Chapter 20

Romance Completed 625623

Hana Aishah hanya berdiam diri. Dia tidak dapat berfikir sekarang. Terlalu banyak benda yang berlaku dalam masa dua bulan ini.

“This is bullshit” Fakhrul melemparkan gambar itu di atas meja mahagoni tersebut.

“Language Dr Fakhrul” Dato’ Qurratun memberikan jelingan tajam kepada Fakhrul. Fakhrul lansung tidak mengendah pandangan daripada wanita yang memegang jawatan yang tinggi itu. .

“Dr Hana, anything from you?” Dato’ Qurratun memandang ke arah gadis yang hanya mengalirkan air mata itu.

“I .. I was attack that day. Mr Fakhrul came to help me. And then ... “ Hana Aishah yang sedang menangis teresak - esak itu tidak dapat meneruskan bicaranya. Hana Aishah mengelap air matanya menggunakan hujung lengan bajunya selepas beberapa minit dia cuba menenangkan dirinya.

“Sorry. Ermm I couldn’t remember what happen after that because I fainted I guess” jawab Hana Aishah selang beberapa minit selepas dia berjaya menenangkan dirinya. Suasana sunyi seketika.

“So you’re saying that you were attacked but no report was lodge?” Hana Aishah dapat mendengar nada tidak percaya yang keluar daripada suara tegas Dato’ Qurratun itu.

“I didn’t know who attacked me and at that point I already started my holiday so I didn’t want to mmm ... to “ Hana Aishah tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan sebab kerana dia tidak mahu membuat laporan. Sejujurnya dia tidak mahu berulang alik ke balai polis seperti kes sebelum ini.

“To what Dr Hana?” Hana Aishah sejujurnya tidak mahu ibu dan bapanya tahu tentang kejadian yang terbaru ini tetapi mereka yang hanya tahu menghukum ini akan fahamkah.

“To make it big” mata Hana Aishah yang sudah bengkak itu memandang tepat ke arah mata Dato’ Qurratun yang sedang menghakiminya.

“You said you fainted?” muka Dato’ Qurratun jelas menunjukkan dia tidak mempercayai cerita Hana Aishah itu. Hana Aishah hanya menganggukkan kepalanya.

“And Dr Fakhrul didn’t bring you to the emergency department. Don’t you think its weird?” Hana Aishah geram mendengar nada memerli yang digunakan oleh Dato’ Qurratun itu.

“She was fine. I assessed her” suara Fakhrul kedengaran tegang. Matanya memandang wanita genit dihadapannya itu.

“Dr Fakhrul, you were not in the hospital the whole day that day. Where were you?” mata Hana Aishah terbeliak mendengar kenyataan Dato’ Qurratun. Bagaimana mereka tahu tentang keberadaan Fakhrul sepanjang hari itu?

“And how did you know that?” Fakhrul dapat merasakan ada orang yang cuba memerangkap mereka. Fakhrul sepatutnya tidak mempunyai apa - apa tugasan pada hari itu , jadi tidak logik untuk sesiapa pun daripada hospital mencarinya.

Kejadian Hana Aishah diserang itupun berlaku di kawasan terpencil jauh daripada hospital. Hana Aishah meletakkan kereta di kawasan terpencil di mana bangunan baru hospital sedang dibangunkan. Hanya ada beberapa buah kereta lain yang Fakhrul rasa tidak berpenghuni. Dia amat pasti tiada manusia lain di situ kerana itu lelaki yang menyerang Hana Aishah itu berani mengikuti Hana Aishah dan menyerangnya.

“I have my source” apabila Dato’ Qurratun mendapat tahu berita tentang gambar tidak senonoh dua pegawainya di kawasan hospital , dia meminta salah seorang pegawainya menyiasat.

“What kind of source? You can’t just accused us just based on that blurry pictures” Fakhrul terus - terusan menaikkan kemarahan Dato’ Qurratun dengan jawapan balasnya yang kasar itu.

“That’s none of you concern” kesabaran Dato’ Qurratun menipis berdebat dengan lelaki seorang ini. Hana Aishah pula hanya mendiamkan diri dengan tangisannya yang berterusan itu.

“And what we do is none of your concern either” Fakhrul mengangkat punggungnya dan berdiri tegak memandang ke arah muka Dato’ Qurratun yang sudah merah itu.

“We’re not done Dr Fakhrul!” Dato’ Qurratun sudah meninggikan suaranya.

“Yes we’re done. Up Aishah” Fakhrul memberikan arahan kepada Hana Aishah yang sedang tercengang melihat mereka berdua yang sedang bertegang urat itu.

“You know what I can do to both of you?” Fakhrul hanya memberikan senyuman sinis mendengar ugutan wanita itu. Hana Aishah pula sudah bertukar pucat.

“Saya tak buat Dato’ ” suara Hana Aishah yang merayu itu menyebabkan Fakhrul memberikan pandangan tajam kepada gadis yang masih duduk dengan muka ketakutannya itu.

“We didn’t do anything wrong. Why are you apologising?” Fakhrul yang sudah lama tidak memarahi Hana Aishah itu , meninggikan suaranya buat kali pertama sejak kemalangan hari itu.

“You’re accusing both of us based on the pictures and people’s story. You’re at this high position and you don’t even know the SOP is it?” Dato’ Qurratun semakin marah apabila mendengar ayat Fakhrul yang menuduhnya berlaku tidak adil itu.

“Dr Fakhrul..” belum sempat Dato’ Qurratun menyambung bicaranya Fakhrul laju memotongnya.

“Where’s the official report from Jabatan Agama Islam if what we did was wrong? Where’s the people who saw what we did? Why didn’t they catch us in act?” Dato’ Qurratun terdiam mendengar persoalan Fakhrul itu.

“Get up Hana Aishah!” Hana Aishah tetap berdegil dan duduk di kerusi pejabat itu. Kepalanya ditundukkan ke bawah. Tiba - tiba lengannya di tarik oleh Fakhrul sehingga menyebabkan gadis itu berdiri.

“Ahh , Ya Allah” Hana Aishah mengerang kesakitan apabila lengannya itu berdenyut akibat rentapan Fakhrul itu.

“Next time when I told you , listen!” Hana Aishah menelan air liur melihat mata Fakhrul yang sudah merah itu.

Dato’ Qurratun ikut terkejut melihat perlakuan kasar Fakhrul itu. Dia melihat tangan kanan Fakhrul yang memegang kejap lengan kiri Hana Aishah. Muka gadis itu berkerut menahan kesakitan.

“Next time don’t call me for a petty things like this. By the way I’m a surgeon , call me Mr Fakhrul” Dato’ Qurratun melihat kearah Fakhrul yang sedang menyeret Hana Aishah keluar. Hampir sahaja gadis yang tinggi lampai itu jatuh tersungkur.
*************************************


“Adik start Paeds esok kan?” tanya Teacher Basirah kepada Hana Aishah yang sedang melayan Waahiey. Mereka sedang minum petang di beranda rumah itu.

“Supposedly start on Sunday but I took my off day for the week” Hana Aishah yang sedang memangku Waahiey yang berusia 5 tahun itu membuangkan pandangannya kepada ibunya yang memakai kain batik dan T- Shirt labuhnya.

“I hope this new posting is better than the previous one” Hana Azuwa yang sedang menjamah keropok lekor menyampuk. Tunang Hana Aqilah sempat membeli belah di Terengganu sewaktu lelaki itu bekerja di luar kawasan di pelantar minyak pada minggu lepas.

“Its gonna be hectic also but I just want to finish this thing off” Hana Azuwa memandang muka adiknya. Jelas kepenatan di wajah gadis itu.

“Adik tak nak quit ke?” pertanyaan Hana Azuwa itu menyebabkan Kapten Azam dan Teacher Basirah memandang kearah Hana Azuwa yang duduk bertentangan dengan mereka itu. Hana Azuwa semakin tembam sejak melahirkan anak bongsunya itu.

“Rugi Kak. Adik dah three quarter. Just a little bit more plus who’s gonna pay my study loan , my car loan and all those commitments that I have” Hana Aishah menghalakan pandangannya kearah Hana Walieya dan Warieth yang sedang bermain diatas buaian di halaman rumah mereka sambil ditemaninya abang iparnya.

“Don’t worry about the money. I want my daughter back. The old you” luahan Kapten Azam itu membuatkan air mata Hana Aishah bergenang. Terlalu banyak pengorbanan yang perlu dia buat kerana jalan yang dia pilih ini.

“Abah. Adik mintak maaf. I’ll try to be more present ok. 2 more posting only” matanya dihalakan ke arah Kapten Azam yang memakai kain pelekat dan tidak berbaju itu yang duduk disebelahnya itu.

Buat pertama kalinya Hana Aishah menyedari bahawa kedua ibu bapanya sudah semakin tua. Masa yang dia ada bersama mereka semakin suntuk tetapi dia terlalu sibuk dengan kerjanya.

“Kakdik kuat bah. Abah jangan risau she will come out of this housemanship stronger” Hana Aqilah yang sedang berdiri di sebelah ibunya sambil mendukung Walieya itu meyakinkan kedua ibu bapanya.

“Mak and abah kena doakan adik” pinta Hana Aishah.

“Mak sentiasa doakan all 4 of you. But the advise I can give you , don’t lose yourself in your job. Its not worth losing your love one for something which is not permanent” Teacher Basirah yang sedang memangku Warieth yang berumur 11 bulan itu menasihati kesemua anak menantu.

“That’s right Aishah. Kesian anak - anak Abang Wazir rindu Aunty dia” Wazir yang berbadan sedikit gempal itu memang rapat dengan adik beradik isterinya. Dia yang mempunyai seorang sahaja adik yang sedang menuntut di Australia itu banyak menghabiskan masa di rumah mertuanya.

“Pandai la Abang Wazir. Nak suruh Aishah jaga diorang lah while you guys date” Hana Aishah sengaja memasamkan mukanya.

“Pandai lah that’s why I got 3 babies already “ Wazir mengeyitkan matanya kepada Hana Aishah. Laju tangan Hana Azuwa mencubit pinggang suaminya. Pecah tawa mereka melihat Wazir yang melarikan diri daripada isterinya itu.

‘Ya Allah. Jangan sampai mereka tahu tentang kes hari itu. Kau gembirakanlah hati kedua ibu bapaku dan keluargaku. Jangan datangkan rasa sedih di dalam hati mereka” petang itu dikala keluarga Hana Aishah sedang bergembira kerana akhirnya dapat berkumpul bersama - sama walaupun Alif Haziq tiada , Hana Aishah yang sedang memikul satu rahsia yang berat itu berdoa di dalam hatinya dengan penuh kesedihan.

**************************************

“Kakdik. Alif miss you” malam itu Hana Aishah menerima panggilan video daripada adiknya Alif Haziq.

“I miss you too baby boo” Hana Aishah yang sedang berbaring meniarap di atas katilnya itu memandang ke arah adik lelaki yang tidak berbaju dan memakai seluar pendeknya sahaja di apartmentnya di US itu.

“If you miss me , Kakdik datanglah sini” Alif Haziq yang sedang menikmati sarapan paginya itu meminta.

“I wish I can Alif but you know my job. Its so hard to get leave , some more wanting to go oversea” Hana Aishah masih ingat segala procedur yang perlu dia lalui sebelum dia melancong bersama keluarganya tahun lepas ke Korea.

“Quit je la” selamba sahaja Alif Haziq memberi cadangan kepadanya.

“Amboi senangnya cakap. Kalau Kakdik ada boyfriend orang kaya tak apalah” Hana Aishah yang memakai gaun tidur separa paha itu sedang memerhatikan adiknya yang semakin sasa itu.

“That day wasn’t that two guys were into you?” Hana Aishah memandang Alif Haziq pelik.

“Who?” Hana Aishah tidak dapat memikirkan siapakah gerangan jejaka yang Alif Haziq sedang sebutkan.

“Alaah. That bos of yours and that inspector” pecah tawa Hana Aishah mendengar tanggapan adiknya itu.

“You mean Mr Fakhrul and Inspector Haqi is it?” Hana Aishah masih teringat apabila dia dikunjungi Haqi sewaktu dia sedang cuti rehat di rumahnya selepas pembedahan itu. Hampir 2 jam mereka berborak di ruang tamu rumahnya. Selepas itu Hana Aishah tidak mendengar khabar daripada Haqi lagi.

“Yup, he came to the house kot that Inspektor. You should give him a chance “ Alif Haziq mengenyitkan matanya kepada kakaknya sebelum bangkit untuk membasuh pinggang yang digunakan.

Hana Aishah memerhatikan tingkah adiknya melalui panggilan video itu. Terasa seperti adiknya itu berada dekat dengan mereka apabila mereka membuat panggilan video seperti itu. Terubat rindu mereka setiap kali mereka berhubung seperti itu.

“He came to update me regarding the case la adik akak yang semakin muscular ni. You better not be taking any steroid?” sempat Hana Aishah memarahi adiknya itu.

“This is natural ok and a normal police officer would’ve call or ask you to come over to police station to update you” Alif Haziq menayangkan ototnya kepada kakaknya seperti ahli bina badan lakukan sewaktu pertandingan bina badan di dalam TV.

“Boleh masuk body builder lah ni” Hana Aishah tidak kering gusi kalau berborak dengan adiknya.

“Don’t change the topic ok. Fine then, if not the police officer then how about that guy that you work with?” Alif Haziq terus terusan cuba mengorek rahsia daripada kakaknya itu.

Alif Haziq sedang merehatkan diri di atas kerusi sofa malas di ruangan tamu di apartmentnya itu. Musim panas yang sedang dilaluinya itu menyebabkan dia selalu berpeluh. Oleh itu alat penghawa dingin di apartment itu sentiasa di pasang.

“He’s my bos and he is mean so no” Alif Haziq melihat muka kakaknya yang sudah bertukar marah itu.

“Dia buat apa, let me give him a call” Alif Haziq sangat pantang sekiranya keluarganya di buli. Dia masih ingat bagaimana dia selalu bergaduh di sekolah kerana cuba melindungi kakak - kakaknya itu.

“Ee budak ni. Gaduh je kerja. Enough about me. How about that girl you’re dating” Hana Aishah cepat - cepat menukar cerita. Nama Fakhrul menimbulkan rasa tidak senang di dalam hatinya.

“Akak janganlah tukar topik and I got a new girl now” Alif Haziq nampak jelas perubahan di muka kakaknya walaupun jarak berpuluh ribu kilometer memisahkan mereka.

“Can we not talk about my work place. Lusa akak start kerja. Please Alif” Alif Haziq merasa tidak sedap hati melihat kesedihan di sebalik mata Hana Aishah. Hana Aishah yang sentiasa ceria , dia lihat sejak kejadian hari itu bertukar kepada seorang perahsia.

“Fine. You remember that day I was dating that Malaysian girl Bizaa , I broke up with her because she’s so clingy Ya Rabbi. So now I’m dating this Brazilian girl names Josephine. She’s so brilliant kak” Hana Aishah gelak sampai sakit perut malam itu berborak dengan adiknya.

Hana Aishah yang sedang berbaring selepas menamatkan panggilan video selama 2 jam dengan adiknya itu , terpaksa kembali kepada realiti.

Dia lansung tidak menghubungi Fakhrul selepas kejadian di bilik pengarah itu. Dia juga tidak menerima sebarang panggilan daripada hospital lagi.

Hana Aishah bersyukur kerana cutinya tidak terganggu lagi tetapi dia tahu sekembalinya dia ke hospital lusa , dia terpaksa melalui realiti pahit dimana dia pasti teman sejawatnya sudah mengetahui.


*****************************************

“Mr Fakhrul ! Let me go!” Hana Aishah cuba menarik lengannya yang digenggam kuat oleh Fakhrul.

“You’re just so damn stubborn” Fakhrul membebel memarahinya sambil menariknya menuju ke pejabat pakar di mana pejabat Fakhrul terletak.

“Lepas!” Hana Aishah menjerit kuat sambil merentap tangannya. Dia sudah tidak menghiraukan pandangan beberapa orang staf hospital yang berada di ruangan lobi pejabat pentadbiran itu.

“Don’t touch me. Don’t get near me. Don’t dictate me” buat pertama kalinya Hana Aishah memandang tajam ke dalam mata Fakhrul untuk menunjukkan segala kebencian yang dia rasai selama 5 bulan dia berhadapan dengan Fakhrul.

Fakhrul membalas pandangan mata gadis yang penuh dengan kebencian itu. Selepas beberapa saat , dia melihat tubuh Hana Aishah bergerak pergi meninggalkannya di tengah - tengah ruangan lobi di bahagian pentadbiran itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience