Chapter 14

Romance Completed 625664

“Mr Fakhrul nak bawa saya pergi mana ni” Hana Aishah melihat jalan raya Elite yang jam itu . Kereta Fakhrul sedang menghala ke arah ibu kota. Sudah setengah jam mereka berada di dalam kereta BMW 8-Series Gran Coupe berwarna hitam metallic millik Fakhrul. Bosan Hana Aishah duduk di dalam kereta Fakhrul itu.

“Memang semua kena hitam ya?” Hana Aishah cuba memecahkan kesunyian setelah hampir 10 minit Fakhrul tidak mahu menjawab pertanyaannya.

“Radio tu rosak ke?” Fakhrul masih lagi berdiam diri. Suasana kembali sunyi , sesekali diselangi dengan keluhan Hana Aishah. Bateri telefonnya hanya berbaki 20% , sebab itu Hana Aishah tidak berani melayari internet menggunakan telefonnya bimbang baterinya habis.

Jari telunjuk Hana Aishah laju menekan punat on/off di dashboard yang bertentangan dengannya. Pelik juga dia , selalunya set radio ada ditengah - tengah dashboard kereta. Selepas Hana Aishah menekan punat tersebut, tiba - tiba bumbung atap kereta terbuka sebesar mulut Hana Aishah yang ternganga.

“Aishah” geram suara Fakhrul memberi amaran. Matanya sempat menjeling ke arah Hana Aishah.

“This is your fault. Saya tanya tak nak jawab , at least open the radio to reduce my boredom. Now that I’m bored , my hands are just itchy to push on buttons” bengang pula Hana Aishah dengan Fakhrul. Sudahlah memaksanya mengikuti lelaki itu entah ke mana , lepas itu sepanjang perjalanan suasana hanya sunyi.

Fakhrul terus mengfokuskan pandangannya ke arah jalan raya di hadapan tanpa mengendahkan bebelan Hana Aishah. Tangan Hana Aishah sekali lagi menekan punat tadi.

Pap. Tangan Fakhrul menepuk tangannya kasar.

“Auwww, sakitlah” Hana Aishah menggosok tangannya yang sudah berbirat merah itu.

“Just stay put and be quiet” itulah satu - satunya ayat yang Fakhrul ungkapkan sepanjang perjalanan mereka itu. Selepas itu Hana Aishah hanya mendiamkan diri dan memandang ke arah matahari yang sedang terbenam itu.

Kereta BMW berwarna hitam milik Fakhrul itu memasuki kawasan perumahan berpagar . Boleh dikatakan kebanyakan rumah yang mereka lepasi mempunyai pagar yang tinggi sehinggakan pelawat tidak dapat melihat reka bentuk rumah - rumah tersebut. Kawasan perumahan yang bersekuriti tinggi yang berbukit itu dipenuhi dengan rimbunan hijau yang elok terjaga.

“What kind of place we are going to for this dinner?” tiba - tiba hati Hana Aishah tidak keruan. Selepas kejadian malam itu , Hana Aishah sangat takut untuk berada di tempat yang gelap pada waktu malam.

Walaupun pada mulanya dia tidak bersetuju apabila ibu bapanya mahu mengambil dan menghantarnya ke tempat kerja , selepas itu dia bersyukur kerana dia baru tersedar traumanya itu masih belum hilang. Dia tidak menceritakan trauma yang masih dihadapinya kepada orang lain kerana dia tidak mahu mereka bimbang terutama kepada kedua ibu bapanya.

“Maybe I should call my parent, they may have reach Seremban already by now“ laju Hana Aishah menyelongkar beg tangannya. Iphone yang dihadiahkan oleh kakaknya tempoh hari dibuka.

“Tell them you’ll be late and I’ll send you home tonight “ Fakhrul dapat menangkap kegugupan Hana Aishah.

“Ehh tak apalah Mr Fakhrul, I’ll send the location and my parents will pick me up” Hana Aishah cuba menegaskan suaranya. Hana Aishah memarahi dirinya kerana tidak menipu sahaja yang dia banyak kerja lagi ataupun ibu bapanya sudah sampai sewaktu di hospital tadi.

“Hello mak “ belum sempat Hana Aishah menyambung bicara , iphone X berwarna merah milik Hana Aishah dirampas dari tangan kanannya.

“Assalamualaikum aunty , I’m Fakhrul , Aishah’s colleagues. Tonight I’ll be sending her back home” Hana Aishah tergamam melihat Fakhrul yang selamba memperkenalkan dirinya kepada ibunya.

“We’re heading out for dinner and I’ll send her back after that aunty” Hana Aishah melihat Fakhrul mengiakan apa yang ibunya katakan sebelum menamatkan panggilan dan meletakkan telefon Hana Aishah di dalam laci kompartmen kereta di bahagian sisi kanan Fakhrul.

“What did you say to my mom? Why are you keeping my phone? Where are we going? Why are you not answering any of my questions?” Hana Aishah mengajukan soalan bertubi - tubi kepada Fakhrul.

“Why can’t you stop talking? Why are you not tired of talking ? Why cant you keep your mouth shut? ” Hana Aishah menyumpah Fakhrul cukup - cukup di dalam hatinya apabila mendengar jawapan Fakhrul itu.

Kereta BMW tersebut terus membelah senja yang semakin gelap itu. Lampu kereta dan cahaya lampu jalan mula menerangi langit yang semakin gelap itu. Hati Hana Aishah semakin tidak keruan melihat jalan yang semakin gelap dan kereta yang mereka naiki semakin laju melalui jalan berbukit bukau seperti pemandunya sudah biasa dengan laluan itu.

“Mr Fakhrul jangan main - main. Where are we heading ? I have black belt ok” Fakhrul cuba menahan tawanya mendengar Hana Aishah yang sudah merepek kerana ketakutan.

“I thought you said you didn’t pass your black belt exam because the instructor was being biased “ Hana Aishah menarik muka masam apabila Fakhrul mengingatkannya tentang kejadian yang memalukan yang berlaku pada minggu lepas sewaktu di hospital.

************************************

“Man cepatlah bagi white coat kau. Pak cik tu pergi muntah atas baju aku” Hana Aishah yang sedang berdiri disebalik pintu bilik rehat pegawai perubatan di wad orthopaedic itu merayu. Hanya mukanya yang kelihatan di sebalik pintu itu.

“Kau biar betul Hana . Pak cik mana pulak vomit on you?” Aiman cuba menolak pintu untuk masuk ke bilik itu.

“Wei janganlah masuk , I’ve removed my jubah already” Hana Aishah yang cuba menahan pintu dari ditolak Aiman , tidak berjaya kerana dengan senangnya Aiman membuka pintu bilik rehat itu menggunakan tenaga lelakinya.

“Ahh” Hana Aishah terdorong ke belakang dan sekaligus pintu terbuka luas.

“Seksi gila kau Hana” Aiman tergamam melihat Hana Aishah yang berdiri dihadapannya. Hana Aishah yang biasanya memakai baju longgar , sekarang hanya memakai seluar jegging dan berbaju turtle neck yang mengikut badan.

Fakhrul dan Kuven yang sedang menuju ke arah katil pesakit mengahalakan pandangan mereka kearah bilik rehat itu apabila mereka mendengar perbalahan Hana Aishah dan Aiman.

“What the hell is going on here?” Fakhrul yang terkejut melihat pakaian Hana Aishah itu terus meninggikan suara. Hana Aishah dan Aiman yang sedang bertelagah itu terus terdiam.

“Damn hot this girl. No wonder she always wear loose cloth” Hana Aishah yang tergamam itu terus melarikan diri dan masuk ke dalam bilik rehat itu sebelum menguncikan pintunya.

“Ya Allah, malunya aku” Hana Aishah rasa seperti mahu ditelan bumi tahap malunya.

“Hana , sorry wei. Nah ambik white coat aku ni” Aiman mengetuk pintu bilik rehat yang sudah dikunci Hana Aishah.

Perlahan - lahan Hana Aishah membuka pintu bilik dan hanya mengeluarkan tangannya untuk mencapai white coat Aiman itu.

“Kau kan patut sujud syukur aku tak lepas exam last black belt because the instructor was being biased. Kalau tak memang aku rearranges semua tulang kau ” Hana Aishah cepat - cepat menyarungkan white coat Aiman.

Hana Aishah bersyukur pada waktu itu kerana white coat Ammar yang bersaiz besar itu dapat melindungi pakaiannya yang sendat itu.

Memang menjadi kebiasaan Hana Aishah apabila dia memakai jubah abaya dari Arab Saudi itu , dia akan memakai pakaian yang sendat di dalam terutamanya kalau dia pergi ke tempat sejuk kerana dengan cara ini dia dapat memanaskan badannya.

Tadi sewaktu Hana Aishah sedang memeriksa keadaan seorang pesakit yang baru sahaja menjalani pembedahan 2 jam lepas , pesakit itu muntah ke atasnya.

Habis abaya dan white coatnya dibasahi dengan muntah pesakit .Nasib baik dia memakai dua lapis baju pada hari ini.

Sepanjang hari itu , bosnya Kuven tidak habis - habis mengusik Hana Aishah. Muka Fakhrul pula tegang sahaja sepanjang hari. Tetapi Hana Aishah pelik kerana Fakhrul tidak memarahinya atau memerlinya dengan kata - kata kasarnya. Selalunya laju sahaja mulut lelaki itu memarahinya.

**************************************


Kereta BMW itu diberhentikan di hadapan sebuah pagar mewah setinggi 8 kaki. Pagar yang berwarna emas dan hitam itu memberikan privasi yang maksima kepada penghuninya.

Sewaktu pagar itu terbuka , Hana Aishah dapat melihat halaman rumah yang besar dipenuhi dengan beberapa kereta mewah. Fakhrul memandu perlahan keretanya menuju ke arah parking berbumbung yang berada di sebelah kanan rumah.

“Mr Fakhrul , what is this place? You told me we’re going for a dinner not to a house?” kali ini muka Hana Aishah sudah kelihatan pucat.

“We’re going for a dinner like I told you” Fakhrul mematikan enjin keretanya.

“But this is not a restaurant nor a cafe” geram Hana Aishah apabila Fakhrul tidak mengendahkannya dan terus membuka pintu kereta itu dan melangkah keluar.

“Eeee Mr Fakhrul ni. Jangan cari pasal dengan saya. This is clearly not a dinner place. Its a freaking mansion ok” Hana Aishah yang sedang membetulkan baju kurungnya yang sudah berkedut seribu itu memarahi Fakhrul.

“I didn’t tell you we’re going to restaurant or a cafe. I told you we’re going for a dinner” Fakhrul memandang ke arah Hana Aishah yang sedang merenungnya seperti mahu menelan Fakhrul hidup - hidup.

“I want to go back” Hana Aishah meneruskan perjalanannya menuju ke arah pagar besar itu.

“Kalau pagar tu tak nak bukak memang aku panjat ke luar” tekad Hana Aishah di dalam hatinya.

“Pak cik tolong bukakkan pintu pagar ini. Saya nak keluar” Hana Aishah yang tiba di pondok pengawal itu memberitahu lelaki setengah abad yang memakai baju seragam berwarna hitam itu. Di tangan lelaki itu , kelihatan sebuah belatan panjang.

“Aishah , come back here” Hana Aishah tidak mengendahkan panggilan Fakhrul itu.

“Pak cik nak buka ke nak saya panjat pagar tu?” Hana Aishah mengugut lelaki yang sedang memandang kearah anak tuannya, Fakhrul.

“Pak Mat” satu jelingan dari Fakhrul cukup untuk membuatkan Mahmat kembali ke bilik pengawalnya dan menutup pintu itu.

“Fine , tak nak bukakan so I will climb then” belum sempat Hana Aishah membuka langkahnya untuk menuju ke arah pagar besar itu , lengannya digenggam sebelum ditarik oleh Fakhrul.

“Aishah , you better behave or I will tell your parent about Aiman” ugutan Fakhrul itu berjaya mematikan niat Hana Aishah untuk melarikan diri dari tempat itu.

“Come” Fakhrul melepaskan pegangan tangannya di lengan Hana Aishah kerana dia tahu gadis itu akan mengikut arahannya selepas ini.

Hana Aishah hanya membuntuti Fakhrul. Apabila Fakhrul menanggalkan kasutnya , Hana Aishah juga ikut menanggalkan kasut Hush Puppies nya. Dia tergamam melihat ruangan dalam rumah itu.

Terlampau banyak ruang yang mereka lalui menyebabkan Hana Aishah pening tentang fungsi setiap ruang itu. Setiap ruang itu mempunyai rekaan yang tersendiri.

Hana Aishah melangkah dengan berhati - hati kerana dia takut melihat hiasan kaca dan kristal yang eksklusif menghiasi almari - almari dan meja - meja disekelilingnya.

Hana Aishah pasti setiap satu perhiasan itu bernilai sepuluh kali ganda mahal daripada gajinya setiap bulan. Matilah dia hendak membayar ganti rugi sekiranya dia tercalarkan salah satu daripada barang di dalam rumah itu.

Fakhrul memperlahankan langkahnya apabila mereka menghampiri satu ruangan. Sayup - sayup suara manusia menampar deria pendengarannya.

“Tok Pa , no” tawa seorang kanak - kanak kedengaran kuat.

Sesampai sahaja Hana Aishah dan Fakhrul ke ruangan itu , semua mata memandang ke arah mereka dengan reaksi terkejut. Hana Aishah merasa janggal. Hana Aishah memandang ke arah stokinnya yang bercorak bintang dan bulan.

“Dalam banyak - banyak hari , hari inilah aku nak pakai this colourful moon stars stocking” Hana Aishah rasa mahu menepuk dahinya melihat pakaiannya.

“Angah” suara tua seorang wanita menegur Fakhrul yang selamba sahaja duduk di salah satu sofa agam berwarna coklat gelap , meninggalkan Hana Aishah berdiri keseorangan di tengah - tengah ruangan itu.

“Emmm . Assalamualaikum “ Hana Aishah tahu senyumannya waktu itu nampak seperti dia baru sahaja menelan buah peria. Pahit.

“Waalaikumussalam” lelaki yang duduk disebelah wanita itu menjawab dan memberikan senyuman ikhlas kepadanya. Kedutan tua jelas kelihatan di muka lelaki yang memakai seluar slack berwarna hitam dan berbaju kemeja lengan pendek berwarna kuning itu.

Kulitnya yang putih itu berbeza kalau dibandingkan dengan kulit Fakhrul yang lebih gelap itu. Tetapi mata lelaki itu yang bundar dengan anak mata hitam serupa dengan Fakhrul. Mata yang sentiasa tajam yang boleh membuatkan sesiapapun gugup.

“Fakhrul’s friend is it? Please have a seat dear” lembut suara itu menjemput tapi Hana Aishah dapat menangkap ketegasan disebalik suara itu , sama seperti Fakhrul.

“Ehh no uncle, I’m Hana. Mr Fakhrul is my bos at work” laju Hana Aishah menjawab sambil mencari tempat paling selamat untuk dia duduki.

Ruangan itu dipenuhi dengan set sofa agam yang bersalut kulit berwarna coklat gelap. Salah satu set sofa itu berkembar dua dan didiami sepasang pasangan yang sedang memerhatikannya dengan pelik.

Muka lelaki muda itu mirip lelaki tua tadi cuma lebih muda tanpa kedutan. Lelaki itu memandangnya dengan senyuman yang sukar Hana Aishah hendak tafsirkan.

Wanita yang duduk disebelah lelaki itu pula memakai blaus separa betis bercorak stripes berwarna biru. Kulit wanita itu yang putih gebu disaluti dengan mekap menyerlahkan lagi kecantikan wanita itu. Matanya yang sederhana besar , hidungnya yang tidak semancung lelaki tadi tetapi terletak cantik di atas bibirnya yang separa tebal itu menampakkan kecantikan Melayu aslinya. Nampak gaya eksklusif wanita yang hanya menghadiahkannya senyuman ringkas sebelum kembali melihat telefon bimbitnya. .

“Emm , Mr Fakhrul saya nak duduk mana ni?” Hana Aishah memandang ke arah Fakhrul yang sedang sibuk melayan kanak - kanak perempuan tadi. Fakhrul pula duduk di set sofa bujang , kalau tidak bolehlah Hana Aishah duduk di sebelahnya.

“You can seat on my lap but then my princess booked this place already ” Fakhrul yang sengaja membiarkan Hana Aishah terkapai - kapai keseorangan itu memerlinya.

“Bagi 10 ribu pun saya tak ingin” belum sempat Hana Aishah hendak mengawal mulutnya , kata - kata itu sudah terkeluar. Bak kata pepatah “terlajak perahu boleh diundur , terlajak kata binasalah badan”.

Mata Hana Aishah memadang ke arah lelaki muda tadi yang sedang tertawa besar mendengar kata - kata Hana Aishah tadi.

“Enough both of you, pity this girl. Come Hana , have a seat besides aunty” suara penuh keibuan wanita tua itu memanggilnya. Laju kaki Hana Aishah menuju ke sofa yang menempatkan wanita itu. Kedutan di wajah itu lebih jelas kelihatan berbanding dengan lelaki yang Hana anggap suami kepada wanita ini.

“Hana jangan layan anak -anak lelaki aunty ni . Both of them suka mengusik” tangan wanita itu memegang tangan kanan Hana Aishah. Lembut tangan wanita itu.

“Ehh its ok aunty “ Hana Aishah dapat melihat persamaan di antara Fakhrul dan wanita ini. Muka mereka yang amat mirip. Hidung mancung itu , bibir bawahnya yang tebal sedikit berwarna merah asli itu dan kulit mereka yang berwarna coklat susu itu.

“Hana datang dari hospital ke dengan Angah?” Hana Aishah yang menganggap angah itu adalah Fakhrul , menganggukkan kepalanya.

“Sorry lah aunty , baju pun berkedut seribu . Badan pun dah bau masam” Hana Aishah memarahi Fakhrul di dalam hatinya kerana mengheretnya kesini tanpa memberitahunya.

“No dear. Wangi je aunty bau. Hana tinggal dekat mana?” Hana Aishah rasa seperti di temu ramah . Fakhrul tak membantunya lansung. Fakhrul sedang sibuk bermain dengan princessnya.

Kanak - kanak yang mungkin berumur dalam lingkungan 5-6 tahun sedang sibuk menunjukkan gaun putih beropol - ropol yang dilengkapi dengan tiara di atas kepalanya. Rambut kanak - kanak itu yang lurus berwarna hitam pekat sama seperti rambut ibunya. Bezanya wanita yang Hana Aishah rasa adalah ibu kepada kanak - kanak itu , rambutnya diwarnakan coklat pekat.

“Saya stay dekat Subang Jaya aunty” Hana Aishah sudah berpeluh - peluh walaupun suasana di dalam ruangan itu sejuk disebabkan penghawa dingin yang dipasang.

“Maria , pity that girl. Ria tanya macam nak interview menantu” lelaki tua tadi cuba menyelamatkan Hana Aishah daripada isterinya.

“Ehh , its ok uncle. Hana tak kisah cuma Hana tak kenal semua orang lagi tu yang awkward sikit” muka Hana Aishah terasa bahang.

“Angah ni pun satu , dah ajak kawan datang and then you didn’t introduce us” wanita yang bernama Maria itu memarahi anaknya.

“This is Fakhrul’s father , just call him Uncle Fadhil. I’m his mom. You can call me Aunty Maria. This one is my first son , Fakhih and his wife Idora . Thats our one and only cucu , Tengku Mary Irina” Puan Sri Maria memperkenalkan seorang demi seorang kepada Hana Aishah.

“Hello everyone, I’m Hana Aishah. You can call me Hana and aunty saya bukan kawan anak aunty. I’m his worker je” Hana Aishah tak mahu dimarahi oleh Fakhrul kerana itu.

“Sure ke worker? Never have you ever brought any girls home Angah. Hmm kena siasat ni pa” muka Fakhih curiga memandang adiknya dan Hana Aishah.

“You have lots of free time is it Along? Can’t you mind your own business? “ pertama kali Hana Aishah melihat muka Fakhrul yang masam. Dia selalu melihat muka lelaki itu marah atau tanpa perasaan sampaikan dia beranggapan lelaki itu robot yang diciptakan dengan hanya dua reaksi sahaja.

“Oh my god. He’s irritated ma” muka muka Fakhih yang dipenuhi dengan kemenangan itu dibalas dengan jelingan daripada Puan Sri Maria.

“Enough Along. Come lets eat . Its almost 7.30 already” Tan Sri Fadhil mengangkat punggungnya selepas memarahi anak sulungnya itu.

“Come Hana . I’m sure you’re hungry “ laju tangan Puan Sri Maria menarik tangan Hana Aishah menuju ke ruangan makan mereka.

Sesampai di sana , Hana Aishah sekali lagi kagum melihat meja makan kayu jati itu yang boleh menempatkan 22 orang pada satu masa. Tan Sri Fadhil mengambil tempat di kerusi di satu sudut hujung.

Puan Sri Maria duduk di sebelah kiri Tan Sri Fadhil manakala Fakhih dan Idora mendiami kerusi di sebelah kanannya. Puan Sri Maria yang masih memegang tangan Hana Aishah itu menariknya untuk duduk di sebelah kirinya.

Hana Aishah melihat lauk pauk yang sudah sedia terhidang.

“If mak see this plates , she’ll go crazy over it” gumam Hana Aishah di dalam hatinya apabila melihat set pinggan makan yang antik itu. Ibunya sangat obses dengan set - set pinggan makan dan cawan sampai penuh almari rumah mereka dengan koleksinya.

“Hana langkah kanan hari ni, dapat merasa lauk aunty masak” Tan Sri Fadhil memerhatikan Hana Aishah dan cuba membaca gadis itu dari segi luarannya.

“All of this favourite anak - anak aunty. Yang ikan patin masak lemak cili api itu favourite Fakhrul” Fakhrul yang duduk disebelah Hana Aishah itu lansung tidak mengendahkan Hana Aishah. Hana Aishah tengok pinggan Fakhrul dah macam bukit penuh dengan nasi yang dia timbunkan di atas pinggannya.

“Sudahlah paksa aku pergi dinner kat rumah family dia lepas itu selamba makan tak jemput aku” bebel Hana Aishah dalam hatinya kerana geram dengan Fakhrul yang membiarkannya terkapai - kapai keseorangan. Fakhrul makan seperti orang yang kelaparan berpuluh hari lansung tidak kisahkan orang kiri dan kanannya.

“Ehh Aunty its ok , Hana boleh senduk sendiri” segan Hana Aishah apabila Puan Sri Maria cuba menyenduk makanan ke pinggannya.

“Entah mama ni, Along pun mama tak sendukkan” kelakar pula Hana Aishah tengok abang kepada Fakhrul itu. Karakter dia sangat berlawanan dengan Fakhrul.

“You got wife , she can do it for you” Hana Aishah yang sedang mencedukkan nasi kedalam pinggannya hanya tergelak kecil mendengar bebelan Puan Sri Maria itu.

Hana Aishah sedang berkira lauk apa yang dia hendak ambil kerana dia tidak suka ikan keli dan patin tapi lauk hari itu hanyalah masak lemak ikan patin, sayur campur , ikan patin goreng kunyit dan sambal belacan berserta ulam.

“Ehh , Hana kenapa tak ambil ikan tu. Hana ambil lauk sahaja” Hana Aishah serba salah untuk memberi tahu Puan Sri Maria.

“Erm, nanti tak cukup Mr Fakhrul nak makan” walaupun alasannya kedengaran bodoh tapi dia sudah tiada idea.

“Nonsense “ belum sempat Hana Aishah hendak menghalang , Puan Sri Maria sudah meletakkan seketul ikan yang seumur hidupnya tidak pernah dia suka ke dalam pinggannya.

“How long have you been working at Hospital Shah Alam Hana , if you don’t mind me asking?” sambil mereka menjamu selera Tan Sri Fadhil yang selalunya pendiam bersuara.

“Entering my second year uncle , InsyaAllah. I’m doing housemanship for 2 years there” Hana Aishah yang sedang cuba menelan nasi lauk ikan patin itu menjawab.

“But Shah Alam and Subang Jaya is quite a distance right?” Puan Sri Maria yang mendengar perbualan itu ikut terkejut melihat sikap peramah suaminya dengan gadis seorang ini.

“Tapi itu yang paling dekat sebenarnya Uncle. HKL is too much at the center so it’ll take longer time to travel as compared to Shah Alam. Plus HKL the workload is alot more” Hana Aishah bersyukur kerana dia dapat hospital pilihannya sewaktu dia membuat permohonan hari itu.

“Hana stay dengan parents ke?”

“Yes Uncle. I’m staying with my family”

“Wow single” Fakhih yang sedang menikmati makanannya menyampuk. Isterinya yang Hana Aishah lihat hanya diam sahaja , menjeling suaminya.

“Ish abang ini. Tadi marah Ria sebab tanya banyak sangat soalan. Ini Abang pula tanya sampai budak itu tak sempat makan” Puan Sri Maria melihat pinggan Hana Aishah yang masih penuh itu.

“Next time if you can’t eat the food just tell the truth “ terkejut Hana Aishah apabila Fakhrul mengambil ikan patin yang berada di dalam pinggannya dan diletakkan di dalam pinggan Fakhrul.

“My God. I’m sorry Hana , Aunty didn’t know you don’t eat patin” Puan Sri Maria rasa serba salah kerana telah memaksa Hana Aishah memakan lauk masakannya tanpa memeriksa bahawa gadis itu selesa atau tidak dengan lauknya.

“Alamak Aunty , Hana yang kena minta maaf. Itulah that day mak dah marah sebab Hana picky eater sangat. Sorry Aunty” kerana itu Hana Aishah susah untuk berterus terang. Dia sangat memilih makanan sehinggakan dia selalu risau untuk menerima jemputan makan di rumah orang.

“Zah! Kejap ya Hana , Aunty ask Zah to cook something for you” Puan Sri Maria yang sedang bangun meninggalkan pinggannya yang separuh penuh itu dihalang oleh Hana Aishah.

“Ehh tak apa Aunty. Hana boleh makan lauk yang ada . Aunty don’t trouble yourself please. I will feel more guilty” selepas beberapa kali Hana Aishah menyakinkan Tan Sri Fadhil and Puan Sri Maria , akhirnya dia menghabiskan makanannya yang berlaukkan ulam itu.

Suasana makan diwaktu senja itu diselangi dengan perbualan antara ahli keluarga mereka. Hana Aishah dapat melihat sisi lain Fakhrul apabila bersama anak saudaranya.

Anak saudaranya yang pada mulanya duduk disebelah ibunya berlari untuk duduk di riba pak ciknya dan Fakhrul pula memberhentikan jamahannya untuk menyuap kanak - kanak itu.

“Pak Ngah where’s my gift? You promise me last week when you facetime me” petah suara Mary Irina bertanya Fakhrul yang sedang mengangkatnya. Fakhrul meletakkan Irina di sebelah ibunya di ruangan yang mereka duduk tadi.

“That aunty took it from me?” Fakhrul menuduh Hana Aishah yang baru sahaja melabuhkan punggung di sofa. Hana Aishah melihat muka Mary Irina yang masam memandangnnya.

“Bad aunty like Maleficent” kemarahan Hana Aishah kembali apabila mendengar komen sebegitu dari mulut Mary Irina yang petah itu.

“Eee jahatnya Mr Fakhrul ni. No lah sayang. Aunty didn’t take your gift , your Pak Ngah forgot to buy it for you” laju Hana Aishah mempertahankan dirinya.

“But” laju tangan Hana Aishah mengeluarkan klip rambut berwarna pink dengan ropol - ropol hitam yang berkilat - kilat dengan batu kristal daripada beg tangannya.

Semalam sewaktu dia singgah di pusat beli belah AEON Shah Alam , dia membelikan sepit rambut yang sangat menarik perhatiannya itu untuk satu - satunya anak saudara perempuannya.

“I got this for you” laju Hana Aishah bangun dan menuju ke arah Mary Irina.

“Sorry Yaya , tomorrow Aunty wil buy new one for you” janji Hana Aishah di dalam hatinya.

“Wow, so beautiful “ laju tangan Mary Irina menarik hadiah itu dari tangannya.

“Irina. Why are you being very indecent?” susah Hana Aishah mahu mendengar suara kakak ipar Fakhrul itu tapi sekali dia berbicara memang dengar ketegasannya.

“Ehh its ok. Come let me put this on you ok sweetheart” Hana Aishah yang melihat muka Mary Irina yang hampir menangis itu mengeluarkan klip rambut tersebut dari sarungannya dan cuba memasang di atas kepala kanak - kanak itu.

“Hmmm , princess can we remove your crown for awhile so Aunty can put the hair clip on you?” Hana Aishah masih ingat lagi kisah - kisah puteri raja yang selalu dibacakan kepada anak saudaranya.

“Ehh , Hana its ok. You dont need to give it to her” Idora tidak suka anaknya meminta barangan dari orang lain. Dia dan suaminya mampu membeli apa sahaja untuk anaknya.

“Its ok Kak Idora. See , it suits her perfectly” memang padan sepit rambut itu dengan baju ala - ala puteri raja yang dipakai Mary Irina itu.

“Mary Irina should say what?” Idora memandang anaknya dengan pandangan yang ditegaskan.

“Thank you Mak Ngah” terkejut semua orang yang berada di ruangan itu.

“Thats my girl” gelakan besar Fakhih itu hanya membuatkan Fakhrul tegang dan Hana Aishah rasa mukanya sudah setebal Tembok Besar China.

“Ish , enough sayang. Why do you keep on teasing that poor girl” Idora mencubit paha suaminya .

Tiba - tiba kedengaran bunyi nada suara Trampouline oleh Zayn Malik dan sekaligus menyelamatkan Hana Aishah daripada keadaan yang bertambah janggal itu.

“Mr Fakhrul. My phone” Hana Aishah merampas telefonnya dari pegangan Fakhrul. Suka hati sahaja Fakhrul menyimpan telefonnya.

“Hello mak . Assalamualaikum sorry adik tak call mak. Dah sampai dah rumah bos adik tu” terkejut mak Hana Aishah di hujung talian sana apabila mendengar anaknya berkata dia berada di rumah lelaki lain.

“Tadi kawan adik kata nak pergi dinner not to his house” suara Teacher Basirah bertukar garang.

“No I mean I’m at his family house for dinner. I also didn’t know we’re having dinner here and for a million times tonight he’s not my friend” Hana Aishah geram apabila ibunya turut mahu memarahinya.

“Dont lie to me young lady. Who’s there inside the house? You better facetime me now?” Hana Aishah merasa marah apabila ibunya tidak mempercayai dia.

“Mr Fakhrul lah ni. Tengok my mom is already mad at me for coming to your house” Hana Aishah sudah tidak kisah siapa pun yang mendengarnya memarahi Fakhrul.

“Hana , give me the phone . Biar Aunty cakap dengan mama Hana” Puan Sri Maria cuba meleraikan kekusutan itu. Hana Aishah beralih kedudukannya ke sebelah Puan Sri Maria dan memberikan telefonnya kepada Puan Sri Maria. Dia tak mahu dimarahi kedua ibu bapanya. Mereka sangat tegas tentang hal ini.

“Assalamualaikum puan. Saya mama Fakhrul, Maria. We’re actually having family dinner. All my childrens are here dengan cucu sekali” lembut suara Puan Sri Maria meyakinkan Teacher Basirah.

“Waalaikumussalam. Puan Maria ya? Panggil saya Kak Basirah sahaja. Saya risau , anak perempuan kan. Tak apalah nanti saya datang ambik Hana Aishah dirumah Puan” tegas Teacher Basirah berkata.

“Panggil Maria je Kak Basirah. Its ok . Dah malam ini lagipun Hana ada beritahu you are actually coming back from Melaka kan. Saya suruh Fakhrul hantarkan” Puan Sri Maria cuba memujuk Teacher Basirah.

“Its ok Maria , we’re actually nearing KL already. Nanti suruh Hana hantar location” kata putus yang diberi Teacher Basirah siapa pun tidak dapat ubah.

“Ok , kami tunggulah kalau macam tu. Kejap ye kak saya bagi Hana” Puan Sri Maria menyerahkan telefon kepada Hana Aishah semula.

“Adik . Send location to my phone” Hana Aishah dapat membayangkan bebelan yang akan dia terima apabila ibu bapanya tiba sebentar lagi.

“Ok mak. Sorry” Hana Aishah tahu lebih baik dia meminta maaf walaupun dia rasa dia tidak bersalah dalam situasi ini.

“Dah solat maghrib ke belum?” Teacher Basirah menyoal tegas.

“Nak solat lah ni. Baru habis makan” Hana Aishah terlupa melihat jam tangannya.

“Lagi sepuluh minit nak habis waktu. Hana Aishah dah tak ingat solat ke happy sangat pergi rumah orang tu” Teacher Basirah sudah memulakan bebelannya. Kapten Azam yang sedang memandu itu hanya menggelengkan kepalanya melihat isterinya memarahi anak mereka itu.

“Ya nak pergilah ni. Ok bye mak . I love you . Assalamualaikum “ cepat - cepat Hana Aishah mematikan telefonnya dan matanya memandang tajam kearah mata Fakhrul.

“This is all your fault tapi saya belum solat maghrib lagi. Kita sambung lepas ini. Aunty nak tumpang solat boleh” Hana Aishah mengalihkan pandangannya kepada Puan Sri Maria yang berada disebelahnya.

“Jom Aunty tunjukkan bilik” Hana Aishah sempat menghadiahkan jelingan kepada Fakhrul yang hanya memandangnya dengan pandangan tanpa perasaan itu.

*********************************


Selesai Hana Aishah menunaikan solat Maghrib dia terus menunggu di atas sejadah untuk solat isyak terus. Dia yang sedang membaca matsurat itu terkejut apabila ada satu tubuh kecil memeluknya dari belakang.

“Mak Ngah” satu ciuman dihadiahkan ke pipi kiri Hana Aishah.

“Bukan Mak Ngah la sayang. Aunty Hana” Hana Aishah menarik Mary Irina ke pangkuannya.

“How did Princess Irina found Aunty Hana?” suaranya sengaja dibuat - buat seperti dia sedang menyembah duli.

“Nek Zah send me here” Hana Aishah teringat wanita separuh abad yang dia jumpa sewaktu dia datang ke meja makan tadi. Wanita yang memakai baju kurung dan berkain batik itu mempunyai raut wajah yang sangat lembut.

“What are you reading Mak Ngah?” stres pula Hana Aishah mendengar panggilan itu. Degil sama macam pak ciknya, gumam Hana Aishah dalam hati.

“Aunty Hana is reading matsurat sayang” sengaja Hana Aishah menekankan nama ‘Aunty Hana’ kepada kanak - kanak itu.

“What is matsuyat?” pelat lidah lima tahun itu berkata menyebabkan Hana Aishah hampir tertawa.

“Its a prayer so that Allah can make me happy instead of sad” polos wajah Mary Irina memandangnya.

“I want to be happy also”

“So Mary Irina should read this also” Hana Aishah menghadiahkan satu ciuman ke dahi kanak - kanak itu.

“But why Mommy , Daddy , Tokpa , Tokma , Grandma , Grandpa , Pak Ngah , Aunty Baby never read this. They don’t want to be happy ?” lidah Hana Aishah kelu tidak tahu bagaimana untuk memberi jawapan kepada persoalan itu.

“Maybe they have other prayer that they read so they can be happy?” dia cuba memberi jawapan tapi ayat itu kedengaran seperti persoalan.

Hana Aishah mengubah topik dengan mengajak Mary Irina membaca matsurat bersama dengannya. Tapi kalau dilihat situasi itu lebih kepada kanak - kanak itu mendengar bacaan Hana Aishah. Apabila masuk waktu solat isyak , gadis itu duduk di hadapannya melihatnya solat.

“Why do you wear this white dress?” Hana Aishah yang sedang menanggalkan telekungnya hanya tersenyum.

Mary Irina adalah seorang kanak - kanak yang cerdik , itu konklusi yang dapat Hana Aishah buat melihat cara kanak - kanak itu menganalisis dunia di sekelilingnya.

“Because I’m going on date with Allah. The one that you saw me doing earlier . So I want to be clean. My cloth are dirty , so I use this white cloth to make myself pretty and clean to meet God” Hana Aishah cuba menerangkan kepada kanak - kanak itu dalam cara yang mudah untuk mindanya fahami.

“Why do you go on date with God? You dont have boyfriend like how mommy have daddy?” Mary Irina yang sedang membawa Hana Aishah ke arah taman itu terus bertanya.

“We’ll I haven’t meet my boyfriend. But I have to go on dates with God so that I can say thank you for all the gifts that I get and I can ask Him for more gifts” dia masih ingat kursus yang dia ikuti sewaktu dia belajar di India dahulu. ‘How to explain about God to your children?’ Kursus selama dua hari yang diikutinya itu benar - benar membuka matanya tentang Allah.

“Why can’t you ask from your mommy and daddy? I always ask from mommy and daddy and Tokpa and Tokma and Pak Ngah and Aunty Baby and Grandma and Grandpa .. Hmm who else?” Mary Irina mengira menggunakan jarinya semua orang yang selalu memberi hadiah kepadanya.

“Well I have to ask God to give it to them first after that only , I can get my gift from them. You see everything in this world belongs to God. So you have to ask from Him first then only He can give it to us” risau juga Hana Aishah sekiranya anak kecil ini pening dengan penerangannya.

“Ohhhh” mata bundar Mary Irina bersinar seperti bintang malam itu.

Setibanya mereka di taman di sisi rumah agam itu , Hana Aishah terpesona melihat kecantikan taman itu. Landskap yang Hana Aishah pasti bernilai puluhan ribu ringgit itu disinari cahaya lampu menaikkan suasana tenang.

Di satu sudut bersebelahan dengan kolam air pancut dimana terdapat set kerusi taman berbatu ceramic berwarna kelabu dan hitam , Hana Aishah melihat kelibat ibu dan bapanya yang sedang duduk berborak dengan keluarga Fakhrul.

“Mommy” laju Mary Irina berlari ke dakapan ibunya.

“Don’t run princess . What did mommy tells you?” Idora mencium pipi anak tunggalnya itu. Dia yang sedang duduk berdepan dengan ibu Hana Aishah itu memangku puterinya itu.

“Adik” Teacher Basirah merenung anaknya dari atas ke bawah.

“Hi mak” Hana Aishah duduk disebelah ibunya.

“I miss you beautiful” laju tangannya memeluk dan mencium ibunya.

“Jangan nak pujuk sangat lah” Teacher Basirah menjeling anaknya. Hana Aishah menarik muncungnya. Dia menjeling kearah Fakhrul yang sedang duduk bersebelahan dengan bapanya.

“Abah tengok mak ni” rajukan Hana Aishah itu dibalas dengan senyuman dari bapanya itu.

“Abah tak nak masuk campur. The last time I got involved, abah tidur dekat sofa dua hari” cerita Kapten Azam itu disambut dengan tawa daripada kaum lelaki di situ.

“Its not my fault lah ma” geram Hana Aishah melihat Fakhrul yang hanya memandangnya tanpa membantu untuk menjelaskan keadaan sebenar.

“Kurang asam punya mamat. Kau yang seret aku datang sini lepas itu boleh buat tak tahu” Hana Aishah sudah memulakan operasi menyumpah Fakhrul di dalam hatinya

“What a small world Hana. Your mom is my supervisor when I did practical at her school “ Idora menyampuk perbualan anak beranak itu.

“Kak Idora cikgu ke ?” terkejut Hana Aishah kerana melihat gaya sophistikated Idora itu , dia tidak menyangka wanita itu seorang guru.

“Yes, Math teacher actually at SMK TTDI “ suara Idora kedengaran lebih mesra berbanding tadi.

“Wow so interesting lah” Hana Aishah kagum dengan mereka yang menyukai nombor kerana sesunguhnya nombor adalah musuh abadi Hana Aishah.

“Uncle dah explain dekat mama Hana the reason you’re here” Tan Sri Fadhil yang duduk di hujung meja itu bersuara.

“Fakhrul pun satu. Next time kenalah inform parents Hana “ Tan Sri Fadhil menegur anak keduanya itu yang hanya berdiam diri.

“Tak apalah Tan Sri . Anak perempuan ini susah nak jaga. Saya ada 3 orang ini pun rasa boleh terbalik rumah” Kapten Azam menepuk bahu Fakhrul mesra.

Kapten Azam terkejut apabila dia sampai ke rumah agam itu dan melihat pemiliknya. Dia selalu melihat gambar Tan Sri Tengku Fadhil di dalam surat khabar bahagian perniagaan. Tan Sri Fadhil mempunyai empayar perniagaan yang besar dalam bidang kujuteraan elektronik.

“Tan Sri?” Hana Aishah pelik melihat Kapten Azam.

“Ish adik ini. Itulah abah suruh baca paper tak nak. Tan Sri Tengku Fadhil is often in the paper” ternganga mulut Hana Aishah memandang muka semua orang.

“Oh my god , sorry Tan Sri. Selamba je Hana panggil Uncle and Aunty” muka Hana Aishah pucat seperti ayam berak kapur.


__________________________________

AUTHOR NOTES:
Sorry everyone for the delay in update. Was not feeling well for this past couple of days.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience