Chapter 74

Romance Completed 632599

Fakhrul berdiri memandang ke arah pintu rumahnya. Lelaki itu nampak seperti sedang meneliti pintu rumah itu tetapi hakikatnya , dia sedang memikirkan suri rumahnya. Semakin hari hatinya semakin tawar melihat perangai Hana Aishah.

Fakhrul tahu isterinya cuba untuk menceriakan diri di hadapan Fakhrul tetapi kepura puraan itu lagi menyakitkan hatinya. Senyuman palsu , kata - kata palsu.. ahh segalanyalah palsu.

“He’s gone. Its just you and me now. I want us to move on past it but you clearly are still stuck with his memory. I’m trying to patience with you but I don’t know how long I can stand this attitude of yours” perbalahan mereka seminggu lepas bermain di kotak mindanya.

Hendak panggil itu satu perbalahan pun susah kerana setiap kali Fakhrul berbicara hanya kesunyian menjadi jawapannya. Hana Aishah hanya akan duduk diam sambil memeluk tubuh. Mata isterinya yang selalu menjeling ke arahnya penuh bersemangat untuk menyoal balik dirinya kini hanya merenung ke lantai.

Hati Fakhrul menjadi tawar untuk balik ke rumah. Hari ini masuk bulan ke lima pemergian Adam , bermakna sudah lima bulan juga Fakhrul masih lagi kecewa. Mereka sedang berusaha untuk hamil lagi tetapi setiap kali haid Hana Aishah datang setiap kali itu Fakhrul kecewa.

Hatinya kecewa melihat keputusan alat kehamilan itu tetapi yang lebih mengecewakannya adalah apabila jelas sangat hanya dia seorang yang mahukan zuriat. Hana Aishah tidak ubah seperti patung bernyawa.

Diajak bersama , Hana Aishah menurut tanpa perasaan. Disuruh membuat ujian kehamilan , wanita itu menurut seperti lembu cucuk hidung. Bila keputusan keluar negatif isterinya hanya berdiri kaku tanpa perasaan. Hana Aishah yang penuh dengan semangat itu sudah hilang. Yang tinggal hanyalah satu jasad bernyawa tanpa perasaan.

“Give me strength” Fakhrul sempat berbisik sebelum membuka pintu mahagoni rumah banglo itu.

Seperti hari - hari sebelum ini, Hana Aishah sudah berdiri tercegat di pintu masuk rumah itu menanti Fakhrul pulang. Fakhrul melihat gaun berwarna putih separas paha yang didandan Hana Aishah. Rutin Fakhrul memilih baju Hana Aishah sudah kembali.

“Assalamualaikum abang” Hana Aishah memaniskan mukanya sambil menghulurkan tangan menyalami Fakhrul.

Usai menyalami tangan Fakhrul , beg laptop Fakhrul diambilnya dan diletakkan di atas meja kecil di ruangan bersebelahan pintu masuk itu. Tangan Fakhrul dipimpin sebelum suaminya mendudukkan diri di kerusi kayu itu.

Kemudian seperti hari - hari sebelum ini Hana Aishah akan duduk bersimpuh di lantai sebelum kaki Fakhrul diletakkan di ribanya. Stokin suaminya ditanggalkan satu per satu kemudian stokin itu diletakkan di raga rotan bersebelahan set meja itu. Fakhrul tekun memerhatikan wajah isterinya dan susuk tubuh Hana Aishah yang sudah kembali kurus seperti sebelum mereka berkahwin.

“Aishah prepare masak lemak udang with bayam goreng kering. Abang mandi dulu , Aishah panaskan balik lauk” kata - kata itu hanya kedengaran seperti robot di pendengaran Fakhrul.

Fakhrul merenung wajah Hana Aishah yang sudah berdiri di sebelahnya. Tangan kirinya memegang beg suaminya , tangan kanannya merangkul lengan kiri suaminya. Mata Fakhrul terpegun melihat leher jinjang Hana Aishah yang terdedah kerana memakai gaun yang tiada lengan itu.

“Mandi dengan abang” Fakhrul memeluk pinggang Hana Aishah erat. Leher isterinya di kucup penuh rindu. Haruman tubuh itu menaikkan keinginannya.

Hana Aishah hanya menganggukkan kepalanya. Fakhrul cuba menyabarkan dirinya melihat reaksi tanpa perasaan Hana Aishah apabila diajak mandi bersama. Kalau dahulu mulut itu laju sahaja melawan.

******************************


“Zura where’s my black coffee?” suara Fakhrul bergema ke segenap klinik pakar itu.

Mata wanita muda yang memakai baju jururawat itu merenungnya manja. Zura merupakan jururawat yang sudah lama berada di Jabatan tulang tetapi hanya baru - baru ini dia ditukarkan ke klinik pakar. Memang dia minta untuk ditukarkan ke situ.

“La saya ingat Mr Fakhrul tak nak saya buatkan coffee. Dah seminggu saya buatkan tapi Mr Fakhrul tak comment apa - apa pun” suara manja Zura melawan bosnya yang sangat terkenal dengan sikap garangnya.

“Coffee stat” suara dingin Fakhrul mengarah sebelum pintu bilik itu ditutupnya. Zura sudah tersenyum penuh kejayaan waktu itu.

“Beraninya kau” Sufi rakan sejawatnya menegur.

“Singa ni kena lentur sikit - sikit. Lama - lama dia dengar cakap” Zura yang sedang berdiri itu tersenyum penuh makna sambil melangkah menuju ke pantri.

“Singa wei. Tunduk macam mana pun sekali dia ngap kau mati” Sufi sudah terkekek ketawa.

“Tengah tunggu dia nak ngap la ni” Zura membalas dengan selamba. Butang bajunya sengaja di buka satu menampakkan luruh dadanya. Pagi - pagi ini mana ada ketuanya oleh itu dia boleh berbuat sesuka hatinya.

Tidak sampai lima minit, Zura sudah menuju ke bilik Fakhrul bersama secawan kopi pekat kesukaan bakal suaminya. Zura sudah tertawa sendiri apabila mendengar suara hatinya. Dia mengetuk sekali sebelum melangkah masuk.

“I haven’t gave you permission to enter” Fakhrul yang sedang sibuk menaip di laptopnya itu bersuara dingin.

“Mr Fakhrul ni , saya dah penat - penat buat kopi tau. Dah lah panas, lama lah nak tunggu Mr Fakhrul bagi permission tu” Zura mengadu manja. Dia berjalan menuju ke arah kerusi yang diduduki Fakhrul.

“Coffee on the table and then get out” Fakhrul mengarah kasar. Zura melenggokkan jalannya sebelum dia berdiri betul - betul di sebelah kerusi Fakhrul. Kemudian tubuhnya ditundukkan dan dia meletakkan kopi yang dipegangnya di atas meja mahagoni itu.

“Mr Fakhrul nak saya tolong apa - apa tak. Kemaskan meja ke, kemaskan baju Mr Fakhrul ke ... ehhh” Zura tertawa sendiri mendengar lawaknya. Fakhrul hanya diam tanpa reaksi. Dia menfokuskan dirinya untuk menaip tesis tahun akhirnya itu.

“Alaaa Mr Fakhrul ni , asyik senyap je. Apa orang putih cakap , the sun is still not up yet” Fakhrul menjeling ke arah jururawat itu. Kecut perut jugak Zura dibuatnya.

“I don’t have time for your chit chat. Get out” suara Fakhrul sudah naik satu oktaf. Tetapi saat matanya melihat kenakalan disebalik anak mata hitam itu , hatinya terus rindu akan isterinya.

Usai mereka mandi semalam , Fakhrul membaringkan Hana Aishah di katil tetapi saat melihat renungan kosong Hana Aishah hilang terus keinginannya. Fakhrul mengurungkan dirinya di dalam pejabat mini di rumah banglonya sehingga tertidur di sofa di bilik itu. Pagi tadi pula awal lagi dia sudah bergerak keluar rumah. Sarapan yang disediakan Hana Aishah tidak dijamahnya.

Zura sudah tersenyum kejayaan saat dia melihat pandangan Fakhrul yang dihalakan ke arahnya. Akhirnya ikan sudah masuk ke jerat. Sengaja dia tundukkan dirinya dan menongkatkan dagunya di atas rak dokumen yang tersusun di atas meja itu.

“Mr Fakhrul ni janganlah pandang saya macam itu. Seganlah” Zura sengaja buat - buat malu. Mata Fakhrul masih tertacap pada figura dihadapannya. Dia membayangkan kemanjaan Hana Aishah yang dahulu. Hana Aishah yang sudah hilang semenjak pemergian Adam.

“Bro...” belum sempat Zura hendak masuk daun , pintu bilik pejabat Fakhrul dibuka dan Hariz memunculkan dirinya.

Zura memandang Hariz itu dengan pandangan tidak berpuas hati. Fakhrul yang tersedar daripada lamunannya itu memandang ke arah Hariz yang memandangnya dengan pandangan tidak percaya itu.

“What are you doing sitting on his desk? Get your ass off it now” suara Hariz naik satu oktaf. Zura memasamkan mukanya sebelum meluruskan tubuhnya dan berdiri di sebelah Fakhrul.

“Fakhrul” Hariz menjeling lelaki itu mahukan penjelasan tetapi Fakhrul membuat muka selambanya sebelum meneruskan kerjanya yang tadi tergendala. Hariz merengus kasar. Pandangannya dihalakan pada wanita berbadan berisi di sebelah Fakhrul itu.

“You ni tak ada kerja lain ke dekat luar tu? Bila masa you jadi PA Mr Fakhrul. Get the hell out of this room” Zura semakin tidak berpuas hati melihat layanan kasar Hariz itu. Fakhrul pula sudah tidak memperdulikannya.

“Saya buatkan coffee untuk Mr Fakhrul. Mr Hariz ni kenapa nak marah - marah saya” Zura menjeling pakarnya itu.

“Sebab I tahu you bukan nak hantar coffee je. Don’t play with me Nazura” mendengar ugutan Hariz itu terus dia mematikan niatnya untuk melawan. Kakinya melangkah keluar dengan muka tidak berpuas hatinya.

“What the hell is wrong with you Fakhrul? Kau buang tabiat ke apa bro?” saat pintu bilik itu tertutup Hariz terus bertanya tidak berpuas hati.

“Its still morning. Save the energy and enthusiasm” Fakhrul membalas bersahaja.

“What the fuck was that? And dont fucking tell me it was nothing? Kau gila ke apa?” wajah Hariz sudah merah padam saat itu.

“Language” Fakhrul menghentikan taipannya. Matanya melawan jelingan tajam Hariz.

“Don’t give me that bullshit” Hariz menghentakkan punggungnya di atas sofa di dalam bilik itu. Geram betul dia dengan Fakhrul saat itu.

“Nothing happen and if something happen also there’s nothing wrong with it. I have 3 more quota” mulut Hariz tenganga luas mendengar bicara tidak masuk akal Fakhrul itu.

“You’re being serious right now?” Hariz bertanya.

“I mean that kind of woman. I know you better than this Fakhrul. You dont go for cheap stuff like that. What is actually happening?” Hariz melembutkan suaranya di akhir bicara. Lama Fakhrul terdiam.

“She’s different. The girl I married wasn’t that woman who is greeting me everyday at home. She ... she’s not my Hana Aishah” suara Fakhrul kedengaran penat. Hariz dapat melihat betapa lelaki itu sedang bergelut dengan emosinya sendiri. Fakhrul yang dia kenal bukan sebegitu.

“Fakhrul. You guys just lost your baby. Your firstborn. You didn’t carry her for 9 month Fakhrul. She did. You imagine the things that she is going through right now. You can’t expect her to turn back into her old self. She’s a human Fakhrul. She is not a robot where you can switch her mood according to your preference” Hariz memujuk Fakhrul lembut. Dia perlu berhati - hati dalam bicaranya saat itu.

“I told her we can restart everything again. He was the reason this whole mess start. And he’s gone. So ... so we just delete that part and move on. She just need to focus on me” Hariz cuba menahan rasa marahnya saat mendengar bicara Fakhrul. Semudah itu lelaki itu membuat keputusan.

“I forgive her. I took her back. What more she could possibly want? She ruin everything but I still took her. She should be grateful” Hariz menggelengkan kepalanya tidak mahu mempercayai apa yang didengarinya.

“She didn’t do it Fakhrul” Fakhrul tertawa sinis saat mendengar ayat Hariz itu.

“Ketawalah macam mana kau nak bro. Unlike you , your dad is going out of his way to prove the innocence of your wife. Kau suami dia Bro. Kau yang kena jaga maruah dia. Tapi ...” Hariz menggelengkan kepalanya kecewa. Jelas kekesalan di sebalik suara itu.

“I did. Don’t accuse me without evidence “ Hariz tertawa kuat mendengar balasan Fakhrul.

“Sakitkan. Bila kau kena fitnah walaupun beribu kali kau cakap kau tak buat. Sakitkan. Bila kau sumpah atas Quran pun orang yang patut protect kau still tuduh kau” Hariz melawan renungan Fakhrul. Kata - kata itu perlu dia tuturkan.

“Simon checked everything. It was original” jelas kesungguhan Fakhrul mahu mempertahankan dirinya.

“Kau tau tak Simon Corp was the major share holder at the hotel that the video was taken?” Fakhrul menganggukkan kepalanya laju.

“That’s why I ask him” Hariz menepuk kepalanya.

“He was behind all of this. Do you know that your papa already track down the guy who was in the video” Fakhrul terdiam seribu bahasa saat mendengar kata - kata Hariz.

“No. It was Aiman. Simon told me it wasnt fake nor was it superimposed” Fakhrul bertukar pucat saat itu.

“He is right. It wasn’t superimposed nor fake. It was a real video but the two people inside the video are not Hana and Aiman. Your papa have him in his custody. They’re tracking down the girl who was in the video now” Hariz dapat melihat anak mata Fakhrul bergerak - gerak cuba menafsir maklumat yang baru disampaikan Hariz itu.

“No... I ... I ... No” Fakhrul menggelengkan kepalanya laju. Hariz menahan rasa sedih saat melihat wajah Fakhrul yang bertukar marah itu.

“Fakhrul. Take a deep breath in. Its ok. Hana is still here. Like you say. Start over. Apologies to her. She really loves. I know she will forgive you” Hariz memujuk Fakhrul yang sudah berdiri dan mundar mandir di dalam bilik itu.

“Adam wasn’t mine. She cheated on me. That’s the truth” Hariz menarik nafas dalam saat mendengar kata - kata yang dilafazkan Fakhrul itu. Lelaki itu seperti tidak siuman saat itu.

“Bro ...” belum sempat Hariz hendak menyambung bicara Fakhrul meluru keluar daripada bilik itu.

Tidak sempat Hariz hendak mengejar , Fakhrul sudah hilang daripada pandangannya. Hariz mengeluh berat di kaunter pendaftaran klinik pakar itu. Dato’ Karim yang baru muncul daripada arah yang Fakhrul tuju.itu memandang ke arah Hariz penuh tanda tanya. Dengan isyarat matanya , dia menyuruh Hariz masuk ke biliknya.

“Why did he storm off like that? Tak tegur Uncle lansung” Dato’ Karim bertanya kebimbangan. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi pejabatnya.

“I told him” Dato’ Karim terkejut mendengar pengakuan Hariz itu.

“I thought Fadhil told you to wait till we found the girl” Hariz tersenyum pahit saat mendengar kata - kata Dato’ Karim itu.

“You wouldn’t say that if you see the scene that I saw at his clinic just now” Hariz menahan rasa saat itu. Dia bersimpati dengan nasib Hana Aishah.

“I wish Hana didn’t met him” Dato’ Karim dapat menangkap kekesalan yang meliputi bait kata Hariz itu.

“We cannot question His decree Hariz. Tak baik” Hariz tertawa sinis mendengar nasihat Dato’ Karim itu.

“Takdir apa uncle. Till now he couldnt accept Adam. That first moment I saw that boy, I know there and then its Fakhrul’s. Sebijik Fakhrul uncle. Tak payah paternity test pun everyone can tell he is his son” merah mata Hariz menahan sebak apabila mengenang saat dia memegang anak kecil itu.

“What uncle Fadhil said was right. Fakhrul tak layak untuk Adam. That’s why Allah tak izinkan dia azankan Adam when he was born neither did he get to say syahadah to his ear when he’s went” sebak suara Hariz berbicara. Dato’ Karim diam membisu.

“I know he got issues and how stupid of me thinking this girl is going to help him. No one can help him” entah mengapa hari itu hati Hariz betul - betul tawar.

“He’s my best friend but I’m not willing to sacrifice a girl so that he will come to his sense. One soul has gone and he is still the same Fakhrul. Nothing will ever change him” saat kata - kata itu meluncur di bibir Hariz , dia akhirnya sedar akan kebenaran kata - kata isterinya selama ini.

“I can’t give up on him. He’s my son” kata - kata Dato’ Karim memecah kesunyian yang menyelebungi mereka seketika itu.

“He wont be able to take it if Hana is gone” Dato’ Karim meluahkan kebimbangannya. Hariz tertawa perlahan.

“That’s exactly what I told Saz when she told me Fakhrul is not good for Hana. I didn’t listen. I was only thinking about Fakhrul. But....” Hariz menarik nafas dalam seperti mengumpul kekuatan untuk meneruskan bicaranya. Matanya merenung ke dalam mata Dato’ Karim.

“It is not Hana’s responsibility to make Fakhrul better. He need to fix himself on his own. He need help. Hana is not responsible to heal a broken child like Fakhrul” akhirnya terluah jua kata - kata itu di bibir Hariz.

Dato’ Karim terdiam. Kalau Hariz yang selama ini bermati matian cuba untuk mempertahankan Fakhrul sedaya upayanya turut berputus asa , bermakna kali ini Fakhrul benar - benar telah melampaui batas.

**********************************

Hana Aishah sedang duduk berteleku di atas sejadah sambil memandang ke luar jendela usai solat dhuha itu. Kesunyian yang sudah sebati dengan dirinya semenjak beberapa bulan ini menyelubunginya buat kesian kali.

Sudah hampir 2 bulan tiada pelawat yang datang menziarahi mereka. Dua bulan di mana hanya ada Hana Aishah dan Fakhrul sahaja. Di mana dunia Hana Aishah hanyalah rumah banglo itu dan suaminya sahaja. Hendak melangkah keluar dia sudah tidak berani.

Dia masih ingat amukan suaminya bulan lepas saat lelaki itu mendapat tahu Hana Aishah pergi membeli barangan mentah di kedai runcit berdekatan taman mereka. Hana Aishah tidak teringat mahu memberitahu suaminya tentang niatnya untuk ke kedai berdekatan .

Dia mahu masak lauk kegemaran lelaki itu tetapi barangan tidak mencukupi. Oleh itu dia berjalan kaki menuju ke kedai berdekatan taman mereka itu untuk membeli barangan runcit.

Tengah hari itu apabila Fakhrul pulang untuk makan tengah hari dan melihat plastik barangan yang belum sempat Hana Aishah kemaskan lelaki itu terus mengamuk walau bagaimanapun Hana Aishah cuba jelaskan.

Secara automatik tangan kirinya memegang kesan lecuran dilengan kanannya akibat terkena kuah masak lemak yang panas apabila Fakhrul menolak pinggan mangkuk di atas meja makan kerana marahkan Hana Aishah yang keluar tanpa izinnya.

Setiap saat yang berlalu dirasakan terlalu perlahan tetapi dalam setiap saat itu dia memohon untuk diambil pergi bersama Adam. Kenapa Tuhan tidak ambil nyawanya pergi bersama dengan Adam? Persoalan itu berlegar - legar di ingatannya.

Yang paling menyakitkan adalah Hana Aishah sudah tidak dapat merasai emosinya sendiri. Hari - harinya berlalu seperti wayang lama yang berjalan perlahan. Bukan dia tidak mencuba tetapi perasaan itu tidak kunjung tiba.

“The numbness is killing me” hati Hana Aishah berbisik saat melihat burung yang berkicauan di luar jendela itu. Kakinya secara automatik berjalan menuju ke tingkap yang terbuka luas itu. Mata Hana Aishah terpaku melihat kehijauan di sekeliling rumah suaminya itu.

Dan seperti hari - hari sebelum ini matanya memandang ke tingkat bawah rumah itu. Ketinggian yang seperti memanggilnya. Tubuhnya seperti mahu merasai apa yang sedang dirasai burung - burung yang sedang terbang berkicauan itu.

Kalau dia dapat terbang pergi dibawa deruan angin di kala itu mungkin rasa kebas itu akan hilang. Mungkin saat itu perasaan lain akan muncul. Tanpa Hana Aishah sedari tubuhnya sudah bertenggek di jendela itu. Merenung ke kawasan rumpunan yang menghijau itu.

Matanya dipejam rapat. Senyuman di bibir Adam sebelum dia pulang pada hari terakhir anaknya itu bernafas di dunia yang sementara ini bermain di layar matanya. Tetapi tidak sampai sesaat bayangan itu digantikan dengan renungan terakhir Adam. Cepat - cepat matanya dibuka semula.

Dadanya berdebar kencang. Itulah sebab matanya tidak pernah mampu lena. Kerana setiap kali matanya tertutup , renungan terakhir Adam itu akan menghantuinya. Anak mata coklat itu menanggung keperitan yang tidak mampu Hana Aishah gambarkan.

“I’m so sorry. I’m sorry” sebak Hana Aishah berbicara merenung ke langit yang terang itu. Saat itu dia mahu menamatkan segalanya. Kakinya merapati jendela itu tetapi sebelum sempat dia bertindak apa - apa , bunyi hentakan pintu mengejutkan dia.

Mata Hana Aishah berkelip beberapa kali sebelum dia menggerakkan tubuhnya menuju ke arah pintu utama kamar tidur mereka itu. Waktu masih awal pagi untuk suaminya pulang tetapi kakinya melangkah juga menuju ke tingkat bawah.

Saat dia sampai ke tingkat bawah dengan tubuhnya yang masih bertelekung itu , Hana Aishah melihat wajah kusut suaminya. Mata lelaki itu merah manakala kerutan yang jarang sekali hadir di wajah itu jelas kelihatan.

“Abang. Aishah tak masak lagi” Hana Aishah memberitahu suaminya tetapi saat Fakhrul memeluk tubuhnya erat , Hana Aishah terus terkaku.

Kejap pelukan lelaki itu. Pelukan kali itu lain. Pelukan kali itu membuatkan rasa yang Hana Aishah fikir sudah hilang daripada dirinya itu kembali. Perlahan - lahan hatinya yang kebas itu mulai terasa seperti hidup kembali.

Secara automatik tangan Hana Aishah memeluk kembali suaminya. Wajahnya dia benam di leher Fakhrul. Entah mengapa saat itu , mereka berdua hanya perlukan kesunyian dan pelukan sahaja. Kesunyian itu membawa beribu erti di dalam jiwa masing - masing.

“Aishah rindu abang” bibirnya secara automatik berbicara.

“Abang tak tinggal Aishah kan?” pintanya seketika kemudian.

Maklumat yang Fakhrul terima sejam tadi membuatkan dirinya hilang arah. Fakhrul memandu pergi tidak tahu arah. Selama ini segalanya yang dia terima adalah penipuan. Tak mungkin Simon boleh menipu dia. Dia kenal Simon. Lelaki itu sudah menjadi penyiasatnya lama dahulu. Mereka bukan kenal setahun dua.

Entah kenapa hatinya membawa dia kembali ke banglo itu. Dia perlukan Hana Aishah saat itu. Kata - kata Hariz berlegar - legar di mindanya. Segala kesakitan yang dia rasai itu tidak benarkah? Sewaktu kakinya melangkah masuk segala jenis perasaan bercampur. Bingung , sedih , marah , sakit kerana dikhianati bercampur baur.

Tetapi saat dia melihat Hana Aishah yang bertelekung putih di anak tangga rumah banglonya , segala perasaan itu terbang. Saat dia memeluk jasad itu , segala sakit yang dia rasai tadi hilang. Kata - kata Hariz tadi terus hilang dari mindanya.

Fakhrul menarik tubuh Hana Aishah naik ke dalam bilik mereka. Hana Aishah terpinga - pinga membuntuti Fakhrul. Sesampai mereka di bilik itu , terus Fakhrul tanggalkan telekung Hana Aishah. Saat Fakhrul membaringkan tubuh Hana Aishah dipembaringan , terus tawar hati Hana Aishah. Kerana itukah suaminya pulang.

Seperti sebelum - sebelum ini , pandangannya dibuang ke sisi , tidak merelakan perbuatan Fakhrul. Setiap kali mereka bersama , Hana Aishah tiada rasa. Perasaannya di matikan. Fakhrul mahukan zuriat tetapi secara fizikal dan emosi Hana Aishah lansung tidak bersedia.

Lelaki itu tidak pernah bertanya walaupun sekali. Mahukah Hana Aishah mengandung lagi? Kiamat barangkali sekiranya suaminya bertanya. Tubuhnya harta lelaki itu. Jadi buat apa bertanyakan.

“Bodohnya kau Hana Aishah” hatinya mengutuk sinis.

Tetapi saat Fakhrul menarik Hana Aishah ke dalam pelukannya daripada belakang , bukan menindihnya seperti selalu wajah Hana Aishah memaling memandang suaminya. Saat itu raut wajah Fakhrul yang tegang tadi beransur tenang.

Matanya berkedip melihat lelaki itu membaringkan kepalanya di dada Hana Aishah. Hana Aishah pasti degupan jantungnya yang laju itu mampu didengari suaminya saat itu.

“Abang..” Hana Aishah memanggil lembut. Fakhrul menggelengkan kepalanya perlahan menandakan dia tidak mahu berbicara.

Di waktu dhuha itu , Hana Aishah mengusap rambut Fakhrul sehingga lelaki itu tertidur. Haruman suaminya mendatangkan ketenangan di dalam jiwa Hana Aishah.

Perjalanan mereka terlalu berliku. Hana Aishah tidak tahu selama mana dia mampu bertahan. Tetapi saat itu dia mahu bekukan masa. Hanya mereka berdua tanpa sebarang bicara , tanpa sebarang gangguan.

******************************


“Sit” sepatah bibir itu berbicara menghentikan langkah Hana Aishah yang mahu memotong buah buahan untuk suaminya sementara lelaki itu menjamah nasi ayam yang dimasaknya itu.

Sejurus habis memasak , Hana Aishah terus menghidangkan makanan di atas meja supaya Fakhrul dapat makan sementara dia memotong buah dan membersihkan dapur.

“I haven’t cut the fruits. I’ll accompany you after I finish cutting it ok” Hana Aishah meminta tetapi gelengan kepala Fakhrul menandakan Hana Aishah perlu duduk.

Fakhrul menyuap makanan menggunakan tangan kanannya sambil tangan kirinya memegang tangan Hana Aishah. Hana Aishah tahu ada sesuatu yang berlaku pagi tadi kerana itu Fakhrul berkelakuan pelik.

Tangannya mengusap lembut jari Fakhrul yang runcing itu. Kuku gelas itu ditenungnya lama. Hana Aishah semenjak dahulu menyukai tangan lelaki itu. Hendak dibandingkan dengan tangannya yang gemuk dan pendek itu jauh sangat.

“I never tell you right” Fakhrul memandang ke arah Hana Aishah saat mendengar bicara isterinya.

“Aishah suka jari abang. Long and slender finger with kuku gelas. Kuku aishah dah la bentuk cawan pastu jari pendek- pendek” Hana Aishah tersenyum pendek sambil berbicara.

Fakhrul terpana melihat wajah Hana Aishah saat itu. Berbulan dia menanti senyuman di wajah itu akhirnya dia ketemu. Mata Hana Aishah masih ralit melihat jarinya. Suapan Fakhrul terhenti kerana ralit melihat wajah isterinya yang berseri hari itu.

“She didn’t do it Fakhrul” kata - kata Hariz bermain di mindanya. Sesak di hatinya kembali.

“Lets go away for sometime?” Fakhrul berbicara. Hana Aishah menganggukkan kepalanya sambil membalas renungan suaminya.

“Are you okay?” Hana Aishah mengusap pipi Fakhrul lembut. Fakhrul merenung sepasang anak mata coklat itu lama.

“I will be. You’re here” Fakhrul mengucup ubun - ubun Hana Aishah lama. Air mata mereka bertakung saat itu. Kedua - duanya mencari kekuatan bertarung dengan perasaan sendiri.

Tadi sewaktu Hana Aishah terjaga jam sudah menunjukkan pukul 3 petang. Perlahan - lahan dia memisahkan tubuh mereka tidak mahu mengejutkan Fakhrul yang sedang tertidur lena itu. Tetapi tidak sampai beberapa langkah dia melangkah menuju ke bilik air Fakhrul sudah terjaga.

Dan semenjak itu , Fakhrul melekat dengannya. Daripada mandi , bersolat , memasak segalanya lelaki itu akan memastikan Hana Aishah akan berada dalam jarak yang dia boleh capai. Sepanjang Hana Aishah memasak Fakhrul duduk atas kerusi tinggi di bar yang terletak di sudut kanan dapur itu.

Diam tanpa bicara tetapi mata itu tidak pernah lari daripada memerhatikan susuk tubuh isterinya yang bergerak lincah menyediakan juadah untuknya. Sepanjang masa itu , minda berputar cuba menghadam maklumat yang diterimanya.

Hati kecil Fakhrul sentiasa menidakkan perbuatan Hana Aishah. Jauh di sudut hatinya dia tahu Hana Aishah tidak akan curang tetapi semenjak sebelum mereka berkahwin lagi dia tidak pernah menyukai hubungan Hana Aishah dan Aiman.

Gambar dan video itu seperti membuktikan sangkaannya selama ini. Mana mungkin lelaki dan perempuan serapat itu tidak mempunyai apa - apa perasaan istimewa. Yang menguatkan lagi syaknya apabila Hana Aishah tidak mahu memutuskan hubungannya dengan Aiman.

“Its just you and me after this. Everything will be alright. It’ll be perfect again once you’ve conceived” mata Hana Aishah berkaca saat mendengar kata putus lelaki itu.

Dia tidak bersedia untuk melalui pengalaman beberapa bulan lepas. Hatinya tidak mampu menanggung derita seperti mana dia tanggung sepanjang dia mengandung sehinggalah saat Adam pergi. Lelaki itu akan meninggalkannya sendiri menanggung derita apabila fitnah baru dilemparkan kepadanya.

Tetapi kemana dia mahu pergi? Siapa yang mahu menerimanya? Nafasnya dihela berat. Bibirnya cuba mengukir senyuman pahit menyembunyikan derita hatinya.


*************************************


“Hana sihat?” Tan Sri Fadhil menggenggam erat tangan kanan menantunya.

Sepatutnya hari itu mereka berangkat pergi bercuti tetapi tiba - tiba Tan Sri Fadhil muncul di hadapan rumah banglo itu. Hana Aishah dapat melihat raut wajah Fakhrul berubah apabila melihat kedatangan Tan Sri Fadhil itu.

Hana Aishah menganggukkan kepalanya perlahan. Lelaki ini. Daripada saat Fakhrul membawa Hana Aishah bertemu Tan Sri Fadhil sehinggalah saat itu , lelaki tua inilah yang sentiasa risaukan dirinya.

Dia tidak layak untuk keluarga Tan Sri Fadhil , hakikat yang Hana Aishah tahu semenjak dulu lagi tetapi Tan Sri Fadhil dan Puan Sri Maria lah yang membuatkan dirinya terasa seperti sebahagian daripada keluarga mereka. Mereka berdua salah satu sebab mengapa dia tidak lari sewaktu hari pernikahannya.

Sayangnya dia pada orang tua Fakhrul setanding dengan sayangnya pada kedua ibu bapanya sendiri. Entah mengapa saat dia bertemu kedua orang tua itu , hatinya terus terpaut. Sedih mereka , sedihlah dia. Sebagaimana dia mahu ibu dan bapanya sentiasa tersenyum gembira seperti itulah dia mahu kedua orang tua Fakhrul sentiasa gembira.

Tetapi segalanya berubah dalam sekelip mata. Sesaat pun mereka tidak berhenti untuk bersangsi mengenai video itu. Sesaat pun mereka tidak kasihankan anak yang dikandungnya. Sampaikan wajah anaknya pun mereka tidak mahu tatap.

Betapa Hana Aishah mahu membenci mereka. Betapa Hana Aishah mahu mereka merasai yang dirasainya tetapi dia tidak mampu mendoakan yang buruk. Dia tidak mampu melihat mereka menanggung sakitnya.

“Allah know you could take it that’s why He is giving it to you. Aku tak mampu jadi sekuat kau Cha. Kau istimewa sangat. Aku percaya Allah dah simpan hadiah paling istimewa dekat syurga untuk kau” kata - kata Sakinah sewaktu melawatnya sewaktu dia berpantang.

Rindunya dia dengan Sakinah hanya Tuhan yang tahu tetapi dia tidak mahu menjadi penghalang kebahagiaan Sakinah. Benar kata ibunya, kalau betul dia sayang mereka Hana Aishah perlu pergi daripada hidup mereka ini.

Dia tidak mampu menjadi dirinya yang dahulu , jadi lebih baik mereka berpisah dengan manusia - manusia yang amat menyayangi Hana Aishah itu. Mereka akan terluka melihat keadaan dirinya.

“Papa dah jumpa” lamunan Hana Aishah terhenti saat mendengar suara Tan Sri Fadhil itu. Lama bapa mertuanya jeda.

“I got the guy already” Tan Sri Fadhil menghalakan pandangannya ke arah menantunya yang diam mendengar bicaranya.

“I’m waiting for my men to get the girl” tiada reaksi di wajah Hana Aishah saat itu.

“Once I get both of them , I’m telling everyone . My daughter is innocent” Tan Sri Fadhil mengharapkan sinar di wajah itu apabila dia menyampaikan khabar baru itu tetapi sekali lagi dia hampa.

“Hana dengar tak papa cakap ni” beberapa minit berlalu Hana Aishah masih merenung ke arah burung yang berterbangan di langit biru pagi itu.

Satu nafas panjang dihela sebelum dia merenung ke wajah bapa mertuanya. Tenang muka Hana Aishah memberi senyuman semanis yang dia mampu. Tan Sri Fadhil dapat melihat betapa sukarnya segaris senyuman itu diukir.

“Dengar” sepatah dia menjawab.

“Hana sayang papa” kepalanya dilentokkan di bahu yang dibaluti sut berwarna kelabu gelap itu.

“I’m sorry” kata - kata yang amat sukar untuk menutur di bibir orang sehebar Tan Sri Fadhil tetapi saat itu dia tidak sanggup melihat derita ditanggung menantunya itu.

“Papa tak salah” Hana Aishah menjawab pendek.

“Yes it’s my fault. I brought you into this mess. You would’ve been better if you didn’t....” Hana Aishah menggelengkan kepalanya perlahan mematikan bicara Tan Sri Fadhil.

“Hana kena redha. Jalan hidup Hana memang Allah dah tentukan macam ni. Hana tak pernah salah papa” Hana Aishah merenung bapa mertuanya lama.

“Kalau Hana tak kawin dengan anak papa , I would never meet such a loving father in law macam papa. Meeting you was the best part of this experience I’m going through” Hana Aishah memeluk erat lengan tua itu.

“Thank you for everything you’ve done” lama Hana Aishah jeda selepas itu. Mengumpul kekuatan untuk meneruskan bicara.

“Thank you sebab percayakan Hana. Thank you sebab berusaha nak selamatkan maruah Hana” pahit senyuman di bibir Hana Aishah saat itu.

“But it doesn’t matter anymore. The truth isn’t going to erase the pain that I’ve gone through. I’m used to pain so that’s not a big problem for me” Hana Aishah tertawa hambar saat kata - kata itu meluncur di bibirnya.

“But most importantly The truth isn’t going to bring Adam back” hati Hana Aishah seperti dicarik seribu saat nama anaknya meniti di bibirnya. Semenjak pemergian Adam sekalipun nama anaknya tidak meniti di bibirnya kerana dia tahu sakit itu akan merobek kembali lukanya seperti saat itu.

Tan Sri Fadhil terdiam tanpa bicara. Kelukaan di wajah itu jelas saat itu. Berbakul - bakul penyesalan dia rasai saat itu. Menyesal kerana punca kesakitan itu daripada anaknya. Menyesal kerana sangkaannya Fakhrul akan berubah dengan hadirnya Hana Aishah tetapi yang menjadi korban saat itu adalah menantunya.

“Hana ok. Papa jaga kesihatan. Hana tak nak papa datang sini. Hana tak nak abang buat dosa sebab tak hormat papa...” satu nafas panjang dihela sebelum Hana Aishah meneruskan bicara. Air matanya sudah bertakung saat itu.

“Hana tak suka tengok papa sedih sebab abang. Hana sayang papa. So papa doa Hana dari jauh. Selagi Allah bagi Hana kudrat , bagi nafas setiap pagi Hana akan bertahan” kuat genggaman bapa mertuanya Hana Aishah rasai saat itu.

“Hana sayang papa . Hana sayang mama. Hana tak marah siapa - siapa. This is no one’s fault. Jalan hidup Hana and Adam dah tertulis macam ini. Hana .... hana ...” tersekat bicaranya saat itu.

“Hana . You dont have to be strong all the time. You don’t have to stay. Papa tak marah kalau Hana nak pergi. You’re not obligated to stay with him. Cari bahagia Hana “ Tan Sri Fadhil berkata tegas. Pedih hatinya melihat keperitan diraut wajah Hana Aishah yang cantik dalam gaun berwarna coklat itu.

Kepala Hana Aishah digeleng lemah. Matanya dipejam rapat. Nafasnya sudah tersekat - sekat . Air matanya ditahan supaya tidak gugur. Lama mereka jeda. Tan Sri Fadhil merenung Hana Aishah yang sedang memejam rapat matanya. Dia pasti Hana Aishah sedang menahan air matanya.

“Hana dah redha Pa” saat kata - kata itu meluncur di bibir Hana Aishah matanya merenung ke dalam anak mata bapa mertuanya. Tan Sri Fadhil dapat melihat anak mata yang selalunya penuh dengan kasih sayang itu kini kosong.

“Redha dengan pasrah itu dua benda yang berbeza Hana” saat kata - kata itu meluncur di bibir bapa mertuanya , Fakhrul muncul daripada dalam rumah. Mata Hana Aishah dan Fakhrul bertaut. Seakan berbicara dalam bahasa yang hanya mereka faham.


****************************

“Sayang lapar?” Fakhrul memecah kesunyian yang menyelubungi mereka.

Perjalanan berbukit bukau itu sunyi di waktu itu. Di waktu tengah hari Selasa yang merupakan hari berkerja pasti jalan lengang seperti itu. Mana ada orang pergi bercuti sewaktu hari berkerja kerana itu nikmatnya lain. Dapat menikmati percutian tanpa hingar bingar manusia.

“Tak lapar. We had a big breakfast kan tadi” Hana Aishah membalas. Matanya masih ralit melihat pemandangan hutan belantara yang mereka lewati.

“Abang lapar. Nanti sampai villa sayang masak” Fakhrul mengucup tangan Hana Aishah lembut.

“Nanti abang singgah mart beli barang” Hana Aishah menganggukkan kepalanya perlahan. Suasana kembali sunyi.

“Kenapa senyap balik? Yesterday you were ok” akhirnya pertanyaan yang berlegar di ingatan Fakhrul itu terluah jua.

Semenjak pemergian Tan Sri Fadhil , Hana Aishah lebih banyak berdiam diri. Hal itu membuatkan Fakhrul gusar. Dia tahu Tan Sri Fadhil pasti berkata sesuatu mengenai hal video itu. Hatinya tidak senang kerana pelbagai senario bermain di mindanya.

“That’s why I don’t want outsiders to come. Sayang dengan abang je. Everything will be ok” suara Fakhrul bertukar keras. Hana Aishah masih diam tanpa bicara.

“What did he tell you?” Fakhrul mengasak.

“Aishah ok. Papa got nothing to do with it” Hana Aishah merenung lelaki itu. Anak mata suaminya kelihatan gusar. Sudah lama Hana Aishah tidak melihat reaksi itu. Samalah dengan pandangan penuh cinta suaminya. Yang ada hanyalah kebencian , kehinaan , kesedihan dan kelukaan.

“Then why are you quiet. Semalam ok je borak dengan abang. You even smile” Fakhrul terus mengasak.

Hana Aishah melihat tangan suaminya yang cekap mengemudi stereng itu. Tangan lelaki itu tegap berotot tetapi bukanlah seperti mereka yang suka membina badan itu. Sedap sahaja mata memandang.

“Quiet again” pecah tawa Hana Aishah mendengar rajuk suaminya.

Sikit lagi Fakhrul hendak terbabas terkejut mendengar tawa Hana Aishah yang sudah lama tidak dia dengari.

“Abang. Buruklah. Dah tua - tua nak merajuk macam tu” kata - kata itu diselang seli dengan tawanya.

Merah muka Hana Aishah melihat muka cemberut lelaki itu. Fakhrul yang sudah tidak dapat fokus memandu itu terus memberhentikan kereta BMW itu di bahu jalan yang berumput itu. Saat brek ditekan terus dia menarik tubuh Hana Aishah ke dalam pelukannya.

“Abang” Hana Aishah yang terkejut itu memanggil. Berkelip - kelip matanya kebingungan saat itu. Dia dapat mendengar degupan jantung lelaki itu yang laju.

“Abang” sekali lagi Hana Aishah memanggil. Tangannya yang tadi kejung di tepi itu diangkat sebelum dia mengusap belakang badan lelaki itu.

“I miss you” air mata Hana Aishah bertakung mendengar bicara lelaki itu.

“I’m here” Hana Aishah menolak tubuh suaminya untuk melihat wajah suaminya. Anak mata hitam suaminya bergerak - gerak tidak tenang.

“Don’t listen to him. Don’t ... don’t... don’t leave me “ terketar - ketar suara yang sentiasa yakin dan tegas apabila berbicara itu.

“What are you...” tidak sempat dia menghabiskan bicara jari suaminya menutup bibirnya.

“I know what he said. I heard the conversation. You cannot leave me. You promised me you wont” Hana Aishah menelan air liurnya kesat saat mendengar bicara suaminya. Jelas kerisauan di sebalik getaran bicara suaminya.

“Abang..” sekali lagi Fakhrul menggelengkan kepalanya menahan Hana Aishah daripada berbicara.

“I’m not stupid. Don’t lie to me like I’m an idiot” sekelip mata tona Fakhrul berubah kasar. Tajam mata Fakhrul merenung tetapi anak mata itu tidak mampu menipu Hana Aishah.

“You didn’t let me finish. Always making a conclusion of your own” bibir Hana Aishah diketap geram. Sabar sahajalah dia dengan sikap bipolar suaminya. Terus tubuhnya dijauhkan daripada lelaki itu.

Bunyi cengkerik daripada dalam hutan itu kedengaran. Hala tuju mereka hari ini pun Hana Aishah tidak tahu. Beg mereka disiapkan sebelum mereka tidur semalam. Sepanjang malam semalam hinggalah ke pagi, baik sahaja mood suaminya. Sejurus Tan Sri Fadhil hadir terus berubah sikap Fakhrul.

Fakhrul mengeluh kasar selepas beberapa ketika. Perjalanan mereka diteruskan dalam suasa hening. Masing - masing membawa diri ke alam yang dipenuhi dengan perasaan yang hanya mereka sahaja tahu. Fakhrul berspekulasi tentang isterinya manakala Hana Aishah berperang dengan hatinya sendiri.


**************************


Hana Aishah melihat kolam renang yang sedang berkocak tenang itu. Baju panas yang dipakainya itu dirapatkan lagi ke tubuhnya. Walaupun dia cuba untuk memanaskan badannya dengan duduk berdekatan dengan wap yang keluar daripada kolam air panas itu tetapi kesejukan suasana malam di Janda Baik itu tetap mencengkam sehingga ke tulang sum sumnya.

Baju tidur kelawar yang dipakainya itu memburukkan lagi situasinya. Giginya sudah berlaga menggigil kesejukan. Dengan tubuhnya yang kurus mereheng itu , lemak tubuhnya pun tidak mampu memanaskan tubuh Hana Aishah saat itu.

“Curi sweater abang” teguran Fakhrul itu tidak dibalas Hana Aishah.

Geram pula hatinya saat itu. Suka hati sahaja lelaki itu hendak berubah - ubah moodnya. Sekejap baik , sekejap sedih , sekejap marah. Pening kepala Hana Aishah hendak melayan.

Sesampai mereka di Villa setingkat itu , sepasang suami isteri berbangsa Nepal menyambut mereka. Fakhrul jalan menonong ke dalam meninggalkan Hana Aishah keseorangan. Sekurang - kurangnya kali itu semua beg diangkat pasangan suami isteri nepal itu.

Selepas itu suaminya menghilang. Hana Aishah terkapai seorang diri. Berpusinglah dia satu rumah mencari arah. Rumah setingkat itu mempunyai reka bentuk yang unik.

Masuk sahaja rumah itu terus berjumpa dengan ruang tamu utama yang dihiasi dengan ciri klasik. Perabot kayu jati dan lantai kayu itu menaikkan unsur kemelayuan di ruangan itu.

Kemudian melalui satu lorong yang agak sempit dia dibawa ke ruang tamu kedua yang mempunyai pendiang api. Tempat yang paling menarik mata Hana Aishah kerana ruangan yang dihiasi dengan ciri victoria itu bukan sahaja nampak klasik dan elegan tetapi pemandangan sisinya itu yang membuatkan Hana Aishah jatuh cinta.

Di sebelah kanan kawasan itu sebuah pintu kaca memisahkan ruangan itu dan kolam renang yang sedang Hana Aishah perhatikan saat itu. Dia seperti jatuh cinta pandang pertama dengan rumah itu. Kolam renang yang tertutup itu memisahkan rumah itu kepada dua bahagian.

Melalui kolam renang itu Hana Aishah menuju ke satu - satunya bilik tidur di villa itu. Bilik tidur yang seluas ruang tamu rumah banglo suaminya itu dipenuhi dengan segala kelengkapan. Sebuah bar , sofa dan TV sebesar 70 inci dan sebuah katil yang menghadap ke arah kolam itu.

Rekaan campuran moden dan klasik itu sangat menarik dan mewah. Hana Aishah tidak habis lagi menikmati keseluruhan rumah. Memikirkan masalah rumah tangganya membuatkan seleranya mati sebentar. Terumatanya apabila suaminya dilihat sudah terbaring di atas katil king itu tanpa memperdulikan Hana Aishah.

Hana Aishah membawa diri ke ruang tamu utama yang dia jumpai tadi untuk berjauhan dengan lelaki itu. Apabila asar habis barulah Hana Aishah menuju ke bilik tidur itu untuk mengejutkan suaminya untuk bersolat.

Usai solat sekali lagi suaminya menghilang entah ke mana. Hana Aishah ingat lelaki itu membawanya ke sini untuk memperbaiki hubungan mereka. Memperbaiki komunikasi mereka. Tetapi alih - alih dia ditinggalkan terkapai- kapai bersendirian. Hendak mencari gerangan sang suami tubuhnya sedang kelaparan. Tenaganya tiada oleh itu Hana Aishah duduk berteleku di sofa di kaki katil mereka itu. Matanya memandang ke arah kolam itu melihat kocakan air jernih itu.

“I’m cold now so you got to warm me up since you stole my sweater” gurauan kedua Fakhrul diikuti dengan rangkulan suaminya dipinggang Hana Aishah.

Hana Aishah hanya berdiri kaku. Hendak membalas nanti lelaki itu bipolar lagi oleh itu dia berdiam diri membiarkan suaminya melakukan apa sahaja mengikut cita rasa lelaki itu.

“Abang lapar” apabila Fakhrul sudah menyelesakan dirinya , bibirnya menyambung bicara.

“Have you brought the groceries?” tadi kerana marah sangat Fakhrul terus menuju ke Villa tanpa singgah ke kedai runcit untuk membeli barangan mentah.

“No. I’m not hungry for that” suara lunak suaminya menyambung.

Hana Aishah mahu mengeluh tetapi dia tahu apa akibatnya. Sekali hari itu dia tidak mahu bersama kerana badannya tidak sihat , lelaki itu pastikan Hana Aishah tidak tidur sepanjang malam itu melayannya. Pagi itu Hana Aishah bangun dengan kesan birat di pipinya dan tubuhnya. Hari itu Hana Aishah belajar untuk menurut tanpa berkata. Oleh itu ayat suaminya itu dibiarkan tanpa balasan.

Lansung tidak bertanya sama ada Hana Aishah sudah makan atau pun belum. Kesediaan Hana Aishah bukanlah satu keperluan untuk ditanya.

Tubuh Hana Aishah didorong ke katil kayu jati itu. Kaki Hana Aishah ikut melangkah tanpa rasa. Hendak menegah tiada guna dengan lelaki itu. Mahu mengadu dia lapar pun bimbang dirinya dimarahi.

Tanpa perlu di suruh Hana Aishah membaringkan tubuhnya dan wajahnya dihalakan ke bumbung kayu Villa itu. Matanya difokuskan pada lampu chandelier yang tergantung di tiang kayu yang memegang bumbung rumah itu.

Saat dia dapat rasakan bajunya ditarik Hana Aishah mematikan segala rasa di minda , hati dan tubuhnya seperti setiap kali mereka bersama. Hana Aishah mengira jumlah kayu yang mata kasarnya mampu nampak saat tubuhnya digunakan.

Entah berapa pusingan dia mengira kayu - kayu jati itu barulah Fakhrul selesai untuk hari itu. Saat Fakhrul berbaring kepenatan di sebelahnya Hana Aishah mengiring tubuh membelakangi Fakhrul seperti selalu.

“You’re fertile today. Abang tengok calendar sayang” suara ceria suaminya memberitahu. Hana Aishah diam sambil menghalakan pandangannya ke arah kolam itu. Matanya seperti tadi melihat kocakan air yang tenang itu. Penatlah dia malam itu.

“Sayang rehat first. After this we’ll try again” perut Hana Aishah yang sudah mula memedih itu ditekan saat mendengar kata - kata lelaki itu.

Selepas dia habis darah wiladah , haidnya yang tidak teratur sebelum mengandung itu mula datang setiap bulan dengan kitaran yang lebih teratur. Lelaki itu tanpa penat akan mengira waktu suburnya dan waktu itu tubuh Hana Aishah akan diperlukan.

Tetapi setiap kali haidnya datang di hujung bulan walaupun telah berusaha beberapa kali sewaktu waktu suburnya , lelaki itu akan kecewa. Kekecewaan Fakhrul adalah kesyukuran Hana Aishah di dalam diamnya.

Tubuhnya belum pulih sepenuhnya daripada melahirkan Adam secara pembedahan. Emosinya belum dapat menerima pemergian Adam. Hatinya masih belum kuat untuk menerima takdir yang menimpa dirinya. Tetapi itu semua tidak penting. Yang penting adalah lelaki itu mahukan anak.

“I want you to be more relax. Maybe its too stressful at home. So if we come here, somewhere quiet and cozier , we can get pregnant faster” bahu Hana Aishah yang terdedah itu dikucup Fakhrul lembut.

“This is why he brought me here. Bodohnya kau Hana Aishah” sinis hati kecil Hana Aishah memerli dirinya.

“Ini pasrah ke redha Hana Aishah” hati kecil Hana Aishah bertanya perlahan.

Share this novel

awer
2021-08-10 19:05:46 

eve sbb ep ni..aisyah derita sgt2..sbb tu fakhrul x layak dpt dia balik.bg endiang dia dgn mikha eve...sbb terlalu berat ape yg fakhrul buat kt hana

comey
2020-11-06 23:32:44 

c de ewww

Cahaya nur kaseh
2020-11-06 01:11:42 

seksanya hidup..


NovelPlus Premium

The best ads free experience