berjujuran saat bibirnya berbicara. Dia jeda beberapa saat mengumpul kekuatan untuk meneruskan bicara.

“I don’t want to hurt both of you anymore. Adik pergi abah. I can’t be around you guys. I’m giving both of you more pain... Allah ... Allah .. Adik harap semua orang bahagia after this” Hana Aishah memegang bingkai katil.

Melihat ibunya yang lansung tidak mahu memandangnya. Melihat wanita yang sentiasa risaukan dirinya yang susah mahu makan itu, tadi lansung tidak menjemputnya makan sudah cukup untuk dia tahu. Tempat dia sudah tiada di sisi keluarga Kapten Azam.

“I forgive everyone. Adik tak mampu nak marah. Sebab adik sayang sangat semua orang macam nyawa adik sendiri” Hana Aishah memeluk erat tubuh Kapten Azam yang berdiri kaku di situ.

“I’m gonna miss you so much. Kalau ada sekelumit rasa sayang dalam hati abah , doakan anak adik. Supaya ... supaya tak sama nasib dengan adik” lama Hana Aishah memeluk bapanya.

“Assalamualaikum abah” Hana Aishah mencium pipi Kapten Azam. Di kiri dan kanan.

Dia perlu pergi sekarang. Alif Haziq keluar bersama ibunya ke kedai sebentar. Alif Haziq tidak akan melepaskan dia. Dia perlu pergi jauh. Anak dia tidak boleh menanggung sakit yang dia rasai ini. Sakit yang tidak terperi ini.

“Adik. Nak pergi mana ni” Hana Azuwa yang baru turun daripada tangga itu melihat kearah Hana Aishah.

“Balik dah Kak Wa” Hana Aishah cepat - cepat menyalami tangan kakaknya. Hana Azuwa yang melihat Hana Aishah dengan mata sembap itu terus menahan adiknya.

“Cepatnya. Who’s picking you up?” Hana Azuwa bertanya. Hana Aishah terus melarikan wajahnya.

“Fakhrul. He’s waiting ... emm ... at .. the junction” Hana Aishah cepat - cepat mahu melarikan dirinya.

“Adik jangan tipu Kak Wa. I know you” Hana Azuwa menjeling tajam.

“Tunggu sini” sebelum sempat Hana Aishah membantah Hana Azuwa sudah berlari anak menuju ke tempat menggantung kunci kereta.

“Take this car” kunci perodua itu diberikan kepada Hana Aishah.

“No Kak Wa. Adik ok. I’ll find my way home” Hana Aishah menolak.

“Take this car or I’m not letting you go” Hana Aishah tertunduk kalah apabila berdebat dengan kakaknya itu.

Hana Azuwa menarik Hana Aishah menuju ke kereta Axia milik Hana Aqilah yang sudah lama tidak digunakan itu. Saat punggung Hana Aishah dilabuhkan di kerusi pemandu itu, Hana Azuwa menarik adiknya rapat ke dalam pelukannya.

“Akak mintak maaf tak mampu tolong adik. Tapi Kak Wa tahu adik kuat. Pergilah adik. Bina hidup baru dengan anak adik” Hana Aishah menangis teresak - esak di dalam pelukan Hana Azuwa di kala azan isyak berkumandang.

“Doakan my baby Kak Wa” Hana Aishah memandu pergi di saat kata - kata perpisahan itu diucapkan kepada kakak sulungnya.

“I’m so sorry Adam. Umi tak mampu bagi satu keluarga sempurna untuk Adam” Hana Aishah berbisik kepada anaknya di kala dia memandu pergi. Air matanya mengalir lebat menangisi nasib anaknya.


********************************


“Assalamualaikum abang” Hana Aishah memandang ke arah langsir berwarna oren itu.

“Abang, Aishah dekat hospital sekarang “ masih tiada jawapan.

“Admit pagi tadi. Waktu routine check noted hb 7 and semalam memang Aishah pitam. So got symptoms. They want to transfuse today” Hana Aishah memandang ke arah langsir yang mengelilingi katilnya itu.

“Tak sure admit berapa lama. Tapi doctor nak bagi MC for a week after that. And then ada TCA balik” masih tidak jawapan daripada suaminya.

“Aishah nervous. Tak pernah transfuse sebelum ni. Abang doakan Aishah ye” Hana Aishah masih meneruskan bicara walaupun tiada balasan.

“Aishah ingat nak balik KD. Abang rasa macam mana?” Hana Aishah bertanya. Mengharapkan jawapan.

“Aishah rindu abang” suaranya kedengaran sayu.

“Everyone ada orang teman. Aishah je sorang - sorang” air matanya mula bertakung.

Sudah hampir seminggu Hana Aishah rasa badannya tidak sedap. Penatnya bukan main dan kemuncaknya malam semalam selepas solat maghrib. Dia yang baru bangun daripada posisi duduk itu terasa seperti dunianya berpusing sebelum dia nampak dot dot hitam. Nasib baik dia sempat membaringkan tubuhnya di katil. Kalau dia pengsan ataupun jatuh entah apalah nasibnya keseorangan di situ.

“Abang teman Aishah boleh tak?” Hana Aishah betul - betul mahukan Fakhrul saat itu. Tubuhnya terasa seperti sudah kepenatan. Mentalnya tertekan kerana perlu melalui semua ini bersendirian.

“Kau dengan anak kau kalau hidup menyusahkan orang baik mati” air mata yang mahu mengalir tadi terus terhenti.

“Sorry susahkan abang. Abang rehatlah. InsyaAllah I’ll be ok here with Adam. Assalamualaikum” terus Hana Aishah memutuskan talian.


******************************


Hana Aishah sedang berhenti di laluan kecemasan di lebuh raya menuju ke timur itu. Mukanya bertukar pucat. Dia menyelak kainnya.

“Astaghfirullah” wajahnya bertukar pucat saat melihat darah yang sedang mengalir di celah pahanya.

Sewaktu dia menghampiri tol gombak itu , Hana Aishah merasakan seperti sesuatu mengalir keluar daripada kemaluannya. Terus dia memberhentikan kereta di bahu jalan.

“Ya Allah” Hana Aishah hanya mampu panik sesaat kerana dia tahu dalam keadaan sekarang dia perlu bersikap rasional. Nyawa Adam di dalam bahaya.

“Hang on sayang. Adam cannot leave Umi” Hana Aishah memandu selaju mungkin menuju ke hospital Shah Alam. Saat itu , dia sudah tidak tahu macam mana mahu mencari hospital terdekat. Satu - satunya jalan yang dia tahu adalah menuju ke hospital Shah Alam.

Memang semenjak semalam anaknya bergerak perlahan. Cukup gerakannya tetapi tidak begitu aktif. Hana Aishah tidak begitu risau. Dia bayangkan mungkin kerana dia melakukan banyak sangat kerja.

“Please Adam. Jangan tinggalkan Umi” Hana Aishah memujuk anaknya. Merayu supaya tidak ditinggalkan bersendirian.

Tangannya cuba mendail nombor Fakhrul. Semua panggilan masuk peti mel suara. Air mata Hana Aishah menangis tanpa henti. Nyawa anaknya.

“Ya Allah. Tolong aku. Tolong anak aku” berpuluh ribu kali mulutnya meminta. Doa suaminya beberapa minggu lepas saat dia dimasukkan ke wad menggetarkan jiwanya. Harapan seorang suami dan ayah untuk nyawa mereka diambil kerana hidup menyusahkan orang sekeliling.

“Allah . Tolong. Aku nak tengok Adam. Tolong Ya Allah” saat kata - kata itu meluncur di bibirnya , Hana Aishah mendengar bunyi dentuman kuat sebelum seluruh tubuhnya terasa diawangan.

“Allah” sepatah kata itu dilepaskannya sebelum segala gelap.

Share this novel

JihaAlcatraz
2021-02-28 18:47:28 

sedih....

EmaIra
2020-09-19 16:09:58 

bila update

EmaIra
2020-09-15 20:31:00 

update please


NovelPlus Premium

The best ads free experience