Chapter 27

Romance Completed 625664

“Hana!” tengkingan itu mengejutkan Hana Aishah daripada lamunannya. Dia melihat ke arah bosnya yang sudah melihat mukanya seperti mahu ditelan.

“Get the hell out of here. If you can’t focus get out. I can do it alone” Fatin yang sedang sibuk memberi arahan kepada Hana Aishah itu naik angin apabila anak buahnya itu mengelamun.

“Sorry bos. Can you tell me again what you need me to do” Hana Aishah yang kerja malam pada hari itu tidak dapat fokus. Kepalanya serabut dengan masalah hidupnya.

“Out!” tengkingan itu cukup untuk membuatkan Hana Aishah bangkit daripada tempat duduknya.

Hana Aishah terus menuju ke surau untuk menunaikan solat isyak dan menenangkan dirinya. Sejak kejadian 3 hari lepas air mata menjadi peneman setianya.

Sikap Fakhrul hari itu menakutkan dia. Dia sudah terbiasa dengan kekasaran Fakhrul sewaktu berkerja tetapi untuk dikasari seperti itu di luar tempat kerja adalah sesuatu yang Hana Aishah tidak dapat terima.


************************************


“Show me your hand” Hana Aishah yang sedang mengelamun itu terkejut apabila Fakhrul muncul di sebelahnya.

Fakhrul membawa Hana Aishah ke sebuah pusat membeli belah di ibu kota. Sepanjang perjalanan mereka ke sini tadi suasana sunyi menyelubungi kereta.

Sesekali kedengaran bunyi Hana Aishah menghembuskan hingusnya. Hidungnya sumbat kerana air matanya yang tidak henti - henti mengalir sejak kejadian sebentar tadi di butik pengantin kawan Fakhrul.

Sesampai mereka ke pusat membeli belah itu Hana Aishah terus meluru keluar daripada kereta BMW itu. Dia mahu melarikan diri sejauh mungkin daripada lelaki itu.

Pusat beli belah yang nampak eksklusif itu tidak mempunyai ramai pengunjung. Suasananya tampak mewah dan lengang. Hana Aishah tidak pernah tahu kewujudan pusat membeli belah itu.

Tidak sempat di mahu melarikan diri memasuki sebuah butik pakaian yang kelihatan eksklusif itu , pinggangnya dirangkul Fakhrul.

“You haven’t eaten. We’ll have our lunch first” Hana Aishah tidak mahu memandang muka lelaki yang sedang memberinya arahan itu.

“I will follow your order , just .. just dont touch me” Fakhrul melepaskan renggangannya. Langkah gadis itu yang laju tadi sudah diperlahankan.

Hana Aishah berjalan beriringan dengan Fakhrul. Matanya Hana Aishah difokuskan ke hadapan. Mereka memasuki sebuah kedai makan eksklusif.

“Good evening sir , madam. How may I assist you today?” lelaki berbangsa sikh dihadapannya itu ditenung Hana Aishah tanpa perasaan.

“Table for two” suara Fakhrul disebelahnya itu disambut mesra pelayan yang berwajah kacak itu, Hana Aishah pula membuntuti penyambut tetamu yang berbadan sasa itu.

Restoran yang bertemakan ‘open sky’ itu memberikan unsur yang unik kepada pelanggangnya. Restoran yang bertemakan flora itu berada di tingkat paling atas kompleks beli belah. Kedudukan restoran itu yang tersembunyi di hujung kompleks mewah itu disertakan dengan ruangan makan yang berada di bahagian beranda yang terbuka itu memberikan pengunjungnya pemandangan bangunan pencakar langit KLCC.

Mereka ditempatkan di salah sebuah meja yang berada di beranda restoran itu yang berlantai lutsinar. Hana Aishah membuangkan pandangannya ke arah KLCC yang berdiri megah di hadapannya.

Dia tidak sedar bila Fakhrul bangun pergi meninggalkannnya tetapi dengan tiba - tiba lelaki itu kembali dari arah mana entah dan menyuruhnya menghulurkan tangannya. Hana Aishah laju menggelengkan kepalanya dan kembali memandang ke arah bangunan KLCC dihadapannya.

“You said you will follow my order so I won’t touch you” Hana Aishah terus - terusan mengabaikan Fakhrul yang sedang duduk bertentangan dengannya.

Tiba - tiba lengan kirinya yang sedang berdenyut itu terasa sejuk. Dia melihat ke arah tangannya itu. Fakhrul sedang menuam lengannya yang sudah mula membiru itu.

“Its going to be sore. You need to cold compress it” air mata Hana Aishah sudah mula bertakung. Cepat - cepat dia menahan air matanya. Sikap Fakhrul itu menakutkannya. Perubahan perangai lelaki itu terlampau drastik, daripada seorang yang kasar dan pemarah ke seorang yang mengambil berat.

“Finish it Aishah” Hana Aishah hanya menggelengkan kepalanya. Seleranya sudah lama putus. Tadipun Fakhrul yang memesan makanan untuknya. Lasagna daging dihadapannya itu masih banyak berbaki. Perutnya sudah penuh tetapi bukan dengan makanan tetapi kerana makan hati dengan perangai Fakhrul.

“You haven’t pray so finish the food faster or you’ll miss your prayers” Fakhrul memandang muka Hana Aishah yang tidak mahu melayannya itu. Mata gadis yang sudah sembap dihadapannya itu membuatkan satu perasaan yang tidak pernah wujud di dalam kamus hidupnya itu muncul. Perasaan bersalah menyelubungi dirinya.

“Period. And my tummy is not feeling well. Can you send me home? I want to rest” Hana Aishah mencuba nasib untuk meminta walaupun dia tahu hakikatnya lelaki itu akan membuat sesuka hatinya sahaja.

“We have one more stop and then we’ll head home. I suap nak?” terbeliak biji mata Hana Aishah mendengar saranan Fakhrul itu. Dia terkejut kerana lelaki itu kelihatan ikhlas mahu menyuapkan dan lelaki itu buat pertama kalinya meminta kebenaran untuk berbuat sesuatu kepadanya.

“Ehh its ok. Saya .. saya makan sendiri” tergagap - gagap Hana Aishah membalas permintaan lelaki itu.

“You have to force yourself to eat, you’re getting thinner “ Fakhrul memandang ke arah Hana Aishah yang kelihatan pucat itu.

Sepanjang hidupnya Fakhrul tidak pernah merisaui akan sesiapa tetapi gadis di hadapannya ini memunculkan perasaan - perasaan yang aneh di dalam hatinya.

Hana Aishah hanya membiarkan nasihat Fakhrul sepi. Seleranya mati semenjak dia bertemu Fakhrul. Sakinah juga risau akan keadaannya. Sakinah risau rakannya itu melalui fasa depresi tanpa gadis itu sedari.

Mereka sampai di hadapan rumah Hana Aishah apabila jam menunjukkan pukul 8 malam. Hana Aishah sudah tertidur sewaktu Fakhrul memandu. Emosinya yang naik turun hari ini terlalu memenatkan di tambah pula Fakhrul yang mengheretnya ke hulu dan ke hilir tanpa memikirkan tentang Hana Aishah.!

Fakhrul yang sudah meletakkan memarkingkan keretanya di hadapan pagar rumah Hana Aishah itu memandang ke arah Hana Aishah yang sedang tidur sambil mengiringkan badannya ke kanan menghadap Fakhrul. Mata Fakhrul tertacap pada cincin berlian bercorak di jari manis tangan kiri Hana Aishah.

“Aishah” tangannya memaut tangan kiri Hana Aishah lembut. Jari gadis itu dielus lembut. Pelbagai perasaan asing singgah di hatinya. Tubuh Hana Aishah menggeliat sedikit sebelum menyambung tidurnya.

“Aishah” kali ini tapak tangan Hana Aishah yang lembut seperti bayi itu ditepuk halus.

“Ngantuk” muka Hana Aishah sudah berkerut sambil suara serak itu mengadu manja. Matanya masih terpejam. Lama Fakhrul menanti gadis itu untuk bangun. Jelas kepenatan di wajah gadis itu. Dia membiarkan Hana Aishah tidur sambil matanya meniliti setiap inci Hana Aishah.

“Hana Aishah wake up. We’re home” selepas hampir setengah jam Fakhrul menunggu dan tiada tanda untuk Hana Aishah bangkit , dia menguatkan sedikit suaranya. Tangan Hana Aishah yang masih berada di dalam genggamannya di tarik sedikit.

“5 more minutes “ Hana Aishah yang tidak menyedari situasi itu meminta manja.

“Wake up before I kiss you sleeping beauty” mendengar ayat itu mata Hana Aishah terpisat - pisat memandang kearah manusia di hadapannya. Pandangannya yang kabur itu semakin jelas melihat Fakhrul yang sedang tersenyum memandangnya.

“Firaun is smiling” Hana Aishah yang sedang membayangkan dia sedang diulit mimpi itu selamba memberi komen spontan itu.

“Hana Aishah, don’t make me do things that you dont like” Fakhrul sudah mendekatkan wajahnya.

Hana Aishah yang sedang mamai itu tersengih sambil menarik tangan kirinya yang berada di dalam pegangan Fakhrul itu untuk menepuk bayangan itu pergi. Tetapi sangkaannya salah sama sekali. Tangannya itu menepuk dada sasa itu sekaligus membangunkannya daripada tidurnya.

“Astaghfirullah. Sorry Mr Fakhrul. I thought I was dreaming” kelam kabut Hana Aishah membuka tali pinggang keledarnya sebelum cuba bergegas keluar.

“Wait” Fakhrul menggenggam erat lengan kanan Hana Aishah. Hana Aishah memandang muka lelaki itu pelik.

“We have to meet again. Text me your schedule for next week” Hana Aishah hanya menganggukkan kepalanya sambil menarik lengannya daripada pegangan Fakhrul.

******************************************


Semenjak hari itu Hana Aishah tidak membalas mesej mahupun panggilan Fakhrul. 3 hari sudah berlalu dan hatinya tidak tenteram. Dia perlu melarikan dirinya daripada perkahwinan ini tetapi dia tidak tahu bagaimana.

Usai menunaikan solat isyak, Hana Aishah kembali ke ward rawatan rapi neonatal (NICU). Kakinya melangkah pergi menuju ke bahagian kritikal. Matanya melilau mencari bosnya.

“Dr Fatin” Hana Aishah sudah berdiri di sebelah wanita genit yang sedang mengambil darah daripada salah satu bayi pramatang di dalam inkubator.

Fatin yang baru selesai mengambil darah itu menghulurkan botol spesimen kepada Hana Aishah.

“Send to lab stat” Fatin mengarah anak buahnya itu. Hana Aishah memberikan senyuman selebar mungkin kepada bosnya sebelum berlari anak menuju ke makmal darah.

Kasihan pula dia melihat gadis itu. Mata gadis itu kelihatan sembap. Dia dapat melihat prestasi kerja Hana Aishah semakin menurun sejak minggu lepas. Hana Aishah merupakan seorang pelatih yang sentiasa fokus dan rajin kerana itu dia disenangi pegawai lain.

“Are you having problem Hana?” usai menyelesaikan kerja di bahagian kritikal tadi , Fatin mengajak Hana Aishah untuk makan di pantri NICU itu. Walaupun jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi , tetapi baru sekarang mereka dapat menjamah makan malam mereka.

“Sorry bos. I was distracted earlier. Just having some personal issue but that shouldn’t have distracts my focus during working time” Hana Aishah yang sedang menjamah Big Mac itu merasa sangat bersalah kerana telah menyusahkan bosnya.

“Its ok Hana. Kita manusia bukan robot. Kadang - kadang orang expect doktor ni jadi robot tak ada perasaan. Kena sentiasa perfect” Fatin yang sedang menjamah kentang goreng McD itu meluahkan perasaannya.

“Kau bila nak kawin?” Fatin yang sedang hamil 3 bulan itu selalu tertanya - tanya tentang gadis seorang ini. Dia ada juga terdengar tentang gosip Hana Aishah dan pakar ortopaedik itu tetapi dia tidak ambil peduli. Padanya Hana Aishah seorang Houseman yang bagus dan proaktif.

“Entahlah doktor. Doktor carilah calon untuk saya” Hana Aishah cuba menutup kegugupannya dengan gurauan tetapi Tuhan sahaja tahu bertapa takutnya dia sekiranya staf hospital ini mengetahui tentang agenda Fakhrul.

“Aku pun mak bapak aku cari” Fatin sudah tersenyum gembira apabila dapat menghirup air gas itu.

“Ish Doktor Fatin ni. Pregnant mana boleh minum air gas” Hana Aishah melihat bosnya yang selamba menikmati makanan segera itu walaupun sedang mengandung.

“Sebab tu aku melantak dekat tempat kerja. Kalau dekat rumah , don’t even dream about it. Laki aku bising” Fatin tersenyum membayangkan suaminya yang terlebih penyayang itu.

“Untung Dr dapat suami caring” hati Hana Aishah kembali sakit membayangkan hidupnya dengan Fakhrul kelak.

“Thanks to my parents. I was against it at first but then I got to know him and you know rather than those boys I’ve dated but never have the gut to marry me , this man just so determined” Fatin masih ingat bagaimana dia membantah keras apabila ibunya mahu menjodohkannya dengan anak sahabat baik keluarga mereka.

“How did you know he was the right one?” Hana Aishah pasti Fakhrul bukan “Mr Right” nya.

“I didn’t but I know my parents won’t ruin my life. So I trust them” Fatin tidak menyesali mengikuti pilihan ibunya.

Waktu itu dia sedang bercinta dengan kekasih hatinya. Mereka bercinta semenjak di universiti lagi tetapi lelaki itu tidak pernah serius dalam perhubungan mereka. Apabila Fatin memberi kata dua , lelaki itu pilih untuk berundur diri. Waktu itu Fatin yakin , teman lelakinya hanya mampu mengungkapkan kata cinta tetapi tidak mampu untuk membuktikannya.

“But what if we know that he is not the right one but our parent insisted that he is?” Fatin memandang muka Hana Aishah pelik. Dia merasakan ada sesuatu yang disembunyikan anak buahnya ini.

“Hmm. You can discuss with your parents. Plus how do you know he is not the right one? Kita ni manusia biasa Hana. Tak sempurna. Istikharah. Put your trust in Him. Honestly I don’t believe in Mr Right. Allah dah ciptakan pasangan yang sesuai dengan kita bukan yang terbaik. Terbaik itu kena usaha together lah” Hana Aishah terdiam sejenak mendengar kata - kata Fatin itu.

“Parents kau paksa kau kawin ke Hana?” Fatin cuba mengorek rahsia daripada Hana Aishah. Wajah gadis di hadapannya itu kelihatan murung.

“Lebih kuranglah doktor” Hana Aishah tidak tahu mengapa malam itu laju mulutnya berbicara. Dia tidak tahu mahu meluahkan rasa kepada siapa.

“Kau dah ada boyfriend?” Hana Aishah hanya menggelengkan kepalanya.

“Kenapa kau rasa calon pilihan parents kau tu bukan yang terbaik?” Fatin sudah menyelesakan dirinya. Dia pasti malam ini dia tidak dapat tidur jadi lebih baik dia menjadi kaunselor untuk menyelesaikan masalah hidup orang lain.

“I just know” Hana Aishah tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan kepada semua orang bahawa Fakhrul bukan calon yang sesuai untuknya.

“Mesti dia tak menepati calon suami impian kau?” Fatin sudah tersenyum simpul melihat Hana Aishah yang melihatnya dengan muka blurnya.

“Emm. I don’t know” jujur Hana Aishah menjawab.

“Percayalah cakap aku, kadang - kadang benda yang kita suka itu bukan yang terbaik untuk kita tapi benda yang kita tak suka itulah yang terbaik untuk kita” Fatin masih ingat ayat daripada Al Quran yang suaminya pernah hantarkan kepadanya sewaktu dia masih belum dapat menerima pinangan suaminya.

“Kau jangan putus doa. InsyaAllah, you’re a good person, He will give what’s best for you” Hana Aishah membalas senyuman Fatin. Untuk pertama kalinya semenjak Fakhrul menyatakan hajatnya untuk mengahwininya , Hana Aishah merasa tenang.

“Thank you Dr doakan saya” Hana Aishah memegang tangan bosnya itu sambil memberikan senyuman lebar.

“Dah jom. Sambung ambik darah. Berlambak TDM ni” Hana Aishah membantu Fatin untuk mengemas sisa makanannya sebelum mereka menyambung tugasan mereka.

Hatinya terasa lebih tenang untuk membuat tugasannya. Hatinya terus berdoa semoga Allah membuka jalan yang terbaik untuk dirinya.
******************************************


Hari ini genap tujuh hari Hana Aishah membuat solat istikharahnya. Sepanjang tujuh hari ini , dia tenangkan mindanya dan membuang segala rasa yang dia ada terhadap Fakhrul.

Hari merupakan hari cutinya. Pagi itu setelah dia menunaikan solat subuh , dia turun ke dapur seawal jam 7.30 pagi.

Hana Aishah mencari kelibat Teacher Basirah dan Kapten Azam. Balik sahaja dia daripada kerja malam hari itu dia terus memohon maaf daripada kedua ibu bapanya.


***************************************


“Adik mintak maaf because I was being rude with both of you. I shouldn’t have done that no matter how angry I was at that time” Hana Aishah memeluk ibunya. Kapten Azam hanya memerhatikan kedua anak beranak itu.

“This is a big decision for me. I need time” Hana Aishah memandang ke arah Kapten Azam. Lelaki tua itu masih diam membisu.

“Give me a week time. I will give my decision then” Hana Aishah memegang tangan Kapten Azam dan menciumnya.

“Abah dengan mak pun mintak maaf. Adik dah besar, we shouldn’t have force you” Teacher Basirah mengelus lembut rambut ikal mayang anaknya itu.

“Abah marah adik lagi ke?” Hana Aishah memeluk erat badan Kapten Azam yang sedikit berisi itu.

“Macam mana tak marah , kalau bau busuk tak mandi lepas itu datang peluk abah” Kapten Azam membalas pelukan anak gadisnya itu.

Sudah dua minggu anak gadisnya itu tidak mahu bercakap dengannya. Sudah dua minggu juga Hana Aishah tidak mahu menjamah makanan yang ibunya masak. Tetapi yang paling merisaukannya apabila Hana Aishah yang sentiasa kelihatan murung itu dan mengurungkan dirinya di dalam biliknya.

“Abah tahu anak abah akan buat keputusan yang terbaik untuk semua orang” Kapten Azam memeluk Hana Aishah erat. Hana Aishah berdoa di dalam hatinya supaya keputusannya nanti tidak akan mengecewakan sesiapa pun.

******************************************


“Achik. Where’s mak and abah?” Hana Aishah yang melihat adiknya yang baru turun daripada tingkat atas itu bertanya.

“Ohmaigod Kak Dik thank you so much” Hana Aqilah yang memakai seluar legging separa lutut dan berbaju lengan pendek yang sendat itu sedang berlari ke arahnya.

“Astaghfirullah hal azim. Achik ni kenapa?” Hana Aishah hampir jatuh akibat impak pelukan Hana Aqilah itu.

“This one?” Hana Aqilah menunjukkan kotak segi empat berwarna hitam yang mempunyai ukiran EUMAYCO di atasnya itu.

“Mana Achik jumpa ni?” degupan nadi Hana Aishah menjadi kencang melihat Hana Aqilah yang kelihatan gembira melihat kotak pemberian Fakhrul itu. Semenjak malam itu dia menyimpan rapi kotak itu supaya tiada sesiapa pun menjumpainya.

“Akak thank you. Achik ingat lama lagi baru Achik boleh kawin. I’m so worried that we have to wait another 1 and half year before getting married” Hana Aishah sudah tergamam melihat Hana Aqilah yang sudah mengalirkan air matanya sambil memeluk dirinya.

“What are you saying Achik?” Hana Aishah bingung mendengar bicara Hana Aqilah.

“I’m moving to Johor next month so I’m so worried about my relationship with Lateef. We want to get married early tapi mak tak bagi sebab Kak Dik. But now you’ve agreed to get married so boleh lah kitorang awalkan majlis” Hana Aishah terkesima mendengar ayat adiknya itu.

“Thank you Kak. Kitorang dah sampai level nak lari pergi kawin dekat sempadan tau” Hana Aqilah menariknya untuk duduk di ruangan TV rumah mereka. Hana Aishah masih diam membisu.

“Why are you being so quiet? Anyway lawa gila cincin Kak Dik. Jealous tau Achik. Nanti cincin kawin Achik , I told Lateef to buy one like this” Hana Aqilah dengan selambanya membuka kotak yang mengandungi cincin pemberian Fakhrul itu.

“Let me put this on you” Hana Aqilah yang tidak perasan perubahan sikap kakaknya itu meneruskan keterujaannya itu. Dia menyarungkan cincin itu di jari manis tangan kiri Hana Aishah.

“Thank you Kak Dik. I can’t thank you enough” perasaan bersalah menyelubungi dirinya. Dia tidak tahu Hana Aqilah perlu melalui perkara sebegini hanya kerana dirinya yang masih membujang. Hana Aqilah meneruskan bebelannya tentang perkahwinannya dan Iqbal.

Hari ini Hana Aishah sangat yakin dengan keputusannya. Sepanjang 7 hari dia membuat istikharah , dia tidak mendapat sebarang petanda mengenai lelaki itu. Dia yakin dengan keputusannya untuk menolak pinangan Fakhrul.

“KakDik! Achik tanya ni. Achik nak tema purple tau. Pastu Kak Dik nak kawin April ni kan, so boleh lah Achik kawin bulan 9 nanti time birthday Lateef. His birthday kan same with Abah” Hana Aishah terus kelu tanpa bicara.

“Ya Allah anak dara dua orang ini tak tahu jawab salam” Teacher Basirah yang baru kembali daripada pasar itu membebel. Hana Aishah memandang ke arah ibunya yang memakai seluar trek dan T-Shirt muslimah itu.

“Mak” Hana Aqilah yang berbadan sedikit berisi daripada Hana Aqilah itu meloncat daripada sofa dan memeluk ibunya.

“Ya Allah budak bertuah ni. Meloncat - loncat pagi - pagi buta ni” Teacher Basirah menarik tudung sarung berwarna hitam , jelas kelihatan uban yang sudah menyuburi rambutnya itu.

“Achik tepi , I want to move” Kapten Azam yang sedang mengangkat makan basah itu terus menonong ke dapur.

“Abah mak . Cepatlah , Kak Dik want to tell you guys something “ Hana Aishah menelan air liur mendengar Hana Aqilah yang dengan selambanya membuat kesimpulan sendiri.

“Dah lah tak nak tolong abah angkat barang and then making chaos inside the house” Kapten Azam memarahi anak dara bongsunya itu. Selesai Kapten Azam mengemas barang dapur yang baru dibelinya, kakinya ditujukan ke arah ruang rehat rumahnya itu.

“Kenapa adik?” Kapten Azam yang sudah melabuhkan punggungnya di sebelah isterinya itu menghalakan pandangannya ke arah Hana Aishah yang berseluar legging separa buku lali dan berbaju T-Shirt berwarna pink yang bercorak harimau bintang itu. Rambut Hana Aishah yang panjang separa bawah dada itu dilepaskan.

“Emm, adik ... adik” Hana Aishah tidak menyangka keadaan boleh berubah 360 darjah dalam masa sejam. Sejam yang lepas dia sudah pasti dan yakin dengan keputusannya tetapi sekarang tiada kata mahu diungkap.

“Ish Kak Dik ni kan. Nervous sangat ni. Biar Achik yang cakap. She accepted Abang Fakhrul’s proposal” Hana Aishah hanya mampu menundukkan wajahnya apabila mendengar ayat Hana Aqilah itu.

“Alhamdulillah. Betul ke Adik? I’m so happy right now?” Teacher Basirah sudah memeluk Hana Aishah erat. Hana Aishah mengangkat wajahnya . Jelas kelihatan senyuman lebar Kapten Azam dan Hana Aqilah.

“I want to hear it from your mouth” Kapten Azam yang melihat muka Hana Aishah yang tidak teruja seperti yang dia sangka itu mahukan pengakuan Hana Aishah.

“Adik ikut je apa mak dengan abah nak. You guys know what’s best for me” dia cuba memberikan senyuman seikhlas mungkin walaupun hatinya menangis pilu.

Melihat muka kedua ibu bapanya yang gembira dan mendengar bagaimana dia menyusahkan urusan penyatuan Hana Aqilah dan Iqbal , Hana Aishah redha dalam keterpaksaan.

“Ya Allah , inikah petanda yang tidak muncul sejak tujuh hari lepas” hati Hana Aishah berbisik.

Sepanjang hari itu , kedua ibu bapanya sibuk merancang tentang majlis perkahwinannya. Mata ibunya terbukak luas melihat cincin berlian yang memenuhi jari manisnya.

“Untung anak mak. I know he’s the right one for you” satu kucupan dihadiahkan ibunya ke ubun - ubun kepalanya. Hati Hana Aishah kembali menangis tetapi dikuatkan dirinya untuk membuat reaksi gembira untuk meyakinkan kedua ibu bapanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience