Chapter 56

Romance Completed 625664

“Messy nya baby ni mamam. Let me wipe it for you” Hana Aishah yang sedang menyuap Saith Harith itu mengelap mulut bayi berusia 8 bulan yang sedang duduk di kerusi bayi itu.

“Comotlah dia” Hana Aishah tersenyum gembira melihat keterujaan Saith Harith yang sedang mengangkat - angkat punggungnya yang sedang dilabuhkan di atas kerusi bayi yang tingginya itu. Habis diterbalikkan mangkuk silicon berwarna kuning yang berisi puri sayur sayuran itu.

“Hana. Jangan layan sangat Harith nanti tak habis breakfast Hana tu” Hariz yang siap berpakaian pejabat itu menegur Hana Aishah sebelum duduk di salah sebuah kerusi di meja makan yang boleh menempatkan 12 orang itu.

“I’ll eat after this. Nak suap Harith dulu” Hana Aishah menyuakan sudu plastik berwarna biru itu.

Sejak bangun pagi tadi , hatinya akhirnya merasai kegembiraan yang dicarinya. Melihat mata Saith Harith yang bersinar - sinar saat puri itu selamat mendarat di dalam mulutnya , kegembiraan Hana Aishah bertambah - tambah.

“Glad to see you smiling this morning” Hariz yang sedang menjamah bihun goreng itu tersenyum kelegaan melihat Hana Aishah yang tertawa gembira itu. Hana Aishah memalingkan wajahnya memandang ke arah Hariz.

“Thank you Dr Hariz” Hariz menganggukkan kepalanya perlahan mendengar ucapan ikhlas Hana Aishah itu.

“Fakhrul is complicated. He’s difficult. You can never read his mind. His action will be the opposite of what he meant. But a thing I know for sure now is , he loves you too much” air mata Hana Aishah bergenang mendengar ayat Hariz.

“He’s been sheltering himself for so long. Selfish in a way because of what happen in the past” kata - kata Hariz itu menimbulkan rasa ingin tahu Hana Aishah. Kata - kata yang sama dia dengar daripada mulut nenek Fakhrul beberapa minggu lepas.

“What happen Dr? I need to know to understand him. Nani said the same thing to me” Hariz merenung ke dalam pinggannya lama apabila mendengar permintaan Hana Aishah. Beberapa ketika suasa menjadi sunyi, yang kedengaran hanya suara bayi Saith Harith yang sedang disuap Hana Aishah.

“Tuan mahu ditambahhin bihunnya?” pembantu rumah Indonesia yang muncul daripada dapur itu memecahkan kesunyian yang menyelubungi meja makan itu.

“No. Its fine. Bibik ambik baby. He’s not eating. Main je puree tu. And call Puan down” wanita separuh abad yang berbadan kurus itu terus menurut arahan Hariz.

“Hana. Its not that I dont want to tell you but its not my place to tell” Hana Aishah mengeluh berat kerana dia sudah dapat mengagak itulah jawapan yang dia akan terima. Bihun di dalam pinggannya dikuis perlahan.

“I hope one day he’ll open up to you and can you promise me something “ Hariz memandang tepat ke arah Hana Aishah saat itu. Dia kasihan melihat Hana Aishah yang keliru itu tetapi Hana Aishah perlu mendengar sendiri daripada Fakhrul ataupun mereka yang terlibat.

“Which ever side you hear first , always try to be on the other person’s shoe” Hana Aishah bingung tetapi dia tidak mahu memaksa Hariz untuk memberitahunya. Dia pasti lelaki itu tersangkut di tengah - tengah.

“B suka rush I. Haven’t finished with my make up pun” muka monyok Sazilah muncul di dapur itu.

Dia baru hendak membebel tetapi melihat suasana tegang di ruang makan itu terus mulutnya terhenti sebentar. Matanya memandang ke arah suaminya yang meneruskan pemakanan seperti biasa manakala Hana Aishah pula menguis makanan di dalam pinggannya.

“B marah Hana” Sazilah menuduh sambil menjegilkan matanya kepada suaminya yang masih membuat muka tanpa perasaannya.

“Ehh tak Kak Saz. Hana ok je” laju Hana Aishah menegah. Karang tidak pasal - pasal bergaduh pula pasangan suami isteri ini.

“Then why havent you eat your breakfast?” Hana Aishah menelan air liur melihat kegarangan Sazilah yang anggun ber skirt pensil separas betis dipadankan dengan blaus sifon bertema flora yang berlengan pendek itu.

“Nak makanlah ni. Akak breakfast sekali jom” Hariz menahan tawa melihat Hana Aishah yang kelam kabut cuba menghabiskan sarapannya itu.

“You better finish that. Yesterday I gave you time already. Kita ni perempuan jangan lembik sangat. Ingat suami je boleh buat perangai merajuk” Hana Aishah terdiam mendengar bebelan Sazilah itu.

“Sweetheart “ Hariz menegur Sazilah apabila melihat wajah keruh Hana Aishah.

“You be quiet. Don’t keep on trying to cover for your friend’s ass. Excuse my language but Saith is not here so yeah” Sazilah mengeyitkan matanya ke arah Hana Aishah yang duduk bertentangan dengannya.

“Ehh. Apa pulak B kena. I scold him already ok” Hariz membela dirinya tetapi Sazilah hanya tersenyum sinis. Dia tahu sangat Hariz itu, sayang dia kepada Fakhrul membuatkan lelaki itu sentiasa menutup sebelah mata dengan perangai Fakhrul.

“Ye lah B. I percaya kat you” Sazilah memerli sambil memulakan jamahannya.

“I did ok sweetheart. Cuba tanya Hana , he called you right yesterday?” Hana Aishah merasa serba salah melihat kedua - dua pasang mata pasangan itu merenung ke arahnya. Dia hanya menganggukkan kepalanya perlahan sebelum menyambung jamahannya.

“You see. That’s because of my effort” Sazilah hanya tersenyum mengejek sehingga membuatkan Hariz murka. Masam sahaja muka Hariz sepanjang bersarapan itu.

“Hana take care ok. Bibik ada , so you just rest. Malam ni oncall right. Have a good rest , jangan layan sangat Saith tu” Hana Aishah yang sedang mengendong Saith Harith itu menganggukkan kepalanya laju mendengar arahan Sazilah.

“Ok Kak. Thank you Kak Saz dengan Dr Hariz bagi Hana tumpang hari ni. Sorry Hana susahkan semua orang” Sazilah mengeluh kecil sebelum memeluk Hana Aishah erat saat mendengar suara sayu wanita itu.

“You’re welcome here anytime. And sorry to say this about your husband but he’s the most selfish man I’ve met. He need to learn a lesson too. Hana jangan lembik tengkuk sangat” sempat Sazilah memesan kepada Hana Aishah.

Kasihan dia melihat Hana Aishah. Pertama kali dia melihat wanita itu sewaktu Hana Aishah datang melawat anaknya bersama Fakhrul. Melihat pada cara Fakhrul melayan Hana Aishah , Sazilah dapat melihat betapa lemasnya gadis itu dengan sikap posessif bakal suaminya.

Ternyata sangkaannya benar apabila melihat perubahan Hana Aishah daripada wanita yang banyak berceloteh kepada seorang yang suka berdiam diri. Dia akui sifat alfa Fakhrul pernah membuatkannya tertarik kepada sahabat baik suaminya itu tetapi setelah melihat cara kasar dan pentingkan diri Fakhrul , tawar terus hatinya.

Fakhrul adalah seorang lelaki yang tidak tahu apa itu erti hormat. Pada lelaki itu , apa yang diri lelaki itu rasakan betul dia akan lakukan tanpa memikirkan akibatnya ke atas orang lain. Banyak kali sudah Sazilah dan Hariz bertelangah kerana cara layanan Fakhrul kepada Hariz tetapi setiap kali itu , Hariz akan mengucapkan ayat keramat ini.

“You don’t know him. I know him since we were in standard one. He loves me more than you do although he didn’t show it because that’s just how he built himself after what he’s been through. I know he will change one day. He just need to meet the right person” tetapi kata - kata Hariz itu ternyata salah.

Sazilah dapat melihat Hana Aishah yang semakin hilang disebalik sikap suaminya yang pentingkan diri itu. Dia bimbang satu hari nanti apabila wanita itu tersedar daripada mimpi ini segalanya telah terlambat.

Walaupun Sazilah hanya berjumpa dengan Hana Aishah beberapa kali , tetapi dia dapat melihat betapa baiknya hati wanita itu. Sentiasa menjaga hati orang lain sampai tahap mengorbankan perasaan dan keinginannya.

“She’s losing herself. You’re wrong. She didn’t change him. He changed her. He is going to ruin that good soul” Hariz yang sedang memandu laju membelah lebuh raya utara selatan menuju ke Shah Alam itu hanya diam membisu.

Dia risau melihat keadaan Hana Aishah. Jujurnya dia sudah penat untuk menasihati Fakhrul tetapi sayangnya pada sahabat karibnya itu membuatkan Hariz menelan segala kebiadapan Fakhrul.

Sepertimana Sazilah bimbang , Hariz juga bimbang akan Hana Aishah tetapi apa sahaja yang mampu dia lakukan. Ini pun kebetulan Tuhan mahu tunjukkan masalah rumah tangga Fakhrul , kalau tidak dia rasa wanita itu akan terkapai - kapai keseorangan.

Dia kenal amat sikap Hana Aishah yang selalu mahu menyembunyikan masalahnya. Kalau dibuli bukan wanita itu tahu membela diri pun. Dia hanya mampu berdoa semoga Fakhrul sempat berubah sebelum segalanya terlambat.


*************************************


Nada deringan Trampoline berkumandang mengejutkan Hana Aishah daripada lenanya. Dia menggeliat di atas playmat Saith Harith untuk merenggangkan badannya sambil tangannya meraba - raba mencari Iphonenya yang sedang berdering itu.

“Emmm ...” suara Saith Harith yang sudah mula merengek di dalam tidurnya terus membuatkan Hana Aishah terduduk. Kepalanya yang sedang pusing kerana perubahan posisi secara mendadak itu tidak diendahkan.

Sambil tangan kanannya menepuk punggung Saith Harith yang sedang tidur meniarap di atas playmat itu , sambil itu matanya meliar mencari Iphonenya disebalik lambakkan permainan bayi itu yang berselerak. Saat dia menjumpai Iphonenya , Hana Aishah terus tersenyum lebar melihat nama suaminya tertera di skrin itu.

“Abang” suara Hana Aishah teruja memanggil suaminya. Fakhrul yang berkemeja biru gelap dengan beberapa butang atas terbuka itu kelihatan tampan seperti selalu. Rindunya bukan kepalang.

“Where’s your headscarf?” suara Fakhrul tegang bertanya saat melihat rambut isterinya yang kusut masai itu. Hana Aishah melihat sanggulnya yang sudah separa terlerai dan rambutnya yang sudah tidak terurus itu di kamera telefonnya.

“Sorry, I fell asleep putting Harith to sleep” Hana Aishah menyandarkan Iphonenya di meja permainan masak - masak milik Saith Harith itu sebelum membuka ikatan rambutnya. Rambutnya yang panjang mengurai itu disisir menggunakan jarinya sebelum disanggulkan tinggi.

“Abang tanya ni. Why are you not wearing your hijab?” Hana Aishah memandang suaminya yang kelihatan tegang itu pelik.

“Kenapa? No one is around. Ada bibik and baby Harith je. Dr Hariz went to work” Hana Aishah menggaru rambutnya yang tidak gatal itu.

“Put your hijab on. Abang tak izinkan sayang bukak tudung in other people’s house. If he suddenly came back and saw your hair?” Hana Aishah hanya menurut sahaja apabila suara Fakhrul naik satu oktaf.

Fakhrul sedang bersandar malas di sofa berbentuk L di jendela bilik hotelnya. Matanya memerhatikan skrin Iphonenya. Hana Aishah yang memakai skirt pleated berwarna kelabu dipadankan dengan blaus lengan panjang berwarna ungu itu sedang melilitkan kembali selendangnya.

Tubuh Hana Aishah yang sudah susut itu diperhatikannya. Rindunya dia mahu memeluk tubuh yang dirinduinya itu. Wajah Hana Aishah yang tersenyum hambar itu diperhatikannya.

“Sekarang pukul berapa dekat sana Abang?” Hana Aishah menahan rasa hatinya apabila diarah Fakhrul sebegitu. Melihat suaminya yang berdiam diri merenungnya Hana Aishah cuba untuk meleraikan suasana tegang itu.

“Its 7.30am here” selepas itu masing - masing kembali senyap.

“Abang marah Aishah ke? I’m sorry if I upset you” menelan segala egonya , Hana Aishah memohon maaf. Walaupun dia tahu yang sepatutnya marah adalah dirinya mendengar arahan tidak masuk akal suaminya tetapi Hana Aishah sudah belajar daripada kesilapannya. Dalam perkahwinan mereka , Hana Aishah perlu banyak mengalah.

“I don’t like people seeing what’s meant to be for me alone. I clearly told you so many times already “ air mata Hana Aishah bertakung kembali mendengar amarah suaminya.

“Aishah tak ada niat pun. I thought sebab Dr Hariz tak ada... and Aishah nak selesa sikit ... Aishah” Fakhrul memotong kata - kata Hana Aishah sebelum sempat isterinya habis berbicara.

“This is the problem. You will never listen. You’ll come up with so many excuses” mendengar keluhan suaminya , air mata Hana Aishah yang bertakung itu gugur.

“Aishah janji .... promise I will listen to you. Abang janganlah marah Aishah” suara sebak Hana Aishah meminta. Tangan kanannya sudah mengesat air matanya. Suaminya direnung penuh kesayuan. Janganlah lelaki itu marah dengannya dan tidak mahu pulang.

“Next time listen to me. Understand” Hana Aishah menganggukkan kepalanya laju. Senyuman terukir di bibirnya saat itu.

“Rindu abang” Hana Aishah mengadu manja. Fakhrul dapat merasakan ketegangan yang dia rasai tadi beransur hilang dan diganti dengan getaran di hati. Suara manja isterinya menbuatkan rindunya bertambah menebal.

“I miss you too sayang. A couple more week and then you’ll be in my arm” Fakhrul melihat bahu isterinya jatuh menanggung beban rindu yang memberat.

“Abang jangan tinggal Aishah lagi tau after this” Hana Aishah memandang tepat ke skrin telefonnya. Dia mahukan janji lelaki itu.

“This will be the last. I didn’t know how hard it is. I wish I can fly you here stat” Hana Aishah menarik nafas dalam memdengar ayat suaminya.

Lega kerana suaminya juga amat merinduinya tetapi dalam masa yang sama buntu memikirkan cara untuk bertemu dengan suaminya dengan lebih awal. Dua minggu itu adalah satu penyeksaan.

“Me too tapi next week Aishah dah start new posting. I can’t ask for leave. Kalau boleh that’ll be the first thing on my list” Hana Aishah mencebikkan bibirnya kecewa.

“Don’t pout” suara Fakhrul bertukar nada saat itu. Dia paling tidak boleh melihat bibir nipis isterinya itu dicebiknya. Segala jenis benda nakal bermain di mindanya.

“Nak pout banyak - banyak kali so abang balik cepat. Who want to kiss my lips kalau Aishah pout?” Hana Aishah mengusik manja mendengar suara sensual suaminya.

“Sayang quit” Hana Aishah terdiam mendengar ayat suaminya itu. Nada serius suaminya menakutkan dia. Lama dia merenung wajah suaminya yang sudah ditumbuhi jambang - jambang halus.

“Abang. You know I can’t” Hana Aishah memulakan kata - katanya dengan berhati - hati. Baru sahaja dia berjaya menukar mood suaminya tak akan lah sekarang nak bertelagah lagi.

“Yes you can. I’m more than capable to provide for you. Abang suka sayang duduk rumah , layan abang sorang je. I’ve gotten used to the you that’s always send me off to work and greet me when I came back. Your time is fully for me only. I dont have to share you with others” Fakhrul meluahkan hasratnya dengan hujah - hujah yang padu sehingga membuatkan Hana Aishah kehilangan kata - kata.

Mata ditundukkan memandang ke arah ukiran kartun yang menghiasi playmat itu. Renungan penuh harapan suaminya tidak mampu dia balas. Kerjayanya amat penting untuk dirinya tetapi semenjak dua bulan ini, kepentingan utamanya berubah. Lelaki itu berada di tempat pertama di dalam hidupnya saat itu.

“Lawa sangat ke playmat Saith till you wont even look at my face” Fakhrul menegur setelah lama isterinya mengelak daripada memandangnya. Saat mata merah Hana Aishah memandangnya, bicara Fakhrul terhenti. Anak mata coklat itu kelihatan gusar. Satu keluhan berat dilepaskan Fakhrul.

“Aishah... Aishah ... emmm” tergagap - gagap Hana Aishah cuba menyusun bicara.

Semakin lama , alasan yang digunakan suaminya semakin tidak masuk akal tetapi dalam masa yang sama dia buntu bagaimana untuk menerangkan kepada suaminya dan dalam masa yang sama tidak membuatkan suaminya kembali murka.

“Just forget it. I know your job will always comes first” Hana Aishah mengeluh berat saat mendengar suara kecewa lelaki itu.

Lama dia berdiam diri merenung ke ribanya. Dia cuba mengumpul segala kekuatan yang masih bersisa. Selepas beberapa ketika , wajahnya diangkat dan dia merenung ke arah skrin Iphonenya. Seboleh senyuman seikhlas mungkin digariskan dibibirnya.

“Being a doctor has always been my dream. Its my only goal. I love seeing people getting better. No one forces me to take this job and I’m not that good either at being a doctor. But I’m pushing myself everyday” jari Hana Aishah mengusap skrin Iphonenya. Wajah yang di rindui itu direnungnya penuh cinta.

“And then I fell in love. With ... with you. And suddenly you’re becoming my top priority. I want to make you happy but I cannot lose this job either. Aishah nak dua - dua. Aishah nak jadi isteri abang and a doctor for my patients. Boleh kan?” Hana Aishah merenung lembut ke arah suaminya.

Debaran di dadanya menggila melihat suaminya yang hanya senyap tanpa bicara di skrin Iphonenya. Kalau tidak kerana bunyi hon kereta yang kedengaran daripada luar hotel pasti dia sangka panggilan videonya sudah tersangkut sebentar.

“Doesn’t matter whether boleh or not kan, sayang tetap tak akan quit no matter what I say. So lets just not talk about this” Hana Aishah dapat melihat suaminya bergerak meninggalkan sofa yang didudukinya. Terus dia panik takut suaminya merajuk tetapi tidak sampai beberapa saat lelaki itu kembali dengan sepasang kasut dan stokin.

“Abang nak pegi mana tu?” Hana Aishah bertanya dalam getarannya.

“The workshop starts at 9am. Heading there” sambil menyarungkan kasutnya dia mengangkatkan wajahnya sebelum menjawab soalan isterinya.

“Alaaa nak end call dah ke? Is it 9 already?” Hana Aishah mencebikkan bibirnya.

“What did I say about pouting?” hati Hana Aishah beransur lega saat melihat senyuman yang mula terukir di bibir separa tebal yang dia rindui itu.

“Does the cebek work? Kalau the cebek buat abang tak jadi pergi workshop Aishah nak buat selalulah” Hana Aishah tersenyum mengusik. Fakhrul membetulkan butang bajunya sambil tertawa besar mendengar rancangan isterinya.

“Don’t be naughty sayang. I’m counting on all your mistakes. Abang balik nanti siap sayang” Fakhrul mengeyitkan matanya ke arah Hana Aishah yang sudah tersenyum simpul itu. Kulitnya isterinya mula memerah kerana malu.

“I like seeing you blush. You’re so innocent. Nak flirt mana boleh halfway” Fakhrul mengangkat Iphone yang diletakkan di atas meja kopi itu sebelum bergerak keluar ke arah pintu bilik.

“Mana ... emmm .. mana ada flirt” Hana Aishah menekup kedua - dua belah pipinya yang sudah membahang itu.

“Sayang abang kena innocent macam ni until forever. I like exploring with you on your first of everything” mata Hana Aishah meliar melihat sekeliling ruang tamu itu. Bimbang sekiranya sesiapa mendengar perbualannya dengan suaminya itu.

“Abang. Ada bibik Suti lah. We’ll talk when I’m back to our house. Malulah orang dengar” Fakhrul sudah tertawa besar melihat wajah panik isterinya dengan mata bundar yang meliar melihat sekeliling.

“God I miss you so much. Every single thing about you” jelas rindu yang memberat di sebalik suara suaminya.

“And I miss everything about you. Sangat sangat” suara sebak Hana Aishah membuatkan Fakhrul sesak di dada. Rindu yang dirasai isterinya mungkin tidak sehebat rindunya. Malamnya tidak pernah lena , siangnya tidak pernah tenteram. Setiap masa bayangan isterinya menghantuinya.

“Just 11 more days love” Hana Aishah menarik nafas dalam. Seksanya rindu Tuhan sahaja yang tahu.

“Too long. Too too too long” air mata Hana Aishah bergenang.

“Don’t cry. Abang tak ada dekat sana. Abang risau nanti” Hana Aishah cepat - cepat mengesat air matanya yang mengalir. Senyuman lebar di hadiahkan untuk suaminya yang sudah berkerut kerisauan.

“Tak nangis dah. Abang jangan risau kan Aishah. I’m good here and will be waiting for you. Isteri Mr Fakhrul kenalah strong. Mana boleh cewek” Fakhrul dapat melihat usaha isterinya menceriakannya.

“I love you Mrs Fakhrul” nada Fakhrul bertukar serius.

“I love you more Mr Fakhrul” jelas getaran di sebalik suara isterinya.

**********************************


“Abang!” Fakhrul yang hanya bertuala putih sedang duduk di birai katil itu tersenyum lebar mendengar suara manja isterinya menyapa. Dia baru sahaja selesai seminarnya. Ingatkan mahu mandi tetapi melihat waktu Malaysia yang hampir pukul 6 petang itu terus Fakhrul Facetime isterinya.

Dia dapat mendengar bunyi kenderaan sedang bergerak dan tubuh isterinya yang sedang bersandar di sofa kulit itu. Hana Aishah yang bertudung Bokitta berwarna merah itu tersenyum lebar memandang ke arah Fakhrul tetapi jelas kepenatan di sebalik wajah itu.

“Sayang call siapa lama sangat tu? Asyik busy je” Hana Aishah mengusap wajah suaminya yang terpapar di skrin Iphonenya.

“Sorry. Was on the phone with Achik while waiting for the car” Hana Aishah memberitahu dengan rasa bersalah.

Dia masih ingat kereta Alphard berwarna hitam yang muncul di depan rumah Hariz sewaktu dia sedang bersiap untuk ke oncall nya. Ternganga mulut Hana Aishah melihat pemandu wanita yang sudah menantinya di hadapan rumah.

“Assalamualaikum Puan Hana. Saya Dinda , pemandu Puan bermula hari ini” kata - kata wanita berbadan sasa dan berambut pendek seperti lelaki itu membuatkan Hana Aishah mendail nombor suaminya.

Rupa - rupanya suaminya sudah menguruskan tentang pengangkutannya saat Hariz memaklumkan tentang Hana Aishah. Berkali - kali Hana Aishah menolak tetapi suaminya tetap berkeras. Terpaksa dia beralah.

“Lamanya borak dengan Achik” Hana Aishah merenung lama saat dada suaminya yang tidak berbaju itu muncul di skrin Iphonenya.

“Abang. Janganlah seksi sangat. Seksa Aishah dekat sini” sebelum sempat Hana Aishah hendak menahan bicara , kata - kata itu sudah meluncur keluar. Bahang mukanya saat tawa Fakhrul terburai mendengar komen spontan isterinya.

“Saja nak goda sayang. Jom teman abang mandi” suara sensual Fakhrul menerbitkan irama pelik di dalam hatinya.

Nasib baik ada pembahagi di antara tempat pemandu dan penumpang di belakang kalau tak entah dekat mana dia mahu letakkan mukanya. Hana Aishah tidak kenal rapat dengan pemandunya kerana wanita yang bergaya tomboi itu lebih banyak membisu. Bicaranya apabila perlu sahaja.

“Eeee. Gatal” Hana Aishah menjelirkan lidahnya.

“Gatal dengan isteri abang pun. I miss your touch” suara sensual Fakhrul bermula kembali.

“Abang. Aishah dalam kereta ni. Malulah” Hana Aishah mengelak. Bukan tidak mahu melayan tetapi nantilah di tempat yang lebih privasi.

“That’s the whole point of the partition” Hana Aishah mencebikkan bibirnya saat Fakhrul berbicara.

“Abang lah ni. Jahat tau. Boring Aishah naik kereta tak boleh borak dengan Dinda tu. Dah lah dia asyik diam je. Ajak borak pun tak nak” Hana Aishah mengadu manja.

“She’s a helper. Not meant to be your friend. Nak borak call abang” Hana Aishah mengawal reaksi mukanya saat mendengar kata - kata suaminya. Sabar sahajalah dengan ayat selamba badak suaminya itu.

“Abang ni. Malu tau Aishah. Dah la siap bukak pintu bagai. Ee semua orang nampak” Hana Aishah meluahkan rasanya.

Terkejut dia saat Dinda membuka pintu keretanya saat dia mahu turun. Kebetulan waktu itu , rakan sejawatnya sedang pulang. Maka mereka nampaklah segala adegan dia dilayan seperti Tuan Puteri itu. Hana Aishah rasa mahu ditelan bumi saat itu.

“What’s to be shy about? That’s her job. I paid her to do her job properly” sakit kepala Hana Aishah mahu berdebar dengan suaminya itu.

“Abang. Everyone look at me weirdly tau. Dah macam Puan Besar kena jemput masuk and keluar kereta. Aishah bukan orang kaya pun” Hana Aishah mencebikkan bibirnya. Fakhrul pula tertawa mendengar jawapan isterinya itu.

“You are my Mrs. So you are Puan Besar. What everyone wants to say is not my problem” Hana Aishah sudah menepuk dahinya tanda mengalah. Dengan lelaki ini memang tiada maknanya dia akan menang.

“Hows your day?” saat mendengar persoalan suaminya itu , Hana Aishah dengan terujanya memberitahu perjalanan sehariannya.

Masuk hari ini sudah 6 hari dia berkerja di jabatan baru. Jabatan terakhirnya adalah jabatan Anestesiologi. Memang Hana Aishah memohon untuk membuat praktikal terakhirnya di jabatan bius ini. Mentornya Dr Hamdan sentiasa mengingatkan Hana Aishah untuk memasuki jabatan itu.

Dia bersyukur kerana sepanjang 6 hari dia berkerja , bos - bosnya semua baik - baik belaka dan banyak mengajar. Hana Aishah awalnya tidak meminati jabatan ini tetapi setelah bertemu dengan Papa Dan yang merupakan nama manja mereka bagi untuk Dr Hamdan yang sangat menyukai Hana Aishah itu , hatinya tertarik untuk mencuba bidang ini.

“Papa Dan is so nice. Today Aishah dapat intubate all my elective patients successfully with Allah’s will. Alhamdulillah. I’m so happy “ Fakhrul tersenyum lebar melihat keceriaan isterinya.

“Happynya sayang. Best sangat ke Papa Dan awak tu” Hana Aishah menganggukkan kepalanya laju.

“Lagi best dari abang?” Fakhrul sengaja menguji isterinya. Laju Hana Aishah menggelengkan kepalanya.

“Abang is the best” kembang hatinya saat dipuji isterinya sebegitu.

“I love you” kalau dulu kata - kata itu tidak memberi kesan terhadap Hana Aishah sekArang itulah kata - kata yang dinantinya saban hari.

“Love je tak cukup. Nak hadiah” Hana Aishah mengeyitkan matanya mengusik.

“Sayang nak apa?” Fakhrul menyandarkan tubuhnya di kepala katil. Wajah isterinya yang sedang tekun berfikir ini membuatkan dia tersenyum lucu.

Itulah rutin mereka. Saban hari hampir sepuluh kali mereka akan membuatkan panggilan video. Itu sahaja pengubat rindu mereka setiap hari. Tidur Hana Aishah sentiasa ditemani Fakhrul daripada seberang laut itu. Selagi Hana Aishah tidak betul - betul lelap selagi itu Fakhrul akan setia menanti di panggilan videonya.

“Nak chocolate. Nak hmmm. Teddy bear!” Hana Aishah sudah meloncatkan sedikit badannya keterujaan.

“Chocolate yes, teddy no” terus muka Hana Aishah bertukar masam saat itu.

“I want new teddy. Please abang” rengekan Hana Aishah kedengaran dan Fakhrul dapat merasa dirinya semakin rindu belaian isterinya itu. Satu bulan dia berpuasa , susahnya Tuhan sahaja tahu.

“Punyalah susah abang nak buang your old teddy now you want a new one. Nope. The only person you need to cuddle is me” mulut Hana Aishah ternganga mendengar pengakuan suaminya.

“Abang! How could you? Kina gave me that teddy for my 12th birthday. Sampai hati abang. Where did you throw it? Penat Aishah carik” Hana Aishah sudah mencebikkan bibirnya.

“Don’t care. Suka hati je nak peluk bini orang” Hana Aishah mengetap bibir kegeraman. Patutlah dia puas mencari sejak sebulan selepas kahwin tetapi tidak menjumpainya. Kesiannya anak patung kesayangannya itu.

“Ya Allah. Tak kan dengan Cik Ted pun abang jealous” Hana Aishah menggelengkan kepalanya cuba menghadam perangai suaminya yang tidak masuk akal ini.

“No one touch what’s mine” terburai tawa Hana Aishah melihat perangai keanak - anakan suaminya itu.

“Sebab tu lah driver pun perempuan kan” Hana Aishah menggelengkan kepala melihat ragam suaminya itu.

“Abang tak suka sayang in contact with any men if possible. I’m a very jealous man Puan Hana Aishah” Hana Aishah merasakan kerongkongnya mengering saat mendengar nada serius suaminya.

“Tapi Aishah cintakan Tengku Fakhrul sorang. My first love” Hana Aishah menerangkan hakikat sebenar supaya suaminya lebih faham dan tidak rasa tergugat.

“First and last. Remember you’re mine till death do us apart” Hana Aishah terdiam saat mendengar bicara suaminya itu.

Sikap posessif inilah yang Hana Aishah takuti. Dia tidak tahu bagaimana mahu meyakinkan suaminya yang cintanya hanya untuk lelaki itu. Tiada lelaki lain pernah memiliki hatinya.

“Abang balik bila? Flight date?” Terus Hana Aishah menukar topik kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan. Biarlah suaminya kembali baru mereka berbincang secara damai. Tetapi mampukah mereka ? Dia pun tidak tahu.

************************************


Petang sabtu itu , riuh banglo Fakhrul. Keluarga Kapten Azam dan Tan Sri Fadhil bergabung di bawah satu bumbung. Laman tepi rumah banglo dua tingkat itu sudah berasap. Dapur gril yang tidak pernah digunakan itu digodek Fakhih dan Wazir sehingga berfungsi.

“Abang Wazir. Rentung lah sotong bakar ni” Hana Aishah meludahkan kembali sotong gergasi yang digigitnya itu.

“Ish budak ni banyak songehlah. Masak tak nak, tapi complain tau” Hana Aishah menjelirkan lidahnya ke arah Wazir yang berseluar pendek dan bersinglet itu. Abang iparnya yang sudah boroi itu sudah berpeluh - peluh mengipas makanan yang dibakar di atas gril elektronik itu.

“Kak Wa. Tengok abang Wazir ni” Hana Aishah membaringkan kepalanya di bahu kakaknya. Mereka sedang duduk deretan meja yang disusun di laman itu.

Anak - anak saudaranya yang sedang berlari berkejaran dengan Mary Irina meriuhkan keadaan sekeliling. Rumah banglo yang sentiasa sunyi itu kini bising dengan suara kanak - kanak.

Rancangan untuk membuat barbeque ini dilakukan 2 hari lepas. Nasih baik semua dapat hadir.

“Sedap je akak rasa. Ni nama dia well cooked dik” Hana Azuwa membela suaminya walaupun hakikatnya sotong itu memang nampak rentung.

“Eleh Kak Wa nak backup suami” Hana Aqilah yang sedang mengupas kerang disebelah suaminya itu mencebik. Laju sahaja tangan Hana Azuwa mencapai biji durian dan dibaling ke kepala adiknya.

“Aaah. Kak Wa , sakitlah” pecah tawa seisi meja melihat muka cemberut Hana Aqilah yang sedang menggosok sisi kanan kepalanya.

“Terer lah Wa. Nanti ajar sikit skill. Senang nak baling remote dekat my hubby” sempat Idora yang sedang menjamah nasi lemak itu memuji.

“Ling. Sampai hati you” Fakhih yang berseluar pendek dan berT shirt itu sedang membantu papanya memasang gol bola sepak untuk kanak - kanak itu bermain bola. Sempat jugak dia hendak menyampuk.

“Berat sangat kaki nak ambik remote. Ingat bini tu hamba awak ke Along” Tan Sri Fadhil sempat membebel kepada anak sulungnya itu.

“Macam - macamlah budak - budak ni” Puan Sri Maria yang sedang meribakan Warieth yang sudah terkulai layu itu menggelengkan kepalanya sambil tertawa melihat kerenah anak cucunya.

“Adik. Fakhrul balik bila?” mendengar ayat Teacher Basirah , terus tersenyum lebar Hana Aishah. Dia merenung ibunya yang berbaju kaftan itu.

“Just two more nights” Hana Aishah tersenyum gembira membayangkan suaminya yang bakal pulang itu. Dia sudah memohon cuti terlebih awal untuk menyambut kepulangan lelaki itu dan mahu menghabiskan masa bersama suaminya untuk beberapa hari.

“Senyum sampai telinga” sempat Kapten Azam mengusik. Hana Aishah melihat kearah bapa yang sedang membawa hasil panggangan itu untuk disusun di atas meja.

“Mestilah. I miss him so much. A month ok tak jumpa” Hana Aishah mengeluh berat. Bebanan rindunya tuhan sahaja yang tahu. Udang bakar yang dikupasnya itu ditenungnya lama.

“Just how much exactly?” saat mendengar suara yang dirinduinya itu , kepala Hana Aishah berpusing mencari punca suaranya.

Saat matanya tertacap pada susuk tubuh suaminya yang segak memakai seluar slack berwarna kelabu dan dipadankan dengan kemeja berwarna biru gelap yang lengannya sudah disingsing ke paras siku itu segala suara disekelilingnya membisu.

Suaminya yang bersandar santai di tiang gergasi di rumah laman depan rumah banglo itu tersenyum lebar memandang ke arah isterinya. Masa terhenti di saat itu. Nafas Hana Aishah tersekat - sekat. Soket matanya seperti mahu terkeluar tidak mempercayai pandangannya saat itu.

“Abang” saat mendengar suara isterinya yang terkejut itu , Fakhrul menegakkan tubuhnya sebelum menggerakkan kakinya ke arah ahli keluarganya yang sedang berkumpul itu. Kesemua pandangan itu penuh dengan perasaan berbeza tetapi di matanya saat itu hanya menatap ke arah Hana Aishah.

Sepantas kilat pinggan di tangan Hana Aishah terpelanting sebelum dia berlari laju ke arah suaminya. Hana Aishah yang memakai seluar palazzo berwarna hitam itu menyinsing kaki Palazzo itu sebelum berlari laju dan meloncat ke dalam pelukan suaminya.

Saat tangannya merangkul erat leher suaminya dan kakinya merangkul pinggang suaminya , segala keperitan yang dirasainya hilang. Bau badan lelaki itu dihirup semahu - mahu.

Bau yang dia rindu sepanjang hampir sebulan itu. Bau yang membuatkan dia berkeras mahu tinggal di rumah banglo itu walaupun Fakhrul bertegas mahukan Hana Aishah kembali ke rumah ibu bapanya sehingga dia pulang kerana bimbang keselamatan isterinya.

“I cant sleep else where. I need your smell. The room smells like you. It feels like you’re so close although you’re far. Aishah akan tunggu abang dekat KD sampai abang balik” kali ini Fakhrul tidak dapat melawan ketegasan isterinya.

Apabila dia kembali daripada kerja malamnya tempoh hari terkejut Hana Aishah melihat kedua ibu bapanya yang sudah berwajah masam menantinya di rumah banglo suaminya. Hana Aishah bermati - matian berkeras mahu menanti Fakhrul di banglo suaminya.

“I went out mak , asking for space but now I know that every inch of my life is filled with him. I need to wait for him here. This is where I belong. Mak kan cakap tempat isteri dekat sisi suami” Teacher Basirah pun mati kutu dengan hujah anaknya.

Dia sudah dapat mengagak masalah yang melanda rumah tangga anak keduanya itu apabila anaknya pulang duduk seminggu dengannya. Hana Aishah mungkin boleh menipu orang lain , tetapi dia ibu. Dia lebih kenal anaknya lebih daripada orang lain.

Saat Fakhrul menghubungi memaklumkan tentang keberadaannya di luar negara dan Hana Aishah sudah hampir seminggu keseorangan di rumah milik Fakhrul , terus mereka bergegas ke situ.

Hana Aishah jarang membantah cakap mereka tetapi kalau anak keduanya itu sudah berkeras memang ribut taufan pun tidak akan mampu menggerakkan diri anak perempuannya itu. Kerana itu Teacher Basirah dan Kapten Azam membuat keputusan untuk menemani Hana Aishah di rumah suaminya sehingga Fakhrul pulang.

“Rindu abang. Rindu. Rindu sangat - sangat” berulang kali kata - kata itu diulanginya. Pelukan erat itu seperti mahu mengikat suaminya daripada meninggalkan Hana Aishah seperti sebelum ini. Sebulan sudah cukup untuk mengajar Hana Aishah erti perpisahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience