Prologue

Romance Completed 625664

Petang itu , hujan renyai yang sepatutnya menyamankan keadaan tidak berjaya menurunkan suasana hangat yang menyelubungi kediaman Kapten Azam and Teacher Basirah.

Mereka menerima kunjungan mengejut daripada keluarga Tan Sri Tengku Fadhil. Tan Sri bersama isterinya Puan Sri Maria bertandang ke rumah Kapten Azam dengan kedua - dua anak lelaki mereka. Yang sulung Fakhih dan anak kedua mereka Fakhrul.

“Maaflah kami menganggu weekend Kapten Azam dan isteri.” Tan Sri Fadhil memulakan bicara.

“Ehh, no need to call me Kapten , Tan Sri. Dah retired 10 tahun dah pun. Panggil saya Azam saja” malu Kapten Azam orang sehebat Tan Sri Fadhil memanggilnya Kapten.

“ Kalau macam tu Abang Azam kena panggil saya Fadhil saja . Tak perlu lah nak formal sangat panggil saya Tan Sri, kita bukan nak buat business kan” Tan Sri Fadhil mula membuka bicara tentang hasrat mereka sekeluarga.

Teacher Basirah yang sedang menatang air dari dapur mula rasa tidak sedap hati mendengar cara Tan Sri Fadhil berkata .

Teacher Basirah meletakkan Gracie Violets Bone China tea set dengan berhati - hati di atas meja di ruang tamu bertemakan modern english . Dia baru sahaja menukar design ruang tamunya daripada Traditional Wooden ke Modern Contemporary. Maklumlah orang sudah pencen.

Teacher Basirah menuangkan air Teh Tarik yang masih panas itu ke dalam set cawan kegemarannya. Dia penggemar set pinggan mangkuk. Penuh almari rumahnya dengan set - set yang dibelinya sewaktu melancong ke luar negara .

“Jemput minum Tan Sri , Puan Sri dan anak-anak. Apa nama tadi , lupa dah auntie ?” Teacher Basirah yang sudah terbiasa dengan anak-anak muridnya cuba memeriahkan suasana yang agak janggal.

“Allah ,Kak Basirah panggil saya Maria saja. Itu yang duduk sebelah papa dia anak sulung saya Fakhih . Yang seorang lagi tu Fakhrul. Fakhrul tu kerja dekat Hospital Shah Alam sama dengan anak akak , Hana” sambil itu laju tangan Puan Sri Maria mengambil bone china Teacher Basirah dan memberikan kepada anak dan suaminya.

“Hana Aishah ya?” Teacher Basirah ingin memastikan kerana nama dua lagi anak perempuannya pun Hana juga , Hana Azuwa dan Hana Aqilah. Sambil itu dia membawa satu lagi tea cup untuk suaminya dan duduk di atas sofa putih bercorakkan bunga - bunga kecil berwarna pastel bersebelahan suaminya

“Ye Kak Basirah. Tujuan kami datang ini bawa hajat besar sebenarnya abang dan kakak” berhati - hati Tan Sri Fadhil memulakan bicara.


“Hajat apa tu Tan Sri” Kapten Azam seperti sudah dapat mengagak tetapi dia tak mahu terus membuat kesimpulan sendiri.


“Panggil Azam saja bang. I’ll go straight to the point , saya nak pinang Hana Aishah untuk anak saya Fakhrul” tenang sahaja Tan Sri Fadhil berbicara.


Teacher Basirah dan Kapten Azam berpandangan sesama sendiri. Mereka terdiam sejenak.

Share this novel

MUSA
2021-08-06 16:01:04 

BEST

anace
2021-03-07 08:25:21 

update please

sheyranick
2020-12-15 16:14:58 

dah baca separuh dari novel ni.. apa yg boleh sye cakap author otak kuning. tu je. bahan bacaan yg macam ni la boleh merosakkan remaja. hmmm


NovelPlus Premium

The best ads free experience