Chapter 54

Romance Completed 625623

Tenang pagi itu dengan kicauan burung. Hana Aishah berjalan perlahan menghirup udara segar sambil menikmati pemandangan sawah yang luar terbentang. Ketenangan yang membawanya pergi daripada derita yang dirasainya. Kesunyian pagi itu seperti memahami dirinya yang mahu bersendiri. Tiada kenderaan mahupun manusia yang melalui jalan raya kecil itu.

Matanya tidak dapat dilelapkan sepanjang malam tadi kerana itu saat azan subuh berkumandang , seperti lipas kudung dia berlari meninggalkan bilik yang terasa sesak itu. Uniknya kehidupan, dalam masa tidak sampai 24 jam tempat yang menjadi saksi cinta mereka menjadi tempat yang dia benci.

Hanya satu perkataan yang diperlukan untuk menukar segala perlakuan yang sepatutnya memberi pahala kepadanya sebagai isteri menjadi satu yang menjijikkan. Benarlah kata pepatah , lidah itu lebih tajam daripada mata pedang. Tubir matanya terasa hangat mengingat sikap lelaki itu. Kalau datang marahnya , terbang segala sayang dan cinta.
******************************************************

“I said get out!” sekali lagi Hana Aishah menengking kuat tetapi Fakhrul tidak mengendahkan amarah isterinya. Malangnya percaturannya salah kali ini.

“Keluar” kali ini gayung yang dipegang Fakhrul sudah terpelanting diiringi dengan suara Hana Aishah yang terlalu tenang.

Fakhrul membalas renungan Hana Aishah. Getaran di jiwanya melumpuhkan pergerakannya. Kebencian yang dilihat di anak mata coklat itu menakutkan dia buat pertama kalinya semenjak mereka berkahwin. Sudah terlalu lama anak mata coklat itu tidak merenungnya penuh benci.

“Sayang , Abang ..” Hana Aishah menggelengkan kepalanya kuat. Bibir itu terketar – ketar menahan kesakitan yang dirasai di segenap tubuhnya. Hina sunggu lelaki itu letak tempatnya saat itu.

“Keluar Fakhrul. Saya tak nak kurang ajar dengan awak” air mata Hana Aishah berjujuran saat kata – kata itu meniti bibirnya.

Fakhrul tidak mahu berganjak daripada situ tetapi melihat sisi Hana Aishah yang ini dia tidak berani melawan. Gayung tadi diambil sebelum dia letakkan di sisi Hana Aishah. Apabila beberapa baldi air telah dia ambil dan sediakan untuk Hana Aishah barulah dia melangkah keluar.

“Nani tolong bersihkan Aishah. Fakhrul tunggu dekat sini” Asifah tidak bertanya tetapi mendengar suara mendatar Fakhrul dia menjadi bimbang. Tambahan pula sesi jeritan yang berlaku di bilik air di sisi rumahnya itu.

“Fakhrul….” Fakhrul menggelengkan kepalanya mematikan pertanyaan neneknya itu. Keluhan berat dilepaskan Asifah.

Kakinya melangkah perlahan masuk ke dalam kamar mandi itu. Melihat cucu menantunya yang sedang duduk di atas tembok batu di sisi perigi itu dengan lelehan air mata , tumpah simpati Asifah. Arif benar dengan dengan sikap Fakhrul , dia tahu sudah punca air mata cucu menantunya itu.

Berhati – hati dia melangkah menuju ke arah Hana Aishah yang sedang merenung ke lantai simen itu. Saat tangan Asifah mengusap kepala Hana Aishah yang sudah ditanggal hijabnya , terus Hana Aishah memeluk Asifah erat. Esakan Hana Aishah kedengaran.

“Ya Allah. Kenapa hang ni Aishah? Fakhrul buat apa pulak dah” Asifah merungut sambil mengusap belakang badan Hana Aishah.

Apabila Hana Aishah sudah bertenang sedikit barulah Asifah membantu Hana Aishah membersihkan dirinya.

“Bengkak dah kaki hang ni Aishah. Sat lagi dah pakai baju nani urutkan” suara Asifah yang kerisauan itu tidak membantu emosi Hana Aishah yang terganggu saat itu. Semakin lebat air matanya mengalir.

“Dah. Tok sah nangis. Nanti nani katuk kepala Fakhrul tu” Asifah mengelap air mata Hana Aishah yang mengalir.

Apabila Hana Aishah sudah berkemban , barulah mereka melangkah keluar tetapi hanya sempat beberapa langkah , Hana Aishah sudah berpaut pada diding kayu bilik air itu. Asifah menggelengkan kepala perlahan melihat kedegilan Hana Aishah itu. Mati – mati tidak mahu dibantu Fakhrul tadi.

“Jangan ketegaq. Dengar cakap Nani ni. Tunggu sat. Nani panggil Fakhrul angkat. Macam mana hang nak jalan lagu ni” Hana Aishah menggelengkan kepalanya degil tetapi dia tidak dapat menandingi kedegilan Asifah.

“Hana Aishah” saat nama penuhnya ditutur Hana Aishah terpaksa berdiam diri.

Tidak sampai beberapa minit , dia dengan selamatnya sudah berada di kamar mereka dengan bantuan Fakhrul. Wajah Fakhrul lansung tidak mahu dipandangnya. Bencinya membuak – buak saat itu.

“Sayang. I`m sorry. It just slip out from my tounge” Hana Aishah tertawa sinis mendengar kata maaf Fakhrul itu. Kata – kata maaf yang sudah tidak bererti lagi.

“I tak nak dengar anything dah. Pergi Fakhrul. I benci tengok muka you. I hate you so much right now” dada Fakhrul menyempit saat mendengar kata – kata isterinya.

“I didn’t mean it ok. He was holding…” Hana Aishah terus memotong kata – kata Fakhrul itu.

“You got to be fucking kidding me! Oh my god! You know. You are so sick!” Hana Aishah memukul lengan lelaki itu. Kegeraman dia waktu itu tidak dapat dia gambarkan. Air matanya merembes keluar tanpa henti.

“Go. Please. Just leave me alone. It hurt so much” Hana Aishah menekup mukanya. Esakannya semakin kuat.

Entah bila dia tidak pasti tetapi yang pasti lelaki itu pergi meninggalkannya dan nenek Fakhrul yang pergi mengambil minyak urut itu kembali. Asifah membantu Hana Aishah memakai baju tidur kelawar sebelum kaki itu diurut Asifah. Air mata Hana Aishah mengalir lebat sehinggalah dia tertidur.

Kenapa setiap kali bahagia mulai datang lelaki itu seperti menjadikan misi hidupnya untuk menghancurkan kebahagian yang mereka kecapi? Hana Aishah sudah penat. Petanda apakah ini? Kerana itukah nyawa anaknya diambil? Kerana memang jodoh mereka sampai di sini sahaja?
*******************************************************

Sepanjang hari semalam dia lansung tidak melayan suaminya. Jangankan bercakap , memandang muka lelaki itu pun dia tidak sanggup. Kata – kata hina lelaki itu memijak maruahnya sebagai seorang isteri. Begitu jijik pandangan suaminya walhal niatnya hanya mahu memujuk.

Malam tadi tembok setinggi yang boleh dia bina supaya lelaki itu tidak menyentuhnya. Tetapi hakikatnya sepanjang malam itu dia tidak dapat melelapkan mata. Memikirkan masa depan mereka yang sangat samar.

“Berpisah. Tidur sehari tak sentuh dia je kau dah tak keruan Hana Aishah” bisikan hatinya memerli. Ya Allah kenapa berat sangat jalan hidup yang kau beri ini.

Hana Aishah mengesat air matanya saat dia dapat melihat bayangan rumah batu setingkat berwarna ungu itu. Ini agaknya rumah Mami Maznah. Asifah sempat memberi petunjuk untuk menuju ke rumah ibu saudara Fakhrul sewaktu dia melangkah keluar daripada rumah nenek suaminya itu. Hatinya masih lagi panas itu berada di samping lelaki itu. Cuba menidakkan kata hatinya tadi.

“Assalamualaikum. Mami” Hana Aishah melaung daripada depan pintu rumah batu setingkat itu. Rumah yang sederhana itu besar itu kelihatan kemas sahaja sekelilingnya.

“Waalaikumussalam. Aishah kah tu?” mendengar laungan ibu saudara Fakhrul daripada belakang rumah terus kaki Hana Aishah dikerah ke situ. Senyuman terukir di bibirnya. Kalau dengan nenek Fakhrul dia mendapat aura yang kurang baik awalnya , ibu saudara Fakhrul ini lain pula ceritanya. Hana Aishah selesa betul dengan Mami Maznah semenjak kali pertama mereka bertemu.

“A`ah mami. Sorry Aishah datang tak bagi tau” Hana Aishah tersengih memandang wanita yang masih cantik bentuk badannya tidak dimamah usia.

“Ish. Apa pulak nak habaq dulu baru mai, ni rumah hang jugak. Mai ja bila – bila Aishah nak. Meh masuk” itulah punca dia cepat selesa dengan Mami Maznah. Sikap wanita itu yang sentiasa positif dan ceria seperti satu virus yang memberi kebahagiaan kepada hidupnya yang sudah lama penuh dengan derita.

“Cantiknya rumah Mami. Pandai mami design” Hana Aishah memuji saat kakinya melangkah masuk. Walaupun daripada luar rumah itu nampak kecil , tetapi ibu saudara Fakhrul ini ada bakat terpendam rupanya.

“Allah. Mami pi beli dekat kedai dua ringgit tu haa. Design apa nya. Rumah Mama hang tu… hok tu lain cerita. Tengagaq besaq mulut mami waktu pi kenduri kawin hang. Mak aih , besaq lagu istana tu” Hana Aishah mengekek ketawa mendengar bicara Mami Maznah yang pekat dengan longat kedah itu.

“Laaa. Mami ada ke? Aishah tak perasan” Hana Aishah yang sedang melihat bunga plastik yang digubal itu bertanya pelik.

“Mami mai tidoq semalam ja. Itu pun sebab Fakhrul. Kalau tak , memang tak merasa la mami pi rumah Mama hang tu” Mami Maznah menjawab sambil tangannya ligat menumis masakan di dalam periuk itu.

“What? Seriously mami tak pernah pegi rumah mama?” Hana Aishah bertanya pelik. Kakinya laju pula menuju ke arah dapur di mana Mami Maznah sedang menumis itu. Haruman kari yang mengasyikkan itu dihirupnya. Terus berkeroncong perutnya yang tadi sempat diisi dengan bihun goreng nenek mertuanya.

“Nani hang mana bagi Aishah oii. Itu pun sebab Fakhrul lah , dia mai. Kalau tak , agaknya sampai meninggal pun Nani hang tak jejak rumah Kak Mar tu” Hana Aishah sudah yang melabuhkan punggung di tembok bersebelahan dengan dapur itu menganggukkan kepalanya.

“Hang langkah kanan Aishah. Mami masak Thosai dengan kari daging. Thosai dah siap. Tinggal nak tunggu daging lembut ja” Mami Maznah memberitahu ceria.

“Wah. Sedapnya. Meh Aishah hiding ok. Mami settle kan kari tu. Sedapnya bau kari tu mami” Hana Aishah memuji.

“Rezeki hang lah ni. Pinggan mangkuk ada dekat kabinet hijau tu. Sudu semua dekat dalam rak atas” untuk seketika hilang segala masalah hidup Hana Aishah. Untuk waktu itu , dia membenarkan dirinya merasai sedikit bahagia.

Rancak mereka berborak sambil Hana Aishah menyusun pinggang mangkuk dan Mami Maznah memasak kari daging itu. Semakin lama mereka berborak semakin Hana Aishah terkejut dengan kelebihan wanita yang sangat merendah diri ini. Bunga – bunga yang dilihat itu digubah Mami Maznah sendiri. Permaidani yang dihamparkan itu pula dikait sendiri wanita itu. Jahit baju , jahit langit … ahh serba serbi tahulah wanita itu.

“Assalamualaikum” suara garau memberi salam di pintu dapur sedang mereka rancak berborak sekaligus mematikan segala perbualan mereka. Hana Aishah melihat Mami Maznah yang baru sahaja menyenduk lauk itu bangun menuju ke pintu dapur itu.

“Waalaikumussalam. Abang” ceria suara Mami Maznah menyambut tetapi wajah masam Mamu Ahmad lansung tidak memandang isterinya.

Hana Aishah sejujurnya tidak mahu menyibuk dengan rumah tangga orang tapi saat dia melihat Mamu Muaz mencampak topi sawab dengan kasutnya kepada Mami Maznah dia terdiam.

“Teruk ke bang bendang tadi?” wanita itu masih memaniskan muka. Hana Aishah yang baru menyuap beberap suapan Thosai it uterus terhenti.

“Hang nak tau , hang pi tengok sendiri. Dok hingaq pagi – pagi dekat aku. Ishh” tiba – tiba Hana Aishah rasa dia datang pada waktu yang salah.

“Maaf bang. Maz dah siapkan sarapan. Sat Maz hidang. Abang mesti penat” Mami Maznah tergopoh – gopoh meletakkan pakaian bendang suaminya sebelum kakinya melangkah masuk.

“Lah. Aishah bila mai? Mamu tak perasan” suara lelaki yang tadi kasar terus bertukar nada saat melihatnya. Hana Aishah tersengih kekok saat melihat layanan ramah lelaki itu. Sejujurnya memang keluarga Fakhrul ada masalah bipolar ke apa sebenarnya? Macam penyakit keturunan pun ye diorang ni.

“Baru je mamu” Mamu Ahamad tersenyum ceria melihat Hana Aishah. Wajah yang berpeluh – peluh itu dipandang Hana Aishah dengan pelbagai persoalan di minda.

“Makan mamu. Sorry Aishah rasmi dulu” Hana Aishah tersengih malu.

“Ehh tak palah. Jom , jom makan. Selera sikit Mamu makan dengan menantu Maria ni” sikit lagi nak tercekik Thosai yang ditelan Hana Aishah. Dia melihat wajah Mami Maznah yang sedang menghidangkan lauk di pinggang suaminya. Wajah itu tetap dihiasi senyuman manis.

“Selera lah mamu. Sedap Mami masak. Aishah kena tambah banyak kali ni” Hana Aishah memuji wanita itu. Jujurnya dia tidak tahu bagaimana wanita itu masih boleh beriak ceria.

“Sedap lagi Mama kamu masak. Kamu pernah rasa Kari Kepala Ikan dia. Sedap tak ada tandingan” saat itu untuk seketika Hana Aishah bersyukur kerana seteruk – teruk Fakhrul , belum lagi dia bandingkan Hana Aishah dengan perempuan lain.

“Mama masak sedap lain. Mami masak sedap lain. Dua – dua Aishah suka. Nanti kalau ada extra mami pack untuk Aishah ye” simpatinya tumpah pada Mami Maznah waktu itu. Lelaki itu kalau iya pun masih menaruh hati pada ibu mertuanya beragaklah. Kalau dia dekat tempat Mami Maznah dia sunat Fakhrul untuk kali kedua.

“Boleh sangat. Banyak ni haa lauk. Nanti Aishah habaq nak lauk apa lagi. Mami masakkan na” Hana Aishah memandang kea rah wanita yang masih berdiri suaminya yang sedang makan tanpa memperdulikan wanita itu.

“Mami meh la duduk makan sekali. Kering nanti kari dalam pinggan mami” Hana Aishah menyuruh wanita itu duduk.

“Tak palah. Hangpa makan dulu. Mami sat lagi boleh makan” Hana Aishah tidak jadi meneruskan suapannya.

“Alaa. Mami makanlah. Nanti Aishah sedih mami tak makan sekali” bibirnya dicebekkan. Pecah tawa Mami Maznah melihat gelagat Hana Aishah. Punggungnya dilabuhkan semula. Mamu Ahmad diam membisu tetapi Hana Aishah gembira.

“Fakhrul mana Aishah?” pertanyaan Mamu Ahmad itu mematikan kegembiraan Hana Aishah. Potong stim betul Mamu Ahmad ini. Tetapi itu masih lagi boleh diterimanya , saat dia mendengar suara lelaki itu seleranya terus mati.

“Kat sini mamu” Hana Aishah mengetap bibirnya geram saat dengan selamba Fakhrul mengucup pipinya sebelum mengambil tempat di sebelahnya.

“Sayang tak ajak abang pun tadi” meluat Hana Aishah mendengar suara lelaki itu yang berpura – pura merajuk. Apa dia ingat semudah itu dia akan melupakan kejadian semalam. Huh , tidak mungkin sama sekali.

“Tercengat apa kat sana. Pi la ambik pinggan untuk Fakhrul ni ha” terus terhenti suapan wanita itu. Hana Aishah saat itu dapat merasakan tahap kesabarannya yang sudah menipis.

“Tak payah Mami duduk. Fakhrul boleh amnbik sendiri” selamba Hana Aishah menjawab. Ini kalau mak abahnya ada , boleh tercabut telinganya kena piat sebab kurang ajar dengan suami.

“Sayang ambikkan untuk abang. Please sayang” Fakhrul memang mencari masalah sekarang. Mata Hana Aishah dijegilkan kepada suaminya. Lantaklah kalau pasangan tua dihadapnnya itu perasan ketegangan di antara mereka. Dia sudah tidak peduli. Wajah bersih suaminya yang baru mandi itu mengugat sedikit pegangannya. Ditambah pula apabila lelaki itu tersenyum manis memandang ke arahnya.

“Kaki dengan tangan ada kan. Kalau belum putus sila bangun dan ambik sendiri. Mami jangan layan Fakhrul ni. Mami duduk je” Hana Aishah kembali makan. Mami Maznah sudah tertawa melihat telatah suami isteri itu.

“Fine sayang tak nak ambik, I`ll take from your plate” sebelum sempat Hana Aishah menghadam maklumat yang baru diterima , tangan Fakhrul dengan selambat mencubit Thosainya. Giginya diketap kuat, tangannya yang penuh dengan sisa makanan itu digenggam kuat.

“Tengku Fakhrul” suara Hana Aishah ditahan supaya tidak meninggi. Lelaki ini betul – betul mahu menguji kesabarannya.

“Sudah hangpa berdua ni. Hish la Fakhrul ni. Awat suka sangat usik si Aishah tu?” Mami Maznah membebel sebelum wanita itu bangkit mengambil pinggan untuk anak saudaranya. Fakhrul masih lagi tersenyum ceria manakala Hana Aishah waktu itu sudah masam mencuka.

“I`m serious mami. Fakhrul nak bagi Aishah pahala free” saat kata – kata itu meniti di bibir Fakhrul , terus Hana Aishah menghentak tumit kaki kanannya ke kaki kiri suaminya.

“Arghhhh” jeritan Fakhrul mengejutkan mereka semeja.

“Hang kenapa pulak ni Fakhrul” Fakhrul hanya menggelengkan kepalanya sambil menjeling ke arah Hana Aisha yang tersenyum simpul. Isterinya menyambung suapan tidak mengendahkan dia.

“Nothing” Mamu Ahmad menggelengkan kepala melihat gelagat suami isteri itu.

Suasana di meja itu menjadi sunyi selepas itu. Fakhrul menahan geram melihat perangai isterinya. Dia tahu dia salah tetapi Hana Aishah sudah melebih pula.

“Petang ni mampu nak pi kebung. Hangpa nak ikut tak?” Mamu Ahmad bertanya sewaktu mereka sedang berehat di ruang tamu sambil minum kopi.

“Wah bestnya mamu. Sekarang tengah musim apa ye mamu?” Hana Aishah yang sedang duduk di lantai sambil membantu Mami Maznah Menyusun manik mengikut warna itu bertanya.

“Sekarang tengah musim rambutan. Manggis pun ada jugak. Hang suka buah apa?” Hana Aishah terus terliur mendengar jenis – jenis buah – buahan yang disebut Mamu Ahmad itu.

“Sedapnya. Nak ikut. Durian dengan langsat ada tak mamu. Aishah teringin nak makan. Dah lama tak pegi kebun abah” Mamu Ahmad sudah tertawa melihat wajah Hana Aishah yang sudah kecur air liur itu.

“I didn’t say you can go pun” Fakhrul yang semenjak tadi memerhartikan isterinya yang sentiasa lari daripadanya itu terus memotong mood Hana Aishah. Jelingan tajam diberikan Hana Aishah.

“Hang ni Fakhrul. Kesian bini hang tu. Entah – entah ada isi , itu yang mengidam” gurauan Mamu Ahmad itu tanpa lelaki itu sedari menorah kembali luka di hati Hana Aishah. Fakhrul terus diserbu rasa bersalah saat dia melihat air mata isterinya yang bertakung.

“Sayang” Fakhrul memanggil perlahan tetapi Hana Aishah sepantas itu terus berlalu pergi. Pasangan tua itu terpinga – pinga tidak memahami apa yang sedang berlaku.

Kaki Fakhrul bergerak laju mengejar isterinya yang sudah berjalan tanpa selipar itu. Dia melihat isterinya mengesar air mata yang dia pasti sedang mengalir deras. Fakhrul memarahi dirinya sendiri. Kenapa bila berkait dengan isterinya segala langkahnya pasti salah.

“Sayang. Stop!” Fakhrul menarik lengan Hana Aishah. Sebelum sempat Hana Aishah meronta, Fakhrul menarik isterinya ke dalam pelukannya erat. Di sisi bendang yang luas itu , Hana Aishah menangis di dalam pelukan Fakhrul. Kedatangan dan pemergian yang terlalu mengejut , yang tidak dia pinta.

“I`m so sorry sayang. Abang mintak maaf” Fakhrul mengucup kepala isterinya yang dibaluti selendang berwarna nude itu.

“Why does it still hurt?” Hana Aishah bertanya di dalam esakannya.

“Its all my fault. Abang mintak maaf” dikala matahari semakin naik itu , Hana Aishah menangisi pemergian satu nyawa yang sempat singgah di rahimnya walaupun hanya untuk 5 minggu. Sakit kehilangan itu entah bila akan hilang dia pun tidak pasti.
****************************************

“Aishah ok?” Mami Maznah menegur Hana Aishah petang itu.

Jadi juga rancangan mereka untuk ke kebun petang itu. Sekembalinya mereka ke rumah Asifah , Fakhrul terus membawa Hana Aishah masuk ke kamar mereka. Dia menarik Hana Aishah ke dalam pelukannya sebelum Hana Aishah tertidur di dalam tangisannya. Asalnya dia tidak mahu ke situ tetapi selepas solat Asar tadi , Fakhrul tetap bertegas mahu membawanya ke situ.

“How to be strong like you Mami?” petang itu , mulutnya lancar berbicara.

“Mana ada kuat” Mami Maznah menepuk paha Hana Aishah lembut.

“Aishah nak kuat macam Mami. Aishah tak dapat bayang macam mana Mami boleh bertahan” bibirnya mahu meluahkan rasa petang itu. Entah mengapa , dengan ibu saudara Fakhrul itu lancar sahaja bibirnya berbicara. Kepalanya dilentokkan di bahu Mami Maznah.

“Dalam hidup ni , kalau kita kira segala masalah yang kita ada memang tak akan pernah habis. Lagi baik Mami kira nikmat yang Allah bagi” tenang Mami Maznah menasihati.

“Kenapa Mami stay. Aishah mintak maaf but Mamu clearly have feelings… emm … maksud Aishah” Hana Aishah tidak tahu bagaimana mahu menghabiskan bicara.

“Mamu hang masih ada hati dengan Kak Mar. Gitu?” kata – kata itu diakhiri dengan tawa wanita yang sudah melebihi separuh abah itu.

“Mami tau ja tapi mami ni menumpang kasih je” Hana Aishah terdiam mendengar bicara wanita itu. Tiada kekesalan mahupun kesedihan.

“Mamu hang tu dari kecik depa dok habaq nak kawinkan dengan Kak Mar. Jadi Aishah cuba pikiaq , tak patut kah mamu kamu tu rasa kecewa? Dok hingaq nak kawinkan dengan kakak tup tup kena kawin dengan adik. Mau tak .. apa orang putih cakap. Heartbroken ke apa” terlepas ketawa Hana Aishah mendengar seloroh ibu saudara Fakhrul itu.

“Kenapa mami setuju?” Hana Aishah bertanya selepas masing – masing diam memerhatikan gelagat tiga lelaki yang sedang sibuk mengait buah – buahan itu.

“Zaman dulu mana ada main tanya – tanya. Depa terus jalan saja” Hana Aishah tersenyum pahit mendengar kata – kata Mami Maznah. Alah , dia pun sama. Tanya tapi akhirnya dia terpaksa juga setuju. Kan baik tidak payah bertanya daripada awal. Tidaklah kecewa sangat hatinya.

“Cukup 40 hari bapak meninggal , ma terus terima pinangan Mamu hang. Tak sampai dua bulan , kami dah lansung majlis” Hana Aishah merenung wajah Mami Maznah. Mirip wajah Asifah tapi penuh keibuan.

“Umur mami?” dia pasti Mami Maznah pasti masih muda sewaktu itu.

“Empat belas” pendek jawapan wanita itu. Simpati Hana Aishah seperti tiada henti.

“Zaman dulu , cukup umoq kawin terus. Mama hang ja pelik sebab dia pandai” Mami Maznah menyambung.

“Mama hang tu. Cantik , pandai … senang kata full package. Nak banding dengan mami ni, Allah tak terbanding” Hana Aishah mendengar setia.

“Mami menumpang kasih sayang ja. Mamu hang tu memang hak Kak Mar dari dulu. Sementara mamu hang masih nak simpan mami , mami hiduplah dengan dia. Mami ni banyak kurang kalau nak banding dengan mama kamu tu haa” Hana Aishah merasa geram mendengar Mami Maznah yang terlalu merendah diri itu.

“Apa kurangnya mami. Mami cantik , pandai menggubal bunga , pandai menjahit … semua lah mami terer. Ya Allah , Aishah ni masak nasi pandailah. Ni dah kawin dengan Fakhrul baru slow - slow belajar masak” Hana Aishah membalas geram.

“Mami mana ada ijazah. Belajar takat tingkatan dua. SRP pun tak ambik” Hana Aishah terus memotong kata -kata wanita itu.

“Itu sebab mami kena paksa kawin. So that doesn’t count” Mami Maznah sudah tertawa melihat wajah Hana Aishah yang sudah masam mencuka itu.

“Awat hang stress sangat ni” Mami Maznah mencubit pipi Hana Aishah lembut.

“Ye lah. Mami asyik merendah diri. Mami kena stand up for yourself tau. Jangan bagi orang buli mami” Hana Aishah menasihati wanita itu.

“Aishah, Mami bersyukur sangat sebab Mamu hang tak buang Mami. Mami tak mampu nak bagi dia zuriat pun” saat itu Hana Aishah dapat mendengar keperitan disebalik suara itu.

“Izul?” Hana Aishah terkejut saat mendengar jawapan yang dia terima itu.

“Izul anak arwah Mamu Muaz. Lepas mamu meninggal , isteri dia kawin lain. Laki baru mak Izul tak mau Izul. Jadi Mami jaga Izul sampailah la ni” wanita itu tersenyum pahit.

Hana Aishah terus menarik Mami Maznah ke dalam pelukannya. Mulianya hati wanita bernama Maznah ini. Mengutip segala sisa yang ditinggalkan adik beradiknya. Air matanya gugur petang itu menangisi nasib ibu saudara Fakhrul. Kuatnya wanita itu.

“Aishah. Mami mintak maaf tapi Mami risau dekat hangpa berdua. Mami tau hangpa tengah tak sebulu la ni” Hana Aishah menundukkan wajahnya. Mami Maznah menggenggam tangannya erat.

“Mami sayang Aishah macam mana mami sayang Fakhrul” air mata Hana Aishah gugur saat mendengar kata – kata ikhlas wanita itu.

“Fakhrul tu , mami tak pernah nampak mata dia bersinar lagu mana waktu hangpa nikah” Hana Aishah mengangkat wajahnya memandang Mami Maznah yang tengah merenung kearah Fakhrul yang sedang mengait buah rambutan itu.

“Hang tau , setiap kali Fakhrul balik kampung perangai dia lain betul. Mami nampak sisi ceria Fakhrul. Tapi tiap kali waktu dia nak balik semula KL, anak mata tu beku sungguh. Sampai takut mami nak tengok” Hana Aishah terdiam mendengar bicara ibu saudara Fakhrul.

“Mami tak tau apa yang depa buat dekat bandar sana , tapi dari Fakhrul umoq 8 tahun budak tu tak pernah senyum. Pertama kali mami jumpa waktu mamu muaz dia meninggal , mami jadi risau. Fakhrul lain sangat” Hana Aishah menelan air liurnya kesat.

“Mami pernah cuba bagi tau Kak Mar tapi Kak Mar kata depa dah bawak Fakhrul jumpa doktor pakar. Doktor habaq tak ada apa tapi mami tak percaya pun. Tapi sapalah nak dengaq cakap mami ni ha kan” senyuman tawar menghiasi bibir yang merah tanpa secalit solekan itu. Hana Aishah dapat melihat kerisauan dia mata Mami Maznah saat wanita itu berbicara.

“Mami selalu risau dekat laki hang tu tapi semenjak hangpa kawin , hati mami lega sikit” nafas kelegaan dihelakan Mami Maznah. Matanya dikalihkan ke arah Hana Aishah.

“Sebabnya hang lah bahagia yang Fakhrul tak ada selama ini. Mata yang selalu beku tu , penuh sinar hari hangpa nikah” senyuman lebar diberikan kepada Hana Aishah saat dia menceritakan saat itu.

“Mami tau , perangai Fakhrul ni payah nak baca tapi Mami tahu Fakhrul sayang dengan Aishah lebih daripada segala – galanya” Mami Maznah mengelap air mata Hana Aishah yang sudah mengalir tanpa dia sedari.

“Sebab itu, Ma sanggup buang segala ego dia semata nak pegi nikah hangpa. Sebab dia tau , Aishah boleh bahagiakan Fakhrul” Hana Aishah memeluk erat Mami Maznah saat kata – kata itu diutarakannya.

“Mami tahu susah tapi Aishah sabaq sikit na. InsyAllah mami yakin Fakhrul akan berubah” permintaan kali ini benar – benar meruntuhkan segala tembok kebencian yang dia bina.

Hana Aishah bingung. Dia benar – benar bingung. Apa yang cuba Tuhan tunjukkan kepadanya. Kenapa berliku sangat jalan hidup mereka suami isteri. Dia tersangkut di tengah – tengah. Diluah mati emak , ditelan mati bapa.

“Kak Aishah. Abang Fakhrul panggil” sesi luahan hati mereka terhenti saat Izul datang menegur. Cepat – cepat Hana Aishah mengelap air matanya. Izul yang memandang ibunya bingung tetapi satu jelingan daripada Mami Maznah cukup untuk menzip mulutnya.

“Nampak sembap ke Mami?” Mami Maznah tersenyum manis sambil menggelengkan kepalanya.

“Dah pi sana. Tu laki hang dah tenung lagu harimau kebuluq tak makan sepuluh tahun” pecah tawa Hana Aishah mendengar seloroh Mmami Maznah itu.

Dia berjalan penuh debar menuju ke arah Fakhrul yang sudah tidak berbaju itu. Wajahnya dikawal reaksi supaya dapat menyembunyikan kesedihannya. Saat dia sampai di hadapan Fakhrul itu matanya terus dilarikan. Fakhrul menarik mereka menjauhi Mamu Ahmad and Izul. Apabila sampai di kejauhan itu , tangan Fakhrul menolak dagu Hana Aishah supaya mata isterinya bertentangan dengannya.

Saat anak mata hitamnya menangkap kesedihan di sebalik mata coklat itu , dadanya terasa sakit. Bibir mereka terkunci seolah berbicara dalam bahasa mereka tersendiri. Kata – kata Mami Maznah bermain di minda Hana Aishah manakala Fakhrul cuba mengorek punca mata isterinya itu kesedihan. Setelah agak lama mereka berkeadaan begitu , Fakhrul mengeluh berat.

“Abang sakit bahu mengait. Sayang urut bahu abang malam. Can you?” Fakhrul akhirnya memutuskan kesunyian mereka.

Hana Aishah terus menganggukkan kepalanya laju mahu cepat – cepat melarikan diri daripada situ. Lagi lama dia di situ , lagi bingung kepalanya. Tetapi sebelum sempat dia melarikan diri, Fakhrul menarik Hana Aishah ke dalam pelukannya. Untuk saat itu dia membenarkan dirinya menikmati rasa selamat berada di dalam pelukan suaminya. Tubuh Fakhrul yang berpeluh dia dipeluknya erat.

“Kenapa sukar sangat pilihan yang kau beri ini Ya Allah?” hati Hana Aishah merintih pilu.
*********************************************

“Sayang. I`m ready” Hana Aishah sedang melipat telekung saat Fakhrul memberitahunya itu. Dia memalingkan wajahnya kebingungan melihat lelaki itu yang sudah tidak berbaju dan berbaring dia atas katil.

“Sayang janji tadi” suara Fakhrul kedengaran berjauh hati apabila melihat Hana Aishah yang memandangnya bingung. Pasti isterinya mahu memberi alasan tidak mahu mengurutnya.

“Janji apa pulak. You jangan nak play games Fakhrul. I`m still pissed” Hana Aishah membalas kasar. Lantaklah lelaki itu mahu terasa ke apa.

“Bahu abang sakit kait rambutan untuk sayang. You said you wanted to massage me earlier at the orchard” Fakhrul yang sedang berbaring tidak berbaju itu memberitahu isterinya bersunguh – sungguh. Kening Hana Aishah sudah naik sebelah cuba mengingati janjinya. Biar betul lelaki ini?

“You jangan main – main Tengku Fakhrul” jari telunjuknya dihalakan ke wajah lelaki itu sambil nadanya diseriuskan. Fakhrul terus mendudukkan dirinya saat dirinya dicurigai sebegitu.

“Its ok lah sayang. Kalau tak nak jangan janji. Jangan bagi abang harapan” mendengar rajuk lelaki itu , mata Hana Aishah terus dijulingkan ke atas. Geram tetapi dalam masa yang sama merasa berdoa pula menolak permintaan suaminya.

“Dah nak pegi mana pulak tu. Tadi sibuk nak urut. Baringlah” Fakhrul menahan rasa apabila Hana Aishah mengherdiknya. Tetapi hatinya masih cuba disabarkan. Salah dia juga jadi dia terima. Ini langkah pertama untuk memujuk Hana Aishah.

“Thanks, sayang” Fakhrul yang berbaring meniarap itu mengiringkan kepalanya ke tepi sebelum senyuman lebar dihadiahkan buat isterinya yang sudah melabuhkan punggung di atas tilam empuk itu. Wajah masam isterinya itu tidak memandangnya pun.

“Abang dah letak minyak urut dekat meja tu. Kesian sayang nak pegi keluar cari pulak kan” Fakhrul masih menahan rasa hatinya apabila bicaranya tidak dilayan Hana Aishah.

Tubuhnya sengaja di rapatkan ke arah Hana Aishah. Bersyukur dia kerana tilam yang kecil itu. Kalau katil kelamin mereka di rumah Fakhrul , kalau Hana Aishah merajuk , tidak merasalah dia memegang tubuh isterinya itu. Hana Aishah mengeluh kasar saat dia memulakan urutan.

“Oh God. That feels so good. Thanks, sayang” Fakhrul menjawab kelegaan. Memang bahunya kejang pun kerana sibuk mengait siang tadi. Lega hatinya melihat Hana Aishah puas menjamah buah – buahan yang dia kait itu.

Semakin lama Hana Aishah mengurut rasa bersalah menyebulungi dirinya. Merasai tubuh suaminya yang kekejangan itu , dia pasti Fakhrul sebenarnya penat. Sudahlah memandu sendiri ke Kedah selepas oncall suaminya kemudian , pergi pula mengait buah untuknya.

Wajah Fakhrul yang sudah melelapkan matanya itu ditenung Hana Aishah. Ketenangan yang hadir di mata itu membuatkan dia berbelah bahagi. Cinta itu telah menapak, bila dia tidak pasti tetapi yang dia pasti untuk memadam dia sudah tidak mampu.

Zuriat yang hadir tanpa dia pinta itu mengikatnya dengan Fakhrul dalam satu pertalian yang tidak dapat dia fahami. Pemergian anak mereka itu menunjukkan satu sisi yang selama ini Hana Aishah tidak mahu akui. Saat itu , dia nampak sisi rapuh lelaki itu. Saat itu dia nampak segala harapan yang suaminya mahukan. Tetapi yang paling penting saat itu dia akhirnya perlu akui cinta lelaki itu kepadanya.

Kasih sayang yang dicurahi suaminya sepanjang dia berpantang sehinggalah sekarang tidak mampu Hana Aishah hadam. Tetapi mengapa setiap kali dia rasa mereka sudah hampir menggapai bahagia lelaki itu mesti menghancurkan segala harapan yang dia bina dengan bersusah payah. Seperti petang semalam. Kenapa perlu perkataan sehina itu dilemparkan kepadanya? Memang itukah pandangan Fakhrul terhadapnya?

Seperti petang tadi , air mata yang tidak dipinta itu hadir sendiri. Setitik demi setitik menuruni pipi dan menyentuh belakang tubuh suaminya. Fakhrul yang semenjak tadi tidak tidur itu, terus memalingkan tubuhnya. Hana Aishah yang hilang pertimbangan itu terus terus terjatuh ke dalam pelukan Fakhrul. Wajahnya disembunyikan di dada Fakhrul.

“Abang mintak maaf. I shouldn’t have use such word” kata – kata maaf itu ditutur penuh ikhlas tetapi kata – kata yang terbit daripada bibir Hana Aishah itu melumpuhkan setiap sel dibadannya.

“I need sometime away from you” dengan sisa baki kekuatan yang ada Hana Aishah meminta.

Dalam sekelip mata, tubuh mereka didudukkan sebelum Hana bergerak sepantas kilat menjauhi Hana Aishah. Mata Hana Aishah merenung wajah Fakhrul yang bertukar beku. Air matanya mengalir deras saat bibir itu tertawa sinis.

“You are all the same” perkataan itu ditutur sebelum dengan sepantas kilat , lelaki itu menggapai baju melayu yang dipakainya sewaktu mengimamkan Hana Aishah solat sebentar tadi. Baju itu disarung sebelum pintu bilik itu dibuka kasar dan Fakhrul melangkah keluar meninggalkan Hana Aishah bersendirian dalam tangisannya.

“Oh God. It hurt so much” Hana Aishah membaringkan dirinya di tempat pembaringan suaminya. Haruman tubuh lelaki itu yang menjadi penenangnya malam itu menjadi peneman tangisannya.
***************************************************

“Cepatnya hangpa balik” suara sebak Asifah kedengaran sewaktu Hana Aishah menarik bagasinya menuruni tangga batu rumah itu.

Mata sembap Hana Aishah memandang ke arah Asifah yang memeluk Fakhrul erat. Dia merasa bersalah kerana dia pasti permintaannya semalam membuatkan cuti mereka dipendekkan. Fakhrul yang lansung tidak kembali ke kamar mereka malam itu hanya muncul sewaktu azan subuh berkumandang.

Usai solat subuh yang tidak dimakmumkan Hana Aishah , lelaki itu terus mengemas beg pakaian mereka. Hana Aishah hanya diam tidak berkutik pagi itu. Wajah lelaki itu menakutkannya. Wajah yang sama dia lihat pada hari pertama mereka bertemu. Beku tanpa reaksi.

“Nanti Fakhrul free , I`ll bring you to KD” janji Fakhrul itu menamatkan lamunan Hana Aishah.

Saat kaki Hana Aishah melangkah mendekati mereka , Fakhrul terus meninggalkan tempat itu. Seperti berada di tempat yang sama dengan Hana Aishah adalah satu perkara yang menjijikkan. Tubir matanya kembali hangat tetapi Hana Aishah berusaha sedaya upaya menahan air mata daripada gugur. Senyuman pahit dilemparkan kepada Asifah yang sudah mendepakan tangannya.

Hana Aishah memeluk erat nenek mertuanya. 3 hari yang penuh dengan drama air mata tetapi penuh pengajaran. Dia akan merindui setiap seorang ahli keluarga barunya ini. Dia dapat melihat cantiknya percaturan Tuhan.

Hubungan kekeluargaan yang tidak dapat sesiapapun putuskan. Kerana itu Tuhan hadirkan Fakhrul , untuk mengikat kasih sayang antara Asifah dan Puan Sri Maria tidak kiralah berapa lama mereka sudah tidak berbicara.

Pengorbanan seorang wanita yang sentiasa merendah diri tetapi hakikatnya wanita itulah yang paling tinggi nilainya di mata Hana Aishah. Kalaulah dia mampu menjadi sekuat Mami Maznah. Kalaulah dia mampu menjadi sehebat Mami Maznah sebagai seorang isteri yang taat di sisi suaminya walaupun tahu hakikatnya cinta lelaki itu tiada untuknya.

Tetapi dia bukan Mami Maznah. Dia hanyalah Hana Aishah. Kerana takut menghadapi derita , perpisahan dia pinta. Kerana bingung dengan masalah rumah tangganya yang seperti dilanda badai yang tidak pernah putus , dia mencari jalan mudah untuk memutuskan.

“Nani ni orang kampung. Dah tua. Belajar pun tak tinggi mana” Asifah mengesat air mata cucu menantunya sambil bibir tua itu berbicara.

“Tapi dalam hubungan suami isteri tak kira tinggi mana jawatan Aishah, tinggi mana hang belajaq, Fakhrul tetap suaminya Aishah. Kena ingat syurga Aishah adalah Fakhrul” Mami Maznah yang berada di sebelah ibunya diam mendengar nasihat ibunya itu.

“Cakap biaq lembut, jangan tinggi suara dengan suami” Hana Aishah menundukkan wajahnya melihat pasir di laman rumah itu.

“Kalau sama – sama naik , sampai bila pun tak bahagia. Sorang kena beralah. Beralah tak semestinya kalah” Asifah menyambung lagi.

“Panggil suami kena mesra. Kalau hang layan dia sama macam hang layan kawan macam mana nak rasa keistimewaan suami isteri. Fakhrul sayang Aishah. Nani tau sebab tu Nani setuju dengan pilihan dia. Nani tau pilihan Fakhrul tak akan salah” Asifah tersenyum manis memandang cucu menantunya yang sudah tersendu sedan menangis itu.

“Nani tau Aishah sayang Fakhrul. Aishah jangan cepat mengalah na. Keturunan kita mana ada berai berai ni semua. Jadi Nani tau Aishah akan buat keputusan yang terbaik” Hana Aishah masih diam membisu.

“InsyaAllah ada rezeki Nani mai rumah hangpa. Waktu tu , Nani tak mau tengok muka Aishah sembap lagu ni. Kena senyum” Hana Aishah tersenyum pahit.

Kata – kata nasihat yang diberi Asifah bermain – main di mindanya. Perjalanan pulang yang sunyi seperti mana perjalan mereka ke situ. Bezanya sewaktu mereka ke situ hubungan mereka masih mampu dipulihkan tetapi saat itu Hana Aishah sudah tidak pasti lagi.

Mata Hana Aishah melirik memandang kea rah Fakhrul yang sedang fokus memandu itu. Bibir itu senyap tanpa sebarang bicara. Hana Aishah sekarang menyesali keputusan yang diambilnya. Tetapi sejujurnya dia hanya mahu mereka mengambil masa bersendiri untuk refleksi balik diri masing – masing. Mereka berdua masing – masing penuh kelemahan. Mungkin ini yang mereka perlukan tetapi barangkali cara Hana Aishah sampaikan itu salah.

Hana Aishah berkira – kira mahu bertutur ataupun senyap membisu. Pelbagai zikir sudah dilafazkannya mengumpul kekuatan untuk berbicara. Wajah suaminya menggentarkannya tetapi mungkin masih belum terlambat.

“You….” Hanya satu perkataan sempat Hana Aishah lafazkan sebelum lelaki itu laju memotong.

“I`m sending you to your parents house” Hana Aishah dapat merasakan kerongkongnya menyempit takut menanti bicara lelaki itu. Tubir matanya kembali hangat.

“This is what you want since day 1 right so i`ll give it to you. After this you mind you own business, I mind my own” air matanya yang seperti tidak tahu mengering itu kembali gugur. Bibir Hana Aishah terketar – ketar ketakutan. Tangannya digenggam kuat.

“I`m tired already. I`ve been trying to make this work since day one. You don’t even respect me as your husband. You can shout, you call me however you want, you can do whatever you want and I can’t say anything right” tawa sinis Fakhrul kedengaran diakhir kata – katanya.

“You won. You can do whatever the hell you want to do and I won’t say anything anymore. Buatlah apa you Hana Aishah” saat tiada perkataan Puan yang diletakkan di hadapan namanya Hana Aishah dia benar – benar telah menghilangkan segala kesabaran yang cuba lelaki itu pertahankan. Air matanya mengalir tanpa henti sepanjang perjalanan mereka itu. Esakan Hana Aishah menjadi melodi di dalam kereta BMW itu.

“Allah. What have I done?” hati Hana Aishah menjerit pilu.

Share this novel

fea
2022-04-03 05:24:28 

kesian Hana Aishah

fea
2022-04-03 05:24:19 

sedihnya... baca 10 kali pun never bored :)))

Yushaniza Md Yusof
2022-01-14 01:21:43 

j#jjjjjjjjjjjjqno qjjq jqjqjjjjojqjqjqqjjjq


NovelPlus Premium

The best ads free experience