Chapter 50

Romance Completed 632599

“Adik. Put that box down!” Hana Aishah yang sedang mengangkat kotak hadiah untuk tetamu majlis nikah hari esok menggunakan sebelah tangan itu terkejut mendengar laungan ibunya daripada dapur.

“Kenapa pulak? Adik nak bawak naik bilik. Kejap lagi geng surau mak datang mana nak sumbat” Hana Aishah memandang ke arah ibunya yang sudah bercekak pinggang itu.

“Awak tu mengandung , jangan nak angkat benda berat. Kata doctor , tapi itu pun mak kena pesan” Hana Aishah mencebik apabila mendengar bebelan ibunya.

“Its not heavy and we’re not sure pun whether I’m pregnant” Hana Aishah yang masih berdegil itu , mengangkat kotak hadiah itu.

“Eee budak sorang ni. Degil. Mak cakap letak” Hana Aishah menyeringai kesakitan apabila cubitan ketam ibunya singgah di pinggangnya.

“Ahhh mak. Sakitlah. Apa ni?” Hana Aishah menggosok pinggangnya yang sudah berdenyut itu. Sengatan ibunya terasa sehingga ke tulang rusuk.

“Mana Fakhrul ni. Meh mak bagi tau suami Adik” Teacher Basirah menyeret anak perempuannya ke laman rumah yang sudah siap dipasang khemah itu. Mata Teacher Basirah meliar mencari menantunya. Hana Aishah pula masih masam disebelah ibunya.

“Hah. Fakhrul. Come here” Fakhrul yang sedang mengangkat tong ais bersama Zaki adik sepupu Hana Aishah memandang ke arah isterinya yang memasamkan muka seperti cuka.

“What happen?” Fakhrul mengelap tangannya yang basah itu di seluar jeansnya sebelum memeluk pinggang Hana Aishah. Mata ibu mertuanya menjeling ke arah isterinya tajam.

“Ni isteri kamu ni. Tadi baru pengsan sekarang dah sibuk nak angkut segala bagai. Kan awal lagi adik , baby tak kuat lagi” mendengar ayat ibunya , air mata Hana Aishah mula bertakung.

“Adik tak pregnant lah. Kenapa layan adik macam ni? You just don’t love me anymore” Hana Aishah menolak tubuh Fakhrul yang memeluknya sebelum berlari menaiki tangga.

Air matanya yang gugur dikesat laju. Pintu bilik tidurnya dihempas kuat sampai terdiam seisi rumah. Fakhrul yang terkejut melihat reaksi Hana Aishah itu memandang Teacher Basirah pelik.

“Sabar je lah mak dengan adik ni” Teacher Basirah mengurut dadanya cuba menenangkan dirinya.

“Pembawakan budak lah tu Ira. Fakhrul kena banyak sabar” Mami Syuhada , kakak sulung Teacher Basirah sempat memesan kepada Fakhrul yang sedang menaiki tangga itu.

“Tengah sabar la ni Kak Ada. Kalau tak memang dah kena piat telinga duduk hempas pintu macam tu” Fakhrul sempat mendengar bebelan ibu mertuanya sebelum memasuki bilik tidur isterinya itu.

Fakhrul menarik nafas dalam melihat isterinya yang sudah terlentang di atas katil. Wajah Hana Aishah ditutup dengan bantal tetapi Fakhrul dapat mendengar esakan halus isterinya daripada sebalik bantal itu.

Panik dia melihat Hana Aishah pengsan pagi tadi. Terus dicempung badan isterinya dan dibaringkan di bilik mertuanya. Selepas beberapa minit digerakkan barulah Hana Aishah membuka matanya perlahan.

Kelegaan yang dia rasa apabila melihat sepasang mata bundar pagi tadi tidak dapat dia gambarkan. Sepanjang hari ini , Hana Aishah dibiarkan berehat di dalam bilik ibu bapanya. Isterinya kelihatan sangat penat dan bahu kanan isterinya memburukkan lagi keadaan.

Fakhrul melabuhkan punggung di birai katil. Dia melihat tubuh Hana Aishah yang mengiringkan membelakanginya itu. Nafasnya ditarik dalam melayan kerenah isterinya.

“Kenapa sayang abang ni sedih sangat? Cuba bagitau abang” Fakhrul memicit betis Hana Aishah yang terdedah itu.

Fakhrul tersenyum lebar melihat isterinya mengenakan busana jubah muslimah berwarna ungu cair itu. Jubah satin yang kosong itu dipadankan dengan tudung Bokitta menyejukkan matanya yang memandang.

“Go. I want to be alone” Fakhrul menahan sabarnya mendengar isterinya menghalaunya keluar.

“But I dont want to be alone. I want to be with you” Fakhrul berbaring di sebelah isterinya. Matanya kaku melihat belakang badan Hana Aishah.

Dia melihat tubuh isterinya dan cuba melihat apa - apa perubahan yang terlepas daripada pandangannya. Punggung isterinya tidak pula melebar seperti perempuan mengandung. Betulkah tanggapan semua orang yang Hana Aishah sedang mengandung?

“Dosa tidur membelakangkan suami” Fakhrul menegur lembut. Tubuh Hana Aishah masih lagi mengeras dalam posisi itu. Cik Ted yang sudah berpuluh kali Fakhrul sorokkan itu berada di dalam pelukan isterinya.

“Hana Aishah binti Azam” Hana Aishah merengus kasar apabila mendengar suara suaminya yang sudah bertukar tegas itu.

“Puan Hana Aishah binti Azam” Hana Aishah mendudukkan dirinya dengan kasar di atas tilam itu sambil menjeling tajam ke arah Fakhrul. Fakhrul masih lagi berbaring sambil selamba memandang wajah isterinya yang seperti singa itu.

“Boleh tak jangan kacau I satu hari je. I rimas faham tak!” Hana Aishah membentak kasar.

Dia tidak faham kenapa tetapi perhatian semua orang melebih - lebih hari ini. Kalau semata - mata kerana dia mengandung baik tak payah. Hatinya sebal memikirkan layanan istimewa kepadanya hanya semata - mata kerana mereka ingat dia berbadan dua.

“Cannot” Hana Aishah menepuk paha Fakhrul kuat mendengar jawapan selamba suaminya.

“Come here” sebelum sempat Hana Aishah melawan tubuh dengan mudah ditarik ke dalam pelukan Fakhrul yang sedang berbaring itu.

“Lepaslah! Eeee . Lepaslah!” Hana Aishah meronta - ronta sambil menjerit. Fakhrul dengan mudah memerangkap tubuh Hana Aishah sebelum mulutnya turun mencumbui isterinya. Perlahan - lahan rontaan Hana Aishah berkurangan.

“Kenapa ni?” Fakhrul merenung lembut ke dalam anak mata coklat yang sudah hilang serinya. Nafas isterinya yang masih laju itu semakin reda. Hana Aishah menggelengkan kepalanya sebelum wajahnya disembamkan ke dada Fakhrul.

“Something is bothering you. I know my wife. Tell me so we can go through this together. I don’t want any secrets between us” Hana Aishah terkesan dengan kata - kata suaminya. Mereka baru mahu bertatih di dalam perhubungan mereka dan Hana Aishah seperti mahu mengsabotaj hubungan ini.

“Aishah takut” Fakhrul mengusap lembut rambut isterinya apabila mendengar ayat Hana Aishah itu.

“Scared of what?” Fakhrul seperti dapat mengagak kata - kata yang bakal keluar daripada mulut isterinya tetapi dia mahu Hana Aishah meluahkannya sendiri.

“Will you be angry with me if I tell you that I’m not ready for a baby right now?” Hana Aishah mendongakkan wajahnya merenung ke dalam anak mata hitam Fakhrul. Reaksi wajah Fakhrul masih lagi tenang di saat itu.

“Why?” Hana Aishah terasa kerongkongnya seperti sempit saat itu.

“Because we just only began to accept each other. We’re still learning about each other and to add a child in the middle of it , is unfair. Aishah tak puas lagi nak kenal you” air mata Hana Aishah bergenang di tubir matanya.

“We can still learn about each other even after we have kids. Having children will not stop anything” suara Fakhrul masih tenang membantah.

“We’re not stable yet. I mean our relationship. At least give it a year or .... two maybe” Hana Aishah dapat merasa pegangan Fakhrul yang semakin longgar itu.

“I’m not getting younger and I dont believe in waiting. Kalau ada , ada” suara Fakhrul bertukar nada. Kalau tadi lembut sekarang suara lelaki itu semakin mengeras. Hana Aishah mendudukkan dirinya di atas katil. Hana Aishah diam membisu di saat itu, jari - jarinya digenggam erat.

“What if you’re carrying my baby right now ? You still dont want it is it?” gugur air mata Hana Aishah mendengar pertanyaan kasar suaminya. Lelaki yang ikut duduk disebelahnya itu lansung tidak menyentuhnya.

“Yesterday you were ok with me having sex with you. Didn’t tell me to stop also” Fakhrul tidak faham dengan perangai isterinya itu.

“It wasn’t sex. You were making love to me and I didn’t think this through yesterday. But ... but today when everyone were assuming I’m pregnant I got scared” Hana Aishah mengesat air matanya. Kenapalah dia sensitif saat apabila melibatkan suaminya.

“So what now? You want to abort my baby?” Hana Aishah menggelengkan kepalanya lemah. Tiada guna bercakap dengan Fakhrul. Dia masih Fakhrul yang sama. Segala apa yang Fakhrul mahukan , Fakhrul akan dapat.

“No. I mean if I’m not pregnant yet maybe we can be careful after this. I can start on contraceptions first” Hana Aishah memberi cadangan. Kalau memang rezeki mereka sudah bercambah di dalam rahimnya dia terima tetapi sekiranya tidak mungkin selepas ini mereka boleh lebih berhati - hati.

“You’re sabotaging this relationship again. Abang tak izinkan sayang use any contraceptions.” suara Fakhrul kedengaran tegang. Panas hatinya mendengar cadangan isterinya.

“Its ok you. I’ll deal with whatever will come. No point of talking” Hana Aishah berdiri di birai katil. Kakinya melangkah menuju ke bilik air.

“Don’t test me Hana Aishah and you’re being rude. I didn’t tell you this conversation is over” suara Fakhrul naik satu oktaf. Hana Aishah menghentikan langkahnya.

“There were never a conversation to begin with. A conversation is when two people is talking but it has always been you do the talking and me listening to your orders and rules” Hana Aishah tertawa hambar. Dia lansung tidak memalingkan wajahnya ke arah Fakhrul.

“You just doesn’t want to be tied up to me. You are making sure that when the times comes you can run away from me like you’ve always wanted. Having a kid will only complicates your plan” Hana Aishah hanya berdiam diri mendengar tuduhan Fakhrul.

“Terpulanglah dekat you Tengku Fakhrul. I dah penat nak explain that I will not leave you. When I make a promise I keep it. I don’t make a habit of myself to break my promises to others” langkahnya diteruskan menuju ke dalam bilik air. Menggunakan tangan kirinya Hana Aishah membersihkan mukanya. Dia cuba mengurangkan bengkak di mukanya seboleh mungkin.

Pandangannya jatuh ke bahagian dadanya. Payudaranya memang selalu sakit sejak kebelakangan ini tetapi nak kata itu tanda dia mengandung dia sendiri tidak pasti kerana jika haidnya makin hampir pun payudaranya akan sakit.

Selera makannya berkurangan tetapi dia rasa itu lebih kepada emosinya yang tidak stabil. Dalam dua tiga minggu ini rasa loya itu ada tetapi pertama kali dia muntah adalah hari ini. Mengidam benda pelik - pelik itu tidak ada rasanya. Kepalanya pening memikirkan sekiranya dia mengandung di saat itu.

Akhir sekali matanya jatuh kepada perutnya yang masih leper itu. Dia mengusap perlahan sama seperti semenjak dia mengambil ujian kehamilan di poliklinik hari itu. Satu keluhan panjang dilepaskan.

“Please give me strength Ya Rabb. Kalau kau bagi aku rezeki anak , kuatkan aku melalui fasa ini. Berkati hubungan aku dengan suami aku. Kami masih bertatih lagi. Kalau dengan seorang anak mampu menguatkan hubungan ini aku redha. Tetapi aku tidak mahu membawa satu nyawa ke dalam satu perhubungan yang masih lagi terumbang ambing” Hana Aishah yang usai menunaikan solat asar bersendirian di saat itu berdoa.

Tadi sewaktu dia keluar daripada bilik air , suaminya sudah tiada di dalam bilik. Melihat jam yang sudah menunjukkan pukul 5.30 petang itu , Hana Aishah terus menunaikan solat asar. Lama dia berteleku di atas sejadah. Dia memohon petunjuk illahi.

**********************************

“Chacha!” Hana Aishah yang sedang duduk di buaian di tepi rumahnya itu terkejut mendengar jeritan Sakinah.

“Kina” Hana Aishah meluru ke arah Sakinah dan memeluk sahabatnya erat.

“Rindu sangat sangat” suara Hana Aishah sebak saat itu. Di kala kepalanya kusut seperti itu Tuhan datangkan wanita yang paling memahaminya.

“Tau pun rindu” Sakinah menepuk bahu kiri Hana Aishah kuat sampai dia mengaduh kesakitan.

“Auwww. Sakitlah Kina!” Hana Aishsh sudah mencebikkan bibirnya.

“Accident tak nak bagi tau. Kau tau kan I’ll leave anything if you need me” air mata Hana Aishah yang mengalir deras itu dikesat Sakinah.

“So many things happen. Aku rindu kau. Nak Kina” Hana Aishah menangis teresak - esak di bahu Sakinah. Sakinah memeluk erat sahabtanya itu.

“Kenapa cewek sangat ni? “ Sakinah merasa pelik melihat keadaan Hana Aishah. Hana Aishah yang dia kenal sangat susah menangis tetapi semenjak dia bertemu dengan Fakhrul , air mata wanita ini sangat murah.

“Dah makan ke belum ni?” Hana Aishah menggelengkan kepalanya mendengar soalan Sakinah itu.

“Kau ni kan. Dah jom makan” Hana Aishah tetap menggelengkan kepalanya. Sakinah mengeluh lemah. Lama Hana Aishah memeluk Sakinah. Dia perlukan kekuatan sahabatnya ini.

“Makanlah Cha. Nanti perut kau masuk angin. Hari tu aku tengok bukan main happy time kita keluar outing dengan budak- budak ni. Sekarang dah cengkung balik” Hana Aishah yang sedang melentokkan kepalanya di bahu Sakinah itu hanya diam membisu. Lengan Sakinah dipeluk erat.

“Tak ada selera” seleranya putus semenjak perbalahan dengan suaminya asar tadi. Maghrib dan isyaknya pun sendiri tadi. Ego masing - masing tinggi melangit.

“Tuh, baby tuh sapa nak bagi makan. Sian baby Ibu ni” Sakinah mengusap perut Hana Aishah sambil tersenyum lebar.

“Not you too Kina” Hana Aishah mencebikkan mulutnya.

“Kenapa tinggal I sorang - sorang dekat depan tu? Teacher scary gila. Sama wei macam 12 tahun lepas” Hana Aishah memandang ke arah Zarik yang segak berbaju melayu berwarna merah dan dipadankan dengan seluar jeans berwarna hitam.

“Ehh... eh ... eh” Hana Aishah memandang Sakinah dan Zarik curiga.

“Ni kenapa baju sedondon? Ni kenapa I dengan you pulak?” Hana Aishah menundingkan jarinya kearah kedua - dua orang rakannya.

Sakinah mengenakan sebuah jubah berwarna merah sepasang dengan Zarik dan muka Sakinah merah seperti tomato disaat itu.

“What the hell? No! Like no !” suara Hana Aishah sudah meninggi sambil berdiri bercekak pinggang. Beberapa orang sekeliling taman itu sudah memandang ke arah mereka.

“Cha. Ya Allah . Kau jangan buat malu aku” Sakinah menarik Hana Aishah supaya duduk di sebelahnya kembali. Muka Hana Aishah sudah masam seperti cuka di saat itu. Zarik menarik kerusi plastik untuk duduk di sebelah Sakinah.

“Lah ni kenapa masam semacam. Dah macam pelam muda” usikan Zarik itu dibalas dengan jelingan tajam Hana Aishah. Hana Aishah hanya diam membisu.

“Sorry Cha. I ... emmm .... kitorang .... we .... aduh macam mana nak explain” tergagap - gagap Sakinah mencari kata. Zarik memandang ke arah Sakinah yang kelihatan serba salah itu.

“It’s too early. Aku pun tak expect kitorang akan get into relationship. Kau tau kan aku dan Kina macam anjing dengan kucing. Tapi entah dalam sebulan ni we become close” Zarik menggosok tengkuknya perlahan.

Dadanya terasa berdebar semacam berborak mengenai hubungan mereka kepada orang lain. Mereka tidak memberitahu sesiapa lagi setakat ini. Sakinah memintanya untuk merahsiakan dahulu kerana jujurnya mereka berdua tidak tahu hala tuju perhubungan mereka itu.

“Semua orang sama je. Aku ni macam tunggul kan untuk korang. Tak payah bincang apa-apa terus je buat keputusan. And I am expected to just be ok with whatever is thrown at me” jelas nada berjauh hati dalam tona suara Hana Aishah. Sakinah menundukkan wajahnya merasa serba salah.

“I’m so stupid. Kita kawan je kan Kina. Ni hidup kau, so buat apa kau nak bincang dengan aku kan” Hana Aishah mengesat air matanya yang gugur. Sakinah diam membisu mendengar bicara sahabat baiknya itu.

“Cha. Aku tak ada niat lansung. Cuma ... cuma aku sendiri tak pasti about my feelings regarding him. Sebab tu aku rahsiakan. Nobody knows” hati Hana Aishah sangat terluka saat itu oleh itu dia tidak dalat merasionalkan hujah - hujah Sakinah di saat itu.

“Its ok. Korang makan lah dulu. Aku ada kerja sikit nak buat” Hana Aishah bingkas bangun meninggalkan Zarik dan Sakinah terpinga - pinga. Air mata Sakinah sudah bergenang melihat reaksi Hana Aishah.

“You. Don’t be upset. She might be pregnant kan , tu sensitif sangat tu” Zarik melabuhkan punggung di tempat Hana Aishah duduk tadi. Sakinah terasa hati dengan reaksi Hana Aishah itu.


*********************************


“Sayang” langkah Hana Aishah terhenti apabila namanya diseru suaminya. Dengan penuh keberatan dia menuju ke salah satu khemah di mana suaminya sedang duduk bersama keluarga mertuanya.

“Hana pergi mana tadi? Puas mama cari” Hana Aishah menyalami tangan ibu dan bapa mertuanya sebelum melabuhkan punggung di sebelah ibu mertuanya. Dia melentokkan kepalanya mesra di bahu Puan Sri Maria yang anggun berjubah berwarna Maroon itu.

“Sorry mama. I was just at the swing earlier. When did all of you arrive?” Hana Aishah memandang ke arah adik Fakhrul yang selalu jarang sangat mahu melibatkan diri sekiranya Hana Aishah hadir.

“Half an hour ago. Sedaplah rendang ni Hana “ Hana Aishah tersenyum pendek mendengar komen bapa mertuanya yang sedang meratah rendang di atas pinggannya itu.

“Mamu Mubarak yang masak. I think he got magic in his hand when it comes to cooking. Papa pun jangan makan banyak sangat. Its lamb and you got hypertension” Hana Aishah sempat menasihati bapa mertuanya.

“Sekali sekala. I’m getting tired of eating healthy food. You need good food once in awhile” Hana Aishah tertawa mendengar hujah bapa mertuanya.

Fakhrul memerhatikan sahaja isterinya yang berinteraksi mesra dengan ahli keluarganya. Kalau dengan dia , ada sahaja benda nak digaduhkan. Hatinya merasa sebu melihat kemesraan isterinya itu.

“Felisha tak makan ke?” Hana Aishah cuba berbual dengan adik iparnya itu. Mereka tidak pernah berborak walaupun sudah hampir 4 bulan Fakhrul dan Hana Aishah berkahwin.

“I don’t eat this kind of food. So much oil and fat” Hana Aishah lansung tidak terasa dengan kata - kata Felisha itu. Mulut gadis itu memang lancang dan dia tidak pernah ambil peduli tentang adik Fakhrul yang seorang itu.

“If you want salad akak boleh ambikkan” Hana Aishah menawarkan dirinya tetapi Felisha hanya membuat muka menyampah. Hendak pura - pura baiklah tu kakak iparnya. Tetapi kerana dia sengaja mahu menyusahkan wanita itu terus dia menganggukkan kepalanya.

“Ehh Hana. Sit down. Felisha can take it herself. Hana dengan tangan macam tu” terus Puan Sri Maria menegah menantunya itu.

“Its ok lah mama. Salad je pun. I don’t have healthy dressing , is olive oil ok?” Hana Aishah yang sudah berdiri itu menanya Felisha yang masih duduk bermain Iphonenya itu. Kepalanya dianggukkan sekali dan Hana Aishah melangkah pergi menuju ke dapur.

“That’s rude Felisha. That’s your sister not your maid” Fakhih menegur adiknya itu. Dia perhati juga perangai adik bongsunya itu , lansung tidak hormat Hana Aishah. Lain sangat dengan layanannya pada Idora isterinya.

“Not my sister. Excuse me” muka Fakhih sudah merah padam mendengar kebiadapan adiknya itu. Dia memandang ke arah Fakhrul yang hanya diam membisu semenjak tadi.

“Angah ni pun sama. Diam je orang buat macam itu dekat isteri dia. Kalau bini Along memang Along terlangkupkan salad tu dekat muka yang meminta” Felisha memandang muka abang sulungnya geram.

“She offered. She wants to look saint in-front of others so let her be” Hana Aishah yang baru tiba di meja itu terdiam mendengar bicara suaminya. Dia dapat merasakan air matanya yang mahu tumpah tapi dikuatkan dirinya.

“Here you go. I dont know whether you’d like this dressing or not but just in case” Hana Aishah meletakkan pinggang yang dipenuhi bermacam jenis sayuran itu.

“Next time papa tak nak Hana buat macam ni. You’re not a maid. Hana anak papa sama macam these 3. If Hana buat all 3 of them have to do also” Hana Aishah menganggukkan kepalanya. Kata - kata suaminya menghiris hatinya kembali.

“Hana dah makan?” Hana Aishah menggelengkan kepalanya mendengar pertanyaan ibu mertuanya.

“Lain kali jangan sibuk bagi makanan dekat orang yang tak kenang budi Hana. Perut sendiri kena jaga. Lagi - lagi kalau orang tu mulut celupar tak tahu jaga hati orang kalau bercakap” Hana Aishah tersenyum hambar mendengar pesanan abang iparnya itu. Fakhrul masih berwajah selamba.

“I don’t have appetite lately. Maybe because of the shoulder kot. Nanti Hana makan” Hana Aishah memberi alasan tetapi jelas di pandangan mereka Fakhrul punca selera makan Hana Aishah berkurangan.

“Sometimes its not worth fighting for someone that only care about their feeling. And sometimes you need to lose something to know the value of it but I hope that wont be too late anymore” Tan Sri Fadhil yang sedang menjamah kuih muih disaat itu pula menasihati Hana Aishah.

“Irina mana Along? Rindulah” Hana Aishah mengubah topik perbincangan mereka.

“Tuh. Dah jumpa bestfriend dia Wahiey memang lupa dunia lah” Idora yang semenjak tadi berdiam diri menjawab. Kasihan dia melihat cara Hana Aishah dilayan suaminya sendiri.

“Kesian dia. Nak adik lah tu” Hana Aishah mengenyitkan matanya ke arah Idora.

“Lama lagilah Hana. Sorang pun abang tak larat. Plus your Kak Idora tengah buat master so no babies till she finishes her master. I can’t deal with 3 babies at the same time” pecah tawa Hana Aishah mendengar ayat abang iparnya.

“Sampai hati you cakap I baby” wajah Idora bertukar masam.

“You’ll always be my big baby. Nanti Ling stress , B jugak merana” Hana Aishah terdiam melihat kemesraan Fakhih dan Idora. Untung Idora dapat suami yang memahami dirinya dan cita - cita wanita itu.

Hana Aishah melihat perbualan diantara mereka sekeluarga. Sesekali Hana Aishah menjawab pertanyaan yang dilontarkan kepadanya. Dia tidak memandang lansung ke arah suaminya.

Lelaki itu tidak akan berubah. Maruahnya tidak penting di mata seorang lelaki bernama Fakhrul. Keinginannya bukan kepentingan suaminya. Yang penting adalah apa yang diingini suaminya.

“Mommy . I want to pee” suara Mary Irina mengejutkan Hana Aishah daripada lamunannya.

“Lets go with Mak Ngah” Hana Aishah menawarkan diri apabila melihat ibu bapa kanak - kanak itu yang masih menjamah juadah di atas meja itu.

“Its ok Hana. Hana belum makan lagi. Along bawak Mary” Hana Aishah menolak mentah cadangan Fakhih itu. Dia mahu melarikan diri daripada situ dan ini adalah peluang keemasannya.

“Along duduk sambung makan. Tak baik tinggal rezeki macam tu, plus I miss her” Hana Aishah menarik tangan Mary Irina laju meninggalkan meja itu sebelum sempat sesiapa menghalangnya.

Semakin lama dia di situ semakin sesak nafasnya. Fakhrul adalah satu manusia yang mampu membuat dia terbang setinggi langit tetapi lelaki itu adalah manusia yang sama yang akan membuatnya jatuh tersembam kebumi dalam sekelip mata.

“You’re too much Angah. Kenapa buat Hana macam tu?” melihat tubuh menantunya yang menghilang , laju sahaja mulut Puan Sri Maria menegur anaknya.

“You don’t know anything so don’t get involved” Puan Sri Maria menahan rasa dengan kekasaran anak lelakinya itu.

“Angah buatlah apa yang angah nak dekat mama and papa but that’s someone’s daughter. She’s not some doll that you can toss around when you want and pick her up when you feel like it” Fakhrul mengangkat punggungnya pergi apabila mendengar ayat mamanya itu.

“She’s a bitch that like to pretend she is some holy person. I’m glad Abang Ngah is starting to realise it” selamba sahaja Felisha mengutuk kakak iparnya.

“Watch your mouth Felisha. Your words can eat you alive in the future” Tan Sri Fadhil menjeling anak perempuannya tajam.


*********************************

“Cantiknya baby sister Kak Dik ni” Hana Aishah dapat merasakan tubir matanya panas saat melihat wajah jelita adiknya yang cantik dalam busana pengantin berwarna putih itu.

Pihak lelaki sudah sampai setengah jam lalu. Hana Aqilah meminta Hana Aishah untuk menemaninya di atas.

“I’m scared. Maybe you’re right. I’m too immature to get married” mata Hana Aqilah yang sudah disolek cantik itu sudah bergenang.

“You are immature that’s why Kak Dik belief that Lateef is the right one for you” Hana Aishah mengambil tisu untuk mengelap air mata yang mahu mengalir itu.

“Even after ... “ ayat Hana Aqilah yang dibiarkan tergantung itu Hana Aishah balas dengan senyuman ikhlas.

“Even after that. I spoke to him the day before you came back to Subang Jaya. We had a long conversation over the phone” Hana Aqilah tertunduk diam.

“Achik ni our baby. She got so many flaws. Sebab tu kitorg semua susah nak lepaskan dia. Because we are scared people will take advantage of her. She’s naive. But when I met you I thought you were the right one for him. She need someone mature for her. Achik is impulsive so her partner need to be firm. I thought you’ll the that for her but I was so disappointed knowing what happen between both of you” Hana Aishah mengusap pipi Hana Aqilah yang sudah berwarna pink itu.

“It hurt me so much knowing what she did with you. I don’t want to know to what extend both of you have gone but this is not the right step to start a marriage. Perkahwinan yang dimulakan dengan kemurkaan Allah. Marriage is hard but to start with something sinful will make it worser” air mata Hana Aqilah sudah mengalir laju mendengar kata - kata kakaknya itu.

“Tapi Allah tu Maha Pengampun. So seek His forgiveness. Allah tu Maha Pengasih. So beg for His mercy. Tak ada satu manusia pun boleh lari daripada dosa. We are born to do mistake because that’s how we know about His Mercy and His Greatness” Hana Aishah mengelap air mata Hana Aqilah. Wajah adiknya didongakkan untuk merenung ke matanya.

“Akak banyak dosa. Akak pun salah. Mungkin Achik jadi macam ni sebab Kak Dik. Kak Dik banyak lukakan hati Achik tanpa sedar sebab tu Achik rasa Achik perlu cari perhatian itu dekat luar. Akak banyak muhasabah diri since I knew about it. I beg to Him for to forgive our sin. To protect our family from His Anger” air mata Hana Aishah yang ditahan gugur jua.

“He promise me he will take care of you. He promise me he will accept your flaws. He promise me that he will love till Jannah. So I’m holding to that promises” sayu suara Hana Aishah kedengaran.

“Achik nak jadi isteri ni , Achik kena banyak berubah. Kena mengalah walaupun susah. Kena kemas tak boleh comot - comot macam dekat rumah kita ni. Kena jaga keterampilan diri. Kena pandai bawak diri. Maruah suami ke jaga. Dan yang paling penting you guys need to trust and respect each other” kata - kata itu lebih kepada Hana Aishah menasihati dirinya sendiri.

Senangnya untuk menasihati orang tetapi untuk mendengar nasihat diri sendiri itu susah betul. Rumah tangganya pun sedang tunggang terbalik di saat itu. Sekejap bahagia seperti dia di dalam taman syurga tetapi tidak sampai 24 jam berubah seperti banduan di dalam penjara.

“Ishh. Tengok mekap Achik dah buruk dah. Kak Dik lah ni nak emotional time ni” Hana Aishah tertawa dalam tangisannya.

“I’m sorry. I didn’t mean whatever I said that day. Achik sayang Kak Dik” Hana Aqilah menyembamkan mukanya di dada Hana Aishah.

“I know. Dah tak moh nangis macam ni. Kejap akak panggil mua tu” Hana Aishah mengelap air mata Hana Aqilah tetapi itu hanya memburukkan lagi keadaan mekap adiknya.

“Ya Allah dah macam panda muka Achik. Kejap” Hana Aishah bergegas menuju ke tingkat bawah mencari juru mekap adiknya.

Tidak sampai 15 minit Hana Aishah mengiringi adiknya menuruni tangga rumah mereka turun. Adiknya kelihatan seperti bidadari saat itu. Senyuman lebar jelas di bibir Hana Aishah saat itu.

“Aku terima nikahnya Hana Aqilah binti Azam dengan mas kahwinnya RM 11111.11 tunai” dengan sekali lafaz Hana Aqilah bertukar milik. Tangan kiri Hana Aishah digenggam erat Hana Aqilah saat itu.

Saat Lateef membacakan doa sambil memegang ubun - ubun adiknya , mulutnya tidak putus - putus mendoakan kebahagiaan mereka bersama. Semoga saat lafaz nikah itu dituturkan , segala dosa mereka gugur dan mereka dapat lembaran baru untuk fasa seterusnya kehidupan mereka bersama. Semoga kekhilafan mereka Allah tutup daripada masyarakat dunia dan akhirat. Biarlah hanya Hana Aishah dan suaminya sahaja tahu.

Dalam kesibukan mereka bersalaman dan berpelukan , Hana Aishah mencari kelibat suaminya. Semalam sewaktu Hana Aishah masuk ke biliknya suaminya sudah tidur nyenyak. Selalunya lelaki itu akan menunggunya tetapi malam semalam tidak pula.

“You. Jom. They are taking pictures” Hana Aishah memeluk pinggang suaminya yang sedang berbual dengan abang saudaranya, Danial di laman rumahnya.

Fakhrul memandang ke arah isterinya yang cantik berbaju kurung moden berwarna hijau lumut itu. Hana Aishah tersenyum mesra memandangnya saat itu. Dia rindu tetapi membayangkan perbalahan mereka hari itu mematikan kegembiraannya.

“I’m having a conversation” sepatah ayat itu dilafazkan sebelum dia menyambung perbualannya seperti Hana Aishah tidak wujud di situ. Danial yang melihat adegan itu terkejut tetapi dia cuba menyembunyikan reaksinya saat itu.

“Kejap je. Boleh kan abang Dan?” Hana Aishah menebalkan mukanya. Dia tahu suaminya marah dengannya.

“Its ok Fakhrul. Go take pictures first. Nanti boleh sambung” Danial menepuk bahu Fakhrul mesra.

Hana Aishah tersenyum lebar sambil menarik lengan suaminya tetapi jelingan tajam Fakhrul cukup untuk melonggarkan pegangannya.

“Its rude to interrupt people’s conversation. Haven’t anyone told you that?” saat itu air mata Hana Aishah gugur.

Cepat - cepat dia seka supaya abang saudaranya tidak nampak tetapi Danial dapat menangkap ketegangan yang sedang berlaku. Terkejut dia melihat layanan suami Hana Aishah itu.

“Sorry. You sambunglah borak dengan abang Danial. Aishah mintak maaf ganggu” kakinya digerakkan menuju ke arah dalam rumah yang penuh dengan orang itu.

“Ya Allah. Tolong jangan menangis sekarang Hana Aishah. Please” Hana Aishah berdoa kuat di dalam hatinya sambil kakinya melangkah di dalam lautan manusia di dalam rumah itu. Dia mahu segera masuk ke dalam biliknya.

“Adik. Jom. Semua orang tengah ambik gambar ni” Hana Aishah dapat mendengar suara Hana Azuwa memanggil tetapi saat itu dia hanya mahu mengunci dirinya di dalam bilik. Oleh itu dia tetap meneruskan langkahnya menaiki tangga.

Hana Aishah tidak tahu apa yang berlaku tetapi yang pastinya dalam sekelip mata dia yang sedang menaiki tangga itu terasa seperti melayang dan badannya terjelopok jatuh di celah manusia yang sedang melihat pengantin di atas pelamin.

Tiba - tiba suasana menjadi hingar bingar. Hana Aishah dapat mendengar suara - suara yang memanggilnya tetapi saat itu kesakitan yang dia rasai di pinggangnya terlalu kuat untuk dia memahami keadaan sekeliling.

“Aaaaah” Hana Aishah menjerit kesakitan apabila tubuhnya yang dicempung secara tiba - tiba itu menyebabkan sakit yang menyengat pinggangnya itu menyerang perutnya.

“Ya Allah. Adik. Astaghfirullahalazim” Teacher Basirah lintang pukang meninggalkan pelamin apabila dia melihat Hana Aishah jatuh terpelanting daripada atas tangga.

“Sayang. Hey look at me. Open your eyes” suara Fakhrul panik memanggil Hana Aishah yang sedang meringkuk memegang perutnya dan mata dipejam rapat di atas sofa yang terletak di ruang tamu rumah mertuanya.

Fakhrul berlari masuk apabila dia mendengar suara orang menjerit memanggil Hana Aishah. Mukanya pucat lesi melihat Hana Aishah yang sudah terjelopok di anak tangga paling bawah itu sambil dipangku seorang wanita.

“Mak sakit” Hana Aishah meraung kesakitan. Peluh jantan mula timbul di dahi Hana Aishah.

“Sakit dekat mana adik. Ya Allah. Cakap dekat mak, sakit dekat mana” Teacher Basirah mengusap kepala Hana Aishah cemas.

“Sayang, open your eyes. Tell me where it hurt?” Fakhrul yang duduk di sisi isterinya di atas sofa itu cuba untuk mendudukkan Hana Aishah tetapi raungan isterinya makin kuat.

“Kak Dik. Perut kak dik sakit ke?” Hana Aishah menganggukkan kepalanya laju apabila Hana Aqilah yang sedang duduk di atas karpet di sisi sofa di mana Hana Aishah dibaringkan itu bertanya.

Hana Aqilah yang sedang bergambar itu terus lari meninggalkan suaminya apabila mendengar jeritan ibunya.

“Allah. Adik” Teacher Basirah terus memeluk kepala anaknya erat. Air matanya gugur membayangkan kandungan anaknya saat itu.

“Alif. Get the car now” mendengar laungan abang iparnya Alif Haziq yang sedang berdiri kaget di muka pintu itu terus berlari keluar mendapatkan kereta manakala Fakhrul mencempung badan isterinya keluar.

“Mak sakit” air mata Hana Aishah merembes keluar saat Fakhrul membaringkan badan isterinya di tempat duduk belakang keretanya.

“Adik. Tahan sikit sayang. Abah ikut dari belakang” Kapten Azam yang sedang menyambut tetamu itu berlari mengikuti menantunya apabila dia melihat Fakhrul yang sedang berlari anak mencempung isterinya.

“Kejap sayang. Tahan sikit. We’re going to the hospital now” Fakhrul yang memangku kepala isterinya itu menggelisah.

“Alif, drive faster” Alif Haziq yang sedang memandu itu berzikir di dalam hatinya. Sesekali matanya memandang ke arah kakaknya yang sedang meringkuk memegang perutnya sambil dipangku suaminya.

“It hurt so much. The baby” Hana Aishah sudah menangis teresak - esak saat dia dapat merasakan sesuatu mengalir di celah kelangkangnya.

“No. The baby gonna be fine. Abang janji . Sayang ....” kata - kata Fakhrul terhenti saat dia dapat melihat tompokan gelap di bahagian punggung baju kurung yang dipakai isterinya.

“Alif , cepat “ pucat lesi wajah Fakhrul saat itu. Kalau dia tidak memarahi isterinya tadi , Hana Aishah tidak akan menaiki tangga. Kalau dia tidak menolak ajakan isterinya untuk bergambar isterinya tidak akan jatuh terjelopok di anak tangga.
****************************


“Hello. Its done. You should see her face when I push her down” bersama hilaian tawa daripada wanita itu , asap berkepul - kepul keluar daripada mulut yang berlipstick merah menyala itu.

“Don’t worry, she won’t tell on me. She’s stupid plus no one gonna believe her” dengan angkuhnya suara itu membalas.

Share this novel

awer
2021-08-07 19:13:04 

berulang..bosan sket jln citernyer

esther marcus
2020-10-29 20:02:01 

felisha ke yg tolak...

esther marcus
2020-10-29 19:49:08 

setiap kali fakhrul bt scene mcm tu...mesti ada sj malapetaka yg terjadi kat aishah...ishh geramla kat fakhrul tu...


NovelPlus Premium

The best ads free experience