Chapter 10

Romance Completed 625664

Hari Isnin masuk seminggu dia dimasukkan ke hospital. Ms Suria sudah membenarkan Hana Aishah bergerak - gerak sedikit. Tapi kedegilan Hana Aishah memang tak boleh diubati, sebab itu dia sedang perlahan - lahan meniti sambil berpaut pada wall railing di wad seorang diri.

Muka Hana Aishah berkerut menahan kesakitan. Cuaca sejuk penghawa dingin di hospital tidak dapat menurunkan suhu badannya. Sakitnya dalam setiap langkah seperti dihiris - hiris menyebabkan badannya terasa bahang seperti di bawah cahaya matahari.

“Aishah” kuat suara itu menjerit mengejutkannya sehingga menyebabkan dia hilang kawalan dan hampir terjatuh kalau tidak kerana sepasang tangan memberi sokongan di kedua - dua bahunya.

“Astaghfirullah, luckily I didn’t fall flat on my face” gumam Hana Aishah. Dia memusingkan badan untuk berterima kasih kepada manusia yang menyelamatkannya dari jatuh. Terkejut dia apabila melihat muka penyelamatnya.

“Mr Fakhrul! What are you doing here and why were you screaming my name?” cepat - cepat Hana Aishah cuba berdiri dengan sendirinya tetapi gagal.

“Just stay put Aishah. Why are you so stubborn? Who told you that you can start walking 6 days post op?” bebelan Fakhrul itu menyirapkan darah Hana Aishah.

“Mr Fakhrul lah , kenapa jerit nama saya
? Terkejut tau , nasib baik tak jatuh flat face on the floor” Hana Aishah memarahi Fakhrul sambil itu dia cuba keluar dari pegangan Fakhrul. Dia tak selesa apabila Fakhrul bertukar menjadi baik dengannya.

“Aishah. You want to stay put or you want to me to carry you?” ugutan Fakhrul itu berjaya memutuskan niat Hana Aishah untuk keluar dari pegangannya.

Perlahan - lahan Fakhrul membantu Hana Aishah berjalan menuju ke biliknya. Hana Aishah menarik muka masam sepanjang perjalanan mereka yang teramat panjang itu.

“No need to make that sour face. It makes you uglier” teguran Fakhrul itu membuatkan Hana Aishah berpaling dan memandang tepat ke matanya.

“Ee Mr Fakhrul ni kan. Hari tu datang lepas tu lesap tak bagi tau apa pun . And then now datang nak kutuk orang” Hana Aishah mengecilkan matanya sambil mengerutkan dahinya. Suka hati sahaja Fakhrul datang kutuknya.

“Adik awak mana? Selalu dia yang teman kan” Fakhrul mengubah topik. Tak fasal nanti Hana Aishah berlari terus ke biliknya.

“Ada dekat dalam bilik tu. Dia jetlag, so saya tak nak kacau” jarang dia mendengar Fakhrul bercakap bahasa melayu. Selalunya aksen Britishnya yang pekat itu terpaksa dia hadap setiap hari.

“You don’t have clinic today is it ? Why are you here at these hour?” Hana Aishah sebenarnya tak selesa dengan sikap Fakhrul yang tiba - tiba terlebih ambil tahu. Dia tahu perubahan ini hanya sementara. Apabila Hana Aishah kembali bekerja situasi akan kembali seperti dahulu.

“Today is Monday Aishah. I dont have clinic in the evening. Its been only a week and you’ve forgotten about work already” kan Hana Aishah dah cakap. Baik macam mana pun Fakhrul , sikap membuli dan suka memerli orang itu tak akan hilang.

“Memory loss kena tampar hari itu” pedas Hana Aishah memerli. Dia dapat rasa pegangan Fakhrul longgar secara tiba - tiba . Selepas itu suasana sunyi sampai mereka tiba di bilik. Puas hati Hana Aishah apabila dia dapat memerli Fakhrul.

Sesampai di bilik , Fakhrul terkejut melihat sekujur tubuh lelaki di atas katil pesakit. Lelaki hari itu. Terus tawar hati Fakhrul.

“You didn’t tell me your “baby” is here?” keras suara Fakhrul memerli. Hana Aishah memandangnya pelik.

“How did you know I call him baby?” Fakhrul membantu Hana Aishah untuk duduk di atas kerusi . Laju sahaja langkahnya mahu keluar dari bilik itu. Menyesal dia menolak ajakan rakannya untuk makan tengah hari bersama - sama.

“Remember when you jump on him and scream “baby”. I thought you said your sister is here ?” suara Fakhrul kedengaran kasar di telinga Hana Aishah.

“Datang dah mood bipolar mamat ni” gumal Hana Aishah di dalam hati.

Pap. Laju tangan Hana Aishah memukul punggung lelaki itu. Fakhrul cuba mengawal reaksinya walaupun dia terkejut dengan tindakan Hana Aishah yang selamba sahaja memukul punggung lelaki itu.

“Baby wake up” seraya itu Hana Aishah menarik selimut berwarna pink yang meliputi lelaki itu.

“Ee kak dik. I’m a grown up ok , don’t call me baby” marah lelaki itu. Fakhrul menghentikan niatnya untuk keluar. Berapa banyak adik beradik Hana Aishah ini?

“You’re still my baby even till you’re fifty with a lorry of babies” laju tangan Hana Aishah mencubit pinggang lelaki itu. Dan waktu itu apabila lelaki itu memusingkan badannya , Fakhrul dapat melihat persamaan diantara Hana Aishah dan lelaki itu.

Kedua - duanya mempunyai mata bundar dengan bulu mata lentik. Kulit adiknya yang lebih cerah dari Hana Aishah dan hidungnya yang tidak semancung Hana Aishah tapi terletak cantik di mukanya.

Alif Haziq yang selesai mengenyeh matanya baru perasan kelibat seorang lagi manusia bersama kakaknya. Laju dia membangunkan dirinya dari pembaringan.

“Hi I’m Alif, her brother “ Alif Haziq memperkenalkan diri sambil menghulur tangannya kepada lelaki yang memakai baju kemeja berwarna nude dan berseluar slack hitam. Dia tertanya - tanya siapa gerangan lelaki ini? Kalau tak silap dia , 2 hari lepas sewaktu dia membuat kejutan kepada kakaknya , lelaki itu juga turut ada di dalam bilik kakaknya sebelum menyelinap keluar.

“Fakhrul” Fakhrul menyambut salaman Alif Haziq. Kemudian kedua - duanya berdiam diri.

“This is my brother Alif Haziq. He came back from US couple of days back so he’s still jetlag. And Alif this is my bos Mr Fakhrul” Hana Aishah memecahkan kejanggalan yang semakin menebal di waktu itu.

“Harvard is it?” Fakhrul menyelesakan diri dengan duduk di atas kerusi sebelah Hana Aishah.

“Alamak , lama lagi ke mamat ni nak lepak dekat sini” gumam Hana Aishah dalam hati.

“Yeah Harvard but how do you know where I studied?” sambil itu laju tangan Alif Haziq mengemas katil. Dari kecil Kapten Azam memang melatihnya anak - anaknya dengan disiplin. Jadi anak- anaknya semua tahu buat kerja rumah kecuali Hana Aishah. Anaknya yang seorang itu paling tak suka membuat kerja rumah.

“I saw your hoodie that day and I’m an alumni also” Fakhrul dapat melihat sisi lain Hana Aishah. Alif Haziq memeluk badan Hana Aishah dan membaringkannya di katil. Keluarga Hana Aishah sangat rapat antara satu sama lain , itu kesimpulan yang dapat Fakhrul buat.

Sambil mereka berborak laju tangan Alif Haziq menyuap makanan ke mulut kakaknya. Benda ini asing untuk Fakhrul. Dia sayang adik-beradiknya tetapi mereka tak semesra Hana Aishah dan adik beradiknya.

“Assalamualaikum “ bunyi ketukan di pintu membuatkan perbualan rancak Alif Haziq dan Fakhrul terhenti. Sudah lebih sejam mereka berborak sampai Hana Aishah tertidur.

“Waalaikumussalam, please come in” laung Alif Haziq sambil dia bangun membetulkan selimut Hana Aishah . Alif Haziq memandang lelaki yang sama tinggi dengannya itu.

Rambutnya dipotong kemas bertentangan dengan rambut Alif Haziq yang panjang separa bahu itu. Pakaiannya kemas , kemeja berwarna maroon dan berseluar biru gelap dan kasut hitam. Formal sungguh pakaian lelaki itu menyebabkan Alif Haziq tertanya - tanya siapa gerangan lelaki itu.

“Yes can I help you?” sopan Alif Haziq bertanya tetapi cara dia berdiri melindungi kakaknya itu memberi amaran tiada siapa boleh menyakiti kakaknya.

Dia mendapat perkabaran tentang inside yang menimpa Hana Aishah daripada Hana Aqilah, walaupun ahli keluarga lain melarang Hana Aqilah daripada memberitahunya yang jauh di US. Dia terus mengambil penerbangan pertama ke Malaysia apabila menerima perkabaran itu.

“Saya Inspektor Haqi daripada IPD Shah Alam. Actually I’ve been here previously but I was informed that Puan Hana Aishah is still not stable so I’m hoping to get the details regarding the accident today if she’s well” Haqi menerangkan tujuan kedatangannya kepada kedua lelaki di dalam bilik itu.

“Oh . But she just fell asleep , I’ll try to wake her up and ask whether she’s ok to talk now” Alif Haziq juga mahu tahu apa sebenarnya yang terjadi. Kapten Azam ada memberitahunya tentang insiden Hana Aishah ditikam.

Pesakit seorang lagi masih belum stabil. Dia ada menjenguk lelaki itu tetapi , lelaki yang kakaknya bawa ke hospital itu masih di ICU.

“Encik dua orang ni related to Puan Hana Aishah ke?” Hadi duduk di atas kerusi yang Alif Haziq sediakan untuknya.

“I’m her brother and this is her superior, kejap ya saya kejutkan kakak saya” perlahan - lahan Alif Haziq cuba mengejutkan Hana Aishah.

“Kakdik , wake up. There’s someone here for you” Alif Haziq memicit - micit ibu jari kaki Hana Aishah. Itu cara mengejutkan kakaknya yang sangat suka tidur itu. Perlahan - lahan Hana Aishah membuka matanya. Dia nampak kelibat tiga orang lelaki di dalam biliknya tapi dia terlampau mengantuk untuk meneliti situasi itu.

“I’m so sleepy “ luas mulut Hana Aishah menguap sebelum kembali menutup matanya. Sakit di tempat pembedahannya berdenyut - denyut . Selepas dia mengambil ubat tahan sakitnya tadi , rasa mengantuk menguasai dirinya sehinggakan dia tertidur sewaktu adiknya sedang berborak dengan Fakhrul.

“Kak wake up. The inspector is here regarding your case” Alif Haziq masih cuba mengejutkan kakaknya. Selimut yang menyelubungi kakaknya dilurutkan separa perut .

“Inspektor” terbeliak mata Hana Aishah memadang lelaki asing di dalam biliknya. Muka Haqi yang sedang tersenyum memandangnya dibalas dengan kerisauan.

“Alif lift up my bed, err inspector nak apa ya ?” suara Hana Aishah kedengaran takut. Cepat dia membetulkan tudungnya yang pastinya sudah senget .

“Puan Hana Aishah saya Inspektor Haqi dari jabatan jenayah IPD Shah Alam. Dont worry I’m just here to get your statement “ Haqi rasa lucu melihat muka Hana Aishah yang ketakutan itu.

“Errr alamak , lain kali lah. Hari ni rasa macam tak sihat” Hana Aishah cuba mengelak. Dia tidak mahu mengingati kejadian malam itu.

“Kakdik. I don’t care , you’re telling us what happened that night. You’ve been avoiding the truth since day one” Alif Haziq mula hilang sabar apabila kakaknya asyik berdalih apabila bercakap tentang malam itu. Mata Hana Aishah mula bergenang meminta simpati.

“Aishah , you need to tell him so action can be taken. You were stabbed that night , so it’s clearly not an accident” suara Fakhrul yang tiba - tiba bertukar lembut cuba memujuk Hana Aishah kerana dia juga mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku.

“Puan Hana , its ok . I won’t pressure you , we’ll talk like a conversation instead of an interrogation “ Haqi juga cuba memujuk apabila Hana Aishah masih lagi berdiam diri.

“So you were at the park I suppose” Hana Aishah hanya menganggukkan kepalanya apabila Haqi bertanya. Dia tak mahu mengingati kejadian malam itu. Air matanya sudah mengalir. Dia tak kisah siapa pun melihat tangisannya. Malam itu meninggalkan satu trauma yang besar dalam hidupnya.

“Where were you before you went to park and did you went to the park alone ? “ Haqi masih mahu mencuba mengorek cerita daripada Hana Aishah. Tetapi Hana Aishah tetap berdiam diri.

“Akak. Janganlah macam ni. Alif tak suka tengok akak macam ni. Alif tunggu mamat tu sedar je dari koma, he wont know what’s coming for him” Alif mengepal penumbuknya.

Hana Aishah tetap berdiam diri. Akhirnya Haqi terpaksa meminta diri selepas Fakhrul mencadangkan supaya dia datang lain kali apabila soalan- soalannya tidak berjawab dan Hana Aishah terus - terusan mengalirkan air matanya.

“I think she’s still traumatised, I will call you when she’s ready” Fakhrul sempat berjanji kepada Haqi sewaktu Fakhrul mengirinya keluar wad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience