Chapter 1

Romance Completed 625623

“Adik wake up , you’re going to be late for work” Teacher Basirah memanggil anak perempuan keduanya diikuti dengan ketukan bertalu - talu di pintu bilik Hana Aishah.
Jam sudah menunjukkan pukul 5.45 pagi. Perjalanan dari rumahnya di Subang Jaya ke Hospital Shah Alam mengambil masa 30 minit , itu belum ditambah dengan jam lagi.
Antara keempat - empat orang anaknya , yang paling suka tidur adalah Hana Aishah. Ironinya anaknya yang kedua itulah berdegil mahu menjadi doktor.
Teacher Basirah dan suaminya Kapten Azman bukan jenis ibu bapa yang suka memaksa anak mereka untuk mengambil bidang tertentu. Prinsip mereka adalah anak - anak mereka dididik dengan ilmu agama dan ilmu dunia secukupnya. Selebihnya mereka menyokong apa sahaja pilihan anak - anak mereka selagi mengikut syariah.

Anaknya yang sulung Hana Azuwa terus berkahwin sejurus menamatkan pengajian ijazahnya dalam bidang Accounting. Hana Azuwa sekarang suri rumah sepenuh masa kerana dia mahu fokus untuk membesarkan ketiga - tiga orang anaknya .

Anaknya yang ketiga Hana Aqilah baru sahaja menamatkan pengajian di Maktab perguruan dan sedang menunggu penempatan.

Anak bongsunya , Alif Haziq sedang menuntut di US. Susahnya hendak melepaskan anak bongsu hanya Tuhan sahaja tahu tetapi kerana anaknya berkeras mahu sambung pengajian dalam bidang perundangan, jadi sebagai ibu dia redha.

“Ting ting ting ting ting ting” sayup kedengaran bunyi jam pendulum yang terletak di ruang tamu rumahnya.

“Ya Allah lama sangat aku mengelamun dah pukul 6 pagi. Adik bangun kalau tak mak masuk je bilik” ugut Teacher Basirah.

Selepas beberapa saat berlalu tanpa sahutan, Teacher Basirah meredah masuk bilik anaknya. Suasana dingin menusuk sehingga ke tulang sendinya.

“Ya Allah , no wonder this sleeping beauty is not waking up. The aircond is blasting” rungutan Teacher Basirah langsung tidak mengejutkan Hana Aishah.

Teacher Basirah menutup aircond dan terus membuka lampu bilik anaknya. Hana Aishah sedang lena berselimutkan comforter yang dibelinya dari Ikea sambil memeluk Cik Ted , patung kesayangnya.
Dengan sekali rentap Teacher Basirah berjaya memisahkan comforter gebu pink anaknya itu dari menyelubungi diri Hana Aishah. Laju tangannya menepuk punggung anak keduanya itu.
“Mak, apa ni” suara serak bangun tidur Hana Aishah kedengaran.

“ ‘Apa ni’ apa nya. Adik tengok jam tu. Dah pukul berapa?” tangan Teacher Basirah sama laju dengan bebelannya. Dia memungut baju yang bersepah di atas lantai bilik tidur anaknya. Sudah lama dia tidak menjenguk bilik anak daranya.

“Ya Allah! Adik that is how many weeks worth of laundry on the floor?” tajam mata Teacher Basirah. Begitulah matanya setiap kali anak muridnya lupa membuat kerja rumah.

“OH MY GOD! Mom why didn’t you wake me up. I’m so late . I’m dead. Like super dead. It’s freaking 6 am. I need to be there at 7.10am sharp” meloncat Hana Aishah turun dari katil mencari towelnya yang hilang di dalam biliknya yang bersepah itu.

“Mak dah kejutkan dari 5.45 pagi Hana Aishah. You didn’t even budge” bebelan Teacher Basirah memecah keheningan subuh itu. Sambil itu laju tangannya mengumpul baju kotor anaknya. Ya Allah tahap kemalasan anak bertuahnya yang seorang ini tahap boleh bagi anugerah. Anugerah perempuan paling pemalas dalam dunia.

Hana Aishah yang masih mamai itu tersentap apabila wajahnya dibaling dengan tuala oleh ibunya. Teacher Basirah mencampakkan tuala anaknya yang bertimbun dibawah buku - buku ke muka anak perempuannya itu.

“Oww mom. Couldn’t you pass it to me properly” rungut Hana Aishah sambil pantas kakinya bergerak ke bilik airnya.
“Dont be ungrateful. Pergi mandi cepat. Ini memang confirm bawak kereta laju-laju pergi kerja. Adik ini suka buat mak risau” bebelan Teacher Basirah dibalas dengan bunyi pintu bilik air anaknya ditutup.

************************************


Tergopoh - gopoh Hana Aishah menuruni tangga. Jam sudah menunjukkan pukul 6.45 pagi.
“Mak where are you? I’m going” laung Hana Aishah. Satu taman boleh dengar kalau suaranya berkumandang.
Terkocoh - kocoh dia menyalami tangan abah dan maknya sambil memberi janji palsu yang dia akan memandu dengan perlahan.

Saat keretanya berada di atas jalan raya, dia memecut ke 140 km/h.

“Ya Allah for those days that I sinned , I apologise but please dont punish me today. I want to arrive on time” rayu Hana Aishah dalam hati.

Hari ini hari pertama dia masuk ke jabatan baru. Ini adalah jabatan keempatnya. Housemanship is tough. Cabaran mental , fizikal dan psikologi. Ilmu penting tapi kena pantas. When you are fast, you are useful. Itu moto sebagai seorang houseman.

Sudah masuk tahun kedua housemanship , Hana Aishah masih lagi gugup setiap kali bertukar jabatan. Dia masih ada 2 lagi jabatan selepas orthopaedic.

Keseluruhan , waktu housemanship kena habiskan 6 jabatan. Dia telah melalui jabatan Perubatan , Perbidanan dan Pembedahan. Ada baki lagi 2 jabatan , Kanak - Kanak dan Kecemasan sejurus habis Jabatan Orthopaedic.

Benda yang paling dia takut apabila dia memberi peluang untuk bos - bosnya memberi pandangan yang buruk kepada dirinya sekiranya dia datang lambat pada hari pertama melaporkan diri.

Dia memotong dari kanan ke kiri ke kanan balik sambil mulutnya terkumat kamit berzikir dan berdoa.

Jam menunjukkan pukul 7.15 pagi saat dia tiba di parking yang di khaskan untuk staf. Kebanyakan lot parking sudah penuh. Maklumlah hari Isnin semua akan datang tepat pada masanya.

“Ya Allah. Seriously dalam banyak - banyak hari , hari ni semua orang nak datang awal” suaranya sudah mula sayu memikirkan amukan bosnya.

Hana Aishah membelok ke kanan dan dengan izin Tuhan ada satu lagi petak parking kosong , laju sahaja kereta Myvi berwarna pinknya masuk.

Dalam masa kurang seminit dia sudah berlari keluar kereta dan menuju ke lobi hospital. Dia berlari selaju mungkin tanpa menghiraukan orang sekeliling yang memandangnya pelik.


*******************************


Manakala di tempat letak kereta tadi , seorang lelaki yang menaiki kereta Honda Civic berwarna Modern Steel Metallic tergamam sejenak.

“Kurang asam punya owner Myvi Pink. Suka hati curi parking orang. Dia tak nampak ke kereta aku tengah ready nak reverse parking . Dah la masuk wrong way” bebelan pemilik kereta Honda Civic itu kedengaran.

Lebih kurang 15 minit dia harus menunggu staf shift malam yang pulang untuk mendapatkan parking .

Sewaktu melepasi Jabatan Keselamatan , lelaki itu berhenti dan menegur staf yang berada di Kaunter.

“Ya Doctor. Apa boleh saya bantu?” manis mulut pegawai tersebut bertanya.

“Saya nak mintak tolong check kan owner nombor plat kereta ni. She bump into my car this morning” sambil menunjukkan notepad kecil yang dicatatkan plat nombor Myvi Pink tadi. Dia tahu sekiranya dia memberi tahu perkara sebenar memang pegawai itu tidak akan membantu.

“Alamak ye ke doctor? Dah buat report polis? Kalau ada report polis senang sikit” pegawai itu turut bersimpati tetapi setiap perkara ada prosedurnya.

“ Saya nak cepat so saya buat report petang nanti. Kalau dapat nama owner tu senang sikit , saya boleh bincang dulu” dia cuba memancing simpati.

“Ok doctor , saya cuba tracekan. Dr boleh tinggalkan nombor atau extension Dr?”

Selesai menulis nombor telefon bimbitnya dia meneruskan perjalanannya ke kompleks klinik pakar.

“Siaplah budak kereta pink tu kalau aku dapat tangkap” bebelnya di dalam hati.

Share this novel

naqishman
2020-07-11 17:29:43 

Mesti org med ni.. Elok jer gaya cerita nya.. Tahniah sis.. Menitik airmata akak baca.. I really feel it..


NovelPlus Premium

The best ads free experience