Chapter 55

Romance Completed 625623

“Hana. Can you get me bed 12 BHT?” Hana Aishah sedang menaip di PC di kala laungan bosnya kedengaran. Tangannya mencapai fail di hadapannya sebelum punggungnya diangkat daripada pendudukannya.

“Ni Dr” Hana Aishah menyerahkan fail kepada Siu Nam , MO nya.

“Thanks. And why aren’t you going back yet. You’re morning shift right?” Siu Nam melihat gadis yang berbaju kurung pahang yang kelihatan pucat itu.

“Just sorting out the plan for my patients. I took care of acute. Don’t want to passover unsettle thing to oncaller bos” Hana Aishah tersenyum pendek. Jelas kepenatan di wajahnya.

“Ok then. Don’t stay in too late though” Hana Aishah menganggukkan kepalanya sebelum berlalu pergi ke PC tadi.

Tangannya kembali menaip seperti robot. Bukan sekadar tangannya, termasuklah segenap tubuhnya seperti robot sepanjang 2 minggu dia berkerja ini.

2 minggu tanpa sebarang berita daripada suaminya. Seminggu selepas dia duduk di rumah ibu bapanya , Hana Aishah membuat alasan untuk kembali ke rumah suaminya. Ketenangan yang dia cuba cari tidak kunjung tiba.

Sudah seminggu Hana Aishah memulakan kerja , sepanjang seminggu minggu ini hatinya seperti mati. Malamnya ditemani air mata , siang Hana Aishah berkerja seperti robot.

Dia masih ingat hari pertama dia kembali kerumah banglo di Kota Damansara itu , betapa terkejutnya dia apabila melihat rumah itu kosong tanpa penghuni. Hati Hana Aishah terus gusar memikirkan keberadaan suaminya.

Mahu menanya kedua mertuanya memang jawapannya tidak. Mahu bertanya kepada ahli keluarga dan sahabat rapat, dia gusar mereka dapat menghidu masalah rumah tangga mereka.

Nasib baiklah sewaktu dia kembali ke rumah banglo selepas seminggu di rumah ibu bapanya itu dengan menaiki Grab, kalau tidak entah apalah jawapan yang mahu diberikan kepada kedua ibu bapanya. Pagi hari pertama dia berkerja semula selepas bercuti panjang itu , ibu bapanya menghantar Hana Aishah ke tempat kerja.

Dia tidak mahu mencari atau memanggil suaminya kerana egonya tetapi melihat keadaan rumah yang kosong tanpa penghuni , tangannya laju mendail nombor lelaki itu. Air matanya mengalir saat panggilannya masuk ke peti suara. Telefon lelaki itu dimatikan.

“You dekat mana ni?” hati Hana Aishah merintih sepanjang malam pertama dia di banglo itu. Matanya lansung tidak dapat dilelapkan sepanjang malam itu dan malam - malam berikutnya.

Keesokan harinya sesampai Hana Aishah di hospital , tepat jam 8 pagi Hana Aishah memanggil klinik pakar dan bertanya berkenaan keberadaan Fakhrul. Dia terpaksa menyamar sebagai salah seorang pesakit Fakhrul dan alangkah terkejutnya dia apabila mendengar maklumat yang di sampaikan jururawat di klinik pakar tulang itu.

“Dr Fakhrul ada kursus dekat luar negara. Saya tak pasti bila dia balik. Saya kena tukar temu janji Puan” apabila mendengar ayat itu , air mata Hana Aishah gugur. Laju dia menyeka bimbang rakan sekerjanya ternampak saat itu walaupun dia sedang berada di dalam bilik seminar di wad kanak - kanak dikala itu.

Sampai hari ini Hana Aishah tidak tahu ke negara mana suaminya pergi ataupun berapa lama. Sampai hati lelaki itu pergi sebegitu sahaja meninggalkan dia tanpa pesan.

Hana Aishah melangkah lemah menuju ke lobi hospital. Dia melabuhkan punggung di bangku batu di lobi itu. Itulah rutin Hana Aishah setiap hari. Menanti pemandu Grab datang mengambil dan menghantarnya.

Keretanya memang sudah tidak boleh diselamatkan. Hana Aishah memerlukan kereta baru tetapi segala - galanya terhenti saat ini. Fikirannya kusut memikirkan masalah rumah tangganya yang berada di hujung tanduk ini.


************************************


“Ehh Fakhrul nak balik dah. Tak tidur sini” Hana Aishah berada di hadapan pintu biliknya saat dia mendengar pertanyaan bapanya yang ditujukan kepada Fakhrul itu.

Sepanjang perjalanan tadi masing - masing diam membisu. Saat mereka sampai di hadapan rumah Kapten Azam , Fakhrul terus membuka pintu kereta dan menurunkan beg pakaian isterinya sebelum membawa beg itu masuk ke dalam rumah. Tidak sempat Hana Aishah mahu berbicara , dirinya seperti di halau pergi.

“Malam ni Fakhrul ada meeting Bah. Aishah sorang nanti dekat rumah” suara tenang Fakhrul menjawab.

“Lah ye ke. Kenapa tak cakap , kalau tak abah dengan mak teman Adik dekat rumah kamu. Tak de lah Fakhrul nak ulang alik ambik Adik” Kapten Azam melihat wajah tenang tanpa reaksi menantunya itu.

“She miss you both. So nanti dah habis rindu dengan abah mak , Fakhrul datang ambil” muka Kapten Azam bertukar ceria mendengar rancangan menantunya. Memang dia rindukan anak perempuannya pun.

“Nanti Fakhrul tak sibuk , datang bermalam dekat sini. Nanti Aishah rindu Fakhrul pula” Kapten Azam sempat mengusik tetapi muka Fakhrul tetap tanpa reaksi.

“Fakhrul gerak dulu abah. Nanti kirim salam dekat mak” tidak sempat Kapten Azam hendak membalas , menantu menyalami tangannya sebelum berlalu pergi. Dia terpinga - pinga melihat Fakhrul yang bergegas keluar itu.

“Ehh, Fakhrul pergi mana tu Bah” Teacher Basirah yang baru muncul daripada dalam bilik itu kelihatan tercungap - cungap.

“Entah. Katanya ada meeting. Dah lambat lah tu kot. Yang awak ni tercungap - cungap kenapa” Kapten Azam mahu tergelak melihat isterinya dengan tudung senget itu.

“Dah diorang datang tak cakap. Saya kan pakai baju tidur kelawar yang jarang tu. Malulah. Tu cepat - cepat tukar” Teacher Basirah merengus kasar apabila suaminya menertawakan dia.

“Lawaklah awak ni. Dah masuk saya nak kunci pintu. By the way Adik is staying here until dah tak rindu kita” tenganga mulut Teacher Basirah mendengar ayat suaminya itu.

“Dont joke around. Diorang gaduh ke” tiba - tiba hati Teacher Basirah curiga.

“Ish awak ni. Ke situ pulak. Adik rindu kita lah tu. Cuba bersyukur sikit. Sejak Achik kawin and Alif went back to US last week this house got so quiet” Kapten Azam membebel kepada Teacher Basirah.

“Ye la , ye la. Adik mana?” tanya Teacher Basirah sambil matanya meliar mencari anak perempuannya itu.

“Mandi kot. Jalan jauh kan. Awak pegi panaskan lauk. Lapar agaknya budak tu” Kapten Azam sempat memesan.

Sepanjang seminggu dia berada di rumah ibu bapanya Hana Aishah sentiasa ceria di hadapan mereka. Tidak sampai hati dia hendak merisaukan hati kedua - dua orang tuanya. Tetapi malamnya air matanya tidak pernah lekang.

Dalam setiap doanya dia memohon petunjuk Dia. Memohon kekuatan untuk meneruskan perjuangan menyelamatkan rumah tangganya. Tuhan sahaja tahu betapa hatinya merindui lelaki itu walaupun lebih banyak sakit daripada duka apabila dia berada di samping suaminya.

**********************************


“Hana. What are you doing here at night?” lamunan Hana Aishah terhenti saat suara garau itu menegurnya.

Hariz yang dalam perjalanan pulang itu , terkejut melihat kelibat Hana Aishah yang sedang memeluk tas tangannya sambil termenung jauh.

“Dr Hariz. Hana tunggu Grab” Hana Aishah memandang ke arah Hariz yang memakai pakaian kasual itu. Baru habis rondaan malam agaknya.

“Grab? Hana bukan stay dengan your parents ke while Fakhrul is away ni” Hana Aishah menggelengkan kepalanya perlahan. Saat mendengar nama suaminya , air matanya mula bertakung.

“Dah seminggu lebih Hana stay dekat KD” Hana Aishah mengalihkan matanya ke arah lain , cuba menyembunyikan air matanya.

“You don’t look ok. Come , I’ll send you back” Hana Aishah menggelengkan kepalanya laju.

“Its ok. Grab dah nak sampai. Hana ok je. Dr baliklah. Kak Saz and baby must’ve been waiting for you” Hana Aishah mengukirkan senyuman palsu untuk meyakinkan sahabat baik suaminya itu.

“Nope. You’re coming with me. Cancel the grab now” Hana Aishah sudah gusar melihat ketegasan Hariz itu.

Matanya meliar mencari sekiranya Grab nya sudah sampai. Begitulah nasibnya , kadang - kadang Grab datang awal tetapi kalau datang malangnya sejam lebih juga dia menanti.

“Kenapa degil sangat ni Hana. You want me to call him ke? Did he knows you’re staying alone at KD and travelling by Grab? Hana Aishah memandang Hariz pucat.

“Dr Hariz ada nombor Fakhrul ke?” saat itu dia sudah tidak kisah sekiranya Hariz tahu masalah rumah tangga mereka. Dia mahu tahu keberadaan suaminya. Itu sahaja.

“Hana. What is happening? You guys got problem ke?” Hariz sudah melabuhkan punggung di sebelah Hana Aishah saat itu. Air mata isteri teman baiknya yang semenjak tadi bertakung gugur satu per satu.

“Hana nak cakap dengan Fakhrul” Hariz memandang wajah Hana Aishah yang kelihatan pucat itu. Jelas kerisauan di sebalik anak mata coklat itu.

“Hana, did you know where he is right now?” Hariz mengucap panjang saat Hana Aishah menggelengkan kepalanya.

“He didn’t tell you where he went ke?” Hariz sudah meraup mukanya saat melihat satu lagi gelengan lemah daripada Hana Aishah. Panjang nafas dia hela.

“Give me your phone” tidak sempat Hana Aishah nak menjawab , kereta Myvi berwarna merah sampai di lobi itu. Hana Aishah memandang ke arah Hariz.

“You’re not riding that car. Stay here” muka Hariz sudah bertukar serius saat itu. Hana Aishah menelan air liurnya.

“Fakhrul tak bagi Hana keluar dengan lelaki lain. Nanti dia marah Hana naik kereta dengan Dr Hariz” Hariz menggelengkan kepala apabila mendengar alasan tidak masuk akal Hana Aishah itu.

“Tu yang dalam kereta Myvi tu, grab driver tu perempuan ke?” Hariz memerli tetapi saat Hana Aishah menganggukkan kepala Hariz terdiam.

“Hana request female driver. He’ll be mad if I’m riding with a guy” Hariz cuba menenangkan dirinya mendengar ayat Hana Aishah itu. Fakhrul betul - betul melampau.

Hana Aishah tidak sempat hendak menghalang , Hariz sudah menuju ke kereta Myvi itu dan menundukkan kepalanya sebelum berkata sesuatu. Hariz menghulurkan not biru 2 keping sebelum kereta itu berlalu pergi.

“Come. And don’t bother about him. He won’t say anything and if he did I know how to shut that mouth off” Hana Aishah terdiam mendengar suara serius Hariz saat itu. Dia tidak mahu menambah masalah yang sudah tersedia ada.

“Dr ... Hana cannot. He’ll get mad. Hana tak nak make him more upset than he already is” Hariz sudah berdiri bercekak pinggang.

“You want to talk to him or not?” ugutan itu cukup untuk menggerakkan tubuh Hana Aishah mengikuti HariZ. Hana Aishah diam membisu sepanjang perjalanan dalam kereta Civic milik Hariz itu.

“Dr. You missed the exit” Hana Aishah menegur saat persimpangan masuk ke Damansara itu mereka lepasi. Hariz masih lagi diam membisu.

“Dr Hariz. Hana nak balik rumah” suara Hana Aishah kedengaran sebak.

Sikit lagi air matanya hendak kembali mengalir. Tangan kiri Hariz mencapai Iphone nya di laci kecil di ruangan antara Hana Aishah dan Hariz itu. Sambil memandu menggunakan tangan kanan , tangan kirinya menekan skrin Iphone berwarna emas itu.

“Sweetheart. Can you please get the guest room ready. I’m bringing back Hana with me. She’s staying the night at our house” Hana Aishah hanya diam membisu mendengar bicara Hariz itu.

“Dr Hariz , nanti Fakhrul marah. Can you just send me back home. Hana ok” Hana Aishah masih cuba meyakinkan sahabat baik suaminya itu.

“You’re not ok and until we sort this thing out with Fakhrul , you’re staying with me” Hana Aishah mengesat air matanya yang gugur untuk kesekian kalinya.

Pemanduan diteruskan dalam kesunyian. Sesekali esakan Hana Aishah kedengaran. Berbuku - buku amarah Hariz saat itu. Perangai Fakhrul betul - betul melampaui batas kali ini. Tepat jam 11 malam mereka sampai di rumah Hariz.

“Assalamualaikum Kak Saz” Hana Aishah menyalami tangan wanita itu. Sazila memandang ke arah Hana Aishah bingung tetapi apabila melihat wajah tegang suaminya , Sazilah terus memaniskan muka.

“Waalaikumussalam Hana. Jom masuk” Hana Aishah melangkah perlahan masuk ke dalam rumah banglo dua tingkat itu.

“Saith tidur dah ke Kak?” mata Hana Aishah meliar memandang ke sekeliling rumah yang sunyi itu. Sazila duduk di sofa diikuti Hana Aishah.

“Yup. Its his sleeping time. Esoklah Hana nak jumpa dia” Hana Aishah tersenyum hambar. Dia memeluk beg tangannya seperti tadi. Hariz yang tadi terus menuju ke tingkat atas rumahnya kembali turun dan melabuhkan punggung di sisi Sazilah.

“Hana makan dulu. Then rest. What’s your shift for tomorrow?” Hana Aishah gerun mendengar suara tegas Hariz itu. Hariz yang peramah dia biasa lihat , tetapi Hariz yang tegas sekali sahaja dia pernah lihat.

“Hana dah makan. Esok Hana oncall. Last shift in paeds before entering Anest next monday” Hana Aishah lega akhirnya pusingannya di jabatan kanak - kanak berakhir jua.

“Nope. You’re not getting out of this. Makan the dinner then only you’re allowed to the room. You accompany her sweetheart. B nak settle kan something” Hariz mencium dahi Sazilah sebelum berlalu pergi. Tetapi sempatlah Hariz memandang ke arah Hana Aishah memberi amaran supaya mendengar bicaranya.

“Come Hana” Sazilah menarik tangan wanita yang sedang menahan air matanya daripada gugur itu.

Simpatinya tumpah melihat Hana Aishah. Muka wanita itu kelihatan pucat dan cengkung. Mata wanita itu sembap seperti menanggung beban yang berat. Bahunya jatuh kedepan seperti sudah berputus asa.

Kali terakhir mereka berjumpa sewaktu Hana Aishah di dalam pantang kerana keguguran. Walaupun Hana Aishah kelihatan sedih diwaktu itu tetapi sinar di mata Hana Aishah masih ada.

“Hana. Hana ok?” Sazilah menggenggam erat tangan kiri Hana Aishah yang berada di ribanya. Sudah hampir sepuluh minit mereka berada di meja makan dan makanan di dalam pinggan itu seperti tidak berusik.

“Hana kenyang. Boleh tak Hana simpan and makan esok?” Sazilah tersenyum mesra mendengar permintaan Hana Aishah. Suaminya itu kalau datang degilnya memang tak boleh lawan.

“Hana makan sikit and then we can pack it. Tak sedap ke my sup daging” Sazilah mengeyitkan matanya. Hana Aishah yang dahulu ceria itu hanya memandangnya tanpa perasaan.

“Sedap kak. Cuma Hana tak ada selera” Hana Aishah menjawab jujur.

“Hana dah kurus sangat. Cengkung I tengok. Rindu Fakhrul lah tu” saat nama itu meluncur di bibir Sazilah , air mata Hana Aishah menjadi murah.

“Oh my god Hana , I’m sorry” Sazilah terus bangun dan duduk di sebelah Hana Aishah. Dia memeluk erat isteri Fakhrul itu cuba menenangkan wanita itu.

“I’m really sorry dear. I didn’t know ... “ kelam kabut Sazilah memohon maaf. Hana Aishah masih teresak - esak di bahunya.

“Hana tak sengaja. Hana .... Hana yang ... salah” Sazilah mengusap belakang wanita itu terkejut dia melihat Hana Aishah yang sedang menangis teresak - esak itu.

Sazilah memandang ke arah suaminya yang muncul daripada arah ruang tamu. Muka Hariz nampak tegang. Sazilah mengangkat bahunya tanda bingung dengan situasi yang sedang berlaku itu.

“Sorry kak” selepas beberapa ketika Hana Aishah menenangkan dirinya. Air matanya dikesat menggunakan hujung lengan bajunya. Kepalanya masih menunduk, malu kerana dia terpaksa meluahkan rasanya dibahu orang asing.

“No need to be sorry. Hana ok” Hana Aishah pantas menganggukkan kepalanya mendengar pertanyaan Sazilah. Tidak pasti sebenarnya dia cuba meyakinkan dirinya ataupun wanita itu.

“Hana pack makanan ni dulu. Esok Hana makan. Sorry kak , Hana tak ada selera malam ni” Hariz cuba untuk masuk campur tetapi satu jelingan daripada Sazilah cukup untuk menghentikan niatnya.

“Its ok. Whenever you feel hungry Hana can come down here and eat. Just take the food from refrigerator and heat it up” Hana Aishah tersenyum kelegaan kerana tidak dipaksa. Semenjak berjauhan dengan Fakhrul , seleranya putus.

“Thanks kak” Hana Aishah bangun daripada pendudukannya sebelum tangannya lincah menutup kembali lauk pauk di atas meja itu.

“Nope. You go up to the room and rest. I’ll pack every up here” Hana Aishah mahu membantah tetapi dia terlebih dahulu ditolak keluar daripada dapur.

“Go rest now. Remember the last time you were here” Hana Aishah menganggukkan kepalanya perlahan.

“Thats the room” Hana Aishah teragak mahu melangkah pergi serba salah meninggalkan lauk pauk di atas meja tanpa dikemas tetapi melihat wajah serius Sazilah itu terus dia menuju ke tangga rumah banglo dua tingkat itu.

“Hana” Hana Aishah yang sudah menaiki separuh tangga itu terhenti saat mendengar suara Hariz daripada tingkat bawah rumah itu. Matanya melihat Hariz yang muncul disebalik ruang makan. Lama lelaki itu merenung Hana Aishah.

“Just sleep tonight. Everything will get better tomorrow. I promise “ Hana Aishah tidak pasti samaada Hariz nampak breakdown nya tadi ataupun tidak , tetapi yang pasti hatinya sedikit lega mendengar janji sahabat baik suaminya itu.

“Thank you Dr” Hariz memandang tubuh Hana Aishah yang menghilang ke tingkat dua rumahnya itu.

“What is happening? You better tell me now” saat Hariz memalingkan tubuhnya Sazilah sudah berada betul - betul di hadapan mukanya. Terkejut dia sampai mengurut dada kerana disergah isterinya.

“Sweetheart , dont do that okay. Terkejut B. Sikit lagi nak kena heart attack” muka Sazilah bertukar masam mendengar bebelan suaminya.

“You jangan tukar topic. Tell me stat” Hariz mengeluh berat sebelum membuka cerita. Dia teringat perbualannya dengan Fakhrul sebentar tadi. Geram betul dia dengan perangai sahabat baiknya itu.

********************************


“Hello . Mmmm” suara mamai Fakhrul menjengah telinga Hariz.

“You idiot. You’re just damn too much Tengku Fakhrul” Fakhrul yang sedang meniarap di atas katil hotel itu terkebil - kebil mendengar amarah Hariz.

“Why in the world would you call me now to shout at me?” suara Fakhrul menengking balik. Dia baru sahaja habis seminarnya untuk hari itu dan mahu berehat di dalam biliknya bersendirian.

“Don’t you dare shouted at me. If I didn’t meet your wife tonight I would’ve have known what you did” Fakhrul terdiam saat mendengar perkabaran tentang isterinya. Tuhan sahaja tahu betapa dia mahu mendengar suara isterinya tetapi egonya melebihi segala - galanya.

“Where ... mm .. how did you meet her?” Fakhrul menahan tona suaranya supaya tidak kedengaran seperti dia terdesak untuk mengetahui perihal isterinya.

“She’s in my house right now. I brought her here” hatinya lelaki Fakhrul panas saat mendengar ayat Hariz itu.

“Suami tak ada sekejap dah pandai merayap pegi rumah lelaki lain” suara Fakhrul kasar menuduh.

“Don’t you fucking dare. If you contacted her and told her about your where about you would’ve known what she’s been through. What the hell is wrong with your head man!” suara Hariz sudah meninggi.

“What sob story did she tells you? Stubborn. She wants it this way” saat itu hati lelaki Fakhrul membuak - buak rasa marah kerana Hana Aishah mengingkarinya.

“No Fakhrul. You are stubborn and egomaniac. And thanks to that you left your wife hanging without knowing where and when you’ll get back” berasap telingan Hariz mendengar ayat Fakhrul.

“What’s the big deal? She’s at her parents house and she wants it that way. If she doesn’t want to be with me then I won’t give a damn about her” Hariz mengucap panjang mendengar ayat Fakhrul itu.

“Istighfar bro , apa yang kau cakap ni? Terlajak kata nanti kau tak boleh tarik dah bro. She’s not at her parents house” Fakhrul terdiam mendengar berita terbaru itu.

“She’s been at your house alone. And she’s been taking grab going to and from work everyday” Fakhrul meraup mukanya kasar saat mendengar maklumat daripada Hariz itu.

“Since when?” Fakhrul mendudukkan dirinya di birai katil itu. Pemandangan luar yang semakin gelap kerana musim salji itu dipandangnya dengan perasaan bersalah yang mulai muncul.

“I don’t know. Call her man. Kesian dia. With gods will , i bump into her tonight on my way from night round. She was sitting alone at the lobby bench. Its was 10.30 pm Fakhrul and she’s waiting for a grab” Hariz melembutkan suaranya supaya Fakhrul dapat menerima segala kata - katanya.

“Honestly I don’t know what your problem is with her but you cannot do that Fakhrul. You can’t just simply leave her like that. She’s your wife Fakhrul , she’s not a lifeless object that you own” Fakhrul dapat merasakan getaran di dadanya saat mendengar teguran sahabat baiknya itu.

“I’m upset because she ask for alone time away from me” Hariz menggelengkan kepalanya lemah mendengar ayat Fakhrul yang seperti kanak- kanak tidak matang itu.

“And you just leave her like that? Where’s your responsibilities as a husband? This is not a game where who win Fakhrul. You want her to follow whatever you says , have you ever once listen to what she wants to say?” kesunyian yang dia terima cukup untuk memberi jawapan yang Hariz mahukan.

“You’re not a child Fakhrul. She loves you. I can see how much she wanted to please you but she’s a human being with feeling. You have to take her feelings into considerations also. The way she asked me about your whereabouts is enough to show how much she loves you. Apa lagi yang kau nak bro?” Fakhrul dapat merasakan kerongkongnya mengetat.

“Call her. Talk to her. She needs you. Knowing her I know she didn’t tell either of you guy’s parents” perasaan rindu mengasak dada Fakhrul saat mendengar bicara Hariz.

“How long is she staying there?” Fakhrul menggerakkan kakinya ke jendela bilik hotel itu.

“She’s oncall tomorrow. I don’t think she’ll stay here even if I forced her. Maybe you can slow talk her into staying at her parents house. I don’t how long did she stayed alone in that house. Risau aku. Your house didn’t have guard right?” Hariz dapat mendengar keluhan berat yang dilepaskan Fakhrul.

“Did she ... does she ... hmmm .. how is she?” Hariz dapat menangkap kerisauan yang memberat disebalik nada suara Fakhrul itu.

“Honestly she doesnt look too good. Cengkung je muka tu. I don’t know whether the eyebag because she’s tired or she’s been crying or due to lack of sleep. When are you coming back” Hariz tahu Hana Aishah akan berkeadaan seperti itu sehingga Fakhrul pulang.

“11 more days. I can’t skip this” saat itu hatinya benar - benar mahu pulang tetapi kerana hanya di mewakili Malaysia , dia tidak dapat berbuat apa - apa.

“Its ok Bro. I’ll check up on her regularly. Just promise me you’ll talk to her” mereka berbual untuk seketika bercakap mengenai kursus Fakrul itu tetapi hakikatnya mindanya risau memikirkan Hana Aishah.

Dia hilang kawalan diri apabila berkaitan dengan Hana Aishah. Dia sendiri tidak faham dengan sikapnya apabila berhadapan dengan Hana Aishah. Dia tidak dapat mengawal cemburunya dan akibatnya Hana Aishah terpaksa beralah.

Matanya memandangnya ke arah bandar Vienna yang bergemerlapan itu. Bangunan pencakar langit yang bercahaya terang pelbagai warna menghidupkan hutan konkrit itu. Kesunyian yang dia rasai selama 2 minggu itu semakin mengasak dadanya.

************************************


Skrin Iphone merah yang gelap ditenung Hana Aishah lama. Begitulah rutin Hana Aishah. Balik sahaja ke rumahnya , kakinya terus digerakkan menaiki tangga menuju ke bilik tidur utama.

Usai membersihkan diri , dia akan membaringkan dirinya di sisi kanan tilam sebelum memeluk baju Fakhrul dan cuba melelapkan matanya. Seperti selalu matanya akan susah lelap dan dia akan tertidur pun di dalam tangisannya. Kerinduan yang dirasainya menyesakkan jiwanya.

Malam tadi Hana Aishah dapat melelapkan matanya awal di rumah Hariz tetapi seawal jam 3.30 pagi matanya telah tercelik. Mimpi suaminya meninggalkan Hana Aishah menggetarkan segenap tubuhnya.

Hana Aishah sedang berteleku di atas sejadah usai solat malamnya. Sudah 3 hari dia berhenti mendail nombor telefon suaminya. Sakit penantian yang tidak berpenghujung itu membunuh keinginannya untuk meneruskan kehidupan.

Hana Aishah tidak pernah merasai perasaan sebegini tetapi bagaimana kuat dia mahu melarikan dirinya pun , kaki sudah tersimpul mati di sisi suaminya. Air mata yang tidak pernah kering itu menemaninya di malam hari dikala dia kesunyian tanpa teman.

Dia menanti dan masih menanti untuk suaminya menghubunginya. Mendengar janji Hariz malam semalam dia yakin suaminya akan menghubunginya tetapi sekali lagi harapannya akan tinggal harapan. Sehingga sekarang tiada satu panggilan pun dia terima.

“Ya Allah. You are listening right. I just want to hear his voice. Its killing whatever left inside the heart. Please Ya Allah” Hana Aishah menekan punat memanggil di skrin itu sebelum ianya berdering.

Dadanya berdebar menggila apabila mendengar nada deringan yang dia harapkan setiap kali dia memanggil. Bukan suara robot menyuruhnya meninggalkan pesanan di peti mel suara. Beberapa saat berlalu dan deringan masih berterusan tanpa jawapan. Hatinya mula kecewa.

Mata Fakhrul yang usai solat isyak itu melihat kearah deringan yang dia nantikan semenjak 2 minggu lalu lagi. Semenjak panggilan Hariz , Fakhrul tidak dapat duduk setempat. Dia mundar mandir di dalam biliknya. Entah berapa kali dihidupkan telefonnya sebelum dimatikan. Kepalanya kusut memikirkan masalah rumah tangga mereka.

Kata - kata Hana Aishah yang mahukan perpisahan tidak dapat dia terima sehingga ke hari ini. Rancangan awalnya dia mahu bercuti bersama isterinya ke kampung halaman Puan Sri Maria sebelum berangkat ke Vienna empat hari kemudian.

Ikutkan hati Fakhrul dia mahu menolak tawaran untuk mengikuti kursus di Vienna itu tetapi atas permintaan Dato’ Karim , Fakhrul turutkan. Dia mahu memujuk isterinya untuk bercuti dan mengikutinya ke Vienna.

Sejak kebelakangan ini , dia sudah terbiasa apabila Hana Aishah sentiasa berada di sampingnya dan melayannya di setiap waktu wanita itu berada bersamanya. Dia mahu Hana Aishah menjadi suri rumah tetapi dia tahu sangat perangai isterinya. Memang Hana Aishah akan tolak mentah - mentah.

Tetapi mendengar Permintaan Hana Aishah sebelum mereka pulang ke Selangor itu , melukakan hatinya dan mencalarkan egonya sebagai suami. Kerana itu dengan mudahnya dia meninggalkan isterinya tanpa khabar berita.

Sangkanya mudah sahaja untuk melupakan Hana Aishah semudah Hana Aishah mahu membuangnya daripada hidup wanita itu. Tetapi sangkaannya meleset. Hari - harinya dirasakan kosong, entah berapa kali tangannya mahu mendail nombor isterinya.

Tetapi apabila menanti lebih seminggu tanpa khabar berita daripada Hana Aishah , dengan hatinya yang sakit itu Fakhrul menghalang segala panggilan masuk ataupun pesanan mesej daripada Hana Aishah. Maruahnya sebagai suami seperti dipijak apabila Hana Aishah lansung tidak cuba untuk menghubunginya untuk menjernihkan kembali hubungan mereka.

Dia cuba mencipta bahagia dalam diri sendiri seperti sebelum dia bertemu isterinya. Bahagia apabila dia hanya hidup untuk dirinya sendiri. Di waktu Kebahagiannya tidak terletak pada senyuman di wajah wanita yang telah mencuri hatinya. Tetapi ia tidak semudah itu.

Perlahan - lahan tangannya menekan punat hijau di skrin Iphone itu. Debaran di dada Fakhrul menggila saat itu. Lancar mulutnya memberi salam.

“Assalamualaikum ” air mata Hana Aishah gugur saat suara yang dia rindui itu menampar gegendang telinganya.

“Abang dekat mana? Kenapa tinggalkan Aishah?” suara sebak Hana Aishah meragut tangkai hati Fakhrul saat itu. Lidahnya kelu tanpa bicara.

“Why are you being quiet? I’m sorry. I promise I will listen to you after this. Abang baliklah” esakan Hana Aishah kedengaran.

“Abang tak nak cakap dengan Aishah ke? Benci sangat ke dekat Aishah?” Hana Aishah mengasak apabila Fakhrul terus. - terusan berdiam diri. Air matanya sudah mengalir laju sehingga kabur pandangannya saat itu.

“Dah makan?” selepas beberapa ketika hanya esakan Hana Aishah kedengaran, Fakhrul memecahkan kesunyian. Tidak seperti Hana Aishah, suara lelaki itu kedengaran tenang sahaja.

“I don’t have appetite” Hana Aishah menggelengkan kepalanya seolah - olah suaminya sedang melihatnya.

“Why aren’t you eating? Abang jauh , sayang jangan buat perangai” ketegasan Fakhrul menegurnya membuatkan wanita itu mengalirkan air matanya laju.

“Where are you? Abang baliklah. Aishah nak abang” Hana Aishah sudah tidak kisah berapa terdesak dia kedengaran.

“I can’t come back now. I’m having workshop at Vienna. It’ll take me another 2 weeks to be home” Hana Aishah memejam rapat matanya. Dia pasti akan gila bayang lagi dua minggu menanti lelaki itu.

“Its so far away” Fakhrul menahan rasa mendengar esakan Hana Aishah yang kembali bermula.

“On your video” Hana Aishah yang mendengar arahan suaminya itu terus menurut. Fakhrul terkejut melihat muka isterinya yang bertelekung itu. Wajah Hana Aishah kelihatan cengkung dengan lingkaran gelap mengelilingi mata isterinya.

“Abang” Hana Aishah mengusap muka suaminya yang tidak berbaju itu di skrin iphone nya. Air matanya seperti air terjun saat itu.

“What happen to you? Kenapa sayang cengkung sangat?” Hana Aishah melihat muka suaminya yang tegang itu.

“Nak abang suap” sayu suara Hana Aishah meminta. Fakhrul meraup mukanya perlahan. Dia sedang bersandar di kepala katil hotel itu. Bilik hotel yang disediakan itu luas. Keluasan itu membuatkan kesunyiannya bertambah.

“Sayang jangan buat macam ni. Abang risau. I’m far away” Fakhrul mengeluh berat melihat isterinya yang masih menangis itu.

“Don’t cry” mendengar permintaan suaminya esakan Hana Aishah menjadi semakin hebat. Asakan di dada Fakhrul semakin menebal.

“Its so hard. I want you. Aishah rindu sangat” tangannya asyik menyentuh skrin Iphonenya yang dipenuhi wajah suaminya yang kerisauan itu.

“I miss you too. Stop crying sayang. I hate seeing your tears” Fakhrul memujuk lembut.

“Aishah.... Aishah ... sorry. I want you always. Don’t ever leave me” Hana Aishah memohon sayu. Saat itu kata - kata Hariz membuat perasaan bersalah mengelubungi dirinya.

“Abang mintak maaf. I was acting like a child. I should’ve been the mature one. Its just ... “ kata - kata Fakhrul terputus sebentar. Sesak di dadanya.

“Its ... when it comes to you I just lost all control” pengakuan yang amat sukar terlepas jua daripada bibir lelaki itu.

“Abang betul. Aishah yang salah. Aishah tak hormat abang. Aishah tak nak dengar cakap abang. I thought I could live without you but fact is its so miserable. Everything feels so wrong” Hana Aishah memandang suaminya pilu.

“Abang janji , I will not leave you ever again. I love you sayang” Hana Aishah mengangguk laju saat mendengar lafaz janji Fakhrul itu.

Dini hari itu , Hana Aishah buat pertama kalinya dapat melelapkan matanya ditemani suaminya di dalam panggilan video itu. Fakhrul merenung isterinya yang sudah tertidur di atas katil di bilik tamu Hariz dengan telekung berwarna putih yang tidak ditanggalkan.

“Ya Allah. What have I done?” Perasaan bersalah memberat saat melihat sisa air mata yang sudah mengering di pipi isterinya yang cengkung.

Share this novel

esther marcus
2020-10-30 03:10:50 

shit tul la fakhrul tu...kira bagus la hana tu masih cinta & bertahan...adui na...sakit btul hti ni bca chpater ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience