Deringan lagu Maher Zain berjudul InsyaAllah memecah kesunyian malam itu untuk kesekian kalinya. Hana Aishah masih diulit mimpi yang indah malam itu.
Dia bermimpi bertawaf mengelilingi Kaabah bersama dengan suaminya yang sedang mendukung anak mereka dibahu kanannya manakala tangan kirinya memaut lengan Hana Aishah.
Deringan itu berbunyi sekali lagi. Kali ini mimpi Hana Aishah berjaya diganggu deringan itu. Terpisat - pisat dia mencari telefon Sakinah. Sahabatnya itu meminjamkan telefon Oppo itu sementara Hana Aishah mampu berdiri di atas kaki sendiri.
Semenjak tersedar daripada koma , Sakinah lah yang banyak membantunya untuk menguruskan dirinya. Di mindanya hanya memikirkan Adam sahaja.
Walaupun Tan Sri Fadhil dan Fakhih sentiasa datang menjenguknya di hospital Hana Aishah tidak mahu bergantung harap kepada keluarga Fakhrul. Dia perlu berdiri sendiri untuk anaknya.
“Emmm” Hana Aishah mengerang kesakitan menahan bisa di luka pembedahannya saat tubuhnya bergerak cuba mencari telefonnya. Tanpa melihat nama pemanggil Hana Aishah terus mengangkat panggilan tersebut.
“Hello” suara serak Hana Aishah menjawab.
“Hello. Ini Puan Hana Aishah ke?” suara garau itu bertanya.
“Yes. I’m Hana Aishah. Who is this?” Hana Aishah menjawab mamai. Kepalanya masih berat.
“Saya Dr Aizat daripada NICU” saat mendengar bait - bait kata itu terus segar matanya. Hana Aishah melihat sekeliling bilik tamu banglo itu. Debaran di dadanya tidak mampu dia tahan. Perasaan takut mula menjalar ke dalam hatinya.
“Ya. Kenapa ye?” terketar - ketar bibir Hana Aishah bertanya. Dia takut menanti kata - kata doktor lelaki itu.
“Puan. Saya nak mintak Puan datang ke hospital sekarang” tenang suara doktor muda itu.
“Ke ... kenapa ya? Adam kenapa?” bibir Hana Aishah pucat saat mendengar jawapan kepada persoalannya.
“Saya tak nak Puan panik. Saya nak Puan datang dengan tenang. Dah sampai nanti saya explain” air mata Hana Aishah gugur.
“Adam tak ok ke? What happen to my baby? Is he still ... still “ dia tidak mampu meneruskan kata - katanya.
“Anak puan tak stabil sekarang. Saya nak Puan datang sekarang. Saya tak boleh explain over the phone” Hana Aishah menghelakan nafas panjang cuba untuk melegakan perasaan panik yang mula menyerang dirinya.
“Ok. I’m coming now” saat dia mematikan panggilan telefon itu , air matanya mengalir lebat.
“Adam jangan tinggalkan Umi” mulutnya berbisik sayu.
Hana Aishah cuba mempercepatkan langkahnya. Mukanya berkerut - kerut menahan keperitan saat dia meniti anak tangga rumah banglo suaminya itu. Dia mahu mencari suaminya tetapi saat kakinya melangkah ke bilik yang pernah menjadi tempat tidurnya itu , dia kecewa untuk kesekian kalinya.
“Abang dekat mana?” suara sebak Hana Aishah bertanya sayu.
Tangan Hana Aishah mendail nombor suaminya berkali - kali tetapi hanya masuk peri simpanan suara. Kakinya melangkah menuruni tangga pula. Dia tidak tahu bagaimana mahu ke hospital pagi buta itu.
Aplikasi Grab dibuka dengan harapan masih ada servis di waktu itu. Dia masih trauma mahu memandu kenderaan oleh itu Hana Aishah hanya mampu memandang kereta BMW itu sayu.
“Ya Allah. Adam tunggu Umi please” Hana Aishah yang berdiri di pintu pagar rumah banglo itu berdoa kuat.
Dengan baju yang dipakainya semalam , dan lampu rumah banglo yang dibiarkan terbuka itu dia menanti kereta Grab yang ditempahnya. Tangannya masih memanggil Fakhrul tanpa henti. Mengharapkan satu panggilannya dijawab.
“Abang please. I need you” Hana Aishah meninggalkan peti simpanan suara saat melihat lampu kereta yang menghampiri banglo itu.
*********************************
“Assalamualaikum sayang” terketar - ketar Hana Aishah menutur bicara. Tubuh yang siang tadi bergerak aktif dengan hanya beberapa wayar sahaja sekarang terbaring lesu cuba untuk bernafas dengan alat bantuan pernafasan.
Mata yang selalu akan celik dan memandangnya setiap kali dia memberi salam itu sekarang tertutup rapat. Hana Aishah mengusap tangan anaknya yang sudah membiru dengan berpuluh kesan cucukan jarum.
Air matanya mengalir laju melihat anaknya yang sedang bertarung kuat. Dia dapat melihat bertapa sukar anaknya cuba bertahan.
“Adam sakit sangat ke sayang?” Hana Aishah tersenyum perit.
“Umi tak nak lepaskan Adam. Umi sorang” Hana Aishah sudah teresak - esak menangis. Dia teringat kata - kata Liza , pakar kanak - kanak yang oncall malam itu.
“He desaturated around 1 am. We tried intubating him but his spo2 is fluctuating. The blood result is haywire right now. His calcium was off the roof. I’m not sure what’s going on as he was stable this morning. Better than ever” Hana Aishah memandang wajah pakar yang pernah menjadi mentornya itu. Wajah garang itu sekarang memandangnya penuh simpati.
“I think he’s waiting for you. Hana kena redha. He’s getting tired” Liza menggenggam tangan bekas anak buahnya itu.
Mata Hana Aishah memandangnya dengan pandangan kosong. Situasi paling tidak dia gemari dalam perkerjaannya. Apabila dia perlu memberitahu khabar buruk kepada ahli keluarganya atau kenalannya.
Dia kenal Hana Aishah. Seorang doktor yang berdedikasi. Walaupun selalu ditegur , anak buahnya itu sentiasa cuba memperbaiki diri sendiri. Untuk dia melihat wanita sekuat itu dalam keadaan berputus asa , hatinya turut menanggung pilu.
“Umi tak nak Adam sakit. And I can see you’re in so much pain. So ... “ terketar - ketar Hana Aishah berbicara. Kata - katanya tersekat - sekat.
“Umi mintak maaf. I failed you” Hana Aishah mengigit bibirnya kuat.
“Umi mintak maaf Umi tak mampu susukan Adam” Liza yang melihat keadaan Hana Aishah itu menghampiri kedua beranak itu.
“Umi tak nak lepaskan Adam tapi Umi tak nak nyawa Umi sakit” air mata Hana Aishah sudah mengalir lebat. Hatinya bagai dicarik seribu.
“Hana nak pegang Adam” Hana Aishah meminta saat dia dapat rasakan bahunya dipegang erat pakarnya itu. Tanpa berlengan, Liza membuka inkubator itu dan dengan bantuan beberapa staf mereka membenarkan ibu dan anak itu bersama buat kali pertama dan terakhirnya. Liza sudah mematikan alat pernafasan itu untuk membenarkan anak itu bersama dengan ibunya buat kali terakhir.
“You’re so tiny but you have to carry so much pain” saat air mata Hana Aishah menitik ke bibir anaknya , Adam membuka kelopak matanya.
“Cantiknya anak Umi” Hana Aishah tersenyum penuh keperitan.
Beberapa staf yang memang mengenali Hana Aishah sudah mengalirkan air mata melihat adegan itu. Mereka sudah biasa melihat adegan sebegitu tetapi apabila perkara itu terjadi kepada kenalan rapat mereka , sakitnya bukan seperti selalu.
“Adam pergilah sayang. Umi redha. Umi tak nak Adam sakit” Hana Aishah mengucup dahi anaknya.
Lama dia mengucup. Tidak mahu dia lepaskan. Haruman anaknya dapat dia hidu. Haruman yang lain daripada bau ubat dan darah yang bergelumang dengan tubuh kecil itu. Dia dapat mendengar bunyi mesin pernafasan yang semakin laju menunjukkan jantung anaknya yang sedang berdegup kuat.
“Adam tak sakit dah lepas ni. You’ll have so much happiness with you there. Adam tunggu Umi ok” Hana Aishah mengucup pipi yang semakin sejuk itu.
Dalam kedinginan pagi itu , Hana Aishah mengalunkan surah yang dihafalnya sewaktu dia mengandungkan Adam. Cantik percaturan Tuhan. Dengan izin Dia Hana Aishah berjaya menghabiskan hafalan surah Maryam pada malam terakhir ramadan.
Perlahan - lahan denyutan nadi Adam semakin menurun. Nafas Adam semakin lama semakin perlahan. Hana Aishah terus mengalukan ayat suci itu. Dia tidak sekuat Maryam. Hatinya tidak kuat tetapi dia tidak mampu untuk melihat anaknya menderita.
“Umi sayang Adam. Adam nyawa Umi. Perginya Adam maka pergilah nyawa Hana Aishah” Hana Aishah melihat mata anaknya yang merenungnya.
Tiada lagi sinar yang selalu dia lihat di mata itu. Tangan kanan Hana Aishah diangkat sebelum perlahan - lahan dia menutup sepasang anak mata coklat yang sudah terpahat di mindanya.
Lama dia memangku Adam. Tidak mahu melepaskan jasad kecil itu pergi. Cuba menyimpan wajah itu , tubuh itu ke dalam kotak ingatannya. Senyuman terukir di bibir anak kecil itu biarpun jasa itu sudah tidak bernyawa.
“Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. From Him we came , to Him we return to. Umi doa Umi dapat ikut Adam. To a place where there’s no more pain. To a beautiful heaven for this beautiful angle of mine” Hana Aishah mengusap ubun - ubun anaknya sebelum dia mengucup buat kali terakhirnya.
******************************
“Assalamualaikum” suara serak Hana Aishah memanggil.
“Hana” Fakhih yang sedang nyenyak di ulit mimpi itu terkejut menerima panggilan di pagi buta itu. Tangannya pantas menghidupkan lampu tidur di meja kecil di sisi katil kelaminnya itu.
“Along. Sorry Hana ganggu” suara Hana Aishah yang serak seperti baru lepas menangis itu merisaukan hati Fakhih saat itu. Dia terus mendudukan dirinya di birai katil.
“You doesn’t sound good. Hana dekat mana tu?” Fakhih bertanya gusar. Dia dapat mendengar helaan nafas Hana Aishah yang panjang. Seperti wanita itu mengumpul kekuatan untuk meneruskan bicara.
“I’m at hospital” kerisauan Fakhih semakin memuncak.
“What are you doing at hospital at this wee hour” Fakhih melihat ke arah jam penggera di meja kecil itu. Jam digital itu menunjukkan pukul 4.01 minit pagi.
“Hana nak mintak tolong boleh?” perlahan suara Hana Aishah meminta.
“Hana cakap dengan Along. What the hell is happening? Along datang sekarang. Angah buat perangai lagi ke?” suara Fakhih kedengaran dingin.
“Hana... Hana tak reti. Sebab tu Hana nak mintak tolong Along. I don’t know nak mintak tolong siapa” Fakhih dapat mendengar getaran di sebalik suara itu.
“Hana. Along datang sekarang. Hana tunggu dekat sana. Hospital Shah Alam is it?” Fakhih sudah membuka almari bajunya. Dia mencapai seluar slack nya dan sepasang T - shirt.
“A’ah. Hana tak reti macam mana nak uruskan jenazah. Adam ... Adam ... “ terhenti terus segala pergerakan Fakhih saat mendengar bait kata adik iparnya. Lidah Fakhih kelu tanpa bicara.
“Hana. Hana dengan siapa dekat sana?” Fakhih cuba menguatkan dirinya untuk adik iparnya saat itu.
“Hana sorang” Fakhih memicit kepala. Fakhrul betul - betul melampau.
“Hana dengar cakap Along ni ok” Fakhih berhati - hati menyusun bicaranya saat itu.
“Along tengah datang. As fast as I can. Hana strong girl kan. Hana tunggu Along ok” Fakhih menjadi bimbang apabila Hana Aishah hanya berdiam diri. Lama wanita itu jeda tanpa bicara.
“Along datang kan?” Fakhih dapat merasakan tubir matanya hangat saat mendengar pertanyaan adik iparnya itu. Berat betul ujian untuk wanita itu.
“InsyaAllah Along akan sampai. Hana tunggu sana jangan pegi mana - mana ok” selepas dia yakin Hana Aishah selamat di hospital , Fakhih mematikan taliannya.
“Astaghfirullah, Astaghfirullah “ lidahnya tidak putus beristighfar saat itu.
“B. Why are you up?” suara serak isterinya menegur. Fakhih memandang ke arah Idora yang sedang berselimut tebal itu. Rambut isterinya yang kusut masai itu ditenungnya lama.
“B. Kenapa muka macam tu? “ suara risau Idora menjengah telinga Fakhih. Fakhih tidak tahu bagaimana mahu berbicara.
“B jangan takutkan Ling. What is happening?” Idora cepat - cepat menyelak gebarnya sebelum menuju ke arah suaminya. Fakhih terus merangkul tubuh isterinya saat itu. Bibirnya kelu. Dia tidak tahu bagaimana mahu menghadam maklumat yang baru diterimanya.
“B . Kenapa ni? Talk to me” suara Idora memujuk Fakhih. Tangannya yang cantik di menicure itu mengusap belakang badan suaminya yang sudah memakai T-shirt itu.
“Hana.... Hana call .. She ... she “ Fakhih tergagap - gagap. Idora merenggangkan pelukannya. Dia memaut pipi suaminya. Dia merenung ke dalam mata yang suram itu.
“Kenapa dengan Hana?” lembut Idora bertanya. Hatinya sebal juga memikirkan wanita itu menelefon suaminya malam - malam buta tetapi melihat reaksi Fakhih dia menyembunyikan rasa sebenarnya.
“Her baby . Adam .. Adam ... he’s gone” terkejut Idora saat mendengar kata - kata yang dilafazkan Fakhih itu.
Sekalipun dia tidak menjenguk anak Fakhrul itu. Dia tahu tentang kemalangan yang menimpa Hana Aishah tetapi mengingatkan perbuatan wanita itu yang curang dengan adik iparnya dan ibu mertuanya yang membenci Hana Aishah dia juga turut tidak mahu cara tentang wanita itu.
Baru sahaja dua hari lepas Idora bertekak dengan Fakhih kerana lelaki itu sentiasa pulang lambat kerana pergi melawat Hana Aishah dan anaknya di hospital.
Dia tidak mempunyai masalah dengan Hana Aishah cumanya selepas melihat gambar yang Felisha tunjuk kepadanya , hilang terus rasa hormat Idora terhadap wanita yang nampak sahaja alim tetapi perangai lagi teruk daripada dirinya yang tidak bertudung itu.
“I need to go there. She’s alone” Fakhih meleraikan pelukan isterinya. Kakinya melangkah menuju ke almari bajunya.
“Where’s her husband?” berhati - hari Idora berbicara sambil dia melihat suaminya menggantikan T-shirt yang dipakainya dengan baju melayu berwarna putih itu.
“B tak tahu dan tak nak tahu” suara dingin Fakhih menutupkan bicara Idora. Dia tahu dia tidak mampu menahan lelaki itu daripada pergi.
“You nak ikut tak ni? Faster get ready” suara Fakhih mengarah Idora yang sedang duduk di birai katil.
“Emm. Its ok. You pergilah. I bukan tahu nak buat apa pun in this kind of situation. Plus Mary gonna cry of she wokes up and none of us are home” Fakhih menggelengkan kepalanya lemah mendengar alasan isterinya.
“One day when the truth prevail trust me I hope all of you still have to chance to apologise to her” dingin suara Fakhih memesan sebelum kaki lelaki itu melangkah meninggalkan bilik tidurnya.
Kecewa dia melihat sikap isterinya. Mudah sungguh manusia untuk mempercayai fitnah. Sebelum mindanya pergi lebih jauh , Fakhih cepat membuang segala masalah lain. Dia perlu membantu Hana Aishah saat itu. Perkara pertama dia perlu lakukan saat itu adalah menelefon ahli keluarga mereka.
Satu persatu dia panggil sambil tangannya memandu laju menuju ke hospital. Risaunya Tuhan sahaja yang tahu memikirkan Hana Aishah yang keseorangan di hospital. Fakhih lansung tidak menelefon Fakhrul. Mungkin itu hukuman terbaik untuk Fakhrul.
*******************************
Hana Aishah sedang duduk sambil memangku jenazah anaknya yang selamat dimandikan dan dikafankan.
“Abang Zaki , Saya nak mandikan anak saya” Hana Aishah meminta kepada pembantu perubatan di jabatan forensik itu sewaktu mereka membawa jenazah anaknya masuk ke bilik mandian.
Hana Aishah kenal dengan pembantu pegawai perubatan itu. Lelaki itu banyak mengajarnya sewaktu dia membuat praktikal selama seminggu di situ. Zaki menjadi simpati melihat doktor muda itu.
Sesaat pun Hana Aishah tidak meninggalkan anaknya. Satu per satu Zaki mengajar Hana Aishah cara memandikan jenazah anaknya.
Mudah sangat urusan anaknya itu. Cepat sahaja troli jenazah sampai untuk membawa jenazah anaknya turun ke jabatan forensik. Sebelum subuh anaknya sudah siap dimandikan dan dikafankan. Segalanya dilakukan Hana Aishah sendiri.
“Dr Hana. Nanti nak kebumi dekat mana? Ada siapa - siapa nak datang tolong doktor uruskan jenazah anak?” Zaki terpaksa bertanya apabila dia melihat Hana Aishah yang keseorangan itu.
Saat itu barulah Hana Aishah menghubungi abang iparnya. Dia tidak tahu mahu menghubungi siapa. Mahu menghubungi Alif Haziq dia tidak mampu. Dia tidak mahu Alif Haziq menderhaka kepada ibunya. Hana Aishah tahu ibunya melarang adik beradiknya daripada berhubung dengannya , kerana itulah Hana Azuwa pun tidak melawatinya.
“Hana” Hana Aishah yang sedang asyik termenung merenung wajah polos anaknya yang suci itu mengangkat wajahnya. Dia memandang ke arah abang iparnya. Lama dia merenung lelaki itu. Masing - masing kelu tanpa bicara.
Kaki Fakhih melangkah perlahan menuju ke arah Hana Aishah. Dia duduk di kerusi di sebelah wanita itu. Tangannya menjadi seram sejuk saat dia melihat jasad kecil yang sedang dikendong Hana Aishah.
“Allahhu Akbar” tubir mata Fakhih panas saat matanya menatap wajah yang salin tidak tumpah seperti Fakhrul itu.
“Along tolong Hana “ suara Hana Aishah tenang berbicara. Ketenangan yang menakutkan Fakhih.
“How long have you been here Hana” Hana Aishah menjengketkan bahunya. Matanya kembali memandang anak kesayangannya itu. Jarinya mengusap pipi yang sejuk seperti ais itu.
Fakhih memerhatikan tingkah laku Hana Aishah tanpa bicara. Dia bimbang melihat Hana Aishah yang beriaksi tenang itu. Terlalu tenang. Tiada riak sedih di wajah ibu itu.
“Let me hold him” Hana Aishah menggelengkan kepalanya laju saat Fakhih berbicara. Fakhih mengeluh lemah.
“Ya Allah. Don’t break this woman with your test” Fakhih berbisik perlahan saat melihat sesekali bibir Hana Aishah mengukir senyuman nipis apabila tangan itu bermain di wajah anaknya.
Satu per satu ahli keluarga mereka datang. Tan Sri Fadhil , Alif Haziq , Wazir , Hana Azuwa dan Lateef. Suasana hening pagi itu seperti memahami hati mereka yang berduka. Hana Aishah seperti tugu yang sudah melekat di kerusi itu. Tangan wanita itu kejap mengendong anaknya.
“Allah Adik” Hana Azuwa memeluk Hana Aishah yang kaku itu. Wanita itu lansung tidak membalas pelukan Hana Azuwa. Mata Hana Aishah terpaku pada wajah anaknya dengan senyuman di bibir.
“Adik. Jangan buat Kak Wa takut. Adik jawab. Kak Wa datang ni Adik” Hana Aishah masih diam seribu bahasa. Tiada setitis pun air mata yang mengalir.
“Kak Dik. Alif datang ni” Alif Haziq sudah melutut di kaki kakaknya. Lama dia mengucup jasad anak kakaknya yang sudah tidak bernyawa itu.
“I’m so sorry Kak Dik” Alif Haziq sudah menangis teresak - esak tetapi Hana Aishah tetap diam membisu.
Satu per satu mereka yang hadir cuba memujuk tetapi Hana Aishah tetapi membisu tidak mahu berganjak. Alunan ayat suci al quran yang berkumandang daripada masjid berdekatan sudah menunjukkan subuh yang semakin hampir.
“Kebumi dekat mana Dil?” Dato’ Karim yang turut hadir sama itu bertanya.
“Bangsar. Along called the Imam already. Subuh dulu then solat jenazah” Dato Karim melihat ke arah Hana Aishah yang tidak mahu berganjak daripada kerusi itu. Isterinya juga sudah cuba memujuk.
“Pa , we need to make a move” Fakhih yang baru sahaja kembali daripada berbincang dengan Imam di masjid di kawasan perumahan mereka di Bangsar itu memaklumkan kepada bapa mertuanya.
“Hana. Dengar cakap Papa ni sayang” Tan Sri Fadhil menarik kerusi sebelum duduk di hadapan menantunya. Hana Aishah masih leka melihat anaknya.
“Adam need to rest. Hana cannot be like this ok sayang” sebak suara Tan Sri Fadhil memujuk menantunya.
“Hana dont want Adam to be in pain right” laju kepala Hana Aishah mengangguk.
“So lets put Adam to rest ok. Papa ada dengan Hana” Tan Sri Fadhil menarik menantunya ke dalam pelukannya. Air mata tuanya mengalir akhirnya saat dia merangkul menantunya yang sudah seperti mayat hidup itu.
“Adam tak sakit dah kan lepas ni?” suara polos Hana Aishah bertanya.
“Tak. Cucu papa tak sakit dah lepas ni” Lateef yang melihat wajah kakak iparnya yang kelihatan bingung itu tidak mampu menahan air matanya daripada mengalir.
Tadi sewaktu , Alif Haziq mengejutkan seisi rumah dengan tangisan air matanya , ibu bapa Hana Aishah hanya diam membisu. Wajah suram Kapten Azam berlegar di mindanya.
“Abah nak pegi masjid” itulah balasan bapa mertuanya sebelum menghilang ke dalam bilik tidur mertuanya saat Alif Haziq bertanya mahu membawa berapa kereta.
Dia tidak dapat membayangkan keadaan Hana Aishah saat itu ditambah pula kedua ibu bapanya sendiri tidak mahu hadir untuk mengebumikan cucu mereka sendiri. Hana Aqilah lansung tidak mengambil peduli. Kecewa betul dia dengan sikap Hana Aqilah yang lupa diri itu.
“Papa angkat Adam ok” sepantas itu Hana Aishah menarik anaknya ke dalam pelukannya. Matanya dipejam rapat.
“No. Adam stay with Umi” suara Hana Aishah bertukar sebak. Tan Sri Fadhil menahan sebaknya. Kalaulah dia mampu menghapuskan segala kesedihan menantunya.
“Adam stay with Umi. But we need to start moving. Hana ikut Papa ok. Kita naik kereta Papa pergi Bangsar. Adam need to rest right” Hana Aishah memandang bapa mertuanya. Wajah tua itu kelihatan sedih. Sisa - sisa air mata membasahi pipi tua itu.
“Pa. Van ...” Tan Sri Fadhil terus menggelengkan kepalanya saat Fakhih memaklumkan bahawa mereka perlu menaiki van jenazah.
“Papa bawak Hana and Adam with me. Send the van off” Fakhih menganggukkan kepalanya sebelum melangkah pergi. Tan Sri Fadhil masih merenung Hana Aishah yang memandangnya dengan satu pandangan yang tidak mampu dia tafsirkan.
“Jom Hana ikut Papa” awalnya Hana Aishah teragak - agak tetapi saat Tan Sri Fadhil merangkul bahunya dan membawanya menuju ke kereta milik bapa mertuanya , kakinya melangkah tenang mengikuti rentak lelaki itu.
“Get Fakhrul by hook or by crook” Dato’ Karim memesan kepada Hariz sebelum mereka menuju ke kereta masing - masing.
Saat mereka memandu keluar daripada hospital itu , hujan renyai mulai turun.
“Adam look. Its raining” Tan Sri Fadhil yang duduk di sebelah menantunya itu , mengepal tangannya erat.
“Ya Allah. Mudahkan urusan menantu aku Hana Aishah. Lindungi dia daripada fitnah manusia. Let the truth prevail” hatinya berdoa menangisi dugaan yang menimpa wanita yang dibawa masuk ke dalam keluarganya untuk memulihkan anak lelakinya tetapi dia tidak menyangka ini pengakhiran menantunya.
*********************************
Hana Aishah berdiri di luar pagar kawasan perkuburan itu. Di sisinya , Hana Azuwa sedang memeluk bahunya erat. Mertua susuannya menggenggam tangannya erat. Sakinah yang datang ke masjid di bangsar itu berada di kawasan kubur Adam bersama ahli keluarga lelakinya.
Saat itu dia merasa kebas. Tiada rasa sakit , tiada rasa sedih , tiada rasa pedih. Dia cuba mengalirkan air matanya , dia cuba mencari rasa sakit yang selalu menemaninya tetapi tiada. Hana Aishah tidak tahu rasa yang dia sedang rasai itu. Terlalu asing.
Mulut Datin Fatimah pula sejak tadi tidak berhenti membaca yaasin untuk cucunya. Dia tidak tahu apa yang terjadi kepada Hana Aishah dan Fakhrul. Datin Fatimah yang menemani kakaknya yang sedang menjalani rawatan kemoterapi di Siberia itu selalu video call dengan Hana Aishah tetapi sekalipun wanita itu tidak memberitahunya.
Dia baru kembali ke tanah air dua hari lepas. Niatnya hari ini mahu melawat cucunya di NICU. Tetapi rezekinya tiada. Tetapi perkara itu tidak merunsingkannya. Yang merunsingkannya adalah ketiadaan Fakhrul di sisi Hana Aishah.
“Na” Datin Fatimah memalingkan wajahnya mencari gerangan suara yang memanggil menantunya. Wajah sugul lelaki itu dipandang Datin Fatimah. Dia tidak tahu siapa gerangan lelaki yang sedang menuju ke arah mereka itu. Lelaki itu berdiri betul - betul di hadapan Hana Aishah.
“Hana” sekali lagi lelaki itu memanggil. Hana Aishah seperti pagi tadi diam membisu dengan pandangan kosong. Renungannya masih ke arah di mana jenazah Adam yang sedang di turunkan ke dalam liang lahad itu.
“Na. Aku Aiman ni. Aku datang. I’m so sorry. I didn’t know” air mata lelaki itu bergenang merenung ke arah Hana Aishah yang masih memandang kosong.
“Aku pergi tengok Adam kejap. Kejap je. I want to see him for the last time. Kau tunggu aku dekat sini” kaki Aiman melangkah laju menuju ke arah tanah perkuburan.
Setitik demi setitik air hujan mulai turun. Membasahi bumi , menangisi satu nyawa yang pergi. Nyawa yang bapanya sendiri tidak mahu mengazankan. Nyawa yang bapanya sendiri tidak mahu mengucapkan lafaz syahadah terakhir.
Tan Sri Fadhil baru sahaja naik selepas menutup liang lahad cucunya. Air matanya murah saat dia melihat wajah polos yang seperti sedang tidur itu. Wajah yang kembar dengan bapanya.
Saat tubuhnya berada di atas bumi , Tan Sri Fadhil merenung menantunya di kejauhan. Hana Aishah merenung ke arah mereka. Dari kejauhan dia dapat melihat pandangan kosong menantunya. Hana Aishah diam membisu. Tiada sepatah pun perkataan yang keluar daripada mulut itu semenjak mereka bergerak daripada hospital tadi.
Hatinya sebal memikirkan anak keduanya. Sampai begitu sekali Fakhrul melayan menantu dan cucunya. Menjatuhkan hukuman semudah dia membuat keputusan untuk menikahi Hana Aishah.
“Sabar Dil. You have to be strong for her. I didn’t expect Fakhrul can do to this extend either” Dato’ Karim menepuk bahu sahabat baiknya itu.
“Hana is not going back with him” Dato’ Karim hanya terdiam saat mendengar kata putus Tan Sri Fadhil. Wajah tegas Tan Sri Fadhil menunjukkan betapa nekadnya lelaki itu.
Dengan izin Tuhan , sebelum matahari mula memunculkan diri , jasad anak kecil itu berjaya disemadikan. Hujan renyai mengiringi pengkebumian itu. Hana Aishah berdiri tidak berganjak daripada tempat tadi. Matanya memandang ke arah kubur anaknya dengan pandangan kosong.
“Look who finally decide to show up” suara perlian Fakhih membuatkan kesemua mereka memalingkan mukanya ke arah kereta BMW yang memasuki perkarangan tanah perkuburan di Bangsar itu.
Tanpa mematikan enjin , kaki Fakhrul melangkah laju menuju ke arah tanah perkuburan itu. Wajah panik lelaki itu tidak bererti lagi saat itu. Sesampai Fakhrul di sebelah kubur yang masih merah itu , lelaki itu terduduk di atas tanah itu.
“Adam... Aaa... “ telapak tangannya mengusap tanah merah itu. Bibir lelaki itu terketar - ketar seperti menahan sebak. Matanya memandang tanah perkuburan itu tanpa berkedip.
Tan Sri Fadhil memandang sekilas sebelum mengorak langkah pergi. Kakinya menuju ke arah Hana Aishah. Dia berdiri betul - betul di hadapan menantunya yang sudah dibasahi hujan itu.
“Hana ikut Papa balik” Tan Sri Fadhil memberi kata putus. Hana Aishah masih tetap berdiri di situ tanpa reaksi. Dia tidak ubah seperti boneka tidak bernyawa saat itu.
“Jom sayang” Tan Sri Fadhil menggenggam tangan kanan menantunya erat. Hana Aishah lansung tidak berganjak.
Datin Fatimah sudah mengalirkan air matanya melihat Hana Aishah yang tidak ubah seperti mayat hidup itu. Dia tahu rasanya bagaimana. Dia pernah melalui saat itu.
“Aishah. Ibu tahu sakit. Ibu tahu susah. Nobody should ever bury their own child tapi ibu nak Aishah kuat. Aishah ada mak abah , ibu , abi , papa and mama. Semua ada dengan Aishah. Aishah jangan diam macam ni sayang. Its not healthy” Datin Fatimah memujuk.
“Kak wa ada dengan Adik. Jom adik. Kita balik. Adik mandi , fresh kan diri. Adik tidur atas riba Kak Wa. Adik kan suka tidur atas riba Kak Wa kalau adik sedih” Hana Azuwa menarik lengan Hana Aishah lembut tetapi tubuh itu tetap kaku.
“Kak Dik. Jangan buat baby takut macam ni” Alif Haziq terus memeluk tubuh kakaknya erat.
Dato’ Karim memandang ke arah Fakhrul yang terduduk di sebelah kubur anaknya. Hariz setia dia sebelah sahabat baiknya sambil memaut bahu Fakhrul.
“Dato’ . I got through Fakhrul. Dia dekat Johor. He’s on the way back” kata - kata pembantu peribadinya saat mereka selesai menunaikan solat jenazah untuk Adam itu terimbas di kotak ingatannya.
Dia mahu menunggu Fakhrul tetapi satu jelingan daripada Tan Sri Fadhil cukup untuk menutup pintu mulutnya.
“He doesnt deserve to be Adam’s father. He wasnt there to give azan to Adam when he was born so he doesn’t get to bury Adam’s body” kata putus Tan Sri Fadhil menutup mulut semua yang hadir saat itu.
“Why are you ruining your own happiness Fakhrul? Abi tak tahu macam mana nak tolong Fakhrul dah” dia tidak tahu sama ada kata - katanya masuk ke minda Fakhrul ataupun tidak saat itu tetapi Dato’ Karim tidak mampu menyembunyikan kekecewaannya lagi.
“Kak Dik! Kak Dik!” perhatian Dato’ Karim terus lari daripada Fakhrul saat dia mendengar suara cemas Alif Haziq yang sedang memaut tubuh Hana Aishah yang sudah terkulai di dalam pelukan adiknya itu.
“Astaghfirullahal azim” Dato’ Karim menuju ke arah Hana Aishah cemas. Suasana di tanah perkuburan itu bertukar daripada suasana sedih ke panik saat tubuh Hana Aishah terkulai layu.
**********************************
“Do not interfere with my life!” tengkingan Fakhrul bergema ke segenap banglo itu.
“Angah jangan kurang ajar. I’ve been patience enough with you all this while but no more” suara Tan Sri Fadhil tertahan - tahan saat itu.
Saat melihat tubuh Hana Aishah yang terkulai di dalam pegangan Alif Haziq, Fakhrul terus bergegas dan mengendong isterinya ke dalam kereta. Dia bergegas ke hospital terdekat dan ternyata tekanan yang dihadapi Hana Aishah amat kuat sehingga tubuhnya lemah.
Tahap kelajuan Fakhrul bertindak sehingga mereka terpinga - pinga ditinggalkan di tanah perkuburan.
“He bp is very low and she looks very dry. I’m running fluids for her and we’ll observe her here” selepas dimasukkan 3 botol air , Fakhrul bertegas mahu membawa Hana Aishah yang masih lemah itu pulang.
“I’m a doctor. I can manage my wife” itu kata putus Fakhrul dan dia membawa Hana Aishah pulang ke banglonya.
Sepanjang perjalanan daripada hospital ke rumah , Hana Aishah hanya melelapkan matanya. Jelas kepenatan di wajah wanita itu. Sesampai di rumah banglo itu , Fakhrul mengendong Hana Aishah sebelum di baringkan di dalam bilik mereka di tingkat atas.
“I’m taking my best friend with me” Sakinah sudah berdiri bercekak pinggang. Dia menjeling ke arah Fakhrul yang sedang duduk di sofa di ruang tamu yang dipenuhi ahli keluarga mereka.
“Everyone get the hell out of my house. She’s my wife so she’s staying with me. Nobody is taking my wife” suara Fakhrul tegang memberi arahan.
“If she’s your wife where were you when she gave birth? Where were you when Adam passaway?” Alif Haziq yang sejak tadi berdiam berbicara kesal.
“Alif jangan masuk campur urusan rumah tangga orang lain” Hana Azuwa yang duduk disebelahnya menegur. Tetapi Alif Haziq hanya tertawa sinis.
“Thats my sister Kak Wa. Kak Wa mungkin boleh buang Kak Dik macam tu je but I can’t” Hana Azuwa terus terdiam saat mendengar perlian adik lelakinya.
“Alif... Alif tak nak masuk campur. Alif tak nak kurang ajar tapi abang ingat kan apa Alif cakap dengan abang when I was about to pass her to you after the reception” Alif Haziq merenung Fakhrul tajam. Fakhrul terdiam membisu saat itu. Air mata Alif Haziq bertakung.
“Kakak Alif tak boleh sakit. Kak Dik ... Kak Dik tu dah banyak sangat berkorban untuk semua orang. She doesn’t deserve this kind of pain. For ... for something she didn’t do” suasana hiba menyelubungi kediaman itu saat Alif Haziq berbicara.
“Adam tak salah. Kak Dik tak salah. Alif tahu. I know my sister. Tapi ... tapi abang...” Alif Haziq menggelengkan kepalanya kesal. Dia mengumpul kekuatan untuk memulakan bicara.
“Alif ingat abang boleh jaga Kak Dik Alif. Alif ingat abang tak akan lukakan hati Kak Dik. I thought you love her” Alif Haziq mengesat air matanya yang mengalir.
“Alif” Wazir menepuk paha adik iparnya. Dia tahu bagaimana rapat Hana Aishah dan Alif Haziq. Sakit Hana Aishah sakitlah Alif Haziq.
“No abang wazir. Kak Dik is in so much pain. Alif nak Kak Dik yang dulu. But I know she will never be the same. Alif akan salahkan diri Alif sampai bila - bila sebab Alif dengar cakap Kak Dik. Alif stay dengan mak abah sebab Kak Dik tak nak Alif derhaka. Tapi abang tengok the ending. Kak Dik lost her baby” esakan Alif Haziq semakin kuat.
Alif Haziq mengesat air matanya. Dia berdiri menuju ke abang iparnya. Fakhrul merenung ke arah lantai. Permaidani berwarna perak itu kelihatan terlalu menarik padanya hari itu.
“Abang pulang balik Kak Dik. I told you so many times. Alif boleh jaga Kak Dik” Fakhrul menggelengkan kepalanya keras mendengar permintaan Alif Haziq.
“Kau ni kan memang jantan tak guna kan” belum sempat Sakinah hendak menyerang Fakhrul, Zarik terlebih dahulu menarik lengan kekasihnya.
“You. Don’t “ Zarik terpaksa menahan sakit apabila Sakinah menyiku perutnya kerana menahan lelaki itu.
“You jangan nak Dont sangat. Nanti orang lain yang kena belasah” Zarik menelan air liurnya mendengar amarah sahabat baik Hana Aishah itu.
“Fakhrul buat apa ni sayang? Kenapa Fakhrul buat macam ni dengan rumah tangga Fakhrul?” Datin Fatimah yang sedari tadi berdiam diri bersuara saat melihat anak susuannya itu.
“Not you too Ibu” suara Fakhrul keras membela dirinya.
“Then explain to Ibu. What is this nonsense. Ibu tak sangka derita sungguh menantu dengan cucu ibu. Tiap kali ibu video call , sekali pun Aishah tak tunjuk sakit dia” Datin Fatimah mengesat air matanya.
“What is wrong with you guys? Its my marriage. Why is everyone meddling? I know how to manage my own family” Fakhih tertawa sinis mendengar amukan Fakhrul.
“Bagus betul Angah manage. Sampai bini sakit bersalin , lansung tak datang. Sampai anak meninggal pun lansung tak muncul. Bagus betul Angah jadi suami and papa kan” perlian Fakhih menaikkan amarah Fakhrul.
“Mind you own fucking business! Don’t try me Along” Fakhrul sudah mengepal penumbuknya.
“Kenapa ? Nak pukul Along. Along tak heran lah. Memang betul pun. Suami jenis apa yang tinggal bini sarat urus semua benda. Ingat Along tak nampak” Fakhih tertawa sinis.
“Shut up!” suara Fakhrul sudah naik satu oktaf.
“Fakhih. Enough” Dato’ Karim terpaksa masuk campur apabila dia dapat melihat pertengkaran yang akan bertukar kepada sesi pertumbukan sebenar lagi.
“No uncle. I’m not gonna shut up. Uncle bayangkan , she was alone handling Adam. Where were him? Lansung tak fikir anak bini. Dekat wad lansung tak datang melawat. Time buat anak tahu , dah ada anak terus tak tahu tanggungjawab” Fakhih meluahkan kekecewaannya.
“Kesian Hana uncle. Just because of those pictures. Gambar yang tak tahu pun asal usul dari mana. Simply judging. Hebat sangat ke sampai boleh hukum orang sesuka hati. Sampai nak hukum anak yang tak berdosa itu” Fakhih benar - benar kecewa saat itu dengan sikap adiknya.
“You’re right Papa. Hukum paling tepat untuk Tengku Fakhrul yang sempurna ni. Allah tak izinkan Angah azankan Adam and Allah tak izinkan Angah lafaz kalimah syahadah terakhir for Adam” Fakhih menghampiri Fakhrul. Dia berdiri betul - betul di hadapan Fakhrul yang merenung ke lantai itu.
“You’re right Angah. You’re not Adam’s dad. Cause Adam’s dad is not as weak as Tengku Fakhrul” penuh berbisa Fakhih memberi hujah.
“Ya Allah” nasib baik Wazir sempat menahan Fakhrul yang sipi lagi mahu menumbuk Fakhih itu.
Pang! Bergema segenap ruang tamu itu saat tangan Tan Sri Fadhil naik ke pipi Fakhrul.
“I should’ve given you that since you were small. Kalau aku dah lempang kau dari kecik barulah kau tahu kau tak boleh aniaya anak orang sampai macam ni” merah mata Tan Sri Fadhil menahan marahnya saat itu.
“Dil . Astaghfirullah...” sebelum sempat Dato Karim menghabiskan bicara , mereka semua terdiam dan memandang ke arah tangga saat bunyi tapak kaki yang sedang menuruni tangga itu kedengaran.
Hana Aishah yang masih berbaju jubah berwarna hitam seperti di tanah perkuburan tadi sedang menuruni tangga dengan berhati - hati. Tangannya menahan bahagian perutnya di tempat luka pembedahannya berada.
Hana Aishah membawa beg berwarna hitam di sebelah bahu kanannya. Saat tapak kaki Hana Aishah sampai di anak tangga. Dia tidak melihat kiri atau kanan. Kaki itu melangkah terus menuju ke pintu utama rumah itu.
“Adik , adik nak pergi mana tu?” Hana Azuwa terus bergegas ke sisi adiknya. Hana Aishah memandang wajah kakaknya dengan muka bingung.
“Adik nak pergi hantar susu dekat hospital. Sekarang dah pukul 3 petang. Adam tengah tunggu adik datang” Hana Azuwa yang mendengar ayat adiknya itu terus berdebar. Dia meraut bahu Hana Aishah. Wajahnya memandang Hana Aishah kerisauan.
“Mengucap adik. Adam dah tak ada” Hana Aishah menggelengkan kepalanya laju.
“Adam ada dekat Hospital. Adam tunggu Umi” Hana Aishah menolak pegangan kakaknya. Kakinya mahu meneruskan langkah.
“ Adam tengah tunggu Umi. Umi bawak susu” kata - kata itu diulangi Hana Aishah seperti robot. Masing- masing berpandangan sesama sendiri. Wajah kerisauan jelas di wajah mereka.
Saat kaki Hana Aishah sampai di hadapan pintu sekali lagi langkahnya di tahan. Hana Aishah merengus kasar. Adam sedang menantinya dan mereka ini menahan Hana Aishah. Tubuhnya di pusingkan. Dia memandang ke arah anak mata suaminya.
“Abang. Aishah kena pergi tengok Adam” Hana Aishah menerangkan kepada suaminya. Fakhrul menelan air liurnya yang terasa kesat saat itu.
“No” sepatah Fakhrul mengeluarkan kata.
“Nanti Adam tunggu. Ni pun mesti Adam merajuk sebab Aishah datang lambat. Aishah kena pergi sekarang” Fakhrul memandang wajah polos isterinya yang bercakap seperti orang tidak siuman itu.
“Astaghfirullahal Azim” Fakhrul memeluk erat tubuh Hana Aishah. Hana Aishah memandang dada suaminya tidak berkedip.
“Susu Aishah dah meleleh ni. Baju dah basah. Aishah nak pump and bagi dekat Adam” Hana Aishah menerangkan lagi. Dia tidak faham kenapa suaminya menahannya.
“Pa. Tell abang. Aishah need to go. Adam need me” Hana Aishah memandang pula bapa mertuanya yang berdiri memandangnya sayu. Mata tua itu berkaca melihat menantunya.
“Sayang. Adam dah tak ada. Baby dah tak ada” Hana Aishah menolak tubuh suaminya kasar saat kata - kata itu meluncur di bibir lelaki itu. Anak mata yang tadi kosong bertukar marah. Hana Aishah menjarakkan dirinya daripada Fakhrul.
“Tipu. Abang tipu” Hana Aishah menjerit kuat.
“Abang tipu kan Ibu” Hana Aishah memandang Datin Fatimah yang memandangnya penuh simpati.
“Ibu cakap dekat Abang. Adam tunggu Umi dekat NICU. Umi kena pergi. Umi... Umi ... Umi kena bagi Adam susu” Hana Aishah melihat kesemua yang hadir di rumah banglo suaminya. Reaksi mereka semuanya sama. Simpati. Dia bingung kenapa mereka perlu bersimpati saat itu.
“Kak Wa. Adik dah dapat pump. Adik pump .. Ni ada susu dalam beg. Dapat banyak. Adam .. Adam kan kena kuat. Adik kena bagi susu “ Hana Aishah memandang Hana Aishah yang sudah mengalirkan air matanya sambil memaut lengan Wazir yang berbaju melayu itu.
“Hana. Dengan cakap Papa ni” Tan Sri Fadhil cuba menghampiri Hana Aishah tetapi Hana Aishah menjauhi mereka. Dia berjalan laju menuju ke pintu utama. Sakit di perutnya lansung tidak diendahkan.
“Umi kena pergi sekarang. Adam tunggu... Umi ... Umi” terkumat kamit mulut Hana Aishah berbicara merapu. Mereka semua terpinga - pinga melihat sikap Hana Aishah.
Fakhrul merangkul tubuh isterinya daripada belakang saat Hana Aishah berjalan tanpa selipar di dalam hujan di laman depan banglo itu. Hana Aishah meronta - ronta untuk dilepaskan tetapi Fakhrul memeluk kejap. Kepalanya disembamkan di leher isterinya menangisi rumah tangganya yang porak peranda itu.
“Mengucap sayang. Adam dah tak ada. Adam left us already. Please don’t do like this. I’m scared” buat pertama kalinya kata - kata itu meluncur di bibir seorang lelaki bernama Tengku Fakhrul.
Seumur hidupnya dia tidak pernah takut. Takut adalah satu perkataan yang tidak pernah ada dalam kamus hidupnya tetapi hari itu melihat keadaan isterinya , Fakhrul menjadi takut. Takut kehilangan satu nyawa yang masih ada di dalam hidupnya selepas satu diambil pergi.
Di dalam hujan itu , Fakhrul memeluk erat isterinya yang meraung minta dilepaskan. Dalam kebasahan renyai hujan itu, air matanya mengalir menangisi anak yang dia caci yang diambil pergi dalam sekelip mata. Dia menangisi isterinya yang sudah hilang arah itu. Dia menangisi segala perbuatannya terhadap isteri dan anaknya.
“Aishah nak Adam! Let me go to Adam! I want my Adam! Umi nak Adam!” Hana Aishah menjerit kuat berulang kali sehingga dia terkulai kepenatan di dalam rangkulan suaminya.
Share this novel
episod ni paling best..mmpu gugutkan air mata..huaaaaa
tersngt2 sedih...sedih menangis dgn hidup Hana Aisyah.trlalu kejam & jht lelaki yg bernama suami..smpai ati tuduh bini mcm2,pukul bini sesuka hati..
sedar la hana.jadi wanita kuat tngalkan fakrul tak guna tu.jgn jadi lemah