Chapter 4

Romance Completed 625664

Tepat jam 4.45 pagi Hana Aishah sudah sampai di lobi hospital. Semalam dia sampai di rumah pukul 11 malam. Yang menjadikan dirinya lebih mengantuk apabila dia asyik terjaga sepanjang malam tadi kerana terlampau risau akan hari - harinya yang mendatang. Akhirnya dia berputus asa dan bangun pada pukul 4 pagi dan bersiap ke tempat kerja. Sempat juga dia solat tahajud moga Allah mudahkan segala urusannya.
Perasaan takut dan gugup menyerang dirinya. Sama macam sewaktu posting pertama dulu. Extension adalah mimpi ngeri semua houseman. Extension bermakna anda kena habiskan lebih dari 4 bulan dalam satu - satu jabatan. Selalunya houseman yang kena extension akan dilabel sebagai houseman bermasalah.

Antara sebab - sebab kena extension adalah masalah sikap , salah order ubat atau labelling and etc. Tetapi ada juga houseman yang bagus kena extension sebab keputusan itu terletak atas tangan bos dalam jabatan. Maksudnya kalau pandai ampu lepaslah , kalau orang tak suka bahanalah.

Sepanjang Hana Aishah berkerja di 3 jabatan sebelum ini dia tak pernah kena extension. Dia rapat dengan bos-bosnya. Tapi dia dapat merasakan posting kali ini akan menjadi sangat mencabar .

Sesampai di wad , tubuhnya mengigil kesejukan. Dia meletakkan beg di dalam bilik pegawai perubatan dan terus menuju ke arah kaunter jururawat. Penuh semua PC dengan staf yang sedang melelapkan mata. Malam tadi tenang diagak. Selalunya staf - staf hanya akan melelapkan mata sebentar sekiranya semua pesakit stabil. Dia nampak beberapa orang SN mengambil tekanan darah dan nadi pesakit .

“Awalnya Dr Hana. Dr Hana first posting ke?” Kak Zurin , SN (Staff Nurse) yang dia sempat berjumpa semalam menegur. Mukanya nampak terkejut.
“Tak lah Kak Rin. Saya kan kena supervise dengan Dr Fakhrul. So dia suruh datang pukul 5 pagi everyday. Tragic betul hidup saya ni kak” luah Hana Aishah sambil tangannya laju membuka PC.

“Tak pe lah Dr Hana. Mr Fakhrul tu memang macam tu tapi kalau dia dah selesa kerja dengan Dr InsyaAllah dia akan ok” Kak Zurin cuba menyedapkan hati Hana Aishah. Realitinya dia tahu Mr Fakhrul itu hati kering. Maki hamun houseman macam makanan ruji dia.

Hana Aishah sempat memberikan senyum hambar kepada Kak Zurin. Hanya Allah sahaja mampu tolong dia.

**************************************

Jam sudah menunjukkan pukul 7 pagi. Di kala semua houseman lain tengah kelam kabut menghabiskan review patient , Hana Aishah sudah siap review pesakitnya. Hari ini Hana Aishah yang berseluar slack berwarna khaki dan blaus plain berwarna hijau muda sedang menghafal maklumat pesakit yang dijaganya. Dia dengar Fakhrul tidak suka housemannya membaca dari nota.

Hari ini dia menjaga 5 pesakit . Hari pertama selalunya bebanan kerja tak banyak. Sambil menghafal sejarah pesakit sambil itu hatinya tidak putus dengan zikir.

Tepat jam 7.30 pagi Fakhrul tiba dia wad untuk memulakan rondaan pagi. Dia tak perlu memanggil housemannya, kerana memang semua akan memunculkan diri bila dia tiba. Matanya sempat memandang Hana Aishah yang sedang senyum. Senyum yang tak ikhlas , putusnya.

Dalam jabatan ortopaedic mereka akan dibahagikan mengikut kepakaran pembedahan. Fakhrul sekarang sedang membuat attachment di pasukan Dato’ Karim. Dato’ Karim ialah ketua jabatan Ortopaedic dan pakar dalam bidang arthroplasty.

Dalam Team Arthroplasty sekarang ada 4 housemans termasuk Hana Aishah. Zaki dan Evelyn pernah berkerja dengan Hana Aishah di jabatan sebelum ini manakala Wanda pula houseman baru. Team Dato’ paling sibuk di jabatan Ortopaedik.

“So this patient is a 45 years old Malay gentleman Dr. Today is his ...” belum sempat Hana menyambung bicara , katanya sudah di potong.

“What did you just call me?” tanya Fakhrul.

“Ermm Dr ?” Hana Aishah takut - takut menjawab.

“You are in what posting right now Hana” suara Fakhrul semakin meninggi.

Hana Aishah menelan air liur yang semakin kering. Matanya diangkat memandang ke arah mata Fakhrul.

“4th posting doctor” perlahan Hana Aishah menjawab. Dia dapat merasakan amarah Fakhrul.

“Dont you know what to call your surgeon. Do I look like an MO to you” tengkingan Fakhrul bergema di segenap penjuru cubicle itu. Hana Aishah hanya menundukkan wajah. Dia tahu semua mata mesti sedang memandangnya.
“Sorry Mr Fakhrul”
“Continue”

Itu hanyalah permulaan. Sepanjang Hana Aishah menerangkan tentang pesakitnya kepada Fakhrul , tengkingan dan herdikan sudah macam machine gun. Hana Aishah menahan air matanya dari tumpah. Dia tidak akan menangis. Dia lebih kuat dari itu.

“You make sure everything is done by 12 noon if not you’re gonna get yourself in more deeper hole. Understood “ amaran terakhir Fakhrul jelas.

“Yes Mr Fakhrul” Fakhrul berlalu pergi tanpa sempat mendengar balasan Hana Aishah.

Habis sahaja rondaan tak sempat dia hendak menangis pun , Hana Aishah terus melaksanakan segala tugasan.


****************************************


Ting . Telefon Hana Aishah berbunyi menandakan mesej yang masuk.


~Get me Saromi’s result stat~Firaun


Hana Aishah baru sahaja melabuhkan punggung di atas kerusi di dalam bilik pegawai perubatan. Dia tak sempat minum setitik air pun sepanjang hari ini. Fakhrul membulinya cukup - cukup hari ini. Dari pagi sampai sekarang semua benda dia nak Hana Aishah buat. Jam sudah menunjukkan pukul 10.30 malam.

Sekarang dia kena telefon makmal untuk mendapatkan keputusan sampel bendalir pesakit. Masalahnya dia pasti akan dimarahi oleh pegawai di makmal. Sampel itu baru dihantar petang tadi. Dia sangat pasti sampel itu belum diproses.

Ganggang telefon hospital di angkat. Dia menekan extension makmal.
“Helo kak . Saya Dr Hana maaf ganggu malam - malam macam ni kak. Saya nak trace sample seorang patient ni. Fluid biochemistry dia” Hana Aishah bersuara selembut mungkin.
“Detail patient dan hantar bila” kasar suara pegawai makmal itu. Dia paling pantang orang menyusahkan dia malam - malam buta. Dia tengah sibuk melihat realiti show sibuk nak call mintak result.
“Hantar petang tadi kak” sambil itu Hana Aishah memberi tahu nombor daftar pesakit.
Tak sampai satu minit Hana Aishah sudah mendengar rungutan di hujung talian.
“Sample baru hantar pukul 7 tadi , esok petang baru result keluar. Doctor nak buat apa pun kalau saya bagi tahu result sekarang” bebelan pegawai itu menyakitkan telinga Hana Aishah.
“Sorry kak, tapi pakar saya nak result ni sekarang jugak . Please kak” rayu Hana Aishah.
“Kalau doctor nak sangat call la MO oncall” dan terus talian dimatikan.
Hana Aishah tiada pilihan lain. Dia terpaksa memanggil MO patologi oncall. Masih terngiang - ngiang makian Fakhrul di telinganya.
“Kau ni lembap sangat kenapa. Tak kan bodoh sangat sampai benda ni pun tak tahu. You’re so proud introducing yourself as senior but you’re useless. I dont know how did you get your degree. Get the hell out of here” muka Fakhrul yang tegang dengan urat - urat kepala yang semakin jelas menampakkan kemarahannya. Sekali lagi Hana Aishah dimarahi waktu rondaan petang.

Laju tangan Hana Aishah menekan nombor operator dan minta disambungkan ke MO oncall dan seperti dijangka dia memang dimarahi. Tapi selepas pujuk rayu , MO itu mengalah dan dalam masa 1 jam keputusan sampel itu keluar.

Laju tangan Hana menaip.

~ So sorry for the delay Mr Fakhrul. This is the result.~

Tak sampai 30 saat telefonnnya berbunyi.
~ If you keep this pace which is slower than a damn snail just quit the job~
Hana Aishah hanya memandang mesej itu sepi. Dia tidak membalas. Dia terus mengambil beg tangannya dan menuju ke tempat letak kereta.

Perlahan kereta Hana Aishah membelah keheningan malam itu. Hujan renyai seperti dapat merasai kesedihan Hana Aishah. Air matanya laju membasahi pipinya. Sakitnya hati dia hanya Allah yang tahu.

Laju mulutnya membaca Qunut Nazilah. Dia masih ingat pesanan ustazahnya dahulu , kalau kita dianiaya oleh orang lain amalkan Qunut Nazilah.

Hana Aishah sampai dirumah tepat jam 1.30 pagi. Rumahnya gelap gelita kecuali lampu di ruang tamu. Abahnya pasti membuka lampu itu untuknya. Dia harap emak dan abahnya sudah tidur. Hana Aishah tak mahu mereka nampak dirinya dengan keadaan mata bengkak.

Perlahan - lahan dia menutup pintu utama rumahnya dan laju menaiki tangga menuju ke biliknya. Hana Aishah terus merebahkan badan di atas katil dan malam itu dia terlelap dengan tangisan air matanya yang membasahi bantalnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience