Chapter 39

Romance Completed 625664

“Abang lapar.” mendengar kata - kata suaminya terus Hana Aishah tersenyum lebar. Laju kepalanya dianggukkan. Hana Aishah mengesat air matanya menggunakan hujung lengan baju kelawarnya yang berwarna ungu itu.

“Jom. Aishah simpankan makanan tadi for you. Mama masak sup tulang today” Hana Aishah menarik tangan suaminya ke arah pintu bilik mereka. Lega hatinya apabila lelaki itu mahu makan.

“Not so fast” Fakhrul yang masih berdiri di karpet itu menarik Hana Aishah yang sudah berjalan pergi itu kedalam pelukannya. Belakang badan isterinya dirapatkan ke bahagian hadapan tubuhnya. Dagu Fakhrul yang runcing itu mendarat di bahu isterinya.

Debaran di dada Hana Aishah menggila apabila deruan nafas Fakhrul menampar pipinya. Teringat janji yang dilafazkan sebentar tadi. Bersediakah dia sekiranya lelaki itu hendak menuntuk haknya yang satu? Itu ke maksud lapar yang dimaksudkan.

“I’m the only who can see your hair” Fakhrul tersenyum simpul apabila isterinya melepaskan nafas lega. Sekarang takut pula, tadi berani sangat isterinya memberi tawaran.

“A’ah. Lupa pulak. You lepas kejap. I nak ambik tudung” kelam kabut Hana Aishah dibuatnya.

“Tapi abang rindu lah. I didn’t touch you for the whole day” Hana Aishah menelan air liur apabila mulut lelaki itu mula bergerak - gerak meneroka bahu dan lehernya.

“Ya Allah bagilah aku kekuatan. Jangan marah Hana Aishah , kejap lagi laki kau mogok tak makan seminggu” hati Hana Aishah berbisik menasihati dirinya.

Badannya dipalingkan memandang ke arah suaminya. Tangannya menekup sisi kepala suaminya sebelum muka lelaki itu dihalakan tepat ke mukanya. Dia mengukir segaris senyuman untuk lelaki itu.

“You didn’t take your lunch nor dinner. Nanti you gastritis I jugak yang sudah. So kita turun makan dulu , then you peluklah I lama mana you nak. Ok?” Fakhrul memandang ke arah isterinya. Pelik sangat perangai wanita ini.

“Peluk je? If I want more?” suara lunak lelaki bertanya sehingga membuatkan Hana Aishah menelan air liurnya. Debaran di dadanya memuncak. Salah jawapannya maka mereka akan kembali ke kotak sifar.

“Abah cakap syurga Aishah di telepak kaki you. Not at mak’s or abah’s. So ... “ panjang nafas ditarik Hana Aishah sebelum menyambung bicaranya. Pandangannya tidak lepas daripada menusuk ke dalam anak mata hitam suaminya.

“I ikut je apa you nak” telapak tangannya dipindahkan ke dada bidang lelaki itu yang dilindungi T-shirt putih berlengan pendek. Hana Aishah menyandarkan sisi kanan kepalanya ke dada lelaki itu.

Telinga kanannya berada tepat di mana jantung lelaki itu sedang berdegup. Irama nadi yang cuba dihafalnya. Lama mereka berkeadaan begitu. Fakhrul kehilangan kata - kata mendengar butir bicara isterinya itu.

“Come” Fakhrul menarik isterinya ke arah katil sebelum tangannya menggapai tudung sarung berwarna hitam yang disangkut di birai katil itu. Dia menyarungkan tudung itu sebelum menarik tangan isterinya untuk menurut langkahnya menuju ke dapur.

Hanya beberapa lampu di rumah agam itu dihidupkan menjadikan suasana malap sahaja. Langkah mereka diteruskan tanpa bicara.

“Sit there. I’ll warm up the food for you” tangan Hana Aishah pantas mengeluarkan makanan daripada peti ais sebelum memanaskan lauk pauk untuk suaminya. Fakhrul yang sedang duduk di atas meja makan bulat di dapur itu memerhatikan setiap gerak geri isterinya.

“You nak air apa? Warning though, I’m bad at making drinks. Just can’t find the right balance for the sugar” Hana Aishah yang sedang menyusun lauk pauk yang telah dipanaskan di atas meja marmar itu mengenyitkan matanya sebelum tersengih memandang suaminya.

“Just do whatever drinks you like” Fakhrul masih memerhatikan gerak geri isterinya itu.

Perubahan Hana Aishah itu menyebabkan hatinya tertanya - tanya. Sehingga tengah hari tadi , isterinya itu sentiasa mencari punca untuk mereka bergaduh. Tak akan semata - mata kerana ugutannya tentang dosa isteri derhaka cukup untuk menukar sikap isterinya 360 darjah.

“Is this enough?” Fakhrul tersentak daripada lamunannya apabila Hana Aishah yang sedang berdiri disebelahnya sambil memegang senduk nasi itu bertanya.

“Pardon me?” Fakhrul termalu sendiri kerana sibuk mengelamun.

“Is the rice enough or you want me to scoop some more?” Hana Aishah menunjukkan ke arah pinggang segi empat yang berwarna hijau lumut itu.

“Enough” Hana Aishah mengangguk sebelum kakinya digerakkan ke arah peti ais. Selepas hampir 10 minit , dia membawa sejag air limau ais ke meja bulat tadi.

“Aik, you haven’t start eating yet?” Hana Aishah yang sedang menuang air di dalam cawan yang sepasang dengan pinggan itu memandang suaminya pelik. Mata lelaki itu sejak dari tadi memerhatikan gerak geri Hana Aishah.

“Sayang kata nak teman, so abang tunggulah” selamba sahaja Fakhrul yang sedang memangku dahunya itu menjawab.

“Ya Allah. You ni. I dah lah took my sweet time making the drinks. Ish. Dah , cepat makan. You havent eaten since breakfast “ Hana Aishah mencedokkan sup daging itu sebelum dituangkan ke atas nasi di atas pinggang suaminya.

Matanya hanya memerhatikan lelaki itu makan. Lapar sangat nampak gayanya. Hana Aishah memarahi dirinya kerana menjadi punca lelaki itu merajuk sampai tidak mahu menjamah makanan.

“Sayang tak nak makan ke?” bila tinggal suku sahaja nasi di pinggannya barulah Fakhrul perasan renungan isterinya semenjak dari tadi.

“Tak . I kenyang dah. Tengok you makan lagilah I kenyang. Sorry you had to starve because of my doing” Fakhrul melihat ke arah isterinya yang sedang menongkat dagu di atas meja marmar itu sambil memandangnya. Segaris senyuman menghiasi bibir nipis itu.

“This is the second time you gave me that smile. You always smile like that when you’re talking to others but never at me. Can you smile for me like that all the time?” terkesima Hana Aishah mendengar ayat lelaki itu.

Berubah air mukanya mendengar permintaan polos daripada suaminya itu. Bukan satu perlian seperti selalu , hanya permintaan ikhlas.

“Jahatnya aku” Hana Aishah memarahi dirinya di dalam hati. Perlahan dia mengangguk kepalanya sebelum suaminya menyambung makan.

Pertama kali dalam hidup Hana Aishah dia menghidangkan makanan untuk seorang manusia. Selalunya makanannya dihidangkan orang lain.

Hana Aishah tidak pernah suka melakukan kerja rumah tetapi malam itu entah kenapa perasaan bahagia mula menular ke dalam hatinya apabila dia melayan lelaki itu makan.

“Just leave the plate, later Mak Zah will clean it up” Fakhrul melihat Hana Aishah sedang membasuh pinggan mangkuknya di singki. Tangannya yang memang tidak boleh duduk diam bersahaja meneruskan misi memeluk pinggang Hana Aishah.

“Ish tak baiklah. Kesian Mak Zah dah kemas dapur lepas tu Aishah sepahkan. You naiklah dulu. I cuci ni kejap je” tangan Hana Aishah masih ligat menyabun pinggan makan suaminya dan mangkuk sup yang sudah habis diratah Fakhrul.

“Leave it. I want to bring you somewhere” sebelum sempat Hana Aishah membantah lelaki itu sudah menutup air paip yang sedang membasahi pinggan mangkuk yang kotor itu.

“You. Kesian Mak Zah tu. What would she say in the morning tengok Aishah tak basuh pinggan mangkuk lepas makan” Hana Aishah yang sedang diseret suaminya itu mengomel. Kaki lelaki itu berhenti di kawasan ruang tamu yang malap itu. Mata lelaki itu tajam memandang Hana Aishah.

“Your duty is to please me only. What Mak Zah think is not important” Hana Aishah hanya menganggukkan kepalanya melihat reaksi lelaki itu yang bertukar dalam sekelip mata itu.

“Haih lah Hana Aishah. Nasib kaulah mak abah suka Hitler ni” omelan itu hanya disimpan di dalam hatinya. Langkah mereka diteruskan. Debaran dada Hana Aishah memuncak apabila mereka mendekati tangga rumah agan itu.

Tetapi Hana Aishah menjadi bingung apabila suaminya membawanya melepasi anak tangga menuju ke bilik mereka. Yang dituju lelaki itu adalah pintu kaca menuju ke taman botanik. Deruan angin malam menyerbu masuk apabila lelaki itu menolak pintu kristal itu ketepi.

“You.. nak pegi mana ni?” Hana Aishah sudah suspen dengan suaminya yang masih mendiamkan dirinya. Mereka berhenti di salah sebuah tiang rumah agam sebelum lelaki itu memetik suis di sebalik dinding itu.

“Beautiful isn’t “ mulut Hana Aishah ternganga melihat taman botanik yang sudah bercahaya dengan lampu kuning. Suasana di taman itu sangat romantis ditambah pula dengan bunyi air kolam renang yang sedang bergolak tenang itu.

“Wah. Cantiknya. Prettier than during the daytime” mata Hana Aishah bersinar melihat kecantikan taman itu diwaktu malam. Tiba - tiba telinganya menangkap bunyi pancuran air yang lebih kuat dari sudut yang mempunyai lebih banyak lampu kuning.

Dia melepaskan tangan lelaki itu sebelum meluru ke arah kolam ikan yang sedang bergolak itu. Ikan koi yang masih aktif diwaktu malam itu sedang berenang tenang.

“The fish didn’t sleep lah ke you kejutkan diorang” Hana Aishah menunjukkan jari telunjuknya sambil tertawa memandang Fakhrul yang sedang berjalan perlahan menuju ke arahnya.

Fakhrul memeluk pinggang Hana Aishah daripada belakang. Dia melibat keterujaan muka isterinya yang sedang meneliti ikan - ikan koi peliharaan keluarga mereka.

“Cuba sayang tengok betul-betul. Are sure they awake ?” Hana Aishah menonggengkan badannya dan melihat dengan lebih dekat.

“Macam tak tidur je. Tu mata terbukak plus they are wiggling their fin and tails” Hana Aishah yang sedang mencangkung itu memandang ke arah Fakhrul yang sedang berdiri dengan kedua - dua tangannya di dalam poket sweat pants nya.

“Come” Fakhrul menghulurkan tangannya sebelum menarik isterinya berdiri. Mereka melabuhkan punggung di Gazebo yang berada di atas kolam ikan itu.

“All fish sleeps with their eyes wide open and normally they will move slightly only to keep them afloat. But for Koi fish due to their nature of being very prominent for their colourful bright bodies , they tend to sleep in a group and they make their movements more visible so when prey comes they can be alerted fast and save themselves” Hana Aishah yang sedang menelek ikan - ikan tersebut di antara celah - celah gazebo itu tenganga mulut mendengar penjelasan suaminya.

“A’ah la you. Tengok diorang duduk setempat je. Macam kiranya diorang make sure diorang warm up badan diorang all the time so bila turn nak lari , they can run like Usain Bolt” Fakhrul tertawa besar mendengar ayat isterinya yang sedang terbongkok - bongkok melihat ikan - ikan tersebut.

“Haih la isteri abang ni, kenapa comel sangat” mendengar ayat Fakhrul yang sedang menertawakan dia itu , pantas tangannya menepuk paha kiri suaminya.

“Suka ye gelakkan Aishah” matanya masih lagi memerhatikan ikan - ikan tersebut. Tiba - tiba akal Hana Aishah mendapat idea. Badannya merangkak perlahan menuju ke sudut hujung gazebo kayu berwarna coklat gelap itu sebelum Hana Aishah mengambil batu kecil yang berada di celahan gazebo itu.

“Sayang. Don’t disturb the fish. Come here” Fakhrul sempat memaut pinggang Hana Aishah sekaligus menarik isterinya yang dalam keadaan menonggeng itu untuk duduk disebelahnya semula. Hana Aishah sudah bermasam muka kerana rencana jahatnya tidak menjadi.

“Alaa you ni. I baru nak tengok theory prey you tu betul ke tak” rengekan manja Hana Aishah sambil mulutnya dimuncungkan.

Dengan tidak semena - mena bibir lelaki itu mendarat di bibirnya. Mata Hana Aishah terbuka luas manakala badannya terus keras seperti batu. Tangan lelaki itu yang masih berada di pinggang isterinya mengangkat Hana Aishah untuk duduk di atas ribanya.

Bibir lelaki itu masih berdansa di atas bibir nipis Hana Aishah. Mata Hana Aishah memandang tepat ke arah kelopak mata suaminya yang tertutup rapat. Nafas lelaki itu menjadi tidak sekata.

Hana Aishah tidak tahu berapa lama mereka berkeadaan begitu sebelum suaminya perlahan - lahan melepaskan bibirnya. Badan Hana Aishah terasa longlai.

Apabila kelopak mata suaminya itu terbuka , Hana Aishah dapat melihat anak mata hitam suaminya yang lebih pekat dan besar daripada biasa. Beberapa ciuman dihadiahkan disekitar bibirnya sebelum senyuman kepuasan terukir di bibir Fakhrul yang sudah merah itu.

“Hmmm. Always wanted to do that everytime you pout” nafas hangat yang keluar daripada mulut lelaki itu menampar bibirnya. Nafas Hana Aishah pula menjadi tidak sekata.

“I won’t force you to do thing that you are not ready yet but ...” Fakhrul nampak sinar di dalam mata isterinya yang masih lagi kaget itu.

“Abang suami sayang. There are times that I want to show you how much I love you” Fakhrul mengalihkan tangannya yang tadi berada di dada isterinya. Hana Aishah tidak tahu bila perkara itu berlaku tetapi saat itu satu fungsi di badannya pun tidak berjalan.

Tangannya turun ke pinggang Hana Aishah sebelum dahi mereka dilekatkan. Dia cuba meredakan nafasnya. Seminit dua berlalu.

“Abang tak mintak banyak. Just don’t talk harshly to me” Hana Aishah memejam matanya rapat. Matanya terasa hangat dengan air mata yang mula berkumpul.

Dia lupa yang dihadapannya ifu bukanlah pakar yang telah menyusahkan hidupnya semenjak 6 bulan lepas, tetapi suaminya. Sekarang baru mindanya mula menghadamkan kenyataan kekasarannya itu bukanlah terhadap bos yang dibencinya , tetapi suaminya yang sah.

“I don’t talk about me to other people. That’s something that I can’t change” keluhan berat dilepaskan lelaki itu.

“So ask me about me. I will tell you if you ask. Ok?” dia melihat mata isterinya yang masih lagi terpejam rapat. Mulut nipis isterinya kelihatan agak bengkak hasil perbuatannya sebentar tadi kelihatan menggigil.

“Open your eyes. I love seeing your beautiful round eyes. So much emotion in it” air mata Hana Aishah gugur. Perlahan - lahan matanya dicelikkan. Merah matanya memandang redup mata lelaki itu.

“I’m sorry. I’m fighting what was meant for me since azali” terketar - ketar suara Hana Aishah memecah kesunyian mereka yang sedang bertentang mata itu.

“I’m sorry for ... blaming you for everything when .... “ air matanya gugur lagi. Sebak dada Hana Aishah.

“When I didn’t even make an effort to know you” Fakhrul memeluk erat isterinya. Dadanya terasa lapang.

“Don’t cry. I hate seeing you cry. You’re waking up so many emotions in me” suara sensual lelaki itu memujuk. Hana Aishah berjaya menenangkan dirinya selepas beberapa ketika.

Kepalanya diangkat sebelum dia memandang tepat ke wajah Fakhrul. Muka lelaki itu kelihatan tenang di sebalik sinaran cahaya lampu di taman itu. Deruan angin malam dan kocakan air di kolam ikan itu menenangkan debaran hatinya.

“I don’t know how this love relationship works. Never been in a romantic relationship all my life. So can you teach me?” Hana Aishah pasti saat itu hatinya masih bukan milik suaminya tetapi dia juga pasti dia mahu menggapai rasa cinta itu.

“A virgin. Abang suka” muka Fakhrul yang mengusiknya itu di pandang gembira.

“You sure you like virgin? I’m inexperienced you know. Bukan Mr Fakhrul ni perfectionists ke?” Hana Aishah mengusik suaminya tetapi muka lelaki itu berubah tegang mendengar bicara isterinya.

“You’re mine. Mine only. I don’t share what’s mine” walaupun kata - kata itu mengusik pendirian dan ego Hana Aishah , dia cuba mengingati kata - kata abang iparnya.

“I’m not your possession Fakhrul. We’re partners and we’re equal. Can you do that for me?” Hana Aishah melembutkan bicaranya.

Jarinya bermain - main di anak rambut Fakhrul. Debaran di hatinya hanya Tuhan yang tahu. Lelaki itu tidak membalas pertanyaan tetapi mulut lelaki itu sekali lagi meneroka mulut Hana Aishah.

Walaupun hatinya masih lagi takut dengan pertaruhan yang dia sedang perjudikan, mindanya cuba meyakinkan dirinya. Untuk kali pertamanya , Hana Aishah membalas permainan bibir lelaki itu.

Malam itu , mereka berbual di bawah langit malam yang dipenuhi bintang. Nak kata dia sudah berlajar semua benda tentang lelaki itu tidak juga. Tetapi itu permulaan untuk mereka mula belajar tentang diri masing - masing. Baby steps kata hati Hana Aishah.

“Ya Allah. Kau lembutkan hati suami aku. Kau bagi aku kekuatan untuk terima kekurangan dia. Kau beri dia kekuatan untuk menerima kekurangan aku. Kau ciptakan dia untuk aku seperti mana Kau ciptakan aku untuk dia , jadi Kau panjangkan jodoh kami sampai syurga abadi Mu” malam itu sewaktu Hana Aishah dengan relanya tidur di dalam pelukan Fakhrul , hatinya berbisik berdoa memohon kekuatan. Dia menarik rapat pelukan suaminya yang sudah lena itu.

************************************

“You, I segan lah pulak nak jumpa Dato’ Karim dengan wife dia after my scene yesterday “ Hana Aishah yang sedang menuruni tangga dengan Fakhrul itu meluahkan kegusarannya. Mereka berjalan beriringan sambil berpegangan tangan.

“See that’s why don’t make a scene with your husband “ Hana Aishah memasamkan mukanya apabila ditegur suaminya. Bukan nak tolong pujuk hatinya pun.

“And don’t pout, nanti abang buat macam semalam ....” secara refleks tangan Hana Aishah menekup mulutnya sehingga tawa suaminya meletus.

“That just makes me wants you more” sebelum sempat Hana Aishah hendak menghadam kata - kata suaminya itu, lelaki itu menarik Hana Aishah masuk ke dalam salah sebuah bilik di tingkat bawah rumah mereka.

“You... they are waiting for us” terketar ketar suara Hana Aishah apabila melihat tangan suaminya yang sudah menarik tudung sarung berwarna pink daripada kepalanya. Tangan lelaki itu menarik ikatan di rambutnya sebelum rambut panjang Hana Aishah mengurai.

“They . Can . Wait” selepas setiap satu perkataan, satu ciuman mendarat di lehernya. Badan Hana Aishah sudah meliuk - liuk kegelian bila lelaki itu sampai ke perkataan yang terakhir.

“Oh gosh, it tickles “ kedua - dua pergelangan Hana Aishah sudah dikuncikan di balik pintu yang tubuhnya disandarkan itu. Lelaki itu meneruskan penerokaannya ke sekeliling leher Hana Aishah.

Mata Hana Aishah melilar ke sekeliling bilik tidur tetamu yang besar itu. Air liurnya ditelan berkali kali untuk melegakan tekaknya yang tiba - tiba kekeringan kerana takut sekiranya sesiapa memunculkan diri di dalam bilik itu.

Tetapi yang lebih menakutkan apabila lelaki itu melepaskan kedua - dua belah pergelangan tangannya sebelum butang blausnya dibuka satu persatu.

Hari itu suaminya memilih pakaiannya seperti yang dijanjikan mereka dua hari lepas. Fakhrul menyuruhnya memakai blaus berwarna putih bercorak bunga sakura dipadankan dengan seluar palazzo berwarna putih susu.

Bibir lelaki itu bergerak daripada bibirnya ke arah lehernya perlahan - lahan sehingga tiba di bahagian dadanya. Dengan setiap inci bibir lelaki itu mendekati lingerie berwarna pink yang dipilih suaminya , nafas Hana Aishah menjadi semakin tidak sekata.

Minda Hana Aishah seperti di atas awangan, tersepit di antara rasa asing yang mula hadir di dalam hatinya dan perasaan takut sekiranya sesiapa akan masuk dan menyaksikan aksi mereka ini.

Hana Aishah tidak tahu bila , dimana dan bagaimana tetapi yang dia pasti apabila lelaki itu habis menikmati tubuhnya , nafas mereka berdua bergerak laju. Kelopak mata Hana Aishah yang sudah lama terpejam itu dikucup perlahan lelaki itu.

“You’re so sexy” suara sensual lelaki itu menyedarkan Hana Aishah. Perlahan- lahan matanya dibuka. Redup mata suaminya merenung Hana Aishah.

“Turn around” Hana Aishah hanya memandang Fakhrul dengan mata kuyunya. Apa - apa pergerakan diwaktu itu terasa terlalu berat kerana badannya terasa seperti diawangan.

Fakhrul tersenyum bahagia apabila melihat impak perbuatannya tadi kepada wanita yang berada di dalam pelukannya itu. Cop - cop yang ditinggalkan di dada isterinya yang terdedah dengan blaus yang sudah terbuka sehingga ke bahagian perut itu dipandangnya bangga.

“Mmmm” terkeluar bunyi itu daripada mulut Hana Aishah apabila lelaki itu menyentuh perutnya. Setiap permukaan di badannya terasa sensitif saat itu.

Fakhrul tersenyum lebar apabila mendengar suara pertama yang dia dengari daripada mulut isterinya semenjak dari tadi. Tangannya ligat mengancing kembali cangkuk baju dalam isterinya sebelum butang baju isterinya dibutangkan kembali.

“Thank you” satu kucupan pendek mendarat dibibir Hana Aishah selepas Fakhrul menyarungkan kembali tudung isterinya yang dicampak ke lantai sebentar tadi.

“Lets go. Now I’m hungrier” Hana Aishah yang masih terkejut itu mengikut langkah suaminya yang beriaksi selamba seperti tiada apa - apa berlaku. Sesampai meja di ruangan makan itu , semua mata memandang ke arah Hana Aishah dan Fakhrul.

“Muncul pun pengantin baru ni” suara Tan Sri Fadhil yang duduk di kepala meja itu menegur ceria. Hana Aishah masih terpinga - pinga memandang ke arah suaminya yang beriaksi selamba itu.

“Morning abi , ibu” Fakhrul menarik Hana Aishah ke arah Dato ‘ Karim dan Datin Fatimah yang duduk bersebelahan.

“Morning sayang. Ibu rindulah Fakhrul. You didn’t visit me often” Hana Aishah hanya membisu melihat Datin Fatimah yang memeluk Fakhrul erat itu.

Dengan teragak - agak Hana Aishah menghulurkan tangan untuk menyalami Dato’ Karim. Sangat pelik dirasanya kerana selama ini dia tidak pernah menyangka hubungan Dato’ Karim dan Fakhrul adalah lebih dari yang dia sangka.

“Errr. Hana tak tahu nak panggil apa” kepala Hana Aishah yang tidak gatal itu digaru. Dato’ Karim sudah tersenyum lebar melihat menantunya. Tangan yang dihulurkan Hana Aishah itu disambut sebelum dia menarik gadis itu duduk di sebelahnya.

“Hana panggil abi lah” dahi menantunya dicium mesra. Dia tidak menyangka Hana Aishah menjadi pilihan hati anak teruna itu.

“Sorry , this is all too awkward for me. Hana kena biasakan dulu” Hana Aishah menjawab jujur.

“Take all the time you want in the world” tangan Hana Aishah masih digenggam erat tangan tua itu. Hana Aishah menganggukkan kepalanya lega.

“Abi je ke. Ibu ni?” suara wanita yang memegang erat pinggang Fakhrul itu memandangnya mesra.

“Ohh ibu ok je. Fuhh nasib baik Hana tak pernah jumpa wife Dato’ . So senang lah nak panggil ibu terus” Hana Aishah terus meluru ke arah wanita itu dan memeluknya erat.

“Ya Allah!” terjerit kecik Datin Fatimah apabila dia dipeluk erat menantunya itu. Hari ini giliran Datin Fatimah pula terkejut dengan tindakan drastik Hana Aishah.

“Sorry ibu. I was shocked yesterday, itu yang stunted reaction “ Hana Aishah tersenyum lebar menerangkan kepada Datin Fatimah.

“Apology will be accepted with conditions” muka Hana Aishah bertukar keruh. Mertua susuannya itu pasti terasa hati dengan kebiadapannya semalam.

“Hana mintak maaf. I didn’t mean to be rude yesterday” sedih suaranya memohon maaf.

“Ibu tak marah punlah. But I will be mad if both of you didn’t come and sleep over at our house” lega hati Hana Aishah mendengar. Laju kepalanya dianggukkan.

“Come lets eat breakfast. Sejuk dah makanan tunggu Hana and Angah nak turun” Puan Sri Maria menegur mereka.

“Anak mama ni lah. Banyak pulak pit stop dia” Hana Aishah menjeling ke arah suaminya itu. Laju tangan Fakhrul ingin menarik Hana Aishah tetapi isterinya lebih pantas melarikan diri ke arah Puan Sri Maria dan duduk disebelahnya.

“Hari ni Hana duduk sebelah mama makan. Wahh sedapnya. Nasi lemak” tangan Hana Aishah pantas mencedok lauk nasi lemak dan diletakkan di dalam pinggannya. Puan Sri Maria menahan tawa melihat menantunya yang gelojoh mahu makan itu.

“Laparnya Hana. Itulah mama suruh makan lebih semalam tak nak” Hana Aishah hanya tersengih sebelum menyuapkan nasi ke mulutnya.

“Hana, ni Mak Zah masakkan sambal sotong yang Hana mintak semalam” Mak Zah yang baru muncul daripada dapur itu membuatkan mata Hana Aishah yang baru menjamah dua suap nasi itu bersinar - sinar

“Ya Allah. Thank you Mak Zah. Tapi ayam ni...” matanya memandang ke pinggang suaminya yang masih belum berlauk itu.

“You, ambik nasi I ni. I nak makan sambal sotong” tanpa menunggu balasan lelaki itu , Hana Aishah menolak pinggannya ke arah Fakhrul sebelum mencedok lauk baru.

Tan Sri Fadhil memerhatikan tindakan anak lelakinya itu. Fakhrul sangat pantang apabila dia disuruh makan lebihan orang lain. Tetapi anak lelakinya hanya menggelengkan kepalanya sebelum menjamah nasi yang telah dimakan isterinya itu.

Tindakan Fakhrul itu membuatkan keempat - empat pasang mata itu berpandangan sesama sendiri.

“Why is everyone not eating? Sorry Hana lupa nak tolong sendukkan” suara Hana Aishah memecahkan keadaan janggal yang sedang menyelubungi meja makan itu.

“Nothing Hana. Hana makan lah. Tadi ibu tak lapar lagi, ni tengok Hana makan terus perut ibu berkeroncong” Datin Fatimah tersenyum lebar memandang ke arah menantunya yang makan dengan berseleranya.

“Come , lets eat” mendengar suara Tan Sri Fadhil bersuara itu Puan Sri Maria menyendukkan makanan untuk suaminya manakala Datin Fatimah menghidangkan untuk suaminya.

“I forgot to ask you yesterday Angah. You’re not planning to bring Hana for honeymoon ?“ pertanyaan Tan Sri Fadhil memecahkan kesunyian mereka yang sedang menjamah selera itu.

“Cannot go la papa. Hana dapat cuti for 5 days je starting from reception. Hana dapat compulsory off on nikah day , itu pun nasib” Hana Aishah yang sedang meneguk air jus oren itu membalas pertanyaan bapa mertuanya.

“That’s really short. In 2 days time Hana dah start kerja ke?” Dato’ Karim pula bertanya pelik sambil memandang menantunya.

“Hana request off on Thursday so I got extra 1 day” Hana Aishah menjawab dengan bersahaja tanpa perasan perubahan muka Tan Sri Fadhil yang memandang Fakhrul tegang.

“You didn’t tell Hana about the welcoming dinner for our company on Saturday is it Angah?” Hana Aishah yang baru hendak menyenduk nasi itu terhenti mendengar suara Tan Sri Fadhil yang bertukar tegang itu.

“You...” Hana Aishah menyabarkan dirinya melihat muka lelaki itu yang masih bersahaja menyuapkan makanan ke mulutnya.

“It’s not important” Hana Aishah mengucap panjang di dalam hatinya mendengar jawapan Fakhrul. Hana Aishah melihat muka Tan Sri Fadhil yang berubah tegang. Sebijik seperti anak lelakinya itu kalau tengah marah.

“Tak pe papa. Hana postcall time tu. I can make it. What time is the event papa?” mata Tan Sri Fadhil masih menjeling ke arah anak terunanya yang meneruskan suapannya seperti tiada apa - apa berlaku.

“Abang” Puan Sri Maria memegang tangan kanan suaminya yang digenggam rapat itu.

“A’ah Dil. You didn’t tell me the time also” Dato’ Karim pula cuba menenangkan suasana tegang di meja makan itu. Tan Sri menggelengkan kepalanya tanda kecewa. Kasihan pula Hana Aishah lihat.

“Wah bestnya papa. Hana tak pernah pergi formal dinner. Selalu tema dia macam mana? Do I get to wear like those celebrity gown yang bling bling tu?” pandangan Tan Sri Fadhil diarahkan ke arah menantunya yang berusaha untuk mengubah topik mereka itu.

“That dinner is for you. Papa nak introduce my latest addition to the family and you can wear whatever dress you want because you’ll be the center of the night” Tan Sri Fadhil tersenyum mesra memandang ke arah menantunya.

“Dinner apa pa?” Fakhih yang memunculkan diri dengan keluarga kecilnya itu bertanya.

“Mak ngah!” Mary Irina yang berada dalam dukungan bapanya itu meloncat turun sebelum berlari dan memanjat kerusi yang diduduki Hana Aishah.

“Welcoming dinner on Saturday for Hana” sepatah jawapan Tan Sri Fadhil sebelum meneruskan jamahannya.

“Mary Irina. Sit at your own chair” jelinga mata ibunya cukup untuk membantutkan niat Mary Irina yang sudah mencebikkan mukanya.

“No! I sit here” berdesing telinga Hana Aishah melihat anak dara Fakhih yang suka menyilangkan tangannya. Kakinya sudah dihentakkan ke lantai.

“Ling. Let it be” Fakhih menarik tangan isterinya yang sudah menyinga melihat amukan anak daranya. Mary Irina sudah terlentang diatas lantai sambil meraung.

“You keep on undermining me infront of her that’s why she’s like that” Fakhih yang sedang menyedok makanan itu tidak membalas jawapan isterinya.

“B!” Idora pergi ke arah suaminya yang sedang sibuk mahu makan itu sebelum mencubit tangan suaminya sehingga Fakhih mengaduh kesakitan.

Hana Aishah pula bangun dari pendudukannya sebelum mengangkat Mary Irina yang sudah menangis di atas karpet itu.

“Ahhh. Ling sakitlah. You ni kan patut bersyukur anak you tu nak melekat dengan orang lain. Penat tau I angkat dia ke hulu , ke hilir. Bukan you yang angkat” Fakhih menarik isterinya yang sedang berdiri sebelum dia menyendok lauk untuk Idora.

“Nah , Darling makan. B makan. Biar Hana jaga Mary ok” Idora masih menarik muka masam manakala Fakhih sudah menjamah nasi lemak di dalam pinggannya.

“Akak . Its ok. Hana dah habis makan pun. I’ll take care of her” Hana Aishah yang sedang menyuap Mary Irina itu pula memujuk.

“Ya Allah. Drama betul anak - anak mama ni. Ni belum Puteri Kayangan turun” Puan Sri Maria menggeleng kepala melihat gelagat anak menantunya.

“Meriah lah kak. Kalau rumah Mah senyap je. Nak Tunggu Fakhrul datang , buat penat ibu je” Fatimah sempat mencelah.

“Next weekend we’re staying over Bu. Plus I meet Abi all the time at hospital “ Fakhrul memandang ke arah Hana Aishah yang sedang menyuap Mary Irina itu.

“That’s Abi , not me. Sunyi je rumah Ibu tu. So Hana have to give us so many cucu. Kena split dua, for papa mama and abi ibu” terbeliak biji mata Hana Aishah memandang Datin Fatimah.

“Entah. Ibu tanya lah Aishah. Sayang nak ada baby bila ni? See, so many anticipation “ muka Hana Aishah terasa bahang apabila lelaki itu sengaja mengenakannya. Dijegilkan biji mata memandang suaminya yang sudah tersenyum mengusik itu.

“Tak lama lah tu. Bukan main semalam Along tengok dekat garden” Hana Aishah terasa seperti mahu bumi terbelah dua sekarang. Ya Allah, malunya dia kalau sesiapa nampak kejadian semalam.

“Garden?” Puan Sri Maria bertanya pelik.

“A’ah , mama nak tahu they ....” sebelum Fakhih sempat habis bicara Hana Aishah sudah menjerit sehingga terkejut Mary Irina yang duduk di atas ribanya.

“Along! Hana bagi tahu kak Idora” telunjuk Hana Aishah sudah ditujukan kearah abang iparnya yang tersenyum simpul itu.

“Tell me what?” Idora sudah menjeling ke arah suaminya.

“Hmm. I’m really keen on telling though. The pros is outweighing the cons” Fakhih menggosok - gosok dagu seperti sedang berfikir.

“Along , janganlah. Tak nak kawan” Hana Aishah menarik muncung sedepa.

“Hana, you better tell me what he did?” Idora pula mengugutnya. Hana Aishah memandang kakak iparnya yang memakai blaus separa lutut itu. Rambutnya disanggul tinggi.

“Tak boleh lah Kak Idora but I promise you its nothing bad. Nanti Along pecah rahsia Hana” Hana Aishah merasa serba salah pula dengan Idora yang sudah menarik muka masam.

“You’re not sleeping with me tonight” Fakhih hanya mengangkat bahunya tanda tidak kisah mendengar ugutan isterinya.

“Ikut you lah Ling. You tidur lah dengan anak you yang buas tu. Nyenyak sikit I tidur tak kena sepakan padu mak anak” pecah tawa seisi meja mendengar jawapan Fakhih itu.

“Ish . You ni kan” Idora mencubit pinggang suaminya apabila mendengar perlian suaminya itu.

“But on a serious note, at the garden you guys” Idora yang sedang menikmati kuih lopes itu mengeyitkan matanya sambil tersenyum simpul.

“Kak Idora!” Hana Aishah memeluk Mary Irina malu.

“Now I want to know. What happen at the garden” Puan Sri Maria pula rasa ketinggalan.

“Ma... na ... emmm.... aaa... da apa “ tergagap - gagap Hana Aishah menjawab. Nasib baik kulit mukanya berwarna coklat susu, kalau tak memang sah mukanya merah seperti tomato.

“Enough” suara Tan Sri Fadhil yang menegur mereka yang sedang menertawakan Hana Aishah itu berjaya menyelamatkan dirinya daripada dimalukan. Fakhrul tidak membantunya lansung.

“Morning everyone” adik Fakhrul memunculkan dirinya selepas mereka hampir habis bersarapan. Puteri kayangan yang memakai skirt pendek separas paha dan singlet itu sempat menjeling Hana Aishah sebelum duduk disebelah abangnya.

“How are you Felisha. Its been awhile since I saw you” Dato’ Karim menegur mesra anak dara Tan Sri Fadhil.

“I’m good uncle. When did both of you came?” Felisha melihat lauk pauk di atas meja dengan muka tidak berselera.

“Mak Zah. Where’s my breakfast?” kelam kabut wanita tua itu menyediakan sarapan tuan puteri. Hana Aishah yang sedang melayan Mary Irina itu membuat muka meluatnya.

“Nak jumpa menantu uncle lah” Dato’ Karim tersenyum lebar memandang Hana Aishah.

“Not for long I hope” terdiam mulut semua orang mendengar ayat Felisha itu.

“Mind you words Felisha. That’s your brother’s wife. Mama tak ajar Felisha kurang ajar dengan orang tua” suara Puan Sri Maria sudah meninggi tetapi Felisha hanya tersenyum sinis.

“You came back late yesterday Felisha. Mind telling me where did you go?” gerun Hana Aishah mendengar suara Tan Sri Fadhil menegur anak daranya. Gadis itu hanya membuat muka selambanya dan menjamah french toast yang dibuatkan khas untuk anak dara Tan Sri Fadhil itu.

“Went out with Kak Put. Its so hot staying at in this house nowadays” Hana Aishah tahu sangat adik iparnya itu sedang memerlinya.

“If my house is too hot for you , you can gladly get out of my house. If you want to stay here you learn to respect everyone in this house. Including Mak Zah. Understand “ Hana Aishah tidak pernah melihat Tan Sri Fadhil marah tetapi sekali lelaki itu marah takut Hana Aishah dibuatnya.

“Apologies to Hana now!” suara Tan Sri Fadhil meninggi apabila Felisha selamba sahaja makan tanpa memperdulikan amarah bapanya itu.

“Ehh papa , its ok. I don’t mind” Hana Aishah memaniskan mukanya memandang bapa mertuanya. Dia pelik melihat semua orang yang berdiam diri sambil meneruskan suapan mereka seperti tiada apa - apa yang berlaku.

“I’m cutting off your credit card. Your curfew is 8pm. If you cross any of my rules then I’m cutting you off from the family. You’re getting too much lately “ mata Tan Sri Fadhil melihat ke arah anak gadisnya yang sudah terhenti makanannya.

“Sorry” bisikan perlahan Felisha kedengaran. Hana Aishah memandang ke arah Felisha yang sedang menjelingnya seperti singa kelaparan.

Hana Aishah mengeluh perlahan. Matanya memandang ke arah Fakhrul yang hanya mendiamkan diri tanpa bicara. Lelaki itu lansung tidak membelanya apabila melihat layanan Felisha terhadapnya.


************************************

Hana Aishah sedang mengaji di atas sofa di dalam bilik tidur mereka. Petang tadi sewaktu dia berborak dengan Teacher Basirah di dalam telefon , ibunya sempat membebel kerana sudah hampir seminggu Quran tidak disentuhnya.

Mental dan fisikalnya terlalu letih sejak kebelakangan ini , menyebabkan tidurnya terganggu. Badannya terasa sakit kerana tekanan yang di hadapinya.

Malam itu selepas solat isyak berimamkan suaminya, dia terus melabuhkan punggung di sofa sebelum mula mengalunkan ayat - ayat suci daripada Al - Quran. Untuk seketika itu , hilang segala masalahnya.

“Sadaqallah ul azim” Hana Aishah memeluk erat Al - Quran pemberian suaminya. Niatnya dia ingin khatam sebelum mereka menyambut ulang tahun pertama perkahwinan kelak.

Matanya memadang ke langit biru , tetapi malam ini tiada bintang seperti semalam. Dia tersenyum melihat bulan yang menerangi langit malam. Langsir yang diselak sewaktu dia mengaji tadi di tutup kembali.

Kakinya yang sedang duduk bersila itu diluruskan ke lantai. Badannya di renggangkan ke kanan dan kiri sebelum di berdiri. Telekungnya di tanggalkan sebelum dilipat rapi.

Dia tidak sedar segala pergerakannya diperhatikan suaminya yang sedang berbaring mengiring menghadapnya. Muka lelaki itu tidak menunjukkan sebarang emosi. Apabila dia memaling ke arah katil kelamin mereka barulah dia perasan renungan lelaki itu.

“Kenapa pandang Aishah macam tu” kaki Hana Aishah digerakkan menuju ke katil. Dia melabuhkan punggungnya di birai katil. Tangannya mengusap tangan suaminya yang masih merenungnya.

“You’re mad at me” bukan satu pertanyaan tetapi kenyataan. Hana Aishah tersenyum hambar sebelum menggelengkan kepalanya.

“You don’t smile like yesterday” satu lagi ayat penyata dituturkan lelaki itu.

“It comes naturally. I can’t force it” perlahan suara Hana Aishah bertutur. Suaminya mendudukkan dirinya di atas katil mereka.

“You’re happy yesterday. You’re not happy today” Hana Aishah mengeluh perlahan.

“I don’t know what I’m feeling anymore. Does it matter?” hatinya merasa sayu tiba - tiba. Mungkin kerana itu ibunya menelefonnya petang tadi.

“I’m making you upset” Fakhrul mengusap pipi Hana Aishah. Air mata isterinya bertakung.

“Sayang bagi tahu abang, what did I do? You’re upset because of the swimming pool incident is it?” Fakhrul cuba meneka tetapi isterinya tetap menggelengkan kepalanya.

Fakhrul tidak membenarkan Hana Aishah berenang kerana baju mandi muslimah yang dibawanya semua pendek belaka dimata lelaki itu. Ketat sangat lah , pendek sangat lah sampai akhirnya Hana Aishah berputus asa dan membatalkan rencananya untuk berenang. Merajuk anak saudara Fakhrul kerana hajatnya tidak tercapai.

“Tell me” arahan bukan pertanyaan. Hana Aishah tersenyum hambar.

“Kenapa buat papa macam tu?” terkunci mulut lelaki itu mendengar pertanyaan isterinya.

“See , what I feel doesn’t matter kan?” Hana Aishah memalingkan tubuhnya memandang ke arah langsir mewah berwarna maroon yang menutupi tingkap bilik itu.

“I know you won’t tell me and I don’t want to even bother. I’m not a good daughter, I have my own fair share of anger with abah and mak. But..” lama mulutnya terhenti berbicara.

“Kesian papa. I don’t know what is your issue with him but you pernah fikir tak. One day InsyAllah when we have kids ... what if..” berat mulut Hana Aishah mahu berbicara.

“You want lots of kids kan. You told me you want six of them. Tapi I takut kalau ... kalau one of them do the same thing that you did to him” keluhan berat dilepaskan Hana Aishah. Wajahnya dipalingkan memadang ke arah Fakhrul yang masih beriak biasa itu.

“Papa tu dah tua. Sama macam abah . Macam mak. They have flaws tapi what ever we are today, we owe them. Even sekelumit” tangannya yang berada dalam genggaman suaminya itu ditarik. Anak rambut degil yang bersepah di dahi suaminya itu dirapikan ke tepi.

“I tak mintak banyak pun. Tapi maybe don’t hurt him that bad” mata redupnya merenung ke dalam anak mata hitam suaminya.

Fakhrul menarik Hana Aishah rapat. Satu kucupan hangat di hadiahkan di dahi isterinya itu.

“Its not your kids. Its our kids” segaris senyuman menghiasi bibir lelaki itu. Seperti semalam tiada janji dimeterai. Tiada jawapan bagi permintaan Hana Aishah.

“Sekarang marah lagi” mendengar pertanyaan Fakhrul itu Hana Aishah menggelengkan kepalanya.

“Aishah tak marah. Baby step kan” kepalanya dirapatkan ke dada suaminya. Irama nadi yang sedang dihafalnya.

“So just to get things straight, you’re agreeing to six right?” Hana Aishah dapat merasai getaran tawa suaminya yang sedang mengusik.

“Do I even have any say in it” satu kenyataan yang Hana Aishah sedang belajar terima.

Dalam perkahwinannya ini , dia kena banyak menerima. Tuhan kurniakan dia seorang suami yang tidak tahu meminta. Baik buruk dia harus terima kan.

Hana Aishah sendiri tidak tahu di mana datangnya kekuatan ini tetapi mengingatkan kembali permintaan Tan Sri Fadhil petang tadi , jiwanya benar - benar terkunci di dalam ikatan yang dibina 3 hari lepas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience