Chapter 47

Romance Completed 625623

Hana Aishah terkejut apabila tingkap sebelah pemandunya di ketuk bertalu - talu. Hana Aishah tidak bergerak daripada tempat duduknya. Matanya memandang ke arah beberapa orang lelaki yang sudah mengerumuni kereta Myvi nya.

“Cik! Cik! Cik ok tak ni” Hana Aishah memandang ke arah seorang lelaki muda yang berbadan sasa yang sedang cuba menarik pintunya buka. Hana Aishah terkebil - kebil melihat situasi itu.

Selepas beberapa minit berlalu , Hana Aishah ditarik keluar oleh lelaki tadi dan di dudukkan di bahu jalan. Kepalanya terasa sebu di saat itu. Dia tidak dapat memahami percakapan orang di sekelilingnya.

“Adik. Minum air ni dulu. Awak terkejut ni” seorang pak cik berbangsa India menghulurkan botol air mineral ke arahnya. Hana Aishah hanya memandang bingung ke arah lelaki itu. Matanya dihalakan pula kearah botol air yang berada di depan matanya itu.

Hana Aishah mencapai botol air itu sebelum meneguk sedikit air itu. Tangannya terketar - ketar. Matanya memandang ke arah kereta Myvi nya yang sudah tersadai di tengah - tengah simpang empat itu. Bahagian sisi kiri keretanya sudah hilang rupanya.

“Haiyooo! Lampu saya masih kuning, jadi you punya mesti merah punya. Bawak kereta macam mana la you ni amoi” Hana Aishah memeluk beg tangannya sambil memandang ke arah lelaki berbangsa Cina yang duduk berdiri di depannya sambil bercekak pinggang.

“Apek, you jangan cakap banyak. I belakang kereta cik ni. Lampu dah hijau baru dia jalan” lelaki yang menarik Hana Aishah keluar daripada keretanya tadi memarahi lelaki cina yang berperut boroi itu.

Hana Aishah dapat mendengar lelaki itu bercakap dengan suara tinggi dalam bahasa ibundanya.

“Cik. Kita kena pergi balai ni saya rasa. Kereta tak boleh jalan. Cik boleh call sesiapa untuk datang tak?” lelaki Melayu yang memakai baju pejabat itu memberitahunya. Hana Aishah menganggukkan kepalanya sebelum mengambil Iphonenya.

Nama pertama yang di carinya , Fakhrul. Panggilan pertamanya dibiarkan tidak berjawab. Dengan setiap panggilan yang tidak berjawab , Hana Aishah semakin panik. Berpuluh - puluh pesanan suara Di tinggalkan dan beratus - ratus mesej dia hantar semua tidak berbalas.

“Suami saya tak angkat” Hana Aishah memandang lelaki tadi. Lelaki itu kelihatan serba salah. Kasihan dia melihat gadis yang masih terkejut itu tetapi dia ada mesyuarat yang perlu dikejarnya.

“Ada orang lain yang boleh tolong cik. Saya dah call pihak polis , sekejap lagi diorang sampai” Hana Aishah mencuba sekali lagi menelefon suaminya sebelum dia berputus asa.

“Saya call adik saya” Hana Aishah terus mendail nombor Alif Haziq. Pada mulanya taliannya dijawab sebelum dimatikan. Hana Aishah mencuba beberapa kali lagi dan Hana Aishah menghantar pesanan mesej.

~Alif. Kak Dik accident. I don’t know where am I. Alif tolong akak~


Sewaktu dia mahu berputus asa , tiba - tiba satu pesanan whatsapp masuk. Hana Aishah membuka Iphone nya dengan penuh harapan. Dia pasti Fakrul atau Alif Haziq akan datang membantunya.

~I’m in court now kak. My first session starts now. Akak call Abang Fakhrul. I will come after I finish at this. Sorry Kak Dik. I love you. Take care tau~ Alif Baby


“Adik saya pun busy” air mata Hana Aishah sudah bergenang. Lelaki tadi memandang Hana Aishah simpati.

“Saya tunggu Cik sampai polis datang” Hana Aishah hanya memandang lelaki itu tanpa reaksi.

Dadanya berdebar laju. Dia mahu menelefon bapanya tetapi mengingatkan ibu bapa yang berada di Johor menjemput saudara mara mereka untuk perkahwinan Hana Aqilah terus dia mematikan niatnya.

Hana Aishah tidak dapat berfikir lansung di saat itu. Di saat dia memerlukan suaminya , lelaki itu tiada. Di saat dia keseorangan lelaki itu dengan mudahnya tidak mengendahkan dirinya.

Hana Aishah tidak tahu siapa lelaki tadi tetapi lelaki itu yang menguruskan semuanya. Daripada memanggil trak tarik kereta , menyuruhnya duduk di tempat yang lebih selamat , memaklumkan pihak polis tentang kemalangan itu dan apabila dia pasti Hana Aishah selamat barulah lelaki itu pergi.

Otak Hana Aishah beku di saat itu. Dia tidak dapat berfikir lansung. Sewaktu pihak polis mahu mengambil penerangannya Hana Aishah hanya berdiam diri. Sesampai Hana Aishah di IPD Shah Alam menaiki kereta polis , dia dibawa ke bahagian trafik.

Sedaya updaya Hana Aishah cuba memberitahu tentang kemalangan itu tetapi dalam keadaanya yang masih terkejut itu , segala bicaranya menjadi tunggang terbalik. Dia bernasib baik apabila pegawai trafik yang ditugaskan untuk mengambil kesnya itu memahami keadaannya.

“Sorry Encik. I’m really blur right now. Saya tak tahu apa yang jadi. Lampu hijau so saya cross the junction... and then ... and then ... “ Hana Aishah menelan air liurnya mengingatkan kejadian tadi.

“Tak apa Puan Hana. Puan masih terkejut. Puan ambik masa Puan dan cerita dekat saya slow slow” Sarjan Musa memandang ke arah wanita di hadapannya yang kelihatan pucat itu. Kedua - dua tangan wanita itu digenggam erat dan sesekali bibir wanita itu digigit ketakutan.

Usai memberi laporan , Hana Aishah melabuhkan punggungnya di taman berhadapan dengan jabatan trafik itu. Satu keluhan panjang dilepaskan. Lama dia duduk termenung di kerusi besi itu.

“You know why I never fall in love again after ... hmm that guy . Because I never want to be in a relationship and feels lonely. Its so lonely than being single and feeling alone” Hana Aishah masih ingat lagi kata - kata Sakinah beberapa tahun lepas.

Mereka sedang bercuti di Bali sewaktu itu dan Hana Aishah memarahi Sakinah sebab menolak pelawaan seorang jejaka Perancis untuk keluar bersiar - siar. Jelas sangat jejaka itu menyukai Sakinah tetapi ditolak mentah kawan baiknya itu.

Sekarang baru Hana Aishah faham apa yang Sakinah maksudkan. Dia tidak menyangka sangkaannya selama ini betul. Habis madu sepah dibuang. Air matanya turun semakin lebat. Kalaulah abahnya ada pasti lelaki itu akan meninggalkan segalanya untuk berada di samping Hana Aishah saat itu.

“Adik nak abah”

***********************************

“Abah ... abah ....” Fakhrul terjaga daripada tidurnya apabila tubuh isterinya yang dirangkulnya itu menggelisah di atas katil. Wajahnya diraup beberapa kali untuk menghilangkan kemamaiannya.

“Emmmm.... bah ... no ... no” sekali lagi suara Hana Aishah yang sedang meracau itu kedengaran. Kedua - dua belah tangan Hana Aishah memukul kiri dan kanannya tanpa arah.

Fakhrul terus mendudukkan dirinya sebelum memandang ke arah Hana Aishah yang sedang bergelut di atas katil itu. Mukanya sudah dibanjiri air mata manakala kakinya menendang liar.

“Sayang” Fakhrul menepuk pipi kanan Hana Aishah cuba mengejutkan isterinya daripada igauan yang menganggu tidur wanita itu.

Peluh sudah membanjiri dahi isterinya. Bibir nipis itu terkumat kamit mengeluarkan kata - kata yang tiada makna. Dada Hana Aishah bernafas kencang seperti sedang bertarung dengan sesuatu.

“Sayang. Wake up. Sayang mimpi ni” sekali lagi Fakhrul memanggil isterinya dengan sedikit kuat. Tangannya merasai suhu di dahi isterinya.

“You’re burning up” Fakhrul berdiri dari katil menuju ke pintu masuk bilik itu sebelum memetik suis lampu. Pandangannya di alih ke arah Hana Aishah semula. Isterinya masih meronta - ronta di atas katil.

“Hana Aishah! Sayang bangun” kali ini Fakhrul memaut pinggang isterinya sebelum menarik Hana Aishah ke posisi duduk. Basah kuyup dia rasakan bahagian belakang badan isterinya itu. Bahangnya jangan dicakaplah.

“Hey. Istighfar Hana Aishah. Wake up. You’re having a bad dream” Fakhrul menepuk - nepuk kedua - dua belah pipi isterinya. Anduh di tangan kanan Hana Aishah sampai tercabut kerana rontaan Hana Aishah itu.

“No abah..... Adik .... Abah... takut ... no” mata Hana Aishah masih dipejam rapat walaupun air mata isterinya itu masih mengalir keluar.

“Hana Aishah. Bangun abang cakap. You’re burning up. Bangun!” Fakhrul mengoncangkan bahu Hana Aishah kasar sehingga terkejut isterinya.

“Abang” Hana Aishah memandang Fakhrul terkebil - kebil.

Tadi di kala dia keseorangan dimarahi pemandu lori di dalam mimpinya , Hana Aishah menjerit memanggil Fakhrul , abahnya dan Alif Haziq. Tiada sesiapa yang menyahut. Kesemua mereka hanya melihat dia daripada jauh.

“Abang. Abang tak tinggal Aishah. Abang ada dekat sini” suara sebak Hana Aishah berkata lega sebelum dia memeluk Fakhrul kuat. Mukanya disembam ke dada Fakhrul yang tidak berbaju itu.

“Yes. I’m here sayang. Abang tak tinggal sayang” Fakhrul mengucup ubun - ubun Hana Aishah yang sudah menangis teresak - esak itu.

“Tadi ... tadi ... Aishah sorang ... that guy scold me... abang tak tolong ... abah ... pun “ esakan Hana Aishah semakin hebat. Terhenjut - henjut bahunya menahan sebak.

“Adik .. takut... nak abah” raungan Hana Aishah semakin kuat. Tiba - tiba pintu bilik mereka dibuka. Alif Haziq masuk ke dalam bilik kakaknya.

“Ya Allah abang Fakhrul. What happen ni? Why is Kak Dik crying ?” Alif Haziq kelihatan panik melihat Hana Aishah yang sedang memeluk Fakhrul kuat.

“Nightmare “ Fakhrul mengeluh lemah. Alif Haziq yang hanya memakai boxer itu melabuhkan punggung di birai katil kakaknya.

“Kak Dik. Janganlah nangis. Alif dengan abang ada dekat sini” Alif Haziq mengusap bahu kiri kakaknya lembut. Esakan Hana Aishah masih berterusan.

“No ... tadi tak ada. Aishah takut... Dont ... dont leave me” Hana Aishah memandang kedalam anak mata Fakhrul. Perasaan bersalah mencengkam dirinya.

“I’m here . Abang tak tinggal sayang. I’m right here and will be here all the time” Fakhrul memandang tepat ke dalam anak mata Hana Aishah yang sedang ketakutan itu.

“Janji.... janji dekat Aishah.. Abang janji ?” terketar - ketar suara Hana Aishah memohon.

“I promise you I will always be with you everytime you need me. Abang tak akan tinggalkan sayang” mendengar janji Fakhrul itu Hana Aishah tersenyum mamai sebelum membaringkan kepalanya di dada Fakhrul dan perlahan - lahan matanya mula memberat.

“Mmm. Love you” suara mamai Hana Aishah kedengaran. Fakhrul menarik isterinya rapat ke dalam pelukannya. Alif Haziq hanya memerhatikan perlakuan suami isteri itu. Dia terdiam melihat kakaknya yang kembali tenang itu.

“I’m sorry. I’m so sorry” Fakhrul berbisik memohon maaf. Kekesalannya menebal di saat itu. Sampai begitu sekali isterinya bermimpi kerana traumanya.

“Alif tolong abang boleh?” mendengar permintaan abang iparnya itu , Alif Haziq berlalu pergi dan kembali dalam masa 10 minit bersama barang yang abang iparnya minta itu.

Sekembalinya Fakhrul di situ. Tubuh kakaknya sekarang hanya dibaluti sehelai baju pijama separa lutut berkain kapas. Anduh yang sudah melorot tadi sudah dibetulkan Fakhrul.

“38.4 ... fever” Alif Haziq melihat abang iparnya memeriksa suhu Hana Aishah.

Alif Haziq memerhatikan abang iparnya menyuapkan 2 biji ubat demam dan sebiji ubat tahan sakit kepada kakaknya. Selesai itu , Fakhrul menampal Kool Fever di dahi Hana Aishah sebelum menyelimutkan Hana Aishah.

“Is it ok that she’s having fever? Alif risau lah bang” Alif Haziq mengusap kaki Hana Aishah yang sudah kembali tidur dengan tenangnya itu.

“Its the accident. She’s still in shock “ Fakhrul memalingkan wajahnya ke arah Alif Haziq yang kelihatan serabut itu. Rambut ikal Alif Haziq kusut , mukanya yang baru bangun tidur itu berkerut seribu.

“Go to sleep. You looks awful. You got another court session tomorrow isnt it?” Alif Haziq menelentangkan badannya ke belakang. Satu keluhan berat di lepaskan.

“Hmmm. Rasa macam tak ada mood nak pegi pun. I’m worried about her. Kak Dik ni lepas satu , satu benda jadi dekat dia. She’s the kindest soul among us three. Kenapalah tak kena dekat Alif je?” Fakhrul menepuk paha Alif Haziq mesra.

“Don’t be ridiculous. Don’t think about it too much. If I were given a chance also , I’d rather be there than her but it happened and now she’s safe. That’s the most important thing right now” Alif Haziq memandang ke arah Fakhrul. Kata - kata Fakhrul itu dibalas dengan senyuman hambar.

“Thank you for taking care of my sister. I can see how much you love her. I’m glad she ended up with you” Fakhrul mengawal reaksi mukanya disaat dia mendengar pujian adik iparnya itu.

“Go and get some sleep” Alif Haziq mengangkat tubuhnya lemah. Dia sempat mengucup pipi kakaknya sebelum berlalu ke biliknya di sebelah bilik Hana Aishah.

“I’m not a good husband to her” Fakhrul mengeluh perlahan. Punggungnya diangkat meninggalkan birai katil itu. Kakinya di halakan ke bilik air isterinya.

Usai membersihkan diri Fakhrul menunaikan solat malam. Mulutnya memanjatkan kesyukuran ke atas Illahi kerana memberinya peluang sekali lagi untuk membetulkan kesilapan terhadap isterinya.

“I’m thankful to you for the opportunity that you are giving me to take care of my wife. Protect her from any kind of harm especially the harm that I inflicted on her. Protect her from my past mistakes and heal me from my past” suara Fakhrul memecahkan kesunyian malam itu. Disaat umat manusia diulit mimpi enak, dia bangun memohon kemaafan daripada yang satu.

“Ya Allah , bless this marriage with baraqah , happiness and strengthen our love towards each other. Give us patience to accept each others flaws. Give my wife patience to understand me and accept my flaws. I am a sinner who is begging for Your forgiveness. My sins is bigger than the ocean but your blessing is beyond that. Bless us with pious healthy children . Give me strength to be a good husband to Hana Aishah and a good father to our children” air mata Hana Aishah gugur saat dia mendengar doa yang meniti di bibir Fakhrul itu.

Hana Aishah memejamkan matanya erat di saat Fakhrul berbaring di sebelahnya. Pinggangnya dirangkul erat. Hana Aishah menahan reaksinya apabila tangan Fakhrul yang sejuk itu menyentuh kulit pinggangnya yang bahang.

“Abang mintak maaf. I failed you again. I love you. Even if you’re tired of hearing me saying that word , I will never stop saying it” kucupan hangat di ubun - ubunnya membuatkan kelopak mata Hana Aishah menjadi hangat kembali.

Kucupan yang dia rindui selama dua minggu ini. Rangkulan yang di dambakan selama dua minggu ini. Imam yang dia rindui selama dua minggu solatnya sendirian. Kenapa dia masih rindukan lelaki yang sama yang mengecewakannya setiap kali? Kenapa susah sangat untuk mereka mengecap bahagia?

*********************************

“You’re so stubborn. Abah dah cakap dah adik jangan drive lagi. Kenapa degil sangat ni adik? Awak dah tak sayang nyawa? Banyak sangat ke pahala tu sampai nak mati awal?” Hana Aishah diam membisu mendengar bebelan Kapten Azam.

“Kalau abah balik dari Johor semata - mata nak marah adik je baik tak payah” Hana Aishah mengesat air matanya yang gugur laju. Mulutnya dicebekkan.

“Tengok tu , mulut tu kalau tak menjawab tak sah. Bagi tahu dekat abah sekarang who told you to drive on your own. Fakhrul told me he’ll be driving you around, kenapa tiba - tiba adik drive sendiri?” soalan Kapten Azam itu tidak dijawab Hana Aishah.

“Mak” Hana Aishah memeluk Teacher Basirah yang sedang duduk disebelahnya.

“Jangan nak mak , mak. Sampai patah tulang adik. Astaghfirullahalazim. Hana Aishah binti Azam, keras kepala awak ni memang tak boleh nak ubat. Every single time it cause you harm but you just won’t change” air mata Hana Aishah sudah mengalir seperti air terjun.

Pagi tadi apabila Tan Sri Fadhil tidak dapat jawapan apabila dia memanggil anak dan menantunya terus dia menghubungi besannya. Kapten Azam yang berada di Kluang saat itu terus menelefon Tengku Fakhrul.

Walaupun Fakhrul meyakinkan mereka Hana Aishah tidak cedera teruk dan selamat di rumah , mereka bergegas pulang. Sepanjang perjalanan , air mata Teacher Basirah turun tanpa henti. Hatinya risau memikirkan Hana Aishah.

“Bukan adik suruh lori tu langgar adik pun. I was on the right ok. He was the one langgar lampu merah” Hana Aishah bersuara sayu.

“Awak tu cuai tahu tak adik. Ya Allah , lori pulak tu langgar. Lama - lama mak ni mati sakit jantung risau dekat adik” Fakhrul yang baru sampai ke ruang tamu daripada dapur itu membawa semangkuk bubur nasi dan duduk di sebelah Hana Aishah.

“Sayang. Makan dulu , you need to take your meds” Hana Aishah yang sedang memeluk Teacher Basirah itu menggelengkan kepalanya. Seleranya putus memikirkan kejadian semalam. Traumanya itu masih belum hilang.

“Tengok tu degil. Suaminya awak dah bawak makanan tu Hana Aishah. Cuba bersyukur sikit. Abah cakap makan” melihat semua orang yang memarahinya , Hana Aishah bergegas bangun sebelum meninggalkan mereka di ruang tamu. Kakinya melangkah ke bilik Alif Haziq sebelum pintu bilik Alif Haziq dihempas kuat.

“Ya Allah degilnya anak dara ni” Kapten Azam mengurut dadanya yang mula terasa senak itu.

“Anak abah lah tu. Degil sama macam abah. Saya dah cakap saya tak sedap hati dari semalam , abah nak jugak pegi Johor tu” Fakhrul merasa bersalah melihat perbalahan mertuanya.

“Anak dara awak lagi sorang tu yang nak sangat kawin awal. Semua jadi last minute. Mana nak sempat jemput semua orang” suara Kapten Azam kedengaran tidak berpuas hati.

“Fakhrul yang salah” Kapten Azam memandang ke arah menantunya yang sudah meletakkan mangkuk kaca di tangannya itu di atas meja di sisi sofa.

“We were not in a good term for 2 weeks so she’s been driving on her own” Teacher Basirah terdiam mendengar penjelasan menantunya. Betullah kata hatinya apabila Hana Aishah pulang minggu lepas bersendirian. Dia dapat mengagak Hana Aishah berada dalam masalah.

“Just because you both are not in a good term that’s not an excuse to neglect her Angah” terkejut Kapten Azam apabila mendengar suara Tan Sri Fadhil daripada pintu masuk rumahnya.

“Ehh . Fadhil bila sampai. Jemput masuk” Kapten Azam bangun untuk menyalami Tan Sri Fadhil. Wajah yang memandang serius ke arah Fakhrul itu , tersenyum hambar menyambut huluran besannya.

“Baru je bang. I just came back from Brunei” Tan Sri Fadhil melangkah masuk dan Puan Sri Maria yang membuntuti suaminya itu , terus memeluk Teacher Basirah.

“Ya Allah. Terkejut saya tadi kak. Papa Fakhrul sampai dari Brunei tengah hari tadi baru bagi tahu yang Hana accident” Teacher Basirah mengesat air matanya yang gugur lagi itu.

“Kami pun tak tahu Maria. Budak - budak ni senyap je. Kami di Johor sejak semalam jemput saudara mara untuk kenduri Achik. Pagi tadi bila Papa Fakhrul call baru dapat tahu” Teacher Basirah terus pitam apabila mendengar khabar daripada suaminya pagi tadi.

“What is this ridiculousness Fakhrul? Why were she driving on her own?” Fakhrul terdiam mendengar amarah Tan Sri Fadhil. Hari ini dia tahu dia layak untuk menerima bebelan bapanya.

“We fought 2 weeks ago and since then She’s been driving on her own” suara Fakhrul penuh kekesalan.

“And where were you when she was in that accident? Why did you call me and Along asking where she was?” Fakhrul tahu Tan Sri Fadhil akan menyiasat tentang perkara ini.

“At hospital. I didn’t pick up her call and then Alif call the hospital line” Fakhrul mengeluh berat.

“Angah ni. This is too much. Apa sangat yang Hana buat sampai Angah ignore her until that extend. This is too much angah” Puan Sri Maria pula memarahi anak lelakinya.

“Benda nak jadi, janji Hana Aishah selamat. Trauma saya waktu dia accident hari tu belum habis lagi lepas tu benda ni pulak jadi“ Teacher Basirah memicit tengkuknya yang mula berdenyut itu.

“I’m so disappointed in you Angah. Macam budak - budak nak merajuk sampai tak bertegur for 2 weeks. Aishah is still young so I can understand but how old are you to be sulking for 2 weeks” Tan Sri Fadhil nampak kecil besar sahaja anak keduanya ini.

“This is my marriage so don’t interfere” Tan Sri Fadhil tertawa menyindir mendengar jawapan balas anak lelaki itu.

“I won’t be if you’re mature enough to deal with it like an adult” muka Fakhrul sudah bertukar tegang mendengar perlian papanya.

Puan Sri Maria sudah kegelisahan melihat pergaduhan yang bakal tercetus di antara suaminya dan anak lelakinya itu.

“Hana mana? Mama nak jumpa dia” Fakhrul lansung tidak menjawab pertanyaan ibunya. Matanya tajam merenung Tan Sri Fadhil.

“Dekat atas Maria. Tadi Fakhrul nak suap makan pun tak mahu jamah. Fakhrul naik atas pujuk Aishah makan. Sementara tu mak masakkan sup ayam yang dia suka” tanpa sepatah bicara Fakhrul melangkah pergi menaiki tangga membawa bubur tadi.

Puan Sri Maria mengeratkan genggamannya di tangan Teacher Basirah sebagai tanda terima kasih. Dia tahu Teacher Basirah mahu meleraikan perbalahan anak dan bapa itu.

“Maria duduk dulu. Saya nak pergi dapur masak untuk budak sorang tu. Adik tu kalau tak sihat badan jenuhlah nak suruh makan. She’ll eat only sup ayam. Itu pun resepi anak sulung saya tu” Teacher Basirah mengangkat punggungnya mahu bergerak ke dapur.

“Saya tolong Kak Basirah lah kalau macam tu. Macam tu pulak. Kenapa sup ayam kakak dia je yang dia makan?” Puan Sri Maria yang memakai seluar palazzo dan sepasang blaus kaftan itu membuntuti Teacher Basirah.

“Waktu dia dalam umur 8 tahun macam tu, saya dengan abah dia ada meeting. Tinggal budak dua orang tu je dekat rumah. Si Aqilah dengan Alif saya hantar dekat kampung waktu tu. Adik demam jadi kakaknya masakkan sup ayam. Melekat sampai hari ni sup ayam ciptaan Azuwa yang berumur 9 tahun” Teacher Basirah tergelak mengingatkan adegan itu. Habis tunggang langgang dapurnya dibuat tetapi licin Hana Aishah makan sup ayam kakaknya.

“Macam - macam lah budak - budak ni. Tu Si Fakhih dengan Fakhrul tu apa kurang nya perangai” Puan Sri Maria pula membuka cerita. Sambil mereka memasak , sambil itu riuh mulut kedua - dua wanita itu bercerita mengenai perangai anak masing - masing.


**********************************

“Sayang. Makan jom. Your shoulder will start throbbing again. Dengar cakap abang please” Fakhrul melabuhkan punggungnya di birai katil Alif Haziq. Hana Aishah sedang berbaring sambil lengan kirinya disandarkan di dahinya.

“Tak nak” tegas suara Hana Aishah yang masih memejamkan matanya itu membalas.

“Abang mintak maaf. Its all my fault” Hana Aishah menguatkan hatinya supaya tidak termakan pujuk rayu lelaki itu.

“Dont care” tona Hana Aishah dibiarkan tanpa perasaan.

“But I care. I love you. I want you. I want my wife back. I want her forgiveness” hati Hana Aishah mula goyah mendengar pujuk rayu lelaki itu.

“Senang kan you cakap. You ingat I ni apa. Sampah yang you boleh tendang sana sini. I benci you. I benci you” Hana Aishah membuka kelopak matanya dan memandang ke arah suaminya tajam. Fakhrul menundukkan wajahnya apabila melihat kebencian di wajah Hana Aishah.

“Betullah what I’ve thought all this while. I’m so stupid. I’m so stupid for believing you. Cinta konon. Kalau cinta you tak layan I macam prostitute that afternoon. You guna I untuk layan nafsu you .... that ... that day. I felt so used. Murah sangat kan I ni dekat mata you. Boleh ambik dan buang sesuka hati you” air mata Hana Aishah merembes keluar. Fakhrul terdiam membisu mendengar amarah isterinya.

“I benci you. I tak nak hidup dengan you. I tak suka you. I tak nak tengok muka you. Sakit tau tak hati I setiap kali you layan I lagi teruk daripada kucing kurab. You boleh hina I , maki I sesuka hati you and I kena diam je kan. Kena telan je semua kan!” buat pertama kalinya Hana Aishah menengking Fakhrul.

Dia tidak dapat melupakan perbuatan Fakhrul terhadapnya dua minggu lepas. Dia masih terbayang kekasaran suaminya sewaktu meniduri tanpa memikirkan kesakitan fisikal dan emosi yang perlu dilalui selepas itu.

Hana Aishah terus demam keesokan harinya kerana perbuatan Fakhrul itu tetapi sekali pun lelaki itu tidak bertanya tentang keadaan Hana Aishah. Dilayan Hana Aishah seperti orang asing di dalam rumah itu.

“You pergilah Fakhrul. Jangan kacau I. Mati selera I tengok muka you” Hana Aishah menggelengkan kepalanya lemah. Dia penat dengan kehidupannya.

“Kalau sebab abang selera sayang tak ada , then abang keluar. If that will make you eat. I hurt you so many times but only God know how much I love you” Hana Aishah membuangkan pandangannya ke jendela di bilik adiknya itu.

Fakhrul memandang ke arah Hana Aishah lama. Dia mahu memeluk wanita itu. Dia mahu mengucup setiap inci wajah yang sedang mempamerkan wajah terluka. Satu keluhan berat dilepaskan.

“I can’t tell you how sorry I am. I can’t even began to express how thankful I am that Allah gave me another chance to fix it but I know this is going to be tough for us. I won’t ever give up on us. Ever” selepas berkata sebegitu , Fakhrul melangkah keluar.

“But I’ve given up on us. I’ve given up even though Aishah dah jatuh cinta dengan abang. Kenapa cinta ini menyakitkan? “ suara Hana Aishah berbisik sebaik sahaja bunyi pintu bilik yang dibuka Fakhrul tadi tertutup kembali.

“Abang tak boleh tinggalkan sayang. Sampai mati pun sayang abang punya” Fakhrul berbisik sendiri di luar pintu bilik Alif Haziq itu. Hatinya bagai dihiris pisau mendengar bicara benci yang dituturkan isterinya itu.
********************************


“Hana ni. I thought we’re BFF , kenapa tak call Along” Hana Aishah yang sedang berbaring di riba Puan Sri Maria itu tersenyum tawar mendengar bebelan abang iparnya.

“Sadly I didn’t save your number Along. Ada nombor papa and mama je” suara Hana Aishah kedengaran penat.

Rumahnya saat ini riuh dengan suara anak - anak saudaranya dan Mary Irina. Tadi sewaktu dia turun sewaktu asar , keluarga Fakhrul dan keluarga semua sudah berkumpul di bawah.

Hana Azuwa yang berada di Kelantan itu terus mengambil penerbangan pulang apabila menerima perkhabaran daripada Hana Aqilah yang sewaktu itu sedang memandu pulang daripada Johor.

“What?! Give me your phone now” Hana Aishah menghulurkan telefonnya.

“Done and I put myself as your emergency contact. So anything sos me first. Along datang right there and then for my BFF “ Idora sudah tertawa melihat gaya suaminya yang sudah seperti superhero itu.

“Ok Along. After this Hana call Tengku Fakhih. Call Tengku Fakhrul bukan dia angkat pun” Hana Aishah mencebikkan mukanya.

“You see Hana , next time cari suami cari tauke company macam Along. I’m available all the time. Cari orang makan gaji macam Angah tu , eleh” terburai tawa Hana Aishah saat mendengar logik abang iparnya. Fakhrul yang duduk di sebelah Kapten Azam itu sudah masam mencuka.

“Pandailah Along bagi nasihat. Awak tu bukan owner. You’re my employee, know your place” Fakhih menjelirkan lidahnya kepada papanya yang sedang menghirup air kopi itu.

“Papa tu bersyukur sikit ye. At least I’m willing to take over your empire. Nak harapkan si Angah dengan Felisha , memang harapkan pagar , pagar makan padi” Hana Aishah yang mendengar komen Fakhih itu tanpa sedar gelak sakan sampai terguling dan menekan bahu kanannya.

“Aaaahh!!! Mak sakit” Hana Aishah sudah mengerang kesakitan. Tangan kirinya sudah memaut lengan kanannya yang berada dalam anduh itu.

“Ya Allah Hana” Puan Sri Maria yang sedang meribakan kepala menantunya itu sudah panik melihat Hana Aishah yang sedang mengaduh kesakitan.

Fakhrul yang melihat kejadian itu terus bergegas ke sebelah Hana Aishah sebelum mendudukkan isterinya. Muka Hana Aishah sudah berkerut menahan kesakitan.

“Sayang. Don’t keep on moving your shoulder. Its still fresh” suara Fakhrul yang menegur Hana Aishah tegas itu dicebikkan Hana Aishah. Air matanya sudah bergenang.

“You ingat I suka - suka ke gerak. I tak perasan. I’m not a sadist” Fakhrul yang sedang membetulkan kedudukan anduh itu menahan rasa mendengar suara kasar isterinya.

“Adik. Watch your tone. You’re talking to your husband “ Kapten Azam menegur Hana Aishah tegas. Muka Hana Aishah bertambah masam.

“Tak payah nak tunjuk baiklah. You memang nak I kena marah kan. Like I even care” Hana Aishah merentap tangan kanannya kasar.

“Adik. Kenapa kasar sangat ni?” Hana Azuwa yang sedang menyuap Hana Walieya itu menegur adiknya.

“Dah lah. Puji la menantu favourite korang ni” Hana Aishah membawa dirinya ke taman bunga hasil tangan abahnya itu. Terdiam semua orang yang berada di ruang tamu. Fakhrul hanya menahan rasa apabila dilayan sebegitu si hadapan ahli keluarga mereka.

Lama Hana Aishah melayan perasaan melihat anak - anak saudaranya bermain di buaian. Air matanya yang mengalir dikesat menggunakan hujung lengan bajunya. Sedih hatinya memikirkan semua orang yang mempertahankan Fakhrul.

“Marahnya adik abang Wazir ni” Wazir yang sedang mengendong Warieth itu melabuhkan punggung bersebelahan dengan Hana Aishah yang sedang duduk di kerusi kayu di taman itu.

“Dengan Abang Wazir pun tak nak cakap” Hana Aishah hanya mencebikkan mulutnya mendengar usikan abang iparnya itu. Air matanya tumpah sekali lagi. Dia semakin sensitif sejak kemalangan semalam. Mudah sahaja air matanya gugur.

“He did wrong” Hana Aishah hanya mengeluh kecil mendengar kenyataan abang iparnya.

“He ignore your calls and text. That was wrong” Hana Aishah melihat ke arah Mary Irina yang sedang berlari dengan Wahiey di sekeliling taman bunga yang disinari dengan lampu di pagar rumah mereka.

“But...” Wazir tertawa mendengar sambungan Hana Aishah itu.

“But he didn’t know you were in trouble. Tak kisah lah macam mana besar pun perang korang , abang Wazir tak rasa Fakhrul sanggup tinggalkan adik macam tu je” Hana Aishah hanya diam tanpa bunyi mendengar ayat abang iparnya itu. Kedengaran Warieth yang berada di riba bapanya itu menjerit keterujaan melihat abangnya yang sedang berlari - lari itu.

“Alif told me how scared he was when he got to know you were involved in the accident” Hana Aishah tertawa hambar mendengar kata - kata abang iparnya yang cuba memujuknya.

“He should’ve picked up my call. He would’ve know it if he did” Wazir memandang ke arah muka adik iparnya itu. Jelas kesedihan di wajah Hana Aishah.

“But he didnt and now we are here in this moment. Adik nak tahu tak how complicated marriage is” Hana Aishah tertawa sinis mendengar pertanyaan abang iparnya itu.

“Dah tahu dah” Wazir ikut ketawa mendengar ayat Hana Aishah itu.

“No you don’t. Ni baru couple of months. Abang dah dekat 6 tahun kawin. Trust me you have a long way to go” mendengar kenyataan yang keluar daripada mulut abang iparnya itu, Hana Aishah mengeluh berat.

“But I’m tired already. Can I give up?” Wazir tersenyum penuh makna.

“First year is the shittiest. Then it’ll get worse until your 5th year” mata Hana Aishah membulat memandang abang iparnya itu.

“Does it get better after the 5th year?” Wazir sudah tergelak mendengar soalan cepumas Hana Aishah itu.

“Nah. Its doesn’t “ mulut Hana Aishah sudah ternganga mendengar ayat Wazir.

“What the heck? Abang Wazir jangan main - main. Adik serious ni”muka Hana Aishah sudah masam mencuka.

“I’m serious but do you want to know why I people stay in marriage although its so damn hard” Hana Aishah menganggukkan kepalanya.

“Because I love your sister too damn much that I can’t even live without her. Because these kids are the fruits of our love. Because the sacrifices that both of us make” Hana Aishah tersenyum lebar melihat bertapa cintanya lelaki ini terhadap kakaknya.

“Untung Kak Wa dapat abang. You love her so much aren’t you?” Wazir menganggukkan kepalanya sambil tersenyum bahagia.

“Just like how much you love him Hana Aishah. You can walk away anytime you want but you stayed. Abang kenal adik. You don’t take bullshits but you stayed with him for so long despite everything he did. That’s love adik” Hana Aishah terdiam membisu.

Kata - kata abang iparnya terkesan di hatinya. Cintakah dia terhadap lelaki yang menyeksa jiwa dan raganya? Dalam sangatlah cinta itu sehingga dia sanggup menampal segala lukanya sendiri walaupun setiap kali luka itu akan kembali berdarah?

*****************************

“Achik. Tolong mandikan kak dik?” Hana Aishah sedang duduk di birai katil biliknya. Dia meminta Hana Aqilah menemaninya ke bilik usai makan malam tadi.

“Boleh je. I’m so glad you’re ok Kak Dik” Hana Aqilah yang sedang mengambil tuala kakaknya yang disidai di penyidai di hadapan bilik air itu tersenyum lebar memandang kakaknya.

“Kesian Achik. Tak sempat habis jemput semua orang” Hana Aishah memandang ke arah Hana Aqilah yang sedang membuka butang blausnya itu.

“Its ok. Whatsapp kan ada and nenek kirim salam. Nanti esok akak call lah nenek. Risau orang tua tu cucu kesayangan dia accident” Hana Aishah menjelirkan lidahnya ke arah Hana Aqilah yang tersenyum mengusik itu.

“Achik ta...” belum sempat Hana Aishah habis bicara , pintu biliknya terbuka. Kelam kabut Hana Aishah menarik blausnya menutupi dadanya yang terdedah itu.

“Abang Fakhrul. Achik nak mandikan Kak Dik kejap” selamba Hana Aqilah menerangkan kepada abang iparnya tanpa dia menyedari ketegangan menyelubungi bilik itu.

“Its ok. Achik go rest. You’ve drove back from Johor . Abang mandikan Kak Dik” terbeliak mata Hana Aishah mendengar ayat lelaki itu.

“No!” muka Hana Aishah sudah merah padam menolak cadangan yang tidak masuk akal daripada suaminya itu. Hana Aqilah memandang kakaknya pelik.

“Yes I will. Sayang tak kesian ke dekat Achik. She’s been driving back and forth since 2 weeks to send out invitations. Plus she just came back from johor today afternoon” Fakhrul sengaja menggunakan alasan adik iparnya untuk berdua bersama isterinya.

“Achik penat ke ?” serba salah Hana Aishah dibuatnya. Hana Aqilah terdiam sejenak. Dia cuba menafsirkan situasi itu dan membuat keputusan yang terbaik.

“Penatlah jugak. Oklah kalau abang Fakhrul nak mandikan akak. Kak Dik tak marah Achik kan?” Hana Aishah menggelengkan kepalanya sebelum tersenyum kelat memandang adiknya. Dia rasa seperti bebanan kepada semua orang di saat itu.

“Ok then. Good night Kak Dik. I love you and I’m happy you’re safe” Hana Aqilah mencium pipi kiri dan kanan Hana Aishah sebelum menuju ke pintu bilik kakaknya.

Fakhrul sempat tersenyum tanda terima kasih kepada Hana Aqilah yang memberikan isyarat selamat maju jaya kepadanya. Sejurus Hana Aqilah keluar , Fakhrul menekan punat di tombol pintu sekaligus mengunci mereka di dalam bilik tidur itu.

Hana Aishah masih duduk di birai katil. Tangan kirinya memegang kejap bahagian hadapan blausnya yang sudah ditanggalkan butangnya. Pandangan kosong dihalakan ke arah lantai biliknya disaat itu.

“Jom sayang. Abang mandikan” Fakhrul yang sedang berdiri di hadapan Hana Aishah itu memaut bahu kiri Hana Aishah lembut.

“I’d rather not take a bath than having you touch my body again” rengusan kasar isterinya kedengaran.

“Masamlah nanti sayang abang ni” Fakhrul cuba mengusik Hana Aishah tetapi jelingan tajam isterinya membuatkan dia mengeluh berat.

“Jom” suara Fakhrul tegas mengarahnya. Hana Aishah tersenyum menyindir.

“I dont give a damn regarding your order anymore. I’m not your freaking slave” Hana Aishah terjerit kecil sejurus berkata sebegitu. Fakhrul menarik lengan kirinya sehingga dia berdiri. Pegangan di bajunya terlepas dan bajj dalamnya sudah terpapar di mata suaminya.

“What the ....mmm” kata - kata Hana Aishah dipotong dengan satu kucupan di bibir isterinya itu. Mata Hana Aishah membulat dan nafasnya menjadi tidak sekata.

Tangan kanan Fakhrul merangkul pinggang Hana Aishah sebelum menarik tubuh isterinya rapat ke dadanya. Bibirnya dengan mahir meneroka sepasang bibir nipis yang dirinduinya semenjak dua minggu lepas. Desahan nafas kedua - duanya menjadi semakin tidak sekata.

“Mmmm “ suara Hana Aishah bertukar nada semakin lama mereka berada di dalam keadaan itu. Air mata panas mula bertakung di kelopak matanya. Tuhan saja yang tahu bertapa dia merindui sentuhan suaminya itu.

Fakhrul menyandarkan dahinya ke dahi kecil isterinya itu. Matanya menusuk ke dalam mata Hana Aishah yang sudah bergenang. Masing - masing cuba meredakan dada yang sedang berombak kencang itu.

Dengan mudahnya Fakhrul menanggalkan blaus Hana Aishah itu. Kemudian tangannya menolak skirt lycra yang dipakai isterinya itu turun. Hana Aishah terdiam membisu di dalam pakaian dalamnya sahaja.

Tekaknya terasa kering disaat tangan lelaki itu membuka cangkuk baju dalamnya. Pandangan Hana Aishah dihalakan ke atas lantai. Dia takut sekiranya Fakhrul mahu menuntut Hana Aishah melayannya malam itu.

Apabila Hana Aishah berdiri tanpa sehelai benang pun , badan suaminya menunduk merapati tubuhnya. Hana Aishah dapat merasakan nafas lelaki itu menghembus dekat di bahunya.

Debaran di dada Hana Aishah menggila. Matanya dipejam rapat. Tiba - tiba tubuhnya yang tadi menggigil ketakutan itu dibaluti tuala gebunya. Tangan Fakhrul dengan mudah membalutkan tuala itu ditubuhnya.

“Jom” mata Hana Aishah terbuka luas melihat ke arah suaminya yang sudah tersenyum simpul itu. Minda Hana Aishah tidak dapat berfungsi di saat itu. Senyuman lelaki itu sentiasa melumpuhkan setiap fungsi di badannya.

Tangan kiri Hana Aishah dipimpin menuju ke bilik air. Apabila lampu bilik air itu dinyalakan Hana Aishah berdiri kaku di tengah - tengah bilik air yang hanya satu per empat sahaja daripada keluasan bilik air di banglo Fakhrul.

Hana Aishah dapat menangkap bunyi Fakhrul menanggalkan T-shirt Nike yang dipakainya dan sweat pant nya. Debaran di dada Hana Aishah menggila apabila tubuh suaminya yang di amat pasti sudah tiada seurat benang itu dirapatkan ke belakang badannya.

“Let go of the towel” mendengar arahan suaminya barulah Hana Aishah perasan genggaman erat yang dipegangnya di simpulan tuala di atas dadanya itu.

“I ... I ... I nak mandi sendiri” terketar - terketar suara Hana Aishah merayu.

“Not up for discussion” sejurus suara tegas Fakhrul kedengaran , tuala di tubuhnya ditanggalkan dengan satu tarikan.

Hana Aishah memejamkan matanya rapat. Fakhrul menarik tubuh mereka melepasi pintu kaca menuju ke dalam bahagian pancuran air. Bunyi pembahagi kaca lutsinar yang ditutup itu mendebarkan Hana Aishah.

Badan Hana Aishah yang membelakangi Fakhrul itu di pusing menghadapnya. Dengan menggunakan tangan kirinya yang masih dapat berfungsi itu , Hana Aishah cuba menutup apa yang dia mampu.

“I’ve seen everything. I’ve explored every single nook and cranny of you. You don’t need to hide anything from me” Hana Aishah hanya diam membisu mendengar bicara lelaki itu. Air matanya ditahan daripada mengalir.

“Lets shower” Hana Aishah terpaksa membiarkan lelaki itu menyentuhnya.

Sentuhan suaminya hari itu tidak seperti dua minggu lepas. Kalau dua minggu lepas tubuhnya kesakitan selepas perbuatan suaminya , hari ini segala simpulan ototnya yang kejang terlerai selepas disentuh lelaki itu.

Sewaktu usai tubuhnya dimandikan , air mata Hana Aishah selaju pancuran air daripada rain shower head itu. Fakhrul menutup air pancuran itu dan Hana Aishah menyembamkan wajahnya di dada suaminya yang basah dengan air mandian mereka.

“Why are you torturing me like this? It hurts so much” esakan Hana Aishah semakin kuat.

“I’m sorry. I’m so sorry for letting you down. I’m sorry for not being there when you need me the most. I’m sorry for neglecting you. I’m sorry for everything” suara penuh kekesalan Fakhr itu memohon maaf untuk kesekian kalinya.

“Aishah penat. Penat sangat” mata Hana Aishah memandang ke wajah suaminya penuh sayu. Fakhrul terdiam mendengar bicara isterinya. Jelas kepenatan isterinya disebalik anak mata coklat itu.

“Can we ... stop. Before both of us get hurt so bad. Before ... be ... before I fall too much deeply in love with you than I am right now” permintaan Hana Aishah itu menghentikan dunia Fakhrul di saat itu.

Pelbagai emosi menyerang dirinya tetapi yang pasti saat itu , ketakutan yang dia rasai melumpuhkan segala organ dibadannya. Perpisahan yang dipinta wanita yang dia cintai itu meruntuhkan segala ego yang dia bina di dalam dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience