Chapter 26

Romance Completed 625623

Jam menunjukkan pukul 1.07 minit tengah hari apabila mereka sampai di perkarangan rumah agam itu. Tidak sampai beberapa saat pagar elektrik itu terbuka. Fakhrul memandu keretanya perlahan menuju ke halaman rumahnya.

“Kenapa Uncle and Along berdiri tercogok dekat depan pintu rumah?” Fakhrul ikut sama memandang ke arah pintu utama rumah agam itu apabila mendengar komen Hana Aishah. Dia melihat papanya dan abangnya sudah menghala ke arah kereta BMW mereka.

“What happen?” Fakhrul menurunkan tingkap keretanya dan melihat muka papanya yang sudah kemerahan kerana cahaya matahari yang terik itu.

“Your brother’s car broke down. Baby and mama took both car out so we need to go to masjid using your car. Its late already “ muka Tan Sri Fadhil yang memakai baju kemeja berwarna ungu cair yang tidak dirapikan ke dalam seluar slack itu menampakkan sisi santai ahli perniagaan itu.

“Assalamualaikum uncle” Hana Aishah melambaikan tangannya ke arah Tan Sri Fadhil yang menundukkan wajahnya untuk memandang ke arah Hana Aishah yang duduk di sebelah kiri Fakhrul itu.

“Waalaikumussalam Hana . Fakhrul didn’t tell me you’re coming” muka Tan Sri Fadhil yang kelihatan stres tadi terus bertukar ceria melihat Hana Aishah.

“Dah lambat ni, uncle masuklah” ujar Hana Aishah apabila melihat jam di kereta yang menunjukkan pukul 1.12 minit tengah hari.

“Ehh Hana duduk depan je. Uncle duduk belakang with the rest” Tan Sri Fadhil menghalang Hana Aishah yang ingin memberikan tempat duduk di bahagian hadapan itu untuk lelaki tua itu supaya lebih selesa.

Tan Sri Fadhil memanggil Azmi yang sedang menutup bonet depan kereta Range Rover berwarna matte gold milik Fakhih itu.

“Teringin sangat nak duduk dekat belakang bersempit dengan lelaki lain” Hana Aishah menarik muka masam mendengar perlian Fakhrul itu.

“I didn’t know they were 3 man coming. I thought its just Along and Uncle. I can sit at the back with Along if its just both of them” Hana Aishah menarik muncungnya. Nasib baik ketiga - tiga lelaki tadi belum masuk ke dalam kereta dan menyaksikan Hana Aishah dimarahi Fakhrul.

“Hi sister in law” Fakhih yang melabuhkan punggungnya di belakang tempat duduk tengah itu melambaikan tangannya kepada Hana Aishah. Hana Aishah sedang menahan tawanya melihat Fakhih yang tersepit diantara Tan Sri Fadhil dan Azmi.

“Omg Along” Hana Aishah sudah tergelak besar melihat Fakhih yang diapit seperti sandwich itu.

“Jahatlah my sister in law ni. Pa tengok Hana gelakkan Along” suara Fakhih yang sengaja dimanjakan itu membuatkan tawa Hana Aishah terburai.

“Padan muka, Along kan suka gelakkan Hana. Sekarang baru buku bertemu ruas” Fakhrul yang sedang memandu itu menjeling ke arah gadis yang sedang menekan perutnya sambil cuba menahan tawanya.

“Ish papa ni , please back up your own son. Ni belum jadi menantu lagi” Fakhih sengaja menarik muncungnya seperti Hana Aishah.

“Ya Allah hodohnya Along buat muka macam itu. Dah lah tu, sakit perut Hana gelak tau” Hana Aishah mengelap air matanya yang tumpah kerana dia tertawa terlampau banyak tadi. Satu jelingan daripada Fakhrul cukup untuk menghentikan tawa Hana Aishah.

“Grumpy old man” sengaja Hana Aishah menguatkan suaranya supaya sampai ke telinga Fakhrul tetapi lelaki itu membuatkan riak tanpa perasaan dan mengundurkan keretanya untuk keluar daripada halaman rumah agam itu.

“Ehh jap , Angah kau pergi tadika Irina kejap. Mommy dia meeting so cannot pick her up” Fakhih yang melihat Fakhrul yang memecut untuk mengejar solat jumaat itu memesan.

“We’re running out of time Along. We’ll pick her up on the way back” Fakhrul sudah mengeluh kerana terpaksa membuat banyak tugasan pada hari ini.

“You know how she is. Dah lah mommy dia tak ada, penat Along nak pujuk” Mary Irina adalah seorang anak kecil yang sangat kuat merajuk dan sukar di pujuk.

“You’re so troublesome” laju tangan Hana Aishah menepuk paha kiri Fakhrul sebelum dia sempat menahan refleksnya.

“Ish tak baik cakap macam tu dekat Along” Fakhrul ikut terkejut dengan refleks Hana Aishah itu tetapi apabila memandang muka gadis itu yang kelihatan takut kerana telah memukulnya dia tidak jadi marah.

“Just pick her up. I’ll take care of her while you guys pray” Hana Aishah memberi cadangan. Dengan keluhan berat Fakhrul menuju ke tadika Mary Irina yang terletak di Bangsar itu.


****************************************


“Is it delicious?” tanya Hana Aishah pada Mary Irina yang comel berpakaian seragam sekolah tadikanya.

Skirt berwarna kelabu dan dipadankan dengan baju berwarna kuning itu sudah menampakkan tompokan peluh. Rambut Mary Irina yang diikat dua itu sudah kusut masai.

“Its yummy. Thank you Mak Ngah” Mary Irina yang sedap sibuk menghirup cendol dihadapannya itu tersenyum lebar sebelum menampakkan giginya yang rongak di depan itu.

“So messy la you but still pretty princess “ Hana Aishah mengelap kesan air cendol yang sudah membanjiri tangan anak kecil itu.

“I like you Mak Ngah. Next time you buy more sweets like this for me” peluh sudah mula memercik di dahi anak kecil itu. Mereka sedang menikmati cendol di sebuah warung berdekatan dengan masjid itu.

Sewaktu mereka sampai di perkarangan sekolah Mary Irina itu , Hana Aishah terkejut. Dia sangkakan mereka akan mengambil anak saudara Fakhrul itu di sebuah tadika, tetapi sangkaannya salah. Mary Irina bersekoleh di sebuah sekolah antarabangsa di Bangsar.

Mary Irina yang memang sudah menunggu di luar sekolah itu terus meluru ke arah Hana Aishah. Suka sangat anak kecil itu apabila nampak Hana Aishah. Dia tidak mahu duduk di belakang dengan ayahnya oleh itu Hana Aishah memangku Mary Irina di hadapan.

Sesampai mereka di masjid Hana Aishah terus menukar tempat duduk dan memandu kereta Fakhrul itu kerana semua tempat letak sudah penuh dan azan sudah berkumandang.

Dengan berhati - hati Hana Aishah memandu kereta mahal itu. Selepas membuat beberapa kali pusingan akhirnya Hana Aishah menjumpai ruangan kosong di sebelah kedai cendol.

“Lets pack this and drink inside the car ok. It’s getting hot and you’re sweating “ Hana Aishah mengangkat Mary Irina dan sebelah lagi tangannya memegang air cendol.

“Uncle never let me eat anything inside his car” Hana Aishah yang baru meletakkan Mary Irian di kerusi penumpang kereta mewah itu mendengar bebelan Mary Irina. Hana Aishah tersenyum penuh misteri mendengar kenyataan gadis itu sambil menghidupkan enjin kereta itu.

“Is it? Its ok princess from today onwards you can eat all you want inside this car” Hana Aishah sudah membuat rencana untuk menaikkan amarah Fakhrul.

“Yeay” Mary Irina sudah melompat - lompat di dalam kereta BMW itu. Kerusi kulit itu dipenuhi dengan kesan lekitan tangan Mary Irina. Hana Aishah tersenyum melihat kecomotan Mary Irina itu, habis tumpah air cendol itu ke baju sekolahnya.

Selepas puas menggodek kereta Fakhrul akhirnya Hana Aishah berjaya membuka sistem radio di dalam kereta mewah itu. Mereka sedang menyanyikan lagu Frozen apabila telefon Fakhrul berdering. Dia kenal sangat bunyi deringan itu.

Bengang Hana Aishah apabila Fakhrul meninggalkan telefonnya kepada Hana Aishah dan mengambil telefon Hana Aishah bersamanya sewaktu lelaki itu pergi menunaikan solat jumaat. Hana Aishah menekan butang untuk mengurangkan suara radio itu sambil mengangkat telefon yang sedang berdering itu.

“Heloo. Dah siap. Ok coming” Hana Aishah menguatkan kembali suara radio dan berkareoke bersama Mary Irina sambil dia memandu kereta itu dengan berhati - hati menjauhi kedai cendol itu.

Dia pasti Fakhrul akan naik angin sebentar lagi melihat keadaan keretanya. Kasut Mary Irina berada di atas tempat duduk belakang manakala kerusi kulit berwarna hitam itu sudah penuh dengan cop tangan Mary Irina yang sudah kotor dengan air cendol yang manis itu.

Agak lama masa diambil untuk Hana Aishah sampai di hadapan pintu masjid. Kawasan masjid yang penuh dengan kenderaan yang sedang menuju keluar itu disusuri berhati - hati.

Sesampai Hana Aishah di perkarangan masjid itu , dalam kelibat manusia yang berpusu - pusu keluar daripada masjid dia melihat kelibat Fakhih yang sedang melambai tangan kearah mereka.

Sesampai Hana Aishah di perkarangan masjid itu , muka masing - masing sudah kemerahan kerana panas cahaya matahari petang itu.

“Princess, come sit in the middle. Let them come in” Hana Aishah menarik Mary Irina untuk duduk di tempat meletakkan tangan di antara kerusi pemandu dan penumpang itu.

“Just come in. I’ll drive. Its jammed packed at the back” Hana Aishah menurunkan sedikit tingkapnya sambil memberi arahan kepada Fakhrul yang kelihatan seperti mahu menyuruh Hana Aishah bertukar tangan dengannya untuk memandu kereta BMW itu.

Muka Fakhrul bertukar tegang apabila lelaki itu melabuhkan punggungnya di kerusi penumpang di sebelah Hana Aishah. Laju tangannya menekan punat radio untuk mematikan lagu Enchanted yang sedang bermain kuat di dalam kereta itu.

“Pak Ngah!” Mary Irina sudah menarik muncung seperti mahu menangis melihat Fakhrul yang mematikan lagu kegemarannya.

“Its ok baby. Aunty Hana will open it for you” selamba tangan Hana Aishah menekan punat radio yang berada di stereng kereta itu . Matanya membalas jelingan Fakhrul itu dengan jelingan kejayaan.

“I don’t like you. I like Mak Ngah” Mary Irina mencium pipi Hana Aishah yang sedang memandu itu.

“Irina, come sit at the back with daddy, let Mak Ngah drive” Mary Irina menggelengkan kepalanya sambil menjelirkan lidah kepada ayahnya.

“Come here or I’ll take the drink” ugutan Fakhih itu berjaya membuatkan Mary Irina mengalah dan memanjat berhati - hati ke tempat duduk belakang.

“Ya Allah , panasnya hari ni. Hana could you please turn on the aircond” Tan Sri Fadhil sudah lecun dibasahi dengan peluh. Tadi sewaktu solat jumaat , penuh manusia sampaikan penghawa dingin pun tidak dirasainya.

“Comotnya cucu Tok Pa ni” Tan Sri Fadhil memicit pipi cucunya yang sedang menghirup cendol yang sudah habis itu.

“Along, sorry tau Hana bagi Irina makan cendol. She was thirsty and well cendol is delicious “ Hana Aishah tersengih sampai menampakkan kesemua giginya.

“Its ok , its just that you deal with her sugar rush until it fades” Fakhih tahu apa akibat sekiranya Mary Irina makan benda yang manis, anak kecil itu akan bermain seperti tiada erti penat dalam kamus hidupnya.

“Pak Ngah kan ada” Hana Aishah membalas sinis.

Fakhrul sedang menahan sabarnya melihat kereta kesayangannya yang sudah kotor itu. Dia hanya mendiamkan diri melihat Mary Irina yang sedang meloncat - loncat cuba mengikuti lirik lagu yang sedang berkumandang di radio itu.

“Pak Ngah tengah berasap kereta dia dah kotor. Nasib Hana lah kawin dengan dia. Kesian anak korang nanti” Fakhih yang sedang mengelap mulut anaknya seboleh mungkin itu memerli adik lelakinya itu.

“Ada anak biasalah kereta kotor kan Mi” Tan Sri Fadhil sudah tersenyum gembira membayangkan rumahnya yang bakal meriah tidak lama lagi.

“Tuan Fakhrul kan pengemas , mesti anak dia pengemas macam tu” pujian Azmi itu membuatkan hati Hana Aishah panas.

“Siapa tah nak bagi dia anak” Hana Aishah memerli.

“We’re having tons of them” selamba ayat Fakhrul menjawab membuatkan Hana Aishah gusar .

“Kesian bini you” Hana Aishah tidak mahu kalah. Tan Sri Fadhil sudah menahan tawanya melihat muka Hana Aishah yang sudah mencuka itu.

“Bini I Hana Aishah binti Azam” sengaja Hana Aishah melanggar bonggol kelajuan itu.

“Nak sangat jadi bini , memang aku jahanamkan harta kau” bisikan hati Hana Aishah berjanji dia akan menyusahkan hidup lelaki itu sehingga lelaki itu mengalah.

“Oh my god, don’t get into fight when driving. I still love my life ok” Fakhih yang sedang memangku Mary Irina yang sudah tidur itu mengerutkan mukanya apabila anak gadisnya itu terlompat di atas badannya sewaktu hentakan itu. Perutnya terasa senak. Nasib baik tidur Mary Irina tidak terganggu.

*************************************

Mereka sampai di sebuah butik yang terletak di sebuah banglo mewah di Damansara. Hana Aishah melihat pelik kearah rumah banglo yang bertemakankan Victorian itu.

“What are we doing here?” Hana Aishah membuka mulut bertanya. Bangunan dua tingkat kelihatan mencurigakan kerana cerminnya yang gelap memberikan privasi kepada pemiliknya.

Sejurus mereka sampai di rumah Tan Sri Fadhil tadi, laju Fakhrul keluar daripada daripada keretanya dan menyeret Hana Aishah keluar daripada keretanya. Hana Aishah didudukan di tempat penumpang dan dikemaskan tali pinggang keledar sebelum lelaki itu memandu pergi.

Hana Aishah terkesima melihat tindakan lelaki itu. Tidak sempat Hana Aishah untuk mengucapkan salam kepada Tan Sri Fadhil.

Sepanjang perjalanan mereka Fakhrul hanya mendiamkan dirinya. Dia lansung tidak memberitahu hala tuju mereka. Hana Aishah sempat melihat papan tanda di sewaktu mereka melalui pintu masuk rumah banglo itu. ‘Aurora Castle’ papan tanda berwarna putih dengan tulisan Italic itu tersorok di sebalik pohon rendang yang meredupkan kawasan banglo itu.

“I told you so many times Hana Aishah don’t test me. You’re better than this” suara Fakhrul tenang memberi amaran. Hana Aishah tahu Fakhrul tidak berpuas hati dengannya kerana keadaan keretanya. Walaupun Hana Aishah sedang ketakutan tetapi digagahkan dirinya itu.

“I’m going to make your life a living hell. Just give up. We shouldn’t get married. We’re not suitable for each other” Hana Aishah memberanikan diri untuk menenung muka Fakhrul yang sedang dihalakan ke banglo di hadapan mereka itu.

“Try harder Aishah. You are going to be my wife by April. This act you’re pulling is not gonna make me back off” Fakhrul mematikan enjinnya dan membuka pintu kereta itu sebelum menuju ke arah pintu Hana Aishah.

“Out” tenang Fakhrul memberi arahan kepadanya. Hana Aishah menyilangkan tangannya dan memalingkan muka ke arah bertentangan. Dia akan membuktikan bahawa kedegilannya tidak boleh ditandingi sesiapa.

“One” suara Fakhrul masih tenang mengira.

“Two” selang seminit disambung kiraannya.

“Three” dengan sekali tarikan , kerusi Hana Aishah dibaringkan sebelum tubuh Fakhrul itu menindihnya. Sebelum sempat Hana Aishah menjerit , lelaki itu laju menutup mulut Hana Aishah dengan tangannya.

“I can do more than this Aishah. Do not test me” mata Fahkrul memandang tajam ke dalam anak mata Hana Aishah yang berwarna hitam itu. Desah nafas Fakhrul memukul kulit muka Hana Aishah.

Perlahan - lahan Fakhrul melonggarkan tekupan tangannya di mulut Hana Aishah itu. Mata Hana Aishah menbulat kerana ketakutan. Tangan Hana Aishah sudah mengigil ketakutan. Laju dia meluruskan badannya dan menolak Fakhrul ke tepi sebelum berlari anak ke arah banglo itu.

“Good morning Ms. Do you have an appointment ?“ penyambut tetamu berbangsa Melayu yang memakai blaus separa paha yang sangat pendek itu memandang Hana Aishah yang kelihatan pucat lesi itu.

“Appointment under Fakhrul” suara garau Fakhrul yang kedengaran betul-betul dibelakang Hana Aishah itu membuatkan kakinya dengan automatik cuba melangkah pergi. Tetapi malangnya tangan sasa Fakhrul itu lebih pantas memeluk pinggang ramping Hana Aishah yang disaluti blaus berwarna hijau lumut berbentuk peplum itu.

“Mr Fakhrul” suara Hana Aishah merayu sambil cuba melarikan diri daripada pegangan kejap lelaki itu.

“Its either this punishment or I’ll punish you with my mouth” terus terhenti segala percubaan Hana Aishah untuk melarikan diri daripada lelaki ini mendengar bisikan lelaki itu.

“Please follow me this way” penyambut tetamu tadi memberikan senyuman menggoda kepada Fakhrul. Dia melihat pasangan yang sedang berpelukan mesra dihadapannya itu.

Dia memerhatikan pakaian Hana Aishah yang kelihatan seperti budak sekolah itu. Jeans hitam dipadankan dengan blaus berwarna gelap dan mahkota wanitanya yang dilitupi hijab bercorak bunga berwarna hijau gelap lansung tidak menyelerakan.

Mereka dibawa menyusuri lorong menuju ke arah sisi kanan rumah. Hana Aishah sempat melihat potret pakaian penganting daripada pelbagai bangsa digayakan oleh model - model terkenal antarabangsa.

“Fakhrul” satu suara nyaring tetapi garau menyambut mereka sewaktu mereka memasuki satu ruangan yang dipenuhi dengan gaun pengantin yang mewah.

“You never learn to not shout” Hana Aishah tergamam melihat seorang lelaki kacak sedang duduk di atas lantai yang dipenuhi dengan kain fabrik dan pita ukur. Lelaki yang sedang menggunting kain lace itu meninggalkan segala tugasannya dan meloncat bangun.

“Grumpy as usual I see” mata lelaki itu melihat Hana Aishah daripada atas ke bawah seperti sedang membuat imbasan X Ray.

Hana Aishah merasa tidak selesa dengan pandangan lelaki itu dan tanpa dia sedari dia merapatkan badannya ke badan Fakhrul yang sedang memeluknya daripada belakang itu.

“Stop looking at my woman” Fakhrul menarik Hana Aishah untuk duduk di sebuah sofa berbentuk hati itu. Kerusi berwarna merah berbulu lembut itu memberi satu keselesaan kepada pinggang Hana Aishah yang sedang sakit itu.

“Not your type but I like” komen spontan yang keluar daripada mulut lelaki di hadapannya yang berbibir tebal itu membuatkan Hana Aishah tersentak.

“I’m Prince Aurora. I’m everything you need to focus on from to today till... eh you never tell me the date of the wedding” mata lelaki bermata bundar dan berkulit putih seperti susu itu memandang ke arah Fakhrul dengan jari telunjuknya yang bergerak - gerak di hadapan muka Fakhrul.

“I’m gonna knock you right now. This is Ali my schoolmate . He’ll be managing our wedding” Fakhrul memandang ke arah Hana Aishah yang terpinga - pinga memandang ke arah lelaki yang memakai seluar berwarna pink dan berbaju kemeja sendat berwarna hijau neon yang sedang berdiri di hadapannya.

“Don’t listen to him darling. My god you’re so tall and thin. Are you a model?” Hana Aishah masih tidak mempercayai matanya. Fakhrul mempunyai kawan sebegini. Lelaki itu tidak kelihatan seperti seseorang yang akan mempunyai kawan seceria ini.

“Teringin la nak jadi model tapi macam tak lawa je nak jadi model” spontan jawapan Hana Aishah keluar daripada mulutnya.

Ali memandang Hana Aishah pelik. Gadis ini memang lain daripada yang lain.

“Ini pelik. Very pelik. Macam mana girl like you can tame this beast down” Ali yang berbadan sasa itu menarik kerusi untuk duduk berhadapan dengan pasangan itu. Mukanya dikerutkan seakan - akan dia tengah memikirkan masalah dunia.

“You want to do your job or I need to hire someone else?” mata Fakhrul merenung tajam ke arah Ali. Fakhrul sedang duduk bersandar santai di sebelah Hana Aishah yang kelihatan tidak selesa.

“Still not fun. Luckily you’re handsome” Hana Aishah menahan tawa melihat gaya Ali yang meliuk - liuk badannya di hadapan Hana Aishah.

“Alright, lets get started!” sepanjang perbincangan itu Hana Aishah hanya mendiamkan dirinya.

Dia tidak mahu campur tangan dengan perbincangan ini. Segalanya ditentukan oleh Fakhrul. Telinganya dipekakkan. Hati diasak rasa sedih.

Hana Aishah tidak ubah seperti patung di situ. Daripada tarikh majlis , tempat , tema , warna dan segala benda lelaki itu yang putuskan.

“Why is the bride being so passive? Groom je banyak mulut?” Ali yang semenjak tadi mencatat kesemua yang diingini Fakhrul pelik melihat Hana Aishah yang hanya mendiamkan diri semenjak tadi.

Selepas beberapa minit mereka berbincang , Hana Aishah yang cuba bangkit untuk berjalan melihat baju ditarik supaya dia duduk kembali. Semenjak itu tangan Fakhrul melekap pada tangan gadis itu sekaligus menghalangnya daripada bangun.

Hana Aishah hanya tersenyum tawar. Dia menundukkan pandangannya dan melihat kearah tangan kirinya yang berada di dalam genggaman Fakhrul itu. Beberapa cubaan untuk melarikan tangannya itu menyebabkan lelaki itu menggenggam tangannya erat.

“So tell me girl what kind of design do you like for your dress because to be honest all kind of cutting will suit you” muka Ali yang teruja itu dipandang Hana Aishah.

“Show me some examples, I’ll sort that out with you” laju Fakhrul mencelah. Walaupun Hana Aishah membenci perkahwinan ini tetapi perkara yang Fakhrul buat ini menyebabkan dia rasa seperti boneka.

“That’s rude. She’s the one wearing it so she will decide” sebelum sempat Fakhrul memarahi Ali, lelaki itu menarik lengan Hana Aishah menuju ke arah rak - rak yang dipenuhi dengan pelbagai jenis gaun pengantin.

“I think we should try on these .. these ... these .. these and these” Ali mencampakkan baju - baju itu kepada pembantu yang sejak daripada tadi memberikan layanan istimewa untuk Fakhrul walaupun tidak dipinta.

“Oh my god! This is it” Ali mengeluarkan sepasang gaun pengantin berbentuk ‘fit and flare’ . Kain satin mahal berwarna kelabu itu dihiasi dengan kain renda perancis yang mahal. Lengan Hana Aishah ditarik oleh Ali dan baju itu digayakan ke atas tubuh Hana Aishah. Hana Aishah hanya kaku berdiri di situ seperti patung.

“We’re out. I told you dont touch what’s mine” dengan tiba tiba Fakhrul merentap tangan Hana Aishah dan menyeretnya keluar daripada situ. Ali yang melihat adegan itu tergamam.

“Lepaslah. Lepas” Hana Aishah merentap tangannya. Tangannya yang memang sedia ada sakit itu bertambah sakit apabila diseret sebegitu. Dia menggosok lengannya yang sudah bertanda biru itu.

“Car now!” tengkingan Fakhrul yang disaksikan penyambut tetamu tadi membuatkan air mata Hana Aishah bertakung. Dia malu diperlakukan begitu di depan orang asing.

Laju kakinya melangkah masuk ke dalam kereta BMW itu. Fakhrul menghidupkan enjin sebelum membawa kereta itu menghala ke arah ibu kota. Air mata Hana Aishah sudah berjujuran di tirai matanya. Dia sudah tidak kisah sekiranya Fakhrul mendengar esakannya.

“I want to go home” Hana Aishah menjadi takut melihat perangai Fakhrul yang mengongkong dan menggunakan kekerasan terhadap Hana Aishah.

Fakhrul hanya diam membatu. Matanya masih terbayang - bayang tangan Ali di badan Hana Aishah cuba mengayakan baju pengantin tadi di badan Hana Aishah.

Fakhrul tidak dapat mengawal kemarahannya apabila melihat interaksi lelaki lain dengan Hana Aishah. Fakhrul tidak pernah merasai perasaan seperti ini sebelum ini terhadap sesiapa pun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience