Chapter 51

Romance Completed 625671

“Emmmm” suara Hana Aishah yang mengerang itu menjagakan Fakhrul daripada tidurnya. Dia yang sedang melentokkan kepalanya di birai katil hospital itu mengangkat kepala laju. Matanya yang kabur itu digosok sebelum dia melihat Hana Aishah yang sedang mengerang kesakitan itu.

“Sayang. Abang dekat sini” Fakhrul duduk di birai katil. Peluh di dahi isterinya dilap menggunakan napkin yang dibasahkannya tadi.

“Emmm ... no ... no” Hana Aishah menolak kain basahan yang membuatkan badannya menggigil itu.

“Sayang. Wake up. You’re having a bad dream ni” Fakhrul memujuk Hana Aishah lembut. Dahi isterinya dicium lama. Kemudian pipi cengkung Hana Aishah pula diusap lembut.

Saat itu beribu penyesalan bermukim di hatinya. Keluhan panjang dihelakan. Tubuh Hana Aishah yang berbaju hospital berwarna pink itu dipandangnya sedih. Hana Aishah masih menggelisah di atas katil hospital itu.

Fakhrul naik ke atas katil hospital itu sebelum di merangkul isterinya di dalam pelukan. Buat pertama kalinya dalam 33 tahun dia hidup , tubir matanya terasa hangat saat tangannya menekup abdomen isterinya. Kata - kata pakar sakit wanita , Laura yang merupakan teman sepengajiannya dulu terngiang - ngiang di telinganya.

***********************************


Fakhrul mundar mandir di lobi menunggu di hadapan dewan bersalin itu. Dia tidak dapat duduk tenang. Sesampai dia di hospital pakar wanita di mana rakannya berkerja itu , Hana Aishah terus disorong masuk ke dewan bersalin.

Sewaktu mereka sampai di perkarangan hospital, darah yang keluar daripada Hana Aishah itu sudah bertakung di atas tempat duduk belakang kereta BMW yang mereka naiki.

Muka isterinya pucat lesi dan Hana Aishah kelihatan penat apabila dia mencempung badan Hana Aishah sebelum diletakkan di atas kerusi roda yang sudah tersedia itu. Fakhrul sudah terlebih dahulu menelefon sahabatnya sebelum dia sampai ke hospital supaya mereka dapat bersedia.

“Ku” Laura , wanita beragam Kristian berdarah kacukan Portugis dan India itu memanggil Fakhrul. Apabila melihat wajah sahabatnya yang kelihatan sugul itu Fakhrul sudah dapat mengagak perkabaran yang akan disampaikan.

“The baby didn’t make it” bukan satu persoalan tetapi satu kenyataan yang keluar daripada mulut Fakhrul. Kesakitan yang dirasai saat itu membunuh setiap inci dirinya.

“I’m sorry Ku. Come in, she needs you now” Fakhrul memandang ke arah Alif Haziq yang kelihatan sedih itu. Tekaknya terasa sempit saat itu. Perlahan - lahan kakinya melangkah masuk membuntuti Laura yang memakai baju skrub berwarna hitam itu.

Kalau tadi dia rasakan sakit di hatinya itu adalah yang paling pedih dia pernah rasai tetapi saat dia melihat isterinya terkulai layu di atas meja pemeriksaan di bilik bersalin itu , badannya terus lumpuh. Dia berdiri kaku di pintu bilik itu.

Hana Aishah sedang memejamkan matanya sambil memegang perut yang pernah disinggahi roh anak mereka. Fakhrul dapat melihat air mata isterinya yang mengalir tanpa henti.

“I’ll leave you two alone. We’ll talk later” Laura menepuk bahu Fakhrul mesra sebelum melangkah keluar dan menutup pintu bilik bersalin itu.

Hana Aishah tahu kehadiran suaminya sebelum lelaki itu masuk ke biliknya lagi. Bau minyak wangi yang deria baunya sudah hafal itu menusuk ke lubang hidungnya saat lelaki itu melangkah masuk ke dewan bersalin itu. Tetapi kepedihan di segenap tubuhnya saat itu membuatkan kehadiran suaminya tidak bermakna.

Fakhrul melabuhkan punggungnya di sisi katil pemeriksaan yang isterinya sedang berbaring itu. Gaun pesakit berwarna pink yang menyarungi tubuh isterinya dipandang sayu.

Perlahan - lahan tangan Fakhrul mencapai kedua - dua belah tangan isterinya yang sedang menekup rahim wanita itu. Hana Aishah seperti mahu melindungi anaknya yang sudah tiada itu.

Esakan Hana Aishah semakin hebat saat dia dapat merasakan tangan suaminya mendarat di tempat di mana anak mereka sepatutnya berada. Hatinya terasa seperti dicarik seribu. Fakhrul menarik Hana Aishah ke dalam pelukannya.

“Abang mintak maaf. I’m so sorry. I’m sorry” berulang kali kata - kata itu diungkapkan tetapi semua sudah terlambat.

“My baby. Anak umi” mata Hana Aishah masih terpejam rapat dikala bibirnya berulang kali menyebut perkataan itu. Saat itu tiada kata - kata mampu mengubati hati kedua ibu bapa yang baru kehilangan satu nyawa itu.

Fakhrul memeluk erat Hana Aishah. Dan di saat itu jelas segala keperitan dan kesakitan yang dihadapinya apabila raungannya bergema di segenap bilik bersalin itu.

“Give me back my baby. I want my baby back. Abang bagi balik baby Aishah please” Hana Aishah merayu seperti orang hilang akal.

“Mengucap sayang. Allah love our baby more” hakikatnya dia cuba meyakinkan dirinya dengan kata - kata itu.

Perasaan bersalah yang menghantui dirinya itu menyesakkan Fakhrul tetapi dia perlu kuat kerana saat itu Hana Aishah perlukan kekuatannya. Tetapi raungan Hana Aishah mengugurkan setiap kekuatan yang cuba dia kumpul semenjak dia lihat isterinya terbaring di anak tangga rumah mertuanya.

“Nak baby. Aishah nak baby kita balik. Give him back to me. Abang please” Hana Aishah merenung ke dalam anak mata Fakhrul memohon penuh pengharapan. Segala semangat Fakhrul hilang di saat itu. Kepedihan yang dia lihat disebalik anak mata itu melumpuhkan segala sisa kekuatan yang tinggal di dalam dirinya.

“Istighfar sayang. Sayang jangan buat abang takut macam ni” Fakhrul menyembamkan muka isterinya di dadanya. Mulutnya tidak henti - henti berzikir dan beristighfar di saat itu. Melihat isterinya yang hilang arah itu , Fakhrul menjadi takut.

Lama mereka berpelukan begitu sebelum perlahan - lahan raungan Hana Aishah bertukar menjadi esakan sebelum berhenti. Hana Aishah tertidur kepenatan di dalam pelukan suaminya.

Sewaktu Fakhrul melangkah keluar ke lobi selepas memastikan Hana Aishah sudah tidur nyenyak dengan diberikan ubat tidur, dia dapat melihat lobi dewan bersalin itu penuh dengan ahli keluarganya dan mertuanya.

“Fakhrul. Adik macam mana? Mak nak jumpa adik” Teacher Basirah yang sedang mundar mandir itu terus meluru menuju ke menantunya yang masih berbaju melayu.

“She just slept and I told them to give some sedation to let her rest” Teacher Basirah memandang ke arah menantunya. Hati ibunya kuat mengatakan sesuatu yang buruk sudah berlaku.

“Mak nak jumpa Adik” tegas suara Teacher Basirah memberitahu sebelum kakinya melangkah menuju ke pintu masuk dewan bersalin itu.

“Mak. Fakhrul tak nak Aishah bangun. She’s not in a good shape right now” Teacher Basirah memandang ke arah menantunya. Air matanya sudah mengalir lebat.

Fakhrul menggelengkan kepalanya lemah menjawap pertanyaan yang bermain di dalam hati ibu mertuanya. Teacher Basirah terduduk di sofa di sebelah pintu masuk dewan bersalin itu. Air matanya mengalir lebat.

“Ya Allah. Cucu mak” mata wanita yang melahirkan isterinya itu terpejam rapat. Air mata lebat menuruni wajah yang sudah berkedut itu.

“Itulah. Puas mak bebel cakap jangan buat satu majlis dalam setahun. Degil korang ni. Semua kan moden sekarang , manalah nak dengar nasihat mak yang dah tua ni. Sekarang merasalah” mendengar kata - kata pedas ibunya , Teacher Basirah sudah menangis teresak - esak.

Mumtazah , ibu kepada Teacher Basirah itu sedang duduk di sofa bersama - sama Hana Azuwa di tepinya. Jelas muka kecewa nenek Hana Aishah dengan keadaan yang menimpa cucu kesayangannya. Kapten Azam menuju ke sebelah isterinya sebelum memeluk Teacher Basirah erat.

“Berbuih mulut mama pesan. Kenapa Angah ni degil sangat? Puas hati Angah dah sekarang ni” Fakhrul hanya diam membisu mendengar amarah ibunya. Puan Sri Maria mengesat air matanya yang gugur. Fakhih yang mengusap lembut bahu ibunya di saat itu. Tan Sri Fadhil diam membisu di sebelah isterinya saat itu.

“Achik yang salah. Kesian Kak Dik” Hana Aqilah yang masih berbaju pengantin itu tertunduk lemah di sofa di ruangan menunggu itu. Lateef memegang erat tangan isterinya dan setitik demi setitik air mata isterinya gugur di dalam genggamannya.

Suara - suara saudara maranya mula berbunyi berbisik - bisik mengenai kejadian yang menimpa Hana Aishah.

“Sekarang nak menyesal buat apa. It happened already. Achik sibuk sangat nak kawin kan” kecewa suara Hana Azuwa yang sedang berdiri di sebelah ibunya itu memarahi Hana Aqilah.

“Kak Chik kan marah sangat dengan Kak Dik. Puaslah hati Kak Chik sekarang” Alif Haziq yang berdiri di sisi abang iparnya mengesat air matanya yang gugur. Kasihan kakaknya yang seorang itu, sentiasa terpaksa berkorban untuk kebahagiaan orang lain. Esakan Hana Aqilah semakin kuat.

“Sudah. Ini semua dah takdir Allah. Kita sebagai hamba kena terima. I dont want to hear any more words on this . Yang penting Aishah selamat” kuat suara Kapten Azam bergema di lobi itu. Suasana bertukar sunyi sepi.

“I want her to rest. I don’t want her to be disturb. For now everyone can go back first. InsyaAllah , Fakhrul akan update everyone” Alif Haziq memegang bahu abang iparnya kuat.

“Mak tak nak balik. Mak nak tunggu adik” Kapten Azam menggenggam erat tangan isterinya.

“Basirah. She need to rest. Awak tengah emosi tak stabil. Nanti lagi teruk si Adik tu. Fakhrul ada. Nanti apa-apa dia call” Teacher Basirah menggelengkan kepalanya degil.

“Saya yang salah. Saya tak cara dekat adik sebab sibuk dengan majlis. Kalaulah...” esakan Teacher Basirah kembali.

“Istighfar Basirah. Jangan persoalkan ketentuan Dia” Kapten Azam menegur isterinya. Dia pun masih bersedih tetapi dia kena rasional saat itu. Mungkin rezeki anak menantunya belum sampai.

Selepas dipujuk dan Fakhrul membawa ibu mertuanya melawat Hana Aishah tetapi hanya daripada jauh kerana Fakhrul bimbang Hana Aishah akan terjaga, akhirnya keluarganya pulang.

“I told you Angah. You lost the baby because of your selfishness and ego. Jangan sampai hilang Hana” kata - kata bapanya yang tegas sebelum lelaki itu pulang , terngiang - ngiang ditelinganya.

*******************************


“Tak nak dah” Hana Aishah menggelengkan kepalanya apabila Teacher Basirah mahu menyuapnya lagi. Hana Aishah yang sedang duduk bersandar di bahu Kapten Azam itu kelihatan pucat.

“Adik tak boleh lah macam ni sayang. Nanti macam mana nak sihat balik” Teacher Basirah memujuk anaknya lembut. Hana Aishah memejamkan matanya sebelum kepalanya dibaringkan mengiring membelakangi ibunya. Seleranya mati. Tadi pun dia memaksa tekaknya menelan 2-3 suapan ibunya

“Sayang. Makan sikit lagi. Abang suap” Fakhrul yang duduk di sisi isterinya itu memujuk lembut tetapi Hana Aishah memekakkan telinganya saat itu. Dia mahu bersendirian tetapi biliknya penuh dengan keluarganya.

“Nanti adik dah lepas seminggu Kak Wa masakkan sup ayam. Sekarang adik kena makan sayur dengan ikan goreng tu dulu ok” Hana Azuwa yang duduk di hujung katil itu memicit lembut kaki Hana Aishah yang disarungkan stokin berbulu tebal itu.

“Tadi kan Doctor tu cakap adik turun darah banyak. Hb pun rendah. Adik makan sawi ni bagi darah tu naik balik. Nanti kena tambah darah semua” Kapten Azam yang sedang meribakan Hana Aishah itu mengusap lembut kepala anaknya. Kata - kata isterinya lansung tidak masuk ke telinga anak perempuannya itu.

“Adik. Don’t be like this. Nanti abah susah hati. Adik tak nak abah susah hati kan” air mata Hana Aishah mengalir untuk kesekian kalinya.

“Abah suap nak?” kepala Hana Aishah masih digelengkan.

Masing - masing diam membisu melihat keadaan Hana Aishah. Tadi sewaktu keluarganya datang , Hana Aishah lansung tidak memperdulikan mereka. Matanya dihalakan ke jendela di bilik eksekutif di wad O&G itu. Mulut yang selalunya bising dengan bicara itu hanya diam membisu.

“Kak Dik. Achik yang salah. Achik mintak maaf. Please forgive me. I cant ... cant explain to you how ... how sorry I am” teresak - esak Hana Aqilah menangis sambil memeluk tubuh Hana Aishah.

Air mata Hana Aishah mengalir laju. Lansung tidak dibalas pelukan Hana Aqilah. Perasaan dia waktu itu terlalu asing. Keperitan di hatinya terlalu besar sehinggakan dia kebas dengan perasaannya yang lain.

Fakhrul menjadi gusar melihat keadaan Hana Aishah. Pagi tadi isterinya lansung tidak bercakap sepatah dengannya. Hana Aishah mengikut sahaja apa yang Fakhrul lakukan kepadanya. Ya pun tidak , tidak pun tidak.

“Assalamualaikum” Fakhrul mengalihkan sebentar pandangannya ke arah pintu masuk bilik itu. Wajah Tan Sri Fadhil dan Puan Sri Maria kelihatan muram.

“Hana. Papa dengan mana datang ni” Tan Sri Fadhil melabuhkan punggung di kerusi kosong bersebelahan Fakhrul. Seperti semenjak pagi tadi tiada balasan yang keluar daripada bibir nipis itu.

“Mama bawakkan bubur nasi untuk Hana. Mama suap kan nak” Puan Sri Maria lansung tidak terasa melihat keadaan menantunya kerana dia pernah merasai pengalaman sebegitu. Hana Aishah masih memejamkan matanya tanpa reaksi walaupun ubun - ubunnya dicium ibu mertuanya itu.

Keadaan Hana Aishah lansung tidak berubah sepanjang hari itu. Keluarga kedua - dua belah pihak datang dan pergi tetapi Hana Aishah tetap berbaring tanpa bicara. Rasa kebas yang menyelubungi setiap inci dirinya terlalu melumpuhkan.

“Oh God. So many people are here” Laura yang datang untuk melakukan pemeriksaan pada waktu petang itu terkejut melihat ramainya ahli keluarga Fakhrul dan Hana Aishah berkumpul.

“Can everyone excuse us for awhile” Fakhrul meminta sopan sewaktu Laura melangkah masuk bersama jururawatnya. Walaupun teragak - agak tetapi selepas ditarik keluar Kapten Azam , Teacher Basirah melangkah keluar daripada bilik itu.

“She’s still bleeding out. I’ve changed 4 pads since morning. Soaked with blood clot” Fakhrul memberitahu kegusarannya.

“Hows her pain?” Fakhrul memandang ke arah isterinya mendengar soalan Laura itu.

“Sayang , you have to tell her about your pain” Fakhrul memujuk Hana Aishah lembut. Hana Aishah yang sedang mengiring itu masih lagi membisu.

Laura yang melihat keadaan isteri rakannya itu menarik salah sebuah kerusi sebelum duduk. Dia memegang tangan Hana Aishah yang berbaju sejuk itu.

“No one understand the pain of losing a child. Even if its just merely 6 weeks old” air mata Hana Aishah mengalir lebat mendengar kata - kata Dr Laura itu.

“But for a mother its the worst pain ever. Because you carried him or her. Because the moment the baby is created from day 1 itself your body knows” Dr Laura dapat merasakan pegangan erat tangan kiri Hana Aishah di dalam genggamannya.

“Your body learn to love the baby. Nurture it with everything you have in your body. But then suddenly one day , it was ripped off from you. Just like that” Dr Laura tersenyum hambar.

“So no one have the right to tell you not to mourn. I told my mommies to mourn for the lost. Because I do. Because that is part of the grieving process” Laura teringat kembali dua kegugurannya sebelum dia melahirkan satu - satu anaknya yang sudah berusia 3 tahun itu.

“But you have to let go. Let the baby rest in peace. Then only you will get your peace” Fakhrul dapat melihat Hana Aishah menarik nafas dalam sebelum perlahan - lahan esakan isterinya semakin berkurangan.

“Both of you need to help each others now. Heal together. Moving on with your life doesn’t mean that you forget the love that’s once here” Dr Laura mengangkat tangan kanan Hana Aishah beranduh itu daripada bahagian abdomen wanita itu. Tangan kanannya lansung tidak meninggalkan posisi itu semenjak semalam walaupun di dalam tidurnya.

Tidak sampai beberapa minit sepasang mata bundar yang semenjak semalam Fakhrul rindui memandang ke arahnya. Fakhrul yang sedang berdiri itu teragak - agak untuk duduk di birai katil Hana Aishah.

Tetapi di saat tangan Fakhrul menyentuh tangan kanan isterinya hilang terus segala tembok yang dia bina selama ini apabila melihat segala keperitan di sebalik sepasang anak mata bundar itu.

Laura tersenyum kelegaan melihat pasangan yang sedang mengumpul kekuatan untuk melalui satu perpisahan yang menyakitkan. Perlahan - lahan dia bergerak keluar meninggalkan mereka berdua. Mereka memerlukan masa berdua untuk sembuh.

“I think let them be together first. They need to be with each other now” Laura sempat menasihati keluarga pasangan itu sebelum melangkah pergi.

“Mak. Kita balik dulu. She’s not responding to either of us pun. Let Fakhrul be with her. InsyaAllah esok kita datang lagi” Hana Azuwa memujuk ibunya. Hati Teacher Basirah berat mahu meninggalkan anaknya.

“Tak. Adik need me here” air mata Teacher Basirah gugur untuk kesekian kalinya semenjak semalam.

“Basirah. Listen to me. Kita balik dulu. Esok kita datang lagi” Kapten Azam pula memujuk isterinya.

“Saya yang salah. Betul mak cakap. Memang betul - betul jadi. Tak boleh tunggu 4 bulan lagi. Nak jugak buat tahun ni” Hana Aqilah yang duduk di sudut hujung di ruangan menunggu itu mengesat air matanya mendengar kekecewaan ibunya.

Semenjak semalam dia dapat melihat bagaimana ahli keluarganya tidak berpuas hati dengannya. Hari yang sepatutnya bahagia kerana penyatuannya dengan suaminya bertukar tragedi kerana kakaknya keguguran.

“Istighfar Basirah. I told you already. Jangan sebut benda - benda macam ni. Benda nak jadi. Diorang muda lagi. Banyak lagi masa nak mencuba” Kapten Azam menggelengkan kepalanya mendengar bicara isterinya yang seperti sudah hilang pedoman itu.

“Tak pernah lagi dalam keluarga saya siapa - siapa keguguran. Saya dengan Azuwa pun tak pernah gugur” waktu itu Teacher Basirah tidak dapat berfikir secara rasional. Kesakitan yang anaknya terpaksa lalui tidak dapat dia bayangkan saat itu.

“Enough Basirah. Kita balik. She’ll be more upset with your condition like this” suara Kapten Azam bertukar tegas mendengar kata - kata isterinya yang menjadi semakin tidak masuk akal.

“Akak. Kita balik dulu. Esok kita datang balik. Mungkin Hana nak berdua dengan suami dia. Kita yang tak faham. Esok kita datang balik” Puan Sri Maria memeluk erat birasnya itu.

“Astaghfirullahalazim” berulang kali istighfar itu diungkapkan dibibir Teacher Basirah.

Lateef yang melihat adegan itu merasa bersalah dengan kejadian yang menimpa kakak iparnya itu. Semenjak dari hari pertama dia berkenalan dengan keluarga Hana Aqilah , kakak kedua Hana Aqilah itulah yang membuatkannya rasa seperti diterima.

“Akak pegang janji Lat. Do not hurt her. Lat terima dia seadanya. Don’t worry about the nikah. I will make sure you guys get married as early as possible at all cost. InsyaAllah “ kata - kata Hana Aishah malam itu terngiang - ngiang di telinganya.

Ibu kepada Teacher Basirah menolak mentah - mentah cadangan Kapten Azam untuk mengahwinkan Hana Aqilah pada tahun ini tetapi wanita tua itu tidak dapat melawan ketegasan Kapten Azam. Kalau ikut kata - kata orang dahulu , perkahwinan adik beradik yang dibuat pada tahun yang sama , salah satu akan bermasalah.

Dia tidak mahu percaya kata - kata itu tetapi melihat kejadian yang menimpa kakak iparnya itu , Lateef terasa seperti kegelojohan mereka membuatkan Hana Aishah ditimpa musibah.

*******************************


“Sayang. Jom duduk dekat sofa ni. You’ve been on the bed since yesterday” Hana Aishah yang hanya memerhatikan suaminya semenjak tadi itu merenung wajah suaminya yang baru selesai menunaikan solat isyak sejenak sebelum tubuhnya cuba dibangunkan.

“Come here beautiful. Let me help you” Fakhrul tersenyum pendek melihat isterinya yang terkial - kial cuba bangun daripada pembaringannya. Fakhrul yang memakai kain pelikat dan T-shirt itu membantu isterinya untuk duduk di sofa dua itu.

“Sakit lagi ke sayang” Fakhrul kasihan melihat isterinya yang sudah berkerut - kerut menahan kesakitan itu apabila Hana Aishah melabuhkan punggungnya di sofa bersebelahan dengan katil itu.

“Cramping at my womb. Since morning it comes and go” Fakhrul mengelap peluh - peluh yang mula muncul di dahi isterinya.

“You’re due for your pain killer in awhile. Laura told me she inserted the cervagem last night before they transfer you in. That’s why you’re still bleeding and the cramping is still there” Fakhrul menarik Hana Aishah yang berkain batik dan memakai hoodienya itu untuk berbaring di atas tubuhnya.

Hana Aishah menganggukkan kepalanya lemah. Fakhrul mengusap lembut bahu kanan isterinya yang masih beranduh itu. Masing - masing senyap dalam dunia mereka.

“I’m sorry” Fakhrul terdiam mendengar ungkapan maaf Hana Aishah.

“I wasn’t taking care of myself” Hana Aishah menyambung. Sedaya upaya dia cuba menahan air matanya daripada gugur.

“Aishah yang salah. I didn’t.... didn’t want the baby. I said it with my own mouth to you the night before” saat itu air matanya gugur seperti air terjun.

“Sayang tak salah. Abang yang salah. You’re just being sensitive and I didn’t acknowledge that instead I was being an ass” Fakhrul memejam matanya lama. Pedihnya hatinya saat itu.

“If I didn’t push you away ... if I didn’t rudely dismiss you .... you ... you wouldn’t be climbing up the stairs and ... and “ Hana Aishah mendongakkan wajahnya merenung ke arah bibir suaminya yang bergetar.

“I failed you and my baby” buat pertama kalinya semenjak dia bertemu dengan Fakhrul dia dapat mendengar nada sebak di sebalik suara suaminya.

“Our baby. Baby Aishah and Fakhrul” Hana Aishah tersenyum pahit saat ayat itu melepasi bibirnya.

Saat kelopak mata Fakhrul dibukakan , Hana Aishah terasa seperti kerongkongnya sempit. Mata suaminya merah. Hana Aishah dapat melihat betapa lelaki itu cuba menahan air matanya daripada gugur.

“I’m so sorry” bergetar suara suaminya berbicara.

Lama mata mereka bertaut. Masing - masing cuba mengumpul sisa - sisa kekuatan yang masih berbaki.

“Do you think its gonna be a he or a she?” melihat sinar di mata isterinya sebaik sahaja soalan tersebut meluncur di sepasang bibir nipis yang pucat itu , Fakhrul tahu mereka akan melepasi fasa perit ini bersama - sama.

“If its a girl , she’s gonna be so beautiful like her umi” Fakhrul tersenyum hambar.

“If its a boy , he’s gonna be so handsome like her baba” Fakhrul mengucup ubun - ubun isterinya lama. Mata Hana Aishah dipejam lama. Dia cuba menyerap segala kekuatan yang diberikan suaminya.

“But maybe its better that the baby take my attitude. Tak naklah possessive obsessive control freak macam baba” Hana Aishah tersenyum mengusik. Fakhrul memicit pipi isterinya yang cengkung itu.

“But you love me” Fakhrul mengeyitkan matanya menggoda. Hana Aishah menepuk dada suaminya mesra sebelum menyembamkan mukanya ke dada Fakhrul.

“You do love me right?” Hana Aishah terdiam mendengar pertanyaan suaminya.

Jelas nada gusar di sebalik soalan itu. Tangan kiri Hana Aishah mengusap dada suaminya perlahan. Satu keluhan berat dilepaskan. Dia dapat mendengar degupan jantung suaminya yang bertukar irama.

“I will love you till death do us apart. You suami I sampai syurga” air mata Hana Aishah menitis membasahi T-shirt suaminya.

“Sejuta kali pun Tengku Fakhrul carik hati Hana Aishah , hati ini akan tetap mengulang kata cinta kepada Tengku Fakhrul” segenap hati Hana Aishah bergema saat itu.

Saat itu dia pasti , Fakhrul adalah satu - satunya lelaki yang akan bertakhta di hatinya. Segala cinta yang ada di dalam hatinya hanya untuk lelaki bernama Tengku Fakhrul bin Tengku Fadhil.


*********************************

“Achik tak salah. Kak Dik tak pernah salahkan Achik. Rezeki akak dengan abang Fakhrul tak ada lah tu” Hana Aishah memeluk erat Hana Aqilah yang sudah menangis teresak - esak di bahunya.

“Achik ... Achik ... Achik sorry” Hana Aishah mengelap air mata adiknya yang membasahi pipi pengantin baru itu. Dicium pipi Hana Aqilah satu demi satu. Hana Aishah merenung ke dalam mata adik perempuannya itu.

“Akak dah redha. It wasn’t meant to be and it’s not anyone’s fault” Hana Aishah mencium ubun - ubun adiknya itu.

Terkejut dia apabila melihat raungan Hana Aqilah saat adiknya itu melawatnya pada tengah hari itu. Rupa - rupanya dia dimarahi kerana kejadian yang menimpa Hana Aishah.

“At least now we know the hikmah of making the reception the next week. Mana boleh Kak Dik miss your wedding reception. I’m the main reason people come” Hana Aishah mengeyitkannya ke arah Hana Aqilah.

“Kak Dik... “ manja Hana Aqilah menyembamkan mukanya ke dada Hana Aishah.

“Sorry Lat. Kesian korang. I stole people’s attention on your wedding” Lateef yang sedang bersandar di dinding bilik itu tersenyum mesra.

“I’m glad you’re ok. We wouldn’t want you to miss it either” mendengar bicara Lateef itu Hana Aishah mengusap kepala Hana Aqilah lembut. Kasihan Hana Aqilah. Patutlah adiknya itu selalu marah dengannya. Dia sentiasa mencuri perhatian yang sepatutnya diberikan kepada adiknya itu.

“I promise you insyaAllah on Saturday I won’t steal your audience” Hana Aqilah mendongakkan wajahnya mendengar ayat kakaknya.

“Achik nak Kak Dik sihat. I don’t care about anything else. It was so scary seeing you on the floor that day. Kak Dik cannot leave me. I will always need you” Hana Aishah mengusap air mata Hana Aqilah yang mengalir lebat.

“I love you” Hana Aqilah menganggukkan kepalanya mendengar kata - kata Hana Aishah itu. Teacher Basirah yang semenjak tadi memerhatikan kedua - dua anak perempuannya itu mengesat air matanya.

“Enough with the crying. Dua - dua tak makan lagi. Cepat mak suap” Teacher Basirah mencedok lauk yang dimasak untuk Hana Aishah sebelum menyuap kedua - dua anak perempuannya itu.

“Euww mak. Tak sedapnya. Macam mana Kak Dik telan ni” Hana Aishah sudah tertawa melihat reaksi Hana Aqilah.

“Makanan pantang macam tulah. Hospital ni pun satu , ada pulak dia bagi steak and pumpkin soup with pepper for a meal” laju mana mulut Teacher Basirah membebel laju itulah tangannya bergerak menyuap Hana Aishah.

“You know what mak. Tak baik bagi makanan tu membazir. Kesian steak tu menangis. Mak suap Kak Dik tu , Achik habiskan ni” laju tangannya membuka makanan yang terhidang di atas meja di sisi katil kakaknya. Semenjak kakaknya jatuh seleranya mati terus.

“Pandailah Achik. Tu abang Fakhrul tak makan lagi” Kapten Azam menegur anak perempuannya yang gelojoh hendak memakan makanan tengah hari yang disediakan pihak hospital itu.

“Ehh tak apa Bah. Achik makan. Abang Fakhrul tak lapar lagi” Fakhrul yang duduk di birai katil isterinya itu sudah tertawa melihat reaksi Hana Aqilah yang kelihatan sedih apabila hajatnya dipotong.

“See abah. Please be considerate next time” Hana Aqilah menjelirkan lidahnya ke arah Kapten Azam.

“Bismillahlah dulu B” Lateef menegur isterinya yang sedang gelojoh menikmati steak itu.

“Dah tu merajuk sampai tak nak makan” Hana Aqilah mencebikkan bibirnya mendengar usikan suaminya. Pecah tawa Hana Aishah.

“Ala cian baby Kak Dik ni” Hana Aishah mencubit pipi Hana Aqilah lembut.

“Adik pantang dekat rumah mak. Pantang sama macam bersalin. Sebulan” terbeliak biji mata Hana Aishah mendengar ayat ibunya.

“Mak . Mana boleh. Adik kerja la” melihat jelingan tajam ibunya , panjang muncung Hana Aishah ditarik.

“Awak tu kena pantang betul - betul. Jangan nak degil sangat. Ni sebab degillah jadi macam ni” geram Teacher Basirah dengan perangai anaknya itu. Lepas satu , satu benda terjadi kepada anak perempuannya itu.

Berubah terus muka Hana Aishah saat itu. Air matanya terus bergenang. Fakhrul yang perasan perubahan di wajah isterinya itu melabuhkan punggung di belakang Hana Aishah dan memeluk isterinya erat daripada belakang.

“Lepas ni jangan degil. Bila mak abah cakap untuk kebaikan. First was the attack , lepas tu accident , sekarang ni pulak” Teacher Basirah mengeluh berat. Air mata anaknya yang mengalir itu dikesatnya.

“Mak tak tahu kenapa bertubi - tubi benda buruk jadi dekat adik. Lepas kenduri Achik mak nak buat kenduri doa selamat untuk adik dengan tahlil. Mak kena banyak muhasabah diri. Adalah tu dosa mak sampai susah sangat anak mak ni nak bahagia” Hana Aishah memeluk ibunya erat. Kata - kata ibunya menusuk ke dalam pangkal hatinya.

“Janji dekat mak. Lepas ni jangan degil. Listen to us and your husband” Hana Aishah menganggukkan kepalanya perlahan.

Kapten Azam memandang ke arah anak perempuannya yang berada di dalam pelukan isterinya. Hati bapa mana yang tidak akan sedih melihat anaknya menderita. Doanya tidak putus untuk anak perempuannya itu.

“Mak tercekik” dan dengan itu suasana di dalam bilik yang sedih itu bertukar cemas melihat Hana Aqilah yang tercekik daging itu.


*************************************


“Sayang. Don’t walk too much. You’re still recovering” Fakhrul menarik isterinya untuk duduk di salah satu meja di dewan itu.

“Kesian diorang. Hana rasa bersalah sebab asyik duduk aje” Hana Aishah memandang suaminya memohon pengertian.

Selepas tiga malam di hospital , Hana Aishah dibenarkan pulang. Selama seminggu ini , Fakhrul lansung tidak meninggalkan sisinya. Pada hari jumaat apabila lelaki itu terpaksa masuk kerja kerana ada pembedahan elektif yang perlu dilakukan , setiap jam telefonnya berbunyi.

Tidak pernah sedetik suaminya berkasar dengannya. Apabila malamnya dihantui mimpi tentang kejadian yang menimpanya lelaki itu akan ada di sisi untuk menenangkannya.

Siang harinya dia tidak dibenarkan bersendirian. Segala masa terluangnya dipenuhi bersama lelaki itu. Semakin hari , Hana Aishah dapat merasakan betapa dia memerlukan suaminya di setiap waktu hidupnya.

“You’re not well sayang. And I’m sure they will be very upset seeing you not resting. Sayang tak makan lagi kan. Abang suap ye” Hana Aishah menganggukkan kepalanya lemah walaupun jujurnya dia masih belum berselera. Tetapi melihat kesungguhan suaminya dia tidak sampai hati untuk menolak.

“Ok. Wait for me” Hana Aishah melihat tubuh suaminya yang menghilang di sebalik keramaian manusia itu. Kasihan dia melihat suaminya yang penat menguruskannya sejak dia dimasukkan ke hospital.

Kalau sebelum ini dia meragui cinta lelaki itu terhadapnya , kali ini dia dapat merasai kasih sayang lelaki dalam setiap perbuatan suaminya. Tubir matanya panas mengenangkan zuriat mereka.

Terlalu banyak kasih sayang yang diberikan kepadanya apabila mereka mengetahui tentang kehilangan mereka suami isteri, tetapi hakikatnya Hana Aishah tahu yang paling sedih saat itu adalah suaminya.

Di kala mereka nyenyak dalam tidur, suaminya bangun di kala dini hari mengadu kepada Yang Satu. Fakhrul sangat mengharapkan zuriat kalau nak dibandingkan dengan Hana Aishah.

“Aishah mintak maaf” Hana Aishah mengelus pipi suaminya lembut. Fakhrul yang sedang asyik melihat kanak - kanak berlari - lari di pentas pelamin itu mengalihkan pandangan ke arah isterinya.

“What’s with the sorry?” Fakhrul menggaul nasi minyak di dalam pinggan isterinya sebelum memulakan penyuapan. Hana Aishah menolak tangan suaminya itu.

“I failed you. I failed our baby” Fakhrul dapat merasakan kerongkongnya sempit saat itu. Kepedihan yang menjadi tetamu tetap hatinya semenjak hari ahad lepas kembali menusuk.

“Kenapa cakap macam ni sayang? Abang tak salahkan sayang lansung. Rezeki kita belum sampai. Abah pun cakap macam tu” Fakhrul memujuk isterinya.

“You’re hurting. You can fool everyone but not me” buat pertama kalinya Fakhrul melarikan pandangannya apabila mata coklat Hana Aishah bersabung dengannya.

“Enough sayang. Abang nak sayang makan. I want you to be back to your normal self again” Fakhrul cuba melukis senyuman dibibirnya tetapi Hana Aishah dapat melihat kesakitan yang ditanggung suaminya.

“And I want my husband back. We are both hurting. I want to heal but with you. I don’t want to heal alone” Hana Aishah menggenggam erat tangan kiri suaminya.

“I’m here” Hana Aishah mengucup pipi suaminya sebelum tersenyum gembira mendengar kata - kata lelaki itu.

“I’m here too. With you. Happier than ever” Fakhrul mengucup dahi isterinya sebelum menyuapkan makanan ke mulut isterinya.

Saat itu di kala segenap manusia di dalam dewan itu sedang bergembira , Hana Aishah dan Fakhrul gembira dalam erti kata sendiri. Fakhrul dapat melihat sinar baru di wajah isterinya. Sinar yang memberi Fakhrul harapan baru. Segalanya akan menjadi lebih baik.

**************************************


“Count your happy moments now because it’s not gonna last that long” Hana Aishah yang sedang asyik melihat adiknya yang cantik bergambar di atas pelamin itu terkejut mendengar kata - kata itu.

“Felisha. Terkejut akak” Hana Aishah memandang ke arah gadis yang seksi dalam kebaya berwarna hitam dan merah itu.

“I thought he will ditch you but you just know how play innocent right bitch. Just wait for it” Hana Aishah tergamam memandang ke arah muka bengis Felisha.

“Oh my god. You didn’t know is it?” Felisha sudah ketawa besar melihat muka Hana Aishah yang kebingungan itu.

Panas hatinya melihat adegan suap menyuap abangnya dan Hana Aishah sebentar tadi. Melihat kemesraan mereka dan abangnya yang lansung tidak mengendahkan dirinya itu , berapi - api hatinya membara.

Felisha mengangkat punggungnya dan berlalu pergi. Tetapi selepas beberapa langkah dia memalingkan mukanya sebelum menyebut perkataan yang menggelapkan dunia Hana Aishah saat itu.

“You think you slipped and fell is it? So innocent” Felisha ketawa sinis sebelum berlalu meninggalkan Hana Aishah yang sudah bertukar pucat lesi itu.

“Sayang. Jom. Lets take pictures” mendengar ayat yang keluar daripada mulut suaminya yang muncul dihadapannya saat itu, minda Hana Aishah berputar kembali ke hari ahad lepas.

Kakinya melangkah laju menaiki tangga rumahnya. Apabila dia hampir sampai di lencongan di tangga rumahnya , dia dapat merasakan tubuhnya melayang dengan tidak semena - mena. Dia sangkakan kanak - kanak yang sedang berlari - lari naik dan turun tangga tertolaknya tetapi saat itu kata - kata Felisha bermain di mindanya.

“Sayang. Kenapa pucat ni?” Fakhrul terus mendudukkan dirinya di hadapan isterinya yang sudah pucat seperti kapur itu.

Fakhrul memandang cemas ke arah Hana Aishah yang cantik memakai gaun satin berwarna biru royal itu. Wajah isterinya yang cantik tanpa seoles mekap itu kelihatan ketakutan di saat itu.

“A... Aishah... ahhh ... tadi ... “ Hana Aishah menelan air liurnya. Tekaknya terasa menyempit saat itu. Wajah suaminya yang cemas dipandangnya.

“Hana . Kenapa pucat sangat ni sayang” tiba - tiba suara cemas Puan Sri Maria kedengaran sebelum Hana Aishah melihat kelibat ibu mertuanya di belakang suaminya.

“Sayang. Kenapa ni? Jangan buat abang takut. What happen? Kita baliklah” Hana Aishah menarik nafas dalam sebelum menarik suaminya ke dalam pelukan. Tangannya menggenggam erat baju melayu Fakhrul yang sedondon dengannya.

“Hana . Sayang , if its too overwhelming Mama rasa Hana balik dulu ye” Puan Sri Maria memujuk lembut. Selendang satin berwarna kelabu yang dililit di kemas di kepala menantunya itu dielus lembut.

“Hana ... Hana cari you. You were gone. I got scared. Don’t leave me” suara sayu Hana Aishah kedengaran perlahan. Fakhrul mengeluh lemah. Ditarik Hana Aishah ke atas ribanya sebelum dipeluk erat.

“Ya Allah. Terkejut abang. Don’t scare me like that” Fakhrul merangkul isterinya.

Hana Aishah diam membisu. Saat itu hatinya keliru dan bingung pada masa yang sama. Kejadian yang menimpanya satu kemalangan atau sudah dirancang? Sampaikah hati Felisha membunuh zuriat abangnya sendiri? Kalaupun sangkaannya betul mampukah dia memberitahu kepada Fakhrul? Ibu bapa mertuanya pula bagaimana?

“Don’t leave me” suara Hana Aishah sebak merayu kepada suaminya. Ujian apa lagi yang akan menimpa rumah tangganya?

Share this novel

awer
2021-08-07 19:47:11 

cpt nau dia maaf laki dia yg mulut langcang tu..kna bg pgajaran..bepisah sementara..bru tau langit tiggi rendah


NovelPlus Premium

The best ads free experience