Chapter 48

Romance Completed 625623

“Sedapnya makan sampai tak nak nampak papa” Hana Aishah yang sedang menikmati aneka kek dan pastri itu terkejut apabila mendengar suara mesra bapa mertuanya.

Hana Aishah terus berdiri daripada pendudukannya dan memeluk erat Tan Sri Fadhil yang sedang berdiri sambil tersenyum lebar memandangnya.

“Papa! OMG , papa buat apa dekat sini?” Hana Aishah memandang ke arah bapa mertuanya teruja.

“Polo. The important question is what are you doing here?” Tan Sri Fadhil sudah melabuhkan punggungnya di kerusi kayu bertentangan dengan menantunya.

“Anak papa tu lah. Since the accident dia heret Hana ke hulu ke hilir” Hana Aishah memasamkan mukanya.

Semenjak kemalangan pada hari rabu minggu lepas , suaminya asyik melekat dengan Hana Aishah. Hana Aishah mendapat MC selama tiga minggu.

Walaupun suaminya sudah mula berkerja bermula hari Isnin tetapi lelaki itu akan memastikan dia akan pulang sewaktu makan tengah hari dan balik kerja awal apabila tamat waktu kerja.

Kebetulan hari ini cuti umum sempena Hari Keputeraan Agung maka suaminya mengheret Hana Aishah seawal jam 8 pagi ke Kelab Polo Diraja Selangor.

“Good then. I’m suppose everything is already ok between both of you” Hana Aishah hanya tersenyum hambar mendengar persoalan papa Fakhrul.

Baikkah hubungan mereka sekiranya perpisahan adalah yang Hana Aishah mahukan sekarang. Mereka berdua menderita dalam satu perhubungan yang tidak pernah putus daripada masalah ini.

Hana Aishah cuba untuk mengikut rentak suaminya tetapi hakikatnya dia bukan wanita seperti itu. Dia ada keinginan dan impiannya sendiri manakala suaminya memaksa Hana Aishah mengikuti impian lelaki itu.

Pandangan Hana Aishah dilemparkan ke padang yang menghijau di hadapannya. Dalam keramaian kumpulan manusia yang sedang menunggang kuda itu , dalam sekali imbas Hana Aishah sudah dapat menangkap gerangan suaminya.

Tubuh suaminya yang tegap , walaupun otot - otot suaminya tidak menonjol tetapi Hana Aishah tahu disebalik T-shirt Polo berwarna kuning cair yang dipakainya itu kesempurnaan tubuh suaminya.

Postur sempurna seorang lelaki bernama Fakhrul menampakkan karisman dan kesempurnaannya daripada segala aspek kehidupan lelaki itu.

Kalau ditanya kesemua wanita yang berada di kafe saat itu , dia pasti suaminya adalah menjadi rebutan mereka saat itu. Tetapi untuk Hana Aishah yang sudah hidup bersama Fakhrul dia tahu realiti penyeksaan hidup di dalam penjara suaminya.

“Ok. Papa jangan risau” Hana Aishah memandang wajah tua yang penuh pengharapan itu. Dia tidak tahu sebenarnya siapa yang dia mahu yakinkan saat itu, dirinya atau bapa mertuanya.

“Long” Hana Aishah melihat ke arah lelaki yang sudah berdiri di sebelah bapa mertuanya. Lelaki seiras dengan bapa mertuanya itu lebih kurang sebaya Tan Sri Fadhil.

“Anjang. Remember my daughter in law , Hana “ Hana Aishah tersenyum mesra ke arah lelaki yang memandangnya tanpa reaksi itu.

“Assalamualaikum uncle” saat itu Hana Aishah bersyukur tangan kanannya berada di dalam anduh , kalau tidak terpaksa dia mencipta alasan untuk tidak menyalami tangan yang sudah dihulurkan lelaki ajnabi itu.

“Sorry uncle , tangan Hana patah” Hana Aishah menundukkan sedikit tubuhnya tanda hormat. Lelaki itu hanya menganggukkan kepalanya sedikit sebelum duduk di meja makan berbentuk bulat itu.

“Hana ingat tak adik papa , uncle Fawaz ” Tan Sri Fadhil bertanya manakala Hana Aishah membuat muka serba salah.

“Errr , actually Hana tak ingat. Ramai sangat time wedding hari tu. Sorry pa” Hana Aishah dapat melihat pandangan bapa saudara suaminya yang sedang menghakiminya itu.

“Its ok. I have 6 siblings myself. Sometimes even I lost track of their kids and wives” Hana Aishah menguis kek pandan di hadapannya itu.

“Uncle , adik papa nombor berapa?” Hana Aishah bertanya sambil melihat memandang ke arah lelaki yang berisi itu. Lain benar kalau nak dibandingkan dengan bapa mertuanya yang masih berbadan tegap walaupun umur sudah menghampiri 60an.

“5th” pendek suara lelaki itu menjawab. Hana Aishah dapat mengesan ketidak mesraan lelaki ini.

“Ooooo” Hana Aishah menyuap pula pastri strawberry di dalam pinggannya itu.

“You eat a lot. Aren’t girl suppose to take care of their body. I’m sure there are so many beautiful girls out there who are willing to take your place” Hana Aishah tertawa besar manakala Tan Sri Fadhil terkejut mendengar pertanyaan adiknya itu.

“Entah lah uncle. Kalau Hana tak makan nanti Fakhrul marah. Dia suka kot Hana gemuk. Sedap peluk” pecah tawa Tan Sri mendengar ayat menantunya.

“Free money , everyone would want to spend it lavishly right especially when you’re not use to it” Hana Aishah tersenyum lebar memandang ke arah bapa saudara Fakhrul yang memerlinya itu.

“That’s very rude Anjang” suara Tan Sri Fadhil sudah naik satu oktaf memarahi adiknya yang bermulut celupar itu.

“Its ok papa. Maybe uncle didn’t know kot, I’m a career woman who earn money. I don’t need people’s pity money to feed my tummy so far , so Alhamdulillah to that. And you’re right , I’ve never seen someone with so much money like papa and my husband” Hana Aishah nampak senyuman sindiran di bibir lelaki itu.

“Not surprised at all. Look at yourself “ Hana Aishah masih tersenyum mesra mendengar sindiran pedas Fawaz manakala muka Tan Sri Fadhil sudah menyinga.

“Tapi kalau Allah bagi Hana banyak duit macam papa , Hana nak jadi humble macam papa. You dont treat people according to how much money they have in the bank. I’ve seen my fair share of rich snobbish people but you know their end is just the same as every single human being on this earth. 7 feet under and 3 feet lebar” Tan Sri Fadhil tersenyum lebar mendengar kata - kata menantunya.

“Sometimes when we get easy money , we tend to forget our root. Whatever I have now is what I earn since young. I started from scratch. Thats why papa tahu how it feel to be down there where no one will even as little as giving a glimpse on you but when you’re up here , they can even lick your ... hmm you know what I mean kan Anjang” merah padam muka Fawaz mendengar perlian abang sulungnya itu.

Apabila Tan Sri Fadhil membuat keputusan untuk mengahwini Maria yang bukan merupakan pilihan keluarga , dia telah dikeluarkan daripada wasiat keluarganya. Segala yang dia miliki saat itu adalah daripada hasil titik peluhnya sendiri.

Dia masih ingat bagaimana adik beradiknya lansung tidak mengendahkan dirinya atau bertanya khabar. Kerana sifat suka menabungnya dan hasil dia berkerja di Amerika Syarikat waktu itu , dia memulakan syarikatnya sendiri.

“Wah , seriously papa. I never knew. I thought papa ...”Tan Sri Fadhil menyambung ayat menantunya yang sudah selalu sangat dia dengar sebelum ini.

“Inherited family business or from the royal family so you’re suppose to be rich” Hana Aishah tersenyum malu kerana dia juga bertanggapan sebegitu.

“Sorry pa” Tan Sri Fadhil menghirup kopi yang masih panas itu.

“Its ok. You didn’t know and I’m glad I pick you to be my daughter in law. You remind me of your mama. She used to be a very spiritful girl back then. Always challenging me to become better” Hana Aishah tersenyum simpul. Merah pipinya apabila dipuji bapa mertuanya.

“Sebab spiritful sangatlah sampai tangan patah” Hana Aishah mencebikkan bibirnya.

“Hows your hand Hana? Mama worries so much about you” Hana Aishah tersenyum lebar mendengar pertanyaan bapa mertuanya itu.

“Ok lah papa. He didn’t let me do anything pun. I’m being chauffeured every single minute when he’s around. Ni nasib baik he’s busy galloping around the field kalau tak kena suap dah ni” muka Hana Aishah dimasamkan.

“I’m glad he’s doing that. I’m sorry for what happened, I didn’t think he would be so immature” Hana Aishah terdiam mendengar ayat bapa mertuanya itu. Fakhrul kena marah ke dengan Tan Sri Fadhil?

“Hana salah jugak papa. Anyway lets skip my full of drama life , papa tak bawak mama ke. Kalau tak boleh teman Hana. Boring tau. I’ve been here since 8am” Tan Sri Fadhil yang sedang memesan makanan itu tertawa pendek melihat kebosanan menantunya.

“Hana tak cakap if not papa bawak mama but she’s never been here. Mama doesn’t like messy sports” Tan Sri Fadhil memandang ke arah menantunya yang sopan bertudung labuh menutup dada itu. Sejuk hatinya melihat Hana Aishah.

“I wanna go for horse riding but he won’t allow it plus my shoulder is still broken” Hana Aishah mengadu kepada Tan Sri Fadhil tetapi bapa mertunya hanya menertawakannya.

“Hana nak ride ke?” Hana Aishah menganggukkan kepalanya.

“Ok come” Hana Aishah terpinga - pingan memandang ke arah bapa mertuanya yang sudah berdiri itu.

“Huh?” Tan Sri Fadhil menarik tangan kiri Hana Aishah.

“You carry on first with the game. I’ll come and join once I’m done with my daughter” Tan Sri Fadhil sempat memesan kepada adiknya sebelum menarik menantunya pergi.

“Papa. Where are we going ? Nanti Fakhrul marah” Hana Aishah memaut lengan Tan Sri Fadhil tetapi langkah lelaki itu diteruskan menuju ke bangsal yang dipenuhi dengan kuda - kuda berbagai warna.

“Horse riding. You want to ride so you will ride today” Hana Aishah serba salah. Pasti Fakhrul akan memarahinya sebentar lagi.

“Tapi pa...” Hana Aishah cuba membantah tetapi anak dengan bapa sama sahaja keras kepalanya.


************************************

“Hana Aishah binti Azam” senyuman yang terukir di bibir Hana Aishah hilang serta mertua mendengar suara lelaki itu.

“Why are you so stubborn? You want to break your other hand is it?” Hana Aishah yang sedang menunggang kuda itu terus memasamkan mukanya. Kuda berwarna hitam yang ditunggang Hana Aishah itu perlahan - lahan menghampiri pagar kayu di mana Fakhrul sedang berdiri sambil memegang kayu polonya.

“I wasn’t trotting alone” geram Fakhrul mendengar jawapan balas isterinya. Memanglah Hana Aishah sedang berkuda dengan seorang pelatih perempuan tetapi dengan tangan sebelah masih berbalut ia tetap bahaya.

“Get down now!” sebelum sempat pelatih perempuan itu menurunkan Hana Aishah, Fakhrul dengan mudah merangkul pinggang isterinya dan menurunkan Hana Aishah dengan selamatnya.

“Who told you to go riding? Abang dah cakap kan duduk diam - diam dekat cafe” Fakhrul menjeling tajam ke dalam anak mata Hana Aishah yang sedang memasamkan mukanya kerana dileteri.

“Papa yang bagi. It was safe and Lindsey know what she was doing” suara Tan Sri Fadhil kedengaran. Fakhrul memandang ke arah bapanya yang sedang menunggang kuda berwarna putih susu. Tidak sampai beberapa saat , Tan Sri Fadhil yang sedang menunggang kuda bernama Cloud itu berhenti betul - betul berhadapan dengan Fakhrul.

“I don’t care what you think. I clearly told you to stay put right Aishah” Tan Sri Fadhil cuba mencelah Fakhrul yang sedang memarahi isterinya itu tetapi Hana Aishah tahu akan terjadi perbalahan besar sekiranya dia tidak mengalah.

“Aishah yang salah. I wanted to go that’s why papa brought me here. I’m sorry “ Fakhrul menjeling tajam ke isterinya yang terus menundukkan wajahnya.

“Kalau satu hari tak lawan cakap abang sah. Degil betul. Dah tak tahu dosa pahala . Cakap suami tak nak dengar tapi kalau orang lain cakap , you’ll follow like stupid cow” Hana Aishah terdiam mendengar ayat suaminya. Pedihnya terasa sampai ke benak hatinya. Tambah pula kata - kata lelaki itu disaksikan Lindsey dan bapa mertuanya.

“Lindsey you’re excuse. Angah. Mind your language. I was the one who ...” Fakhrul memotong kata - kata Tan Sri Fadhil.

“I told you not to get involved in my marriage. Its my wife. You don’t have a say in anything” muka Tan Sri Fadhil sudah merah padam menahan marah mendengar kekasaran anak lelakinya itu.

“I yang salah. I’m sorry. I’ll listen to you after this. Papa tak salah pun. Hana mintak maaf papa” Hana Aishah memeluk lengan Fakhrul mahu menarik lelaki itu pergi.

“No Hana. Hana tak salah. Is this how he treat you normally?” Hana Aishah menelan air liur mendengar pertanyaan tegas Tan Sri Fadhil.

“Ta... tak . Hana ok papa. Aishah mintak maaf. I caused this arguments. Jom , Aishah duduk dekat cafe tunggu you habis game. I won’t move from there” Hana Aishah memandang ke arah Fakhrul yang masih menjeling papanya.

“We’re going home” Fakhrul menggenggam kuat lengan kiri Hana Aishah sebelum menyeret isterinya meninggalkan bangsal tersebut. Air matanya sudah bergenang tetapi di tahan sedaya mungkin supaya tidak gugur.

Hana Aishah menundukkan wajahnya apabila dia dapat melihat manusia - manusia yang mereka lintasi melihat dirinya yang diseret pergi oleh lelaki itu.

Sesampai di kereta BMW suaminya , Hana Aishah didudukkan kasar ke kerusi penumpang sebelum tali pinggang keledar dipasang. Bahu kanannya mula berdenyut kembali kerana hentakan sewaktu dia didudukkan tadi tetapi mulut Hana Aishah dikunci rapat.

“Degil. Tak reti hormat suami” suara Fakhrul meninggi seiring dengan enjin kereta yang menderum kuat. Hana Aishah hanya berdiam diri. Sakit di bahu kanannya berganda tetapi hatinya lebih sakit daripada kesakitan fisikal yang dihadapinya saat itu.

“Why are you being quiet now? You kan suka sangat melawan cakap I” Fakhrul menghentak stereng kereta sambil menengking Hana Aishah.

Mata Hana Aishah dipejam rapat. Dia memohon segala kekuatan yang dia perlukan saat itu. Kekuatan untuk terus bertahan. Tangan kirinya dengan automatiknya memeluk bahagian abdomennya.

“Ya Allah kalau betul ada nyawa dalam rahim aku saat ini , kuatkan aku untuk terus mempertahankan perkahwinan ini. Kalau tidak , kau lepaskan aku pergi daripada penyeksaan ini” air matanya gugur di saat itu.

***********************************


“Arhhh ... sakit” Hana Aishah terjaga daripada tidurnya untuk kesekian kali malam itu. Penat dah dia hendak menangis. Denyutan di bahunya benar - benar membuatkan dia tidak selesa.

“Sayang “ suara serak Fakhrul kedengaran. Dia yang sedang tidur nyenyak itu terjaga apabila Hana Aishah menolak tangan suaminya yang sedang merangkul pinggangnya.

“Urghh ... why are you up? What time is it?” Fakhrul mengambil Iphonenya daripada meja di sisi katil. Lampu tidur dinyalakan.

“Its 3.12 am” Fakhrul membaringkan semula kepalanya di atas bantal. Mengantuk betul dirinya di saat itu. Selepas meraup wajahnya beberapa kali , dia mengalihkan pandangannya ke sebelah kirinya.

“Ya Allah. Why are you crying sayang?” Fakhrul yang sedang berbaring itu terus mendudukkan dirinya di atas tilam empuk itu.

Hana Aishah yang sudah duduk bersandar di kepala katil sedang menangis sambil memegang bahu kanannya. Hana Aishah hanya menggelengkan kepalanya.

“Your shoulder is bugging you isnt it?” Fakhrul mahu memegang bahu Hana Aishah yang berada di dalam anduh itu tetapi ditepis isterinya.

“Tak nak. Sakit” esakan Hana Aishah semakin kuat.

“Since when are you in pain? Kenapa tak kejut abang? Degillah sayang ni” bebelan Fakhrul tidak endahkan Hana Aishah. kepalanya pening akibat mengantuk sangat tetapi bahu kanannya berdenyut kuat menyebabkan dia tidak dapat tidur.

“Let me have a look please” Hana Aishah hanya mendiamkan dirinya. Fakhrul memegang tangan kiri Hana Aishah yang sedang melindungi bahu kanannya. Wajah Hana Aishah dihalakan ke siling plaster biliknya. Perlahan - lahan di alih tangan isterinya dan anduh di bahu kanan isterinya ditanggal.

Kawasan bahu kanan Hana Aishah sudah bengkak dan kulitnya isterinya merah seperti udang panggang. Fakhrul cuba menyentuh bahu isterinya tetapi itu hanya memburukkan lagi keadaan kerana Hana Aishah menarik bahunya menjauhi sentuhan Fakhrul sekaligus membuatkan sakitnya berganda.

“Don’t touch. Aishah sakit” suara Hana Aishah sebak mengadu.

“I’m sorry. Does it throb a lot?” Hana Aishah menganggukkan kepalanya.

“Sayang wait here for awhile ok” Hana Aishah tidak membalas kerana sakit kepalanya menjadi - jadi. Matanya dipejam rapat.

Fakhrul mengangkat punggungnya pergi sebelum menuruni tangga menuju ke dapur rumah banglo itu. Sejurus mendapatkan apa yang dicarinya , Fakhrul menaiki tangga berhati - hati dengan barang penuh ditangannya.

“I’ll put the ice compression first but its gonna hurt abit ok sayang” Fakhrul mengambil ice pack yang dijumpainya itu dan dengan berhati - hati meletakkan di bahu Hana Aishah.

“Aahhh. You ... sakit sangat” air mata Hana Aishah mengalir laju apabila bahu kanannya digerakkan.

“I want you to eat this first and then only sayang makan the painkiller. You’ll get stomach upset if not” Fakhrul menyuapkan roti gardenia yang dia jumpai di dapur tadi.

“My head is spinning. Aishah rasa nak muntah” selepas tiga suap , Hana Aishah sudah menggelengkan kepalanya.

“You didn’t eat lunch or dinner earlier that’s why you’re nauseating. How long have you stay awake?” Fakhrul meletakkan roti itu ke dalam plastik bungkusannya dan meletakkan di meja kecil di sisi katil mereka.

“I couldn’t sleep at all. Sakit sangat. It’s throbbing since after the bath and it gets worser by minutes” Hana Aishah masih menggelisah. Badannya yang hanya diliputi gaun tidur kapas itu sudah berpeluh. Denyutan di bahunya berkurangan selepas dituam ais tetapi kesakitan masih dirasainya.

Sekembali mereka daripada kelab polo itu , Hana Aishah terus membaringkan dirinya di dalam bilik. Sepatah pun dia tidak berbicara dengan suaminya. Dia hanya bangun untuk menunaikan solat zohor dan asar kemudian dia kembali tidur. Tangannya yang berdenyut itu lansung tidak membantunya.

Makanan tengah hari dan malam yang dibawa Fakhrul dijamah sedikit itupun kerana suaminya meninggikan suara memarahinya. Dengan linangan air mata kerana dimarahi menyusahkan semua orang di sekeliling dengan perangai pentingkan diri sendiri, di jamah tiga suapan sebelum Hana Aishah kembali berbaring. Tanpa kerelaannya , Fakhrul memandikannya malam tadi sebelum tidur.

“Kenapa sayang tak kejut abang” Fakhrul mengusap rambut Hana Aishah yang lembap itu. Badan isterinya sudah mulai panas kembali.

“I tak nak menyusahkan you” perlahan suara sebak Hana Aishah memberitahunya. Fakhrul terdiam membisu.

“You’re burning up again” Fakhrul mencapai kool fever yang berada di atas meja tadi dan menampal di kepala Hana Aishah. Dia menekan sedikit tuaman di bahu kanan Hana Aishah itu.

“You!!! Jangan tekan. Sakit sangat” Hana Aishah memejam matanya rapat. Kalau dia boleh cabut bahunya di saat itu dia pasti akan lakukan.

Fakhrul mengangkat tubuh Hana Aishah sebelum dia baringkan Hana Aishah ke dadanya dalam keadaan mereka duduk. Kaki Hana Aishah merangkul pinggang suaminya. Dia menyelesakan dirinya di dalam rangkulan Fakhrul sebelum perlahan - lahan mata Hana Aishah memberat.

“Sayang tidur. I’ll take care of you” Hana Aishah tersenyum mamai memandang ke arah suaminya. Mata kuyunya memandang ke arah Fakhrul.

“You won’t hurt me again right?” Fakhrul menelan air liurnya mendengar pertanyaan polos Hana Aishah yang sedang mamai itu. Kepalanya dianggukkan. Muka Hana Aishah bertukar monyok.

“Pinkie promise” sebelum dia sempat mengangkat tangan kanannya dalam keadaan mamai , Fakhrul sempat menahan.

“Don’t move your hand, it’ll pain you again. Abang janji. I won’t hurt you. Now sayang sleep , I’ll take care of you” dengan spontan bibir Fakhrul dikucup Hana Aishah sebelum dia membaringkan semula kepalanya di dada Fakhrul.

“I love you” ini bukan kali pertama kata - kata itu dituturkan isterinya tetapi lafaz itu tidak pernah diluahkan dikala sedar.

“I love you too” Fakhrul menarik gebar tebal berwarna putih itu sebelum menyelimuti tubuh mereka.

Untuk sekarang walaupun lafaz cinta itu dituturkan isterinya dalam keadaan separa sedar Fakhrul masih bersyukur. Sekurang - kurangnya dia tahu dia tidak bertepuk sebelah tangan.
************************************


“Hmm. Akak try tanya dulu. Akak tak janji. Sorry Achik” Hana Aishah meletakkan ganggang telefonnya. Satu keluhan berat dilepaskan.

Matanya dihalakan ke jendela yang terbuka luas di bilik tidur utama bilik mereka. Punggungnya diangkat daripada birai katil sebelum dia berjalan menuju ke jendela itu.

Pagi tadi suaminya pergi kerja, rutinnya mencium tangan lelaki itu dan suaminya mengucup ubun - ubunnya berjalan seperti biasa.

Biasa seperti semalam lelaki itu tidak menjatuhkan maruahnya di depan bapa mertuanya dan Lindsey. Biasa seperti tiada kata maaf perlu lelaki itu ucapkan. Hana Aishah tertawa sinis sendiri.

“Bukan kau dah bosan ke dengar kata maaf itu Hana Aishah?” sinis mindanya menyindir.

Air matanya kembali bertakung. Hangat tubir mata Hana Aishah. Disaat dia rasa penat mahu menangis , air matanya kelihatan seperti tidak mahu mengering.

“Daydreaming abang ke?” suara lelaki itu kedengaran sebelum seperti biasa pinggang Hana Aishah dirangkul daripada belakang. Mereka sama - sama membuangkan pandangan ke luar jendela.

Di tengah - tengah kota ini , Hana Aishah masih bersyukur pemandangan di sekeliling rumahnya masih menghijau. Matahari belum naik tinggi tetapi lelaki itu dah pulang. Kalau luka di hatinya sudah mengering mahulah juga dia bertanya tentang situasi kerja lelaki itu hari ini tetapi hatinya masih berdarah.

“Senyap je. Tak nak tanya kenapa abang balik awal?” Fakhrul mencium pipi Hana Aishah yang memakai gaun sifon berwarna biru gelap separas lutut. Rambut isterinya yang disanggul tinggi sebelum dia pergi berkerja sudah mula melonggar.

“Marah abang lagi?”Fakhrul memusingkan badan isterinya untuk menghadapnya. Wajah Hana Aishah hanya menunduk memandang lantai.

“Tak nak pandang muka abang?” Fakhrul mengeluh berat apabila satupun pertanyaannya tidak dibalas. Jarinya mendongakkan dagu runcing isterinya.

Mata Hana Aishah memandang ke dalam anak mata Fakhrul. Fakhrul menelan air liurnya melihat wajah berbentuk hati isterinya. Wajah yang sempurna di matanya.

Sepasang mata yang bulat dilindungi bulu mata yang lebat dan lentik , kening tebal yang tersusun rapi. Hidung mancung yang terletak cantik di tengah - tengah wajah berkulit coklat itu. Bibir nipis yang akan menebal selepas beradu dengan bibirnya.

“I don’t know how to explain my actions. I don’t know how to act on my feelings. I don’t know why all my inhibitions is gone when it comes to you but....” kata - kata Fakhrul digantung di situ. Fakhrul mengambil tangan kiri Hana Aishah sebelum meletakkan di dada kirinya yang sedang berdegup kencang itu.

“You do this. This heart beats like this every time I’m with you” Fakhrul mengesat air mata Hana Aishah yang gugur apabila mendengar kata - katanya.

“I don’t want this tears to come down because of me. I don’t like seeing you in pain. I hate hurting you but...” mata Fakhrul dipejam rapat . Dia cuba mengumpul segala kekuatan untuk menyambung luahan rasa yang tidak pernah seumur hidupnya dia lakukan.

“I’ve never done this. All my life. Begging someone for something. I get what I want. I work for it. But when it comes to you ... you’re making me doing things I’ve never done” mata Fakhrul dibuka dan Hana Aishah dapat melihat segala kepedihan di sebalik anak mata hitam itu.

“I love you. I can’t live without you. No matter what happen, you have to stay by my side. I can’t lose you” dada Hana Aishah berdegup kencang. Lagi kencang daripada jantung suaminya yang sedang dia rasai di sebalik tangan kirinya. Lama mereka berpandangan sebegitu. Hana Aishah kelu tanpa bicara.

“Aishah... Ai.... Aishah ... “ tergagap - gagap Hana Aishah menyusun bicara. Terbang terus segala dialog perpisahan yang dia sedang reka di dalam mindanya semenjak kemalangan hari itu.

“Abang tak boleh lepaskan sayang. Kalau sayang nak jugak ....” Fakhrul menelan air liurnya. Tekaknya terasa seperti sedang menyempit. Dadanya terasa ketat. Kepedihan yang dia rasai saat itu tidak pernah dia rasai.

“Kita berpisah mati. Sayang doa Allah pendekkan umur abang. So I won’t torture you anymore” Hana Aishah terdiam mendengar bicara lelaki itu.

Hari ini dia faham maksud Hariz. Hari ini dia faham maksud Fakhih. Dia tidak tahu apa yang berlaku dalam kehidupan lelaki itu sebelum ini tetapi yang pasti, buat pertama kalinya dia dapat melihat sisi lain suaminya.

“He’s insecure. Tengku Fakhrul is insecure. That is what all of them has been telling me” hati Hana Aishah menjerit kemenangan. Dia akhirnya faham apa yang cuba disampaikan orang disekelilingnya.

“Aishah sayang abang. Aishah tak pernah sayang mana - mana lelaki lain macam mana Aishah sayang abang” Hana Aishah memberanikan suaranya. Mata dia memandang penuh keyakinan ke dalam anak mata hitam lelaki itu yang kelihatan gusar.

“Cinta. Aishah tak tahu cinta itu macam mana. If love means being away from you makes me missing you eventhough being around you makes me cry most of the time, looking into your eyes makes my heart beat a different rhythm....” Hana Aishah menarik nafas dalam sebelum menyambung.

“Forgiving you again and again and again like an idiot for hurting me again and again and again even when you dont even apologised...” Hana Aishah melihat mata lelaki itu yang redup memandangnya.

“Missing my imam when he refuse to lead my prayers for a mistake that he did , missing your touch that I used to hate and getting overwhelmed with ....” Hana Aishah mengesat air matanya yang turun laju.

“Rindu you cium ubun - ubun I sebelum reciting a doa and blowing it at my ubun - ubun ... “ esakan Hana Aishah semakin kuat tetapi dia masih mahu meneruskan.

“Wanting to be with you eventhough you hurt me so many times... trying .... trying to make so many excuses to justify my decision on staying...” Fakhrul dapat merasakan paip penafasannya mengecut kembali mendengar isterinya yang mahukan perpisahan. Hana Aishah mengesat air matanya yang mengkaburkan pandangannya saat itu.

“Then I love you. Aishah cinta Fakhrul” Hana Aishah menjengketkan kakinya sebelum bibirnya yang sedang mengigil itu mengucup lembut bibir Fakhrul. Tiada balasan daripada bibir itu. Kaku sahaja bibir Hana Aishah di situ.

Hana Aishah menurungkan tubuhnya sebelum melepaskan bibir suaminya. Matanya dihalakan ke lantai mozek di bilik tidur mereka. Balasan kaku suaminya seperti satu tamparan hebat diwajahnya. Sia - sia sahaja pengakuan Hana Aishah. Fakhrul 1 - Hana Aishah 0.

Dada Fakhrul yang sesak itu menjadi semakin sesak saat kata - kata yang sudah lama ditunggunya itu meniti di bibir isterinya yang sedang berdiri di hadapannya itu.

Wajah yang sedang menunduk memandang lantai itu didongakkan. Wajah Hana Aishah saat itu penuh dengan kekecewaan. Sampai hati suaminya menolak cintanya.

“Why do you look so disappointed?” Fakhrul bertanya perlahan.

“You reject cinta I” pecah tawa Fakhrul melihat isterinya merajuk. Bibir nipis itu sudah dimuncungkan dan dahi isterinya berkerut seribu.

“Did I say so?” Hana Aishah menggelengkan kepalanya perlahan.

“Tapi ... tapi you tak kiss I balik pun?” Hana Aishah mencebikkan mulutnya.

Tiba - tiba bibir lelaki itu yang di rindui semenjak 3 minggu ini mendarat di bibir merah Hana Aishah. Pinggangnya dirangkul erat dan pergerakan bibir suaminya yang gelojoh itu menggambarkan betapa dia merindui isterinya.

Tangan Fakhrul yang berada di pinggang isterinya turun ke punggung Hana Aishah sebelum ditolak naik sehingga membuatkan tubuh isterinya terangkat dan Hana Aishah merangkul kedua - dua belah kaki jinjangnya mengelilingi pinggang suaminya. Bibir lelaki itu lansung tidak berpisah daripada pasangannya walaupun dia mula melangkah menuju ke katil mereka.

“Ahhhh” Hana Aishah mengaduh kesakitan apabila tubuhnya yang dibaringkan dengan kasar di atas tilam empuk itu menyebabkan hentakan di bahu kanannya. Dalam ketidaksabaran suaminya dia tidak sengaja membaringkan tubuh isterinya kasar.

“Ya Allah sayang. I’m sorry” Fakhrul sudah mendirikan dirinya di birai katil. Hana Aishah yang sedang baring terlentang itu sedang meringkuk kesakitan. Gaun biru yang dipakainya sudah terselak sehingga ke perut tetapi di saat itu dia sudah tidak ambil peduli.

“Damn it. Let me have a look” Fakhrul menduduk Hana Aishah sebelum dia melihat bahu kanan isterinya yang sudah merah kembali.

“You ... sakit” Hana Aishah menyembamkan mukanya ke perut Fakhrul sebelum tangan kirinya memeluk erat pinggang Fakhrul.

“I’m so sorry sayang. Abang lupa. I was so into it I forgot about your shoulder” jelas kekesalan Fakhrul.

Tidak sampai sepuluh minit , Hana Aishah sudah dibaringkan dan bahunya dituam dengan ais. Dua biji pil tahan sakit ditelannya. Hana Aishah sedang berbaring di dada Fakhrul. Tangan lelaki itu masih menuam bahu Hana Aishah.

“Sorry sayang. Abang tak sengaja” Fakhrul memohon maaf untuk kesekian kalinya kepada isterinya.

“Aishah tak marahlah. You tak sengaja. Plus you were so hot when you carried me to the bed sampai Aishah pun lupa” Hana Aishah mengeyitkan matanya ke arah suaminya.

“Sayang jangan. I’m trying to control myself ni” Hana Aishah menjelirkan lidahnya mendengar ayat suaminya.

“Kesian abang. Lama lagilah nak mamam. Need to wait for my fracture to heal first” muka Fakhrul bertukar keruh membayangkan dirinya yang kena berpuasa lama itu.

“Sayanglah. Time sihat walafiat jual mahal. Sekarang dah handicapped baru nak goda abang” Hana Aishah mencium bibir suaminya yang sudah monyok itu.

“I’m sorry it took me so long” Hana Aishah memohon maaf ikhlas. Kasihan suaminya terpaksa melayan kerenah Hana Aishah yang asyik main tarik tali ini.

“Forgiven kalau abang dapat kiss” Hana Aishah tersenyum menggoda sebelum jari telunjuk kirinya dimainkan di bibir suaminya. Halkum Fakhrul sudah bergerak naik turun melihat isterinya yang sedang menggodanya itu.

“Mmmm... Can. But . With . One . Condition ” selepas setiap perkataan dia jeda dengan satu ciuman di dada lelaki itu. Nafas Fakhrul sudah tersekat - sekat melihat isterinya yang pemalu itu bertukar menjadi penggoda. Fakhrul menganggukkan kepalanya laju.

“So impatient...” Hana Aishah menaikkan dirinya sebelum mencium hujung bibir suaminya. Tangan Fakhrul yang sedang menuam bahu kanan Hana Aishah terus terhenti. Icepack yang dipegangnya itu dilemparkan di atas tilam sebelum tangannya merangkul erat pinggang ramping Hana Aishah.

“Aishah nak keluar dengan Achik tomorrow” Fakhrul menganggukkan kepalanya laju dan cuba mencium bibir Hana Aishah yang sedang digigit isterinya itu tetapi Hana Aishah mengelak laju.

“I said yes already. Cepatlah sayang” suara Fakhrul merengus kasar kerana hadiahnya sengaja dilewat - lewatkan.

“But it’ll be just me , Kak Wa and Achik. You’re not coming and we’re going out from morning till night” Fakhrul terdiam mendengar syarat isterinya itu.

Kalau salah bicara hubungan mereka yang baru mahu pulih akan kembali berantakan. Dia cuba untuk menjustifikasikan permintaan isterinya.

“Lamanya. Kalau abang rindu?” Hana Aishah tergelak mendengar ayat suaminya tetapi melihat muka lelaki itu yang bertukar masam terus dia tahan tawanya. Comel pula dilihat muka suaminya yang sedang merajuk itu.

“Alaa please you. Its like our ritual. Time pre wedding Kak Wa and Aishah pun we will gather all girls je , going shopping and spend time together. She’s the last one , of course kena buat for her” Hana Aishah membulatkan matanya dan bibirnya dicebikkan.

“Your sad puppy face is not working” Hana Aishah terus menyembamkan mukanya ke dada suaminya apabila mendengar ayat Fakhrul itu. Sedih hatinya apabila permintaannya di tolak mentah - mentah. Fakhrul mengeluh kecil.

“Fine but not too late. Before isyak have to be home. Sayang go straight to Subang Jaya. Nikah Achik is on sunday right. We’ll stay over there till all her kenduri finish” walaupun Hana Aishah mahu berdebat tentang masa cerfuwnya tetapi dia perlu bersyukur sekurang - kurangnya dia dibenarkan pergi.

“Thank you” Hana Aishah mengucup bibir suaminya. Walaupun niatnya hanya sebentar tetapi kalau sudah namanya Fakhrul , pastilah lama bibirnya dipaut.

“Tell me again” renungan Fakhrul menikam ke dalam anak mata coklat Hana Aishah. Hana Aishah tersenyum simpul. Pandangan suaminya dibalas penuh cinta.

“I love you. Aishah cinta Fakhrul” perlahan suara isterinya menampar gegendang telinganya tetapi ayat yang dia dambakan itu dituturkan penuh keyakinan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience