Chapter 34

Romance Completed 625623

Jantung Hana Aishah berdegup kencang. Lecun badannya dengan peluh. Dia dapat rasakan bahagian bawah lengan bajunya yang sudah basah.

Kakinya sejak dari tadi tidak duduk diam. Sekejap disilangkan kakinya , sekejap dijulurkan. Kuku tangannya sudah habis digigit.

“Ya Allah. Cepatlah” hatinya membisikkan doa itu. Ketakutannya berganda dalam setiap saat yang berlalu.

“Kak. Kat sini ke flight nak pegi Moscow?” satu suara lembut bertanya. Hana Aishah memalingkan muka memandang ke arah pemilik suara itu.

Seorang gadis muda memakai baju kurung berwarna hitam bercorak geometri sedang berdiri di hadapannya. Gadis yang kelihatan seperti berumur dalam lingkungan awal dua puluhan itu kelihatan tercungap - cungap dengan dua beg bagasi sederhana besar.

“Kak?” gadis itu memandangnya bingung. Mungkin pelik melihat Hana Aishah yang menenungnya tanpa sebarang bicara.

“Huh?” Hana Aishah menggaru kepalanya bingung. Ketakutannya membuatkan dirinya alpa dengan keadaan sekeliling.

“Emmm. Tak pe lah kak. Saya tanya orang lain” gadis itu mula menarik bagasinya pergi meninggalkan Hana Aishah yang sedang duduk di barisan yang membelakangkan l landasan kapal terbang di KLIA 2 itu.

“Awak” panggilan Hana Aishah itu menyebabkan gadis yang sudah mula menarik bagasinya pergi itu terhenti dan berpaling.

“Emm. Gate ni untuk flight to Frankfurt. Transit at Doha” Hana Aishah memberikan senyuman pendek ke arah gadis itu yang menundukkan kepalanya tanda terima kasih sebelum berlalu pergi.

“Ya Allah, lambatnya” sebuah keluhan berat dilepaskan Hana Aishah. Tangannya memandang ke arah jam tangan Apple nya itu. Jam menunjukkan pukul 12.50 malam. Sepatutnya pukul 12.30 tadi kapal terbangnya berlepas tetapi kerana masalah teknikal mereka terpaksa menanti.

Akhirnya selepas 20 minit lagi menunggu , pengumuman yang Hana Aishah nantikan tiba. Kelam kabut Hana Aishah beratur untuk naik ke dalam kapal terbang itu.

Matanya meliar memandang sekeliling bimbang sesiapa mengenalinya di situ. Perkara paling jahat yang pernah dia lakukan sepanjang hidupnya.

“Boarding pass please mam” ceria suara pramugari yang memakai pakaian seragam Qatar Airlines menegurnya. Hana Aishah menghulurkan pas penerbangannya.

“Alright. Hana Aishah binti Azam , flight to Frankfurt and will transit at Doha. Here you go mam. Enjoy your flight “ terketar - ketar tangan Hana Aishah mengambil pas penerbangan itu.

Hana Aishah teragak - agak untuk melangkah masuk ke dalam laluan menuju ke dalam pesawat Qatar Airlines itu. Kakinya kejap jambatan yang menghubungkan pintu masuk lapangan terbang ke pintu masuk kapal terbang.

Dihadapannya dia terbayang wajah Teacher Basirah yang sedang menangis di sebelah jenazah di ruang tamu rumah mereka. Matanya tua yang merah itu memandang ke arah Hana Aishah pilu.

“Sampai hati adik buat mak abah macam ni. Malu mak abah bila adik lari waktu hari nikah. You killed you abah” mendengar raungan Teacher Basirah yang memakai jubah serba putih itu membuatkan Hana Aishah mengalihkan pandangannya ke arah jenazah yang dikafankan itu.

Perlahan - lahan kain yang menutupi muka jenazah itu diselak. Air matanya gugur apabila melihat muka Kapten Azam yang pucat berada di pembaringan itu. Tubuhnya terasa berada di awangan.

Hana Aishah dapat merasakan bahunya digoncangkan tetapi badannya kaku. Mulutnya membisu walaupun di saat itu dia mahu meraung kuat. Keputusannya untuk melarikan diri daripada rumahnya di waktu dinihari hari pernikahannya telah meragut nyawa Kapten Azam.

Diwaktu itu badannya seperti terkena kejutan elektrik apabila mukanya seperti disimbah air sejuk. Tangannya diangkat dan mukanya diraba. Basah.

“Kak dik” sayup Hana Aishah mendengar satu suara garau memanggilnya. Bahunya bergerak - gerak akibat goncangan seperti tadi.

Perlahan - lahan matanya dibuka. Cahaya silau menyakitkan matanya menyebabkan dia menutup kembali kelopak matanya. Selepas beberapa saat perlahan - lahan matanya dibuka kembali.

“Adik” Hana Aishah melihat kearah Teacher Basirah yang sedang duduk di tepi katilnya. Terus badannya ditegakkan daripada pembaringan dan dia melihat Teacher Basirah pelik.

“Mak. Kenapa mak pakai baju ni? Kenapa mak tak pakai tudung? Kenapa mak tak nangis ?” bertalu - talu suara serak Hana Aishah bertanya penuh curiga. Dia pelik melihat Teacher Basirah yang memakai baju tidur kelawar dan dengan rambutnya disanggul tinggi itu. Kemana pergi jubah putih dan kenapa muka ibunya itu memandangnya pelik bukan sedih seperti tadi?

“Astaghfirullah Hana Aishah. Adik mimpi apa? Sampai menangis - nangis si Alif dengan Achik cakap” bebelan Teacher Basirah itu membuatkan Hana Aishah mengalihkan pandangannya ke sekitar bilik.

Alif Haziq yang memakai seluar pendeknya dan baju T - shirt pagoda sedang berdiri memegang satu baldi di tangannya. Hana Aqilah yang memakai baju tidur satin bercorak bintang dan bulan sedang berdiri di sebelah adiknya. Kesemua mereka berada di dalam bilik tidur Hana Aqilah dan memandang ke arah Hana Aishah pelik.

“Errr . Adik dekat rumah ke ni?” Hana Aishah bertanya curiga sambil menggaru kepalanya.

“Kenapa kepala adik basah?” Hana Aishah meraba - raba rambutnya yang basah itu.

“Kak dik. Ya Allah menakutkan orang. Yang Kak dik meraung dalam tidur tu kenapa?” suara Hana Aqilah kelihatan lega sambil dia melabuhkan punggung di sebelah Hana Aishah.

“Huh? Meraung?” Hana Aishah betul - betul bingung.

“Yes, you were crying like somebody died and didn’t woke up so I got scared and throw water on your face” geram Alif Haziq melihat kakaknya yang kelihatan blur itu.

Malam semalam , mereka bertiga berborak sakan sampai masing - masing tertidur di atas katil Hana Aqilah. Tiba - tiba Hana Aishah yang tidur diapit Alif Haziq dan Hana Aqilah itu meraung di dalam tidurnya sambil menampar - nampar Hana Aqilah di tepinya itu.

Alif Haziq yang terkejut itu cuba membangunkan kakaknya itu tetapi gagal. Oleh itu dia mengambil air di dalam baldi di bilik air Hana Aqilah dan menjiruskan ke muka Hana Aishah.

“Mati? Mak ! Abah mana mak?” suara Hana Aishah cemas bertanya sambil dia meloncat turun katil.

“Lailahaillallah . Hana Aishah awak nak terbang pegi mana tu” sebelum sempat Hana Aishah membuka langkah besarnya itu tangannya sudah di tarik Teacher Basirah.

“Abah mak. Tadi abah meninggal “ air mata Hana Aishah sudah mula bertakung di kelopak matanya. Kalau betul Kapten Azam meninggal kerana perbuatannya melarikan diri daripada rumah , Hana Aishah akan menyesal sepanjang hidupnya.

“Astaghfirullahalazim. Mana ada abah meninggal, elok je tidur dalam bilik tu. Tadi Achik kejut mak sebab adik meracau. Adik ni kenapa?” Teacher Basirah sudah mengurut - urut kepalanya yang sudah mula berdenyut itu.

“Tadi adik mimpi la kot. Mak nangis marah adik sebab adik buat abah meninggal “ Hana Aishah membaringkan badannya sambil memandang siling. Dadanya diurut lega.

“Kenapa pulak abah nak meninggal sebab adik? Adik buat apa?” pertanyaan Teacher Basirah itu dibiarkan sepi.

“Ya Allah Kak dik ni. Orang dah lah mengantuk boleh pulak dia terpekik tengah pagi buat” Alif Haziq membalingkan sebuah bantal ke muka Hana Aishah.

“Adik? Dah kenapa senyap. Mak dah lah tak cukup tidur . Esok adik nak nikah and so many thing is pending” bebel Teacher Basirah sambil menepuk paha anak daranya itu.

“Tak da apalah mak. Adik mimpi buruk je tu. Mak pegilah tidur” Hana Aishah membangunkan dirinya untuk bersandar di kepala katil tetapi membatalkan niatnya kerana kawasan situ sudah basah.

“Ee basah” Hana Aishah menepuk baju tidurnya yang sudah basah itu.

“Alif lah ni. Sekarang nak tidur mana?” Hana Aqilah menggosok matanya mengantuk. Dia membaringkan kepalanya di paha Teacher Basirah.

“Apa pulak Alif. Kak dik yang hysterical ok. I got scared. Tidur bilik Kak dik lah. Bilik Alif full with the boys” Alif Haziq membayangkan biliknya yang penuh dengan sepupu lelakinya.

“Nobody is touching that room. Penat Kak Wa korang hias bilik tu. Anyway why all of you sleeping in the same room?” Teacher Basirah memberi amaran awal.

“We got carried away talking. Omaigod what time is it? Mak , kak dik kawin hari ni lah bukan esok” Hana Aqilah yang melihat jam di telefonnya itu kedengaran cemas.

“Dah pukul 3.45 pagi. Ya Allah. Dah ambik barang tidur bilik mak abah” ketiga - tiga beradik itu mengangkat punggung mereka dan menuju ke bilik ibu bapa mereka di tingkat bawah.

“Ya Allah, dah macam dekat kem pelarian” Hana Aqilah berbisik lucu melihat saudara maranya yang memenuhi setiap ruang di tingkat bawah rumah mereka.

“Mulut tu” Teacher Basirah mencubit lengan anak dara bongsunya itu. Hana Aqilah menarik muka masam manakala Alif Haziq menjelirkan lidahnya.

“Basirah? Sapa itu?” Kapten Azam yang terjaga daripada tidurnya itu akibat Teacher Basirah membuka lampu bilik itu bertanya bingung.

“Anak - anak abahlah ni. Sorang tu meracau lepastu ni dua orang ni simbah air dekat muka bakal pengantin tu” Kapten Azam hanya mampu menggelengkan kepalanya melihat ketiga - tiga anaknya yang sudah menundukkan wajah mereka kerana dimarahi isterinya.

“Abah tidur bawah dengan Alif. We girls will sleep on the bed. Alif pull out the toto from the closet” mendengar arahan ibunya itu , cepat kesemua mereka bekerja kerana tidak mahu dimarahi.

“Baca ayat kursi adik lepas tu tidur” Hana Aishah menganggukkan kepalanya sebelum memeluk badan ibunya dan cuba melelapkan matanya.

Mimpi tadi berlegar di mindanya. Apa maksud mimpi itu? Kenapa dia mimpi dia melarikan diri? Betul ke kalau dia buat sesuatu untuk menghentikan perkahwinan ini, orang yang paling dia sayang akan menerima akibatnya.

Dia teringat pertemuannya dengan dua wanita dua hari lepas.

**********************************

“Adik , don’t forget ok. Alif will send you off tonight for your oncall and I’ll pick you up tomorrow when your shift finish” Hana Aishah menganggukkan kepalanya mendengar bebelan kakaknya.

Hana Aishah sedang berbaring di pagi hari Khamis di atas katilnya itu mengenangkan Bachelorette Party yang Sakinah anjurkan semalam untuknya. Kegembiraannya tidak terkata membayangkan masa - masa yang dihabiskan dengan teman - temannya.

“Akak tak faham lah, why did they give you night shift on your wedding eve? So difficult to get leave. Adik quit je lah after marriage “ Hana Aishah terjaga daripada lamunannya apabila mendengar rengusan kakaknya itu.

“We’re shorthand kak. Tak pe lah. Dia bagi a week leaves tu pun adik dah thankful. Dapat rehat. And I will never quit ok, I got so many dreams to achieve” Hana Aishah mengubah posisinya untuk duduk bersandar di kepala katil.

“Whatever Dik. We got so many itinerary for tomorrow. Full body Spa , your hair appointment, meni pedi and some last minute shoppings for your honeymoon “ Hana Aishah mengeluh panjang mendengar jadualnya untuk hari esok.

“Don’t worry , Adik tidur je. Me and Achik will do the driving. We need to fix your body before wedding night ok. So much pressure” Hana Aishah membuat muka loya mendengar ayat kakaknya itu tetapi dia lebih tahu untuk tidak bersuara. Tidak sanggup dia mendengar bebelan kakaknya itu.

Selepas berborak atau lebih tepat mendengar luahan kakaknya tentang betapa sibuknya Hana Azuwa kerana perkahwinan Hana Aishah selama hampir 30 minit akhirnya Hana Azuwa mematikan talian. Itupun nasibnya baik kerana Warieth menangis mahukan susu.

“Ya Allah. Hari - hari terakhir seorang wanita bernama Hana Aishah” keluh Hana Aishah berat sambil memandang dinding di biliknya. Kalau ikut perkiraan , malam ini kakaknya akan mula bermalam di rumah keluarga mereka dan mula menghiasi bilik Hana Aishah.

“Bye bye my pinkie Totally Spies room. Warna apalah Kak Wa nak cat bilik aku” sedih Hana Aishah membayangkan keadaan biliknya nanti.

Lamunan Hana Aishah terhenti apabila telefonnya berbunyi menandakan notifikasi yang masuk. Tangannya membuka whatsapp daripada nombor yang tidak dikenali.

~Come to Mandarin Oriental Lounge if you don’t want this pictures leaked into the media. ~ unknown


Tergamam Hana Aishah melihat gambar - gambar yang menyebabkan dia dan Fakhrul di panggil ke pejabat pengarah hari itu. Gambar yang menjadi punca dia takut untuk melawan arahan Fakhrul.


~ Who is this? How did you get the pictures?~ Hana Aishah


Selepas beberapa minit tanpa balasan Hana Aishah bergegas ke almari bajunya sebelum bersiap untuk ke hotel tersebut. Dia terpaksa mencipta alasan supaya Kapten Azam dan Teacher Basirah membenarkannya keluar. Nasib baik Alif Haziq tiada di rumah jadi dia dapat memandu sendiri.

Tepat jam 11.20 pagi Hana Aishah sampai di Mandari Oriental Lounge. Dia memandu dengan lajunya supaya sampai secepat mungkin . Matanya acap kali memandang ke arah telefonnya mengharapkan manusia yang menghantar pesanan itu membalas mesejnya.

Hatinya berdegup kencang masuk ke dalam bar tersebut. Bar yang tidak ramai orang itu walaupun kelihatan eksklusif, bau arak yang berada di udara menyesakkan hidung Hana Aishah. Matanya meliar mencari gerangan manusia yang dia tidak ketahui itu.

“Excuse me, I’m suppose to meet someone here. I’m Hana Aishah” akhirnya Hana Aishah menggerakkan kakinya ke arah kaunter bar tersebut dan bertanya kepada pelayan lelaki yang berbadan sasa itu.

“You’re sure it’s suppose to be here” mata lelaki itu memandangnya atas bawah. Hana Aishah dapat melihat tatu berbentuk naga yang meliar di leher lelaki itu.

“Yeah. I got a text” Hana Aishah mengeluarkan telefon bimbitnya dan menunjukkan pesanan whatsapp tadi. Lelaki itu menganggukkan kepalanya sebelum meninggalkan Hana Aishah terpinga - pinga di situ.

Beberapa orang pelanggan yang sedang berborak memandang ke arah Hana Aishah. Memang pelik pun melihat kepada pakaian Hana Aishah. Dia menyarungkan jubah hitamnya dan tudung Bokittanya kerana mahu bergegas keluar tadi.

“Excuse me Miss Hana. Please follow me” lelaki tadi kembali bersama seorang wanita berketurunan India yang memakai sebuah gaun berwarna merah hati dan blazer hitam. Gaun yang mengikut badan itu hanya separas bawah punggung.

Hana Aishah di bawa menaiki tangga menuju ke ruangan atas bar itu. Waktu itu , dia betul - betul mahu melarikan diri tetapi semakin dia menghampiri sebuah ruangan tertutup itu , rasa takutnya diganti dengan perasaan marah.

“What the hell Felisha?” tengkingan Hana Aishah itu mengejutkan pelayang wanita yang membawanya ke situ.

“Well , well , well. Who do we have here?” Felisha yang sedang menghirup minuman daripada gelas bentuk Flute itu memandangnya sinis. Di sebelah Felisha seorang lagi gadis yang kelihatan seiras dengan Felisha hanya menundukkan wajahnya.

“You’re too much you know that. I could’ve got into accident because of your text?” Hana Aishah sudah tidak kisah siapapun yang mendengar tengkingannya itu.

“If you die then our job would be easier?” gadis yang sejak tadi berdiam diri berbicara. Dia mengangkat mukanya memandang ke arah Hana Aishah.

“Kak Puteri I told you about this tramp right. I bet she use these photos to blackmail abang into marrying her” Hana Aishah melihat kedua - dua orang gadis dihadapannya seperti singa yang kelaparan.

Mereka sedang duduk di atas sofa berbentuk bulat yang mempunyia meja di tengah. Kawasan di dalam bar itu secara keseluruhannya adalah gelap dan hanya diterangi dengan cahaya lamput oren.

Daripada tempat mereka , pentas tarian di bahagian bawah itu jelas kelihatan. Sepasang pasangan sedang menari perlahan diiringi dengan musik romantik yang sedang dimainkan.

Hana Aishah menjelingkan matanya memandang ke arah Felisha yang berpakaian sangat seksi itu. Dia tidak tahu apa jenis minuman yang sedap dihirupnya itu tetapi dia berdoa agar ianya bukan kencing syaitan.

Felisha memakai gaun tanpa lengan separas bawah punggung. Bahagian bahu terdedah manakal lurah payudaranya amat jelas kelihatan kerana gaun yang melekap ke badannya itu kelihatan sikit lagi hendak melurut.

Gadis di tepinya pula itu tiada kurangnya. Walaupun gaun yang dipakainya itu longgar tetapi bahagian sisi gaun itu terdedah menunjukkan sisi payudara gadis itu. Hana Aishah mengucap panjang melihat botol wine yang diambil gadis itu sebelum diisi kedalam gelas di hadapannya.

“Come have a drink dear. You look rather in distress. Loosen up abit” waktu itu Hana Aishah menggunakan segala kudrat yang dia ada untuk tidak menampar kedua - dua orang gadis itu.

Hana Aishah mengambil iPhonenya daripada sisi kanan poket di jubahnya itu. Tangannya dengan pantas menekan nombor telefon yang dipanggilnya sebentar tadi sebelum dia bergerak keluar daripada rumah.

“Where are you? Hmm. I’m at second floor and turn towards your left” Hana Aishah mematikan telefonnya selepas memaklumkan keberadaannya.

“Delete those photos from your phone and do ever dare to blackmail me with the pictures” ketegasan Hana Aishah itu hanya di balas dengan tawa kedua dua orang gadis itu.

“Excuse me you slut. You don’t get to blackmail me. I got the pictures hence I have the upper hand. So you listen to us” Felisha sudah berdiri dan menonjol kepala Hana Aishah yang berada di hadapannya itu.

“Cancel the wedding or this picture will be all over the news tomorrow. Tell you family their plan to sneak into our family doesn’t work” gadis yang berada di sebelah Felisha itu menyilangkan kakinya dan menghirup wine yang dituangkannya tadi.

“Kurang ajar punya perempuan. Kau ingat aku nak ke kawin dengan mamat tu. Kau nak sangat ambiklah “ kemarahan Hana Aishah sudah sampai ke kemuncaknya.

Sebelum dia sempat hendak menerkam kedua - dua orang perempuan di hadapannya itu, dia dipeluk daripada belakang dan secara refleks tangannya melayang menampar muka orang yang berani memeluknya itu.

“Hana Aishah” suara itu cukup untuk menghentikan pergerakan Hana Aishah dan menghapuskan senyuman di bibir kedua - dua orang gadis yang dioles oleh lipstick tebal.

“Let go” suara Hana Aishah kedengaran tegang. Pelahan - lahan tangan Fakhrul direnggangkan dan dia menarik Hana Aishah untuk berdiri disebelahnya. Muka kedua - dua orang manusia yang sombong di hadapannya itu terus bertukar pucat melihat muka Fakhrul.

“Go home” 2 perkataan itu cukup untuk membuatkan Felisha mengambil tas tangannya dan mencicit keluar.

“Fakhrul” manja gadis yang lagi seorang itu memanggil. Panas telinga Hana Aishah mendengar.

“What is going on Puteri?” suara Fakhrul bertanya tanpa perasaan.

“I know what this bitch did. She blackmail you into marrying her so I got the pictures already. We’ll just show this to Uncle Long” bersungguh - sungguh gadis itu menerangkan kepada Fakhrul.

“I want you to delete whatever pictures you have and if I know that this pictures got leaked anywhere then you know me better than to do what I don’t like” nada Fakhrul yang selamba itu membuatkan Hana Aishah juga bingung sebentar. Dia baru lepas mengugut gadis yang bernama Puteri ini ke?

“But you don’t want to marry her right?” tindakan Puteri yang memeluk lengan Fakhrul mengejutkan Hana Aishah tetapi Fakhrul masih bersahaja.

“None of your business. Do not contact my wife again” Fakhrul menarik tangan Hana Aishah pergi dan keluar daripada bar itu.

“Thank for coming. I’ll make my way home” Hana Aishah menarik tangannya daripada pegangan Fakhrul tetapi lelaki itu lebih pantas menariknya menuju ke pintu keluar lobi.

“You’re coming with me” ayat Fakhrul memanaskan hati Hana Aishah yang sudah sedia panas itu.

“Jangan cari pasal dengan saya Mr Fakhrul. I’m not in the mood. I came with my car so I’m going back with my car” kata - kata Hana Aishah itu tidak diendahkan. Hana Aishah ditarik ke kereta BMW yang di letakkan di lobi hospital.

“Let go of me” tengkingan Hana Aishah bergema di lobi itu. Beberapa mata mula memandang. Dia cuba merentap tangannya tetapi pegangan Fakhrul kejap.

“Get inside the car before...” kata - kata Fakhrul itu dibalas dengan tawa sinis Hana Aishah.

“Apa lagi yang kau orang nak buat. Aku tak kisah dah. You and your family are the same. I don’t want this marriage anymore and I dont give a damn what will happen if I cancelled it?” Hana Aishah sudah tidak kisah siapa yang melihat amukannya itu.

“I’m telling you 1 more time. Get inside the car now” Hana Aishah tidak mengendahkan amarah Fakhrul dan terus - terusan cuba menarik tangannya yang sudah mula berdenyut kerana cengkaman kuat Fakhrul.

“Fine, you’re asking for it. Get the door” Hana Aishah tidak sempat melihat siapa yang gerangan manusia yang Fakhrul sedang bercakap kepada , tiba - tiba tubuhnya sudah melayang.

“Aaahhh” Hana Aishah menjerit apabila dunianya terasa berpusing sebelum badannya disumbat ke dalam kereta dan sepantas kilat pintu kereta itu ditutup rapat.

“Open the door! Bukaklah!” Hana Aishah menjerit - jerit sambil memukul lengan Fakhrul yang sedang memandu kereta BMW itu.

Fakhrul hanya membiarkan Hana Aishah mengamuk sehingga gadis itu keletihan. Dia dapat mendengar esakan Hana Aishah disebelahnya.

“Saya tak nak kawin dengan Mr Fakhrul. Its not the right thing to do. Please just let me go” Hana Aishah masih dengan esakannya. Fakhrul pula hanya mendiamkan diri.

“We ... emm .. we don’t come from the same circle. What I saw today scares me the most. She was drinking alcohol. Astaghfirullah. Did you drink also ? You didn’t say anything like it was so normal. I cannot do this anymore” perkara paling menakutkannya apabila melihat Fakhrul yang seperti tidak terkejut melihat adiknya di situ. Seperti itu adalah kebiasaan mereka.

“You’re done?” suara Fakhrul memecahkan kesunyian mereka selepas luahan Hana Aishah itu.

“I want you so I get you. I don’t care what people want or don’t want. What other people do is none of my business” ayat Fakhrul itu seperti hukuman tali gantung untuk Hana Aishah.

***********************************


Tangan Hana Aishah sejuk seperti ais. Tangannya yang dihiasi dengan Henna itu digosok untuk memanaskan tangannya.

“He’s here” Hana Aqilah yang sedang mengintai daripada jendela bilik Hana Aishah itu meloncat - loncat keterujaan.

“Achik. Mind your attitude” Hana Azuwa yang sedang mengendong Warieth itu menjeling adik perempuan bongsunya itu.

“You’re so beautiful Adik” mata Hana Azuwa sudah berair memandang ke arah Hana Aishah yang lengkap dengan busana pengantinnya.

Gaun pengantin berwarna Champagne diperbuat daripada Fabrik les daripada Perancis itu kelihatan anggun ditubuh Hana Aishah. Gaun berbentuk mermaid itu kelihatan sangat eksklusif dan anggun dipadankan dengan leretan.

Muka Hana Aishah disolek oleh kawan baik kakaknya yang merupakan juru mekap artis yang sedang menempah nama. Kak Fiza memang terkenal dengan solekannya yang dapat mengekalkan keaslian wajah empunya badan.

Selendang sifon berwarna champagne itu dililit kemas. Walaupun selendang itu kosong tetapi veil yang dipinkan di sanggul Hana Aishah dan tiara yang bersaiz kecil itu menampakkan gaya elegan yang Hana Azuwa inginkan.

Pintu bilik Hana Aishah dibuka. Wajah gembira Teacher Basirah muncul.

“Cantiknya anak mak. Subhanallah” satu ciuman hangat diberikan ibunya. Hana Aishah menahan air matanya daripada gugur.

“Adik dah solat asar?” hati Teacher Basirah dipangguk sayu memikirkan anaknya yang bakal bertukar tangan ini. Hana Aishah menganggukkan kepalanya. Suaranya tidak terkeluar.

“Ingat pesan mak. Lepas ni suami nombor satu. Bukan mak , bukan abah. Mak dah bagi yang terbaik untuk besarkan adik selama 27 tahun ni. Walaupun tanggungjawab mak abah dah bertukar tangan tapi doa mak abah sentiasa ada dengan adik” Teacher Basirah menggenggam erat tangan Hana Aishah.

“Mak. Don’t ruin her make up. Come lets go get this ceremony starting” Hana Azuwa tahu adiknya itu sedang menanti masa untuk mengalirkan air matanya.

Semenjak pagi tadi Hana Aishah hanya mendiamkan dirinya. Sanak saudaranya hanya dibalas dengan senyuman hambar. Semakin menjelang petang semakin tidak keruan hatinya. Mimpi pagi tadi dan perjumpaan terakhir Hana Aishah dengan adik Fakhrul menggusarkan hatinya.

“Jom” ajakan ibunya itu hanya dibiarkan sepi. Diangkat punggungnya ke bawah dengan berhati - hati.

Sesampai Hana Aishah di anak tangga paling hujung , matanya lansung tidak diangkat. Dia tahu ruang tamu rumahnya itu penuh dengan manusia tetapi hatinya terlalu pedih untuk melalui saat itu.

Punggungnya dilabuhkan di atas pelamin yang menghiasi ruang tamu rumahnya. Satu perkara yang dia syukuri apabila dia meminta untuk majlis pernikahan dilaksanakan di rumah ibu bapanya dan Fakhrul bersetuju.

Saat yang berdetil dirasakan terlalu lama. Bicara manusia kedengaran seperti langau yang sedang mencari makanan. Saat itu , pegangan tangan ibunya kejap dipegang.

Kakinya ingin berlari pergi tetapi seperti dalam mimpi dinihari tadi , badannya terasa lumpuh. Setiap otot di badannya tidak mahu menerima mesej yang dihantar oleh otaknya.

“Aku terima nikahnya Hana Aishah binti Azam dengan mas kahwinnya tiga puluh satu ribu ringgit tunai” ayat itu yang merupakan tali gantung bagi Hana Aishah berjaya dilafazkan dengan jayanya dengan sekali lafaz dan suara - suara sekeliling yang mengesahkannya. Air mata yang ditahannya tumpah.

Hana Aishah rasakan dirinya seperti robot dikala itu. Surat pernikahan itu ditandatangani tanpa kerelaannya. Pelukan ibunya tidak dibalas. Ciuman adik beradiknya dirasakan kosong. Air mata kegembiraan neneknya dirasakan perit untuk dilihat.

Hana Aishah tidak pasti bila Fakhrul melabuhkan punggungnya disebelahnya di atas pelamin . Tangan kiri Fakhrul memegang erat kedua - dua belah tangan Hana Aishah yang berada di atas paha isterinya.

Hana Aishah masih menundukkan wajahnya. Dipandang baju melayu satin berwarna champagne dan sampin yang dipakai Fakhrul.

Saat Fakhrul meletakkan tangan kanannya di atas kepala Hana Aishah, saat itu Hana Aishah mengangkat wajahnya dan memandang tepat ke mata lelaki itu.

““Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.” saat doa itu dilafazkan oleh Fakhrul ketenangan yang dipohon semenjak di Tanah Haram datang bertandang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience