Chapter 73

Romance Completed 625623

Mata Fakhrul memandang ke arah isterinya yang cantik dalam busana jubah berwarna hitam. Tubuh itu sedang bergerak lincah menggantungkan pakaian mereka ke dalam almari di bilik hotel yang mereka akan menginap pada hujung minggu itu.

Fakhrul yang sedang berbaring di atas katil itu masih cuba membaca isi hati isterinya . Hana Aishah yang dahulu amat senang untuk dia agak perasaan yang sedang bergolak di dalam hati wanita itu. Segalanya terpampang di raut wajah isterinya atau di sebalik anak mata coklat itu.

Sudah dua bulan semenjak pemergian Adam. Wanita itu masih mengekalkan reaksi sama. Wajah yang sentiasa penuh dengan pelbagai perasaan itu kini hanya kosong. Bibir yang selalu petah membantah kata - katanya kini hanya diam membisu.

“Are you hungry?” Fakhrul bertanya saat dia melihat isterinya menanggalkan tudung selendang berwarna hitam itu dan mencapai tuala mandi yang diikat menjadi bentuk angsa di atas katil itu.

Hanya gelengan diterimanya. Hana Aishah meneruskan langkah ke bilik mandi manakala Fakhrul mengeluh berat. Untuk sebutir kata keluar daripada mulut itu , seperti menanti pelangi yang muncul selepas hujan. Sekiranya nasibnya baik , dapat dia mendengar suara yang dia rindui itu tetapi sekiranya nasib tidak menyebelahinya sampai seminggu lidah isterinya itu membisu.

Dia masih ingat reaksi isterinya minggu lepas sewaktu dia memberitahu yang mereka akan ke Melaka untuk majlis reunion sekolah menengah Fakhrul. Hana Aishah yang sedang bermain dengan nasi di dalam pinggan itu hanya menganggukkan kepala.

Fakhrul ingatkan mahu membawa Hana Aishah makan angin untuk mengembalikan semangat Hana Aishah itu tetapi dia dapat melihat bagaimana percutian ini akan mereka lalui. Hana Aishah tidak ubah seperti robot. Patung bernyawa yang mengikut sahaja rentaknya.

“I should be thankful she’s not fighting me anymore but why does it feels like she’s not the wife that I married to” Fakhrul berbisik sendiri sambil memandang ke arah pintu bilik air yang bercermin itu.

Dia dapat melihat bayangan tubuh isterinya yang sedang berdiri di bawah pancuran air itu. Setiap hari yang mereka lalui selepas kejadian Hana Aishah menghalang sesiapapun daripada melawatnya terasa seperti wayang lama yang membosankan.

Rutin wanita itu berubah 360 darjah. Dapur mereka sentiasa berasap. Rumah mereka sentiasa bersih tanpa secalit habuk pun. Pakaian Fakhrul sentiasa diuruskan wanita itu.

Itulah isteri yang Fakhrul mahukan. Tetapi mengapa apabila Hana Aishah sudah mula mengikut telunjuknya , hatinya masih tidak tenang.

Segalanya dilakukan Hana Aishah seperti yang Fakhrul mahukan tetapi hatinya merasa tidak puas saat melihat wajah Hana Aishah yang kosong tanpa perasaan sewaktu menghidangkan lauk untuknya. Seperti ada sesuatu yang kurang apabila wanita itu menyalami tangannya sewaktu dia hendak pergi kerja.

Lamunan Fakhrul terhenti saat pintu bilik mandi di buka. Fakhrul melihat tubuh Hana Aishah yang berkemban itu dengan pandangan tidak berkedip. Perlahan langkah isterinya menuju ke almari walk in yang berada di sudut kanan bilik itu.

Kaki Fakhrul melangkah menuju ke arah isterinya yang sudah menutup pintu almari itu. Lama Fakhrul berdiri di hadapan almari itu berkira mahu masuk ataupun tidak. Dia dapat mendengar bunyi tuala dilurutkan dan jatuh ke lantai.

Fakhrul rindukan isterinya. Dia merindui Hana Aishah yang sentiasa bersedia untuk bertelagah mulut dengannya. Hana Aishah yang sentiasa bersemangat dalam melalui hari - harinya. Yang sentiasa berceloteh mengenai kehidupannya.

“Astaghfirullahalazim” Hana Aishah yang baru keluar daripada almari walk in itu mengurut dadanya saat bertembung dengan tubuh suaminya yang sedang berdiri di hadapan almari itu. Terkejut dia melihat tubuh lelaki itu yang terpacak seperti patung di muka almari itu. Fakhrul merenungnya lama sebelum lelaki itu melangkah melintasinya.

“Wait for me. We pray together and then dinner with Hariz” Hana Aishah hanya menganggukkan kepalanya mendengar arahan Fakhrul itu.

Sepasang jubah berwarna hitam disarungkannya kemudian dia duduk di atas sejadah sambil mengalunkan ayat suci al quran sementara menanti suaminya. Fakhrul yang memerhatikan daripada pintu almari itu hanya memerhatikan gerak geri isterinya dengan perasaan sebal.

Percutian yang Fakhrul harap dapat memberi sedikit sinar ke dalam rumah tangga mereka kelihatan kelam saat itu. Langkahnya diteruskan menuju ke dalam bilik air. Pancuran air melegakan otot - ototnya yang tegang. Tetapi mindanya tetap tidak tenang memikirkan sang isteri yang seperti sudah hilang punca untuk hidup itu.

********************************


Tangan Fakhrul memeluk erat pinggang isterinya sewaktu menyusuri lautan manusia di Jonker Walk malam itu. Ini semua rencana Hariz. Geram betul Fakhrul apabila mengetahui rencana sahabat karibnya.

“Aku teringin nak pergi night market dia. Please wei” Fakhrul mengetap giginya membayangkan kata - kata Hariz sewaktu mereka bertemu di lobi hotel beberapa jam lepas.

“I’m gonna kill you man” saat mereka tiba di tempat meletakkan kenderaan berbayar itu Fakhrul menjeling Hariz tajam.

“Damn wei. I didn’t know its that jam packed” Hariz tersengih sambil memberi alasan.

“Language” Sazilah sempat mencubit pinggang suaminya apabila mendengar bahasa yang digunakan Hariz.

“He barely talk pun. Over je” Hariz yang sedang melipat kereta sorong anaknya membalas.

“You didn’t even buy anything neither did we get to eat” Fakhrul membebel sambil memandang ke arah Hana Aishah yang masih merenung ke arah lautan manusia tadi.

“Sayang nak beli apa - apa ke?” Hana Aishah menggelengkan kepalanya. Semenjak tadi mulut isterinya masih diam membisu.

“I said I wanted to visit. Bukan nak beli barang” Hariz menjeling ke arah Fakhrul. Dia melihat raut wajah lelaki itu yang bertukar daripada tegang kepada risau saat melihat raut wajah Hana Aishah yang masih ralit melihat lautan manusia.

“Why do you keep looking at the market then” Fakhrul yang tidak berpuas hati dengan reaksi yang diterimanya itu terus bertanya. Hana Aishah diam sejenak sebelum dia bergerak menjauhi Fakhrul.

“Nothing” kalau tadi gelengannya tidak cukup sekarang dia memberi jawapan lisan pula. Tetapi belum sempat dia hendak masuk ke dalam kereta Alphard Hariz itu , Fakhrul terlebih dahulu menarik lengan kirinya.

Hana Aishah merenung suaminya tenang. Dia menanti bicara seterusnya tetapi yang dia terima hanyalah renungan Fakhrul. Tajam renungan lelaki itu selari dengan genggaman kuat di lengannya.

Sazilah yang sedari tadi memerhatikan mereka suami isteri itu melihat pegangan kejap Fakhrul di tangan Hana Aishah. Dalam keadaan yang kelam dengan lampu jalan Sazilah dapat melihat betapa kuat genggaman lelaki itu tetapi reaksi selamba Hana Aishah mencurigakannya.

“Ok your majesty. We’ll go to some fancy diner to suit your taste” Hariz yang sedari tadi tidak perasan ketegangan yang melanda mereka menuju ke arah tempat pemandu. Sazilah pula sedang mendudukkan anaknya yang hampir terlena di atas kerusi bayi di dalam kereta.

“Bro?” Hariz yang sudah menghidupkan enjin itu memanggil saat melihat pasangan suami isteri yang sedang berlawan mata itu. Dia memandang ke arah isterinya cuba membaca keadaan itu tetapi Sazilah menjulingkan matanya ke atas sehinggakan Hariz tertawa besar.

“Muhammad Hariz!” menyeringai Hariz apabila dicubit isterinya yang menjerit memarahnya.

“Auhhh. What!!! That was funny ok” Hariz menggosok lengannya yang berbisa akibat cubitan Sazilah.

“Wei. Both of you nak lawan mata berapa lama. I’m hungry” Hariz yang telah pergi ke arah suami isteri itu menepuk bahu Fakhrul perlahan.

“You’re not hungry neither do you want to buy anything right” Fakhrul masih lagi menjeling ke arah Hana Aishah sambil menutur ayat penyatanya.

“So we go back straight away” Fakhrul membuat keputusan mengharapkan secebis reaksi daripada Hana Aishah tetapi balasan yang dia terima benar - benar mencabar egonya.

“Aishah ikut abang “ Fakhrul melepaskan cengkamannya sebelum beredar ke tempat pemandu. Hariz terkebil - kebil melihat adegan suami isteri itu tetapi saat Fakhrul melepaskan brek dia terus melompat naik.

“What the hell man. Aku lapar . I need food so does my wife. So does Harith. So does your wife. And so does you. So kita pergi makan dulu” Hariz memujuk Fakhrul tetapi melihat wajah tegang lelaki itu terus mati niatnya. Akhirnya mereka semua kembali ke hotel.

“Hana. Jom makan sekali. Biar si Fakhrul ni kebulur” Hariz yang melihat Fakhrul menonong pergi saat mereka sampai di lobi hotel menahan Hana Aishah daripada turun mengikuti Fakhrul.

“Its ok. I’m not hungry. Hana ikut Abang. Assalamualaikum” Hana Aishah menundukkan sedikit kepalanya sebelum meninggalkan pasangan itu pergi. Langkahnya perlahan menuju ke arah lobi hotel.

“Ni you la punya pasal” Sazilah menepuk bahu suaminya kuat. Muka Hariz dikerutkan tanda tidak berpuas hati apabila dituduh sebegitu.

“Apa pulak I. Sweetheart tahu kan how Fakhrul is” Hariz menggaru kepalanya yang tidak gatal. Mereka melihat tubuh Hana Aishah yang menghilang itu.

“I risau la B. She’s so different” Sazilah meluahkan kerisauannya.

Semenjak mereka keluar tadi dia asyik memerhatikan Hana Aishah. Mulut wanita itu terkunci rapat manakala tubuhnya yang sentiasa berada di dalam rangkulan Fakhrul itu tidak ubah seperti patung. Ke mana sahaja Fakhrul pergi tubuh itu ikut sama seperti magnet.

“Its still early. It’s going to take sometime” Hariz cuba meyakinkan isterinya walaupun hakikatnya dia ikut bimbang.

“I know but honestly I’m worried about the way she is when she’s with him. She doesn’t fight anymore. That eyes .... you know what I mean right” Hariz memandang kembali ke arah lobi tadi. Perlahan - lahan kakinya melangkah menuju ke tempat pemandu.

“Come. Lets go get some food. I’m hungry” Hariz berdalih.

“B... suka tau buat sweetheart macam ni” Sazilah menjeling suaminya tetapi saat dia melihat raut wajah Hariz yang kerisauan dia terus terdiam.

“Not now sweetheart. Please “ Sazilah mengeluh berat sebelum memandang ke arah lobi untuk kali terakhir.

Hatinya berdoa agar apa yang dia lihat itu bukan realiti sebenar. Kakinya melangkah menaiki kereta yang suaminya hadiahkan untuknya itu. Pintu itu ditutup perlahan. Masing - masing diam membisu saat kereta Alphard tu membelah jalan raya malam itu.

“Her eyes looks so dead to me” akhirnya kata - kata itu meluncur di bibir Sazilah. Dia memandang Hariz sekilas tetapi suaminya hanya fokus pada pemanduan. Sazilah tahu Hariz mendengar bicaranya tetapi seperti selalu mahu menyedapkan hatinya untuk menutup hakikat sebenar yang berlaku.


********************************


Hana Aishah sedang duduk di sebelah suaminya yang rancak berbual. Lidahnya diam membisu di dalam dewan yang sedang rancak dengan muzik yang bertukar nada setiap minit berlalu. Baju kebaya nyonya berwarna hitam yang dipadankan dengan selendang bercorak batik berwarna hitam dan putih itu digayakan Hana Aishah yang taat di sebelah Fakhrul semenjak mereka sampai di situ.

Tangan kanannya bermain dengan buah yang diambilnya itu. Matanya mengelak daripada bertentangan dengan sesiapa. Daripada usai mereka menunaikan solat maghrib dan isyak berjemaah sehinggalah jam hampir sebelas malam majlis itu masih lagi hidup.

Dadanya sesak dengan keramaian manusia yang dia terpaksa jumpa bersilih ganti. Wajahnya terpaksa dimaniskan mengingatkan arahan Fakhrul pagi tadi sewaktu mereka bersarapan.

“Don’t test me Hana Aishah. Kau sengaja nak naikkan darah aku kan? Nak buat perangai kurang ajar kau depan my friends” kata - kata pertama lelaki itu selepas diam membisu semenjak malam tadi.

Hampir pukul 3 pagi barulah suaminya kembali ke bilik hotel mereka. Hana Aishah yang awalnya berdiri sampai terduduk di hadapan pintu hotel itu menanti suaminya yang membawa pergi kad akses bilik mereka.

Dia cuba bertanya pada kaunter pendaftaran tetapi apabila mereka tidak berjaya menghubungi Fakhrul , permintaannya terus ditolak. Hana Aishah mengangguk perlahan sebelum langkahnya diteruskan ke bilik hotel mereka. Malas mahu bergaduh dia buat keputusan untuk menanti suaminya di hadapan bilik mereka.

“Abang nak Aishah buat apa” Hana Aishah bertanya perlahan. Fakhrul terdiam saat mendengar bicara isterinya. Itulah kata - kata paling panjang Hana Aishah pernah tuturkan terhadapnya dalam masa dua bulan ini.

“You ... kau ... emmm” Fakhrul kehilangan kata - kata melihat sepasang anak mata coklat yang sudah tidak bersinar itu. Hana Aishah tenang menanti bicara suaminya.

“Take care of your ownself. I don’t have time to worry about you. Menyusahkan betul” Hana Aishah menganggukkan kepalanya perlahan.

“I will. Aishah tak susahkan abang dah lepas ni” mata Fakhrul memandang Hana Aishah dengan pandangan sinis saat mendengar bait bicara itu.

“Kalau tak nak makan , mulut tak nak bercakap macam ada emas berlian dalam itu ... menyusahkan aku jugak. If you want to live with me then listen to me. I don’t want to live with a fucking robot” Suara Fakhrul naik seoktaf.

“Aishah mintak maaf. I don’t have anything to say thats why I didn’t want to talk” Hana Aishah memandang ke arah Fakhrul. Wajah bengis itu ditenungnya.

“Well when I ask questions answer using your words. Bukan angguk macam perempuan bisu. Jangan nak buat kepala kau. You still remember what happen right. Just because I shut my mouth about it doesn’t mean I forget about what you did” Hana Aishah memandang ke arah Fakhrul lama. Pandangan yang Fakhrul tidak dapat baca.

“Aishah mintak maaf sakitkan hati abang. Aishah tak buat dah lepas ni” Hana Aishah memegang tangan suaminya sebelum mencium tangan itu. Fakhrul terkesima melihat reaksi isterinya.

“Aishah ambikkan breakfast abang ok” Hana Aishah bertanya lembut. Fakhrul hanya menganggukkan kepalanya perlahan.

Selepas kejadian pagi tadi , Hana Aishah mengikut sahaja suaminya kemana sahaja lelaki itu pergi. Dia menelan segala perasaan yang tinggal untuk melayan suaminya. Itu sahaja tempat dia bergantung saat ini.

Saat suaminya membeli baju kebaya nyonya itu Hana Aishah hanya ikutkan sahaja. Wajahnya dimaniskan sewaktu menggayakan baju itu di hadapan Fakhrul. Wajah suaminya gembira saat berjaya membelikan Hana Aishah barangan.

“Sayang. Abang nak kuih. Go get some for me” Hana Aishah menganggukkan kepalanya laju saat lamunannya dihentikan dengan permintaan Fakhrul.

Dia tidak kenal siapa pun di situ dan Fakhrul juga tidak menunjukkan tanda dia mahu Hana Aishah berbual dengan mereka. Oleh itu semenjak tadi kerjanya hanya menghidangkan makanan untuk suaminya.

Dia melangkah berhati - hati menuju ke arah deretan bufet yang di sediakan sepanjang dewan. Nafsunya yang sudah lama mati sedikit sebanyak tergerak apabila melihat pelbagai jenis makanan yang dipamerkan. Tetapi seperti yang dia jangka , tiga suap sup cendawan yang di makan dengan sekeping roti yang telah dibakar cukup untuk menutup seleranya yang memang sedikit itu.

Dia melangkah menuju ke bahagian hujung buget yang menempatkan kuih muih tradisi malaysia. Pinggan yang dia ambil itu dia penuhkan dengan kuih kegemaran lelaki itu. Beberapa kuih tradisi itu diambil dengan teliti. Sedang dia mengambil tiba - tiba dia dapat rasakan tolakan di bahunya dan sesaat kemudian bajunya terasa basah.

“Opss . Sorry” Hana Aishah melihat ke arah bajunya yang sudah ditumpahi air oren itu. Nasib baiklah bajunya berwarna hitam.

Wajahnya diangkat melihat kepada pemilik suara feminin itu. Aksen british yang pekat itu sesuai dengan wajah pan asia wanita yang sangat seksi dihadapannya itu. Hana Aishah hanya menganggukkan kepalanya perlahan sebelum berlalu pergi menuju ke arah suaminya.

“What happen to your scarf?” Fakhrul bertanya saat Hana Aishah sampai di meja mereka. Semua mata memandang ke arahnya.

“Accidentally spill the drinks on it. Abang makan dulu. Aishah nak pegi washroom to remove the stain” Hana Aishah meminta izin.

“Clumsy” Fakhrul membalas dan memandang ke arah Hana Aishah sekilas sebelum menganggukkan kepalanya. Wajahnya ditebalkan saat mendengar teguran suaminya yang tidak berlapik lansung di hadapan rakan - rakan suaminya.

“Sorry” Hana Aishah berlalu pergi manakala Fakhrul menyambung perbualan dengan teman sekelasnya. Hana Aiahah mengeluh berat saat kakinya melangkah menuju ke bilik air yang berada di luar dewan.

Di dalam bilik air mewah itu , Hana Aishah cuba menghilangkan kesan air oren pada tudungnya tetapi kesan itu tidak jua hilang. Akhirnya dia membuka hijabnya dan melilit semula untuk menyembunyikan kesan tompok itu.

“Hey girl. Sorry for the stain” Hana Aishah yang sedang melilit selendangnya kembali, terkejut saat mendengar suara feminin tadi. Wajah sempurna wanita itu dipandangnya sekilas sebelum dia menganggukkan kepalanya.

“I didn’t see you besides me. Was busy chatting away” Hana Aishah meneruskan lilitannya tanpa memberi reaksi kepada wanita yang mahu berbual dengannya itu. Dalam pandangan sisinya Hana Aishah dapat melihat wanita itu membetulkan gaun petang yang pendek separas paha itu.

“You’re not my batch. Who’s your plus one” Hana Aishah merasa sesak dengan pertanyaan wanita itu. Dia benar - benar tidak mahu berinteraksi dengan sesiapapun malam itu. Kerana itu apabila mereka diasingkan meja dengan keluarga Hariz , Hana Aishah bersyukur.

“Fakhrul “ Hana Aishah menjawab pendek sebelum melangkah pergi meninggalkan wanita tadi.

Kakinya melangkah menuju ke meja mereka tadi tetapi saat dia melihat wajah Ali , pakar kecemasan yang menguruskannya sewaktu dia kemalangan tempoh hari terus langkahnya mati.

Dia bingung mahu ke mana saat itu. Dia tidak mahu ke meja di mana mereka sedang berbual sakan dan bergelak ketawa bersama suaminya tetapi mendengar derapan kasut tumit yang mendekatinya Hana Aishah terus melarikan diri ke pintu di sisi dewan hotel itu.

Nafasnya pendek. Dadanya terasa menyempit. Kenangan malam itu yang cuba dia lupakan kembali. Melihat wajah Ali dan Hariz , imbasan kejadian malam itu bersilih ganti menyesakkan dirinya. Hana Aishah dapat merasakan dirinya berpeluh saat tahap panik dirinya meningkat.

Nafasnya ditarik sebelum dihelakan lama. Cuba melegakan perasaan cemas yang mula mengasak dirinya. Matanya dipejam rapat saat dia bersandar di dinding yang berbatu tajam itu. Sakit yang dia rasai saat kulitnya ditekan pada batu itu tidak diendahkan. Nafasnya cuba diatur perlahan. Apabila dirinya semakin tenang , dia dapat mendengar deruan air yang berkocak.

Kaki Hana Aishah secara automatik seperti magnet ditarik ke arah punca suara itu. Perlahan - lahan jeritan - jeritan yang dia dengari sebelum tidak sedarkan diri di jabatan kecemasan itu hilang. Suara tangisan Adam digantikan dengan deruan air yang berkocak tenang.

Saat matanya melihat keindahan kolam renang yang dipenuhi dengan cahaya malam itu , bayangan Adam yang merenungnya dengan penuh kesakitan di sebalik anak mata coklat itu terus lenyap. Perlahan - lahan dirinya yang panik itu beransur tenang.

Hana Aishah menarik nafas dalam sebelum menghelakan nafasnya sekali lagi. Melegakan sisa kesempitan yang dirasai di dadanya.

“Allahu Akbar” lancar mulutnya berzikir. Dia mendekati kolam yang sunyi tanpa pengunjung malam itu. Kakinya melangkah perlahan menuju ke gigi air. Ketenangan yang dia rasai sudah lama hilang daripada hidupnya jadi untuk kali ini dia mahukan perasaan itu kekal. Untuk seketika dia mahu hilang di dalam perasaan yang dia rasai.

Langit yang gelap tanpa bintang dan bulan seperti memahami perasaannya saat itu. Deruan angin malam yang bertiup sepoi - sepoi membawa dirinya pergi daripada derita untuk seketika. Untuk saat itu , perasaan kebas yang dia rasai hilang. Yang wujud hanyalah ketenangan yang dia dambakan.

******************************

Di mata luar Fakhrul kelihatan romantik memeluk pinggang isterinya membawa wanita itu pergi tetapi hakikatnya , Hana Aishah sedang menahan kesakitan saat dia dapat rasakan cubit suaminya di pinggangnya.

“Abang , Aishah sakit” Hana Aishah cuba melepaskan dirinya daripada pelukan suaminya saat mereka masuk ke dalam lif untuk naik ke bilik hotel mereka.

Hana Aishah menggosok pinggangnya yang sudah berdenyut. Mata Fakhrul yang sedang mencerlung memandangnya seperti singa yang kelaparan tidak dibalasnya.

“Stupid slut” kepala Hana Aishah ditunjal Fakhrul beberapa saat sebelum pintu lif dibuka di tingkat dua hotel. Hana Aishah menahan air matanya daripada tumpah saat melihat sepasang pasangan suami isterinya berbangsa Afrika yang sedang bergelak tawa memasuki lif yang sama.

Tubuhnya dilarikan ke belakang tubuh Fakhrul cuba menyembunyikan tudungnya yang sudang hampir tertanggal kerana ditunjal Fakhrul. Wajah Hana Aishah memandang ke arah lantai , dia tidak berani mahu merenung wajah bengis Fakhrul.

Saat pintu lif terbuka di tingkat mereka , Hana Aishah berlari anak mengejar langkah suaminya yang berjalan laju meninggalkannya. Saat mereka sampai di bilik hotel mereka, Fakhrul mencampakkan beg tangan Hana Aishah yang dipegangnnya tadi kasar ke atas tilam empuk.

Hana Aishah berdiri tercegat di hadapan pintu almari walk in. Dia takut mahu mendekati Fakhrul tetapi dia tidak tahu mahu ke mana. Dalam setiap saat yang berlalu, degupan jantung Hana Aishah bertambah laju. Kakinya kaku di tempat dia berdiri.

“Kau memang saja nak naikkan darah aku kan. Anak kau mati sebab perangai sial kau but still kau tak sedar diri kan” suara Fakhrul yang sedang menanggal kot dan baju itu sudah naik satu oktaf. Air mata Hana Aishah bertakung.

“Kau buat apa dengan jantan tu?” Hana Aishah diam membisu mendengar pertanyaan Fakhrul. Wajahnya dihalakan ke arah lantai.

Dia teringat kembali beberapa minit lepas. Saat Fakhrul memunculkan diri di kolam renang hotel. Wajah bengis suaminya merenung saat melihat Hana Aishah yang sedang duduk bersebelahan dengan teman Fakhrul.

Hana Aishah tidak melayan pun lelaki berbangsa campuran Cina dan India yang tiba - tiba memunculkan diri setelah hampir setengah jam Hana Aishah bersendirian bermain di gigi air. Dia sudah terang - terangan menunjukkan dia tidak menyukai lelaki itu menemaninya tetapi rakan Fakhrul yang memperkenalkan dirinya sebagai Kevin itu tidak putus bercerita tentang kisah suaminya di sekolah.

“Aku tanyakan. Jawablah bodoh” suara Fakhrul menengking sebelum dia membaling telefonnya ke arah Hana Aishah.

“Aaah” Hana Aishah memegang dahinya kejap saat telefon Fakhrul itu melayang ke kepalanya. Dia dapat merasakan denyutan di kepalanya mula memunculkan diri.

“Why suddenly got nothing to say to your husband? You were so fine chatting earlier” menyala - nyala api kemarahan saat dia melihat musuh ketatnya sewaktu sekolah berbual mesra dengan isterinya. Dia mendekati Hana Aishah yang sedang berdiri memandang ke arah lantai.

“I was so worried because you suddenly disappear and then I fucking saw you flirting with him” Hana Aishah sudah terjerit kesakitan saat sanggulnya ditarik kasar.

“Abang sakit. Aishah tak borak dengan dia. He came...” sebelum sempat kata - katanya dihabiskan telefon Hana Aishah berdering. Fakhrul melepaskan pegangannya dan berjalan laju menuju ke tas tangan berharga 5 ribu ringgit yang dibelinya untuk Hana Aishah siang tadi.

“Hello” Fakhrul menjawab panggilan telefon itu kasar. Hana Aishah sudah terduduk di atas sofa di ruangan depan katil kayu itu. Kepalanya dipicit melegakan kesakitan yang dia rasai di kepalanya saat itu.

“Hmmm. Yeah. Sure” beberapa patah dilafazkan Fakhrul. Hana Aishah tidak berani mengangkat wajahnya untuk memandang ke arah Fakhrul. Suasana senyap untuk seketika. Yang dengar hanyalah bunyi guruh yang mula bergema di luar bilik itu.

“How did he get your number?” Hana Aishah mengangkat wajahnya memandang ke arah Fakhrul. Wajah tenang lelaki itu yang lebih menakutkannya dipandang. Cuba mencari makna persoalan yang ditanya Fakhrul.

“Siapa abang?” terketar - ketar kata - kata itu dituturkan.

“That was Kevin. How did he get your number?” sekali lagi soalan itu ditanya. Hana Aishah dapat merasakan bulu romanya meremang mendengar suara tenang suaminya.

“Aishah tak tahu. My phone was in the bag the whole time. Aishah tak .... tak .... emmm... I don’t know” air mata Hana Aishah sudah bertakung di tubir matanya. Dia seperti dapat mengagak nasibnya malam itu.

“Ya Allah. Please take me with You tonight. I want to be with Adam. Its going to hurt again” Hana Aishah berdoa saat dia mendengar bunyi hujan yang mulai turun sekaligus membisukan jeritannya malam itu.


******************************


“Hana what happen to your head?” Hana Aishah yang baru sahaja melabuhkan punggungnya di sebelah Fakhrul cepat - cepat menarik selendang yang diikatnya longgar ke depan.

“Hana jatuh katil pagi tadi. Obvious ke kak?” Hana Aishah laju menipu. Fakhrul hanya diam tanpa reaksi di sebelahnya.

“Omg. Kan betul B. I cakap dah. That table is dangerous. Harith almost knock his head yesterday” Sazilah memandang suaminya tidak berpuas hati. Tetapi saat itu Hariz merenung ke arah Hana Aishah lama.

“A’ah bahaya Kak” Hana Aishah menelan air liurnya yang terasa kesat tiba - tiba. Dia melarikan pandangannya daripada bertentang mata dengan sesiapa.

“You know. Harith was toddling in the room when he almost knock his head at the edge. I told Hariz already to call the management to baby proof the room” Sazilah menjeling ke arah suaminya.

“I told in the specifications to baby proof the room already sweetheart. If they don’t comply then we just lodge a complaint” Hariz menyambung suapannya. Sesekali matanya merenung ke arah Hana Aishah. Dia tidak suka dengan perasaan yang sedang bermain di hatinya saat ini.

“Hana start kerja bila?” Hariz bertanya selepas masing - masing membisu. Fakhrul semenjak tadi tidak banyak bicara. Hariz dapat merasakan ketegangan yang melanda mereka suami isteri. Hatinya merasa tidak sedap melihat bejol di kepala Hana Aishah.

“InsyAllah 2 more weeks” Hana Aishah menjawab tetapi masih tidak mahu memandangnya

“Hana dapat transfer tak?” kepala Hana Aishah digelengkan sebelum dia menelan telur di dalam pinggannya. Tekaknya terasa perit sewaktu menelan telur itu. Wajahnya dikawal supaya kerutan tidak jelas kelihatan.

“Hana dah submit transfer form?” Sazilah yang sedang menyuap bubur kepada anaknya bertanya lagi.

“She’s quitting” terus terdiam seisi meja saat Fakhrul bersuara. Pergerakan tangan Hana Aishah yang menyuap makanan ke dalam mulutnya terus terhenti.

“Its your decision or is it hers” suara Hariz bertukar tegang. Dia dapat melihat raut wajah Hana Aishah yang berubah. Sepanjang 3 hari mereka di situ , itulah kali pertama dia melihat reaksi di wajah Hana Aishah.

“None of your business “ Hariz dapat merasakan kemarahannya memuncak.

“You bet your ass its my business. What the hell is wrong with you Fakhrul?” Hariz menahan suaranya daripada meninggi. Garfu yang dipegangnya itu dilepaskan. Dia menjeling ke arah Fakhrul.

Sazilah yang melihat adegan itu memegang tangan suaminya. Hariz sangat susah untuk marah tetapi kalau sekali suaminya naik angin , boleh terbalik meja mereka dibuatnya.

“Don’t get involve in my marriage. I know how to manage my own marriage” Fakhrul masih selamba meneruskan pemakanannya.

“You know what. Your Papa and Along has been telling me and I kept trying to justify your action. But today I finally see it. You’re fucking sick man. Just because your childhood is fucking messed up...” belum sempat Hariz menghabiskan bicaranya, Hana Aishah laju memotong.

“Dr Hariz. Hana mintak maaf but like how I’ve been telling papa and Along. My place is with him so let us make decision about our marriage. I don’t want anyone to interfere in our marriage “ Hana Aishah memandang wajah suaminya yang sudah berhenti makan. Anak mata lelaki itu sudah tidak beku seperti semalam. Dia dapat melihat kekecewaan di sebalik anak mata itu.

“You’re being stupid Hana. You’re better than this. I know you and this is not you at all. I know losing Adam ... I can’t even imagine the pain you’re going through but that doesn’t mean your life has ended. Don’t let him ruin you” Hariz sudah tidak kisah tentang perasaan Fakhrul saat itu. Pandangan mata Fakhrul yang merenungnya seperti dia seorang pengkhianat tidak diendahkannya.

“B..” Sazilah cuba memujuk suaminya tetapi satu jelingan tajam daripada Hariz cukup untuk menzip mulut Sazilah.

“Don’t make me throw you out of my life Hariz” suara Fakhrul memberi amaran.

“Dr Hariz. This is my life. Hana mintak maaf but let me decide the path I want to go. Dr Hariz doakan Hana. I’m sorry for causing the trouble between you two. I’ll just ... emm ... I’ll just excuse myself” Hana Aishah berdiri sebelum berlalu pergi. Makanannya yang masih banyak berbaki ditinggalkannya.

“You’re so fucking messed up man. One day , when she’s gone you’ll finally realise what have you done to that woman who loves you more than her life. And when that day come, you will regret it every single day of your life” Hariz merenung anak mata Fakhrul. Dia sudah tidak kisah bertapa terlukanya Fakhrul saat itu. Lelaki itu perlu sedar apa yang sedang dia lakukan.

“You know nothing. So don’t give a conclusion based on what you see superficially” Fakhrul mengetap bibirnya kuat.

“Your papa told me already. Aku yang bukan darah daging bini kau , yang tak tinggal sebumbung dengan bini kau ni pun tahu Hana will never do such a thing. I know Hana Aishah just after my first encounter with her. That girl doesn’t know how to lie. That’s why I know she’s lying about the swelling on her head” Fakhrul terdiam membisu mendengar kata - kata Hariz.

“Jangan jadi dayus Fakhrul. You don’t trust her as a wife as a person. So let her go. Jangan seksa anak orang” suara Hariz kedengaran kesal. Sazilah yang mendengar ayat suaminya turut terkejut. Dia tidak menyangka Fakhrul sampai ke tahap teruk sebegitu.

“I need to go before I punch the shit out of you” Fakhrul terus berdiri sebelum meninggalkan mereka.

“B. You jangan main - main. He’s been hitting her ke?” suara Sazilah sudah naik seoktaf.

“I don’t know for sure but she’s lying about the swelling on the head” Hariz melihat pinggan makan Hana Aishah yang tidak berusik itu.

“Macam mana B tahu. B jangan main tuduh. This is serious case tau” Sazilah mengelap mulut Harith yang comot itu. Anaknya itu sudah tidak mahu makan. Hanya sempat habis separuh mangkuk sahaja.

“Hana was avoiding our eyes the whole time. Since she works under me that’s her habit. This one time she try to cover for her friend and she wasn’t looking into my eyes. There’s something wrong going on.... urghh... I’m so frustrated I can’t pinpoint it” Sazilah memandang ke arah Hariz yang sedang kerisauan.

“Then you tell his papa la. B cakap that day Hana’s family also didn’t trust her. Pity her. I can’t even imagine things that she’s going through. I will go crazy if I have to go through my pregnancy and childbirth alone like her” Sazilah masih ingat sewaktu Hariz menceritakan segalanya yang berlaku kepada isterinya selepas bertemu dengan Tan Sri Fadhil.

“What if he didn’t do it? And you know what happen if I tell Fakhrul’s papa. He’s going to take Hana away. He won’t be able to stand it if she’s gone” Sazilah menjeling suaminya tajam.

“Habis tu nak tunggu sampai Hana tu mati ke apa. He’s a big boy B. You have to stop trying to help him. This is why he became who he is. Because he thinks whatever he do is right. Because nobody bother to correct it” Sazilah memarahi Hariz.

“You don’t understand” Hariz menggelengkan kepalanya kecewa.

“I understand. I truly understand. You love him. You pitied his sad childhood and bla bla bla but right now he’s ruining a woman ... no actually , he is ruining a human being life. Hana is stuck” Sazilah merenung suaminya dengan perasaan gusar.

“Stuck?” Hariz bertanya pelik. Sazilah mengangkat anak yang sedang cuba menggapai segala pinggan di hadapan kerusi makan bayi itu.

“Hold him for awhile” Sazilah menyuruh Hariz memegang Harith sebentar.

“She’s... I don’t know. I guess its a mom instinct. I think with no family to fall back to , she’s trying to hold on to him. I cant even imagine the emptiness she’s feeling. You remember when Harith was warded for 2 weeks after he was born” Hariz menganggukkan kepalanya laju. Dia mengucup pipi tembam anaknya itu. Dia masih ingat saat - saat sukar yang mereka pernah lalui.

“Everytime I’m back home without him , the emptiness was killing me. Slowly it was trying to engulf me. That’s why I wanted you to stay with me 24/7. It was so scary and dark” suara Sazilah bertukar sebak mengimbau kembali kenangan sewaktu dia berpantang.

“With mama and papa only came a week after. I got.... these bad thoughts kept coming. I got so scared you know” Hariz menggenggam tangan isterinya.

“You never told me sweetheart “ Hariz merenung isterinya lama.

Waktu isterinya memintanya menyambung cuti bersalin yang dia layak dapat selama seminggu itu, dia ingatkan isterinya hanya membuat perangai kerana hormon. Sepanjang dia menjaga Sazilah yang sedang berpantang , isterinya melekat seperti magnet di tubuhnya. Sampaikan wanita itu mahu membuang air pun dia mahu Hariz berada di dalam bilik menemaninya.

“I got scared. I didn’t want you to look down at me. I know you think I was just acting up and I guess I feel better you think like that about me instead of you pitying me” air mata Sazilah gugur. Hariz menarik isterinya ke dalam pelukan.

“I will never look down at you sweetheart . You’re my wife. The love of my life. The sacrifice you made to gave me this priceless gift , I don’t think I can ever thank you enough “ Sazilah meletakkan dahinya di dada Hariz. Mereka merenung Saith Harith yang sudah hampir dua tahun. Anak itu sedang membebel dalam bahasanya sendiri sambil melihat manusia sekelliling.

“She’s stuck. I can see it in her eyes. It was so numb. I had the same look the first few days when it was just me and you at home. But its been almost 3 month for her. I can’t... I’m ... I’m scared. For her” Sazilah mengusap bibir mugil anaknya sambil cuba menyusun kata - katanya. Hariz mengeluh berat sambil memandang ke arah isterinya.

“What are you doing Fakhrul ? Why are you ruining your life” hati Hariz berbisik sambil memandang ke arah sungai yang mengalir di depan cafe di hotel mewah di Melaka itu.

*********************************


Hana Aishah sedang berbaring di atas sofa di ruang tamu kecil di bilik hotel mereka. Kata - kata suaminya sebentar tadi berkali - kali berpusing di mindanya. Dia tidak tahu mahu merasai apa saat itu.

Matanya memandang ke arah katil yang menjadi tempat hukumannya di jatuhkan malam tadi. Jeritan Hana Aishah yang di diamkan dengan kain yang disumbat ke dalam mulutnya supaya jiran sebelah tidak mendengar raungannya.

Matanya di pejam rapat menahan air matanya daripada mengalir untuk kesekian kalinya tetapi salah langkah yang di ambil. Saat matanya dipejam , bayangan semalam kembali menghantuinya. Tidak cukupkah kesan lebam yang dia lihat pagi tadi di dalam cermin di bilik mandi itu.

Malam tadi , teruk tubuhnya dikerjakan suaminya. Hanya kerana rakan lelaki itu datang berbual dengannya di kolam renang hotel. Alasan yang Hana Aishah berikan lansung tidak dipercayai lelaki itu. Tubuhnya dinodai sekali lagi dalam keterpaksaan.

Kesakitan yang dia rasai semalam terasa seperti perlahan - lahan menyusup ke dalam dirinya. Dalam setiap langkahnya pagi tadi , tubuhnya yang ngilu itu digagahkan jua untuk menemai lelaki itu bersarapan. Dia tidak membuatkan suaminya bertambah marah.

“Shut up. Shut up” suara Fakhrul menengkingnya malam semalam kembali menghantuinya . Semakin Hana Aishah menangis semakin suaminya bertambah kasar. Tubuhnya yang belum sepenuhnya pulih daripada bersalin itu tidak bersedia untuk dinodia sebegitu.

“I can’t breathe. Abang lepas. Tolong Aishah. Please ... please “ Hana Aishah tergagap - gagap memandang ke arah suaminya sambil cuba mencuri nafas saat tangan lelaki itu mencengkam lehernya. Tangannya mengusap lehernya yang masih perit sehingga ke pagi ini.

“No sound. Keep your mouth shut if you want me to let go” Hana Aishah menganggukkan kepalanya laju. Paip pernafasannya yang dicengkam itu perlahan - lahan dilepaskan. Tangisannya disenyapkan sepanjang malam itu. Air matanya panas yang mengalir laju menemani malamnya.

Hana Aishah tidak tahu jam berapa tubuhnya dilepaskan tetapi saat bunyi pernafasan suaminya menjadi semakin tenang, dia menuruni katil dengan perlahan - lahan sebelum dia berjalan menahan perit menuju ke bilik mandi. Mahu melarikan diri walaupun sebentar daripada sisi suaminya.

Lama Hana Aishah berada di bawah pancuran dini hari itu. Mahu mengurangkan bisa di badan. Suhu air yang dibuka pada tahap maksima itu memeritkan kulitnya sekaligus membawa pergi rasa - rasa jijik yang dia rasai.

Matanya dibuka luas memandang ke arah dinding bata merah yang menghiasi tempat mandian itu. Kosong matanya sekosong hatinya. Sakit sudah tiada. Yang ada hanyalah rasa kebas yang menjadi peneman setia.

Seperti dini hari tadi , Hana Aishah masih tidak tahu apa yang sedang dirasainya. Tadi dia dapat rasa perasaan sedih saat suaminya membuat keputusan Hana Aishah perlu berhenti kerja tetapi rasa yang hadir cuma sebentar hilang sebelum rasa kebas kembali.

Matanya berkedip perlahan memandang ke arah bot yang membawa pelancong menyusuri sungai di hadapan bilik hotel mereka. Seperti malam pertama mereka di situ , saat mereka berada di antara lautan manusia di Jonker Night Market itu Hana Aishah dapat rasakan awan gelap yang selalu mengikutinya berlalu pergi.

Dia mahu berada di dalam lautan manusia supaya rasa kosong itu hilang. Tetapi bagaimana untuk berbuat begitu. Tempat yang paling selamat untuk dia berada adalah di dalam banglo Fakhrul. Sekiranya dia berada di situ tanpa berhubung dengan sesiapa , suaminya akan gembira dan tidak menyakitinya.

Lamunan Hana Aishah terhenti saat dia dapat mendengar pintu bilik hotel dibuka. Matanya masih memandang ke arah sungai itu. Entah berapa banyak bot persiaran yang sudah menyusuri sungai. Berbagai warna dan corak , membawa sekumpulan pelancong setiap kali menyusuri selat melaka.

Dia dapat rasakan sofa itu mendap menandakan Fakhrul sedang duduk di atas sofa yang sama dia berbaring. Tidak sampai beberapa saat kepala Hana Aishah diangkat dan di labuhkan di atas riba Fakhrul. Hana Aishah masih diam membisu. Matanya difokuskan ke sungai di hadapan hotel itu.

Dia dapat merasakan usapan di rambutnya. Matanya terasa hangat. Sudah lama mereka tidak berkeadaan sebegitu. Tempat kegemaran kedua Hana Aishah. Tempat pertama adalah berbaring di dada suaminya.

“I’ve submitted your resignation letter last week. It should be out by next week. The stuff at your quarters will be settle by my mens” air mata yang ditahan gugur jua. Pagi itu Hana Aishah membiarkan sahaja air mata yang sudah lama tiada untuk hadir.

“I want us to start trying again. We start anew without anyone interfering in our life. Just you and me” Fakhrul meneruskan bicaranya tenang.

“Listen to me and everything will be alright. Don’t disobey me if not what happen yesterday will happen again” Fakhrul meneruskan bicara. Tangannya mengusap benjol di dahi isterinya. Kulit yang berwarna biru itu diusapnya perlahan. Hana Aishah membisu tanpa bicara.

Tubuh Fakhrul diangkat sebelum dia meletakkan kembali kepala Hana Aishah di atas sofa tadi. Kakinya melangkah menuju ke peti ais di sisi katil mereka. Dia mengambil beberapa ketul ais sebelum meletakkan di dalam tuala kecil yang disediakan pihak hotel. Kemudian dia menuju ke almari mekap dan mengambil beberapa kapas dan sebotol make up remover.

Selepas mencapai misinya , Fakhrul bergerak menuju ke sofa itu kembali bersama barangan di tangan. Isterinya sedang berbaring mengiring di atas sofa empuk dengan air mata yang masih mengalir laju. Dia mendudukkan dirinya di lantai separas dengan wajah isterinya. Wajah Hana Aishah yang disolek tebal direnungnya.

Dia mula membersihkan wajah Hana Aishah daripada solekan tebal itu. Saat wajah itu bersih daripada solekan itu , hadiah yang dia berikan semalam jelas kelihatan. Benjolan di dahi kiri , cap tangan Fakhrul di pipi kanan dan kiri Hana Aishah dan rekahan di bibir bawah Hana Aishah.

Perlahan - lahan tuala yang mengandungi ais itu dituam di tempat benjolan yang sudah membiru itu. Kalau tadi selepas di tepek dengan bedak tebal , kebiruan itu tidak kelihatan , tetapi sekarang warna biru yang bercampur dengan hitam itu jelas kelihatan.

“Remember your promises towards me” Fakhrul mengesat air mata isterinya yang mengalir. Matanya jatuh pada kesan merah yang mengelilingi leher wanita itu. Kesan cengkamannya semalam. Rasa bersalah kembali ke dalam hati Fakhrul.

“You will never leave me right? You’ll give me a family right?” mata Fakhrul merenung mata isterinya yang kosong. Mata itu berkedip perlahan memandang ke arah wajahnya.

“I didn’t want to hurt you but you know what makes me angry and you still do it” Fakhrul mengeluh kasar. Salah Hana Aishah, bukan salahnya.

“I love you. I want us to build a family together without anyone meddling. It should’ve been just you and me since beginning” nada kecewa Fakhrul pula kedengaran.

“Everything is not ruin yet. It’s just a rough patch we had to go through. After this it’ll be just you and me. And our babies” Fakhrul mengucup ubun - ubun isterinya lama. Dia cuba menyalurkan segala cintanya melalui kucupan itu.

Saat wajahnya diangkat dan memandang Hana Aishah semula , anak mata coklat itu merenung tepat ke dalam anak matanya. Tangan kanan suaminya yang memegang tuala putih itu ditarik ke dalam pelukannya. Hana Aishah membaringkan kepalanya di atas telapak tangan kanan Fakhrul.

“Abang tak akan tinggalkan Aishah kan” suara itu meminta. Anak mata coklat yang sudah lama kosong itu meminta. Fakhrul menarik Hana Aishah ke dalam pelukannya. Pagi itu Hana Aishah melelapkan matanya di dalam pelukan Fakhrul.

“Aishah dah tak ada tempat nak pergi. I only have you now” hati Hana Aishah berbisik sendiri. Dia masih ingat kejadian sebulan lepas.

******************************


Fakhrul sedang duduk di kerusi bertentangan dengan Hana Aishah. Hana Aishah memandang ke arah suaminya yang berbaju pejabat itu. Kemeja berwarna kelabu yang disinsing lengannya sehingga ke bawah siku dan seluar slack berwarna hitam.

Matanya kemudian jatuh pula pada tangannya yang sedang bertaut dengan sepasang tangan sasa itu. Tangan berwarna coklat susu yang cerah daripada itu berurat - urat. Tangan kirinya diiangkat sebelum di mengusap tangan kasar itu.

“Akak ikut baby jom” sekali lagi Alif Haziq memujuk. Hana Aishah membaringkan kepalanya di bahu Alif Haziq yang berketul - ketul itu.

“You don’t like people calling you baby” Hana Aishah membalas pendek.

“If that is what it takes to make you listen to me then I’ll let the whole world call me baby” Hana Aishah merenung raut wajah adiknya saat kata - kata itu dilafazkan Alif Haziq.

“Such a sweet talker. Don’t break too many heart” Hana Aishah bergurau tetapi tawanya tiada. Gurauan hambar itu kekal dibalas dengan keluhan berat Alif Haziq.

“Baby jaga Kak Dik. Jom” suara Alif Haziq kedengaran terdesak.

“Baby Kak Dik is going to get married one day. Have a family. I need so many nieces and nephews. You can’t take care of me forever” Alif Haziq tertawa hambar mendengar hujah kakaknya.

“I will not ever get married. I don’t want to ruin a woman life like how your life is ruin because of a man” mata Alif Haziq menjeling tajam ke arah abang iparnya yang sibuk menaip di telefon.

“You won’t. I know my baby brother will not do that. So live your life to the fullest with all the love that you have inside here” Hana Aishah meletakkan jari telunjuknya di dada Alif Haziq. Alif Haziq mengalih pandangannya daripada lelaki yang berjanji akan menjaga kakaknya itu.

“How do you expect me to live happily when I know you’re suffering” mata Alif Haziq berkaca.

“Kalau Alif sayang Kak Dik , I want you to live. To love. To appreciate those around you” Hana Aishah mengelus pipi adiknya lembut tetapi ada ketegasan di sebalik kata - katanya.

“Never take anyone for granted. Don’t hold grudge. Learn to trust others. Living this life we are never alone. We will always need each other. I want you to hold on to this” Hana Aishah menyambung kata - katanya.

“Kak Dik mintak maaf. I couldn’t call you as often as before. Kak Dik mintak maaf you can’t video call me whenever you miss me. Kak Dik mintak maaf we can’t meet as often as before” air mata Hana Aishah bertakung saat kata - kata itu dilafaznya.

“We both have different priorities now. Tapi ingat, tak pernah sesaat pun Kak Dik lupakan Alif. My every prayers , I will always keep a spot for you” Hana Aishah tersenyum pahit. Peritnya perpisahan.

“I hate everyone for doing this to you. I hate everyone for making you cry” Alif Haziq memeluk Hana Aishah erat. Air mata lelakinya gugur jua.

“If they are the reason why I can’t be with you then they should know the same pain as I’m feeling” Hana Aishah menjadi bimbang mendengar kata - kata penuh kebencian adiknya itu. Dia merenggangkan pelukannya. Wajah Alif Haziq yang sudah basah dengan air mata itu dilap menggunakan tangannya.

“Janji dengan Kak Dik. You can’t be vengeful. I need you to be there for mak and abah. They are old. Kak Dik tak marah diorang. Its how they are. But they are still my parent who brought us up till we’re at this point of life” Hana Aishah meminta penuh pengharapan.

“How could you still want me to be there for them when they’re not there for you. Sekalipun diorang tak datang tengok Adam. Benci sangat dengan anak yang tak berdosa tu kan” Hana Aishah menelan air liurnya kesat apabila perihal anaknya diungkit.

“Akak doa. Our best weapon kan. InsyaAllah kalau bukan dekat dunia , dekat akhirat akan terbongkar. I just need to wait” Hana Aishah tersenyum pahit.

Tadi Saat dia melangkah menuju ke KLIA untuk melihat Alif Haziq dia dapat melihat ahli keluarganya yang sudah berkumpul. Berhati - hati Hana Aishah melangkah sambil memegang lengan suaminya. Kesan jahitannya masih dirasai sekiranya dia berjalan laju.

Saat Alif Haziq melihatnya , terus adiknya itu meninggalkan kelompok keluarga mereka dan memeluk Hana Aishah erat. Dari kejauhan Hana Aishah nampak ibu dan bapanya yang terus berlalu pergi menjauhi Hana Aishah. Hanya senyuman pahit terukir di wajahnya.

Hana Azuwa lansung tidak mahu memandangnya. Marah barangkali kerana Hana Aishah tidak mahu menjawab panggilan telefonnya selepas pesanan mesej yang Hana Aishah hantar kepadanya tetapi itu yang terbaik untuk semua.

~Assalamualaikum Kak Wa. Adik nak cakap thank you for being there with me at all the important event of my life. Adik tak marah siapa - siapa. Macam Kak Wa cakap satu masa dahulu dengan adik. Bila kita dah kawin ini our priority change. I couldn’t understand it back then tapi sekarang adik dah faham. Adik ok dekat sini. Kak Wa jangan risaukan adik. Akak fokus dekat family akak and adik fokus dekat family adik. Doa adik tak pernah putus untuk Kak Wa. I cant thank you enough for everything you’ve done, only Allah can repay every single love and kindness you’ve shone my way. InsyaAllah kalau panjang umur satu hari nanti when everything cleared , kita jumpa. If not , Adik doa kita jumpa dekat syurga. Adik dah maafkan semua orang. Assalamualaikum~ Kak Wa


Itulah pesanan terakhir yang dia hantar sebelum telefonnya dimatikan. Mematikan segala bentuk komunikasi dengan dunia luar. Penyelesaiannya hanya satu, Hana Aishah perlu bina hidup sendiri. Masalah hidupnya sedang merosakkan kehidupan orang di sekelilingnya seperti yang ibunya beri tahu.

Hari ini dia tidak mahu pergi tetapi , apabila Alif Haziq menelefon Fakhrul dan meminta izin untuk berjumpa dengannya , Hana Aishah tidak dapat menolak. Dia tidak menyesal dengan pilihan yang dia pilih. Jalan hidup ini adalah yang terbaik untuk semua.

“This is the path that I’ve choosen. This is the decision that is the best for everyone. Alif kena lepaskan Kak Dik. Alif dah besar. You have your own responsibilities” kata - kata akhir Hana Aishah ungkapkan untuk Alif Haziq sebelum dia berangkat pergi. Masih ada dua jam lagi sebelum kapal terbang adiknya berlepas tetapi lebih lama dia di situ lebih sukar untuk mereka berpisah.

Saat kakinya melangkah meninggalkan lapangan terbang KLIA itu , Hana Aishah tahu itu penutup yang dia perlukan. Dia tidak berpaling lagi. Matanya memandang ke arah lengan suaminya yang memeluk pinggangnya erat. Tiada tangan lain yang sudi mengutipnya. Kalau ada pun dia tidak mampu menyusahkan hidup mereka. Selagi lelaki ini mahu , dia akan terus berpaut. Sampai tiba masanya nyawanya diambil kerana kalau dia diseret keluar daripada hidup Fakhrul pun dia sudah tidak tahu bagaimana mahu meneruskan hidup.

“Alif live. Doa Kak Dik sentiasa ada dengan Alif sampai akhir nyawa Kak Dik” Hana Aishah memandang ke arah kapal terbang yang membawa adiknya pergi. Lama dia menanti di tempat melihat kapal terbang naik dan mendarat itu. Itu permintaannya saat mereka masuk ke dalam perut kereta.

*******************************


“Tan Sri. I need to go to Taiwan today” Tan Sri Fadhil yang tengah bermesyuarat tengah hari itu menghentikan menggendalakan sebentar mesyuarat saat melihat nama Sampath yang muncul di taliannya.

“Have you found them?” Tan Sri Fadhil mengurut kepalanya. Semenjak dua ini migrainnya kembali mengasak. Bimbang memikirkan perihal Fakhrul dan menantunya itu.

“I got the guy. That’s why I’m going there” Tan Sri Fadhil mengerutkan mukanya tidak memahami isi maklumat yang cuba disampaikan Sampath.

“Explain” Tan Sri Fadhil memandang ke arah Fakhih yang baru memunculkan diri ke dalam pejabatnya.

“Sorry Tan Sri but I had to get through Aiman because I need to show the video. That’s when Aiman notice that the guy who was in the video had tattoo and Aiman didn’t have one” Tan Sri Fadhil menganggukkan kepalanya perlahan. Dia menghadam isi maklumat yang baru dia terima. Pandangannya dibuang kearah bangunan pencakar langit yang bertentangan dengan empayarnya itu.

“From there I investigate the origin of the tattoo. I couldn’t get through the hotel stuff. Its seems like this involves someone big because even your name didn’t get me through them” Tan Sri Fadhil tersenyum sinis mendengar ayat Sampath itu.

“The major holder is Simon right?” Sampath seperti dapat mengagak ayat seterusnya yang bakal keluar daripada mulut Tan Sri Fadhil.

“Yes Tan Sri. Anything you want me to do?” Sampath bertanya.

“No. I need your focus on this. Get it done as soon as possible. Use any ways to get the words out of those who’s involved. By any means. Understand?” Fakhih melihat raut wajah bapanya yang tegang itu. Raut yang jarang dia lihat. Wajah itu hanya akan bertukar begitu sekiranya urusan itu amat penting bagi seorang lelaki bernama Tengku Fadhil.

“Understand Tan Sri. I’ll inform you once I reach to Taiwan” Sampath mematikan talian. Tan Sri Fadhil diam membisu. Rautnya wajahnya menunjukkan betapa lelaki itu sedang memikirkan tentang masalah itu.

“Make sure Simon Holding end by the end of this month” Fakhih hanya menganggukkan kepalanya mendengar kata putus bapanya.

“Can you think of anyone Pa?” Fakhih akhirnya bertanya.

“Felisha definitely in it. But she’s not capable of doing it alone. I need to get to the main culprit “ anak mata Tan Sri Fadhil saat itu tidak ubah seperti Fakhrul.

Kedegilan kedua beranak itu tiada beza. Tidak kira bagaimana Fakhrul cuba menidakkan , peribadinya tidak ubah seperti Tan Sri Fadhil. Kedegilan , keazaman , kerajinan dan segalanyalah. Dari segala aspek kedua beranak itu sama sahaja.

Yang membezakan cuma Tan Sri Fadhil mampu berfikiran rasional tetapi Fakhrul tidak mampu membezakan emosi dan realiti apabila ianya berkaitan dengan hati dan perasaannya.

Lelaki itu terlalu hanyut dalam memori zaman kecilnya. Dendam yang disimpan sewaktu kecilnya sedang membunuh segala kebahagiaan yang menuju kepadanya.

Share this novel

Cahaya nur kaseh
2020-10-30 21:46:53 

lamanya tunggu penulis update...

Ifti Safiyya
2020-10-28 15:29:11 

bila nk update ni

Iznawati ahmad
2020-10-26 02:40:23 

menangis koi bc


NovelPlus Premium

The best ads free experience