Chapter 16

Romance Completed 625623

“Mr Fakhrul” Hana Aishah mengejar lelaki itu yang sedang berjalan tetapi hakikatnya kelajuannya seperti orang yang sedang berlari.

Fakhrul memberhentikan langkahnya yang sedang menuju ke arah pintu keluar wad dan memandang ke arah Hana Aishah yang berlari anak mengejarnya daripada arah wad.

“Ya Allah , SOB kejap” Hana Aishah tercungap - cungap di hadapan Fakhrul.

“Who told you to run?” Fakhrul memandang muka Hana Aishah yang kelihatan pucat itu.

“Mr Fakhrul jalan laju sangat” Hana Aishah yang merasa paru - parunya lebih mengembang dari sesaat tadi itu membalas.

“Nak cakap dengan Mr Fakhrul privately boleh?” Hana Aishah meminta kebenaran apabila dia melihat ada tiga orang houseman lain berada di situ dengan MO mereka Fatimah.

“Open the wound first” satu arahan itu cukup untuk menggerakkan empat pasang kaki tadi.

“Mr Fakhrul , nak alamat rumah” terkejut Fakhrul mendengar permintaan Hana Aishah itu. Nasib baik mukanya masih beriaksi sama.

“Come again?” Fakhrul berkira mungkin Hana Aishah masih mamai akibat oncall malam tadi.

“I need your home address” Hana Aishah mengulangi ayatnya dalam bahasa Inggeris pula. Barangkali lelaki ini sudah lupa bahasa ibunda mereka.

“Why do you want my home address? I’m at hospital now not at home” pening kepala Fakhrul melayan gadis seorang ini.

“Nak hantar durian dekat Uncle. Hari tu kan abah promise to send durian for Uncle” terlepas tawa Fakhrul melihat muka Hana Aishah yang polos itu.

“Aishah . You’re just so ... haih” Hana Aishah menarik muka masam apabila Fakhrul menertawakannya. Ini kali kedua Fakhrul tertawa di hadapannya.

“Cuba ketawa banyak sikit tak adalah kedut dekat muka itu prominent sangat” omelan Hana Aishah itu menampar telinga Fakhrul. Terus raut wajah Fakhrul kembali serius.

“What you mean by my home address is my parent’s one is it?” Fakhrul menggelengkan kepala melayan Hana Aishah yang sedang mamai itu. Mukanya yang pucat dengan mata pandanya itu menampakkan betapa mengantuknya gadis itu.

“Yes lah” penat Hana Aishah melayan soal jawab Fakhrul ini.

“I don’t stay with my parents Aishah. If you want my home address also sure” dia tahu Fakhrul sedang memerlinya tetapi sungguh dia amat penat untuk melayan perlian Fakhrul itu.

“You’re sleepy Aishah. Go back and sleep” arahan Fakhrul itu disambut dengan keluhan penat Hana Aishah.

“Tak , abah datang ambik ni. Lepas itu terus pergi rumah your parents and then balik” terang Hana Aishah.

“Just leave it in my car. I’ll drop it off” Fakhrul paling tidak suka menyusahkan orang. Papanya pun satu , macamlah tak boleh beli durian dekat luar.

“Seriously. You want your BMW to smell like durian. Cepatlah Mr Fakhrul. Abah dah tunggu tu. Abah drove his Hilux so its fine” Fakhrul terpaksa mengalah apabila dipaksa Hana Aishah.

“You’d better not lying to me Aishah. Better be your dad is driving” amaran Fakhrul itu tidak diendahkan Hana Aishah yang sudah mendapat apa yang dikehendakinya.

“Later” laung Hana Aishah sambil dia berlari menuruni tangga kecemasan ke tingkat G.


****************************************


“Assalamualaikum. Pak cik ingat saya lagi tak?” Hana Aishah menonjolkan mukanya ke dalam tingkap kecil bilik pengawal rumah agam itu.

“Oh pocot mak kau racing” Mahmat yang sedang leka membaca akhbar utusan itu melatah. Mengekek Hana Aishah menggelakkan Mahmat.

“Ish. Terkejut Pak Mat. Cik ini pun bagilah salam” Mahmat masih ingat muka gadis kacukan itu.

“Dah bagi salamlah Pak Mat. Siap hon dua kali lagi. Pak Mat lah khusyuk sangat baca surat khabar, sikit lagi nak cium surat khabar tu” sesampai saja Hana Aishah di hadapan rumah agam itu , dia terus menekan hon kereta Myvinya sebanyak dua kali sebelum dia mengingatkan dirinya di mana dia berada. Kalau dekat perumahannya bolehlah dia main tekan hon kereta.

“Waalaikumussalam. Cik nak jumpa siapa?” Mahmat terkejut melihat gadis yang anak tuannya bawa hari itu.

“Ish Pak Mat ni , tak payah panggil cik. Panggil saya Hana je. Saya nak jumpa Tan Sri” Hana Aishah lupa meminta nombor telefon Tan Sri Fadhil sewaktu dia menyuruh Fakhrul menghantar alamat rumah ini ke whatsappnya.

“Alamak , Tan Sri out station seminggu. Baru je pagi tadi dia fly” Mahmat menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

“Alaaa. Puan Sri ada tak Pak Mat?” kepala Hana Aishah sudah berdenyut - denyut di bawah cahaya matahari itu.

“Kejap saya tanya kalau Puan Sri free?” Mahmat tidak mahu memandai - mandai menjemput orang asing masuk.

“Ok, saya duduk dalam kereta lah Pak Mat. Anything nanti pak cik lambai je” Hana Aishah berlari memasuki kereta Myvi nya. Jam tangannya yang menunjukkan pukul 12 tengah hari itu memang berpatutan dengan suasana panas yang sangat terik.

Selang beberapa minit pintu pagar utama itu terbuka. Hana Aishah sempat mengangkat tangannya kepada Mahmat sebelum memandu kereta Myvi nya memasuki perkarangan rumah agam itu.

“Assalamualaikum “ Hana Aishah berdiri di sebelah kanan pintu utama rumah itu. Dia masih ingat pesanan ustazahnya dahulu, adab menjadi tetamu. Kalau nak menunggu tuan rumah menjawab salam atau membuka pintu jangan tunggu di tengah - tengah rumah.

“Waalaikumussalam Hana” Puan Sri Maria yang memakai baju Kaftan bercorak batik dengan bertemakan warna maroon itu tidak berhijab hari ini.

“Nasib baik balance aku ok lagi. Puan Sri ni pun main terjah” Hana Aishah sempat membebel di dalam hatinya apabila Puan Sri Maria memeluknya laju.

“Hana buat apa dekat sini? Jom masuk rumah” laju Puan Sri Maria menarik tangan Hana Aishah untuk masuk ke dalam rumahnya sebelum Hana Aishah sempat menolak. Kali ini Puan Sri Maria membawa Hana ke ruangan yang mempunyai TV besar sebesar 70 inci.

“Alamak aunty, Hana actually nak drop kan durian yang abah janji nak bagi dekat uncle hari tu” serba salah pula Hana Aishah. Tapi dilabuhkan juga punggungnya di atas sofa berbentuk L shape berwarna putih dengan bulu - bulu di bahagian tengahnya. Hana Aishah merasakan seperti dia sedang duduk di atas gula - gula kapas.

“Ya Allah , Hana drive sampai sini semata - mata nak hantar durian untuk uncle” Puan Sri Maria terkejut apabila Mak Zah memaklumkannya tentang kehadiran Hana Aishah. Puan Sri Maria sedang beristirihat di biliknya selepas menghabiskan masa dengan suaminya sebelum Tan Sri Fadhil berangkat ke Brunei pagi tadi.

“Ehh tak apalah aunty. Abah petik kelmarin waktu dekat kebun . Dia nak hantarkan tapi pagi - pagi ni selalunya abah dengan mak ada kelas agama” Hana Aishah terpaksa menipu Fakhrul kerana dia tahu lelaki itu pasti tidak akan memberi alamat rumah ini sekiranya dia kata dia yang memandu.

“You’re not working today?” Puan Sri Maria melihat Hana Aishah yang memakai seluar palazzo berwarna kelabu dan berbaju sejuk berwarna pink itu. Nampak kasual di matanya dengan tudung shawl jersey yang melekap di muka Hana Aishah yang berbentuk bulat itu.

“Postcall sebenarnya Aunty” hakikatnya Hana Aishah tengah menahan matanya daripada tertutup. Semalam dia yang bertugas di bahagian kecemasan dengan bosnya yang memang terkenal dengan kesibukannya kalau dia oncall melihat kes bertubi - tubi di kecemasan.

“Now I’m worried. Hana tidur dululah . Petang sikit baru balik. Tell your parent” sikit lagi nak tersembur air teh o yang sedang dihirupnya apabila mendengar arahan itu.

“Ehh tak apa aunty. Hana dapat tidur dalam 2 jam semalam. Hana tak mengantuk, boleh drive lagi” Hana Aishah terpaksa menipu wanita yang tidak bertudung di hadapannya itu. Walaupun uban - uban tua lebat kelihatan di rambut ikal mayang wanita itu , kecantikannya masih terserlah.

“Hana tak sudi tidur rumah aunty ke?” Hana Aishah merasa serba salah mendengar ayat sedih wanita itu.

“Alaaa aunty , lain kali Hana datang lagi ok. By the way Pak Mat told me Uncle is outstation is it?” laju Hana Aishah mengubah topik.

“Pandai ubah topik” tangan lembut Puan Sri Maria memicit pipi Hana Aishah. Hana Aishah hanya tersengih.

“Uncle biasalah. Out station to Brunei. We have a branch there so once every 2-3 month he’ll spend some times there” Puan Sri Maria yang memang tengah kesunyian itu sangat suka apabila Hana Aishah ada untuk menemaninya.

“Alaa kena simpan dalam peti ais la durian tu” Hana Aishah masih ingat kaedah yang Kapten Azam gunakan untuk mengelakkan daripada buah - buahan daripada rosak dengan menyimpan buah - buah yang telah dikupas itu di dalam peti sejuk beku.

“Thats new? What’s the secret? Aunty yang budak kampung ni pun tak tahu” terkejut Hana Aishah mendengar pengakuan Puan Sri Maria itu.

“Aunty budak kampung? Tak percayalah” melihat daripada gaya Puan Sri Maria , lansung tidak kelihatan gaya kampungnya. Tiada cacat cela Hana Aishah lihat daripada segi pemakaian sehinggalah ke penampilannya.

“Betullah Hana. Aunty asal dari kampung. Uncle kamu tu yang kaya” hilang terus rasa mengantuk Hana Aishah mendengar cerita bagaimana Puan Sri Maria bertemu dengan Tan Sri Fadhil.

“We met when we were studying at California University. Aunty was on scholarship and uncle was well self sponsored” Puan Sri Maria mengimbau kembali kenangan percintaannya dengan suaminya itu.

“Wahh kiranya Aunty and Uncle campus love bird lah ni. Romantiknya” Hana Aishah teruja mendengar cerita Puan Sri Maria.

“If you want to hear more , Hana have to stay for lunch” Puan Sri Maria memancing Hana Aishah untuk menemaninya.

“Pandai ye aunty” kerancakan mereka berborak sehinggakan Hana Aishah tidak perasan masa yang berlalu.

“Puan Sri , Cik Hana. Lunch dah siap” Mak Zah menegur mereka yang sedang rancak berborak di ruangan TV itu.

“Ya Allah, Its lunch time already. Jom Hana lunch ” Hana Aishah yang memang tengah kelaparan itu menurutkan sahaja.

“Mak Zah jangan la panggil saya cik. Panggil Hana je” Hana Aishah memeluk tangan wanita tua yang cuba menyendukkan nasi untuk di letakkan ke atas pinggannya.

“Zah , jom makan sekali” Mak Zah sentiasa bersyukur mempunyai majikan seperti Puan Sri Maria dan Tan Sri Fadhil. Tidak pernah membuatkan dia rasa seperti hamba di rumah itu.

“Tak apalah Puan Sri. Mak Zah dah hidang lauk Mak Zah dekat dapur” dia sebenarnya tidak selesa makan di meja sebesar itu.

“Meh , Hana ambikkan lauk Mak Zah” laju kaki Hana Aishah bergerak ke dapur dan mengangkat lauk pauk Mak Zah untuk dibawa ke meja panjang itu. Tidak sempat wanita tua itu menghalangnya.

“ Zah ni selalu tak nak makan dengan saya. Dah kerja dekat 30 tahun dekat rumah saya ni ha” bebelan Puan Sri Maria itu dibalas dengan tawa Hana Aishah.

“Bukan Puan Sri. Saya tak selesa makan dekat meja panjang satu alam ni” Mak Zah yang sedang menjamah makanannya itu membalas.

“But betul jugak Aunty. Hana pun suka makan dekat meja kecil. Senang nak borak. Ni sorang duduk kutub utara sorang kutub selatan” Puan Sri Maria tergelak besar mendengar kata - kata Hana Aishah itu.

“Hana teman Aunty sampai petang lah. Aunty boring ni Uncle tak ada” muka Puan Sri itu penuh pengharapan.

“Kalau Hana tak postcall tak apa Aunty. Nanti mak bebel anak dara tak reti balik rumah” hari itu Mak Zah masak kari ayam dan sambal udang. Meleleh hingus Hana Aishah menahan pedas.

“Tapi Hana tunggu sampai kita buka durian ok” puas hati Hana Aishah melihat muka Puan Sri Maria yang bahagia itu.

“Sedih kalau rumah besar tetapi kosong tiada manusia. Being alone is more painful than being poor” bisik hati Hana Aishah melihat kesunyian wanita itu. Satu pengajaran untuk dirinya.

*******************************

“Wah langkah kanan lah Along” suara garau lelaki itu kedengaran di kawasan belakang rumah agam itu.

Suasana yang sedang riuh dengan gelak tawa Puan Sri Maria dan Hana Aishah yang melihat perbalahan di antara Mak Zah dan Mahmat tentang cara membuka durian , terdiam seketika . Mereka memalingkan muka kearah Fakhih yang berkemeja kuning cair dan berseluar slack berwarna hitam itu.

“Sedapnya bau durian” Fakhih sudah menyinsingkan lengan tangannya untuk mengaut durian yang sudah dikupas kulitnya.

Matanya sedang dihalakan ke arah isi durian yang berwarna kuning yang di letakkan di dalam pinggan di atas meja besi berbentuk bulat itu. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi besi yang terletak di satu sudut di laman belakang rumah itu dan lansung tidak mengendahkan mata - mata mereka yang terkejut memandangnya.

“Bismillah lah dulu” teguran Hana Aishah itu membuatkan Fakhih memalingkan mukanya memandang ke arah mereka yang tengah duduk di atas tembok di tepi dinding dapur itu.

“Girlfriend Angah” komennya sebelum menyambung misinya untuk meratah durian yang sedang menggoda deria baunya itu.

“Eee , mana ada” Hana Aishah sudah berdiri bercekak pinggang memandang ke arah Fakhih yang sedang menikmati durian itu tanpa ingat dunia.

“If you’re not then why are you so defensive about it?“ penuh mulutnya dengan isi manis durian itu.

“Aunty” manja suara Hana Aishah mengadu nasib kepada Puan Sri Maria.

“Along ni , janganlah kacau Hana. She’s been accompanying me since morning tau” Puan Sri Maria sudah menghalakan kakinya ke arah anak sulungnya itu.

“Tak menyempat nak salam mama” Puan Sri Maria mengusap rambut anak lelakinya yang dipotong kemas itu.

“Sorry ma, sedap sangat” Fakhih menjawab dengan mulut yang penuh dengan durian itu sambil tersengih melihat mamanya yang duduk di salah satu kerusi besi berhadapan dengannya.

“Hana come here. Panas tu. Let Zah and Mat open the durian” Puan Sri Maria memandang ke arah Hana Aishah yang sedang berdiri di tengah panas itu sambil memegang bekas tupperware untuk menyimpan isi durian.

“Wait Aunty. Just a little bit more” Hana Aishah melaungkan suaranya dari jauh.

“You really believe they are as innocent as they claim?” Fakhih yang sudah menghabiskan 5 ulas durian itu sedang menjilat jarinya.

“Ya Allah, tak senonohlah Along ni. Go clean up your hand” Puan Sri Maria menepuk tangan anaknya itu.

“It’s too delicious, can’t stand the temptation. So I’m not sorry” Fakhih yang memang hantu durian sama seperti papanya.

“Mama pun tak tahu Along. You know how your brother is. I’m already thankful enough that he comes back every week for the family dinner. Kalau ikut degil Angah and your papa , mama tak nampak batang hidung dia kot sampai mama meninggal “ muka Puan Sri Maria suram memikirkan anak lelakinya yang seorang itu.

“Sorry ma. Along didnt mean to hurt you but maybe she’s good for him. Mama tengoklah budak tu selamba je lawan balik cakap Angah tu” terlepas tawa Fakhrul mengenangkan bagaimana Hana Aishah memarahi Fakhrul.

“Aunty. Dah siap dah” Hana Aishah menunjukkan dua bekas tupperware besar yang dipegangnya.

“Banyaknya Hana. Sugar rush nanti uncle” terbeliak biji mata Puan Sri Maria melihat dua tupperware yang padat dengan isi durian itu.

“Its ok Aunty. Durian ni Aunty simpan dekat frozen section dalam peti ais. Time nak makan Aunty just let it cool down under room temp and then its as fresh as the one from the pokok” Hana Aishah menerangkan kepada mereka sebagaimana Kapten Azam pernah memberitahunya satu masa dahulu.

“Ye ke? Kalau tak sama macam mana? Apakah girlfriend Angah ini akan lakukan?” Hana Aishah menahan geram kerana asyik diperli Fakhih.

“Kalau tak sama tu sebab abang Mr Fakhrul ni alien tau tak” tajam jelingan Hana Aishah berikan kepada Fakhih. Kemarahan Hana Aishah bertambah - tambah apabila Fakhih menertawakannya.

“Aunty, Hana nak baliklah macam ni” Hana Aishah sudah menarik muncungnya.

“Alah. Sorry ok , Along minta maaf” muka Fakhih yang kemerahan itu dipandang Hana Aishah tapi dia bertambah marah apabila Fakhih kembali menertawakan dia.

“Along ! Along! Along siapa? Bukan Along Hana “ Puan Sri Maria juga merasa lucu melihat muka Hana Aishah yang sudah masam seperti cuka itu.

“Tu muka tu. Muncung tu lawak tau tak. I’m sorry ok” muka Fakhih yang sudah bertukar serius itu dipandang Hana.

“Mana ada muncung”

“Ye lah. Tak muncung. Thanks for the durian” Fakhih tersengih memandang Hana Aishah.

“Untuk Uncle lah not for you” Hana Aishah melabuhkan punggungnya di atas kerusi bersebelahan dengan Puan Sri Maria.

“Tapi Along dah makan. Dihalalkan tak?”

“Halallah. Mana boleh tak halal” Hana Aishah melihat kearah telefonnya.

“Aunty Hana nak tumpang solat and then head back. It’s almost 4. Hana takut jam” Hana Aishah tak sanggup meredah jam menghala balik ke rumahnya nanti.

“Nanti Hana datang lagi. Boleh teman Aunty borak” entah kenapa Puan Sri Maria selesa dengan gadis seorang ini.

“Can but on one condition?”

“Condition?” muka Puan Sri Maria memandang Hana Aishah pelik.

“You got any dirt on Mr Fakhrul that I can blackmail him with?” muka Hana Aishah serius memandang Puan Sri Maria.

“Along ada” Fakhih mengeyitkan matanya.

“Seriously. Can you tell me? Mr Fakhrul tu perfectionist sangat. If ever I know something unperfect about him” muka Hana Aishah bertukar serius kerana dia sedang cuba merangka langkahnya.

“Boleh tapi kita kena kawan lah dulu” muka Fakhih yang serius itu dipandang Hana Aishah.

“Boleh tapi abang Mr Fakhrul tak boleh buli Hana dah. Abang buli , adik buli. Stress tau” Puan Sri Maria menahan tawa melihat muka Hana Aishah yang sudah cemberut itu.

“Boleh tapi kena panggil abang Mr Fakhrul ni Along dulu. Deal or no deal?” Fakhih mengangkat kening sebelah kanannya.

“Alaaa . Boleh lah tapi kena practise dulu. Tounge tie kejap” janji Hana Aishah dapat mengorek cerita tentang Fakhrul yang bajet bagus itu.

“Haih budak dua orang ini. Umur dah tua bangka tapi main kawan - kawan macam budak tadika” Puan Sri Maria menggelengkan kepalanya.

********************************


Hana Aishah tengah berjalan keluar daripada bilik persalinan dewan bedah. Hari ini dia dapat melihat pembedahan tulang belakang. Dia kagum melihat pakarnya Mr Gang yang dapat melakukan pembedahan itu.

“Haih time aku nak makanlah semua manusia nak call” Hana Aishah yang mendengar nada deringan Trampouline yang berkumandang daripada dalam beg tangannya menarik keluar telefonnya.

“Who is this unknown caller? If its scammer , memang siap” geram Hana Aishah kerana sejak kebelakangan ini dia mendapat banyak panggilan telefon daripada scammer.

“Hello , who is this?” suara Hana Aishah kedengaran kasar.

“Garangnya Hana” suara garau itu seperti Hana Aishah sudah biasa dengar.

“Siapa ya ni?” Hana Aishah tak mahu kedengaran lembut kerana dia tak mahu diambil ringan kerana dia perempuan.

“Uncle Fadhil” terkejut Hana Aishah. Nasib baik telefonnya tidak terjatuh.

“Assalamualaikum Hana” lembut suara itu memberi salam.

“Waalaikumussalam Uncle. Sorry Hana ingat scammer tadi” Hana Aishah rasa seperti mahu mengetuk kepalanya.

“Its ok Hana. After this save my number ok” suara Tan Sri Fadhil menertawakan Hana kedengaran di hujung talian itu.

“Sorry uncle. Kenapa uncle call Hana?” pelik pula dia apabila Tan Sri Fadhil menelefonnya.

“Mr Fakhrul is not with me? He didn’t pick up your call ke?” laju Hana Aishah menjawab sebelum sempat Tan Sri Fadhil membalas persoalannya.

“No. I’m actually at the hospital. Hana free tak sekarang?” pertanyaan Tan Sri Fadhil menyebabkan Hana Aishah tercengang sejenak.

“Err Uncle nak jumpa Hana? Where are you right now?” Hana yang sedang menuju ke arah lobi itu menjengukkan kepalanya ke kiri dan kanan mencari kelibat Tan Sri Fadhil.

“Hana” terkejut Hana Aishah apabila dia mendengar suara Tan Sri Fadhil betul - betul di sebelah telinga kirinya.

“Oh mak , terkejut” Hana Aishah memegang dadanya.

“Uncle buat apa dekat sini?” tercengang Hana Aishah melihat Tan Sri Fadhil yang berpakaian lengkap dengan sut biru gelapnya di lobi hospital.

“I want to meet you. Hana free ? Come have lunch with uncle?” lagi tercengang Hana Aishah dibuatnya.

“Emmm , kenapa uncle nak ajak Hana pergi lunch?” Hana Aishah menggaru tudung shawl berwarna kelabu yang terletak kemas di atas kepalanya itu.

“You went to all those troubles to get me durian. I want to treat you for a nice lunch” Tan Sri Fadhil melihat Hana Aishah yang sedang melihat jam tangannya.

“Cannot uncle. Aishah tengah kerja. Kesian uncle datang jauh - jauh but I can’t follow you for lunch but did you have a taste of the durian?” Hana Aishah tidak mahu curi tulang. Walaupun kerjanya sudah habis untuk hari itu tapi masih ada berbaki 4 jam lagi untuk waktu kerjanya habis.

“I did. Tasty just like how I’ve always imagine it. Now is lunch hour right? Hana cannot come for a quick bite with uncle is it?” Tan Sri Fadhil rasa bersalah apabila isterinya menceritakan bagaimana Hana Aishah yang baru habis kerja malam itu datang untuk menghantar durian ke rumah mereka.

“Cannot uncle. Hana HO lagi mana boleh keluar from hospital during working hours” Hana Aishah sememangnya tidak berani untuk keluar makan di luar hospital walaupun dia sudah senior dalam housemanship ini.

“You know what , hold that thought for a second?” Tan Sri Fadhil mengeluarkan telefon bimbitnya dan memanggil seseorang.

“Assalamualaikum Im. It’s me Fadhil. I’m at Hospital Shah Alam now.. No , I’m not here to see you. Do you know one of your junior doctor named Hana ... Yeah . I’m taking her for lunch , I need your clearance” terbeliak biji mata Hana Aishah mendengar panggilan telefon itu.

“Ok , thanks man” Tan Sri Fadhil yang baru meletakkan ganggang telefon itu tersenyum memandang Hana Aishah.

“Alright, uncle ask from your big bos already. He said I can take you for lunch” muka Hana Aishah keliru mendengar berita yang baru di sampaikan oleh Tan Sri Fadhil itu.

“Big bos?” masalahnya semua orang bos Hana Aishah dalam jabatan ini kecuali rakan - rakan housemannya.

“Yes, Dato’ Karim. Come Hana , driver uncle is waiting for us at the lobby “ muka Hana Aishah terus bertukar pucat mendengar nama ketua jabatannya itu.

Share this novel

QUEEN
2021-07-15 21:07:41 

petik durian? blur jap •_•?


NovelPlus Premium

The best ads free experience