Chapter 38

Romance Completed 625664

“Sayang” suara garau itu mengganggu tidur Hana Aishah. Mukanya dikerutkan tanda tidak berpuas hati kerana tidurnya diganggu. Matanya masih tertutup rapat. Gebar tebal dan gebu ditarik rapat menyelubungi badannya yang kesejukan itu.

“Sayang . Wake up” Fakhrul memerhatikan badan Hana Aishah yang sedang meniarap di atas katil bersaiz king itu. Tangannya menyelak rambut isterinya yang menutupi wajah membuatkan dia tersenyum pagi itu.

“Mmmm” rengek Hana Aishah kerana tangan Fakhrul yang menyentuh wajahnya. Fakhrul memerhatikan isterinya itu menukar posisi badannya. Hana Aishah meringkukkan badannya membelakangi Fakhrul. Tubuh Hana Aishah tenggelam disebalik comforter berwarna putih yang tebal itu.

Bilik milik Fakhrul di mahligai keluarganya itu telah dihiasi oleh Puan Sri Maria. Biliknya sebelum ini serba hitam dengan katil divan bersaiz king. Tiada warna lain dibiliknya kecuali warna kelabu , hitam dan diselangi dengan beberapa perabot vintage berwarna putih itupun kerana Puan Sri Maria tidak mahu biliknya kelihatan seperti majlis pengkebumian yang serba hitam.

Biliknya kini dicat warna krim menampakkan keluasan bilik tidurnya itu. Manakala katilnya telah ditukar ke katil empat tiang berasal daripada kayu jati itu. Langsir berwarna putih dipasang di sekeliling katil menaikkan suasana romantis di dalam bilik itu.

Fakhrul yang sudah terbiasa dengan warna hitam dan kelabu itu merasa agak janggal awalnya melihat set cadar katilnya yang berwarna krim cair dengan ropol hujungnya.

Tetapi melihat pengantinya terbaring di atas katil itu menukar pendapatnya sama sekali. Perasan bahagia menerjah dirinya sekali lagi dan kini dia sudah membiasakan dirinya dengan perasaan itu semenjak kehadiran Hana Aishah ke dalam hidupnya.

“Sayang. Wake up. You’re gonna miss your prayer” Fakhrul menarik selimut yang menutupi muka isterinya itu turun. Tangannya mula menjalar ke tubuh Hana Aishah yang hanya dibaluti T - shirt berwarna biru itu.

“Noooo” suara serak basah itu berbisik lagi. Fakhrul tersenyum melihat tangan Hana Aishah yang sudah menjalar mencari comforter yang ditariknya itu.

“Nope. Not getting your blanket” mata isterinya itu masih terpejam.

Fakhrul menahan perasaannya melihat kaki jinjang Hana Aishah yang terdedah itu. T- Shirt biru milik Fakhrul itu sepatutnya mampu menutupi sehingga ke pangkal paha Hana Aishah tetapi dalam keadaan gadis itu yang sedang meringkuk itu , hujung baju itu terangkat sehingga menampakkan hadiah pemberiannya semalam.

“Sayang. Bangun. Nanti kita dua - dua miss prayer” suara Fakhrul kedengaran tegang. Dia menarik tangan Hana Aishah sekaligus mendudukkan gadis itu.

Hana Aishah yang sedang mamai itu , memeluk badan Fakhrul yang sedang duduk dibirai katil. Badannya itu diangkat dan dia duduk di atas riba Fakhrul sambil melilitkan kedua - dua belah kakinya dipinggang Fakhrul.

“Mmm. Ngantuk. Nak tido pleaseee” mata Hana Aishah yang kuyu itu terbuka sedikit. Dirinya yang masih mamai itu meminta manja daripada bayangan yang berada di hadapannya. Kelopak matanya kembali memberat sebelum tertutup dan kepalanya dilentokkan di bahu kiri Fakhrul.

Fakhrul berdehem melegakan sekatan di tekaknya apabila tangan Hana Aishah yang memeluk lehernya itu bermain dengan anak rambutnya. Kepala isterinya yang terlentok di bahunya membuatkan deruan nafas Hana Aishah dihembus betul - betul di lehernya.

“You’re gonna be the death of me” bisik Fakhrul perlahan sambil kedua - dua belah tangannya mula berkerja. Badan Hana Aishah dirapatkan ke tubuhnya manakala matanya tidak lepas daripada memandang ke leher isterinya yang merah akibat kesan perbuatannya semalam.

Kedua - dua belah tangannya sudah menyelinap masuk disebalik T - Shirt Diesel yang nampak sangat besar ditubuh isterinya itu. Tangannya yang suam itu menyentuh pinggang isterinya sehingga menyebabkan Hana Aishah meliukkan badan kegelian.

“Hana Aishah. Wake up. I don’t want to force you to do things that you’re not ready for” mukanya menenung muka Hana Aishah yang bersih tanpa sebarang mekap itu. Muka polos yang sedang tidur itu tersenyum dalam kemamaian.

Matanya kemudian jatuh ke leher jinjang isterinya yang ditayangkan seperti satu hidangan untuknya. Nafasnya menjadi tidak sekata melihat bahagian bahu kiri yang terdedah kerana lengan baju tersebut yang sudah melorot jatuh.

Tali les berwarna merah di bahu yang kurus menampakkan tulang itu itu sepasang dengan les merah yang jelas kelihatan di pangkal paha isterinya. Dia menelan air liur untuk kesian kalinya.

Salahnya juga semalam. Sesampai mereka di rumah milik Tan Sri Fadhil itu, Hana Aishah yang sudah tertidur lena di perjalanan itu diangkat Fakhrul naik kebiliknya. Waktu itu , ahli keluarga masih belum sampai ke rumah lagi.

Akibat keletihan Fakhrul tidak mengambil bagasi milik Hana Aishah di dalam but keretanya. Dia menanggalkan sut pengantinnya sebelum menyalin gaun pengantin Hana Aishah dengan bersusah payah. Isterinya itu lansung tidak tersedar mungkin akibat keletihan yang amat sangat.

Dia mengambil sepasang baju T Shirt nya dan disarungkan ke badan Hana Aishah yang sedang tidur mati itu. Dia lansung tidak terfikir untuk mengambil seluar ataupun kain untuk disarungkan ke kaki isterinya itu kerana mahu cepat - cepat melabuhkan badannya. Matanya juga sudah memberat di kala itu.

Apabila dia terjaga daripada tidur tadi , dia melihat jam yang menunjukkan pukul 5 pagi dan dia teringat mereka yang belum menunaikan solat isyak itu. Terus dia membersihkan diri sebelum membangunkan Hana Aishah yang sedang tidur nyenyak itu.

Fakhrul yang memakai kain pelikat dan T - Shirt Puma berwarna hitam itu memandang ke arah tubuh Hana Aishah yang terdedah sambil cuba mengawal dirinya.

Tetapi kedudukan mereka menyebabkan pertimbangan Fakhrul hilang , maka segala janji yang dibuatnya terbang ke luar tingkap. Bibirnya turun meneroka leher Hana Aishah untuk kesekian kalinya.

“Mmm” rengekan Hana Aishah itu membuatkan Fakhrul semakin hanyut. Hana Aishah yang masih mabuk tidur itu lansung tidak menyedari janji yang sedang dimungkiri suaminya. Dalam mindanya , perasaan yang sedang dia rasai itu adalah keenakan tidurnya.

Fakhrul mengangkat badan Hana Aishah yang sedang bergayut di badannya itu dan dibaringkan dengan perlahan - lahan di atas katil mereka. Hana Aishah yang masih tidur dengan nyenyaknya lansung tidak terganggu oleh pergerakan - pergerakan tersebut.

Majlis perkahwinan ditambah dengan tekanan emosi yang dihadapinya sepanjang minggu ini menyebabkan badannya benar - benar keletihan sehingga dia tidur mati.

Fakhrul naik keatas katil dan menindih badan Hana Aishah. Matanya memerhatikan gadis yang dia tidak pernah sangka dia akan jatuh cinta kepada itu terbaring di atas katilnya.

T - Shirt biru yang dipakai isterinya itu sudah terangkat sehingga mendedahkan lingerie merah yang dihadiahkan kepada isterinya itu. Hampir keseluruhan badan Hana Aishah mulutnya teroka apabila deringan nada penggera di telefon Hana Aishah berbunyi kuat sehingga mengejutkan gadis itu.

Terkebil - kebil Hana Aishah terjaga. Matanya silau melihat lampu kuning yang berada betul - betul bertentangan dengan matanya. Kepalanya berdenyut - denyut bingung memikirkan kenapa tubuhnya terasa berat seperti ditindih sesuatu.

“Aaahh” Hana Aishah mengerang kerana tangannya terasa seperti dikunci di atas kepalanya.

Dia cuba menggerakkan badannya dikala sakit kepalanya yang menjadi - jadi kerana bunyi jam penggera telefonnya itu. Dia sudah lambat untuk ke tempat kerja fikirnya tetapi badannya terasa berat untuk dibangunkan.

Saat itu , Fakhrul yang tidak sedar bahawa Hana Aishah sudah terjaga itu , mengalih tangannya yang mengunci lengan Hana Aishah untuk membuka kancing baju dalam Hana Aishah.

Dalam proses itu Fakhrul mengangkat sedikit tubuhnya sehingga membuatkan wajahnya jelas di mata Hana Aishah sekaligus menyedarkan Hana Aishah daripada kebingungannya.

“Aaahhh!” Hana Aishah menjerit kuat sebelum menolak dada Fakhrul dengan segala kudratnya.

Fakhrul yang sedang asyik dilayan nafsu itu terkejut mendengar jeritan Hana Aishah sekaligus hilang pertimbangan badan kerana tolakan Hana Aishah sehingga dia terdorong ke belakang.

“Astaghfirullahalazim” Fakhrul meraup mukanya dan melihat ke arah Hana Aishah yang sedang berusaha menutup badannya yang terdedah dengan selimut. Muka isterinya itu kelihatan takut dan seperti mahu menangis.

“Sayang ... Abang...” suara Fakhrul terhenti di situ kerana dia tidak tahu bagaimana mahu memperjelaskan dirinya. Perasaan bersalah menyelubungi dirinya melihat Hana Aishah yang sedang mengesot menjauhi dirinya.

“Sayang “ Fakhrul cuba bergerak mendekati Hana Aishah yang semakin menjauh itu , tangannya cuba menggapai isterinya yang jelas nampak ketakutan.

“No! Don’t touch me. Jangan” air mata Hana Aishah mengalir ketakutan melihat lelaki itu setelah apa yang berlaku. Dia menarik selimut tebal itu dengan sekuat hati sebelum mengesot laju menjauhi lelaki itu.

“Aishah. Please listen to me” Fakhrul melihat Hana Aishah yang memandangnya dengan perasaan takut. Air mata isterinya sudah lebat mengalir. Tangan gadis itu sibuk menarik selimut tebal itu untuk melindungi dirinya.

“Tak nak. You tipu. You .... you.... jangan sentuh I!” esakan Hana Aishah semakin kuat apabila dia dapat merasakan tangan lelaki itu menyentuh kakinya yang sedang berselimut itu.

Dalam kekelam kabutan dia untuk melarikan diri, Hana Aishah terbelit di dalam comforter itu sebelum jatuh terlentang di atas lantai marmar. Nasib baik lantai itu berlapik karpet berbulu tebal oleh itu mengurangkan impak dia jatuh.

“Ya Allah , sayang” Fakhrul bergegas menuju ke arah isterinya yang sudah jatuh terlentang kebelakang itu. Melihat Fakhrul yang menghampirinya itu , Hana Aishah merangkak lari sambil menjerit sekuat hati. Dia lansung tidak mengendahkan badannya yang sedang protes kesakitan akibat impak jatuh daripada katil untuk kali ke dua dalam masa 24 jam.

“Shhh. People gonna hear you” Fakhrul menekup mulut isteri yang sudah terperangkap di ruangan kecil antara katil dan meja kecil di sisi katil itu.

Kaki Hana Aishah cuba menendang Fakhrul tetapi lelaki itu lebih laju mematikan segala langkahnya. Mata Hana Aishah yang masih merah itu membulat memandang ke suaminya yang memandangnya dengan perasaan bersalah.

“I’m sorry ok. I didn’t know what came over me” Fakhrul mengeluh berat.

“Its 5.30 am already sayang. We haven’t prayed isyak. I’ll remove my hand but you cannot scream ok?” Hana Aishah mengangguk laju kerana dia mahu menjauhi lelaki itu dan dia akan melakukan apa sahaja di saat itu.

Fakhrul mengalihkan tangan kiri yang mencekup mulut isterinya dan berdiri menjauhi Hana Aishah yang masih menyorokkan dirinya di ruangan kecil itu.

Hana Aishah menarik comforter itu seperti mahu melindungi dirinya daripada anak mata suaminya. Perasaan bersalah menjerat tangkai hati Fakhrul melihat keadaan isterinya yang ketakutan itu.

Kakinya melangkah keluar bilik meninggalkan Hana Aishah yang diam tidak berkutik . Perlahan dia menutup pintu biliknya sebelum dia menyandarkan badannya ke dinding di luar biliknya.

“Why everything has to start wrongly when it comes to her?” keluhan berat dilepaskannya untuk ke sekian kali di dini hari itu.

********************************

“Tengku Fakhrul! You memang suka cari pasal kan!” kesemua mata di ruang tamu memandang ke arah tengkingan kuat yang berpunca daripada arah tangga rumah agam itu.

“I kan sabar je kan dengan you but this is too much! You better show your face now” suara yang makin jelas itu kedengaran seperti tercungap - cungap.

Hana Aishah yang memakai seluar palazzo berwarna hitam dan T-Shirt lengan panjang berwarna merah itu dilihat sedang meluru turun tangga. Tangannya dicekakkan ke pinggang dan mukanya kelihatan sangat marah.

Matanya bergerak ke kanan dan ke kiri mencari suaminya. Kakinya digerakkan ke arah satu ruangan yang agak bising dengan suara manusia itu.

Sebelum sempat dia memasuki ruangan tersebut Fakhrul memunculkan dirinya. Nasib baik Hana Aishah sempat memberhentikan langkahnya, kalau tidak pasti dia tersembam ke badan suaminya.

“You!” jari telunjuk kanannya ditujukan ke muka Fakhrul yang kelihatan bingung itu.

“What is the necessity for you to shout Hana Aishah?” muka Fakhrul kelihatan tegang.

Selepas mereka menunaikan solat subuh , Hana Aishah yang masih diam membisu itu mengambil sebuah bantal dan membaringkan dirinya ke atas sofa berbentuk L diletakkan di sudut yang mempunyai tingkap besar di bilik itu.

Matanya memandang ke arah Fakhrul yang duduk di atas katil mereka dengan perasaan takut. Selepas lelaki itu keluar daripada bilik mereka , Hana Aishah melarikan diri ke dalam bilik air sebelum mengunci pintu itu rapat.

Matanya memandang ke arah keadaan dirinya yang separuh berpakaian itu. T-shirt bersaiz besar yang mencapai pertengahan pahanya itu berkedut. Rambutnya kusut masai dan apabila dia menanggalkan bajunya , mulutnya terkedu.

Matanya melihat kesan merah yang memenuhi tubuhnya terutamanya bahagian dadanya apatah lagi dengan baju dalamnya yang hampir tertanggal itu. Dadanya berdegup kencang membayangkan apa yang telah dilakukan oleh lelaki itu dalam ketidak sedarannya.

Hana Aishah tidak tahu bila dia tertidur tetapi yang pasti lelaki itu telah mengangkatnya dan meletakkannya ke atas katil apabila suaminya itu pasti dia telah tertidur.

“You ni melampau kan. You memang saja nak bagi I kena marah kan. I hate you so much” suara Hana Aishah masih meninggi. Kemarahan dia pagi tadi belum reda sekarang lelaki itu menaikkan lagi darahnya.

“Don’t beat around the bush. Apa pulak abang buat kali ni?” suara Fakhrul kedengaran penat. Setiap hari ada sahaja mereka akan bergaduh.

“You cakap dekat mak I tidur sampai tengah hari buta kan?” Fakhrul sudah menyandarkan bahunya di dinding ruang tamu rumah.

“No” nada selamba lelaki itu menyakitkan lagi hati Hana Aishah.

“So you nak cakap mak tipu lah” Fakhrul sudah tersenyum melihat reaksi isterinya yang sedang bercekak pinggang sambil kaki kirinya mengetuk - ngetuk lantai tanda tidak berpuas hati.

“Didn’t say that. Don’t put words into my mouth” kesabaran Hana Aishah sudah semakin menipis lagi - lagi melihat senyuman yang terukir di bibir separa tebal lelaki itu.

“Stop smiling damn it. Tadi mak call marah I sebab I tidur lagi. You lah punya pasal” jari telunjuk kanan Hana Aishah sudah mencucuk dada lelaki itu.

“Don’t curse Aishah and I didn’t say anything. Mak call and ask about you , then abang cakap lah sayang tidur dekat atas” mendengar ayat Fakhrul itu , mata Hana Aishah semakin membulat.

“Ahaaaa! You lah bagi tau mak I tidur” jarinya yang sedang mencucuk cucuk dada lelaki itu digenggam oleh lelaki itu sekaligus menghentikan perbuatan Hana Aishah itu.

“You were sleeping , what was I suppose to tell” muka Fakhrul masih tenang melayan kerenah isterinya.

“Oh God! Cakaplah I mandi ke , I tengah makan ke. Janganlah cakap I tidur. Oh God ! Oh God ! Tak kan itu pun you tak tahu? And let go of my hand” Hana Aishah merentap tangannya daripada pegangan lelaki itu.

“Why should I lie? You know it better than anyone I don’t like liars” Hana Aishah sudah memicit - micit kepalanya yang mula berdenyut itu.

“Ya Allah, itu nama dia tipu sunat wahai suamiku. You memang sengaja kan. Mentang - mentanglah mak abah suka you. Eeee benci” Hana Aishah menghentakkan kakinya sebelum memalingkan tubuhnya untuk meninggalkan perbualan yang tidak akan kemana itu.

“Not so fast” lengannya digenggam sebelum tubuh Hana Aishah ditarik mendekatinya.

“Lepaslah. Don’t touch me you traitor , liar ...” terhenti ayat Hana Aishah apabila pinggangnya dirangkul sebelum pipi kanannya dicium lelaki itu.

“I’m sorry sayang. I’ll call mak and explain ok?” kejung badan Hana Aishah dibuatnya melihat kelembutan lelaki itu. Hilang terus amarahnya.

“Tak payah lah. Nasi dah menjadi bubur. Let go” Hana Aishah cuba mengawal degupan jantungnya berada begitu dekat dengan lelaki itu. Cepat - cepat dia melarikan wajahnya.

“Why?” soalan polos lelaki itu membuatkan Hana Aishah tidak keruan.

“Emm .. sebab ... because ... cause ... emmm “ tergagap - gagap mulutnya mencipta alasan. Hana Aishah tidak tahu mengapa setiap kali lelaki itu menyentuhnya , dirinya menjadi tidak keruan.

“Cepatlah. Abang nak tahu jugak tipu sunat apa sayang nak guna” Fakhrul sudah tersenyum simpul melihat Hana Aishah yang memandang ke arah dinding di sebelah mereka.

“I lapar” sememangnya Hana Aishah memang kelaparan. Tadi sewaktu telefon bimbitnya berbunyi baru dia tersedar jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah hari.

“Breakfast already finish. Pandang la muka abang. Tak lawa pun dinding tu” Fakhrul menarik muka Hana Aishah memandang ke arahnya. Senget tudung sarung berwarna hitam yang disarungnya akibat tarikan lelaki itu.

“Eee . Lepaslah. Senget dah tudung I” mukanya yang masam itu memandang tepat ke muka suaminya yang kelihatan bahagia itu. Meluat pulak dia tengok.

“Hana kenapa jerit - jerit tadi” suara Tan Sri Fadhil kedengaran daripada ruangan yang Fakhrul keluar tadi mengejutkan Hana Aishah.

“Nothing papa . Hana ... hana ok... Ok papa” Hana Aishah menjeling ke arah Fakhrul supaya melepaskannya. Lelaki ini suka memalukan dirinya.

“Lepaslah. Malulah sikit you ni” Hana Aishah membisik kasar.

“Hmm . Reti pun isteri abang ni cakap slow slow. I thought you only know how to shout” Hana Aishah mengetap giginya kegeraman.

“Let me go Fakhrul” kesabaran Hana Aishah kembali menghilang.

“Or what” kali ini dengan sengaja lelaki itu mencium pipi kanan dan kirinya bergilir - gilir.

“You’re asking for it” tengah lelaki itu asyik bergilir - gilir mencium pipinya , Hana Aishah menggunakan peluang itu untuk menghentak tumit kirinya di atas kaki kanan lelaki itu.

“Arghhh” Fakhrul sudah meloncat kesakitan di situ, Hana Aishah pula tersenyum penuh kejayaan.

“Angah. Why are you jumping like that?” Hana Aishah memandang ke arah Tan Sri Fadhil yang sudah memunculkan dirinya. Lelaki berusia 60an itu memakai seluar slack berwarna hitam dan T-Shirt hijau kelihatan sangat santai bukan seperti selalu.

“Ishh Fakhrul ni papa. Kena gigit semut sikit pun dah meloncat macam tu” Hana Aishah menahan tawa melihat lelaki itu yang mengerutkan muka menahan sakit.

“Semut? Lahh . Bila masa ada semut dalam rumah ni. I’ll tell Zah. It must’ve been Mary who’s running every where with food” Hana Aishah menjelirkan lidahnya kepada Fakhrul apabila Tan Sri Fadhil yang sedang membebel itu membelakanginya.

“Semut je pun Angah. Lets go to the hall. Papa nak Hana meet someone” muka Fakhrul berkerut melihat papanya Yang menertawakannya.

“Dah jom papa. He’s a big boy. He know how to walk ok his own” Hana Aishah menarik lengan Tan Sri Fadhil untuk bergegas pergi daripada situ sebelum suaminya menahannya sekali lagi.

“How’s my tipu sunat? Padan muka” Hana Aishah sempat membisikkan ayat itu sebelum berlari pergi.

Sesampai dia di ruangan yang Tan Sri Fadhil masuk itu, kaki Hana Aishah terus terhenti di gerbang itu. Mukanya bertukar pucat melihat pasangan yang sedang duduk di salah satu set sofa berwarna maroon yang menghiasi ruang tamu rumah agam itu.

“Errrrh ... Dato’” Hana Aishah terkaku di situ melihat Dato’ Karim ketua jabatannya berada di rumah mertuanya. Lelaki yang memakai seluar jeans lusuh dan berbaju kemeja kosong berwarna biru muda itu sedang tersenyum melihatnya.

“How do you like my surprise?” Hana Aishah mendengar bisikan lelaki itu sebelum tangan lelaki itu sekali lagi memeluk pinggangnya daripada belakang.

“Assalamualaikum Hana” Hana Aishah tersenyum kekok. Dia tidak faham apakah yang sedang terjadi. Fakhrul menarik Hana Aishah untuk mendekati bos Hana Aishah itu.

“This is my abi dan ibu” Hana Aishah terkejut melihat senyuman lebar di bibir suaminya itu. Senyuman yang Hana Aishah pernah lihat lelaki itu berikan hanya untuknya.

“Abi?” Hana Aishah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Wanita yang duduk di sebelah Dato’ Karim itu bangun sebelum memeluk Hana Aishah erat. Lagilah Hana Aishah terkejut dibuatnya.

“Cantiknya menantu ibu” wanita yang memakai tudung labuh itu menghadiahkan ciuman ke dahi Hana Aishah yang semakin bingung itu.

“Jom duduk dekat sebelah ibu” Hana Aishah melihat ke arah suaminya yang melepaskan pelukannya.

“Sayang janganlah curi sorang - sorang. Menantu abang jugak” isteri kepada Dato’ Karim yang berbadan lansing tinggi itu mengenggam tangan kiri Hana Aishah erat.

“No wonder you’re always after her” Dato’ Karim menepuk paha Fakhrul yang sudah melabuhkan punggung di sebelah lelaki itu.

“Hana kenapa muka macam tu?” Puan Sri Maria yang melihat menantunya yang terkebil - kebil itu bertanya.

“Uncle. What a surprise? I thought you’re still at DC. When did you arrive?” sebelum sempat Hana Aishah nak menjawab pertanyaan mertuanya, Fakhih yang baru melangkah masuk ke ruangan itu menegur Dato’ Karim.

“Just arrive this am. I can’t miss his wedding” Fakhih menyalami tangan Dato’ Karim dan mencium tangan itu.

“Well actually we missed it already. Abang lah ni. Sayang dah cakap dah flight mesti delay. Suka buat kerja last minute “ muka isteri Dato’ Karim bertukar masam.

“Ye lah sayang. Abang mintak maaf lah we missed our son’s wedding” Hana Aishah yang mendengar ayat tu terus mendiri dan menuju ke arah Fakhrul.

“What didn’t you tell me?” Hana Aishah sudah berdiri bercekak pinggang di hadapan Fakhrul yang masih duduk bersahaja.

“Ya Allah. Bertuah punya budak. Angah didn’t tell you ke Hana?” Puan Sri Maria memandang muka anak lelaki itu. Lelaki itu hanya tersenyum simpul.

“Tak. Mama tengoklah anak mama ni. Suka buli Hana” Hana Aishah bergerak lemah ke arah Puan Sri Maria sebelum memeluk bahu ibu mertuanya. Mukanya sudah masam mencuka.

“You really didn’t tell her Fakhrul?” Dato’ Karim memandang muka Fakhrul sebelum tawanya pecah.

“Bagitau apa ni mama? Hana tak faham lah” Hana Aishah betul - betul bingung dengan perbualan mereka.

“Ya Allah. Angah ni pun. Patutlah Hana pelik bila ibu peluk. Ibu ni ibu susu Fakhrul” mulut Hana Aishah ternganga luas mendengar ayat isteri Dato’ Karim itu.

“You ... Dato’ ... you “ muka Hana Aishah yang kaget itu membuatkan kesemua orang di ruangan itu menahan tawa.

“Oh my god! Oh . My . God. Like oh my God” Hana Aishah tengah berusaha menyerap segala maklumat yang di baru dapat ini.

“Hana . Ok tak ni?” Puan Sri Maria risau pula melihat menantunya yang kelihatan benar-benar terkejut itu.

“Ok mama. Its just that its so big and I didn’t know anything about it” Hana Aishah menjeling ke arah lelaki itu yang masih membuat muka bersahaja.

“Tu lah angah ni” Puan Sri Maria menggelengkan kepalanya mendengar kerenah anaknya itu.

“Jap. Let me wrap my head around it” Hana Aishah menyandarkan tubuhnya sebelum memandang ke siling rumah itu. Corak siling plaster yang mewah itu tidak menarik perhatiannya pun tetapi dia perlu menghadamkan maklumat yang baru dia terima.

“Why didn’t you tell me?” Hana Aishah memandang tepat ke arah lelaki itu.

“Because you didn’t ask me and I don’t feel the need to do so” selamba sahaja lelaki itu menjawab. Dato’ Karim menggelengkan kelapanya mendengar jawapan anak susuannya itu.

“Fine then” Fakhrul memandang muka Hana Aishah yang bertukar keruh itu. Hana Aishah mengangkat punggungnya sebelum bergerak keluar daripada ruangan itu.

“Hana nak pegi mana tu?” Tan Sri Fadhil yang melihat perubahan reaksi Hana Aishah itu bertanya apabila melihat menantunya berjalan meninggalkan mereka tanpa sepatah kata.

“Keluar jap papa. Ambik angin . Panas dekat sini” tenang nada Hana Aishah menjawab sambil matanya memandang tepat ke arah Fakhrul. Kakinya dihentikan selepas beberapa langkah.

“Hana nak pinjam kereta anyone. Kereta Hana dekat Subang Jaya” Fakhrul yang mendengar ayat Hana Aishah itu mengetap giginya.

“I didn’t say you can go out” suasana di dalam ruangan itu bertukar kekok apabila Fakhrul bersuara.

“Anyone? Kalau tak Hana jalan kaki je” Hana Aishah meneruskan langkahnya apabila pertanyaannya tidak berjawab. Dia tidak mengendahkan ayat suaminya itu.

“Come. I’ll drive you“ Fakhih bangkit daripada tempat duduknya dan mengikuti jejak langkah adik iparnya itu

“Along. Mind your own business” Fakhih lansung tidak ambil hati dengan kekasaran adik lelakinya itu. Dia sudah terbiasa dengan perangai Fakhrul yang kasar itu.

“She is my business. Angah tak tau kot , Hana dengan Along ni bestfriend. So friends before bros“ selamba Fakhih menjawab sambil berlalu pergi.

Fakhrul mengepal penumbuknya sebelum bangun daripada sofa itu. Kakinya melangkah pergi menaiki tangga dan menuju kebiliknya. Amarahnya sedang memuncak melihat kelakuan Hana Aishah tadi.

Kedua - dua pasangan tua yang masih berada di ruang tamu itu pula berpandangan sesama sendiri melihat adegan yang berlaku di hadapan mereka.

“That escalated rather quickly didn’t it” Dato’ Karim memandang ke arah isterinya Fatimah itu. Muka wanita itu kelihatan risau memikirkan anak susuannya itu.

“Degil” Puan Sri Maria memandang ke arah wajah suaminya yang kelihatan tegang itu. Dia mengharapkan apabila anak sudah berkahwin perangai anak itu akan berubah tetapi sangkaannya meleset sama sekali.

“Kesian Hana” hati ibunya berbisik sedih melihat cara Fakhrul melayan isterinya itu. Tidak ubah seperti satu harta milik lelaki itu.

*************************************

Hana Aishah yang memakai baju kelawar berlengan panjang itu memandang ke arah suaminya. Lelaki itu sedang berbaring di atas sofa yang dia diaminya subuh tadi.

Sekembalinya dia daripada outing bersama abang iparnya , Hana Aishah tidak nampak bayangan suaminya lansung. Dato’ Karim dan isterinya sudah pulang terlebih dahulu.

Sepanjang hari tadi , dia habiskan dengan Mary Irina dan keluarga mertuanya. Habis dia teroka segenap rumah agam itu. Tersenyum dia melihat kolam mandi yang besar di sudut botanik rumah itu. Rancangannya esok hari ialah bermandi - manda bersama Mary Irina di kolam renang itu.

Sewaktu dia naik ke bilik untuk menunaikan solat zohor dan asar lelaki itu lansung tidak mengendahkan Hana Aishah. Sudahnya Hana Aishah solat sendiri.

Suaminya sibuk membuat kerja di sudut kerjanya. Sewaktu makan tengah hari dan malam suaminya tidak turut serta. Perasaan bersalah menyerang diri Hana Aishah membuatkan dia tidak dapat duduk diam.

Perbualannya dengan Fakhih sewaktu mereka menunggu pesanan McD pandu laju bermain di mindanya.

*********************************

“I was surprised when I saw him brought you back” Hana Aishah memalingkan mukanya memandang Fakhih yang duduk di kerusi pemandu itu.

“He had never brought any girls back home so when he brought you home I know you’re it for him” Hana Aishah hanya diam seribu bahasa. Kata - kata abang iparnya itu benar - benar membuka matanya.

“Kenapa Hana?” setelah beberapa ketika mereka melayan suasana senyap itu , Hana Aishah menanyakan soalan yang dia sendiri tidak faham sehingga sekarang.

“Honestly I ask him the same question that night he told us to ask for your hand in marriage. His answer was ‘I want her I get her’” Fakhih ketawa besar tetapi apabila melihat muka Hana Aishah yang bertukar suram itu , terhenti terus tawanya.

“I’m a property. Hana pun manusia , ada perasaan. I have feelings and I have my needs” suara sebak Hana Aishah membuatkan Fakhih merasa bersalah. Ketukan di tingkap kereta Range Rover itu membantutkan niat Fakhih untuk memujuk adik iparnya itu.

Fakhih yang sedang memandu pulang ke rumah agam mereka sesekali memandang ke arah Hana Aishah . Double cheese burger yang dipegangnya itu lansung tidak dijamah adik iparnya itu.

“Since small he doesn’t know how to ask for things. He’s always the odd one among us 3. Whatever he wants he works for it” Hana Aishah masih lagi membisu.

“So he feels like he’s not obligated to please others. The only person that’s matter to him is himself. Because ... well he earn everything that he has till today” Fakhih mengeluh panjang mengenang perangai adiknya seorang itu.

“I don’t know why he choose you but I’m really hoping that this will be the turning point for him. With you he’s different “ Hana Aishah tertawa hambar mendengar kata - kata abang iparnya itu.

“Different apa, sama je. My feelings is not important to him. I’m nothing but a possession to him. I need to follow his whims” sungguh hatinya sudah tawar dengan suaminya dan ini baru hari kedua mereka bergelar suami isteri.

“Trust me . He’s different. That day when he knew you came during your postcall to send the durian, he has a big fight with papa at office. I’ve never see him care about another person , not even mama , as much as he cares about you” Fakhih terkejut menerima kedatangan Fakhrul di pejabat mereka hari itu. Lelaki itu memarahi Tan Sri Fadhil kerana menyusahkan Hana Aishah. Tan Sri Fadhil hanya menadah telinga mendengar amarah anak keduanya itu.

“He just don’t know how to ... how do I say this. He don’t know how to show his love I guess” Hana Aishah memandang ke arah abang iparnya yang memakai seluar pendek paras lutut dan T Shirt tanpa lengan itu. Gaya mereka berdua sangat berlainan.

“He’s so used to being on his own. Hana percaya tak kalau Along cakap we’ve never converse more than 15 minutes and our convo is never personal?” pengakuan Fakhih itu benar - benar mengejutkan Hana Aishah.

“Tak kan lah. Waktu kecik time dia bukan robot tu” Fakhih tergelak mendengar kata - kata Hana Aishah itu.

“Percayalah dari kecik sampai besar gajah tu , macam itulah perangai dia. Tak pernah mintak apa - apa. Tak pernah bagi tahu anything personal. Semua dia urus sendiri” sukar untuk Hana Aishah percaya kata - kata Fakhih itu tetapi itulah hakikat lelaki yang bergelar suaminya itu.

“So he’s not only a perfectionist but also obsessed with himself. Great Along. Just great. Now nothing will work except that I have to follow all his order cause he don’t listen to anyone except himself” muka Hana Aishah yang cemberut itu sangat kelakar di mata Fakhih tetapi dia tidak sampai hati hendak menertawakan Hana Aishah.

“No girl. Don’t you get my point here. Everything becomes an exception when you’re involved. So grab the opportunity “ Hana Aishah menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

“Aduh peninglah Along. Cuba cakap straight to the point” Fakhih menggelengkan kepala mendengar omelan adik iparnya itu.

“Ish budak ni. Use your claws la girl. Mintak tu cuba manja - manja sikit. And don’t wait for him to tell you everything cause that will not happen. Jadi macam hari ni, sendiri makan hati” Fakhih menertawakan Hana Aishah sehingga gadis itu menarik muka masam.

“Jahat lah Along ni. Suka gelakkan Hana. Putus kawan” Hana Aishah mengunyah burgernya yang sudah sejuk itu.

“Pandailah sekarang nak putus kawan. Tadi Along sikit lagi nak kena penumbuk laki Hana. Tapi kerana bff Along ni sanggup ku redahi” Hana Aishah mencebikkan mulutnya.

“Alah. Along nak makan Mcd tapi takut Kak Idora tahu kan. Tu yang guna alasan bawak Hana lepas tu tup tup dah sampai McD” Hana Aishah menjelirkan lidahnya kepada Fakhih yang sudah tergelak besar itu.

“You see. Along bagi tips about marriage. We can still have our guilty pleasure without our partner knowing it. You gotta be smart like me” Hana Aishah tidak kering gusi tengah hari itu melayan telatah abang iparnya. Lega hati Fakhih melihat Hana Aishah yang sudah kembali ceria itu.

*********************************

Perlahan - lahan kakinya digerakkan menghampiri sofa berbentuk L yang berwarna krim itu. Tubuh suaminya yang sedang terbaring terlentang itu diselimut sehingga ke paras paha. Tangan kanannya menutupi bahagian matanya.

“Ya Allah, kau lembutkanlah hati suami aku” hatinya berdoa dan berzikir. Seram sejuk dia mahu mendekati lelaki itu tetapi dia perlu memperbetulkan keadaan mereka.

Punggungnya dilabuhkan di atas karpet di tepi sofa itu. Dengan lafaz bismillah tangan kanannya mencapai lengan kanan suaminya dan menarik lembut.

“Ishh” lengan kanannya direntap kasar daripada pegangan Hana Aishah sebelum keluhan kasar lelaki dilepaskan. Badan lelaki itu diiringkan ke kiri membelakangi Hana Aishah.

Hana Aishah menelan air liur melihat rajuk suaminya itu. Sudahlah memang dia tidak tahu cara pujuk memujuk ini. Sekali lagi tangan kanannya memaut lembut bahu suaminya.

“Youuuuu....” panjang Hana Aishah memanggil. Suaranya dilembutkan. Tangannya sudah memicit - micit bahu yang tegang itu. Marah sangat agak , keras sangat bahu suaminya itu.

“Fakhrul” sekali lagi dia memanggil. Punggungnya sudah diangkat sebelum dia duduk di birai sofa itu. Adalah ruangan sedikit untuk punggungnya dilabuhkan kerana kedudukan lelaki itu yang mengiring.

“Wake up please. Kata nak tidur satu katil dengan I” Hana Aishah menebalkan mukanya mengajak suaminya itu untuk tidur sekatil. Ini baru malam kedua dah kena pisah tempat tidur, kalau Teacher Basirah tahu bernanah telinga Hana Aishah dileternya.

“I tak larat nak angkat you macam you angkat I. Badan you kan sado , karang I angkat penyet badan I you himpap” Hana Aishah menarik bahu yang mulai lembut selepas diurutnya. Badan lelaki itu dikeraskan.

“Jom lah teman I tidur atas katil tu. I tengok cerita The Nun dengan Along tadi. I takut nak tidur sorang” tiba - tiba lelaki itu mendudukkan diri sehingga menyebabkan Hana Aishah hilang pertimbangan.

“Aaahhh” Hana Aishah sempat memaut leher suaminya, kalau tidak dia akan jatuh untuk kali yang ketiganya sejak mereka berkahwin.

“Why bother asking me , go ask Along to accompany you. You watch the movie with him right” Hana Aishah yang sedang memaut leher Fakhrul itu membalas renungan tajam suaminya.

Walaupun kecut perut dia berhadapan dengan amarah lelaki itu tetapi dia beranikan diri. Dia membetulkan kedudukannya dan dengan selambanya duduk di atas riba Fakhrul.

“Mana boleh. Time kursus kawin hari tu , Ustaz cakap suami isteri kena tidur sekatil. Dia tak cakap pulak adik ipar boleh tidur sekatil dengan abang ipar” Hana Aishah membuat suara naifnya dengan muka polos.

“Time kursus kawin , ustaz ada cakap tak isteri keluar rumah kena mintak izin suami? Kalau suami tak izinkan , malaikat akan laknat sepanjang perjalanan dia” ayat pedas itu membuatkan hati Hana Aishah seperti dihiris pisau.

Matanya terus bergenang. Wajahnya ditundukkan. Tangannya yang tadi memeluk leher suaminya itu jatuh ke ribanya. Dosanya dirasakan bertimpa - timpa.

“Ustaz ada cakap tak berdosa kalau menolak bila suami ajak bersama? Ustaz ada cakap tak adab bercakap dengan suami?” soalan bertubi - tubi daripada suaminya itu tidak mampu Hana Aishah jawab. Air matanya sudah menitik satu demi satu.

“Nak abang tambah lagi tak? If you’re done for tonight then I want to sleep” perasaan amarah Fakhrul masih belum redha.

Sakit hatinya kerana isterinya melawan cakapnya terang - terangan di hadapan ahli keluarganya. Sikap Hana Aishah itu benar - benar mencabar egonya. Matanya masih merenung tajam ke arah Hana Aishah yang sedang duduk di atas ribanya itu. Wajah isterinya itu hanya tertunduk memandang pahanya semenjak dari tadi.

Perlahan - lahan punggungnya isterinya diangkat. Fakhrul tertawa sinis melihat usaha isterinya yang hanya hangat - hangat tahi ayam. Hendak memujuk pun tidak bersungguh - sungguh.

Dia sangkakan isterinya akan kembali ke katil kelamin mereka meninggalkan dirinya di sofa itu tetapi sangkaannya meleset. Hana Aishah duduk bersimpuh di atas karpet di kaki sofa yang sedang diduduki Fakhrul itu. Wajahnya masih menunduk. Rambut isterinya itu disanggul tinggi menampakkan leher jinjang isterinya.

“Aishah... Ai... Aishah mintak maaf. I tak reti nak layan you. Until today I couldn’t wrap my head around the fact that I’m married to you. I fought this marriage so much because I thought this is not the right fit for me. I don’t know how to act like a ... emm .. like a wife” sebak suara Hana Aishah berbicara.

“I tak pernah mintak kita jadi macam ni. I’ve always imagine falling in love to my husband, knowing everything about the love of my life. But you came so suddenly. Out of no where. I know nothing about you. And then suddenly we’re married. I’m still fighting all the bad memories that I have of us . But ... but ... it doesn’t matter kan” air matanya mengalir seperti air terjun.

Bahunya sudah terenjut - enjut menahan tangisannya. Lama dia berhenti. Hana Aishah menarik nafas dalam sebelum dikesat air matanya. Wajahnya diangkat dan dia memandang tepat ke dalam mata Fakhrul.

“Aishah tak nak jadi isteri derhaka. I don’t want to go to hell. So if you nak I layan you ... then .. I ... akan layan you. I akan dengar semua cakap you lepas ni. I won’t question you anymore” dikuatkan dirinya supaya suara tidak bergetar.

Fakhrul memandang muka isterinya yang sudah sembap itu. Dadanya terasa sakit melihat tangisan gadis itu. Pelbagai perasaan menyesakkan dadanya saat itu. Kakinya diturunkan ke karpet. Dia menarik isterinya berdiri ikutnya. Matanya tidak putus memandang ke dalam anak mata Hana Aishah yang berwarna coklat gelap itu.

“Sayang...” hanya satu perkataan itu menitir di bibirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience