Chapter 28

Romance Completed 625623

“Hana. Tudung kau terselak dekat belakang tu” laju tangan Aiman menarik selendang Hana Aishah menutupi lehernya yang terdedah.

“Damn la this shawl” geram Hana Aishah membetulkan kedudukan selendang yang dililit rapi di kepalanya.

“Rimas aku tengok kau pakai shawl ni” mereka yang sedang berjalan - jalan di dalam sebuah mall di Shah Alam itu berhenti sebentar di kiosk kecil yang menjual tudung.

“Kau beli la tudung sarung tu. Aku belanja “ Hana Aishah yang sedang membelek tudung di kedai itu tersengih sampai ke telinga.

“Kau still dalam misi memujuk lah ni” Hana Aishah sudah memaafkan Aiman sejak 2 minggu lepas.

Dia masih ingat bagaimana Aiman yang acap hari memunculkan diri di hadapan Hana Aishah sehingga gadis itu rimas. Waktu makan tengah harinya pasti akan ada bungkusan daripada lelaki itu dengan nota kecil yang memohon maaf.

“Aku kan single sekarang. Mak tak ada. Adik beradik semua lelaki. Aku belanja kau je lah Hana” Hana Aishah masih ingat lagi bagaimana Aiman menceritakan pengalaman hidupnya membesar dengan bapa dan 4 orang abangnya.

Ibu Aiman meninggal selepas melahirkannya , ayahnya tidak berkahwin semula. Cinta lelaki itu terhadap isterinya terlalu dalam sehinggakan dia tidak sanggup menduakan ibu Aiman yang dikahwininya sewaktu usia mereka 18 tahun.

“Alololo. Ciannya baby boo. Come belanja me till you pocket run dry” Hana Aishah membuat muka comelnya sehinggakan jurujual yang sedang melayan mereka itu tersenyum malu.

“Comel la akak dengan abang ni. Cute couple” Aiman yang mendengar itu hanya tersenyum penuh makna memandang Hana Aishah.

“Well actually...” Hana Aishah baru sahaja mahu menerangkan situasi sebenar sebelum Aiman laju memotong.

“Thanks Dik. Doalah insyaAllah hujung tahun ni kitorang kawin” Aiman merapatkan badannya ke sebelah Hana Aishah sebelum memeluk bahu Hana Aishah mesra.

“Comelnya” gadis yang sedang melayan mereka itu kelihatan muda seperti baru berumur belasan tahun. Walaupun nampak belasan tahun tetapi pakaian jurujual itu dengan mekap dimukanya menampakkan kematangan jurujual itu. Tersipu - sipu dia melihat kemesraan pasangan merpati sejoli di hadapannya ini.

“Mengadalah kau ni Man” Hana Aishah mencubit lengan Aiman sehingga lelaki itu menyeringai kesakitan.

“Hana Aishah!” tiba - tiba satu suara garau yang sangat Hana Aishah kenali menegur mereka daripada belakang.

Hana Aishah memalingkan mukanya memandang ke arah Fakhrul yang sedang berdiri dengan muka tegangnya. Lelaki itu yang berkemeja kuning cair dan berseluar slack berwarna biru itu sedang menjeling kearah Hana Aishah seperti mahu ditelannya.

“Mr Fakhrul” Aiman menegur lelaki itu tetapi tiada balasan yang dia dapat. Mata Fakhrul tajam menusuk ke arah Hana Aishah yang sudah kelihatan pucat itu.

“Care to explain?” Aiman memandang ke arah Fakhrul kerana dia bingung mendengar pertanyaan lelaki itu kepada Hana Aishah yang sudah terdiam membisu.

“Sorry Mr Fakhrul but she is not working so her personal time is her right. She don’t need to explain herself to you” Fakhrul memandang ke arah Aiman yang memakai seluar jeans pendek separa lutut dipadankan dengan T - Shirt berwarna merah gelap. Topi yang disarungkan terbalik di kepala lelaki itu dipandangnya sinis.

“She do need to explain herself to me. She can explain the reason to you right Aishah” Fakhrul memerli lelaki yang kelihatan seperti budak tidak matang pakaiannya. Lansung tidak melambangkan kerjaya lelaki itu sebagai seorang doktor.

Mata Aiman berpaling kepada Hana Aishah. Mata Hana Aishah terkebil - kebil memandangnya. Tudung sarung berwarna hitam yang dipegangnya itu digenggam erat sehingga renyuk kain itu.

“Emm ... mmm... thing is ... emm” tergagap - gagap Hana Aishah cuba menerangkan keadaan sebenar kepada Aiman.

Hana Aishah seboleh mungkin mahu merahsiakan tentang agenda Fakhrul daripada pengetahuan staf di hospital.

“Lets go” arahan Fakhrul itu membuat Aiman bengang. Apa hak lelaki itu untuk memaksa Hana Aishah pulang.

“No she won’t. We have a long day ahead of us” Aiman menarik Hana Aishah supaya gadis itu dilindungi badannya. Fakhrul menapak ke depan , tangannya sudah dikepalkan tetapi mukanya masih kelihatan tenang.

“Come here Hana Aishah” suara Fakhrul itu cukup untuk membuatkan Hana Aishah bergerak menghampiri Fakhrul.

“I’ll explain to you later ok” muka Hana Aishah kelihatan sangat sedih. Aiman menarik tangan Hana Aishah sebelum sempat gadis itu melangkah mengikuti Fakhrul.

“Don’t go. You don’t need to. He got no right” pelayan tadi terkejut melihat drama yang sedang berlaku di hadapannya. Beberapa orang yang melepasi kiosk itu turut ikut memandang.

“Let go of her hand. Don’t touch what’s mine” suara Fakhrul sudah mula meninggi. Hana Aishah yang takut peristiwa di butik pengantin hari itu berulang kembali cuba meleraikan pegangan tangan Aiman yang kejap itu.

“Man . Lepas please. Nanti aku call kau. Please” air mata Hana Aishah sudah bergenang. Dia menarik tangannya daripada pegangan Aiman sebelum menarik lengan Fakhrul pergi. Dia tahu semakin lama mereka di situ , Fakhrul akan bertindak lebih ganas daripada yang Hana Aishah pernah lihat.

“2 weeks. 2 freaking weeks Hana Aishah” Hana Aishah hanya menebalkan muka menerima amarah lelaki itu. Sudah 2 minggu Hana Aishah tidak membalas mesej ataupun panggilan lelaki itu.

Awal tadi dia yang menarik Fakhrul pergi sekarang ini Hana Aishah terpaksa mengikuti kelajuan Fakhrul pula. Nasib baik dia memakai seluar jeans hari ini, kalau tidak dia pasti akan tersungkur hendak mengejar lelaki itu.

Mereka memasuki butik Zara. Hana Aishah hanya memasamkan mukanya. Usahanya untuk menarik tangannya daripada Fakhrul sudah lama dimatikan. Pegangan lelaki itu kejap di tangannya.

“Felisha” suara Fakhrul memanggil seseorang. Matanya memandang ke arah Hana Aishah yang sedang meliar melihat sekeliling butik itu.

“Next time don’t wear this kind of blouse” blaus pendek separa punggung yang berwarna krim itu ditenung Fakhrul. Hana Aishah masih tidak melayan Fakhrul. Fakhrul semakin geram dengan perangai Hana Aishah yang tidak mahu melayannya.

“Look at me when I’m talking” tegas suara Fakhrul mengarah sambil tangannya menarik muka Hana Aishah supaya memandangnya. Hana Aishah menjeling ke arah Fakhrul sambil membuat muka tidak bersalahnya.

“Whatever” walaupun suara Hana Aishah perlahan menjawab tetapi cukup kuat untuk telinga Fakhrul menangkap. Hana Aishah menepis tangan kanan Fakhrul yang mencengkam pipinya.

“You ...” belum sempat Fakhrul menghabiskan bicaranya , seorang wanita tinggi lampai memeluk lengan lelaki itu.

“Abang. Where did you go?” manja wanita berkulit putih berhidung mancung itu bertanya. Wajah wanita yang persis pelakon Hollywood itu bertukar masam apabila pelukannya tidak dibalas. Tenungan Fakhrul tajam menusuk ke dalam mata Hana Aishah.

“Lets go” Fakhrul memalingkan mukanya memandang ke arah gadis yang memakai skirt berwarna biru separa lutut yang dipadankan dengan blaus tiada lengan berwarna kuning itu. Tangan Fakhrul masih kejap memegang tangan Hana Aishah.

“Who are you? Why are you holding my abang?” Hana Aishah memandang muka gadis yang dipenuhi dengan mekap tebal itu. Sayang , pasti muka gadis ini lebih cantik tanpa mekap setebal itu.

“I didn’t. He is the one holding my hand. Ask your ‘Abang’ la why he can’t keep his hand to himself?” sengaja Hana Aishah menekankan perkataan ‘abang’ itu. Gadis yang bernama Felisha itu kelihatan marah mendengar jawapan Hana Aishah.

“Ee . So rude. Where did you get this thrash from Abang?” Hana Aishah sudah naik angin apabila mendengar mulut perempuan itu. Ikutkan amarahnya mahu sahaja dia sumbat kasut tinggi gadis itu ke dalam mulutnya.

“Eh. You jaga sikit mulut itu ya. I tak ingin pun lah your ‘Abang’ . Bagi sepuluh juta pun aku tak ingin” jari Hana Aishah sudah menunding ke arah muka wanita itu. Lagaknya seperti dia mahu menyerang kekasih Fakhrul ini.

“I know your kind. Looking at your dress , I can already see how poor you are. Listen here thrash. Our family don’t associate with cheap skates like you” kali ini Hana Aishah sudah mahu naik tangan menampar mulut perempuan di hadapannya ini. Muka sahaja lawa tetapi akhlak ke laut.

“Stop it Aishah” laju Fakhrul menahan Hana Aishah daripada menyerang Felisha. Beberapa pelanggan yang sedang membeli belah di Zara sudah melemparkan pandangan ke arah mereka.

“Eh I pulak. You bagi tau girlfriend you lah suruh jaga sikit mulut itu. Tak pasal - pasal seminggu dia tak payah pakai lipstick sebab ke cili dengan I” suara Hana Aishah sudah meninggi. Kalau Fakhrul rasa dia boleh main tiga di hadapan Hana Aishah , ternyata lelaki itu salah.

“She is not my girlfriend” Fakhrul sudah menahan tawanya melihat Hana Aishah. Muka gadis itu sudah bertukar garang seperti singa kelaparan.

“You jangan cari pasal dengan I Fakhrul. Kalau you takut sangat I tolong bagi tahu uncle and aunty that you have you own choice” Hana Aishah tiba - tiba merasakan ada sinar harapan untuk dia melarikan diri daripada mengahwini pembulinya ini.

“She’s crazy” dengan sekali rentapan Hana Aishah sudah menarik rambut pendek perempuan di hadapannya itu. Rambut yang diwarnakan coklat terang itu terasa licin menyebabkan cengkamannya hampir terlepas.

“Kau nak tengok crazy kan. Meh sini aku tunjuk. Mak bapak kau tak ajar kau beradab ke?” Fakhrul terkejut melihat aksi Hana Aishah itu. Beberapa orang jurujual di kedai itu sudah bergegas ke arah mereka untuk cuba meleraikan pergaduhan itu.

“Hana Aishah . Let go!” Fakhrul menarik Hana Aishah untuk menjauhi Felisha tetapi pegangan Hana Aishah kejap di kepala gadis itu.

“Owww. Abang . Help!” Felisha sudah mengalir air matanya menahan kesakitan kerana rambutnya di tarik. Beberapa orang jurujual cuba melepaskan genggaman Hana Aishah tetapi semakin kuat tangan Hana Aishah menarik.

“She’s my sister damn it. Let go” Fakhrul terpaksa merangkul Hana Aishah agar dapat meleraikan pegangan gadis itu.

“She’s your what?” Hana Aishah sudah keras di dalam rangkulan Fakhrul. Dia melihat ke arah Felisha yang sedang ditenangkan oleh jurujual di situ.

“My sister. Adik. Faham!” Fakhrul meleraikan pelukannya sebelum pergi membantu adiknya. Felisha sudah menangis teresak - esak di bahu abangnya. Rambut gadis itu sudah kusut masai kerana tindakan drastik Hana Aishah tadi. Hana Aishah hanya diam membisu dan menebalkan mukanya apabila melihat beberapa orang yang sudah berkumpul melihat adegannya itu.

**********************************


“Papa jahat. How could you laugh at me. This woman is crazy” Felisha yang sedang berbaring di kerusi malas di ruangan istirihat rumah agam itu sambil kepalanya dituam oleh Mak Zah . Dia membebel melihat papanya yang sudah tergelak besar itu.

“Ya Allah. Ada video tak. Papa nak tengok” Tan Sri Fadhil sedang menekan perutnya yang sakit kerana gelak secara melampau. Dia bergegas pulang selepas mendapat panggilan daripada isterinya yang memberitahu tentang anak bongsunya itu.

“Hana , Hana” Puan Sri Maria turut sama ketawa melihat muka Hana Aishah yang sudah pucat lesi itu.

“Sorry Aunty and Uncle. Hana ingat diorang bercinta. Hana siap offer nak bagi tahu pasal cinta terlarang diorang” Hana Aishah rasa seperti mahu mengetuk kepalanya. Selepas kejadian di butik itu , Fakhrul terus menyeret kedua - dua orang wanita ini ke rumah keluarganya.

“Mak Zah. Tuamlah betul - betul. Sibuk sangat ketawa” Felisha menengking Mak Zah yang sedang menahan tawanya itu. Terus terhenti tawa wanita tua itu.

“Felisha. Kenapa kurang ajar sangat dengan Mak Zah. Apologise now” Hana Aishah menahan tawa melihat muka Felisha yang sudah mencuka apabila dimarahi papanya. Memang patut pun dia menarik rambut adik Fakhrul ini, mulut lansung tiada insuran.

“Bencilah. I hate her. I dont want her in the family” Felisha menolak Mak Zah sambil berdiri bercekak pinggang. Fakhrul yang sedang duduk disebelah Hana Aishah itu lansung tidak memperdulikan amukan adiknya itu.

“I don’t want to marry your brother also. Dia yang nak sangat. Bagilah tahu dia” selamba Hana Aishah membalas. Kakinya sudah bersila di atas sofa lembut berwarna merah itu.

“Mama. You seriously not considering her right. Look at her. She’s not our match. For sure she come from poor family trying to sneak her way to the top” Hana Aishah sudah mengepal tangannya. Fakhrul tetap diam membisu disebelahnya.

“Felisha. Watch your mouth. Mama pun miskin , not your dad’s match but it work right. InsyaAllah this is the best for your brother” Puan Sri Maria serba salah apabila melihat muka Hana Aishah yang sudah masam mencuka itu.

“I don’t care. You’re not marrying him” Felisha menunjukkan jari telunjuknya ke arah Hana Aishah. Kemarahannya masih membuak - buak melihat wanita yang sedang duduk bersila di sebelah abangnya itu.

“You ni, I tarik rambut bukan telinga kan . Kan I dah cakap I tak ingin pun kawin dengan abang kesayangan you ni. And I don’t sneak my way to the top. I work my way to top honey” Hana Aishah cuba mengawal suaranya supaya tidak meninggi, dia masih hormat kedua orang tua Fakhrul.

“Abang, I said no ok. She’s like euwww” Hana Aishah bersyukur kerana kulitnya yang berwarna coklat itu kalau tidak pasti mukanya sudah merah menyala seperti kemarahannya yang sedang membara di dalam dirinya itu.

“I don’t care” Hana Aishah sudah mahu tergelak melihat mata adik Fakhrul yang hampir tersembul keluar kerana terkejut mendengar jawapan abangnya itu. Kakinya dihentakkan ke lantai seperti kanak - kanak yang kecewa tidak dapat gula - gula yang diidaminya.

“Enough Felisha” Tan Sri Fadhil menamatkan amukan anak gadisnya itu. Felisha kembali duduk di kerusi malas yang di duduki tadi. Mukanya mencuka menunjukkan kekecewaannya itu.

“Sorry Hana. Excuse us for her rudeness “ Puan Sri Maria memohon maaf sehingga menyebabkan Hana Aishah merasa serba salah.

“No need to apologise aunty. Hana yang salah main terkam orang. Sorry Felisha. I didn’t mean to do it” Felisha mencemuhkan mukanya apabila Hana Aishah memandang wajahnya untuk memohon maaf.

“Your dad call the other day. I’m so happy Hana” Tan Sri Fadhil masih ingat panggilan telefon yang diterimanya seawal subuh itu. Gembiranya tidak terkata apabila Hana Aishah telah bersetuju menerima pinangan mereka.

“Aunty... eeh apa pula aunty. Mama lah. Mama excited sangat to plan for the wedding” Puan Sri Maria menukar tempat duduknya untuk duduk disebelah Hana Aishah. Dipeluk lembut gadis itu. Hana Aishah hanya tersenyum kelat.

“We need to meet soon. We need to decide on the engagement date and wedding date” Tan Sri Fadhil tersenyum lebar membayangkan majlis perkahwinan anak keduanya itu.

“No engagement. The wedding is in April. I’ve told her parent already ” Tan Sri Fadhil dan Puan Sri Maria tercengang mendengar kata - kata anak lelakinya itu.

“That’s too soon Angah. I don’t mind the engagement but at least give it 6 month” suara Tan Sri Fadhil yang ceria tadi bertukar serius. Hana Aishah melihat bibit - bibit ketegangan yang mula muncul.

“I’ll settle everything. Its my wedding. We do it my way” Hana Aishah tidak menyangka sikap Fakhrul yang tidak memikirkan perasaan orang lain itu turut berlaku di dalam keluarga mereka ini. Puan Sri Maria kelihatan suram mendengar kata - kata Fakhrul itu.

“Angah dah tanya Hana ke? If our feeling doesn’t matter , her feeling matter right?” Fakhrul yang sedang sibuk menaip di telefonnya itu hanya membisu. Hana Aishah sudah memberikan sebakul sumpah seranah kepada lelaki itu.

“Its ok Aunty. Hana ikut je. Mak abah pun mula-mula tak setuju sebab cepat sangat but he wants to arrange everything. Ok lah tu kan. Senang hidup kita semua” Hana Aishah cuba menyedapkan hati kedua - dua orang tua di hadapannya ini.

“Thank you for accepting him. Mama happy sangat” kata - kata itu dibisikkan ke telinga Hana Aishah apabila Puan Sri Maria memeluknya erat. Muka Tan Sri Fadhil nampak kecewa mendengar ayat Fakhrul itu.

“Uncle hari itu tak habis cerita dekat Hana about Dubai” Hana Aishah cuba mengubah topik untuk meredakan suasana. Mata Tan Sri Fadhil masih diarahkan ke arah Fakhrul yang sedang ralit menaip di telefonnya itu.

“Alaa cepatlah Uncle. Hana nak pergi Umrah in 3 weeks time. Nanti transit dekat Dubai 19 hours” laju Hana Aishah melabuhkan punggungnya di sebelah Tan Sri Fadhil. Kasihan dia melihat lelaki itu. Kecewa sungguh dia dengan sikap Fakhrul yang lansung tidak mengendahkan kedua ibu bapanya.

“Tak cakap pun dekat uncle. Hana pergi one family ke?” Fakhrul yang sejak tadi sedang menaip mesej di telefonnya itu mengangkat mukanya apabila mendengar rencana Hana Aishah itu.

“Last minute plan Uncle. Hana pergi dengan Alif” Hana Aishah tersenyum lebar. Dia masih ingat perbualan Facetime dengan Alif Haziq seminggu yang lepas. Dia cuba menyembunyikan kesedihannya tetapi Alif Haziq yang dapat menangkap perubahan sikap Hana Aishah itu terus mencadangkan mereka pergi melancong.

“Alif is your brother right. Studying in Harvard if I’m not mistaken” Tan Sri Fadhil masih ingat perbualannya dengan Kapten Azam. Lelaki itu nampak bangga menceritakan tentang anak bujangnya itu.

“Yup. Cepatlah Uncle. That day Aunty told me you travelled to Dubai frequently right. I need to do itinerary for 19 hours in Dubai” Hana Aishah tidak dapat menyembunyikan keterujaannya itu.

Fakhrul yang sejak tadi memerhatikan Hana Aishah itu , tidak dapat mengalihkan pandangannya daripada muka gadis itu yang sedang tekun mendengar cadangan - cadangan papanya itu.

“Tenung macam nak telan. Itulah nak kawin cepat tu” Mak Zah yang sedang menuam kepala Felisha itu tersengih sendirian. Puan Sri Maria yang mendengar komen Mak Zah tergelak sama.

Dia sudah terbiasa dengan perangai Fakhrul yang tidak pernah memperdulikan perasaan mereka itu tetapi rasa kecewa itu tetap bertandang tiba apabila anak lelaki itu terus - terusan tidak menghormati mereka sebagai ibu bapa apabila membuat keputusan.

Puan Sri Maria masih ingat apabila Fakhrul membuat keputusan untuk menyambung pelajarannya , sepatah tidak diucap anak lelakinya itu. Dia mengetahui tentang rencana anaknya itu apabila anaknya berangkat pergi ke US. Terkejut mereka sekeluarga melihat Fakhrul yang sudah bersiap untuk berangkat ke lapangan terbang itu.

Puan Sri Maria berdoa semoga anaknya itu akan berubah apabila sudah berumah tangga nanti. Hatinya kuat mengatakan Hana Aishah dapat melembutkan hati anaknya yang sudah lama keras itu.

“I will make sure she didn’t become you wife Abang. I swear” kata - kata hati Felisha berjanji apabila melihat kemesraan Hana Aishah dengan kedua ibu bapanya. Hatinya bertambah membara apabila melihat abangnya yang sejak dari tadi memandang Hana Aishah dengan satu pandangan yang tidak pernah dilihatnya.

Felisha perlu berbuat sesuatu dengan segera. Raut wajahnya yang mirip nendanya , Tengku Belinda Pauline diusapnya. Matanya memandang ke arah Mak Zah yang turut menfokuskan matanya kearah Hana Aishah yang sedang rancak berbual dengan papanya itu walaupun tangan wanita separuh abad itu masih menuam kepalanya.

“Dah lah Mak Zah ni. Buat kerja pun tak betul” Felisha membentak dan menolak tangan wanita yang sudah kasar kerana kerjanya sebagai pambantu rumah itu. Felisha cuba menarik perhatian mereka dengan amukannya itu tetapi tiada siapa melayannya. Ibunya sudah turut ikut berbual dengan papanya dan perempuan perampas itu.

Kakinya laju menaiki tangga menuju ke biliknya. Pintu kayu jati itu dihempas kuat. Biliknya yang bertemakan kuning dan biru itu dimasukinya. Kepalanya ligat memikirkan cara untuk menyingkirkan Hana Aishah.

“Yes. I know it” laju tangannya mendail nombor telefon seseorang yang dia pasti akan membantunya. Felisha mundar mandir di dalam biliknya sambil menanti panggilannya dijawab.

“Kak Puteri. Felish here. I got news” Felisha sudah mengukir senyuman jahatnya apabila mendengar amukan gadis dihujung talian itu. Rencananya akan berjaya.

*************************************


“Thanks” Hana Aishah yang sedang membuka tali pinggang keledar itu terhenti apabila Fakhrul menghalang pergerakan tangan kanannya itu.

“You didn’t tell me you’re going for Umrah. That’s 2 weeks away from the wedding” Fakhrul memandang ke arah gadis itu. Keadaan gelap di dalam kereta BMW itu yang hanya disuluhi oleh lampu jalan itu menerangi wajah Hana Aishah. Kulitnya kelihatan bersih.

Hana Aishah sempat menunaikan solat isyak berjemaah sebelum makan malam bersama dengan keluarga Fakhrul. Felisha lansung tidak memunculkan dirinya. Di masih ingat erat pelukan Puan Sri Maria sewaktu dia mahu pulang.

“It was a last minute plan” Hana Aishah menarik lengannya daripada pegangan Fakhrul.

“Arrange next Thursday for your off day. We have meeting with the wedding planner” Fakhrul menghalakan pandangannya ke arah rumah Hana Aishah yang terang benderang itu. Mungkin ibu bapa Hana Aishah belum tidur menanti kepulangan anak gadisnya itu.

“We’ll see” Hana Aishah tidak ada hati untuk membincangkan tentang perkahwinan yang tidak dinantikannya itu.

“Next Thursday off. Don’t test me Aishah” Hana Aishah hanya diam membatu di sebelah Fakhrul. Kedengaran bunyi cengkerik membelah kesunyian yang menyelubungi mereka itu.

“We haven’t talk about earlier today” Hana Aishah masih diam membisu. Dia tidak mahu memperjelaskan dirinya kerana dia tidak melakukan apa - apa kesalahan.

“Inform me if you’re going out with anyone. No more going out with guy friends. If I see anyone touching you especially him trust me I’m not letting him go” walaupun muka Hana Aishah kelihatan tenang tetapi jantungnya seperti mahu terkeluar. Ketakutannya kembali apabila Fakhrul menunjukkan sikap obsesnya ini.

“Understand” perlahan - lahan Hana Aishah menganggukkan kepalanya. Dia tidak mahu berlama - lama di dalam kereta ini. Berada di samping lelaki ini membuatkannya takut.

“You can go now but reply me when I text you and pick my call” laju Hana Aishah melarikan diri untuk keluar daripada kereta itu. Perasaan klaustraphobia menyelubungi dirinya apabila dia berada di dalam kereta itu bersama Fakhrul.

“By the way, you look hot when you’re angry and jealous. Good night fiancée” Hana Aishah sempat menangkap ayat yang keluar daripada lelaki itu apabila dia keluar daripada kereta BMW itu. Langkahnya dipercepatkan untuk masuk ke dalam rumah banglo dua tingkat itu.

“Send my regards to your parents” Fakhrul sudah tersenyum simpul melihat langkah Hana Aishah yang sudah berjalan laju itu. Perasaan tenang muncul di dalam hatinya. Perasaan itu sangat aneh untuk dirinya kerana jarang sekali ia bertandang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience