Chapter 13

Romance Completed 625623

“Hana, what a surprise “ teguran Ms Lalitha membuatkan semua mata dalam bilik seminar itu memandangnya. Setiap hari Selasa akan ada pembentangan di mana seorang Houseman perlu membentangkan topik yang diberikan.

Kebanyakan pakar dan MO akan meluangkan masa untuk cuba mengikuti pembentangan ini kerana banyak ulang kaji yang dapat mereka lakukan sewaktu pembentangan ini.

“Hi Ms. I just joined back in yesterday ” malu Hana Aishah apabila semua orang memandang ke arahnya.

“Good to have you back dear but you’re really ok to join right? You look rather pale” risau pula Ms Lalitha melihat houseman seorang ini. Hana Aishah kalau membuat kerja memang tak ingat makan dan minumnya.

“Ohhh that’s because I forgot to put my blusher on this morning “ selamba sahaja Hana Aishah membalas sehinggakan seisi bilik menertawakan dia.

“I guess you’re due for your Sephora visit then” Ms Lalitha mengenyitkan matanya kepada Hana Aishah yang sudah tertawa malu.

Akhirnya selepas diberi MC selama sebulan, semalam dia dapat memulakan tugasnya semula. Sebulan dia tiada , bermakna ramailah muka - muka baru di jabatannya.

Kawan - kawan yang awalnya memasuki jabatan ini bersama - sama dengannya akan menikmati cuti akhir jabatan mereka pada minggu hadapan. Minggu ini , minggu terakhir Hana Aishah dapat berkerja dengan mereka. Hana Aishah berasa agak kekok berkerja dengan muka - muka baru.

“Wow , Hana famous lah” Aiman yang duduk disebelahnya mengusik. Satu jelingan maut diberikan Hana Aishah kepada Aiman.

Bagaimana pula hubungan Aiman dan Hana Aishah? Selepas dia kembali ke rumah dari hospital hari itu , setiap hari Aiman datang melawatnya selepas habis kerja sehinggakan ibu dan bapa Hana Aishah curiga. Mereka ingatkan Aiman itu teman lelaki Hana Aishah.

Setiap hari selepas waktu kerja Aiman akan datang melawatnya dengan bermacam jenis makanan . Akhirnya Hana Aishah juga tidak mampu untuk merajuk lama - lama. Tetapi sekarang Aiman lebih takut untuk membuatnya merajuk.

“Ish kakak seorang ni , garang sungguh sejak bercuti panjang” Aiman menarik muncung sedepa.

Suasana yang agak bising dengan kumpulan - kumpulan manusia yang tengah berborak di dalam bilik seminar itu kembali senyap apabila pintu bilik seminar dibuka dan dua orang lelaki memunculkan diri.

Dato’ Karim yang baju kemeja berwarna putih dipadankan dengan suit biru gelap berjalan beriringan dengan Fakhrul yang memakai kemeja merah dan berseluar slack hitam. Tapi yang betul - betul menarik perhatian adalah tali lehernya yang berwarna hitam dengan batu - baru kecil berbentuk diamond yang berwarna merah menghiasi tali leher itu.

Mata Fakhrul dan Hana Aishah bertemu sesaat sebelum Fakhrul mengalihkan pandangan matanya. Fakhrul melabuhkan punggungnya di sebelah Dato’ Karim . Tempat duduk di hadapan sekali selalunya akan dikhaskan untuk mereka berdua.

Hana Aishah sudah lama putus asa untuk menyiasat tentang hubungan sebenar Dato’ Karim dan Fakhrul. Keakraban mereka itu sudah menjadi gosip basi dalam jabatan ini.

“Start” Fakhrul yang selalu memberikan isyarat untuk memulakan pembentangan.

Selalunya Dato’ Karim akan cuba hadir di setiap pembentangan tetapi kerana nasib Hana Aishah sememangnya malang , sewaktu hari dia sepatutnya membuat pembentangan dua bulan lepas , hanya ada 3 orang pakar sahaja pada waktu itu .

Waktu itu hanya Mr David , Hariz dan Fakhrul sahaja ada. MO pun ada beberapa kerat sahaja. Hana Aishah tahu Fakhrul akan mengambil kesempatan untuk mengenakannya sewaktu hari pembentangannya , oleh itu dia telah membuat persediaan yang paling teliti dalam sejarah dia membuat pembentangan.

Tahap ketelitiaannya sehinggakan dia tahu maksud setiap perkataan dalam slide pembentangannya. Kebetulan waktu itu, Aiman dan Hana Aishah dapat membuat pembentangan sekali.

Hana Aishah masih ingat lagi pada hari tersebut apabila dia memulakan pembentangannya , semua berjalan dengan baik.

Hana Aishah dapat menjawab semua soalan yang diutarakan oleh ketiga - tiga pakarnya walaupun Hariz lagi banyak mengusiknya daripada bertanyakan soalan yang berkaitan dengan topik pembentangannya.

“Ok guys , Mr Fakhrul and Mr Hariz will take over from here. I need to go to budget meeting now” Mr David memaklumkan kepada mereka sebelum melangkah pergi meninggalkan Hana Aishah yang berbaki lagi beberapa slides.

“Ok that’s all from my part. Any questions?” Hana Aishah ingin cepat-cepat menghabiskan pembentangannya sebelum Fakhrul mula mencari pasal dengannya.

“You’ll be presenting the next topic” mulut Hana Aishah ternganga mendengar perkataan yang keluar dari mulut Fakhrul pada waktu itu.

“Sorry Mr Fakhrul but I’m suppose to be presenting on this topic and I’ve studied my topic” Aiman cuba untuk menyelesaikan kekusutan yang selalu Fakhrul wujudkan.

“So you’re meaning to say that she only knows her topic? She doesn’t know about other things but only her topic? You’re a doctor or a presenter?“ perlian Fakhrul menaikkan angin Hana Aishah.

Hana Aishah dapat melihat Hariz yang cuba membantunya tetapi Fakhrul tidak mengendahkannya bebelan rakannya.

“Give me 5 minutes ” Hana Aishah tidak meminta tetapi lebih pada memaklumkan. Dalam masa 5 minit itu , Hana Aishah cuba membaca dan memahami slides pembentangan yang Aiman buat.

“Start” Hana Aishah sudah memaki hamun Fakhrul di dalam hati apabila mendengar ayat itu. Sepanjang pembentangannya itu dia dimarahi oleh Fakhrul. Setiap slides , ada sahaja benda yang salah.

“You’re useless. Why do you want to become a doctor when you’re not even a percent qualified? You came into this field expecting easy life and ended up making a mess for your superiors” Hana Aishah hanya memekakkan telinganya. Ayat - ayat itu sudah lali ditelinganya.

Dia sudah sampai ke tahap dia mahu membawa perakam suara dan merakam makian Fakhrul supaya setiap kali Fakhrul hendak memarahinya , dia hanya perlu memainkan rakaman tersebut.

“Its not fair Mr Fakhrul. I was not prepared for the topic and if it was other people also they will stumble here and there. I think I did rather good” hari itu bukan hari yang baik untuk mencari masalah dengan Hana Aishah . Dia yang tengah melalui hari pertama haidnya sudah tidak kisah kalaupun dia dimarahi kerana menjawab balik.

“You’re just plain rude , do you realised that. Being stupid one thing but being ignorant , rude and stupid is a rare breed” Fakhrul terus - terusan memakinya. Hana Aishah membuat muka tanpa perasaannya. Dia membalas balik jelingan Fakhrul.

“Its ok Hana , you did well but this a lesson for all. Medicine is a life long commitment. Meaning you need to study until the day that you die. You bore the title till your grave” Hariz menasihati semua anak buahnya.

Dia tahu tidak adil untuk Fakhrul menghukum Hana Aishah seorang kerana dia pasti sekiranya dia bertanya kepada seorang houseman pun di dalam bilik itu, seorang pun tidak dapat menerangkan topik pembentangan hari ini secara sempurna.

“Because of what your beloved friend did , I want all of you here to submit an essay on both topic that were done today. I need 3000 words essay for each topic to be submitted by tomorrow morning on my desk at 8am” selamba sahaja Fakhrul memberi arahan kepada mereka semua.

“Thats not fair. It was just me who did the mistake. I’ll submit the assignment to you tomorrow “ keberanian Hana Aishah hari itu membawa padah pada dirinya.

Hari itu dia terpaksa membuat 15 salinan esei bagi setiap topik dan kesemuanya hendaklah ditulis tangan. Malam itu Hana Aishah terpaksa bersengkang mata untuk menyiapkan 30 salinan esei.

Bila tiba keesokan harinya , Hana Aishah sudah sampai tahap mahu merangkak untuk menghantar salinan tersebut ke bilik Fakhrul. Nasib Hana Aishah baik hari itu , kerana dia oncall . Oleh itu, dapatlah dia tidur sebelum masuk kerja petang itu pada jam 5 petang.

“Alright so I guess no more questions on today’s topic” suara Dato’ Karim membawa Hana Aishah kembali ke masa sekarang. Lama dia mengelamun sehinggakan dia tak mendengar lansung pembentangan rakannya Mei.

Mei yang sedang sarat mengandung 7 bulan itu , memakai gaun mengandung bercorak pastel separa betis. Rambut Mei diikat kemas dan Mei memakai skaf berwarna ungu yang Hana Aishah hadiahkan sewaktu hari jadinya tahun lepas.

“Where’s Hana?” tiba - tiba Hana Aishah mendengar namanya dipanggil.

“Here bos” laju Hana Aishah berdiri memunculkan diri.

“How are you today? I hope you’re already fit to work. I don’t want to be nag by your Ms Suria” Dato’ Karim memandang ke arah Hana Aishah. Hari ini Hana Aishah memakai seluar slack berwarna biru muda dipadankan dengan blausnya yang berwarna coklat gelap bertemakan corak batik batik berwarna biru dan hijau.

“InsyaAllah ok Dato’.” pendek jawapan Hana Aishah. Segan pula dia apabila ditanya di hadapan semua orang.

“She told me that she wanted to continue your MC but you declined it so she gave me a long lecture this morning at the office to make sure you’re on light duty” Dato’ Karim yang terserempak dengan Ms Suria pagi tadi sempat menerima pesanan panjang dari sahabatnya.

“Err , ok je Dato’. No worries” Hana Aishah cuba meyakinkan bosnya. Dia menggaru kepalanya yang diliputi tudung berwarna coklat cair itu.

“Ini orang kuat Ms Suria bos, thats why she’s so worried” Mr David pula bersuara.

“She’s good bos. Worked with her few times, very fast this one. And I heard so many good reviews about her from other departments” Mr Kuven pula memuji Hana Aishah.

Waktu itu Hana Aishah bersyukur kerana kulitnya yang berwarna coklat itu , kalau tidak mesti mukanya sudah nampak seperti udang kena panggang.

“Good Hana . Keep up the good work but don’t over exert yourself” Dato’ Karim menasihatinya. Fakhrul hanya diam seribu bahasa di sebelah Dato’ Karim. Hana Aishah menanti juga kata - kata pedas daripada Fakhrul tetapi lelaki itu hanya berdiam diri.

“Don’t worry Dato’ , she’s under my care after this” kata - kata Hariz itu membingungkan Hana Aishah. Adakah ini bermakna dia akan berkerja dengan Hariz selepas ini?

***************************************


“Doctor serious ke saya masuk team Dr lepas ni” laju Hana Aishah mengejar Hariz yang sedang berjalan menuju ke dewan bedah.

“Astaghfirullah budak ini. Bagilah salam dulu. I have a baby at home ok, I don’t want to die young” terkejut Hariz apabila diterjah Hana Aishah dari belakang.

“Ye lah , assalamualaikum Doctor. Back to my question tadi” muka Hana Aishah yang serius itu , membuatkan Hariz tertawa lucu.

“Dr , please be serious. We’re talking about my future ni” geram pula Hana Aishah. Dia tengah serius boleh pula , Hariz gelakkan dia.

“Yes, you’ll be under my team after this” Hana Aishah terus terkinja - kinja meloncat di depan Hariz. Kerana kewarasan akalnya masih ada , tidak jadi Hana Aishah sujud syukur dekat lantai hospital itu.

“Astaghfirullah budak ini. Apa meloncat - loncat ni. Dah , I dah lambat for my op” Hariz hanya menggelengkan kepalanya melihat gelagat Hana Aishah.

“Alaa Dr , ada lagi satu soalan . Kenapa saya masuk team Dr? Siapakah malaikat yang membantu saya tu?” Hana Aishah merasa pelik kenapa dia dapat bertukar pasukan. Selalunya mereka akan kekal di dalam pasukan yang sama sepanjang posting Ortopaedic ini.

“That’s for me to know and for you to find out” laju Hariz masuk ke bilik persalinan lelaki menggunakan kad aksesnya.

Hana Aishah pula terpaksa berpatah balik menuju ke wad. Nanti sahajalah dia mengorek rahsia dari Hariz. Yang pasti dia teramat gembira kerana doanya sudah termakbul.
**************************************

“You’re still here Aishah” suara garau itu menegur Hana Aishah yang sedang laju menaip nota pesakit yang baru dihubunginya.

Hari ini , kerana bebanan kerja Hana Aishah yang tidak banyak , dia memutuskan untuk menghubungi semua pesakit yang akan menjalani pembedahan pada minggu hadapan dan membuat senarai pembedahan. Selalunya tanggungjawab untuk membuat jadual pembedahan itu adalah pada mereka yang berkerja pada hujung minggu.

Pasukan Hariz sangat berbeza dengan pasukan Fakhrul . Hariz lebih mudah dihubungi dan senang dibawa berbincang.

Seperti tadi apabila ada dua orang pesakit yang memutuskan untuk tidak menjalani pembedahan , Hariz hanya memintanya untuk mencari pesakit lain.

Kalau perkara ini terjadi dalam pasukan Fakhrul, maka berjela - jela makian yang akan mereka terima. Masalahnya , kalau pesakit membuat keputusan pada saat akhir untuk membatalkan pembedahan bukan salah dirinya.

“Not yet Mr Fakhrul. Just have a little bit more to settle “ Hana Aishah mendengar bunyi kerusi ditarik dan Fakhrul melabuhkan punggung di kerusi yang diletakkan di sebelahnya.

“Hariz pun bully you ke? Bukan dia baik ke?” Hana Aishah rasa Fakhrul memang tidak reti untuk bercakap secara normal. Mungkin dia mendapat nikmat apabila menyakitkan hati orang lain.

“Tak lah Mr Fakhrul. Dr Hariz tak suruh pun saya buat list OT ni, but today my patients doesn’t have alot of plan to carry out. So saya pun volunteer lah untuk siapkan OT list next week” tangan Hana Aishah masih laju menaip.

“Dah nak habis ke tu?” Fakhrul melihat jam tangannya. Jam menunjukkan pukul 5.30 petang.

“Yup , finishing” Hana Aishah berharap jawapan pendek yang diberinya itu dapat memberi Fakhrul idea bahawa Hana Aishah tak mahu Fakhrul menemaninya.

“Who’s picking you up?” Fakhrul menyelesakan diri di sebelah Hana Aishah. Dia memandang muka Hana Aishah yang semakin berisi itu. Sudah 2 minggu Hana Aishah mula berkerja tapi dia jarang berjumpa Hana Aishah.

“My parent’s tapi diorang lambat sikit hari ni. Sebab pergi rumah mak cik dekat Melaka. Mr Fakhrul baliklah dulu. Saya kena stayback lama dekat hospital” kalau tak faham maksud tersirat , Hana Aishah tolong terangkan dengan sejelasnya bahawa dia tak mahu Fakhrul menemaninya.

“Ok good” Fakhrul berdiri dan meluruskan kakinya. Tapi lelaki itu masih tidak berganjak daripada situ.

“Come join me for dinner” tahap kelajuan Hana Aishah memusingkan kepalanya , boleh menyebabkan kecederaan pada saraf tunjangnya.

“Huh?” mata Hana Aishah memandang Fakhrul yang sedang berdiri itu dengan penuh persoalan.

“Jom , teman I makan malam” sengaja Fakhrul menyebut satu persatu perkataan dalam bahasa Melayu supaya Hana Aishah faham ajakannya.

“I understand lah what you were telling me but why are you inviting me for dinner?” bengang pula Hana Aishah apabila Fakhrul bercakap dengannya seperti bercakap dengan budak berumur lima tahun.

“Because I want to” Fakhrul mengambil beg tangan H&M Hana Aishah yang berwarna coklat itu dan berjalan meninggalkan Hana Aishah yang kebingungan.

“Mr Fakhrul. Wait” Hana Aishah terpaksa berlari anak mengejar Fakhrul. Sudah 2 minggu dia berkerja dengan Hariz , dia sudah terlupa tentang kelajuan Fakhrul. Dengan Fakhrul semua kena cepat. Time is gold.

Fakhrul sudah memasuki lif sewaktu Hana Aishah sampai di sisinya. Tercungap - cungap dilihat gadis itu mencuri nafas. Laju juga Hana Aishah berjalan dalam baju kurung moden yang berwarna ungu itu. Baju kurung yang mengikut badan itu , menunjukkan bentuk badan Hana Aishah yang tinggi dan lansing itu. Dipadankan pula dengan tudung shawl berwarna ungu cair.

“Give me back my bag and I didn’t agree to join you pun” Hana Aishah menarik muka masam. Ajak pun macam tidak ikhlas.

“I didn’t invite you” lagilah Hana Aishah marah mendengar jawapan Fakhrul itu.

“Its an order” selamba sahaja Fakhrul keluar dari lif dan membiarkan Hana Aishah yang semakin panas hati itu.

“Eee mana boleh macam itu” Hana Aishah yang membuntuti Fakhrul itu rasa mahu menjerit tetapi dia tidak mahu membuat drama di tengah - tengah lautan staf yang mahu pulang dan pelawat yang datang berkunjung.

“You’re coming. Fullstop” renungan Fakhrul yang memalingkan mukanya kepada Hana Aishah sebelum meneruskan langkahnya , cukup untuk menutup mulut Hana Aishah dan menggerakkan kaki Hana Aishah yang berat itu ke arah parking lot.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience