Chapter 32

Romance Completed 634252

“Ish mana pulak minah ni?” sesekali mata Hana Aishah memandang ke arah tingkap di pintu dewan bedah itu. Hatinya berdegup kencang melihat rakannya sedang membantu bosnya mengeluarkan bayi daripada rahim ibunya.

Hari ini masuk hari ketiga Hana Aishah mula berkerja sekembalinya daripada menunaikan umrah. Agak kekok juga kerana sudah lebih tiga minggu Hana Aishah meninggalkan tugasannya.

“Dr Hana , mana MO? Dr Tijah kan hari ni?” Kak Zura bidan yang Hana Aishah kenali itu bertanya. Sewaktu Hana Aishah berkhidmat di jabatan perbidanan Kak Zura banyak membantunya walaupun pada awalnya bidan seorang itu kelihatan garang.

“A’ah kak. Tu lah , tadi Dr Tijah suruh saya pergi dulu. Ada baby desat tadi, so dia baru habis intubate” Hana Aishah yang sedang membantu bosnya memasukkan semula tiub penafasan untuk seorang bayi pramatang yang tiba - tiba tidak stabil telah diarahkan untuk pergi bersiap sedia untuk menerima bayi ini yang akan dilahirkan secara pembedahan kecemasan itu.

“Hana kau pegi standby dulu. Kejap lagi aku datang once I’ve confirmed the placement “ Dr Tijah mengarahkan anak buahnya itu untuk pergi bersiap sedia di dewan bedah kerana waktu hujung minggu seperti ini hanya ada seorang MO sahaja , maka semuanya harus diuruskan oleh Dr Tijah. Dia yang memang terkenal dengan kesibukannya cuba untuk tidak cemas.

“Akak dah prepare neopuff? Term kan kak?Tadi ARM liquor moderate meconium ye kak?” Hana Aishah memastikan semua semua informasi yang dia dapat tadi adalah betul. Ibu yang berumur 42 tahun ini mempunyai penyakit darah tinggi dan kecing manis sewaktu mengandung. Dia yang menerima panggilan sewaktu mereka menolak pesakit ke dewan bedah.

“A’ah Dr. Tadi akak check perut kecik la Dr. Akak rasa macam kurang dari 2.5kg. Os dah bukak 5 cm bila sampai labour room MMSL and fetal brady down to 80. Tu yang Dr Izzah suruh proceed dengan caesar” Hana Aishah mempercayai bidan yang lebih berpengalaman kerana itu dia sudah menyediakan tiub penafasan bersaiz kecil untuk bayi yang bakal lahir itu.

“Ok kak. Saya rasa baby nak out dah tu. Akak tolong saya ye nanti” Kak Zura menganggukkan kepala sebelum kembali memastikan barang - barang sudah tersedia. Hana Aishah membuang perasaan berdebarnya dan mengingati kembali semua pengalamannya membantu MO nya mengendalikan resusitasi bayi yang baru lahir.

“Baby out at 3.49pm?” dia dapat mendengar laungan Kak Zura yang menyambut bayi yang baru dikeluarkan daripada rahim ibunya tetapi yang merisaukannya apabila tiada tangisan yang didengarinya?

“Baby term , not crying , limp , liquor thick meconium” Hana Aishah memberi rumusan awal apabila melihat bayi yang tidak menangis itu sambil memulakan langkah - langkah awal resusitasi bayi tersebut.

Selepas 15 saat dia mengeringkan dan menyedut bendalir keluar daripada hidung dan mulut bayi tersebut dan bayi tersebut masih tidak menunjukkan tanda - tanda hidup , Hana Aishah memberi bantuan oksigen.

“Akak, tolong continue PPV ni kejap, saya nak kira heart rate” nadi bayi tersebut hanya 50 , sangat rendah untuk seorang bayi. Hana Aishah mengambil alih dan memberikan bantuan penafasan.

Selepas hampir 2 minit dia memberikan bantuan oksigen dan mencuba pelbagai cara untuk menyedarkan bayi itu , Hana Aishah membuat keputusan untuk memasukkan tiub penafasan untuk bayi tersebut.

“Akak prepare blade size 0 , ETT size 2.5 . Saya nak intubate because although there is chest rise but the heart rate is not increasing” walaupun bidan tersebut tidak yakin dengan kemampuan Hana Aishah untuk memasukkan tiub penafasan, tetapi sekarang nyawa bayi ini lebih penting.

“Bismillahhirrahmanirrahim. Ya Allah please ease my way to help your new Khalifah” dengan sekali cubaan , Hana Aishah berjaya memasukkan tiub penafasan dan pada waktu itu dia dapat dengar pintu masuk ke dewan bedah itu terbuka.

Dr Tijah membantu Hana Aishah untuk memastikan tiub penafasan terletak dengan sempurna di dalam salur penafasan bayi itu. Sambil itu Dr Tijah memeriksa nadi dan penafasan bayi itu , Hana Aishah memberikan penerangan kepada bosnya tentang keadaan bayi tersebut.

“Good call Hana. Lets see if the heart rate increase” Hana Aishah menerangkan lebih mendalam sejarah ibu bayi tersebut sewaktu di dewan bersalin tadi. Dr Tijah membiarkan Hana Aishah mengetuai resusitasi itu sambil dia memantau cara anak buahnya itu.

“Ok good job Hana, heart rate now is 120. So what do you want to do now?” Dr Tijah menganggukkan kepalanya dan membantu Hana Aishah untuk membuat persediaan akhir sebelum memindahkan bayi tersebut ke dalam inkubator untuk di bawa ke unit rawatan rapi neonatal NICU.

“Hana , I’m very proud of you. Thank you for helping me out today. I got stuck with the prem baby tadi but you did a good job with the baby. Even though they are few things that you need to be polish but you made a good call” jam menunjukkan pukul 5.30 petang. Hana Aishah yang baru selesai menulis nota di dalam PC itu tersenyum mendengar pujian bosnya itu.

Dr Tijah yang berbadan tinggi lampai dan kurus itu memang terkenal dengan ketegasannya. Wanita yang memakai kaca mata bulat berbinkai tebal itu sering digeruni anak buahnya termasuk Hana Aishah tetapi hari ini dia merasa gembira apabila bosnya itu menepuk bahunya bangga.

Sejujurnya Hana Aishah takut untuk membuat keputusan untuk memasukkan tiub penafasan untuk bayi tersebut tetapi apabila melihat keadaan bayi yang tidak menunjukkan respon itu , dia cuba meletakkan dirinya sebagai MO dan membuat keputusan tersebut.

“Saya takut tadi Dr. Tapi saya ingat balik waktu Megacode practice dengan Dr Lisa. I did the initial step but no increase in heart rate thats why i decided for intubation. I’m so glad Allah ease my way to intubate that baby. Thank you Dr” jujur Hana Aishah akui.

“Oh you havent done your Megacode? Yes, you follow the correct flow. Its ok Hana. I pun still takut until now but it will go away by time” selepas mereka membawa bayi tersebut ke NICU , Dr Tijah membenarkan gadis itu untuk mengendalikan bayi tersebut sehingga akhir. Sepanjang waktu itu , Dr Tijah menegur dan membetulkan apa - apa yang Hana Aishah tertinggal ataupun tersalah.

“You know what Hana , you did a wonderful job today and consider you pass you Megacode already” Hana Aishah tersenyum lebar. Jabatan Paediatrik adalah jabatan yang sangat memenatkan kerana jumlah penilaian yang perlu mereka lalui terlalu banyak ditambah pula dengan bebanan kerja yang banyak.

“Thank you Dr. But I didn’t bring my Megacode assessment sheet?” Hana Aishah bersyukur sangat kerana sekurang - kurangnya dia hanya tinggal 1 penilaian akhir sahaja.

Setiap houseman yang melalui jabatan kanak - kanak ini perlu melalui ujian resusitasi bayi yang baru lahir . Hana Aishah telah lulus bahagian teori tetapi masih menanti tarikh untuk melalui ujian praktikal.

“It’s ok Hana . See me on Monday ok. And you can go back early today” tidak putus mulutnya mengucapkan terima kasih kepada Dr Tijah.

Ini adalah satu pengalaman yang bermakna untuk Hana Aishah. Bukan semua pelatih dapat peluang untuk mengintubasi bayi , tetapi dia bersyukur kerana dia mendapat peluang sebegini
*************************************


Selesai Hana Aishah menunaikan solat Asar tadi , dia meneruskan langkahnya menuju ke pondok bas yang terletak jauh daripada hospital. Dia sempat membersihkan dirinya dan menukar baju skrub berwarna biru yang dipakainya tadi.

Sesekali mata Hana Aishah memandang ke arah jam di telefon bimbitnya. Suasa yang masih panas itu , tidak membantu dirinya yang sudah mula berpeluh itu.

“Nak call ke tak nak?” Hana Aishah dapat merasakan peluh mula merecik di dahinya. Dia yang memakai seluar palazzo berwarna krim dipadankan dengan blaus bertemakan flora itu dapat merasakan peluh - peluh mula menitik.

Baru dia hendak mendail nombor lelaki itu , kereta BMW berwarna hitam berhenti di hadapannya. Selepas memandang ke kiri dan kanan untuk memastikan tiada saksi , Hana Aishah mempercepatkan langkah dan memboloskan diri ke dalam kereta mewah itu.

“Ya Allah , panasnya. Lambat betul Mr Fakhrul ni” Hana Aishah membebel sampai dia mengipas shawl crumple berwarna turqiose itu. Fakhrul meneruskan pemanduannya menjauhi hospital dan memasuki lebuhraya ELITE menuju ke destinasi mereka.

“Are you skipping work early , as far as I know Paeds punch out at 7pm” Hana Aishah menghadiahkan jelingan maut mendengar tuduhan lelaki itu. Fakhrul tampak kasual memakai jeans berwarna hitam dipadankan dengan T Shirt berkolar berwarna hijau muda itu.

“Eee , mulut tu suka hati je tuduh. Cili baru tau. Dr Tijah let me off early lah” sambal membebel memarahi Fakhrul , sebelah tangan Hana Aishah bergerak menghalakan penghawa dingin ke arahnya. Sebelah lagi tangannya menguatkan tahap kelajuan penghawa dingin tersebut. Diselakkan sedikit kain tudungnya bagi mengurangkan kepanasan yang dirasainya itu.

“Next time don’t be sneaky. You’re asking for it. I didn’t ask you to wait at the bus stop. You could’ve wait at the hospital lobby but you`re asking for it” Hana Aishah menarik muncung sedepa. Dia tidak mahu sesiapa melihat dia menaiki kereta Fakhrul.

“Yeah, just let everyone see us together so our ass can be drag to the Pengarah room again. Nope, thank you” Hana Aishah dapat merasakan suhu badannya menurun sedikit. Panas pula cuaca petang itu. Tekaknya merasa haus pula tetapi dia lupa untuk membeli air mineral sewaktu melintasi kedai serbaguna di lobi hospital itu.

“Language Aishah and we’re getting married in 2 weeks time, I don’t see any problem with it” Fakhrul hanya mampu menggelengkan kepalanya melihat Hana Aishah menjelirkan lidah.

“Saya ni bukan budak - budak ye Mr Fakhrul. Don’t treat me like one” Hana Aishah dapat merasakan kegembiraan yang dirasainya sebentar tadi semakin pudar. Perasaan jengkel mula menguasai hatinya.

“Act like one Aishah only then I’ll treat you as such. You haven’t distributed the card?” Hana Aishah diam seribu bahasa. Dia tidak mahu menjemput kenalannya daripada hospital. Berapa lama dia mampu menyembunyikan rahsia ini , Hana Aishah pun tidak pasti. Tetapi yang pastinya dia akan berusaha selama mungkin.

“You know right , they will eventually know about us. Why are you fighting this so much?” Hana Aishah dapat menangkap keluhan berat di dalam bicara Fakhrul. Lelaki yang tidak pernah mengeluh selama dia hidup tidak dapat menahan kepenatannya melayan kerenah seorang gadis bernama Hana Aishah.

“Hana Aishah” Fakhrul memanggilnya. Pada awalnya Hana Aishah agak terkejut mendengar cara percakapan lelaki ini yang semakin lembut sekembalinya Hana Aishah daripada umrah. Kekasarannya semakin kurang tetapi tidaklah hilang sepenuhnya. Hana Aishah masih membisukan dirinya.

“I like your outfit today. You should wear this style more often” entah mengapa pujian ikhlas yang keluar daripada mulut jejaka ini kedengaran seperti perlian. Hana Aishah menghadiahkan sebuah lagi jelingan kepada lelaki itu dan balasannya dia ditertawakan.

“Don’t act so innocent. This is your fault my whole wardrobe is gone. How could you do this and with my mom help some more?” kali ini kemarahan Hana Aishah adalah kuasa tiga.

“I thought you want to give this a try. Maybe you’re pushing it too much when it is meant for you” Hana Aishah menjengilkan matanya melihat Fakhrul yang sudah tersenyum lebar memerlinya. Ahh , bila mengingatkan malam sekembalinya dia daripada umrah itu dia terasa seperti mahu menjahit mulut Alif Haziq yang celupar itu.

*************************************


“Finish counting the stars?” Hana Aishah mengucap panjang apabila dia ditegur secara mengejut oleh lelaki itu. Usai mereka menunaikan solat maghrib dan isyak berjemaah berimamkan Kapten Azam , mereka terus menjamah kari daging istimewa Teacher Basirah.

“Ya Allah. Mr Fakhrul ni. Bagilah salam” Hana Aishah membiarkan sahaja Fakhrul yang sudah melabuhkan punggung disebelahnya.

Selepas membantu ibunya mengemas dapur , Hana Aishah melarikan diri sebentar untuk menyendiri. Nafasnya sesak setiap kali Fakhrul berada rapat dengannya dan lelaki itu pula mengambil setiap peluang yang terbuka untuk berdua dengannya. Ya Allah, tahap kerimasan Hana Aishah tidak terkata.

“Given. You were so gone daydreaming” Fakhrul memandang ke arah Hana Aishah yang sudah menukar bajunya memakai sepasang baju tidur kelawar berlengan panjang.

“Next time don’t wear like this when there is guest. I can see you body shape” Fakhrul menegur Hana Aishah. Sebelum sempat Hana Aishah membalas , laju lelaki itu memotongnya.

“Please” ternganga mulut Hana Aishah mendengar perkataan itu keluar daripada mulut seorang egois seperti Fakhrul.

“Ah... emmm... eee not fair” Fakhrul sudah tersenyum lebar melihat tips yang diberi kakak iparnya itu berjaya.

“How are you? I heard that you’ve been missing me” muka Hana Aishah terasa bahang. Hatinya berdegup kencang memikirkan rahsianya yang sudah bocor itu.

“Ee tak kuasalah nak rindu Mr Fakhrul. I actually enjoy my time without you ordering me around “ Hana Aishah cuba menyembunyikan getaran di dalam bicaranya.

“I know. You won’t miss me” Fakhrul tidak dapat menyembunyikan rasa kecil hatinya mendengar jawapan acuh tidak acuh Hana Aishah. Masing - masing melayan perasaan sambil memandang langit malam yang dipenuhi bintang itu.

“Aik. I thought you said you missed him that day, ni senyap pulak bila duduk berdua” suara Alif Haziq memecah ketenangan yang menyelubungi mereka. Fakhrul memandang ke arah Hana Aishah yang sudah seperti singa mahu menerkam mangsanya.

“What the hell Alif. I never said that. Kak dik smack down kau jugak nanti” Hana Aishah rasa seperti mahu bumi menelannya sekarang juga. Dia tahu pasti Fakhrul sedang tersenyum kemenangan.

“Well you didn’t say that but remember 3 days ago when you woke up for zohor and suddenly you haven’t stop talking about him” Alif Haziq mengundurkan langkahnya apabila dia melihat Hana Aishah yang sudah bersedia untuk menerkamnya.

“That’s it . You’re dead” muka Hana Aishah sudah seperti tomato , nasib baik kulitnya berwarna coklat susu . Kalau tidak pasti Fakhrul dapat melihat bukti kebenaran kat – kata Alif Haziq itu.

“That’s not it abang. She told me she want to give this a try and maybe you are her jodoh after all. And and .... “ Hana Aishah sudah berlari mengejar Alif Haziq.

“And Alif rasa her istikharah works . Arghh . Ahh ..... “ Hana Aishah berjaya menerkam Alif Haziq dan menutup mulut adiknya itu. Dia dapat melihat Fakhrul yang sedang menertawakannya. Ya Allah , dia benar - benar mahu hilang daripada tempat itu saat ini.

“Cause suddenly she was like , lets buy this for him and mmmm” Hana Aishah menyumbat jarinya ke dalam mulut Alif Haziq sehingga adiknya itu hamper tercekik. Fakhrul hanya tersenyum lebar melihat gelagat dua beradik yang sedang bergelut di hadapnnya itu.

“Ya Allah , anak dara tak senonoh. Apa ni adik , panjat - panjat Alif. Nak jadi isteri orang pun still tak senonoh” Hana Aishah dapat merasa tamparan ibunya di punggungnya. Dia yang sedang berada diawangan kerana dia memeluk Alif Haziq daripada belakang sambil adiknya itu cuba untuk memboloskan dirinya.

“Mak tolong. Kak Dik ni dah buang tabiat. Dia nak peluk Abang Fakhrul tak dapat , dia peluk Alif” Hana Aishah mengetuk kepala adiknya itu. Alif Haziq sengaja mengenakan dia.

“Sudah mak cakap. Adik , let Alif go. Both of you stop now” suara ibunya sudah naik senoktah, maka Hana Aishah pun melepaskan adiknya dalam keterpaksaan.

“Ya Allah, what`s with all the commotion ni” Kapten Azam yang sedang mengendong Wahiey itu memunculkan diri ke lama rumah yang disinari lampu oren itu.

“Anak abah la ni. Dua – dua buat malu. Sorang nak kawin tak sedar diri , sorang lagi nak tinggi macam galah tapi nak bergaduh macam budak sekolah rendah” Hana Aishah sempat mencubit pinggang adiknya sehingga Alif Haziq mengaduh kesakitan.

“Mak , tengok kak dik” Alif Haziq memeluk ibunya sekaligus menyembunyikan dirinya di sebalik ibunya.

“Siap Alif. Akak buat WWE move kejap lagi” Hana Aishah yang sedang bercekak pinggang itu menjeling adiknya tajam. Kapten Azam pula menertawakan dirinya.

“ Ni lah perangai sebenar bakal isteri Fakhrul. Bersedialah nak kena WWE dengan dia” Kapten Azam sempat bergurau dengan Fakhrul yang sedang memandang adegan itu dengan muka tidak percayanya.

“WWE pun WWE la abah. After marriage we`ll figure it out” Fakhrul memandang Hana Aishah dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Dia pasti Alif Haziq memberitahunya kebenaran kerana melihat cara Hana Aishah yang cuba menahan adiknya itu , dia sudah mendapat kepastiannya.

“Ya Allah , can I just disappear now” Hana Aishah pula mengharapkan ada pintu Doraemon yang boleh dia lalui untuk melarikan diri daripada situasi ini

Sepanjang malam itu , mata Hana Aishah tidak putus daripada melihat adiknya Alif Haziq dan Fakhrul yang rancak berborak. Dia tidak tahu apa yang diberitahu Alif Haziq kepada Fakhrul dan dia mengharapkan adiknya tidak memberitahu tentang mimpinya di Mekkah 3 hari sebelum mereka kembali ke Tanah Air.

“ Ya Allah Kak Dik. Kot ye pun rindu janganlah obvious sangat pandang abang Fakhrul macam nak makan dia. Obvious sangat tau” Hana Aishah yang sedang bersila di atas karpet di ruang tamu rumah mereka dengan anak saudaranya dan Mary Irina. Kesemua mereka yang sudah memakai pijama itu sedang bermain dengan lego manakala mata Hana Aishah pula seperti burung helang sedang memerhatikan Alif Haziq dan Fakhrul yang duduk di sofa di ruangan TV.

“Shh. I`m trying to focus here” sesekali apabila Alif Haziq bertentang mata dengannya , matanya dijegilkan lantas adiknya itu menjelirkan lidahnya. Dia betul – betul mengharapkan adiknya tidak memberitahu tentang rahsianya. Alif Haziq ini pun , kalau nak bergurau pun adalah batasnya.

“Hana lapar ke. Kenapa gigit jari?” teguran Tan Sri Fadhil itu mengejutkan Hana Aishah daripada lamunannya. Dia memandang ke arah Tan Sri Fadhil yang memandangnya mesra.

“Tak lah uncle. Bad habit when I`m bored” Hana Aishah sempat mencipta alasan.

“Ke gigit jari sebab tak balas lamaran En Sulaiman” laungan Alif Haziq menyebabkan kesemua pandangan orang dewasa di dalam rumah itu dihalakan kepada Hana Aishah. Hana Aishah turut terkedu. Adiknya ini betul – betul mahu menjerumuskan Hana Aishah di dalam kanca masalah.

“Who is En Sulaiman dik? Bila masa dia melamar?” suara Kapten Azam yang bertukar serius itu membuatkan Hana Aishah menelan air liurnya. Dia menjeling ke arah Alif Haziq yang sudah mengenyitkan matanya kepada Hana Aishah.

“Nobody bah. Just some pervert duda anak sedozen tengah cari isteri. Alif ni kan” Hana Aishah memarahi Alif Haziq tetapi dia dapat melihat muka Fakhrul yang bertukar tegang itu.

“Did he harass you? Alif buat apa dekat sana? I thought I told you to take care of your sister” Alif Haziq hanya menggaru kepalanya sambal tersengih memandang muka Kapten Azam yang bertukar tegas itu.

“Tak lah bah. Adik tak layan pun. Alif tak tolong adik pun. Dia gelakkan adik adalah” giliran Hana Aishah pula mengenakan Alif Haziq.

“Budak dua orang ni kalau tak bergaduh tak sah” Teacher Basirah pula membebel apabila melihat suasana yang bertukar tegang itu. Dia berjaya menukar topik perbincangan mereka. Anak lelakinya itu memang suka bergurau tidak mengena tempat.

“So where`s my jubah?” Fakhrul berjaya menarik Hana Aishah ke laman bunga Kapten Azam. Ahli keluarganya yang lain sedang bersiap sedia untuk pulang.

“Mana ada jubah. What did Alif told you?” kelam kabut Hana Aishah membalas. Fakhrul sudah tersenyum simpul melihat Hana Aishah yang kelihatan resah itu.

“Hmm , he told me everything though. Which one specifically you want to know? Did the your daily istikharah , your long doa at Jabal Rahmah or the confession that..” Fakhrul sengaja merapatkan badannya supaya dia dapat berbisik di telinga gadis itu. Hana Aishah menjadi tidak keruan menanti bicara lelaki itu.

“Your love hate relationship with me or the fact that you drag him for 5 hours shopping for my jubah” Hana Aishah dapat merasakan segala darah di dalam badannya sudah disedut keluar. Dia betul – betul mengharapkan dia ada kuasa seperti anak perempuan The Incredible yang boleh hilang itu.

“Maaa .. naa.. aaa.. aa..da .. looovee” tergagap – gagap Hana Aishah membalas lelaki itu yang berada terlalu dekat dengannya sehingga nafas lelaki itu memukul telinganya. Dia berdoa agar degupan jantungnya yang selaju kereta lumba itu tidak didengari lelaki itu.

“Its ok. There`s plenty of time to dig from him. Malam ni tidur don’t dream about me ok sweetheart. Pity that boy have to hear you sleep talk about me” dan lelaki itu terus berlalu meninggalkannya. Hana Aishah pula terkaku berdiri di taman bunga Kapten Azam.

“ALIF HAZIQ!! YOU`RE DEAD!!” Hana Aishah sempat menjerit sebelum dia mengejar adiknya yang sudah berlari masuk ke dalam rumah. Ahli keluarga Tan Sri Fadhil dan Kapten Azam pula hanya mampu menggeleng kepala melihat telatah dua beradik itu.

*****************************


“Wah besarnya rumah Dr Hariz” pujian Hana Aishah itu disambut dengan tawa lelaki itu. Sepanjang perjalanan tadi Fakhrul sempat memberitahu Hana Aishah tentang perkahwinan mereka tetapi Hana Aishah hanya menjadi pendengar setia. Dia sudah lama berputus asa dalam membantu dalam urusan perkahwinan mereka kerana akhirnya semuanya akan mengikut kehendak lelaki itu. Untuk mengelakkan dirinya daripada kekecewaan , dia mengambil keputusan untuk tidak ambil peduli. Dia hanya perlu di majlis dan mengikut telunjuk lelaki itu, oelh itu lebih baik dia hanya mendiamkan dirinya,

“Besar lagi rumah your future husband” Hariz menjemput mereka masuk ke rumah banglo dua tingkat di sebuah perumahan elite di Sg Buloh itu.

Semalam Fakhrul menghubungi Teacher Basirah untuk menyampaikan pesanan kepada Hana Aishah bahawa hari ini dia ingin membawa Hana Aishah melawat anak rakannya. Lelaki itu sekarang sudah tahu strategi untuk membawa Hana Aishah keluar dengannya. Teacher Basirah sudah menjadi rakan baiknya. Hana Aishah terkejut apabila melihat almari bajunya sudah bertukar. Hampir tiga per empat pakaiannya telah didermakan dan digantikan dengan pakaian baru. Dia masih ingat pagi tersebut apabila dia mencari T – Shirt kegemarannya tetapi telah hilang.

“Rumah dia yang besar bukan rumah saya” Hana Aishah cepat – cepat melabuhkan punggung di atas kerusi sofa bujang. Dia dapat melihat Fakhrul menjelingnya tetapi hanya dibalas dengan senyuman kemenangan daripada Hana Aishah.

“Ehh , nanti lepas kawin bukan Hana kena duduk dengan Mr Fakhrul ke?” Hariz mengambil hadiah hamper berjenama Polo itu dan meletakkan di satu sudut bersama – sama hamper lain.

“Tengoklah, kalau teringin” Fakhrul sudah menjeling kea rah Hana Aishah tetapi tidak diendahkan gadis itu. Hariz hanya mamou tersenyum melihat kerenah pasangan di hadapannya itu.

“You want it or not , we`re living in the same house , in the same room and on the same bed” tegas bunyi arahan Fakhrul itu.

“Kalau ada jodoh , ada nyawa kita kawin lah. Semua tu kan takdir Mr Fakhrul. Tetiba Mr Fakhrul mati or saya mati ke or Mr Fakhrul nak kawin dengan orang lain ke. Anything can happen” Hana Aishah memberikan senyuman sinis kepada tunangannya itu.

“Ok enough both of you. It takes this guy 6 month to come and see my newborn so not ruining it with you bandits” Hana Aishah menarik muncungnya apabila niatnya untuk menyakitkan hati lelaki itu terbantut.

“Where`s the baby?” Fakhrul bertanya tanpa perasaan.

“You`re lucky we`re bestfriend and I know you. You `enthusiasm` didn’t surprise me” Hariz berlalu untuk mengambil anaknya di tingkat atas rumahnya. Hana Aishah pula sibuk memerhatikan dekorasi rumah Hariz itu. Bertemakan warna ungu , rumah itu kelihatan eksklusif dengan perabot moden berwarna serba putih itu.

“That wasn’t end of discussion woman” Hana Aishah tersentak apabila dia dapat mendengar suara lelaki itu betul – betul di telinga kanannya.

“Eee Mr Fakhrul ni. Kenapa suka sangat duduk dekat saya. Dah macam magnet, rimas tau” Hana Aishah menolak dada lelaki itu kebelakang tetapi pastinya tidak berjaya.

“You want to move on your own to sit there or I need to drag you?” dengan keterpaksaan Hana Aishah mengentakkan kakinya tanda protes dan melabuhkan punggungnya dengan kasar di sudut hujung sofa berkembar yang didiami Fakhrul sebentar tadi.

“Good girl and we`ll talk about what you said earlier in the car” muka Han Aishah sudah mencuka. Telefon bimbitnya seperti biasa berada di dalam pegangan Fakhrul. Hana Aishah rasa Kapten Azam yang tentera itupun tidak sebosan lelaki ini.

“Aik , dah tukar tempat” Hana Aishah memandang ke arah Hariz yang sedang menuruni anak tangga rumahnya dengan berhati – hati. Hariz sedang mengendong seorang bayi yang berada di dalam barutan biru sementara di sebelahnya pula isterinya Sazila sudah tersenyum memandang mereka ataupun lebih tepat , memandang kearah lelaki yang tidak tahu menghormati ruangan personal individu lain terutamanya Hana Aishah.

“Hi Fakrul. Took you so long to find our house” Sazila menyambut mesra lelaki yang masih membuat muka selambanya. Saliza yang memakai blaus tanpa lengan separa lutut itu kelihatan sangat anggun dengan rambutnya yang disanggul tinggi. Muka pan asianya berserta kulitnya yang putih gebu itu tidak memerlukan sebarang mekap pun.

“Busy with the wedding” Fakhrul memangku bayi Hariz yang bermata bundar itu. Bayi itu memandang ke arah Fakhrul dan menenung muka lelaki itu serius.

“ Assalamualaikum Dr Sazila . Saya HO Hana. Ehh salah. Hana je. Lupa bukan dekat hospital” Hana Aishah termalu sendiri kerana memperkenalkan dirinya sebegitu kerana sudah terbiasa. Hariz pula mengambil peluang untuk menertawakan Hana Aishah.

“Waalaikumussalam Hana. Nice meeting you. I`ve never met you at the hospital though” Hana Aishah hanya tersengih melihat satu lagi spesis orang British seperti Fakhrul di hadapannya.

“Saya pernah refer case dekat Dr but yup we`ve never meet in person previously. Cantiklah Dr just like what my friends have been telling me” Hana Aishah memuji wanita yang mempunyai bentuk badan yang cantik itu, lansung tidak kelihatan seperti orang yang baru lepas bersalin itu. Patutlah dia tidak pernah melihat Hariz menggatal di hospital. Ada isteri secantik ini di rumah.

“Thank you. You`re pretty yourself also. Like Bollywood actress” Sazila melihat kearah Hana Aishah yang duduk bersebelahan dengan Fakhrul itu. Dia sememangnya tidak pernah faham dengan sahabat baik suaminya ini, lelaki itu akan membuat keputusan yang tiada sesiapa pun faham seperti perkahwinan lelaki ini dan Hana Aishah.

“Adalah sikit macam Hindustan. Tapi tak banyaklah. Comelnya anak Dr. MasyaAllah. What’s his name? He kan sebab cantik so Aunty Hana confuse la” Hana Aishah mengagah bayi yang sedang dikendong Fakhrul itu. Daripada mukanya yang serius bayi itu tersenyum menampakkan gusinya apabila diagah Hana Aishah

“Saith Harith. Boy la. Don’t demasculinise my baby , Hana” Hariz tersenyum melihat reaksi Hana Aishah yang kelihatan teruja melayan anaknya itu.

“You guys settle down first with Harith , I’ll get the dinner out” Sazila mengangkat punggungnya untuk berdiri sebelum bergerak ke dapur.

“Saya tolong Dr lah. Jom” Hana Aishah ikut bangun ingin membantu Sazila.

“Ehh no need dear. And just call me Saz , no need to be formal. Dinner is ready, I just need to put it out” Sazila menahan Hana Aishah daripada mengikutinya.

“Good la Kak Saz cause I don’t know how to cook also . But I can set the table up though like a pro” Sazila tertawa melihat gelagat Hana Aishah yang peramah itu.

Hana Aishah menyukai isteri Hariz ini. Memang sesuai mereka berdua. Kedua - duanya sangat peramah dan senang dibawa bersembang. Sazila banyak berkongsi cerita mengenai zaman mereka belajar di Harvard dahulu.

“Kak . Hana nak tumpang solat boleh” jam sudah menunjukkan pukul 8.10 minit malam. Selesai mereka menjamu hidangan yang disediakan Hariz , Hana Aishah membantu Sazilah membasuh pinggang mangkuk walaupun di halang wanita itu. Hariz dan Fakhrul yang sepatutnya melayan Harith sedang melayan bola di TV , akhirnya kesian bayi itu tertidur kebosanan di atas tikar mainannya.

“Can. Hana ada telekung?” Sazila membawa gadis itu ke bilik tetamu di tingkat atas rumah banglo itu.

“Tak bawak Dr. Tadi terus dari hospital. Jap” Hana Aishah yang sedang mendaki tangga itu mengalihkan pandangannya ke arah Fakhrul yang sedang asyik melihat pertandingan bola di TV 20 inci itu.

“Mr Fakhrul. Nak masuk isyak dah. Go solat” Fakhrul memalingkan mukanya memandang ke arah Hana Aishah yang sudah bercekak pinggang memandangnya. Sazila menahan tawa melihat muka Fakhrul yang sudah bertukar masam itu.

“Bola tu tak bawak masuk syurga” Hana Aishah memesan sebelum meneruskan perjalanannya menuju ke tingkat kedua rumah itu.

“Boys and soccer “ Sazila sempat mengumpat kedua - dua orang lelaki di bawah tersebut.

“Mr Fakhrul likes soccer ke? Never knew that. Thought he’s too uptight to play soccer” Sazila yang sedang membentangkan sejadah untuk Hana Aishah memandang Hana Aishah pelik.

“You don’t know that. That’s weird. How well have both known each other before jumping into marriage?” Sazila melihat Hana Aishah yang sedang membuka lilitan selendangnya itu.

“I mean that guy is so hard to read and he’s not like willingly tells you every single thing about his life. I guess I see him more like a golf guy” Hana Aishah melepaskan ikatan rambutnya yang sudah kusut masai itu.

“You’re prettier without your scarf. And yeah , you’re right. I barely know anything about him. Dah Hana solat dulu. I need to save my baby from my big baby that loves soccer more” Hana Aishah membalas pujian Sazila itu dengan senyuman malunya.

“He likes soccer” Hana Aishah tersenyum sendirian sambil menyimpan maklumat itu di kotak memorinya. Bukan senang dia mahu mengenali lelaki itu.

***************************************

Hana Aishah melihat jam yang terpampang di dashboard kereta Fakhrul. 10.15 minit malam. Selepas menunaikan solat maghrib dan Isyak , Hana Aishah sempat bermain dengan Saith Harith yang terjaga daripada tidurnya apabila , kedua - dua orang lelaki itu menjerit melihat pasukan mereka menjaringkan gol.

Hana Aishah tertawa kelucuan melihat reaksi Hariz yang bertukar pucat apabila Saliza menjelingnya kerana anaknya meraung kerana terkejut. Hana Aishah berasa selesa dengan Saliza setelah mereka sempat berborak panjang di ruang tamu rumah mereka. Hana Aishah menemani Saliza yang menyusukan anaknya itu.

“Asyik senyum je dari tadi, teringat siapa?” Hana Aishah yang sedang mengelamun itu dikejutkan dengan teguran lelaki itu.

“No lah. Dr Hariz tadi. So funny lah his face when Kak Saz jeling dia” tersembur tawa Hana Aishah. Fakhrul pula diam tanpa reaksi.

“They are such a cute couple. Match made in heaven I suppose” Hana Aishah memuji ikhlas. Suasana kembali sunyi. Fakhrul menumpukan pemanduannya memecah gelap malam.

“How about us then?” Hana Aishah terdiam sejenak , cuba menghadamkan persoalan yang diutarakan lelaki itu.

“Honestly I don’t know Mr Fakhrul. I don’t know about you. Heck only tonight I knew you actually weren’t a golf kinda guy like I imagine instead you’re a soccer fan” Hana Aishah mahu kejujuran di salam perhubungan mereka. Walaupun tiada cinta tetapi mereka perlu hidup sekali kan.

“Seriously golf” Fakhrul menggelengkan kepalanya sambil membuat muka terkejut mendengar luahan Hana Aishah itu.

“We’ll don’t blame me Mr. You’re so uptight, I don’t think soccer suits your personality “ Hana Aishah membalas pedas.

“Fine. What do you want to know about me?” Fakhrul menanti persoalan daripada tunangnya itu.

“Your favourite colour is black that’s for sure. Favourite food Aunty cakap ikan patin masak lemak cili api. Favourite drinks tak tau. Your hobby other than ruling other people’s life I suppose “ Fakhrul tersenyum dalam gelap malam itu.

“Too basic” geram pula Hana Aishah mendengar jawapan lelaki itu.

“Can you hear yourself for once. You ridicule me every single opportunity that you have. You don’t respect me Mr Fakhrul and you expect us to be ‘match made in heaven’ ke” suara Hana Aishah kedengaran penat. Penat melayan kerenah lelaki ini. Fakhrul mendiamkan dirinya selepas mendengar luahan wanita itu.

“Favourite colour is grey , favourite drink Espresso, hobby soccer and polo. Team I’m rooting for MU” tiada perasaan lansung di dalam bicara lelaki itu.

“You know what it’s stupid. We’ll go through this damn marriage like you want and if it last long then good for everyone, if not then hallelujah to me” Hana Aishah membelakangkan lelaki itu. Dia dapat merasakan air mata panas mula bertakung di tubir matanya.

Fakhrul meneruskan pemanduannya tanpa bicara. Perasaannya bercampur baur. Antara rasa sayang dan prinsip hidupnya.

“Thanks for today. Assalamualaikum” Sesampai mereka di laman rumah Hana Aishah , gadis itu cuba melarikan diri dengan secepat mungkin tetapi seperti biasa , tangan lelaki itu akan cepat menjalar ke tubuhnya untuk menghentikan segala pergerakannya.

“I’m not use to saying sorry. I’m not use to ask for thing. We’ll do this together ok. Just promise me you’ll try just like how I’m trying to mold myself into your life” Hana Aishah memandang ke arah anak mata lelaki itu. Cahaya lampu jalan menerangi malam yang gelap itu.

“Can you promise me something?” Hana Aishah tidak dapat membaca niat lelaki itu daripada raut wajahnya ataupun anak matanya itu. Nafas yang dalam ditariknya.

“Don’t change me. You changing my wardrobe without my permission, you planning a date without asking me. Don’t give order , ask. I will consider. Ok?” Hana Aishah dapat melihat lelaki itu menganggukkan kepalanya. Di tarik lengannya keluar daripada pegangan lelaki itu.

“And while we’re on this whole luahan perasaan shhhh .. I mean thingy. Ermm maybe we don’t need to move in together so fast with same bedroom and same bed . You know. Takes things slowly” Hana Aishah mencuba nasibnya melihat Fakhrul yang sedikit lembut pada malam itu.

“First of all don’t... I mean please don’t curse . Second of all this is not asking but a statement whereby we’ll be moving to my house once I’ve said the vows. Ok sweetheart” terkejut Hana Aishah apabila Fakhrul mencubit hujung hidungnya itu.

“But why. It’s like dating. Just a halal kinda dating. We date and then once we’re comfortable we’ll move in together. Baby steps you know. And I don’t even know where your house at” Hana Aishah memuncungkan mulutnya menunjukkan protesnya

“Cause remember what I said to Hariz. We need to up our game if I want to have a half dozen of kids. Gotta get busy cause I’m getting older. And I’ll bring you to the house for tour especially the bedroom where the most important task will be done in” ternganga mulut Hana Aishah melihat senyuman penuh bermakna lelaki itu. Dia teringat usikan Hariz sebentar tadi yang bertanya mengenai berapa ramai anak mereka mahukan.

“You ... you... Mr Fakhrul... you’re kidding kan” muka Hana Aishah kelihatan pucat membayangkan nasibnya nanti. Tawa Fakhrul pecah melihat kekalutan Hana Aishah yang melarikan diri untuk keluar daripada keretanya.

“Kepala otak dia. Half a dozen is 6 kids. Huaaa . Banyaknya nak kena beranak” Hana Aishah sedang mengira dengan jarinya dan dia rasa seperti mahu menangis.

“Banyak apa dik” Kapten Azam memunculkan diri di dalam kegelapan malam mengejutkan Hana Aishah yang sememangnya di dalam ketakutan itu. Dia melihat anak gadisnya yang kelihatan pucat itu.

“Err tak ada apa - apa bah. Bah tak tidur lagi ke” laju Hana Aishah mengubah topik.

“Tunggu adiklah. Dah pukul 12 malam baru balik” Kapten Azam kelihatan tidak suka dengan situasi sebegini.

“Fakhrul kirim salam. Tadi borak lama dekat rumah kawan dia. Abah tidur lah” kelam kabut Hana Aishah mencium pipi Kapten Azam sebelum berlari ke tingkat atas rumah tersebut. Kapten Azam hanya menggelengkan kepalanya melihat kerenah anak daranya yang seorang ini.

Share this novel

Angah Ajalah
2020-04-14 14:24:17 

update pleas..tq


NovelPlus Premium

The best ads free experience