Chapter 65

Romance Completed 625623

“Aishah. Siap dah?” Hana Aishah yang sedang asyik melihat bulan pada malam itu memalingkan wajahnya memandang ke arah punca suara itu. Wajahnya tersenyum lebar.

“Dah mek” Hana Aishah merenung ke arah wanita sebaya dengan ibunya yang sedang menuruni tangga masjid yang masih utuh walaupun kelihatan usang. Hana Aishah mengangkat punggungnya sebelum menuju ke arah wanita yang bertelekung putih sepertinya itu.

“Tokseh la bangun. Duduk ja. Mek boleh jaley” pekat loghat wanita yang sedikit berisi itu menegur Hana Aishah yang mahu membantunya menuruni tangga masjid itu.

“Tak apalah Mek. Sakit pulak pinggang Aishah duduk lama dekat bangku tu” Hana Aishah tersengih memandang wanita berkulit putih itu.

Sudah hampir sebulan dia berada di kampung ini dan hatinya semakin terikat dengan perkampungan nelayan di sini. Lain sangat dengan suasana di bandar. Sampai sekarang dia tidak kenal lansung jiran tertangga di rumah suaminya.

Di sini tidak sampai sehari dia mula berkerja , satu perkampungan itu sudah mengenali Dr Aishah. Rumahnya itu tidak pernah lekang dengan orang yang datang berkunjung menghantar pelbagai jenis makanan. Hana Aishah mendapat kejutan budaya tetapi lama - lama dia sudah mula dapat membiasakan dirinya.

Khadijah atau lebih suka dipanggil Mek Dijah merupakan isteri kepada Tok Imam di perkampungan itu. Pertama kali Hana Aishah bertemu dengan wanita yang sebaya dengan ibunya itu , hatinya terus sayu. Rindunya kepada ibunya tidak mampu di bendung.

Semenjak kejadian di rumahnya , setiap kali dia menelefon ibunya panggilannya di matikan. Berpuluh mesej dihantarnya , semuanya tidak berbalas. Rindunya tuhan sahaja yang tahu. Kalau sebelum ini sekurang - kurangnya dua hari sekali dia akan memanggil ibunya untuk berborak sekarang dia tidak ubah seperti anak yatim piatu.

Tuhan seperti mahu memberinya tempat untuk menumpang kasih. Mek Khadijah sentiasa prihatin akan dirinya. Ada sahaja alasan wanita itu mahu memasak untuknya dan menjenguknya yang tinggal bersendirian. Hana Aishah masih rasa seperti dalam mimpi sehingga sekarang kerana diketemukan dengan wanita semulia namanya itu.

“Alah. Mek tak ada anak. Aishah jauh dengan keluarga. Jadi kita saling melengkapilah” jawapan wanita itu setiap kali Hana Aishah mempersoalkan kebaikan wanita itu terhadapnya.

Hujung minggu Hana Aishah akan habiskan di rumah wanita itu. Belajar mengaji dan tajwid. Mek Khadijah membantunya untuk menghafaz surah Maryam. Itulah azam Hana Aishah sewaktu dia mendapat tahu tentang kandungannya. Awalnya dia pening memikirkan surah apa yang mahu dihafalnya tetapi selepas berturut - turut malang menimpa , bait - bait surah itu seakan - akan memujuknya.

“Mu ni Ijah. Kesian Aishah tu. Perut sarat gitu disuruhnya papah mu” itulah penggantinya abahnya.

Tok Imam Mustakim. Lelaki itu tidak pernah lekok dengan senyuman. Hana Aishah banyak belajar erti sabar mendengar nasihat - nasihat lelaki yang sudah berusia 75 tahun itu. Beza umur mereka besar tetapi Hana Aishah dapat melihat betapa cintanya lelaki itu akan isterinya.

Tidak pernah satu pun temu janji untuk memeriksa tahap kencing manis dan darah tinggi isterinya yang dia pernah tidak hadir. Lelaki itulah yang bertanggungjawab menguruskan ubat - ubatan isterinya. Kalau ikut Mek Khadijah memang tersimpan sahajalah ubat - ubatan itu.

“Anok Abe lah ni. Tak betah duduk diam. Asyik kehulu ke hilir” Hana Aishah sudah tertawa melihat kedua - dua pasangan itu bertelagah. Bertelagah manja sahaja, tengoklah laju sahaja kaki tua itu menuju ke arah mereka sebelum memaut lengan isterinya dan berjalan beriringan.

“Aishah tok seh kelik rumah demo. Maley ni kelik rumoh Tok . Esok bukan demo kerja pun” Hana Aishah tersenyum lebar mendengar ayat lelaki yang sudah dianggap seperti ayahnya sendiri itu.

“Tak bawak bajulah Tok” jujurnya rumah kuarters itu sunyi. Kesunyian itu tidak lagi menakutkan dia kerana semenjak beberapa bulan lepas itulah penemannya tetapi Hana Aishah tidak dapat membuang rasa sedihnya yang bertandang.

Dia tidak pernah berjauhan sebegini lama dengan suaminya. Paling lama pun sewaktu lelaki itu merajuk dan pergi ke Vienna. Itupun mereka masih berhubung melalui panggilan video lebih daripada sepuluh kali sehari. Hari ini genap 49 hari tanpa mendengar suara suaminya.

Berjuta kali dia mengucap kata benci , tidak terkira berapa kali dia ingin memadam rasa cinta yang sudah tersemai tetapi dia tidak mampu. Seperti yang Fakhrul mahukan Hana Aishah sudah terikat mati pada lelaki itu.

Kekuatannya melalui hari demi hari tanpa keluarga di sisi di negeri orang hanyalah kerana zuriat yang dikandungkannya. Tetapi dia bersyukur di saat dia keseorangan Tuhan hadirnya manusia - manusia yang berhati mulia.

“Singgah rumah demo dulu . Pahtu kelik rumoh tok. Mek tu risau demo tidur sorang” Hana Aishah tersenyum simpul mendengar ayat Tok Imam itu.

“Eleh. Abe pun samo. Sibuk tanyo bila mu nak kelik rumoh kito” Hana Aishah lucu melihat perbalahan mesra pasangan itu.

“Aishah rindu abang. Abang rindu tak Aishah” hatinya berbisik rindu. Dia cemburu melihat kemesraan pasangan tua ini. Angan - angannya untuk hidup sampai ke tua bersama suaminya jika dipanjangkan umur mereka tetapi masih wajarkah dia berharap.

Qiamnya tidak pernah dia tinggalkan. Terlalu banyak kesakitan yang dia rasai. Dia perlukan tempat mengadu. Sekarang dia tahu kebergantungannya hanya pada Tuhan semata - mata. Selama ini dia terlalu banyak bergantung pada manusia. Keluarganya dan kemudian suaminya selepas berkahwin , sehingga dia alpa tentang siapakah pemilik jasad dan rohnya.

Saat punggungnya dilabuhkan di dalam kereta Saga milik Tok Imam itu , matanya sekali lagi merenung ke langit. Melihat pada bintang bergemerlapan. Untuk kesekian kalinya , hatinya bertanya. Kenapa sebegini jalan hidupnya? Jahat sangatkah dia sampaikan tiada siapa mahu mempercayai kebenaran sebenar?

Saat tawa pasangan tua itu kedengaran , hati Hana Aishah dipangguk sayu. Perbualan dengan Hana Azuwa tiga minggu lepas masih bermain di kotak ingatannya.

******************************


“Assalamualaikum Kak Wa” selepas tiga kali memanggil barulah taliannya berangkat. Mungkin Hana Azuwa sedang sibuk menguruskan makan malam dirumah. Hana Aishah terasa sunyi duduk keseorangan malam itu.

Apabila dia mendail nombor ibunya dan tidak berjawab seperti selalu , Hana Aishah memanggil kakaknya. Sudah hampir sebulan mereka tidak berbual. Hana Aishah yang sibuk dengan masalah rumah tangganya dan urusan perpindahannya sampai hilang fokusnya pada yang lain.

“Waalaikumussalam. Adik .... ” Hana Aishah dapat mendengar suara kakaknya yang teragak - agak itu.

“Kak Wa busy ke? Sorry adik kacau” Hana Aishah berkata sayu. Dia benar - benar mahu bercakap dengan ahli keluarganya saat itu.

“Emm. Busy sikit. Kenapa? Penting ke?” suara Hana Azuwa perlahan. Hana Aishah dapat mendengar suara anak - anak saudaranya yang bising.

“Adik rindu Kak Wa. Adik try call mak , mak tak nak angat” Hana Aishah yang sememangnya rapat dengan Hana Azuwa itu terus mengadu.

“Mak busy lah tu kot. Achik kan tengah tunggu hari “ tersenyum lebar Hana Aishah saat mendengar perkabaran itu.

“Bestnya. Rindu dekat achik. Lama dah tak borak. I was so busy with everything going on. Nanti lepas ni adik call achik” suara Hana Aishah bertambah ceria sedikit.

“Ermm, Adik tak payah call dulu kot. Nanti mak tu stress pulak” sedikit bahagia yang dia mula rasai itu mulai hilang saat mendengar ayat kakaknya yang kedengaran serba salah itu.

“Kak Wa pun tak percayakan adik ke?” suara Hana Aishah bertukar sebak. Lama Hana Azuwa berdiam diri di hujung talian. Suara anak - anak saudaranya yang hingar tadi sudah tiada. Kalau bukan kerana deruan nafas kakaknya sudah pasti Hana Aishah ingat Hana Azuwa telah mematikan talian.

“Adik tak pernah ber couple ke ber dating ke. Adik tak pernah ada boyfriend pun. Adik tak faham kenapa sampai tahap ini korang sanggup nilai adik. Just because of those photo that you dont even know the origin. That woman inside that picture wasn’t me. I dont know how else to convince everyone anymore” esakan Hana Aishah kedengaran.

“Adik , pokok tak akan bergoyang kalau tak ada angin. Akak tak tuduh adik tapi macam mana adik nak jelaskan gambar tu. Fakhrul said it himself that day it was original” Hana Azuwa sendiri tidak tahu apa yang dia mahu percaya saat itu.

“Ada banyak lagi sebab pokok bergoyang akak. Kalau gempa bumi pun pokok bergoyang, kalau monyet bergayut pun pokok bergoyang. Tapi semua nak salahkan angin. Sebab angin is the most obvious cause” Hana Aishah sudah penat mahu berbalah.

“Kalaupun gambar itu original , not superimposed. Adik ini siapa kak? Hana Aishah ini siapa? Anak Kapten Azam and Teacher Basirah. Adik Hana Azuwa. You guys knows me for 27 years already but still you would rather believe an anonymous pictures rather than your own blood kan” Hana Aishah sudah tidak mampu menyembunyikan kekecewaannya.

“Tak apalah Kak Dik. Allah Maha Melihat. Satu hari nanti kalau bukan dekat dunia , insyaAllah dekat akhirat akan terbukti. Adik mampu berdoa je. Adik mintak maaf ganggu Kak Wa” Esakan Hana Aishah kedengaran di corong telefon itu. Hana Aishah mengesat air matanya selepas mengumpul kembali cebisan kekuatannya.

“Kak Wa tolong jagakan Mak Abah. Adik dah tak layak masuk dalam keluarga Kapten Azam. I bring more harm than good. I know my place already. Duit belanja yang selalu adik bagi dekat mak adik pass dekat akak. Don’t tell her its my money. They won’t take it” Hana Aishah dapat merasakan tendangan anaknya. Begitulah setiap kali dia menangis , anaknya akan menendang lasak seolah - olah mahu memujuk hatinya yang kembali berdarah.

“Adik...” suara Hana Azuwa kedengaran sayu. Tetapi apa gunanya.

“Its ok. Adik tak kacau Kak Wa dah. Adik ni jahat . Kotor . Tak layak jadi adik Kak Wa. Akak jaga diri elok - elok. Assalamualaikum “ Hana Aishah meletakkan ganggang. Cukuplah kata - kata yang dia terima. Untuk malam itu , hatinya sudah berhenti berharap.

“Umi mintak maaf. Umi tak mampu nak bagi sayang keluarga yang sempurna. Both of us is enough for each other kan. Just Umi and cinta hati umi” air matanya menitik jatuh ke atas baju tidur kelawar yang disarungnya malam itu. Dikala itu , satu tendangan kuat diberikan anaknya sehingga jelas bonjolan di abdomennya itu. Tawa Hana Aishah kedengaran.

“Jom teman umi tutup lampu semua” Hana Aishah mengajak dan anaknya menjawab dengan tendangan di rahimnya. Perlahan - lahan kakinya melangkah. Rumah yang sudah sebulan lebih dia diami.

Kelebihan duduk di kampung ini , banyak sahaja tangan membantu. Apabila dia bertanya kepada staf di klinik kesihatan mengenai perkhidmatan mengemas rumah dan mengecat , hujung minggu itu beberapa staf klinik dan juga orang kampung datang membantunya.

Hujung minggu paling meriah semenjak dua bulan lepas. Masing - masing membawa alatan untuk bertukang. Yang wanita membantu Hana Aishah menyapu dan mengemop. Tetapi itupun tidak lama , apabila Mek Khadijah sampai , berleter wanita itu memarahinya kerana berkerja dalam keadaan berbadan dua itu.

Nafasnya dihela panjang mengenangkan kesunyian yang menjengahnya malam itu. Ada masanya dia kuat , tetapi kadang - kadang dia penat menguruskan dirinya sendiri dalam keadaan berbadan dua. Sakitnya tidak siapa tahu.

Sebelum mindanya sempat untuk berlayar ke tempat gelap dan sunyi itu , dia menggelengkan kepalanya. Cuba menumpukan perhatiannya kepada saat itu. Bersyukur kerana masih bernafas dan diberikan kekuatan untuk melindungi satu nyawa yang sedang membesar di dalam rahimnya.

Hana Aishah menuju ke pintu kayu utama rumah itu. Dibukanya untuk memastikan gril sudah berkunci sebelum diselak. Lampu di ruang tamu itu ditutup. Sewaktu dia melangkah menuju ke bilik tidurnya , matanya memandang ke arah Iphonenya yang menyala. Notifikasi daripada kakaknya dibaca sambil dia melabuhkan punggungnya di katil kelamin yang bersaiz Queen itu. Berbeda dengan katil yang biasa dia tidur di rumah suaminya.

~ Kak Wa tak ada niat nak lukakan hati adik. If you are in the right InsyaAllah truth will prevail. Adik banyakkan solat taubat. Mintak ampun dekat Allah. And one more thing kalau boleh jangan bagi tahu Alif. I know he will come back straight away from US if he knew. He will be getting his result regarding his bar application in 2 weeks time so we don’t want to disturb him kan. Jaga diri Adik and your pregnancy~ Kak Wa


Hana Aishah tersenyum pahit melihat pesanan mesej itu. Entah berapa kali dia menaip and memadam. Dia mahu mempertahankan dirinya tetapi dia benar - benar penat. Badannya dibaringkan tetapi tidak sampai seminit dia mengiringkan badannya memeluk bantal yang dibelinya di Kota Bahru tempoh hari. Bantal untuk ibu mengandung itu benar - benar membantunya tidur dengan lebih selesa.

Apabila dia sudah menyelesakan dirinya Matanya memandang semula ke arah pesanan whatsapp kakaknya. Berkali - kali dia cuba menghadamkan kata - kata kakak yang sentiasa ada dengannya. Bagaimana dalam sekelip mata semuanya berubah?
~ I will never tell him. Cukuplah adik kecewa dengan you guys. Adik tak mampu tanggung kalau Alif pun tak percayakan Adik. Terima kasih doakan Adik. InsyaAllah adik doa umur Adik panjang untuk lihat masa itu. Masa di mana segala kebenaran terbongkar. Tapi kalau umur adik tak panjang, Adik dah maafkan semua orang. The biggest lesson here is , the worst pain is when your own blood and flesh doesn’t know who you are anymore. Mungkin betul Kak Wa cakap. Dosa adik banyak. Allah nak hapuskan dosa adik sebelum nyawa adik diangkat. Kak Wa jaga diri. Take care of everyone for me. Adik mampu doa dari sini~

Usai pesanan whatsapp itu dihantar , Hana Aishah terus mematikan segala notifikasi daripada kakaknya. Dia tidak mahu membalas. Dia tidak mahu memperjuangkan kebenaran kepada mereka yang tidak mahu membuka mata dan telinganya. Semoga ada sinar yang lebih bahagia untuk anaknya. Derita itu biar dia tanggung sendiri.

*****************************


Sehingga saat ini , Hana Aishah sudah berhenti memanggil. Sudah berhenti mencuba berhubung dengan ahli keluarganya. Yang masih bertanya khabarnya hanyalah abang ipar dan bapa mertuanya. Hampir setiap hari , Tan Sri Fadhil akan menghubunginya bertanya khabar dan memujuknya pulang.

Kalau dahulu dia malu kerana darah daging sendiri pun sanggup membuangnya , sekarang dia sentiasa mengharapkan secebis kasih sayang yang kedua lelaki itu hulurkan. Malunya sudah hilang. Biarlah dia mengemis secebis perhatian yang mereka tawarkan. Cukuplah untuk dia meneruskan hidupnya untuk anaknya.

“Sapo pulok doh depan rumah demo” teguran Mek Khadijah mengejutkan Hana Aishah daripada lamunannya. Dalam kegelapan malam itu Hana Aishah dapat melihat sebuah kereta yang di letakkan di sebelah kereta Axianya.

Semakin kereta Saga milik Tok Imam Mustaqim mendekati rumah staf itu semakin jelas pandangan Hana Aishah. Debaran di dadanya menggila. Betulkah atau dia sedang bermimpi?

Saat kereta Saga itu berhenti , Hana Aishah dengan tergopoh gapah keluar daripada perut kereta itu dan menuju ke arah kereta yang dia pandang tidak berkedip itu. Enjin kereta itu masih hidup walaupun lampu depan sudah ditutup. Tanpa sabar jarinya mengetuk tingkap kereta itu.

“Abang” air mata Hana Aishah gugur saat lelaki itu keluar daripada perut keretanya. Dalam gelap malam yang hanya diterangi lampu jalan itu , Hana Aishah memeluk erat tubuh suaminya. Hilang terus segala rindunya saat aroma badan suaminya itu dihidunya.

Setiap saat menanti balasan pesanannya. Setiap waktu menanti panggilan daripada lelaki pertama yang dia cintai itu. Berat bebanan rindu yang ditanggung dia yang sedang berbadan dua itu. Sakitnya Tuhan sahaja yang tahu.

“Abang... Aishah rindu. Rindu sangat” telinga kanannya disandarkan di dada kiri suaminya. Denyutan nadi yang dia rindui. Rentak irama degupan jantung yang menjadi musik yang membuatkan tidur malamnya lena.

“Abe dio lah” saat mendengar suara Tok Imam Mustakim , Fakhrul yang berdiri kejap tanpa membalas pelukan isterinya memandang arah dua orang pasangan berumur yang baru keluar daripada kereta Saga berwarna hijau itu. Kedua - duanya tersenyum memandang ke mereka.

Mukanya tanpa sempat dikawal bertukar tegang apabila pelukan wanita yang dia sebenarnya rindui itu tetapi tidak mahu mengaku itu mulai renggang. Tangannya secara automatik turun memeluk pinggang Hana Aishah menghalang langkah wanita itu pergi.

Hana Aishah tersenyum gembira saat merasakan lengan suaminya yang memeluk pinggangnya seperti sebelum segala konflik bermula itu. Mungkin ini petanda baik untuk hubungan mereka.

“Mek , Tok. Ni suami Aishah. Nama dia Fakhrul” Fakhrul melihat lelaki itu mendekatinya sebelum menghulurkan tangan.

“Assalamualaikum Fakhrul. Jupo jugak Abe Aishah ni” Fakhrul masih beriak selamba sambil menyambut salam Tok Imam Mustakim itu. Kejap tangan kasar tua itu menggenggam tangannya.

“Waalaikumussalam. Tok ni? “ ayat itu dibiarkan Fakhrul tergantung. Hana Aishah cepat - cepat memperkenalkan mereka berdua sebelum suaminya bersangka buruk.

“Ini Tok Imam Mustakim , he manage the mosque here. That’s his wife Mek Khadijah. They’ve been helping me around waktu abang tak ada” Fakhrul menganggukkan kepalanya perlahan sambil mengalih pandangannya pada Mek Khadijah yang sedang tersenyum memandangnya. Dia membalas senyuman wanita yang memakai telekung seperti isterinya itu.

“Tok mintak maaf dok mintok izin Fakhrul bawak isteri Fakhrul gi masjid selalu” lelaki yang sama tinggi dengan Fakhrul itu dapat melihat ketidak mesraan suami Hana Aishah. Daripada segi gayanya , nampak lelaki itu berkerjaya tinggi.

“Tak apa Tok. Saya datang pun tak inform Aishah. Tak rancang” Fakhrul sekadar berbasa basi.

“Iyolah , baru kawen dah pisah. Tok demo ni mano penoh pisah dengan Mek. Melekat sokmo” Mek Khadijah sempat berseloroh. Hana Aishah kelihatan serba salah melihat reaksi lelaki itu yang seperti biasa tidak mesra.

“Tok dengan Mek kelik dulu. Mu mesti penat jale jauh. Esok jemput ke rumoh. Sarapan sekali” Hana Aishah sempat menyalami tangan wanita itu. Seperti selalu kedua - dua belah pipinya dicium sebelum perutnya diusap. Itulah rutin wanita yang dia sudah menganggap seperti ibunya.

“Assalamualaikum. Hari ni Mek dok risau. Mu ado teman” Hana Aishah hanya membalas dengan senyuman. Dia melihat kereta saga itu berlalu pergi.

“Where have you been. I’ve been here since 6 pm till now only you came back” suara dingin Fakhrul mengalih perhatian Hana Aishah.

Wajahnya dipalingkan. Senyuman lebar dihadiahkan buat suaminya yang sedang bersandar di kereta BMW berwarna hitam milik lelaki itu. Kakinya melangkah perlahan mendekati suaminya. Awalnya dia teragak - agak tetapi dia beranikan diri.

Tubuh Fakhrul dirangkul sebelum kepalanya disandarkan semula ke tempat yang dia rindui itu. Nafasnya ditarik dalam , sebelum sebuah nafas kelegaan dihelakan. Selepas beberapa ketika mereka berkeadaan begitu dengan bunyi cengkerik yang sedang menyayi malam itu , Hana Aishah mengangkatkan wajahnya.

Nafasnya terhenti seketika saat melihat raut wajah yang memandangnya tanpa perasaan itu. Dia masih berharap mata yang beku itu akan kembali memandangnya penuh cinta. Mungkin sekarang tiba masanya Hana Aishah perlu memenangi hati lelaki ini seperti mana suaminya memenangi hatinya sewaktu awal perkahwinan mereka.

“Almost on a daily basis Aishah solat maghrib and isyak at the mosque. Its sort of like becoming a routine here. Aishah ada mintak izin abang in the whatsapp. Abang tak reply so Aishah assume abang izinkan. Aishah mintak maaf abang kena tunggu lama dekat luar. You should’ve call me” Hana Aishah mengelus pipi suaminya lembut. Pipi yang sudah mula ditumbuhi jambang itu.

Fakhrul diam tidak berkutik. Di bawah sinaran lampu jalan itu isterinya kelihatan berseri - seri. Seri yang tidak pernah dia lihat. Hatinya rindu tetapi mindanya tetap bersyak wasangka. Sama seperti saat dia teringat kepada punca pergaduhan mereka. Hatinya menolak yang isterinya sanggup melakukan perkara sejijik itu tetapi mindanya tetap mahu mempercayai bukti penyiasatnya yang mengatakan imej itu adalah asli.

Hana Aishah dapat melihat mata suaminya menunjukkan reaksi tetapi dia tidak dapat membaca. Seperti lelaki itu sedang bergelut dengan emosinya sendiri. Sebelum sempat dia menterjemah , mata itu kembali beku saat anak mereka bergerak di dalam rahimnya. Hana Aishah pasti lelaki itu merasainya kerana sejurus itu terus tubuh mereka dijarakkan.

“I’m hungry” suara dingin Fakhrul memberitahu sambil membuka bonet keretanya.

“Jom masuk Abang. Aishah masak ye. Abang tahan sikit” Hana Aishah menghalakan kakinya menuju ke pintu gril rumah itu sambil menanti suaminya yang mungkin sedang mengambil bagasi.

“Ehh. Abang tak bawak beg baju ke?” mulut Hana Aishah menjadi petah malam itu. Terkejut dia melihat suaminya yang hanya mengambil sebuah beg kecil yang memang sentiasa ada di dalam but keretanya. Beg itu mengandungi alat - alat kelengkapan untuk Fakhrul bersolat.

“No” pendek jawapan lelaki itu sebelum memasuk pintu masuk rumah batu yang usang itu.

Saat kakinya melangkah dia dapat melihat isterinya setiap sudut rumah yang kelihatan usang daripada luar. Dalam rumah itu telah dicat berwarna ungu cair. Kabinet lama yang telah dicat berwarna turquoise itu menonjol apabila disandarkan di dinding itu.

Set sofa kain berwarna biru dan kelabu disertakan dengan sebuah meja bulat menampakkan unsur moden minimalis. menghiasi ruang tamu rumah itu yang luas. Lansir berwarna ombre bertemakan warna krim dan ungu itu beralun sekali dalam ruangan itu.

Di kiri ruangan rumah itu pula , meja makan kayu digabungkan dengan kerusi berwarna ungu. Yang menjadikan ruangan itu benar - benar menarik adalah lampu digangung rendah di meja makan itu. Dapur tidak banyak diubah suai. Hanya kabinet dapur dicat semula warna coklat.

“Bedroom?” Hana Aishah yang baru menanggalkan telekung itu terkejut mendengar suara suaminya yang semakin dingin.

“Abang go straight through the hall way. The room with white door. Bathroom is opposite to it” Hana Aishah melihat tubuh suaminya yang berlalu pergi.

“Did I say something wrong?” hati Hana Aishah berbisik. Cepat - cepat dia beristighfar menolak hasutan syaitan itu. Kakinya melangkah menuju ke dapur untuk menyediakan makan malam untuk suaminya. Berdebar dia kerana sudah lama tidak memasak untuk suaminya .

Fakhrul pula terus masuk ke dalam bilik mandi. Pancuran air panas melegakan segala kesakitan di badannya. Tetapi mindanya serabut jua. Sejurus keluar daripada rumah Tan Sri Fadhil pagi - pagi buta tadi tanpa dia sedari pemanduannya menghala ke pantai timur.

Dia meneruskan pemanduan dan hanya berhenti dua kali untuk solat sahaja. Makan pun tidak. Dia sampai di bandar kelantan tepat pada jam 3 petang. Dia berkira mahu berpatah balik ataupun meneruskan matlamatnya menuju ke destinasi yang dia sendiri tidak pasti. Tetapi apabila banyangan mimpi semalam kembali menjengah kakinya secara automatik kembali memulakan perjalanan yang terhenti.

Jujurnya Fakhrul terkejut. Dia tidak pernah tahu cita rasa isterinya. Semenjak Hana Aishah masuk ke rumahnya tidak pernah sekali pun wanita itu menyatakan hasrat untuk mengubah reka bentuk rumah mereka. Tetapi dia tahu semenjak hari pertama isterinya memijak kaki dirumah banglonya , rumah itu tidak pernah dianggap seperti rumahnya. Wajah Hana Aishah tidak pernah seceria saat dia berada di rumah ibu bapanya di subang jaya.

Mungkin memang itu rancangan wanita itu? Memang Hana Aishah hanya merancang untuk memegang status isterinya hanya seketika? Memikirkan hal itu , mindanya menjadi kacau kembali. Syaitan kembali membolak balikkan hatinya.

“Why is she doing this to me?” hati Fakhrul menjerit di bawah pancuran air panas itu.


********************************

“Did you manage to call Angah?” Tan Sri Fadhil melabuhkan punggungnya di sebelah isterinya yang kelihatan resah di gazebo bersebelahan kolam ikan itu.

“No. I think he blocked me” suara Puan Sri Maria kedengaran kerisauan. Tan Sri Fadhil terdiam merenung ikan Koi yang galak di dalam kolamnya.

“I hope he go meet Hana” saat mendengar ayat yang keluar daripada mulut suaminya, Puan Sri Maria merengus kasar.

“Buat apa jumpa perempuan macam tu” Tan Sri Fadhil hanya mampu menggelengkan kepalanya saat mendengar ayat isterinya itu.

“Perempuan yang Ria cakap itu isteri Angah. Perempuan yang Ria cakap itu tengah mengandungkan cucu kita. She’s pregnant and alone there. I’m worried” muncung Puan Sri Maria ditarik sedepa.

“You haven’t seen the photos and video. Its her . I know it. And Angah already check its originality. Its not fake or superimposed” beria - ria Puan Sri Maria meyakinkan suaminya.

“I tak perlu tengok. I know it’s not my menantu. I know Hana Aishah. That girl will not do such thing. My judgement is never wrong” Tan Sri Fadhil mengambil bekas makanan ikan itu. Ditaburkan sedikit demi sedikit ke dalam kolam yang mula bergolak apabila ikan - ikan peliharaannya mula bertarung untuk makanan. Mulutnya mengukir senyuman melihat aksi itu.

“You’re not God” Puan Sri Maria memerli suaminya.

“So do you Ria” Tan Sri Fadhil kembali duduk di sebelah isterinya. Pandangannya dibuang pula ke arah kolam renang yang berada beberapa meter daripada mereka itu.

“Ria fikir balik. Logik ke untuk gambar tu dihantar ke kita semua. Apa motifnya. Kalau hantar dekat Angah I boleh terima , ni all of us got it. Second , there’s so many things people can do today. Kalau bukan pelanduk dua serupa , you’ve seen movies nowadays. You just need wear that rubber mask terus can be like another person. Everything is possible nowadays” Tan Sri Fadhil mengemukakan hujahnya.

“And people will go through that kind of trouble for what? Just nak frame menantu kesayangan you ke?” Tan Sri Fadhil menggelengkan kepalanya lemah.

“She used to be your favourite menantu also Ria. Jangan kerana nila setitik , awak buang satu belanga. Itu pun awak tak pasti nila itu siapa yang tuang” Tan Sri Fadhil sudah tidak tahu mahu meyakinkan bagaimana lagi.

“Favourite menantu sebelum dia pergi jadi perempuan murahan. Ya Allah , kenapalah Ria ini bodoh sangat percaya all that holy act” Tan Sri Fadhil dapat menangkap kekecewaan isterinya daripada nada suara Puan Sri Maria.

“Fitnah itu bahaya Ria” Tan Sri Fadhil cuba menegur isterinya secara berlembut lagi.

“Fitnah apa. Mak bapak dia pun tak percaya dekat dia. Entah - entah anak diorang memang jahat dari kecik. Kita pulak bodoh nak jodohkan anak kita dengan keluarga macam itu” ada riak sombong dalam nada isterinya yang Tan Sri Fadhil tidak gemari.

“I will find out who’s behind this. I hope by that time it won’t be too late” Tan Sri Fadhil terus mengangkat kaki meninggalkan Puan Sri Maria bersendirian.

Dia tidak mahu bertelagah tetapi dia tahu, lebih lama dia di situ lebih hilang sabarnya. Dia faham isterinya terluka tetapi saat itu yang paling terluka adalah Hana Aishah.

Tangannya mencapai iPhonenya. Dia mendail nombor yang semenjak sebulan lepas membantunya. Dia harapakan apa - apa petunjuk tetapi semua menemui jalan buntu.

“Hello Sampath. Any news?” lelaki berbangsa India yang menjadi pegawai penyiasatnya. Selalunya dia menggunakan lelaki itu untuk urusan perniagaan tetapi saat itu hanya lelaki itu yang mampu merungkai segala pemasalahan ini.

“I was about to call you Tan Sri. I found a loophole. I don’t know how but someone manage to register both of their name to the front desk. But the ic wasn’t read by the system as usual. Normally at that particular hotel all their customer with national ID have to be read by the system. But on that day only their name wasn’t read” Tan Sri Fadhil menganggukkan kepalanya perlahan.

“If it need to be read by the system meaning they need thumbprint which they didn’t have” Tan Sri Fadhil mula nampak sinar.

“Exactly Tan Sri , so I’m digging with the staff now. We’ll get back to you once I have more info” Tan Sri Fadhil menganggukkan kepalanya.

“I need this thing fast. You’ll get a big reward if you can solve this. I need my daughter in law and grandson home and safe” Tan Sri Fadhil menamatkan talian.

Dia yang sedang duduk di pejabat mininya cuba memikirkan juga sesiapa yang mungkin berniat jahat terhadap menantunya. Waktu yang sama dia berfikir, dia ternampak Felisha dan Puteri lalu di hadapan pejabat mininya yang pintunya terbuka sedikit itu. Satu perasaan aneh menjengah hatinya. Hatinya merasa tidak sedap melihat anak perempuan bongsunya dan anak adiknya itu.

“Ya Allah. Please protect my family from any kind of harm and fitnah” cepat - cepat Tan Sri Fadhil berdoa. Dia benar - benar mengharapkan mereka berdua tidak terlibat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience