Chapter 5

Romance Completed 632599

“Wanda when is aunty Chong Teh MRI’s date?” sambil itu tangan Hana Aishah laju menaip update pesakit yang akan membuat operation bulan depan.

Wanda yang sedang menulis logbooknya mengalihkan pandangan ke arah Hana. Ini jabatan kedua Wanda. Wanda sekarang tengah mengandung anak keduanya. Sekarang kandungannya baru 4 bulan.

Wanda sudah hampir habis tempoh 4 bulan di jabatan Ortopaedic tetapi logbooknya masih kosong. Logbook adalah antara syarat penting untuk lulus sesuatu jabatan. Logbook adalah buku di mana semua houseman kena mencatit dan meminta tandatangan daripada MO atau pakar untuk procedur- procedur yang wajib mereka lakukan sepanjang berada di jabatan tertentu.

“Alamak . Kita lupalah Hana nak request?” Wanda membuat muka kesian sambil menggaru kepalanya.

“Minah ni kalau tak menyusahkan aku sehari tak sah” Hana Aishah merungut di dalam hati. Dia sudah masak dengan perangai Wanda. Sebulan dia berkerja dalam satu pasukan dengan Wanda , dia tahu sangat perangai Wanda yang suka mengelat.

“Alaa . Awak marah kita ke Hana? Sorry tau. Sejak mengandung ni kita selalu lupa” Wanda mengadu , cuba mencari simpati.

Hana Aishah masih berdiam diri. Dia tak kisah mahu menolong sekali dua. Tapi kalau tiap-tiap kali orang lain kena buat kerja dia bukan lupa namanya. Malas dia nak pandang muka Wanda yang berkulit kuning langsat dan bermata sepet itu. Wanda suka menggunakan tiket dia sudah berkeluarga dan mempunyai anak untuk mengelak melakukan banyak kerja. Banyak kerja terbengkalai yang dia akan tinggalkan kepada kawan - kawannya sepasukannya.

“Tak apalah Hana. Kita pergi ambik date dia hari ni” Wanda terpaksa beralah sebab muka Hana Aishah sudah berubah. Wanda bangun dari kerusinya dan melangkah keluar wad.

“Mr Fakhrul wants the date to be 2 month prior to op so make sure you get it by hook or by crook” Hana Aishah sempat memesan.

Suasana agak lengang hari itu. Maklumlah hari sabtu , tak sesibuk hari berkerja. Pejam celik Hana Aishah telah memasuki bulan kedua dalam jabatan ortopaedik . Hari - harinya dipenuhi dengan makian , cacian dan diakhiri dengan tangisannya di malam hari. Beratnya susut 5 kg dalam masa sebulan di jabatan ini. Salah satu sebab mungkin kerana dia tak sempat makan kerana bebanan kerja yang banyak tetapi sebab utamanya adalah Fakhrul.

Tapi ujian ini menyebabkan dia lebih dekat dengan Allah. Dia tak mahu merisaukan kedua ibu bapanya , oleh itu Hana Aishah banyak menyendiri. Tahajud tak pernah lekang dari rutinnya. Telinganya sudah lali dengan makian Fakhrul. Rutinnya pergi kerja pukul 5 pagi dan balik paling awal pun pukul 9 malam.

“Jauhnya mengelamun cik kak” suara itu sudah lali di telinga Hana Aishah.

“Doctor Hariz . You’re oncall is it?” Hana Aishah terus meninggalkan semua kerjanya tadi. Mukanya dipalingkan ke arah Hariz. Hariz juga seorang registra di situ. Hariz antara manusia yang membuatkan posting ini tidak begitu teruk.

Walaupun dia kawan baik Fakhrul tapi perangai mereka macam langit dengan bumi. Hariz sangat approachable dan selama Hana Aishah berkerja dengannya tak pernah lagi dia dengar Hariz meninggikan suaranya.

Hariz yang berseluar jean berwarna biru lusuh dan berbaju kemaja polo berwarna kuning itu melabuhkan punggung di sebelah Hana Aishah.

“I’m just simply here during the weekend because I miss you or else why would I wanted to spend my weekend in this beautiful ward” usik Hariz sambil tersenyum lebar sehingga terserlah lesung pipit sebelah kirinya. Hana Aishah ini antara houseman yang Hariz senang berkerja. Kalau minta apa sahaja budak Hana ini akan buat.

“Alaaa so sweet sweat swooot “ diiringi dengan tawa Hana Aishah.

“But seriously Dr , why are you here? I thought today Mr David is the oncall surgeon”

“I need to settle my quotation for my op and I just finished it . I’m actually heading back” jawab Hariz.

“Alaa Dr nak balik dah ke. Temanlah saya” Hana Aishah buat muka comel.

“Come join me for lunch” ajak Hariz. “I did promise to treat you lunch that day when you help me out with the list of past operations right”

“Ish, no need lah Dr. Saya ikhlas “ Hana Aishah sejujurnya tak berkira lansung dengan Hariz. Waktu dia sedih lepas dimarahi Fakhrul , Hariz selalu datang menceriakan dirinya dengan lawak jenakanya.

“This is an order Hana” Hariz mengeraskan suaranya untuk kelihatan garang tapi matanya menipu dirinya.

“Dr bolehlah nak keluar makan bagai. Saya ni houseman , mana boleh main keluar . Sob sob” Hana Aishah mengadu nasib sambil mengesat air mata palsunya.

“This an order from your surgeon” Hariz mengangkat punggungnya dari kerusi sambil menunjukkan ekspresi muka seriousnya.

“Dr janganlah main - main” Hana Aishah ikut bangun.

“Comelah. My car. By the way did I manage to sounds like Fakhrul “ sambil bertanya Hariz terus menghala keluar dari wad dan Hana Aishah dalam keterpaksaan membuntutinya. Laju tangan Hana Aishah menaip mesej ke group whatsapp dengan rakannya.
~ Guys sorry , Dr Hariz need help with something so I’ll be out of ward for awhile~ Hana Aishah

“Eee tak lansung. Dr kan baik , nak buat garang pun tak jadi” Hariz tergelak besar mendengar komen Hana Aishah.

Kalau dia cakap dia keluar makan dengan Hariz memang jadi skandal abad ini dekat hospital. Hariz itu suami orang. Isterinya Doctor di Jabatan Opthamology di hospital sama. Dia tak pernah jumpa lagi isteri Hariz selama dia berkerja di sini tapi dia pernah rakan - rakannya pernah bergosip yang isteri doctor Hariz itu cantik dan seksi.

***********************************


Hana Aishah sedang khusyuk melihat menu di restoran Arab Medina berdekatan dengan hospital. Itu syaratnya sewaktu menaiki kereta Hariz. Makan di tempat berdekatan sahaja.

Hariz tak ada selera untuk makan. Matanya khusyuk memandang Hana Aishah. Gadis depannya ini memang naif ke buat - buat tak perasan , Hariz pun kurang pasti.

“Dr pandang saya macam tu kenapa” tanya Hana Aishah pelik. Dia sudah membuat pilihannya. Haneeth lamb dan Strawberry juice. Tapi dia perasan Hariz asyik memandang mukanya.

“Awak ni ada mix pakistan ke Hana?” Hariz tertanya - tanya sejak kali pertama dia berjumpa Hana Aishah. Kulitnya yang berwarna coklat susu , hidung yang mancung dan matanya yang bulat dilengkapi dengan bulu mata yang lentik. Hariz pasti Hana Aishah ada kacukan.

“Laaa sebab tu ke Dr tenung saya macam nak makan” tergelak Hana Aishah “Tak lah Dr, mana ada Pakistan. Saya Indian Muslim. Both my parent are Indian” jujur Hana Aishah terangkan.

“Pure Indian lah ni. No wonder cantik” puji Hariz.

“Ehh mamat ni nak menggatal ke apa dengan aku. Dah ada anak bini oiii. Aku ketuk kepala baru tau” rungut Hana Aishah di dalam hati. Dia mula tak sedap hati.

“Can I ask you something Hana. I.. “ belum sempat Hariz habis bicara , pelayan datang mengambil pesanan. Lega Hana Aishah. Buatnya Hariz nak tanya benda pelik - pelik , memang dia lari.

“Ok back to my question “ mata Hariz tertacap ke arah Hana Aishah. Hariz yang berkulit putih dan mempunyai anak mata hitam itu memulakan bicara. Matanya kalau nak banding dengan mata Hana Aishah memang kalah. Matanya sedikit sepet , terima kasih kepada neneknya yang berbangsa Cina.

“Errghhh Dr nak tanya apa pulak ni” tanya Hana Aishah sambil menggaru kepalanya.

“You ingat tak first day you report to Orthopaedic Department?“ tanya Hariz penuh misteri.

“Mana boleh tak ingat. That’s the beginning of my hell thanks to your BFF” perli Hana Aishah. Hariz dan Fakhrul ajaibnya adalah kawan baik sejak dari sekolah rendah. Yang ajaibnya perangai mereka macam langit dan bumi . Hariz yang chill dan Fakhrul yang uptight. Entah macam mana mereka jadi kawan baik, only God knows.

“No I mean before that . Early in the morning” Hariz cuba memberi clue kepada Hana Aishah.

“Morning tu saya tidur , and then wake up late and ended up in the Dragon’s arena” Hana Aishah menggaru kepalanya yang tidak gatal itu dan cuba mengingati balik hari yang paling dia tak suka itu.

“Seriously Hana , you don’t remember what happen at the parking lot?” Hariz macam tak percaya tetapi muka Hana Aishah memang nampak naif dan jujur tak tahu apa - apa.

“Dr, if you want to say something can you not beat around the bush and go straight to the point. Saya lapar ni, memang otak cannot think lah” Hana Aishah makin keliru.

“You stole my parking spot Hana” tona suara Hariz bertukar serius dan kedengaran tegas. Matanya tajam memandang Hana Aishah. Muka Hana Aishah pucat.

“Seriously Dr. I ... I” Hana Aishah jujur tidak tahu.

“You ! Hana have stolen my parking spot and dont even bother to apologise” jari telunjuk Hariz menghala tepat ke hidung Hana Aishah yang mancung itu.

“Dr saya mintak maaf. I really didn’t know. Saya baik tau, saya tak cut cue tau” suara Hana Aishah sudah separa menangis. Dia tak nak mencari masalah baru dengan bos lain pula di jabatan ini. Ini pula bos sebaik Hariz.

“Dr bawak saya ke sini nak marah saya lah kan” mata Hana Aishah mula bergenang. Tak cukup kena maki hamun depan pesakit sekarang dia kena terima hakikat dirinya bakal dimarahi di khalayak ramai.

“You seriously didn’t notice my car?” Hariz curiga kerana keretanya berada di hadapan sedikit dari tempat parking kosong waktu itu kerana dia hendak reverse parking.

“I swear I didn’t notice Dr?” Hana Aishah sanggup bersumpah sebab memang dia tak perasan.

Hariz memandang muka Hana Aishah sambil mengusap jambangnya yang sudah mula tumbuh. Sejak anaknya Aqeel Tufayl lahir tidurnya tak pernah lena. Semua tak terurus.

Makanan mereka sampai dan Hana Aishah sedang menguis - nguis nasi di dalam pinggannya. Hana Aishah diselubungi rasa bersalah. Hariz pula sedang menikmati makanannya.

“Makanlah. Nobody ever told you its not nice to play with rezeki” Hariz melihat pinggan Hana Aishah yang masih penuh.

“Dr marah saya kan. I feel guilty ok” Hana Aishah meluahkan kesedihannya. Matanya yang nampak sedih itu membuatkan Hariz tertawa.

“I tak marahlah. You didn’t mean it plus this is your punishment. Teman I lunch” Hariz senyum sambil menyambung makan.

“Betul ni?” Hana Aishah inginkan kepastian. Dia tersenyum apabila Hariz mengangguk. Mereka meneruskan makanan sambil berborak mengenai pesakit. Hana Aishah sedang menikmati makanan yang baru dimakan suku pinggan apabila dia dapat merasai aura lelaki itu.

“Please dont be him , please dont be him” Hana Aishah berdoa berulang kali di dalam hatinya. Dia tak nak mengangkat mukanya kerana dia akan nampak mimpi ngerinya.

“Bro, sorry I’m late” seraya itu Hana Aishah mendengar kerusi di sebelahnya di tarik dan seraya itu makhluk yang lagi gerun dari langsuir duduk di tepinya. Tangannya terhenti dari menceduk nasi kegemarannya. Selera makannya putus.

“You came?” Hariz pun terkejut. Pagi tadi apabila dia whatsapp Fakhrul , lelaki itu tidak membalas mesejnya. Kemunculan Fakhrul yang secara tiba - tiba ini mengejutkan dia.

“You text me remember? So what are we having?” Fakhrul jawab secara bersahaja. Dia lansung tidak menghiraukan Hana Aishah. Hana Aishah seperti tidak wujud di tepinya.

Hana Aishah pula makin tidak selesa kerana bahu dan paha Fakhrul terasa sangat dekat dengannya. Dia mahu bergerak jauh sedikit tetapi dia risau dua lelaki itu perasan akan perasan.

“Nasi arab obviously. I’m not sure we have nasi taiwan here. Plus you didn’t reply my text and I already have my lunch date” Hariz menghalakan pandangannya kepada Hana Aishah. Gadis itu telah menghentikan makanannya. Muka Hana Aishah cemberut menunjukkan ketidakselesaannya.

“So you dont want me here then. Ok fine” suara Fakhrul kesengaran tiada perasaan dan dia terus mengangkat punggungnya. Sebelum sempat dia melangkahkan kakinya , tangannya di tarik Hariz.

“Since when you know how to sulk . I was just kidding man” laju Hariz memujuk. Fakhrul ada satu tabiat iaitu bila dia benci dia akan buang benda itu dari hidupnya. Sudah 24 tahun Hariz bersahabat dengan Fakhrul dia sudah masak sangat dengan lelaki seorang ini. So don’t get into his bad side.

“Wait , I’ll go get the waiter for you?” Hariz menawarkan diri melihat muka Fakhrul yang tiada perasaan. Dia tahu sangat bila Fakhrul. Suaranya boleh menipu orang lain tetapi bukan Hariz.

Hendak gugur jantung Hana Aishah apabila dia mendengar perkataan itu. Belum sempat dia menghalang Hariz , lelaki itu telah bangun. Suasana sunyi seketika.

“You’re so cheap did you know that. I thought you’re just a useless doctor but apparently you’re also a slut, sleeping your way to the top” perlahan sahaja suara Fakhrul selamba menuduhnya. Hana Aishah rasa macam maruahnya di pijak sampai lunyai.

“If I ever see you anywhere near him , I’m gonna make sure you live in hell” cara Fakhrul memberi amaran dengan muka selambanya , sesiapa yang lalu di situ dan nampak mereka pasti tidak dapat mengagak perbualan mereka.

Fakhrul yang memakai seluar khaki berwarna nude dan berbaju tshirt lengan pendek Brooks Brother berwarna hijau muda sedang melihat telefonnya sambil memberi Hana Aishah amaran.

Fakhrul mempunyai raut wajah yang kacak . Tetapi hanya Hana Aishah yang tahu rahsia sebenar wajah itu. Matanya yang bulat dan bulu matanya yang lebat dan lentik itu mungkin boleh menipu mata orang lain tapi Hana Aishah tahu mata itu penuh dengan benci terhadapnya. Bibirnya yang tidak terlalu nipis atau tebal yang dilengkapi dengan set gigi yang sempurna itu hanya illusi . Hakikatnya mulut itu telah banyak membunuh semangatnya.

Satu sahaja kekuatan Hana Aishah untuk meneruskan perkerjaan dia, mak dan abahnya yang sudah tua. Dia tak boleh bergantung dengan mereka. Seorang lagi adiknya masih di universiti.

Hana Aishah daripada keluarga kelas pertengahan. Kewangan mereka masih stabil tapi dia tahu sudah sampai masanya dia membantu kedua ibu bapanya. Sebab itu belanja bulan - bulan kedua adiknya dia tanggung. Lagipun kalau dia berhenti hutang belajar dan bayaran bulanan keretanya bagaimana pula.

Kata - kata Fakhrul terlampau kejam tapi dia tak mampu untuk berbuat apa-apa. Dia hanyalah houseman. Dia tahu Fakhrul boleh membuat rekodnya buruk dan lebih teruk lagi dia diberhentikan . Perlahan Hana Aishah menolak kerusinya ke belakang dan bangun. Hana Aishah terus melangkah keluar tanpa sepatah kata.

Keluar sahaja Hana Aishah dari restoran itu air matanya tumpah. Dalam keadaan yang panas terik itu dia meneruskan langkahnya untuk pulang ke hospital.

“Ya Allah , kalau betul aku dianiayai kau lindungilah aku dan berikanlah aku kekuatan. For indeed I’m not strong” Hana Aishah berdoa di dalam hati. Sakitnya hati dia , hanya Allah sahaja yang tahu.

******************************


Hariz yang kembali ke meja bersama pelayan tadi merasa pelik. Makanan Hana Aishah yang masih banyak berbaki itu masih di situ. Yang peliknya tuan punya makanannya sudah tiada.

“Give me this Kebab Firaah Cheese and Turkish tea in small pot” Fakhrul memesan makanan tanpa ada perasaan. Selesai mengambil pesanan pelayan itu pergi ke arah dapur dan Fakhrul memandang muka Hariz yang nampak berkerut itu.

“Whats with that face?” tanya Fakhrul.

“Mana budak Hana ni pergi?” Hariz meluahkan kecurigaannya. Tadi dia singgah ke tandas sebentar , itu yang dia agak lama pergi. Fakhrul hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu dan terus melihat Iphone nya.

“She didnt tell you anything?” jelas kerisauan Hariz.

“Why are you so worried? You’re not having a thing with that slow girl right?” Fakhrul mula curiga.

“You idiot. I just had a kid and why would i cheat on my hot wife” Hariz tak pasti mahu tergelak atau marah Fakhrul. Hariz dan isterinya Idora berlajar di universiti yang sama dengan Fakhrul , University of Harvard. Fakhrul tak adalah rapat sangat dengan Idora jadi Hariz tak faham kenapa Fakhrul perlu risau kalau dia mahu mengorat Hana Aishah pun.

“I’m just worried because she came here with my car , how is she going back?” sambil itu tangan Hariz laju mendail nombor Hana Aishah. 3 kali dia call dan tiada jawapan.

“She got brain she can figure it out unless she’s so damn stupid can’t even do a mundane task”Fakhrul mula menunjukkan rasa menyampahnya. “Can we talk about something else”

“Chill man. What’s get your knicker so twisted?” Hariz mula mengusik Fakhrul.

“Oh my god. You like this girl” tuduhan Hariz disambung dengan gelak besar darinya sehingga pelanggan lain memandang ke meja mereka.

“No I don’t. She’s out of my league” angkuh Fakhrul berkata. “You better stop or I’m ditching this” ugut Fakhrul apabila Hariz tidak berhenti ketawa.

“Ok , ok. Sorry man. Come let’s just eat” Hariz tahu bila dia perlu berhenti. Fakhrul ini bukan boleh bawa bergurau. Kadang - kadang dia kasihan dengan rakan baiknya. Macam tiada kehidupan. Sentiasa serius

Selepas itu mereka menghabiskan lebih kurang sejam dia restoran berborak sambil makan. Sewaktu pelayan arab tadi datang untuk menghantar bil , Hariz menyuruh pelayan itu membungkus makanan Hana Aishah yang berbaki tadi. Niatnya untuk menghantar makanan itu kepada Hana.

Kasihan Hana Aishah , jauh dia perlu berjalan ke hospital. Ambil masa 15 minit ditambah pula dengan cuaca panas terik. Hariz harap Hana Aishah memanggil grab dan tidak berjalan kaki.

Niat Hariz itu dibantah keras Fakhrul. Dia mengajak Hariz ke club house mereka untuk bermain tennis. Kedegilan Fakhrul membuatkan Hariz kalah dan makanan itu dibiarkan sahaja tanpa dibungkus.

Fakhrul harus sentiasa betul dan menang. Hariz sudah rancang untuk menulis buku survival tips dan menghadiahkan kepada bakal isteri Fakhrul kerana hanya mereka yang terpilih sahaja boleh hidup dengan lelaki sesukar itu.

“Sir, your bil has been paid” Hasan pelayan Arab tadi memaklumkan kepada Hariz dan Fakhrul.

“We havent paid yet though” Fakhrul menyuruh pelayan itu pergi dan periksa semula. Hasan pergi dan memanggil pengurusnya Mohammad.

“The lady with you had paid the bil earlier before she went off” terang Mohammad dalam slang arabnya yang pekat itu. Hana Aishah memberikan rm300 kepada Mohammad sebelum dia keluar.

“This is for that table” sambil itu Hana Aishah menunjuk kearah meja yang diduduki Fakhrul. Mohammad terkejut melihat jumlah itu.

Dia cuba menerangkan kepada Hana Aishah bahawa jumlah itu terlalu banyak dan jika ada baki nanti bagaimana dia mahu pulangkan tetapi Hana Aishah menyuruhnya meletakkan baki duit itu ke dalam tabung Syria/Palestine yang Mohammad letakkan di atas kaunter pembayaran kedai itu.

Fakhrul terdiam manakala Hariz pula merungut memarahi Hana Aishah kerana membayar bil makanan itu dan meninggalkannya tanpa memaklumkannya.

Fakhrul cuba mengenepikan rasa yang dirasainya waktu itu. Dia tak faham apakah perasaan itu tetapi yang pasti dia tak menyukainya.

Share this novel

Norazyah Hamid
2020-01-08 11:52:43 

bila nak sambung ni x sbr tggu


NovelPlus Premium

The best ads free experience